You are on page 1of 3

Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Bulan Bahasa Peringkat SKJP 1 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia

dan Salam Satu Bangsa Satu Bahasa. Yang di berusaha, Puan Tay Mee Yong, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 Yang dihormati, 1. Puan Rosni bt Hussin selaku Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum 2. En Hasim b Shuib, selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 3. Puan Walliah bt Bahari, selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru-guru rakan setugas, seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk berkumpul dan bertemu dalam satu lagi majlis bagi memupuk kesedaran kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negara kita, Malaysia. Di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah dijelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran juga telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Namun pada masa yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Ini membuktikan bahasa merupakan penyatu bangsa. Ikat jerami muat ke kandar, Selepas makan mandi di telaga, Ucap difahami wasangka terhindar, Bahasa Kebangsaan penyatu warga. Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998). Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

Berikut merupakan tujuan utama Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di jalankan:


Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Demikianlah sedikit sebanyak coretan sejarah penetapan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan sejarah sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Terbang tempua ke semak berduri, Singgah sekali di pohon rumbia, Bahasa kita lambang jati diri, Tidak rugi berbahasa Malaysia Baiklah, seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan Tay Mee Yong selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, bagi menyampaikan ucapan Perasmian Sambutan Bulan Bahasa Peringkap SKJP(1) seterusnya merasmikan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat SKJP(1) bagi sesi 2013

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Tay di atas kesudian menyempunakan majlis perasmian sebentar tadi. Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha Pn Tay Mee Yong, diiringi oleh Pn Rosni bt Hussein selaku GPK Tadbir dan Kurikulum ke tengah pentas bagi upaca memotong kek sebagai simbolik perasmian sambutan Bulan Bahasa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Tay Mee Yong di atas penyempurnaan majlis memotong kek sebentar tadi. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa bagi menyemarakkan lagi semangat sambutan Bulan Bahasa ini. Hadirin dipersilakan berdiri. Murid-murid boleh merujuk kepada lirik yang telah dibekalkan oleh guru kelas masingmasing. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan deklamasi sajak oleh 2 orang wakil guru kita iaitu En Dzulkarnain & En Hisham bin Ali dengan sajak mereka yang bertajuk Cintaku Kepadamu Bahasa Melayuku. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyampaian sajak yang begitu bersemangat oleh kedua-dua guru bahasa Malaysia sekolah.

Sebelum majlis melabuhkan tirai, pihak majlis telah menyediakan satu persmbahan istimewa kepada hadirin sekalian. Oleh itu, tanpa melengahkan masa, majlis menjemput wakil muridn bagi mempersembahkan persembahan mereka. Berikan tepukan gemuruh oleh adik-adik kita........ Dengan berakhirnya persembahan nyanyian itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Saya sudahi majlis dengan ucapan Assalamualaikum. Sekian, terima kasih.

You might also like