You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PEMBELIAN ALATAN SUKAN


[No. Ruj.]

KERTAS CADANGAN

PEMBELIAN PERALATAN SUKAN

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah meninjau dan menyelenggara stor
sukan Sekolah Kebangsaan Panjang Sari pada 1 Oktober 2023 yang lalu. Hasil
daripada pemantauan tersebut didapati bahawa terdapat beberapa peralatan sukan
yang telah rosak perlu diganti dan ditambah kuantiti. Oleh itu, Panitia Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan telah menyediakan kertas kerja bagi menerangkan butir-butir
yang diperlukan berkenaan dengan pembelian alatan stor sukan.

2. RASIONAL

Rasional pembelian alatan ini ialah bagi memenuhi keperluan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) subjek Pendidikan Jasmani.. Selain itu, aktiviti tambahan yang
diadakan di sekolah seperti sukan tahunan, hari PIBG dan sebagainya.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Objektif pembelian alatan sukan ini ialah :

3.1.1 Memastikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Jasmani


berjalan dengan lancar dan berkesan menggunakan alatan.

3.1.2 Memudahkan pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan


alatan sukan.

4. PERANCANGAN AKTIVITI

Perancangan yang rapi sebelum membeli alatan telah dijalankan bersama unit panitia
Pendidikan Jasmani agar pembelian alatan ini memberi manfaat dan kegunaan yang
maksimum kepada murid khususnya kepada sekolah. Penyediaan alatan yang
diperlukan dengan lengkap sangat membantu pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
Beberapa aktiviti yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat adalah seperti:

Bil. Aktiviti Tarikh Perancangan


1 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sepanjang sesi
Pendidikan Jasmani persekolahan
2 Saringan Wakil Sekolah dalam Pertandingan Mac 2024
Badminton
3 Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah November 2024
4 Latihan Bola Sepak Pasukan Sekolah Mei 2024

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Di samping aktiviti yang dinyatakan, Panitia Pendidikan Jasmani juga telah


merancang aktitviti sekolah yang ingin dicapai dalam jangka panjang. Aktiviti yang
dirancang ini dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk lebih aktif dan memberi
sumbangan dalam aktiviti sukan sekolah. Antara aktiviti yang telah dirancangan
adalah seperti berikut:

1. Menubuhkan Kelab Bola Sepak sekolah yang aktif dan dapat menganjur serta
menyertai pelbagai pertandingan.
2. Melahirkan pasukan Bola Sepak bawah 12 tahun yang mantap dalam jangka
masa 3 tahun.
6. ALATAN

Bil. Alatan Kategori Jenama Kuantiti Harga seunit Jumlah


(RM) (RM)
1 Bola Sepak (Training) Saiz 4 Decathlon 3 35.00 105.00
2 Bola Jaring (Training) Saiz 5 Decathlon 3 45.00 135.00
3 Bola Baling (Training) Saiz 3 Decathlon 4 55.00 220.00
4 Tali Skipping - Decathlon 20 8.00 160.00
Bulu Tangkis Latihan RSL 5 35.00 175.00
5 Pam Tangan - Molten 1 20.00 20.00
6 Bola Tampar (Training) Saiz 4 Decathlon 3 35.00 105.00
7 Marker Skital - Decathlon 2 50.00 100.00
8 Skital Cone 18cm - Decathlon 10 130.00 130.00
1150.00

7. SENARAI PEMBEKAL

7.1 MK TWO ENTERPRISE


7.2 RNS JAYA ENTERPRISE
7.3 AMMAN MAJU ENTERPRISE

8. Sumber Kewangan / Peruntukan

8.1 Unit Panitia Pendidikan Jasmani


8.2 Sumber Wang Awam (SUWA)
9. Penutup

Diharapkan menerusi pembelian alatan baru ini, peralatan di dalam stor sukan akan
lebih lengkap serta dapat membekalkan alatan-alatan mengikut keperluan dan silibus
pembelajaran murid. Selain itu, murid akan dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik serta dapat mengalami pengalaman yang sebenar ketika
bermain dan bersukan

Disedikan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………. ………………………………………….
( PUVANISWARAN A/L MURUGA ) (ASMAHANIBINTIMARSAM@DOLLAH)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Kesihatan, Sekolah Kebangsaan Panjang Sari
Sekolah Kebangsaan Panjang Sari
Tarikh: 13.12.2023 Tarikh: 14.12.2023
[No. Ruj.]

KERTAS CADANGAN [NAMA PROGRAM / AKTIVITI]

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

……………………………………….
( PUAN ZARINA BINTI ISMAIL )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Panjang Sari
Tarikh:

You might also like