You are on page 1of 20

lOMoARcPSD|26621877

Minit Mesyuarat Hoki MSSD LMS 2023

(SEKOLAH KEBANGSAAN SELAMA, JALAN MENTERI)


lOMoARcPSD|26621877

SK SELAMA, JALAN MENTERI


MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN HOKI
LELAKI/PEREMPUAN B12 MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH LARUT
MATANG DAN SELAMA (MSSD) BIL 1 / 2023

Tarikh : 7 Jun 2023 Rabu


Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Selama
Pengerusi : Pn Puteh Binti Meh ( Guru Besar Sk Selama )
Kehadiran (Bilangan) : 13 orang ( Rujuk Lampiran )

1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua Setiausaha Sukan dan Guru Penasihat Hoki pada
mesyuarat kali kali ini.

1.2 Pengerusi juga memaklumkan akan mempengerusikan mesyuarat pada hari ini selaku tuan rumah
Kejohanan Hoki MSSD LMS 2023 dan berharap apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

1.3 Pengerusi meminta tunjuk ajar dan memohon semua guru memberikan kerjasama kepada beliau
selaku tuan rumah sebelum menyerahkan kepada Pengerusi Teknik Hoki MSSD LMS, En.Nazmi
Syazwan untuk meneruskan agenda mesyuarat.

Tindakan: Makluman

2 UCAPAN PEGAWAI TEKNIK LARUT MATANG SELAMA

2.1 Pegawai Teknik LMS, En Nazmi Syazwan memaklumkan berkaitan pencapaian pasukan hoki
pasukan LMS pada tahun 2022. Pasukan Lelaki L12 tempat ke-4 manakala P12 layak ke peringkat
suku akhir.

2.2 Sasaran untuk kejohanan tahun ini pula ialah sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir bagi
kedua-dua kategori.

Tindakan: -

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

Tindakan: -
lOMoARcPSD|26621877

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Penetapan Tarikh dan Yuran Pertandingan Kejohanan Hoki MSSD LMS 2023

4.1.1 Tarikh bagi Kejohanan Hoki Lelaki dan Perempuan B12 ialah pada 20 Jun 2023
sehingga 22 jun 2023 . Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

4.1.2 Yuran Pertandingan yang ditetapkan ialah sebanyak RM 260 / SEPASUKAN dan telah
dipersetujui oleh semua. Lebihan yuran sekiranya ada, akan digunakan untuk latihan
pusat MSSD LMS ke Kejohanan MSS Perak.

4.1.3 Bayaran yuran sebanyak RM 260 hendaklah dibuat sebelum atau pada 17 Jun bersama-
sama dengan borang pendaftaran peserta ( R02 untuk Sekolah Rendah). Bayaran
hendaklah dibayar secara tunai atau CEK atas nama:

- SRK SELAMA A/C NO 1


- NO AKAUN - 0082 1650 0280 (MAYBANK)

4.1.4 Borang pendaftaran peserta boleh dihantar kepada jawatankuasa pengelola melalui
telegram atau di email ke:

- SKSelamaABB6071@moe.edu.my

Tindakan: Makluman

4.2 Maklumat Kejohanan Hoki MSSD LMS

4.2.2 Perlawanan akan dijalankan di Padang Sk Selama, Jalan Menteri.

4.2.3 Masa pertandingan bermula pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang.

Tindakan: Makluman

4.3 Penyertaan Sekolah

4.3.1 Pada tahun ini penyertaan pasukan bagi pertandingan hoki lelaki dan perempuan adalah
sebanyak 14 pasukan. Hadiah berupa medal, sijil penghargaan dan sijil penyertaan akan
disediakan.

4.3.2 Setiap sekolah yang menyertai pertandingan , akan diberikan sijil penyertaan.
Mesyuarat memutuskan setiap pasukan dibenarkan mendaftar 16 orang peserta iaitu 11
orang pemain dan 5 orang pemain simpanan.

4.3.3 Setiap sekolah perlu menghantar borang pendaftaran peserta kepada jawatankuasa
pengelola sebelum 17 Jun 2023 melalui telegram atau email.

Tindakan: Makluman
lOMoARcPSD|26621877

4.4 Pakaian Semasa Pertandingan

4.4.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar DUA pasang jersi. Sekiranya tiada dua jersi, boleh
bawa satu tetapi perlu sediakan “bip “( yang mempunyai nombor ).

4.4.2 Peserta perlu memakai nombor yang sama untuk setiap jersi.(Tidak boleh tukar-tukar
nombor ) untuk memudahkan jawatankuasa pemilihan.

