You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-31


KALI PERTAMA SESI 2022/2023
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAK

Tarikh / Hari : 2 Ogos / Selasa


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Seri Perak

KEHADIRAN :
1. Puan Norazlina Binti Mohd Hassan GPK Kokurikulum (Pengerusi)
2. En. Mohd Hafiz Bin Mat Leh Setiausaha Sukan
3. Pn. Nurul Nadia binti Salahudin
4. Pn. Nadhia Binti Shamsudin
5. Pn. Munirah binti Ahmad Mahir Basha
6. Cik Nurul Nadhirah Binti Ahmad Ayob
7. Pn. Nurul Rahimah Binti Mohammad Razi
8. En. Zulkifli bin Mat
9. Pn. Nur Zalikha binti Abd Rahman
10. Pn. Noraini binti Andi Arip
11. Pn. Raihan Binti Muhammad
12. Pn. Idayu Suraya Binti Salleh
13. Pn. Nilly Sofia Binti Hairul Anuar
14. En. Adi Bin Ramli
15. Cik Afifah Binti Shoime
16. En. Afiq Syahmi Bin Ashley
17. En. Mohd Khairil Ariff bin Abdul Rahim
18. Pn. Parameswary A/P Periasamy
19. Pn. Siti Dayana Binti Azman
20. En. Sabri Bin Sufian Chang
21. Pn. Noranati Nadhirah Binti Khairul Azlan
22. En. Mohd Khairil Ariff Bin Abdul Rahim

TIDAK HADIR BERSEBAB


1. Puan Norzita Binti Hj Mohamad Noh - Kursus
2. En Wan Ahmad Nazri Bin Wan Abdul Manaf - Kursus
3. Pn. Rohaya Binti Kadir - Kursus
4. Pn Siti Noor Hazlin Binti Sheikh Harun - Cuti kuarantin
5. En. Muhammad Fathi Bin Mohamad Bakhir - Temujanji hospital
6. Pn. Hadzilla Binti Nor Azlan - Cuti sakit

1
1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Kejohanan


Olahraga Tahunan SK Seri Perak kali pertama untuk sesi 2022/2023.

1.2 Pengerusi memaklumkan sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga


Tahunan pada 21 Ogos 2022 bertempat di padang SK Bandar Baru Sentul.

1.3 Pengerusi meminta kerjasama semua guru bagi menjayakan Kejohanan Sukan
Olahraga Kali ke-31 SK Seri Perak sesi 2021/2022.

1.4 Pengerusi memaklumkan KOT SK Seri Perak disertai oleh tiga rumah sukan iaitu
Rumah Merah, Hijau, dan Biru.

1.5 Pengerusi memperkenalkan senarai nama guru mengikut rumah sukan masing-
masing seperti yang diagihkan.

Tindakan : Makluman

2.0 Senarai Acara Dipertandingkan.

2.1 Setiausaha Sukan membentangkan acara-acara yang dipertandingkan.


Kejohanan Sukan Olahraga SK Seri Perak sebanyak 12 acara padang dan 28
acara balapan. SU Sukan juga memaklumkan acara padang hanya akan disertai
oleh murid-murid tahap 2. (Tahun 4 – 6)
Tindakan :Makluman

2.2 Acara Sukaneka akan diadakan untuk murid-murid tahap 1. Antara acara yang
diadakan ialah :

- Bawa Bola Ping Pong dalam Sudu.


- Isi air dalam botol.
- Lari Tarik bola dalam gelung.
- Lari dalam guni
- Lari kaki gajah
- Lari ikat kaki
- Bawa bola ping pong dalam sudu
- Isi air dalam botol.
Tindakan :JK Sukaneka

2
2.3 GPK kokurikulum mengingatkan JK Pelaksana Sukaneka untuk menyediakan
aktiviti yang sukaneka yang mencabar tahap murid.
Tindakan :JK Sukaneka

2.4 SU Sukan memaklumkan markah Sukan Olahraga SKSP 2022. Pihak urusetia
telah menetapkan markah untuk rumah-rumah sukan yang bertanding iaitu Emas
(30 markah), Perak (20 Markah) dan Gangsa (10 Markah). Manakala markah
sukantara telah ditetapkan untuk penyertaan (1 markah) dan melepasi target (1
markah). Penyelaras meminta kerjasama Ketua-ketua Rumah Sukan untuk
menggalakkan penglibatan murid menyertai sukantara bagi menyumbangkan
mata kepada rumah sukan masing-masing.

Tindakan :Makluman

3.0 Takwim Kejohanan Sukan Olahraga 2022

3.1 SU Sukan membentangkan takwim perjalanan KOT SKSP 2022. Latihan rumah
sukan diadakan sebanyak 3 kali bermula 27 Julai 2022 hingga 10 Ogos 2022.
Semua guru boleh merujuk jadual latihan yang telah disediakan.
Tindakan :Makluman

3.2 Gpk Kokurikulum mengingatkan guru-guru rumah sukan agar mengambil berat
tentang aspek keselamatan murid semasa menjalani latihan rumah sukan.

