You are on page 1of 2

SJK(T) SIMPANG LIMA ,41200 KLANG, SELANGOR.

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


MINIT MESYUARAT SUKAN Bil 2 2023/2024

Tarikh : 2 Oktober 2024 (Selasa)


Masa : 1:30 petang
Tempat : Makmal sains
Pengerusi : Pn. V. Sivaparathy (Guru Besar)
Kehadiran : orang guru
Rekod kehadiran guru: -
No. Nama No. Nama

1. Pn.R.Vasugi (GPK Ko-kurikulum) 6. Cik.R.Sumathi

2. En.S.Tamilarasan (Setiausaha sukan) 7. Pn.P.Kalaivani

3. Pn.S.Sumathi (Penolong setiausaha) 8. En.P.Sivananthan

4. En.S.Tinagaran 9. Pn.S.Santhiramathi

5. Pn.K.Kasi Visalacthy 10.


1.0 Ucapan Aluan
1.1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Sukan Tahunan Sekolah 2023/24 yang ke-2 dimulakan
dengan nyanyian ‘Kadavul Vaalthu’ agar mesyuarat diberkati.
1.2 Setiausaha sukan, En.S.Tamilarasan mengalu-alukan kehadiran AJK Induk ke Mesyuarat Sukan
Tahunan Sekolah yang ke-2.
1.3 Setiausaha menerangkan tentang agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kali ini.

Tindakan: Semua Guru

2.0 Perkara-Perkara yang Dibincangkan


2.1 En.S.Tamilarasan memberitahu bahawa sukan tahunan sekolah tidak akan diadakan di stadium pada
tahun ini.
2.2 En.S.Tamilarasan berbincang tentang isu kehadiran ibu bapa untuk sukan tahunan sekolah dan
melihat sukaneka yang akan diadakan di sekolah kelak. Beliau turut menanya kebaikan dan
keburukan yang perlu dihadapi oleh pihak guru.
2.3 Dengan sebulat suara semua ajk induk bersetuju untuk para ibu bapa tidak dibenarkan untuk
Menghadiri dan melihat sukan tahunan sekolah 2023/24 yang diadakan di kawasan sekolah.
2.4 Beliau turut menyatakan bahawa, selepas sukaneka murid akan berkumpaul di dewan untuk
penyampaian hadiah. Semua kumpulan akan menerima hadiah.
2.5 Seterusnya, beliau memberitahu bahawa banner dan podium perlu disediakan dengan bantuan PIBG
sekolah.
2.6 Buku program perlu disediakan dalam benuk “flip book” dan satu hardcopy akan dicetak dan perlu
disimpan dalam fail induk sukan tahunan sekolah.

3.0 Hal-hal lain / Cadangan

3.1 Sukaneka perlu dijalankan mengikut tahap supaya dapat memeriahkan lagi keadaaan tersebut serta
mewujudkan semangat bersukan dalam kalangan murid-murid.
3.2 Larian (50 m) hanya untuk murid tahun 1 dan 2 manakala bagi murid tahun 3,4, 5 dan 6 adalah (75 m)
akan diadakan pada hari sukan.
3.3 Larian berganti 4x100m akan diadakan untuk murid tahun 4, 5 dan 6.

4.0 Penutup
4.1Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Pn.S.Sumathi) Pn.V.Sivaparathy
(Guru Besar)

You might also like