You are on page 1of 2

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang

memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori


penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan
utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik
masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar
dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa
kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang
yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu
sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.
Tujuan utama
Tujuan utama penganjuran program ini adalah:

1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan


jati diri dan citra bangsa Malaysia.
2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa
melalui bahasa kebangsaan.
4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai
tonggak pembinaan negara bangsa.
Tempoh pelaksanaan
Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan
sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian
program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.[1]
Sejarah
Pada asalnya program seumpama ini telah dijalankan
sepanjang dekat 60-an bermula dengan panggilan Minggu
Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan.
Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti
Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan
Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan
Minggu Sastera (1987-1998). Akhirnya pada tahun 1999,
gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara
(BBSN).
Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun
1999 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji
Ahmad Badawi, yang pada ketika itu ialah Timbalan Perdana
Menteri Malaysia.
Manakala pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat
pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan
Bahasa Kebangsaan (BBK) sehingga kini.

You might also like