RUMAH TARIKH ACARA MASA/SESI GURU


BERTUGAS
BIRU 27 Julai 2022 Biru – Larian Tahap 2 Semua guru
HIJAU Rabu Hijau – Lontar Peluru 2.15 – 4.15 ptg rumah sukan
MERAH Merah – Lompat tinggi
BIRU 3 Ogos 2022 Biru – Lompat tinggi Tahap 2 Semua guru
HIJAU Rabu Hijau – Larian 2.15 – 4.15 ptg rumah sukan
MERAH Merah – Lontar Peluru
BIRU 10 Ogos 2022 Biru – Lontar Peluru Tahap 2 Semua guru
HIJAU Rabu Hijau – Lompat tinggi 2.15 – 4.15 ptg rumah sukan
MERAH Merah – Larian

Tindakan :Makluman

3
3.3 GPK Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru Kejohanan Sukan
Olahraga Tahunan agar dapat mematuhi tarikh-tarikh penting bagi melancarkan
perjalanan program KOT SK Seri Perak. Guru-guru diminta merujuk SU Sukan
perkara penting yang perlu disiapkan.
Tindakan :Makluman

3.4 Su Sukan membentangkan Jadual Sukantara adalah seperti berikut :

TARIKH ACARA MASA/SESI PEGAWAI BERTUGAS


15 Ogos 2022 Padang Tahap 2 Semua guru rumah
Isnin Lontar peluru Tahap 2 sukan.
Lompat tinggi Tahap 2
Sukaneka Tahun 1, 2 dan 3 (Jadual bertugas akan
7.40 – 10.40 pagi dikeluarkan)
Balapan
Larian 100 meter Tahun 3
Larian 75 meter Tahun 2
Larian 50 meter Tahun 1
Sukaneka Tahap 1

16 Ogos 2022 Akhir Padang Tahap 2 Semua guru rumah


Selasa Lontar Peluru 7.40 – 10.40 pagi sukan.
Lompat Tinggi
RAPTAI PERBARISAN RUMAH SUKAN (RABU DAN KHAMIS)

19 Ogos 2022 Persiapan 7.40 – 11.00 pagi Semua guru rumah


Jumaat Rumah Sukan / sukan.
Perbarisan

Tindakan :Makluman

3.5 SU Sukan memaklumkan Jawatankuasa Sukantara akan dikeluarkan. Guru-guru


diminta untuk menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
Tindakan :Makluman

4
4.0 Pembentangan Jawatankuasa Pelaksana KOT 2022.

4.1 Pembentangan Jawatakuasa Kejohanan Olahraga Tahunan Kali-


31,SKSP.

4.1.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum menyatakan Kejohanan Sukan


Olahraga merupakan aktiviti yang wajib dilaksanakan pada setiap tahun.
Pelaksanaan program ini adalah untuk mengembangkan potensi dan
minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Tindakan :Makluman

4.1.2 GPK Kokurikulum mengingatkan semua guru supaya memberi peluang


kepada semua murid untuk menyertai bagi mengembangkan bakat
mereka ke tahap yang lebih optimum.
Tindakan :Makluman

4.1.3 Setiausaha Sukan membentangkan jawatankuasa Pelaksana Kejohanan


Sukan Olahraga Tahunan Kali ke-31 sesi 2022.

4.1.4 Jawatankuasa pelaksanaan KOT SKSP sesi 2022/2023 adalah seperti


berikut :
Pengerusi : Puan Norzita Binti Haji Mohamad Noh
(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Puan Norazlina Binti Mohd Hassan


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi i : En Wan Ahmad Nazri Bin Wan Abdul Manaf


(Pen Kanan Tadbir dan Kurikulum)

Naib Pengerusi ii : Puan Rohaya Binti Kadir


(Penolong Kanan HEM)

5
Setiausaha : En Mohd Hafiz Bin Mat Leh
(Setiausaha Sukan)
Tindakan :Makluman
4.1.5 Senarai ahli jawatankuasa pelaksaan Kejohanan Sukan Olahraga
Tahunan Kali ke-31 2022 adalah seperti berikut :

Pengacara Majlis : Puan Siti Noor Hazlin Binti Sheikh Harun


Hadiah dan Cenderamata : Puan Munirah Binti Mahir Basha
Jempuatan/Sambutan : Nur Zalikha Binti Abdul Rahman
Siaraya / PA Sistem : Mohamad Fathi Bin Mohd Bakhir
Buku Program : Cik Nor Afifah Bin Shoime
Penyelia Peserta : En Adi Bin Ramli
Kecemasan : Puan Parameswary A/P Periasamy.
Teknik dan Pertandingan : Mohd Izaan Bin Abu Hasan
Peralatan dan Persiapan Tempat : Afiq Syahmi Bin Ashley
Statistik : Pn. Nurul Rahimah Binti Mohammad Razi
Dokumentasi dan Fotografi: Pn. Nilly Sofea Binti Khairul Anuar
Sukaneka : Pn Nadhirah Binti Ahmad Ayob
Hakim penamat : Pn Siti Dayana Binti Azman
Perasmian / Gimik : Puan Nadhia Binti Shamsuddin
Perbarisan : Mohd Khairill Ariff Bin Abdul Rahim
Pelepas : Pentadbir
Kawalan keselamatan : Pengawal keselamatan.
Kebersihanan : Pekerja Pembersihan Sekolah
Tindakan :Makluman

6
4.2 Perbelanjaan Kejohanan Sukan Olahraga SKSP.

