You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR (1)

JALAN RUSA, 55100 KUALA LUMPUR

HARI SUKAN NEGARA


SKJP(1) 2017

TARIKH :
14 OKTOBER 2017

TEMPAT :
SK JALAN PASAR 1
1. PENGENALAN

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu
kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato
Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2015.
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia
dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah
mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting
Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari
dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan
riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam
meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di
seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan
rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan
aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan
rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40
peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui
amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu
menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

2. RASIONAL

Pelaksanaan Hari Sukan Negara dapat memberi peluang secara menyeluruh


kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang
serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara
holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

3. OBJEKTIF
3.1 Menerapkan budaya sukan dalam kalangan murid SK Jalan Pasar (1).
3.2 Memupuk semangat perpaduan yang erat dalam kalangan murid dan guru
melalui sukan.
3.3 Meningkatkan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
3.4 Meningkatkan pengetahuan mengenai sukan dalam kalangan murid.
3.5 Mengiktiraf murid yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di
peringkat akar umbi.

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6.


4.2 Bilangan peserta ialah 135 orang murid.

5. PENDEKATAN PROGRAM
5.1 Penubuhan Jawatankuasa Hari Sukan Negara SKJP1 2017
5.2 Mengadakan Mesyuarat menentukan tempat, masa, dan tugas untuk memastikan aktiviti
berjalan dengan lancar.
5.3 Menyediakan borang-borang penyertaan, kehadiran dan yang berkaitan.
5.4 Menyediakan sijil penghargaan
5.5 Memberikan taklimat dan jadual aktiviti kepada murid dan guru terbabit.
5.6 Penilaian / Post Mortem
5.7 Menyediakan dokumentasi

6. TARIKH PERLAKSANAAN
6.1 14 Oktober 2017 (Sabtu)

7. TEMPAT
7.1 Hari Sukan Negara SKJP1 2017 diadakan di SK Jalan Pasar 1.

8. JAWATANKUASA PROGRAM
8.1 Rujuk Lampiran 1

9. TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi Pendaftaran
7.45 pagi Sesi Taklimat oleh Penyelaras Program
8.00 pagi Senamrobik
8.30 pagi Slot 1
Pengenalan Kepada Sukan Futsal dan Bola Beracun
9.30 pagi Slot 2
- Pembentukan Kumpulan dan Pengenalan kepada
Sistem Liga dan Kalah Mati
- Pertandingan Futsal
10.40 pagi Rehat (Minum pagi)
11.00 pagi Slot 3
Separuh Akhir dan Akhir Pertandingan Mini Futsal
12.30 pagi Bersurai

10. SUMBER KEWANGAN


9.1 -Tiada -
11. ANGGARAN PERBELANJAAN
10.1 Tiada-

12. PENUTUP

Harapan Program Hari Sukan Negara SEJASA 2015 ini adalah dapat
mengembalikan semula keaktifan aktiviti sukan di sekolah. Juga diharapkan aktiviti
yang dijalankan adalah sebagai satu platform bagi warga pendidik dan murid-murid
memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan
menyeronokkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................................. ...............................................................
(MUHAMMAD FARUQHI AZMI)
Setiausaha Sukan,
SK Jalan Pasar 1

Disahkan oleh,

........................................................

Lampiran 1
JAWATANKUASA HARI SUKAN NEGARA SKJP1 2017

Pengerusi : En. Kamarul Ariffin bin Ishak (Guru Besar )


Naib Pengerusi 1 : Pn. Erny Kamaleah bt Hj Mohamed Esa (GPK Kokurikulum )
Naib Pengerusi 2 : En. Yahaya bin Naaman (GPK Tadbir dan Kurikulum )
Naib Pengerusi 3 : Pn. Rozaini bt Yaacob (GPK Hal Ehwal Murid )
Setiausaha : En. Muhd Faruqhi bin Azmi (Setiausaha Sukan)

Ahli Jawatankuasa :

1. Penyelaras Program
En. Muhammad Faruqhi bin Azmi
En. Muhamad Aiman bin Zulkifli

2. Peralatan
En. Muhammad Faris bin Abd Halim
Pn. Farah bt Rosli

3. Senamrobik
Pn Farah bt Rosli
Pn Noorhaliza bt Yunos
Pn Maheran bt Mat Hussain

4. Pengadil Perlawanan
En. Muhammad Ikmal bin Ibrahim
Pn Sharifah Salfinaz

5. Siaraya
Pn Norhana bt Mohamed Baharin
Pn Nur Adibah bt Roslin
Cik Arziah bt Mokhtar

6. Disiplin Murid
En Ahmad Amin bin Soip
Pn Norazlina bt Mohd Noor
Pn Roszihaili

You might also like