You are on page 1of 9

Ruj.

Kami : USM/MPDAD/279
Tarikh: 11 Mac 2024

Kepada:
SENARAI NAMA SEPERTI DI LAMPIRAN

Melalui:
Puan Nurul Izzati Binti Rozali
Pemangku Penggawa,
Desasiswa Aman Damai
Universiti Sains Malaysia

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM MALAM CERITERA MURBA ‘24 SIDANG AKADEMIK
2023/2024

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sahsiah dan Kebudayaan, Majlis Penghuni


Desasiswa Aman Damai (MPDAD) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Dewan Budaya
USM akan menganjurkan Program Malam Ceritera Murba ’24 bagi Sidang Akademik 2023/2024 yang
membawa maksud malam pementasan teater cerita rakyat.

3. Program ini merupakan sebuah pertandingan teater pendek yang berkonsepkan cerita rakyat
Malaysia yang kaya dengan teladan dan nilai murni yang boleh dicontohi dan diterapkan dalam kehidupan
seharian, seterusnya melahirkan insan yang berakhlak mulia, beretika, cinta terhadap bahasa dan sastera
khususnya seni teater. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar aktif Institut Pengajian Tinggi
Awam/Swasta, Kolej Komuniti dan Politeknik di seluruh Malaysia.
SAMBUNGAN JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM MALAM CERITERA MURBA ’24
SIDANG AKADEMIK 2023/2024 SEBAGAI PESERTA

4. Sehubungan itu, Universiti Sains Malaysia berbesar hati menjemput pelajar daripada institusi
YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program MCM’24. Perincian program
adalah seperti berikut:

a. Peringkat Saringan
Tarikh : 1 April hingga 4 Mei 2024
Peringkat saringan akan diadakan secara dalam talian melalui penghantaran video.

b. Peringkat Pentas Akhir


Tarikh : 11 Jun 2024 (Sesi Raptai akan didakan pada 10 Jun)
Masa : 8:00 malam hingga 11:50 malam
Tempat : Dewan Budaya, Kampus Induk, USM, Pulau Pinang.

5. Pendaftaran peserta Program Malam Ceritera Murba '24 boleh dibuat melalui pautan berikut
https://linktr.ee/MALAMCERITERAMURBA

6. Bersama surat ini disertakan terma dan syarat penganjuran untuk rujukan pihak YBhg. Tan
Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia program,
saudara Ahmad Zahid (016-3585142) atau saudari Putri Afrina (017-6261002). Segala kerjasama dan
perhatian daripada pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WARISAN TEATER SELAMANYA DIJULANG”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………
(AHMAD ZAHID BIN ZAINUDDIN)
Pengarah Projek
Malam Ceritera Murba
Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai
Sidang Akademik 23/24
Universiti Sains Malaysia
LAMPIRAN A

ATURCARA
MALAM CERITERA MURBA ‘24

TARIKH AKTIVITI

PROSES PERTANDINGAN SEBELUM PENTAS AKHIR

30 MAC - 16 APRIL Pendaftaran peserta dengan mengisi gform pendaftaran

17 APRIL Taklimat peserta secara atas talian

17 MEI Penghantaran video pementasan teater

18 MEI - 20 MEI Penilaian video penyertaan

21 MEI Pengumuman finalis dan taklimat finalis secara atas talian

10 JUN Raptai Malam Ceritera Murba ’24

11 JUN Pentas Akhir Malam Ceritera Murba ‘24

MASA AKTIVITI

SESI RAPTAI, 10 JUN 2024 DI DEWAN BUDAYA,USM

8:00 PAGI - 8:30 PAGI Semua kumpulan peserta melapor diri di USM

8:30 PAGI - 9:00 PAGI Sarapan pagi

9:00 PAGI - 9:30 PAGI Taklimat raptai pertandingan

9:30 PAGI - 10:00 PAGI Raptai kumpulan pertama

10:00 PAGI - 10:30 PAGI Raptai kumpulan kedua

10:30 PAGI -11:00 PAGI Raptai kumpulan ketiga


11:00 PAGI - 11:30 PAGI Raptai kumpulan keempat

11:30 PAGI - 12:00 TENGAH HARI Raptai kumpulan kelima

12:00 TENGAH HARI - 12:30 TENGAH HARI Perbincangan akhir bersama kumpulan peserta

