You are on page 1of 10

PENDAHULUAN Pertandingan Kemahiran Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua

pasukan unit beruniform SMK Seksyen 5 Wangsa Maju. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang pertandingan ini. Di samping itu, semua peserta perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. OBJEKTIF 1. Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. 2. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek kemahiran dalam beruniform secara menyeluruh. 3. Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta. 4. Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing. PELAKSANAAN 1 2 3 TARIKH 10 November 2010 (Rabu) TEMPAT SMK Seksyen 5 Wangsa Maju 1

SASARAN PENYERTAAN 20 orang peserta setiap unit ( Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Kadet Polis, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam) Jumlah : 7 x 20 = 140 orang peserta : Guru = 15 orang

Jumlah Keseluruhan : 155 orang KONSEP PERTANDINGAN KEMAHIRAN 1. Pertandingan Kawad mewakili unit masing-masing - Pemarkahan dinilai dari aspek Kawad Statik dan Dinamik sahaja. 2. Simulasi Perkhemahan - Susunan kawasan perkhemahan asas ( susun letak khemah, susunan pakaian semasa pemeriksaan dan susun atur gajet asas). 3. Memasak - Setiap unit dikehendaki menyediakan sajian makan tengahari yang akan dinilai berdasarkan rasa, mutu dan persembahan hidangan. SENARAI JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KEMAHIRAN UNIT BERUNIFORM Pengerusi Pn. Hjh. Habshah binti Abdul Kudus Pengetua SMK Seksyen 5 Wangsa Maju Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Kamilah bt. Ab. Rahman Penolong Kanan Kokurikulum Penyelaras : Pn. Hasnawiah bt. Mohamad Yusof Cik Tan Kate Lan Setiausaha : En. Syamsurri bin Ali Guru Penasihat Unit Beruniform : Pergerakan Pengakap Kadet Bomba Pn. Che Suriyati bt. Che Awang Pn. Suhaila bt. Abu Pergerakan Pandu Puteri Puteri Islam Pn. Zailinda bt. Zakaria Pn. Siti Shamsiah bt. Husin Kadet Remaja Sekolah Persatuan Bulan Sabit Merah Pn. Ananthy a/p Andiappan Pn. NorAsikin bt. Ahmad Nawawi Kadet Polis Pn. Nur Haida bt. Mat Amin JAWATANKUASA PELAKSANA AJK Aktiviti AJK Peralatan dan Kebersihan AJK Pendaftaran AJK Kecemasan AJK Hadiah/hamper/sijil : En. Syamsurri b. Ali En. Rizal b. Sanuddin Cik Tan Kate Lan : En. Noor Eslah b. Mohd Nor : Cik Rafikah bt. Mohd Jaafar : Pn. Law Bee Hun : Pn. Che Suriyati bt. Che Awang :

AJK Keselamatan AJK Fotografi & Dokumentasi TENTATIF PROGRAM Masa


8.00 8.30 pg 9.00 9.30 pg 10.00 12.30 tgh

: En. Ravikumar a/l Krishnan : En. Khairul Anuar b. Abu Bakar Puan Nik Norul Hajar bt. Nik Yusof

Aktiviti Pendaftaran Unit TAKLIMAT PERKHEMAHAN PERTANDINGAN MEMASAK Penilaian Pertandingan Memasak

1.00 2.00 ptg

PEMERIKSAAN KAWASAN PERKHEMAHAN Makan tengahari & Solat Zohor

2.00 4.00 ptg 4.30 ptg

PERTANDINGAN KAWAD KAKI MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN 1. Sumber Kewangan Peruntukkan PCG KoKurikulum Jumlah Pendapatan 2100 2. Perbelanjaan Kuantiti / Catatan Peralatan
2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

RM 2100 RM

Jumlah 160 0 350 100 40 10

Khemah (6men) Hadiah (Hamper) Peti Kecemasan Butane Gas Cartridge Kebersihan (plastik sampah)

8 x RM 200 7 x RM 50 1 unit 2 set x RM 20


(1 set mengandungi 4 tin)

RM RM RM RM RM

Jumlah Perbelanjaan 2100

RM

PENUTUP Adalah amat diharapkan agar Pertandingan Kemahiran Unit Beruniform kali ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama yang jitu dari semua pihak. Dengan adanya sokongan dari semua pihak diharapkan ianya akan mencapai sasaran dan objektifnya dalam melahirkan pelajar yang serba boleh yang tidak hanya tertumpu bidang kurikulum sahaja tetapi juga bidang kokurikulum terutamanya dalam beruniform yang berteraskan disiplin diri yang banyak menekankan kaedah pengurusan diri yang boleh diaplikasi dalam kehidupan sebenar. Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