4.4.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang bewarna sama, yang akan menukar jersi,
ialah nama sekolah yang disebut dahulu.

4.4.4 Stokin yang sama juga perlu ditukar untuk mengelakkan pemain keliru.

4.4.5 Setiap Pasukan diwajibkan menyediakan sebiji bola jenis ‘Kookabura Dimple’ sebelum
perlawanan dimulakan.

4.4.6 Pemain WAJIB memakai Shin Guard.( Pelindung kaki )

4.4.7 Ketua Pasukan perlu memakai lilitan lengan yang nyata.

4.4.8 Untuk peserta perempuan, sekiranya memakai ‘tight’, warna perlu sama dengan stoking
@ skirt, manakala untuk peserta lelaki, warna ‘tight’ perlu sama dengan stoking @ seluar.

Tindakan: Makluman

4.5 Peraturan Permainan Hoki


4.5.1 Mengikut peraturan permainan hoki MSS Perak. (Rujuk lampiran peraturan yang
dibekalkan)

4.5.2 Kategori yang dipertandingkan ialah Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan.

4.5.3 Format Permainan adalah 11 sebelah dan 5 pemain simpanan secara ROLLING
SUBSTUTION

4.5.4 Cara menentukan keputusan kumpulan : Menang 3 mata, Seri 1 mata dan Kalah 0 mata.
Kedudukan pasukan akan ditentukan oleh jumlah mata yang dikumpulkan oleh setiap
pasukan. Jika mata adalah sama dalam satu kumpulan, maka kedudukan pasukan akan
ditentukan berpandukan kepada perbezaan gol. Jika sama juga, pasukan yang
menjaringkan gol yang terbanyak akan dikira pemenang. Jika sama juga, pemenang
dikira berdasarkan jumlah menang. Jika masih sama, pasukan yang telah mengalahkan
lawannya diperingkat kumpulan, dikira pemenang. Sekiranya sama juga, akan dibuat
penalty shootout sebanyak 3 pukulan untuk menentukan pemenang.

4.5.5 Pegawai teknik memaklumkan tempoh masa perlawanan Bawah 12 tahun adalah 10:2:10
minit. ( Bergantung kepada penyertaan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan
kemudian ).
lOMoARcPSD|26621877

4.5.6 Semua pemain gantian, mestilah pemain yang telah didaftarkan.

4.5.7 Semua pertukaran pemain yang hendak dilakukan, hendaklah dilakukan di kawasan yang
telah ditentukan. ( Di garisan tengah ). Pastikan pemain di dalam padang keluar dahulu.

4.5.8 Hanya pegawai dan pemain yang didaftarkan sahaja boleh masuk ke padang. Pegawai
atau pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan duduk di bangku simpanan.
Pegawai mestilah dari kalangan DG (Guru KPM).

4.5.9 Peraturan-peraturan lain yang lebih lengkap boleh dirujuk pada lampiran yang
disediakan.

Tindakan: Makluman

4.6 BANTAHAN

4.6.1 Bantahan hendaklah dibuat selepas 10 minit perlawanan tamat. Bantahan secara bertulis
dalam Borang Bantahan Rasmi dengan wang cagaran RM 300 perlu disertakan untuk
bantahan. Dalam masa 30 minit perlu diserahkan kepada pengurus. Bantahan tidak
dipertimbangkan selepas daripada masa yang ditetapkan.

4.6.2 Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas dan ditolak
oleh Jawatankuasa Teknikal.

Tindakan: Makluman
lOMoARcPSD|26621877

4.7 PENANGGUHAN PERLAWANAN

4.7.1 Sekiranya menangguhkan perlawanan selepas separuh masa pertama akibat daripada hujan
dan sebagainya, perlawanan akan diberhentikan dan Pengadil akan ambil keputusan
semasa setakat itu.

4.7.2 Sekiranya menangguhkan perlawanan semasa separuh masa pertama, perlawanan akan
disambung dengan minit semasa dan keputusan semasa.