12:30 TENGAH HARI - 2:00 PETANG Makan tengah hari, rehat dan solat

2:00 PETANG - 2:15 PETANG Kumpulan peserta berkumpul

2:15 PETANG - 5:00 PETANG Raptai penuh

PENTAS AKHIR, 11 JUN 2024 DI DEWAN BUDAYA,USM

7:00 MALAM - 8:00 MALAM Peserta melapor diri di auditorium

8:00 MALAM - 8:20 MALAM Pintu Dewan Budaya dibuka bagi kemasukan penonton
Ketibaan tetamu kenamaan

8:20 MALAM - 9:00 MALAM ● Nyanyian lagu Negaraku dan Menara Ilmu
● Ucapan aluan
● Bacaan doa
● Ucapan Pengarah Projek
● Ucapan Naib Canselor

9:00 MALAM - 9:20 MALAM Tayangan video Malam Ceritera Murba ‘24
Sesi penyerahan cenderahati kepada tetamu kenamaan
Persembahan pembukaan

9:20 MALAM - 9:35 MALAM Pementasan teater yang pertama

9:35 MALAM - 9:50 MALAM Pementasan teater yang kedua

9:50 MALAM - 10:05 MALAM Pementasan teater yang ketiga

10:05 MALAM - 10:20 MALAM Pementasan teater yang keempat

10:20 MALAM - 10:35 MALAM Pementasan teater yang kelima

10:35 MALAM - 10:50 MALAM Persembahan selingan

10:50 MALAM - 11:30 MALAM Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah

11:30 MALAM Bersurai


LAMPIRAN B

SENARAI NAMA SEPERTI EDARAN:

1. PROF DR. NORINSAM KAMIL OTHMAN


Pengarah Hal Ehwal Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia, Lingkungan Ilmu, 43600 Bangi, Selangor

2. TUAN HAJI RUZLI BIN ZAIRAZI


Pengarah Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Putrajaya Campus, Jalan Kajang - Puchong,
43000 Kajang, Selangor

3. PROF MADYA DR. AZLAN BIN ABDUL LATIB


Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar
Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Iman, 81310 Skudai, Johor

4. PROF. MADYA DR. SYAMSUL FOZY BIN OSMAN


Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar
University Poly-Tech Malaysia
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

5. PROFESSOR DR. CHOONG CHEE KEONG


Naib Presiden Pembangunan Pelajar dan Hubungan Alumni
Universiti Tuanku Abdul Rahman, Jalan Universiti, Bandar Barat, 31900 Kampar, Perak

6. ENCIK MOHD ZULHILMI MOHD YUNUS


Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah,
Pekan Parit Tinggi, 72000, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

7. ENCIK MUHAMMAD HILMI BIN ABDUL RAZAK


Pegawai Jabatan Pembangunan Pelajar
Universiti Kuala Lumpur (Royal College of Medicine Park), 3, Jalan Greentown, 30450,
Ipoh, Perak
8. ENCIK MOHD SHAHRIL BIN MOHD SANI
Penolong Pegawai Kebudayaan
Universiti Teknologi MARA, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, Jalan,
Kampung Pilin, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

9. PROF. MADYA DR. SAHAR SA’DI BIN HASHIM


Pengarah Pusat Kesenian dan Warisan
Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampung Gong Badak, 21300, Terengganu

10. ENCIK ISMAIL AHMED


Pengarah Kebudayaan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

11. ENCIK AMIR BIN ALI


Pegawai Kebudayaan Kanan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP), Kampus Teknologi,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka,
Malaysia

12. ENCIK NOOR AZRUL BIN MOHD ARIFF


Pegawai Kebudayaan
Universiti Malaysia Sarawak, Jln Datuk Mohammad Musa, 94300 Kota Samarahan,
Sarawak

13. ENCIK ABDUL RASHID BIN HUSAIN


Pegawai Kebudayaan & Warisan
Politeknik Merlimau, Kementerian Pendidikan Tinggi, 77300 Merlimau, Melaka

14. ENCIK ROSDI BIN ABDULLAH


Pegawai Jabatan Tari dan Teater
Universiti Malaysia Perlis, Exit Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis, 02600 Arau, Perlis

15. PUAN SITI RAHAYU BINTI AB RAZAK


Ketua Unit Kebudayaan
Politeknik Port Dickson, Km 14, Jalan Pantai, Politeknik Port Dickson, 71050 Si Rusa,
Negeri Sembilan.