_________________ (SYAMSURRI BIN ALI) Setiausaha Program Pertandingan Kemahiran Unit Beruniform 2010

_____________________ ( )

_____________________ ( )

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 5 WANGSA MAJU Jalan 8/27A Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur Tel : +60341427822 Fax : +60341420832
Ruj. kami Tarikh Kepada : : SMKS5 05/03/009 ( : 27 Sept 2010 )

Ibubapa/penjaga SMK Seksyen 5 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Tuan/puan, PERKHEMAHAN KEMAHIRAN UNIT BERUNIFORM 2010. Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Unit Kokurikulum SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur akan mengadakan perkhemahan tersebut seperti ketetapan berikut:Tarikh : 15 hingga 17 Oktober (JumaatAhad) Tempat : SMK Seksyen 5 Wangsa Maju. 3. Bersama-sama ini disertakan maklumat borang penyertaan dan lampiran untuk tindakan pihak tuan/puan. 4. Sekian untuk makluman pihak tuan/puan dan saya bagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan dalam menjayakan salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum ini. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1

Saya yang menurut perintah,

(HABSHAH BINTI ABDUL KUDUS) Pengetua, SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN UNIT BERUNIFORM 2010 SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU 53300 KUALA LUMPUR BORANG PENYERTAAN PERKHEMAHAN Tarikh Tempat Bayaran Penyertaan A. MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH (MENGIKUT KAD PENGENALAN) : 15 17 OKTOBER 2010 (JUMAAT AHAD) : SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU : TIADA

NO KAD PENGENALAN UNIT BERUNIFORM ALAMAT SURAT MENYURAT

KELAS

NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI KETIKA KECEMASAN

Adakah anda mempunyai masalah kesihatan/alergi atau lainlain? (Jika Ya, sila nyatakan) : -

Saya dengan ini mengaku segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar.

___________________ ( Tandatangan Pemohon)

B. KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA Dengan ibubapa / ini saya / ______________________________No. waris kepada peserta di atas KP

____________________ penjaga memberi kebenaran/keizinan untuk beliau untuk menyertai Perkhemahan

Kemahiran Unit Beruniform yang dijadualkan berlangsung 15 hingga 17 Oktober 2010 di SMK Seksyen 5 Wangsa Maju. Saya faham bahawa kebajikan serta keselamatan peserta sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh sekolah sepanjang program dijalankan. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah untuk menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk anak / anak jagaan saya jika keadaan memerlukan.

Yang benar,

_______________________ ( )

LAMPIRAN 1. PENDAFTARAN Pendaftaran masuk peserta adalah pada hari Jumaat (15 Okt 2010 ) jam 3.00 petang di astaka sekolah (berhampiran padang sekolah) Kem dijangkakan tamat pada Ahad (17 Okt 2010) jam 3.00 ptg. 2. PENYEDIAAN MAKAN DAN MINUM Penyediaan bahan makanan akan disediakan sendiri oleh peserta dengan memasak. Pihak urusetia hanya akan menyediakan minum pagi, petang, malam dan makan tengahari pada hari Ahad. Dapur untuk memasak akan disediakan oleh pihak sekolah (portable stove). Gas untuk memasak perlu disediakan sendiri oleh peserta (Butane Gas Cartridge PCG-1). 3. CADANGAN BARANGAN Ransum Persendirian 600gm beras untuk seorang (sukatan 6 gelas) 2 tin sardin saiz kecil 1 paket roti Lauk tambahan yang ringan (cth serunding, sambal, dalam tin @ paket) Bijirin dari paket segera Air mineral SECUKUPNYA. Ransum Kumpulan (5 orang) 1

1 botol kecil minyak masak 2kg gula Teh, kopi, Nescafe dll Telur (10 biji) Bawang bawang putih, merah, besar Serbuk perasa & garam 1 kg gandum Kumpulan boleh dibawa. Tetapi haruslah meringankan kos. merancang dipersetujui sebarang oleh makanan ahli untuk untuk

semua

4. KEPERLUAN PERALATAN PESERTA Keperluan Utama Uniform lengkap Buku Tulis/Log Alat Tulis Tali Nylon Sepasang kasut sukan + stokin Selipar Pakaian sukan (termasuk seluar) 3 Pakaian sembahyang Pakaian dalam Peralatan mandi tuala, berus gigi, ubat gigi dll Ubat peribadi Lampu suluh Keperluan tambahan Bekas makanan bukan kaca serta cawan, sudu dan garfu (mess tin adalah dicadangkan) Sleeping bag Keperluan kumpulan 3 periuk / mess tin untuk memasak nasi, lauk pauk & air Gas untuk dapur portable minimum 4 tin Pisau, papan pemotong, penapis dll Jag Air Lain-lain alatan yang di fikirkan perlu

Barang berharga tidak digalakkan dibawa sepanjang perkhemahan berlangsung

You might also like