4.7.3 Sekiranya hujan ribut petir dan sebagainya sepanjang hari, perlawanan akan ditangguhkan.

Tindakan: Makluman

4.8 JAWATANKUASA PEMILIHAN PASUKAN DAERAH LMS

4.8.1 Keputusan mesyuarat setuju untuk melantik jawatankuasa pemilihan pasukan daerah
seperti berikut :

LAKI-LAKI PEREMPUAN
BIL NAMA PEMILIH BIL NAMA PEMILIH
1 EN NAZMI SYAZWAN BIN 1 EN NAZMI SYAZWAN BIN
ZALKAFELI ZALKAFELI
2 EN AMIRUL SYAFIQ BIN 2 EN AMIRUL SYAFIQ BIN ZULKIFLI
ZULKIFLI
3 EN ANAS BUKHARI BIN 3 EN ADAM BIN SAHIMIN@SALIMIN
DERANI
4 EN MAZELI BIN ISMAIL 4 EN MOHD AKRAM ZAKI BIN MOD
SABRI

Tindakan: Makluman

4.9 KEJOHANAN MSSPK / PASUKAN DAERAH

4.9.1 Kejohanan MSSPK ialah pada 11 hingga 13 julai 2023 dan manakala kejohanan MSSM
Adalah pada 27 hingga 31 ogos 2023 di Melaka
4.9.2 Latihan pusat daerah ditetapkan pada 5 Julai 2023 (pemilihan) 6 hingga 8 & 10 julai (Latihan
Pusat)

4.10 PENETAPAN JADUAL PERLAWANAN

4.10.1 Jadual perlawanan akan dikeluarkan dalam masa seminggu sebelum perlawanan di dalam
group ‘telegram ‘ Rasmi Hoki MSSD LMS. ( Jadual Pertandingan akan disusun dan
dimaklumkan kemudian oleh pihak TEKNIKAL KEJOHANAN )

4.10.2 Keputusan undian kumpulan boleh dirujuk seperti jadual dibawah :


lOMoARcPSD|26621877

PERTANDINGAN HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH


DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA 2023
( BORANG UNDIAN )

LELAKI BAWAH 12 TAHUN


LIGA DUA KUMPULAN
KUMPULAN A KUMPULAN B
A1 SK PERMATANG RAJA B1 SK KG JAMBU
A2 SK SG DENDANG B2 SK KING EDWARD
A3 SK ST GEORGE B3 SK SG JERNIH
A4 SK SIMPANG B4 SK SELAMA

Pusingan Kedua : Separuh Akhir ( S / A )

S/A1 Johan A Lwn. N/ Johan B


S/A2 Johan B Lwn. N/ Johan A

Tempat Ketiga & Kempat

Kalah S/A 1 Lwn Kalah S/A 2

Akhir

Menang lwn Menang


S/A 1 S/A 2
lOMoARcPSD|26621877

PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN


LIGA DUA KUMPULAN
KUMPULAN A KUMPULAN B
A1 SK SG DENDANG (SKSD) B1 SK KG JAMBU
A2 SK SIMPANG B2 SK SELAMA
A3 SK TAIPING B3 SK TREACHER METHODIST
A4 B4

Pusingan Kedua : Separuh Akhir ( S / A )

S/A1 Johan A Lwn. N/ Johan B


S/A2 Johan B Lwn. N/ Johan A

Tempat Ketiga & Kempat

Kalah S/A 1 Lwn Kalah S/A 2

Akhir

Menang lwn Menang


S/A 1 S/A 2
lOMoARcPSD|26621877

4.11 Hal-hal Lain

4.11.1 Pengurus pasukan bagi pasukan LMS ke MSSPK ialah wakil dari Sekolah Penganjur iaitu Sk
Selama. Jika tiada, Pegawai Teknik akan melantik dari kalangan Jurulatih atau guru dari
sekolah-sekolah di LMS.

4.11.2 Pasukan yang menarik diri pada saat akhir akan tetap dikenakan bayaran.

4.11.3 Pegawai Teknik menerangkan berkaitan SOP keselamatan di padang.( Rujuk lampiran yang
diberikan.) PTPS juga berharap dapat memastikan SOP tersebut dipatuhi.

4.11.4 Pegawai Teknik mengingatkan guru-guru dan jurulatih dapat menjaga disiplin dan
keselamatan murid-murid ketika hari pertandingan.

4.12 PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada


jam 4.15 petang. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir
dan berharap pertandingan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan
sempurna.

Disediakan Oleh ,

(Mohd Uzair Bin Shaarin)


