You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR

TAMPIN NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB MEMANAH
SMK TUNKU BESAR TAMPIN
TAHUN 2018
PENUBUHAN KELAB SUKAN MEMANAH SEKOLAH 2018
1.0 RASIONAL
Sukan memanah merupakan jenis sukan bukan lasak yang tidak memerlukan pergerakan
lasak seperti bola sepak, ragbi, hoki dan lain-lain. Oleh itu, sukan memanah diminati oleh
kebanyakan pelajar terutama pelajar yang kurang minat terhadap sukan lasak.
Mewujudkan sukan memanah di sekolah adalah satu langkah yang tepat sebagai pilihan
kepada pelajar yang kurang minat terhadap sukan lasak. Hal ini bagi menyahut aspirasi
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan slogan 1 Murid 1 Sukan.
Selain itu, SMK Tunku Besar Tampin mempunyai pelajar yang berkebolehan serta
berminat dalam sukan memanah ini. Bakat mereka telah digilap semasa di sekolah rendah
disamping telah terbukti pencapaian mereka dalam pertandingan-pertandingan yang
disertai semasa di sekolah rendah.
SMK Tunku Besar Tampin juga mempunyai guru yang berminat dalam sukan ini.
Kita juga mempunyai jurulatih luar yang berpengalaman serta tempat latihan yang hampir
dengan lokasi sekolah.

2.0 MATLAMAT
2.1 Mengekalkan pencapaian terbaik pelajar yang mempunyai bakat serta pencapaian
dalam sukan memanah sejak sekolah rendah.
2.2 Meningkatkan pencapaian sekolah dalam sukan dan permainan disamping sukan yang
sedia ada. Sukan memanah dapat membantu sekolah serta pelajar untuk pencapaian
peringkat tertinggi kerana sukan memanah dipertandingkan terus ke peringkat negeri.
2.3 Mendedahkan pelajar dalam sukan berprestasi tinggi.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Mencapai matlamat 1 murid 1 sukan.


3.2 Memberi peluang kepada semua pelajar menceburi bidang sukan dengan mewujudkan
sukan yang tidak lasak.
3.3 Melahirkan pemanah yang mewakili sekolah, daerah, negeri dan seterusnya mewakili
negara pada suatu hari nanti.

4.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN LATIHAN

HARI : SABTU & AHAD


TEMPAT : PADANG SK TUNKU BESAR TAMPIN
MASA : 4.30 pm – 6.30 pm
JURULATIH : 2 ORANG JURULATIH LUAR DARI KELAB MEMANAH TAMPIN
(LELAKI & PEREMPUAN)
GURU : 2 ORANG GURU PENASIHAT KELAB MEMANAH SMK TUNKU
BESAR TAMPIN

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Pelajar yang telah mempunyai bakat memanah semenjak di sekolah rendah.
5.2 Pelajar yang telah mempunyai mempunyai pencapaian sejak di sekolah rendah.
5.3 Pelajar yang mempunyai set memanah.
5.4 Pelajar yang mempunyai minat dan berdisiplin dalam mengikuti latihan memanah.
5.5 Pelajar yang bukan ahli dari sukan lain dan tidak menyertai sukan lain.

1
5.6 Bilangan pelajar terhad kepada 15 orang lelaki dan 15 orang wanita.

6.0 JAWATANKUASA & BIDANG TUGAS

Pengerusi : SITI NORIDAH BT UJANG


Timbalan Pengerusi 1 : AZLISHAM B. ABD RASHAD
Naib Pengerusi 2 : NORDIN B. ABU BAKAR
Naib Pengerusi 3 : VIKRAMAN A/L VELLAYUTHAN
Setiausaha : AZNOM BT AHMAD
Penolong Setiausaha : MOHD AMRI B. AWALLUDIN
Jurulatih 1 :
Jurulatih 2 :

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN HARGA KUANTITI JUMLAH (RM)


SEUNIT (RM)
1 BOW 1200 2 2400.00
2
3
4
5
6
7
8
9
10
JUMLAH

8.0 PERINGKAT SASARAN PERALATAN

8.1 Tahun 2018 : Memiliki sekurang-kurangnya 3 set memanah dan 1 target batt.
8.2 Tahun 2019 : Memiliki sekurang-kurangnya 5 set memanah dan 3 target batt.
8.3 Tahun 2020 : Memiliki set memanah yang lengkap dengan aksesori penuh

9.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Kokurikulum sekolah


Sumbangan PIBG sekolah
Peruntukan kokurikulum PPD Tampin

10.0 PENUTUP

2
Adalah diharapkan dengan adanya kelab memanah ini, sekolah ini dapat menjadi daya
tarikan kepada pelajar di daerah Tampin. Melahirkan pelajar yang dapat mewakili sekolah,
daerah negeri dan seterusnya ke negara disamping dapat mengharumkan nama sekolah.

11.0 ULASAN DAN KELULUSAN

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Disediakan oleh, Disemak oleh,


……………………………………. ……………………………………..
(MOHD AMRI B. AWALLUDIN) (EN AZLISHAM B. ABD RASHAD)
Guru Kelab Memanah GPK Kokurikulum

Diluluskan oleh,

………………………………………..
(PN SITI NORIDAH BT. UJANG)
Pengetua

You might also like