You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA,

JALAN KUCHAI LAMA 58200 ,


KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
MENYUSUN ATUR BILIK SUKAN

ANJURAN:
GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PISMP) SEMESTER 8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KERJASAMA :
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA
KERTAS KERJA MENYUSUN ATUR BILIK SUKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA

1.0 PENDAHULUAN
Bilik sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu diambil perhatian oleh
pihak sekolah. Ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik
ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu,
stor sukan ini perlu dibuat susun atur yang sebaiknya mengikut keperluan dan
kuantiti alat sukan. Rasional projek ini dibuat adalah untuk menyusun atur
peralatan yang ada di dalam bilik sukan. Murid-murid yang akan memasuki
bilik sukan ini akan mendapat manfaat daripada cara penjagaan dan
penggunaan alatan yang betul.

2.0 NAMA PROJEK


MENYUSUN ATUR BILIK SUKAN SKSS

3.0 TARIKH

1 Ogos 18 Ogos 2017

4.0 MASA

8.00 pagi hingga 10.00 pagi

5.0 ANJURAN
Guru pelatih program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Semester Lapan IPG
Kampus Ilmu Khas

6.0 OBJEKTIF PROJEK


6.1 Memenuhi sukatan praktikum bagi pelajar PISMP semester lapan
2017.
6.2 Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan.
6.3 Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.
6.4 Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di bilik
sukan.
6.5 Melatih bakal guru supaya lebih berkemahiran dalam pelbagai bidang
dan sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada semua khususnya
warga sekolah.
6.6 Sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim antara guru
pelatih dengan warga sekolah.

7.0 LOKASI PROJEK


Bilik Sukan (Olahraga) SK Seri Setia

8.0 JAWATANKUASA INDUK


Guru praktikum SK Seri Setia (Semester 8)

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Cat Minyak 1 tin RM30.00

2. Berus 2 x RM5 RM10.00

JUMLAH RM 40.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Seri Setia

11.0 PENUTUP

Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-
murid. Ia sekaligus dapat meningkatkan lai keselesaan pengguna dan sedikit
sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang
kepentingan penjagaan stor sukan. Oleh itu, adalah menjadi hasrat dan
harapan jawatankuasa pelaksana supaya projek ini mendapat perhatian,
pertimbangan dan seterusnya sokongan daripada semua pihak. Segala
kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,

...............

(AYU MALINA BINTI ZAINUDDIN)

Setiausaha Pelaksana,
Projek Menyusun Atur Bilik Sukan,
SK Seri Setia,
IPG Kampus Ilmu Khas.

Disemak oleh, Disokong oleh,

........

(PN HILDA ILYA BT HILMI) (EN SOHARTO BIN BAHAREN)


Ketua Panitia Pendidikan Jasmani, Guru Besar,
SK Seri Setia SK Seri Setia
Jalan Kuchai Lama, Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur. 58200 Kuala Lumpur.

You might also like