Setiausaha Sukan
Sk Selama, Jalan Menteri,
Selama, Perak
lOMoARcPSD|26621877

LAMPIRAN

KEHADIRAN MESYUARAT HOKI MSSD LMS 2023


7-Jun-23 2.30 Petang Bilik mesyuarat SK Selama
BIL NAMA SEKOLAH JAWATAN
1 Halim bin Hassan SK Selama Pk Ko
2 MUSTAQIM BIN MUSTAPA SK SUNGAI DENDANG GURU
3 VANITHA A /P NADARAJAN SK TAIPING GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI
4 SYAHMI AFIF SYAHIR BIN ABDUL RANI JERNIH GURU
5 MOHD. AMIRUL SYAFIQ BIN ZULKIFLI SK KG. JAMBU Guru
6 SHAMSURIJAL SHAMSUDIN SK P TREACHER METHODIST GURU
7 Anas Bukhari bin Derani SK KING EDWARD VII (1) Guru biasa
8 Adam bin Sahimin @ Salimin SK Simpang Guru
9 Mohd Uzair Bin Shaarin Sk Selama Jalan menteri Su sukan
10 NAZMI SYAZWAN BIN ZALKAFELI SK SELAMA Guru
V.SANTHAANA KUMAR A/L
11 V.VELAYUTHAM SK ST GEORGE SATU Guru
12 Mohd Akram Zaki bin Mohd Sabri SK Selama Guru(Jurulatih)
13 Puteh binti Meh SK Selama Guru Besar SK Selama

PENGESAHAN PENYERTAAN PERTANDINGAN HOKI


MSSD LMS BAWAH 12 TAHUN 2023

BIL SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PASUKAN


1 SK TAIPING / 1
2 SK KING EDWARD VII ( 1 ) / 1
3 SK SELAMA / / 2
4 SK TREACHER METHODIST / 1
5 SK KAMPUNG JAMBU / / 2
6 SK SUNGAI DENDANG / / 2
7 SK SIMPANG / / 2
8 SK PERMATANG RAJA / 1
9 SK ST GEORGE / 1
10 SK SG JERNIH / 1

8 6 14
JUMLAH PASUKAN
lOMoARcPSD|26621877

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN HOKI


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA 2023

1. PERATURAN PERMAINAN HOKI

PestaHoki MSSPK akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh RULES OF THE GAME
OF HOCKEY sebagaimana yang ditetapkan oleh THE INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD
dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia.

2. PERATURAN

Pesta Hoki MSSPK ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Larut Matang Selama
di bawah kelolaan Jawatankuasa Pengelola SK SELAMA yang berkenaan. Sungguhpun demikian,
pengelolaan Pesta ini dari hari ke hari adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Kecil Teknik
dan Pertandingan yang meliputi tugas-tugas berikut:

2.1 Menentukan peraturan –peraturan pertandingan dipatuhi.

2.2 Menjaga masa.

2.3 Menguruskan padang permainan.

2.4 Percatatan.

2.5 Perlantikan Lembaga Tatatertib / Juri Rayuan / Pegawai Teknik / Pengadil.

2.6 Tatatertib pemain / pegawai.

2.7 Bantahan.

2.8 Pengarah Pertandingan dan penolongnya akan dilantik oleh MSSD atau Jawatankuasa
Pengelola Sekolah yang berkenaan.

3. PENYERTAAN

Pesta Hoki MSSPK ini adalah pertandingan berpasukan antara Sekolah di dalam Daerah Larut
Matang Selama Setiap sekolah diwakili oleh satu pasukan dalam peringkat umur berikut

3.1 Lelaki 12 Tahun.

3.2 Perempuan 12 Tahun.

4. KELAYAKAN TARIKH LAHIR ( Rujuk Peraturan AM MSSM )

4.1 Pemain hendaklah berumur 12 ke bawah bagi kategori masing-masing pada 1 Januari 2023.

5. PENDAFTARAN

5.1 Setiap pasukan boleh mendaftar 16 orang pemain sahaja dalam Borang Pendaftaran Rasmi.
Borang ini hendaklah disah dan ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan Guru Besar
Sekolah berkenaan.

5.2 Pasukan yang mempunyai peserta perempuan hendaklah diiringi oleh seorang atau lebih
pegawai wanita.
lOMoARcPSD|26621877

5.3 Tiap-tiap pasukan dikehendaki mendaftarkan 2 pasang jersi yang berlainan warna dan pada
tiap-tiap satu set. Jersi semua pemain hendaklah bernombor di hadapan ( tidak wajib ) dan
belakang ( wajib )

5.4 Pemain-pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor jersi yang dipakainya di sepanjang
pertandingan ini tanpa mengira apa jua kedudukan pemain tersebut akan bermain. Nombor
jersi hendaklah dinyatakan dibelah nama pemain di dalam senarai pendaftaran.

5.5 Senarai nama pemain ( ditanda dengan kesebelasan utama ) hendaklah diserahkan kepada
Pegawai Teknik 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

6. PERALATAN / PAKAIAN / WARNA JERSI

6.1 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi berwarna yang sama, maka pasukan yang namanya
tercatat dahulu dalam Jadual Perlawanan dikehendaki menukar jersinya.

