You are on page 1of 6

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Tema-Memartabatkan BM, Memperkukuh BI Latar Belakang Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Tujuan Utama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa. Keseluruhan konsep logo menggambarkan peranan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara bagi membentuk perpaduan di dalam konsep satu Malaysia BBK menjadikan tunggak kecemerlangan negara berasaskan pembangunan yang berteraskan bahasa sebagai wadah. HURUF B Huruf B yang direka secara grafik dan dinamik sekilas pandang berbentuk B bererti Bulan dan Bahasa Kebangsaan di hujung pena menjadi tunjang pada huruf B. Ia sinonim dengan DBP sebagai sumber ilmu dan juga dataran untuk menyampaikan dan memacukan visi dan misi DBP yang merupakan matlamat bahasa dan sastera yang akan direalisasikan oleh B. BENTUK DUNIA BERPUSING DAN BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia secara grafik terdiri daripada pelbagai warna membentuk dunia berpusing tanpa had menggambarkan arah tuju untuk mencapai matlamat masa depan B yang cemerlang. Dunia berpusing menjadi latar belakang logo melambangkan tema perpaduan serta menitikberatkan cinta bahasa dan negara. Ia juga menunjukkan semua kaum yang sentiasa dipupuk dan dipastikan perpaduan, keharmonian kaum terpelihara untuk menjamin masa depan yang lebih gemilang. Ia memberi penyatuan kepada tiga bangsa utama di Malaysia, hidup penuh muafakat, bekerjasama demi memajukan negara. Lingkaran tiga jalur merah putih pada bendera Malaysia merupakan kegiatan-kegiatan BBK yang meliputi pelbagai bidang ilmu dan bahasa. DAUN RESAM DBP Daun resam DBP yang terdapat pada logo korporat menterjemahkan bahasa menjadi bumbung logo. Ia juga sumber dalam memperkembangkan bahasa dalam era globalisasi terpusat di atas logo ini sebagai nadi utama BBK. PENA DARI HURUF B Pena yang terletak di penghujung huruf B menggambarkan matlamat yang dituju dalam BBK. Di samping itu ia juga mencerminkan kegiatan bahasa dan sastera.

WARNA MERAH DAN PUTIH Merah dan putih menggambarkan semangat rakyat Malaysia untuk mencapai kegemilangan dan juga menjadi simbol wawasan satu Malaysia yang suci dan ikhlas. KUNING Kuning mengekalkan sistem raja berpelembagaan dan menjunjung luhur kedaulatan Negara serta menjadi simbol kegiatan BBK ke arah kegemilangan. BIRU Biru bermaksud kestabilan, bersatu hati dan hidup sejahtera untuk mencapai matlamat BBK bersama pelbagai kaum dalam negara. HIJAU Hijau melambangkan keterampilan dan kegiatan berwibawa dalam mengembangkan bahasa yang sentiasa subur ke persada dunia. Pereka: Naim bin Hj. Ahmat

Pelancaran Oktober Bulan Bahasa dan Membaca Kebangsaan


Last Updated on Monday, 03 October 2011 01:28 Monday, 03 October 2011 00:27
3 Oktober 2011-Unit Panitia Bahasa Melayu kelolaan bersama Prasekolah Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan Bulan Bahasa dan Membaca Kebangsaan peringkat sekolah. Matlamat dan objektif program ini adalah untuk :

MATLAMAT

* Melahirkan generasi yang menyanjungi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan * Meletakkan Bahasa Melayu sebagai setaraf bahasa antarabangsa di dunia * Memperkaya dan memperbaiki sistem bahasa yang semakin lemah dalam generasi baru * Menjana idea dan pendapat bagi melaksanakan program yang disediakan supaya mencapai objektif yang disasarkan

OBJEKTIF

* Melahirkan pelajar-pelajar cinta dan bangga akan bahasa kebangsaan * Mengaplikasikan dan bertutur dalam Bahasa Melayu yang standard dan baku * Memperkasa Bahasa Melayu selaras dengan fokus pertama iaitu membina Negara Bangsa dalam PIPP * Bekerjasama secara kolaboratif dengan Panitia Bahasa Inggeris

pabila mula-mula diperkenalkan pada dekad 1960-an, kempen ini dikenali sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut dan diwarnai dengan pelbagai kegiatan bahasa. Perubahan demi perubahan dilalui dalam menyambut kempen ini, malah pengisian dalam sambutannya juga semakin bertambah. Demi meneruskan tradisi, maka kempen ini diteruskan pada setiap tahun, malah dengan nama yang ditukar kepada Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada 2009. Sebelum 2009, telah ada program pemerkasaan bahasa dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN), lanjutan daripada minggu sastera. Dengan mempunyai beberapa tujuan utama, BBK digerakkan ke seluruh Malaysia menerusi kegiatan bahasa yang dijalankan. Namun, sejauh manakah masyarakat memahami tujuan BBK. Jadi, wajar untuk meneliti tujuan utama BBK, iaitu; Memantapkan, memperkukuh, dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.

Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa. Seharusnya tinjauan dapat dilakukan oleh pihak tertentu dalam mendapatkan maklum balas kepada sambutan BBK ini. Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengisytiharkan bulan Oktober sebagai BBK mulai 2009, sewajarnya semua pihak membuat perancangan rapi untuk sama-sama memeriahkan dan mengambil bahagian dalam menjayakan kempen ini. Selaras dengan konsep Satu Malaysia, maka pada Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Yassin menyempurnakan BBK 2010 dengan tema 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara. Walaupun segala aktiviti bahasa yang melibatkan pelajar sekolah, pihak kerajaan, swasta, dan orang awam, telah berjalan sebelum pelancaran kempen, keberkesanannya dapat dilihat hasil daripada gandingan semua pihak.

Setiap bulan Oktober setiap tahun, adalah diistiharkan Bulan Bahasa Kebangsaan. Tujuan utama kempen ini adalah: # Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia, # Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan, # Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan, dan # Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysai yang cintakan bahasa dan juga bangsa, perlulah bersama-sama martabatkan bahasa kita ini. Walaupun sekarang ni dah banyak Bahasa Rojak, Bahasa Pasar, Bahasa Inggeris+Melayu, Bahasa SMS dan lain-lain. Cubalah memperkukuhkan bahasa kebangsaan dan kebanggaan kita ini. Akhir kata ' Bahasa Jiwa Bangsa"..

You might also like