You are on page 1of 3

KERTAS KERJA NAIK TARAF BILIK PJK/ BILIK SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 6


45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR

1. Pendahuluan

Program ini dirangka untuk menjayakan projek sekolah adalah Pusat Sumber. Program ini juga
dirangka bagi membuat penambahbaikan dari segi penjagaan alatan dan sudut-sudut informasi
dan maklumat serta keceriaan di dalam bilik sukan.

2. Rasional

Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu di ambil perhatian oleh pihak sekolah.Ia
tidak boleh di pandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik ini akan memberikan manfaat
yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu,stor sukan ini perlu di buat penambahbaikan dari
semasa ke semasa mengikut peredaran waktu selaras dengan kehendak keperluan semasa.
Rasional projek ini dibuat adalah untuk mengemaskini peralatan yang ada di dalam bilik
rawatan itu dari segi penjagaan semasa. Murid-murid yang akan memasuki stor sukan ini akan
mendapat manfaat daripada cara penjagaan dan penggunaan alatan dengan betul.

3. Objektif Projek

Objektif projek ini dijalankan ialah:


a) Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan
b) Menambahkan maklumat-maklmuat berkaitan penjagaan alatan dan cara penggunaan alatan
di stor sukan
c) Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik
d) meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor sukan

4. Tarikh Projek

Tarikh yang dicadangkan untuk melaksanakan projek ini ialah:

14 Januari 2019 – 31 Januari 2019

5. Tempat Projek

Stor Sukan Sekolah Kebangsaan Parit


6. Organisasi Projek

Jawatankuasa Induk Projek Naik Taraf Bilik Sukan

Penyelaras

Hamidah bt MD Hashim (Guru Besar )

Penasihat

Junainah binti Alias (PK 1)

Sharmila binti Haji Sulaiman ( PK HEM )

Ustaz Mohd Nizam bin Abdul Samad (PK Kokurikulum )

AJK

1. Rosazlinah bt Sumarie

2. Nolisah bt Baba

3. Puziah bt Jamiaan

4. Ismail bin Nordin

7. Sumber Kewangan

PIBG

8. Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Jaring untuk tingkap
2. Kayu ( kambi )
3. Paku 1 ½ innci
4. Tukul
5. Upah
JUMLAH

9. Penutup
Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-murid. Ia sekaligus
dapat meningkatkan lagi keselesaan penggunaan dan sedikit sebanyak dapat memberi
pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan penjagaan stor sukan. Selain itu,
penjagaan keselamatan dapat dititikberatkan oleh guru dan murid sewaktu berada di stor
sukan.

You might also like