You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM SPEAKER’S CORNER


SK SUNGAI TIRAM
2019

MASA :
7.20 – 7.40 PAGI
TEMPAT :
DATARAN ILMU SK SUNGAI TIRAM
KERTAS KERJA
PROGRAM SPEAKER’S CORNER
SK SUNGAI TIRAM 2019

1.0 PENGENALAN

Sudut Pidato atau padanannya dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner,
bermaksud suatu kawasan khas yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti
pengucapan awam.

Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari


dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan
proses pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian


Pendidikan Malaysia, Ruiz KPM.100-1/7/2 Jld. 5 (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap
sekolah diarahkan untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di sekolah
masing-masing. Hal ini adalah untuk merealisasikan aspirasi murid menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015, Kementerian Pendidikan
Malaysia.Setiap sekolah perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan
awam sebagai salah satu kemahiran yang perlu digilap dalam kalangan murid-murid
sekolah.

Pihak sekolah perlu mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) bagi


memastikan murid dilatih dengan kemahiran pengucapan awam. Aktiviti ini boleh
dijalankan menggunakan Bahasa Melayu atau juga Bahasa Inggeris. Sudut ini
hendaklah dimanfaatkan secara optimum. Waktu penggunaannya mungkin boleh
dilaksanakan sama ada semasa waktu rehat, aktiviti kokurikulum dan program-program
khas berdasarkan perancangan dan kesesuaian pihak sekolah.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Membina keyakinan diri.


2.2 Meluaskan pengetahuan.
2.3 Memantapkan kemahiran komunikasi di khalayak ramai.
2.4 Memupuk semangat patriotisme.
2.5 Menjana daya saing secara positif.
2.6 Meningkatkan kemahiran berbahasa.
3.0 SASARAN
Semua murid SK Sungai Tiram (Tahun 1 hingga Tahun 6)

4.0 PELAKSANAAN
Program akan dilaksanakan seperti tetapan berikut:

Masa 7.20 pagi – 7.40 pagi


Hari Setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis

Tarikh Sepanjang tahun dari bulan Februari hingga November


(mengikut kesesuaian)

Tempat Dataran Ilmu SK Sungai Tiram

Pengelolaan Semua unit Panitia Mata pelajaran terlibat mengikut jadual


yang ditetapkan

5.0 JAWATANKUASA
Penaung : Pn. Hjh Noorazlin Cheng bt Abdullah
Penasihat 1 : Pn. Nor Hamizah bt Ramli
Penasihat 2 : Pn. Zanariah bt Jauhari
Penasihat 3 : Pn. Hjh Ramlah bt Musa
Penyelaras Program : Pn. Azila bt Kusaini
Setiausaha Program : Pn. Nurul Huda bt Taib
Bendahari : Pn. Azmira bt Ismail

AJK Siar raya : En. Mohd Aswat bin Aziz


AJK Persiapan Tempat : Pn. Nurul Afifah bt Zainal Abidin
AJK Displin : Cik Faezah bt Ismail

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga seunit Jumlah (RM)


(RM)
1. Pembesar suara (Microphone) 2 unit RM 60.00 RM 120.00
2. Pembesar suara mudah alih 2 unit RM 100.00 RM 200.00
(Microphone wireless)
3. Tempat pemegang pembesar suara 2 unit RM 40.00 RM 80.00
(Stand Microphone)
Jumlah Keseluruhan RM 400.00
7.0 PENUTUP

Sudut Pidato atau Speaker's Corner telah diwujudkan bagi melatih murid-murid
untuk berpidato. Ia juga merupakan satu usaha guru-guru untuk membantu
murid-murid meningkatkan keyakinan dalam menyampaikan maklumat di
khalayak ramai. Menerusi ruang Speaker's Corner yang disediakan oleh guru,
diharap bakat murid-murid dapat dicungkil, diasah dan melahirkan generasi baru
yang berkeyakinan serta berpengetahuan. Oleh demikian dengan bantuan
sumbangan yang dimohon sekurangnya dapat membantu pihak sekolah untuk
menambahbaikkan program ini. Kerjasama dan keprihatinan daripada semua
pihak sangat membantu pihak sekolah untuk menjayakannya dengan lebih baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... ..........................................
Pn. Nurul Huda bt Taib Pn. Hjh Noorazlin Cheng bt Abdullah
Setiausaha Guru Besar
SK Sungai Tiram SK Sungai Tiram

Disemak oleh,

........................................
Pn. Nor Hamizah bt Ramli
PK Kurikulum
SK Sungai Tiram

You might also like