You are on page 1of 6

SK BUKIT TAMBUN,

14110 SIMPANG AMPAT,


SEBERANG PERAI SELATAN,
PULAU PINANG.
TEL / FAX : 04-5888870

************************************************************************************

KERTAS KERJA
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2022

Anjuran : Unit Ko-Kurikulum,


SK Bukit Tambun.

Tarikh : 7hb Oktober 2022

Hari : Jumaat

Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi


1. PENDAHULUAN
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif
Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di
dalam proses transformasi kea rah mencapai hasrat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah “Negara Bersukan” (Sporting Nation). Oleh yang
demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari
dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Setiap tahun, pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang bersesuaian diisi
sepanjang sambutan Hari Sukan Negara bagi memastikan setiap lapisan
masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan secara
serentak di seluruh tanahair.

Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat


keseluruhannya akan berganding bahu menyertai program dan aktiviti
sukan serta kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan


menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif
memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan
masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40% berbanding dengan 50%
hingga 60% di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup
cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan
kadar penyakit kronik di kalangan rakyat Malaysia.

2. MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat mencapai objektif-objektif yang telah
digariskan sama ada secara individu atau berkumpulan yang dalam
mencapai perkembangan kognitif, fizikal, emosi mahupun rohani secara
menyeluruh dan bersepadu.

3. OBJEKTIF
Antara objektif-objektif tersebut ialah :-
3.1 menerapkan budaya sukan di kalangan rakyat
3.2 memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat
3.3 pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri
sukan
3.4 meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat
3.5 mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti
membangunkan sukan di peringkat akar umbi
4. TARIKH / MASA
4.1 Tarikh : 7hb Oktober 2022
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari

5. SASARAN
5.1 Semua murid dan guru SK Bukit Tambun

6. SUMBER KEWANGAN
6.1 SUWA

7. ANJURAN
Jawatankuasa Unit Ko-Kurikulum SK Bukit Tambun

8. ATURCARA PROGRAM

ATURCARA PROGRAM

8.00 pagi - Berkumpul di Dewan Terbuka SKBT

8.30 pagi - Senamrobik

9.00 pagi - Pembahagian Kumpulan

9.10 pagi - Permainan Petanque

# Permainan Petanque memerlukan masa yang agak panjang. Jika


TIDAK selesai, boleh disambung selepas REHAT.

10.00 pagi – 10.30 pagi - REHAT (Tahap 1 & 2)

10.30 pagi - Permainan Baling Tin

11.30 pagi - Penyampaian Hadiah

12.00 tengah hari - Bersurai


9. JAWATANKUASA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT
SEKOLAH

Pengerusi - En Nokman Bin Che Abas


(Guru Besar SK Bukit Tambun)

Naib Pengerusi 1 - Pn Nazariah Bt Jasman


(PK Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 - En Mohamad Rasdi Bin Hj. A. Hamid


(PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 3 - En Muhammad Nazif Bin Othman


(PK HEM)

Naib Pengerusi 4 - Pn Suliati Bt Adnan


(PK Pendidikan Khas)

Penyelaras Program - Pn Noraznita Bt Mhd Sapuan

PENGACARA PROGRAM
Guru Bertugas Mingguan
 Pn Zaleha Bt Awang
JK SENAMROBIK JK HADIAH
 Pn Liza Bt Asri (K)  Ustazah Noor Suria Bt Ishak (K)
 Pn Noorazura Bt Ramli  Pn Nurasyikin Bt Ahmad
JK PEMBAHAGIAN KUMPULAN JK PERALATAN
 En Mazlan Bin Ishak (K)  Ustaz Nik Mohamad Anuar (K)
 Ustaz Mohd. Shamsul Ariffin  En. Mazelan Bin Ibrahim
 Ustaz Aslam Haziq
JK PERMAINAN BALING TIN JK PA SYSTEM / SIARAYA
 En Fathi Bin Mustafa (K)  En Kasevan A/L Murugasan (K)
 En. Shahrum Bin Ibrahim  Pn Azirah Bt Shariff
 Cik Maizatul Munira Bt Md Yusoff
 Pn Noorlida Bt Ahmad
 Pn Noraznita Bt Mhd Sapuan
JK PERMAINAN PETANQUE JK FOTOGRAFI / DOKUMENTASI
 Pn Siti Aisyah Bt Saidin (K)  Pn Azila Bt Abd. Aziz (K)
 Pn Amira Izziyanti Bt Azizan  Pn Ng Sock Wei
 Pn Yumitha A/P Ramiah  Pn Mazlina Bt Mohamad
 Cik Hazatul Hazliyana
 Pn Rina Bt Abdul Rahman
10. IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Item Kos Seunit Kuantiti Jumlah Harga

1 Hadiah Permainan :-

a) Bola Roundas Pertama 4 hamper RM80-00


(Tahap 1 - Lelaki) (RM20)

b) Ketingting Kedua 4 hamper RM60-00


(Tahap 1 – Perempuan) (RM15)

c) Sepak Raga Tuju Ketiga 4 hamper RM48-00


(Tahap 2 – Lelaki) (RM12)

d) Galah Panjang
(Tahap 2 – Perempuan)

JUMLAH RM188-00

11. KESIMPULAN

Harapan kami semoga Program Hari Sukan Negara kali ini dapat mencapai setiap
objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………… ………………………………
(NORAZNITA BT MHD SAPUAN) (NAZARIAH BT JASMAN)
Penyelaras Hari Sukan Negara PK Ko-Kurikulum
SK Bukit Tambun SK Bukit Tambun
BORANG PENDAFTARAN

PERMAINAN : PETANQUE KUMPULAN : _______

Senarai nama murid :-

1. _________________________________________________ ( )
2. _________________________________________________ ( )
3. _________________________________________________ ( )
4. _________________________________________________ ( )
5. _________________________________________________ ( )
6. _________________________________________________ ( )
7. _________________________________________________ ( )

KEPUTUSAN MARKAH : __________________

You might also like