You are on page 1of 7

LAPORAN

HARI SUKAN NEGARA


PERINGKAT

SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI DUA

Hari : Sabtu
Tarikh : 13 Oktober 2018
Masa : 7.30 pagi 11.00 pagi (Sabtu)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua
1.0 PENGENALAN

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu
kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu
inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam
proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan
agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
Pada tahun 2018 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai
aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil
bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan
secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor
awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan
menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40
peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui
amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan
kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

2.0 OBJEKTIF

1. Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.


2. Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
3. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
4. Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
5. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di
peringkat akar umbi.

3.0 PELAKSANAAN

Hari : Sabtu
Tarikh : 13 Oktober 2018
Masa : 7.30 pagi Hingga 11.00 pagi (Sabtu)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua

4.0 KUMPULAN SASARAN

Guru-guru , Staf Sokongan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua


tahun 1 hingga tahun 6 serta ibubapa
5.0 PENGISIAN PROGRAM

7.30 pagi • Pendaftaran


• Semua murid berkumpul di dewan
8.00 pagi • Perasmian
• Senamrobik ( Dotty Fittnes )
8.30 pagi • Merentas Desa – Murid Tahap 2
• Sukaneka Tahun 1 (acara pertama)
• Sukaneka Tahun 2 (acara pertama)
• Sukaneka Tahun 3 (acara pertama)
• Sukaneka Tahun 1 (acara kedua)
• Sukaneka Tahun 2 (acara kedua)
• Sukaneka Tahun 3 (acara kedua)
9.30 pagi • Rehat
10.00 pagi • Perasmian Penutup
• Penyampaian Hadiah Merentas Desa
- Tahun 1
- Tahun 2
- Tahun 3
- Tahun 4
- Tahun 5
- Tahun 6
• Ucapan Guru Besar
11.00 pagi • Bersurai

6.0 BILANGAN PESERTA

Guru : 30 orang
Pelajar : 250 orang murid
Ibu bapa : 13 orang

7.0 LAPORAN

Majlis pelancaran Hari Sukan Negara telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan
Haji Mohd Shuhairi bin Abd. Hamid (Pengerusi MPKK Kampung Manjoi) di SK Manjoi Dua
Ipoh pada hari Sabtu, 13 Oktober 2018 jam 8.00 pagi. Dalam ucapan, beliau menyatakan
akan kepentingan aktiviti bersukan terhadap tahap kesihatan kepada para rakan guru dan
murid-murid serta ibu bapa yang ada hadir pada hari tersebut.

Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh pasukan Dotty Fitness
Tambun. Acara senamrobik mengambil masa selama 30 minit secara keseluruhannya.
Semua guru, ibu bapa dan murid terlibat bersama dalam menjalankan senamrobik itu.

Setelah selesai sesi senamrobik tersebut, acara diteruskan lagi dengan acara merentas
desa. Larian melibatkan 2 trek berbeza iaitu sejauh 1km bagi tahap 1 dan 3km bagi tahap
2. Acara Merentas Desa ini melambangkan nilai perpaduan dalam kalangan warga
sekolah SK Manjoi Dua Bersama dengan ibubapa. Acara merentas desa diadakan di luar
kawasan sekolah.
Terdapat sembilan checkpoint yang disediakan di sepanjang trek laluan merentas desa.
Kerjasama semua guru, sukarelawan Manjoi, pihak polis, ibu bapa dan pekerja swasta
terlibat untuk menjayakan program ini.

Semua acara tamat pada pukul 9.30 pagi dan sesi penyampaian hadiah dijalankan. Majlis
penutupan Hari Sukan Negara diadakan tepat pukul 10.30 pagi yang disempurnakan oleh
Puan Guru Besar SK Manjoi Dua. Semua murid yang berjaya menamatkan 10 larian
terpantas akan diserap untuk mewakili sekolah bagi acara merentas desa pada tahun
hadapan.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan yang perlu dipertimbangkan pada masa akan datang adalah penetapan tema
pada setiap tahun, misalnya sukan rakyat, permainan tradisional, sukan elit dan banyak
lagi supaya pengisiannya lebih menarik dan kreatif. Pengisian program pula perlu
ditambah dengan aktiviti lain seperti kempen kesedaran pemakanan sihat atau
pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama bersama pihak hospital. Bagi memeriahkan
Hari Sukan Negara pertandingan sukan juga harus dijalankan agar murid lebih
bersungguh-sungguh untuk melibatkan diri secara keseluruhannya.

9.0 KESIMPULAN

Ternyata program sebegini banyak memberi impak kepada warga SK Manjoi Dua
terutamanya dalam menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan warga Sk Manjoi
Dua. Tambahan pula, pengisian yang telah disusun dan dirancang telah berjaya
menerapkan budaya beriadah sambil berhibur.

10.0 PENUTUP

Guru telah memainkan peranan sebagai agen sosial dalam menyampaikan hasrat
kerajaan untuk menyemai cara hidup yang ideal dan sihat serta memberi kesedaran
tentang kesihatan kepada masyarakat. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan
dengan lancar dan jayanya. Kehadiran para ibu bapa yang turut serta menunjukkan
sokongan yang padu mereka serta hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa.
Walaupun terdapat kekangan dari segi kewangan, namun program ini tetap dapat
dijalankan dengan meriah. Semoga program ini dapat dilaksanakan dalam skala yang
lebih besar dan menarik pada masa akan datang.
11.0 LAPORAN BERGAMBAR

PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA OLEH YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD
SHUHAIRI BIN ABD. HAMID (PENGERUSI MPKK KAMPUNG MANJOI)

AKTIVITI SENAMROBIK YANG DIKETUAI OLEH PASUKAN DOTTY FITNESS


TAMBUN
PENGLIBATAN IBUBAPA DAN GURU DALAM AKTIVITI SENAMROBIK

PENGLIBATAN MURID SK MANJOI DUA DALAM AKTIVITI SENAMROBIK

PELEPASAN LARIAN MERENTAS DESA OLEH PK KOKURIKULUM EN MEOR


ZULKARNAEN BIN ZABIDIN
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

…………………………………. ……………………………… ………………………………


( MOHD JAMZURY BIN ABD RASID ) (MEOR ZULKERNAEN B ZABIDIN) ( PN HJ ZULAIDA BT HJ OMAR )
SETIAUSAHA SUKAN PK KOKURIKULUM GURU BESAR
SK MANJOI DUA SK MANJOI DUA SK MANJOI DUA

You might also like