You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PEMBELIAN ALATAN SUKAN


1.0 Pengenalan
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah meninjau dan menyelenggara stor sukan
Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung pada 20 Januari yang lalu. Hasil daripada pemantauan
tersebut didapati bahawa terdapat beberapa peralatan sukan yang telah rosak perlu diganti
dan ditambah kuantiti. Oleh itu, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah
menyediakan kertas kerja bagi menerangkan butir-butir yang diperlukan berkenaan dengan
pembelian alatan stor sukan.

2.0 Rasional
Rasional pembelian alatan ini ialah bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) subjek Pendidikan Jasmani.. Selain itu, aktiviti tambahan yang diadakan di sekolah
seperti sukan tahunan, hari PIBG dan sebagainya.

3.0 Objektif
3.1 Objektif pembelian alatan sukan ini ialah :
3.1.1 Memastikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Jasmani
berjalan dengan lancar dan berkesan menggunakan alatan.
3.1.2 Memudahkan pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan
alatan sukan.

4.0 Perancangan Aktiviti


Perancangan yang rapi sebelum membeli alatan telah dijalankan bersama unit panitia
Pendidikan Jasmani agar pembelian alatan ini memberi manfaat dan kegunaan yang
maksimum kepada murid khususnya kepada sekolah. Penyediaan alatan yang diperlukan
dengan lengkap sangat membantu pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Beberapa aktiviti
yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat adalah seperti:
Bil. Aktiviti Tarikh perancangan
1. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Sepanjang sesi
Jasmani persekolahan
2. Saringan Wakil Sekolah dalam Pertandingan Feb 2014
Badminton
3. Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah Mac 2014
4. Latihan Bola Sepak Pasukan Sekolah Bermula Mac 2014

5.0 Perancangan Jangka Panjang


Di samping aktiviti yang dinyatakan, Panitia Pendidikan Jasmani juga telah merancang
aktitviti sekolah yang ingin dicapai dalam jangka panjang. Aktiviti yang dirancang ini dilihat
mempunyai potensi yang tinggi untuk lebih aktif dan member sumbangan dalam aktiviti
sukan sekolah. Antara aktiviti yang telah dirancangan adalah seperti berikut:
1. Menubuhkan kelab badminton sekolah yang aktif dan dapat menganjur serta
menyertai pelbagai pertandingan.
2. Melahirkan pasukan bola sepak bawah 12 tahun yang mantap dalam jangka masa 3
tahun.

6.0 Alatan (detailkan nama jenama)


Bil Alatan Kategori Jenama Kuantiti Harga seunit Jumlah
(RM) (RM)
1. Bulu tangkis Ringan Dunlop 5 Dozen 25.00 125.00
2. Raket Ringan Yonex 15 batang 45.00 675.00
3. Bola sepak Ringan Adidas 10 biji 70.00 700.00
4. Bola tampar Ringan Molten 5 biji 60.00 300.00
5. Kayu hoki Ringan Grays 15 batang 50.00 750.00
6. Tilam lompat Berat Admiral 2buah 250.00 500.00
tinggi
7. Papan lonjak Berat Korobori 2 buah 150.00 300.00
JUMLAH RM 3350.00

7.0 Senarai Pembekal (alamat penuh)


7.1 S. Sandhu Sports Sdn. Bhd
7.2 Alee Sport Sdn. Bhd
7.3 Syarikat Ahmad Bersaudara Sdn. Bhd
7.4 G.S Sports Equipments Sdn. Bhd

8.0 Sumber Kewangan / Peruntukan


8.1 Unit Panitia Pendidikan Jasmani
8.2 Sumber Wang Awam (SUWA)

9.0 Penutup
Diharapkan menerusi pembelian alatan baru ini, peralatan di dalam stor sukan akan lebih lengkap
serta dapat membekalkan alatan-alatan mengikut keperluan dan silibus pembelajaran murid.
Selain itu, murid akan dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik serta
dapat mengalami pengalaman yang sebenar ketika bermain dan bersukan.
Disediakan oleh,

..................................
(ALBERT CHI HUA HWA)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani, SK
Seri Tanjung.

Disemak oleh,

.................................
(HADI BIN ABU
BAKAR)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani, SK
Seri Tanjung.

Diluluskan oleh,

.................................
(TUAN HJ. AHMAD FAIZ BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
SK Seri Tanjung.

You might also like