6.2 Jika kedua-dua pasukan memakai stoking berwarna yang sama, maka satu pasukan yang
namanya tercatat dahulu dalam Jadual Perlawanan hendaklah menukar stokinnya.

6.3 Penjaga gol hendaklah memakai jersi berwarna lain dari pemain-pemain lain. Jersinya
hendaklah bernombor di hadapan dan di belakang.

6.4 Pemain-pemain bagi semua peringkat umur lelaki dan perempuan diwajibkan memakai
pelindung tulang kering (shin-guard).

6.5 Jika ada pemain yang memakai / menggunakan `leotards’ warnanya mesti sama dengan jersi
atau seluar atau stoking yang dipakai.

6.6 Jika ada pemain perempuan memakai skaf , ia mestilah sama dengan warna jersi atau
berwarna hitam tanpa mempunyai corak . (Satu warna atau `plain colour’).

6.7 Pemakaian topi, pengikat kepala (headband) dan skaf tidak dibenarkan untuk pemain lelaki.

6.8 Pemain-pemain hendaklah memasukkan jersi mereka ke dalam sepanjang sesuatu


perlawanan.

6.9 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata.

6.10 Kayu hoki pemain-pemain hendaklah diperiksa oleh Pegawai Teknik sebelum perlawanan
dimulakan. Pemain-pemain tidak dibenar menggunakan kayu hoki yang tidak memenuhi
speksifikasi yang ditetapkan (rejected stick)

6.11 Setiap pasukan hendaklah menyerahkan sebiji bola pertandingan jenis `Kookabura Dimple’
kepada Pegawai Teknik sebelum sesuatu perlawanan bermula.

7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Cara Liga Dua ( 2 ) kumpulan.

7.1.1 Pusingan Pertama


7.1.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
7.1.1.2. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
Kumpulan A dan Naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B
7.1.1.3. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi
7.1.1.4. Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan
lOMoARcPSD|26621877

terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

7.1.2. Pusingan kedua ( Separuh Akhir )


7.1.2.1. Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan
melawan Naib Johan Kumpulan A.
7.1.2.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

7.1.3. Pusingan Akhir


7.1.3.1. Johan Kumpulan A atau Naib Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B atau
Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan
7.1. 3.2. Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga
dan keempat.

7.2 Cara Liga Tiga ( 3 ) Kumpulan

7.2.1. Pusingan Pertama


7.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 12 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
7.2.1.2 Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A - Johan tahun lalu
Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C - Tempat Ketiga tahun lalu

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian.
7.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik
berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

7.2.2. Pusingan Kedua


7.2.2.1. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan
Y dengan mengadakan undian.
7.2.2.2. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
7.2.2.3. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y.
7.2.2.4. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.

7.2.3. Pusingan ( Separuh Akhir )


7.2.3.1. Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan Kumpulan Y dan Johan Kumpulan Y akan
melawan Naib Johan Kumpulan X.
7.2.3.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

7.2.4. Pusingan Akhir


7.2.4.1. Pemenang seperti peraturan 8.2.3.1 akan melawan untuk menentukan Johan dan Naib
Johan. Pasukan kalah di dalam kedua-dua perlawanakan menentukan tempat ketiga dan
keempat

7.3 Cara Liga Satu (1) Kumpulan

7.2.1. Pusingan Round Robin (Secara liga)


7.2.1.1 Sekiranya 2 - 6 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah diletakkan hanya dalam satu
kumpulan sahaja. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

8. CARA-CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN


8.1 Pemberian mata bagi setiap perlawanan adalah seperti berikut:

8.1.1 Menang - 3 mata

8.1.2 Seri - 1 mata

8.1.3 Kalah - 0 mata


lOMoARcPSD|26621877

8.2 Kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan jumlah mata yang dikumpulkan oleh setiap
pasukan.

8.3 Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan , lebih dari satu pasukan mempunyai mata yang
sama, maka kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan BILANGAN KEMENANGAN.

8.4 Jika kedudukan masih sama, maka kedudukan akan ditentukan berpandukan PERBEZAAN
GOL, bilangan gol yang dijaringkan tolak bilangan gol yang diterima.

8.5 Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan GOL TERBANYAK akan
dikira menang.