16. PUAN WAHIDA BT MOHD NOOR


Ketua Unit Kebudayaan
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Usahawan, Seksyen U1,
40150, Shah Alam,Selangor Darul Ehsan
17. ENCIK MUHAMMAD SHARUL SHARIZAN BIN MANAN
Pegawai Eksekutif Kokurikulum
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Pahang Kampus, Felda Krau, 27600
Raub, Pahang

18. TS. AMIRA BIN ASHARI


Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan
Persiaran Usahawan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40150 Shah Alam,
Selangor

19. ENCIK AZIZUL AZRIN BIN MAHMOR


Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan
Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Labu,
Negeri Sembilan

20. ENCIK MOHMAD ZAKI BIN OTHMAN


Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum, Kebudayaan dan Warisan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

21. ENCIK MUHAMMAD NOOR BIN ABU HASSAN


Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan,
Politeknik Seberang Perai, 11400 Permatang Pauh, Penang

22. ENCIK MUHAMMAD ADLI BIN HARON


Ketua Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah

23. ENCIK MAZLY BIN MOHD NOR


Ketua Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan
Politeknik Sultan Azlan Shah, 35950 Behrang Stesen, Perak

24. PUAN HAIRULANUAR BIN ROSMAN


Ketua Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum
Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, 45100 Sungai Ayer Tawar, Selangor
25. PUAN NURUL YULIANA BINTI MD. NOOR
Pegawai Unit Sukan & Kebudayaan
Politeknik Kuala Terengganu, 57, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu,
Terengganu

26. PUAN MORNILIZA BINTI MA’AMOR


Pegawai Tadbir CiTRA IIUM
International Islamic University Malaysia, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur

27. ENCIK MOHD HATTA BIN MOHD YATIM


Penolong Pegawai Kebudayaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin, Jalan Lembah
Kesang 1/1-2, Kampung Seri Mendapat, 77300 Merlimau, Melaka

28. ENCIK HAZIS BIN WAHAB


Penolong Pegawai Kebudayaan,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah, KM 7, 5, Jalan
Oya, 96400 Mukah, Sarawak

29. ENCIK NAZARUDIN BIN ZAKARIA


Penolong Pegawai Kebudayaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat, Jalan Universiti
Off Km. 12 Jalan Muar, 85000 Segamat Johor Darul Ta'zim

30. PUAN NORSHASHILA BINTI KALAM


Penolong Pegawai Kebudayaan Kanan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka 26400 Bandar
Tun Abdul Razak Jengka Pahang, Malaysia

31. PROFESSOR MAYCO A. SANTAELLA


Pemangku Dekan merangkap Profesor Jabatan Filem dan Seni Persembahan
Sunway University, No. 5, Jalan Kolej, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya Selangor

32. CIK NUR AZLINA BINTI KAMARUDIN


Pegawai Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa, 16100 Kota
Bharu, Kelantan
33. DR. AZRUL AZIZI AMIRUL
Pensyarah Kanan Jabatan Drama dan Teater
Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, 11800 Gelugor, Pulau Pinang

34. PUAN NUR HAMIZAH IZZATI BT JAA’FAR


Presiden Teater
Universiti Utara Malaysia, Sintok, 06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah

35. PROF. DR SHAMSUL RAHMAN M KUTTY


Penasihat Tronoh Theatre Shop
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), 32610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan

36. ENCIK MOHD ZAKI AHMAD


Penasihat Kelab Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian
Universiti Malaysia, 26600 Pekan, Pahang

37. ENCIK MUHAMMAD FAWWAZ BIN ABDUL NASIR


Timbalan Presiden Kelab teater
Universiti Malaysia Perlis, Exit Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis, 02600 Arau, Perlis

You might also like