You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BUKIT FRASER

49000, BUKIT FRASER, PAHANG.

தேசிய வகை பிரேசர் மலை தமிழ்ப்பள்ளி

KERTAS KERJA PENUBUHAN


KELAB MEMANAH
SJK (T) BUKIT FRASER
PENUBUHAN KELAB MEMANAH
_____________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Memanah adalah satu sukan yang telah lama wujud di dunia ini iaitu sejak zaman Nabi
lagi. Ia adalah salah satu sukan berprestasi tinggi di Negara kita. Iamemerlukan disiplin
yang tinggi serta kekuatan fizikal dan mental mahupun emosi.

2. Matlamat

1. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada sukan yang berprestasi tinggi.Ia juga
dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, fokus dan mempunyai visi dan misi
serta berdisiplin.

2. Pelajar SJK (T) BF akan mewakili sekolah dalam pertandingan memanah peringkat
antara sekolah dan seterusnya.

3. Objektif

1.1. Memberi peluang kepada pelajar menceburi bidang sukan yang jarang ada di
sekolah.

1.2. Melahirkan pelajar supaya berdisiplin dan fokus dalam bidang yang diceburi.

1.3. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri serta ketahanan fizikal dan mental
pelajar.

1.4. Mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dalam kelab.

1.5. Melahirkan pemanah yang akan mewakili sekolah, daerah, bahagian, negeri dan
seterusnya mewakili negara pada suatu hari nanti.

1.6. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan social.
4. Rasional

1.1. SJK (T) BF belum mempunyai satu sukan yang mampu menjadi kebitaraan

sekolah,justeru itu,memanah adalah satu sukan yang baik untuk mengangkat

nama SJK (T) BF di mata MSSS

1.2. Kita mempunyai guru yang berminat dan pelatih telah berkursus Jurulatih

Memanah Peringkat 1

1.3. Kita mempunyai pelajar yang berkebolehan serta berminat dalam sukan ini

Disamping mempunyai fizikal badan yang sesuai.

1.4. Kita memiliki tempat untuk berlatih yang sangat sesuai untuk pelajar sekolah

rendah.

5.Perkara

Permohonan Menubuhkan Kelab Memanah SJK (T) BUKIT FRASER.

6. Dikemukakan kepada:

En.V.Balasubramaniam
Guru Besar,
SJK (T) BUKIT FRASER.

7. Kumpulan Sasaran

Terbuka kepada semua pelajar SJK (T) BUKIT FRASER.


8.Jawatankuasa Sementara Kelab Memanah SJK (T) BUKIT FRASER.

Penaung : YDP PPD Raub

Penasihat : Encik.Sevagan a/l Odayan (YDP PIBG).

Pengerusi : Encik.Balasubramaniam a/l Velu (Guru Besar).

T. Pengerusi :Encik.Suresh Devar a/l Kali (GPK KOKU).

N. Pengerusi 1 :Encik.Eganesh a/l Arijenan (GPK Pentadbiran).

N. Pengerusi 2 :Puan.Malarkodi a/p Selvarajoo (GPK HEM).

Setiausaha : Cik.Vissalene a/p Chandran

Bendahari : Puan.Periya a/p Siva

Ajk-Ajk

1. Pendaftaran & Keahlian : Cik.Vissalene a/p Chandran.

2. Tempat & Peralatan : Encik.Eganesh a/l Arijenan & Encik.Suresh Devar a/l Kali .

3. Tugas-tugas Khas : Cik.Grace Emmanualle a/p Rameswaran.

5. Aktiviti & Lawatan : Puan.Malarkodi a/p Selvarajoo.

6. Penyertaan pertandingan : Puan.Periya a/p Siva

Bil Perbelanjaan Harga seunit Bil. Jumlah


(RM) Unit (RM)
1. Target batt 500 2 1000
2. Set Memanah 400 2 800
3. Aksessori 1000 2 1000
(finger tab, arm guard, chest guard, dll)
4. T-Shirt:
Murid 15 30 450
Guru 30 8 240
5. Yuran Pelatih 100(Bulan) 12 Bulan 1200
Jumlah 4690.00

9. Anggaran Perbelanjaan
10. Kutipan dana untuk membiayai peralatan

1. Kutipan Derma

2. Memohon penajaan dari pihak tertentu

3. Memohon peruntukan ko-kurikulum dari pejabat pendidikan.

4. Memohon peruntukan ko-kurikulum sekolah.

11. Peringkat sasaran peralatan.

1. Tahun 2020 – Memiliki sekurang kurangnya 2 set memanah dan 2 Target batt.

2. Tahun 2021– Memiliki sekurang-kurangnya 5 set memanah dan 3 Target batt.

3. Tahun 2022 – Memiliki sekurang-kurangnya 10 set memanah dan 5 Target batt.

12. Harapan

1. Menjadikan sukan memanah sebagai penanda aras sukan ko-kurikulum sekolah.

2. Sukan memanah sebagai mercu tanda SJK(T)BF.

3. Melahirkan pemanah yang akan mewakili negeri Pahang pada masa akan datang.

13. Pengisian Aktiviti Kelab Memanah

i. Latihan mingguan.

ii. Mesyuarat bulanan

iii. Penganjuran/penyertaan pertandingan

iv. Lawatan sambil belajar dan perlawanan persahabatan

v. Kursus berkaitan

vi. Jamuan tahunan

13. Penutup

Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para pelajar
mengenali dengan lebih dekat lagi sukan memanah ini. Di samping itu semangat
kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dan warga SJK(T)BF
khasnya. Semoga cadangan penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak pengurusan dan
akan terlaksana dengan jayanya.
Disediakan oleh,

………………………………………………..
(Vissalene a/p Chandran)
Ahli Jawatankuasa,
Penubuhan Kelab Memanah,
SJK (T) BUKIT FRASER.

Disemak dan disahkan oleh,

………………………………………
(Suresh Devar a/l Kali)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SJK (T) BUKIT FRASER.

Disokong oleh,

...........................................
(Eganesh a/l Arijenan)
Guru Penolong Kanan Akademik,
SJK (T) BUKIT FRASER.

Diluluskan oleh,
……………………………………......
(Encik.Balasubramaniam a/l Velu)
Guru Besar,
SJK (T) BUKIT FRASER

Ulasan :

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

You might also like