8.6 Jika kedudukan masih sama, maka pasukan yang telah MENGALAHKAN LAWANNYA
diperingkat kumpulan akan dikira pemenang.

8.7 Jika masih sama, kedudukan akan diputuskan menerusi Pertandingan pukulan penalti strok.

8.7.1 Jika lebih dari 2 pasukan terlibat, maka pertandingan pukulan strok melibatkan
pasukan-pasukan yang berkenaan dijalankan secara liga.
8.7.2 Kedudukan akan diputuskan berpandukan pemberian mata seperti berikut :
8.7.2.1 Menang - 3 mata

8.7.2.2 Seri - 1 mata

8.7.2.3 Kalah - 0 mata

8.7.3 Jika kedudukan masih sama, keputusan akan dibuat berpandukan peraturan am
8.3,8.4, 8.5 dan 8.6.

9 SISTEM PUKULAN ‘PENALTI STROK’ (Separuh Akhir / Ketiga dan Keempat dan Akhir)

9.1 Pengadil akan menentukan pintu gol mana pukulan penalti hendak dijalankan.
9.2 Pengadil akan membuat undian dengan kedua-dua ketua pasukan. Pasukan yang
menang akan membuat pilihan sama ada memulakan pukulan penalti atau bertahan
dahulu
9.3 Tiga (3) pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil pukulan penalti berselang
seli terhadap Penjaga Gol pasukan lawan.
9.4 Jika jaringan penalti strok masih sama, permainan akan dilanjutkan dengan secara tamat
serta –merta. (Sudden Death Basis)

9.5 Pemain–pemain yang telah didaftarkan boleh mengambil bahagian dalam pertandingan
penalti strok kecuali pemain-pemain yang telah digantung daripada bermain (Players on
Permanent or Temporary Suspension)

9.6 Pengurus pasukan akan menentukan susunan pemain yang akan mengambil pukulan penalti
strok bagi pasukan masing-masing.

9.7 Penjaga Gol boleh ditukarkan pada bila-bila masa.

9.8 Penjaga Gol diwajibkan memakai Pelindung Kepala semasa mempertahankan golnya semasa
Penalti Strok.

10 MASA PERLAWANAN

10.1 Tempoh masa bagi satu perlawanan adalah seperti berikut :


lOMoARcPSD|26621877

Peringkat Umur Jantina Jumlah Masa Pecahan

Lelaki & 10 minit setiap separuh


12 tahun 10 : 2: 10
Perempuan masa dan rehat 2 min.
10.2 Dalam perlawanan peringkat Separuh Akhir / Tempat Ketiga dan Keempat serta Perlawanan
Akhir , untuk mendapatkan pemenang di akhir perlawanan, sekiranya perlawanan masih lagi
seri selepas tempoh masa yang ditetapkan, satu pertandingan Penalty Strok akan diadakan
(lihat peraturan 9) bagi mendapatkan pemenang perlawanan tersebut. Pengadil perlawanan
akan mengadakan undian bersama kedua-dua ketua pasukan untuk menentukan pasukan
mana yang akan memulakan perlawanan .

11 PENGGANTIAN PEMAIN ( ROLLING SUBSTUTION )

11.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 5 orang pemain gantian semasa satu perlawanan.

11.2 Semua pemain yang terlibat dalam prosedur gantian haruslah dari senarai pemain yang
didaftarkan dan disahkan.

11.3 Pemain yang digantung (suspended) tidak boleh digunakan sebagai pemain gantian.

11.4 Pasukan tidak dibenarkan menggunakan lebih daripada seorang penjaga gol pada bila-bila
masa permainan dijalankan.

11.5 Gantian pemain hanya akan dibenarkan dengan persetujuan Pegawai Teknik yang bertugas.

11.6 Pemain dikehendaki keluar dan masuk padang dari kawasan di hadapan meja Pegawai
Teknik melainkan pertukaran penjaga gol atau penggantian pemain yang cedera di mana
Pegawai Teknik / Pengadil yang akan menguruskannya.

11.7 Masa tidak akan diberhentikan untuk melakukan penggantian , melainkan gantian untuk
pemain yang cedera atau pertukaran penjaga gol , di mana ia akan ditentukan oleh pengadil
perlawanan.

11.8 Seorang pemain yang digantung (suspended), tidak boleh digantikan dalam tempoh
penggantungannya.

11.9 Jika Ketua Pasukan digantung, mana-mana seorang pemain dalam pasukan itu akan
dikenalpasti sebagai ketua pasukan dengan memakai lilitan lengan.

11.10 Seseorang penjaga gol yang digantung boleh diganti dengan penjaga gol gantian dengan
syarat gantian dilakukan terhadap seorang pemain dalam pasukan itu yang sedang bermain
(Field Player).