4.2.1 En Mohd Hafiz selaku Setiausaha Sukan membentangkan anggaran


perbelanjaan mengkut peruntukan yang telah diberikan. (Bantuan Sukan
Sekolah).
PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
BIL PERKARA
1 Cat Minyak Hitam 5 tong X RM 25.00 RM 125.00
2. Thinner 3 X RM 18.50 RM 55.50

3. Medal 144 X RM 6.00 RM 864.00


Medal Sukaneka 180 X RM 6.00 RM 1080.00
Olahragawati (Trofi) 1 X RM 40.00 RM 40.00
Olahragawan (Trofi) 1 X RM 40.00 RM 40.00
Hamper (Perbarisan) 3 X RM50.00 RM 150.00
Hamper (Keseluruhan) 3 X RM 50.00 RM 150.00
4. Air Horne 3 X RM 50.00 RM 150.00

5. Spray putih (starting) 3 X RM 13.00 RM 36.00

6. Banner kejohanan 1 X RM 80.00 RM 200.00


1 X RM 120.00
7. PA sistem / Siaraya RM 150.00 RM 150.00

8. Hiasan Khemah / Rumah 3 X RM 150.00 RM 450.00


Sukan (Perbarisan)
9. Gimik Perasmian RM100.00 RM 100.00

10. Makanan murid / guru / RM 5.00 X 400 RM 2000.00


pegawai sukan

Makanan peserta RM 7.0 X 10 RM 70.00


jemputan / PIBG
11. Sewa Khemah 3 x RM500 RM 1500.00

12. Sewa pakai sistem RM50 RM 50.00


Kejohanan
13. Bendera segi tiga 10 set X RM 15.00 RM 150.00
Jumlah keseluruhan RM 7360.00

Tindakan :Makluman
4.2.2 Penyelaras memaklumkan peruntukan yang diberikan tidak mencukupi
dan dibantu oleh sumbangan pihak Pibg.

7
Tindakan :Makluman
4.2.3 SU Sukan memaklumkan setiap rumah sukan diberikan peruntukan
sebanyak RM150 setiap rumah. Wang tersebut digunakan untuk
persiapan perbarisan rumah-rumah sukan.
Tindakan : Ketua Rumah
4.2.3 PA Sistem akan diperuntukan sebanyak rm150 bagi membeli peralatan-
peralatan yang diperlukan.
Tindakan :PA Sistem
4.2.4 Peruntukan makanan dan minuman murid, GPK memaklumkan akan
disumbangkan oleh pihak PIBG.
Tindakan :Makluman
4.2.5 GPK Kokurikulum mengingatkan semua Jawatankuasa yang menerima
wang untuk menyediakan resit setiap pembelian dan menyerahkan
kepada SU Sukan.
Tindakan :JK Peralatan, PA Sistem, Ketua Rumah,
Gimik Perlancaran.
3.0 Hal-hal lain

3.1 En. Mohd Hafiz selaku Setiausaha Sukan memaklumkan penyelaras telah
menghantar surat permohonan meminjam khemah dari DBKL.
Tindakan : SU Sukan
3.2 Puan Nadhirah membangkitkan tema perbarisan bagi setiap rumah sukan
bagi Kejohanan Sukan Olahraga SKSP 2022.
Tindakan : Ketua Rumah
3.3 GPK mengingatkan JK Peralatan untuk menggantung banner di pagar
sekolah 2 minggu sebelum hari kemuncak KOT SKSP.
Tindakan : JK Peralatan
3.4 GPK Kokurikulum juga memaklumkan dokumentasi setiap program perlu
dibuat dalam masa dua minggu selepas program dijalankan.
Tindakan :Makluman

3.5 En Khairil Arif, selaku JK Perbarisan meminta menyediakan bendera


kejohanan, wilayah, dan Malaysia untuk digunakan upacara perbarisan.

8
Tindakan : JK Peralatan

3.6 Gpk Kokurikulum mengingatkan agar semua guru dapat membuat


persiapan sebaiknya menjelang Hari Kejohanan Sukan Sekolah SKSP
pada 21 Ogos 2022.

4.0 Penutup

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh:

…………………………………
MOHD HAFIZ BIN MAT LEH
SETIAUSAHA SUKAN
SK SERI PERAK

You might also like