11.11 Penggantian pemain tidak boleh dilakukan semasa pengambilan Pukulan sudut penalty
(penalti corner).

12. PENANGGUHAN

12.1 Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan , tetapi sekiranya
pada pendapat Pengarah Pertandingan keadaan padang tidak sesuai untuk sesuatu
permainan ataupun ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka
perlawanan itu akan dijalankan di tempat dan pada masa yang akan ditetapkan oleh
Pengarah Pertandingan. Keputusan Pengarah Pertandingan adalah MUKTAMAD.
lOMoARcPSD|26621877

12.1.1 Peringkat Pusingan Awal, jika selepas bermain separuh masa iaitu 20 minit dan
permainan diberhentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (padang tidak
sesuai) maka permainan itu dianggap telah tamat tempoh permainannya dan
kedudukan jaringan pada masa itu akan diambil kira.

12.1.2 Pusingan Kedua ,Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Keempat dan Akhir. maka
permainan itu akan disambungkan dari masa hentian dengan kedudukan yang kekal
sebelum permainan itu dihentikan, di suatu tempat dan masa yang akan ditetapkan
oleh jawatankuasa Teknik dan Pertandingan.

13. TATATERTIB

Tatatertib pemain dan pegawai adalah pada amnya di bawah bidang kuasa.Jawatankuasa Teknik
dan Pertandingan . Tindakan berikut boleh diambilsemasa pertandingan dijalankan.
13.1 PEMAIN

13.1.1 Sistem mata `demerit’ yang berikut akan dikuatkuasakan untuk tindakan tatatertib
yang diambil sepanjang pertandingan ini dijalankan:-

KAD HIJAU - 2 MATA


KAD KUNING - 4 MATA
KAD MERAH - 8 MATA
13.1.2 Tindakan –tindakan tatatertib yang berikut adalah dijalankan mengikut sistem mata
`demerit’.

08 mata demerit : PENGGANTUNGAN 1 PERLAWANAN


12 mata demerit : PENGGANTUNGAN 2 PERLAWANAN
16 mata demerit : PENGGANTUNGAN 3 PERLAWANAN
20 mata demerit : PENGGANTUNGAN UNTUK BAKI PERLAWANAN.
Interpritasi :
Jika seseorang pemain, setelah mengumpul 8 mata demerit, Menerima satu
kad Kuning dalam satu perlawanan, pemain itu akan digantung 1 perlawanan
. Walaupun jadual di atas menentukan penggantungan 2 perlawanan untuk 12
mata demerit, sebab pemain itu digantung 1 perlawanan sahaja adalah
kerana pemain itu sudahpun menjalani penggantungan1 perlawanan setelah
mengumpul 8 mata demerit.

13.2 PEGAWAI

13.2.1 Mana-mana wakil yang bertanggungjawab mengenai pasukannya yang mempersoalkan


keputusan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan dan didapati mengganggu perjalanan
pertandingan , akan diberi amaran dan jika perlu dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib.

13.2.2 Semua Pegawai mestilah dari kalangan DG ( Guru KPM )

14 BANTAHAN

14.1 Jika ada bantahan, ianya akan ditujukan kepada Ketuan Perwakilan Teknik atau penolongnya
yang bertugassecara lisan dalam masa 10 (sepuluh) minit selepas tamatnya sesuatu
perlawanan.Bantahan secara bertulis dalam Borang Bantahan Rasmi dengan wang cagaran
RM 300.00 (Ringgit Malaysia tiga ratus) hendaklah diserahkan oleh Pengurus Pasukan atau
wakilnya dalam masa 10 (sepuluh) minit selepas bantahan lisan dibuat. Bantahan tidak
dipertimbangkan jika dibuat selepas masa yang ditetapkan. Wang cagaran tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas dan ditolak oleh Jawatankuasa Teknikal.
lOMoARcPSD|26621877

14.2 Keputusan secara bertulis akan diberitahu oleh Jawatankuasa Teknikal kepada semua pihak
dan Pegawai Pertandingan dalam masa tidak kurang daripada satu jam dari tamatnya sesuatu
perlawanan.

14.3 Pengarah Pertandingan dan Penolongnya akan memberitahu Pengerusi Juri Rayuan dengan
serta merta mengenai bantahan tersebut. Pihak Juri Rayuan akan bermesyuarat dan memberi
keputusan secepat mungkin iaitu tidak melewati dari hari permainan tersebut. Keputusan yang
diberi oleh Juri Rayuan adalah MUKTAMAD.

15. KELEWATAN

Setiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15 minit sebelum masa yang ditetapkan
bagi sesuatu perlawanan.
15.1 Pasukan yang terlewat diberi tempoh masa 10 minit selepas masa yang ditetapkan untuk
turun ke padang . Jika pasukan itu masih tidak hadir , kemenangan percuma diberi kepada
pasukan yang hadir.

16. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH


Di dalam apa jua keadaanpun, menarik diri atau menyerah kalah tidak dibenarkan sama sekali
sepanjang pertandingan ini.
16.1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan perlawanan yang dimainkan oleh pasukan itu akan
dibatalkan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan memasuki sebarang pertandingan
seterusnya.

16.2 Kes tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah
Larut Matang Selama dan tindakan tatatertib boleh diambil oleh pihak MSSD LMS.

17. JURI RAYUAN

Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada antara 5 hingga 7 orang seperti berikut :
17.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.

17.2 Setiausaha MSSD atau wakilnya.

17.3 Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan MSSD LMS (PTPS) .

17.4 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya.

17.5 Dua orang Pengurus Pasukan MSS Daerah yang mengambil bahagian tetapi tidak

terlibat dengan kes bantahan tersebut

18. LEMBAGA TATATERTIB

Lembaga ini terdiri daripada:


18.1.1 Pegawai Pelajaran Daerah.

18.1.2 Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Manusia PPD LMS

18.1.3 Penyelia Sukan PPD LMS

18.1.4 Guru Besar (Pengerusi Pengelola).

18.1.5 Pengerusi Jawatankuasa Teknik Permainan berkenaan.

18.1.6 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola


lOMoARcPSD|26621877

18.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk:

18.2.1 Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai-pegawai kejohanan
berkenaan bagi semua kejohanan / pesta yang dijalankan seperti berikut:

18.2.1.1 Memberi amaran.

18.2.1.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu.

18.2.1.3 Menyingkir pasukan / peserta daripada keseluruhan kejohanan /

pesta.
18.2.1.4 Mengarahkan peserta dihantar pulang.

18.2.1.5 Menghantar laporan kepada Pengetua Sekolah berkenaan supaya


mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut
hukuman yang diguna pakai oleh Persatuan Sukan Kebangsaan.

18.2.2 Bertanggungjawab membuat laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada
urusetia MSSD LMS secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis
selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan / pesta dengan membuat cadangan
yang sewajarnya untuk tindakan lanjut.

18.2.3 Pasukan, Pegawai atau Peserta yang digantung oleh Sekolah, MSSD, MSS Negeri
atau MSSM kerana tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan
Permainan berkenaan

19. PENGADIL PERTANDINGAN

Pengadil-pengadil kejohanan ini adalah terdiri daripada pengadil-pengadil MSS Daerah dan yang
dilantik oleh Penyelaras Teknik dan Pembangunan Hoki MSSD LMS .

20. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan pertandingan ini akan diuruskan oleh
Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad.
lOMoARcPSD|26621877

STANDARD OPERATING PROCEDURE ( SOP ) PENGGUNAAN PADANG SEKOLAH 2023

BIL KETERANGAN
1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan di Luar Kawasan
Sekolah perlu dipatuhi
2 Penggunaan padang mesti diawasi oleh Guru.
3 Surat maklumat kepada ibu bapa hendaklah dengan kebenaran Pengetua. Surat kebenaran
oleh ibu bapa kepada pelajar wajib ada bagi pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum,
dalam simpanan Guru Penasihat Kokurikulum.
4 Guru hendaklah memastikan perlatan sukan selamat untuk digunakan.
5 Guru yang menggunakan padang mesti faham dan bersedia dengan fenomena semula jadi
perubahan cuaca.
6 Elakan berada di kawasan terbuka apabila terdapat guruh / petir dengan segera
7 Elakan memegang atau membawa objek besi ketika ribut petir.
8 Jika anda berkumpulan , pastikan jarak antara seorang individu dengan individu yang lain
15 kaki / lebih kurang 5 ela dalam keadaan duduk mencangkung sekiranya berlaku petir.
Murid hendaklah di kumpul di dalam kelas atau bangunan dengan pengawasan guru
berkenaan ketika hujan / petir .
9 Jangan guna telefon bimbit semasa petir.
10 Guru hendaklah memastikan semua peralatan dikemaskini dan disimpan.
11 Peralatan hanya boleh dibawa ke padang dengan pengawasan guru.
12 Jika hujan renyai semasa aktiviti padang hendaklah ditangguh.
13 Pihak luar tidak dibenarkan menggunakan padang tanpa kebenaran dan pelajar diminta elak
atau jauh kan diri orang yang tidak dikenali.
14 Penggunaan Padang dibenarkan :
14.1 Mengikut Jadual Pertandingan yang disediakan dan perubahaan jka ada .
lOMoARcPSD|26621877

You might also like