You are on page 1of 3

| NIA AKRINA BINTI INDAL SAPRI

TUGASAN 3 ESEI RINGKAS


930422-12-6094

SEGMEN 2 : TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PEGAWAI

Pendekatan Profesionalisme menjadi rencah utama dalam merealisasikan


pengurusan tanggungjawab dan peranan Pegawai berada pada tingkat maksimum
dan mencapai hasil yang efektif dalam pembangunan sebuah organisasi kerajaan.
Buktinya, Keperluan penjawat awam untuk berada pada peringkat terbaik telah
ditegaskan oleh Abdul Karim (1999) dengan menyatakan bahawa kumpulan ini
adalah ‘hati dan jantung’ kepada keberkesanan jentera pentadbiran awam negara
dan mempunyai peranan yang sangat besar dalam menjadikan Malaysia sebuah
negara maju pada tahun 2020. Darsawarsa kini menyaksikan terdapat pelbagai
salah laku dan tindakan tatatertib Pegawai-pegawai kerajaan yang dipamerkan
dalam media massa secara meluas. Media sosial umumnya menjadi medium yang
amat mendatangkan impak kepada tatapan mata masyarakat yang secara langsung
menimbulkan impresi negatif terhadap keberkesanan pengurusan sektor kerajaan.
Justeru itu, usaha bagi mencapai aspirasi “mewujudkan sebuah masyarakat yang
bermoral dan beretika tinggi dan profesional dalam menjalankan perkhidmatan”.
Abdul Hamid (1999). Nilai integriti, tatatertib dan kawalan dalam keselamatan dan
rasuah merupakan elemen utama sebagai panduan dalam Perkhidmatan Awam
serta kaitannya dalam mewujudkan efektif governan
Tanggungjawab dan peranan pegawai yang efektif menjurus kepada nilai
integriti yang tinggi dipamerkan setiap masa dan keadaan. Perihal sifat individu dan
organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil,
bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksan dalam perlaksanaan amanah kuasa
yang dipertanggungjawabkan kepada setiap pegawai awam. Menurut Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, skor Indeks Persepsi Rasuah
(CPI) Malaysia bagi tahun 2021 ialah sebanyak 48 dengan kedudukan ke-62
daripada 180 buah negara, Sinar Harian (2022). Izharlah, demi mengubah Skor
Indeks Persepsi Rasuah CPI berikut, isu etika lemah, kurang ketelusan, dan sering
memandang enteng dalam penguatkuasaan undang-undang penjawat awam perlu
terus istiqamah dan beriltizam menyampaikan perkhidmatan terbaik dan berintegriti,
bagi menampilkan imej yang cekap, professional demi peningkatan modal insan
tanah air.

Selanjutnya, Pegawai perkhidmatan awam hendaklah memelihara


tatakelakuan dan tindakan tatatertib sepanjang masa, sepertimana dengan Surat
Aku Janji yang wajib ditandatangani oleh setiap Penjawat awam, demikian juga lafaz
ikrar yang diutarakan. Manjalankan tugas sebagai pegawai dengan cermat,
bersungguh-sungguh, jujur, dan cekap dan tidak sekali kali membelakangkan tugas
demi kepentingan peribadi. Di bawah, Peraturan - Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan & Tatatertib) 1993 - P.U.(A) 395/1993, para pegawai sewajarnya
| NIA AKRINA BINTI INDAL SAPRI
TUGASAN 3 ESEI RINGKAS
930422-12-6094

menjalankan amanah dengan berdisiplin bagi mengelak isu penyalahgunaan dadah,


gangguan seksual, memberi dan menerima keraian dan sebagainya berlaku
sepanjang menjalankan tugas. Sebagaimana yang diutarakan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman menyatakan tujuh jenis
hukuman tatatertib seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam,
iaitu amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun
pangkat dan dibuang kerja. Berita Harian (2020). Oleh itu, para pegawai
bertanggungjawab menjalankan peranan dengan baik dengan mengambil ibrah
terhadap hukuman setimpal dikenakan terhadap setiap salah laku yang dilakukan.
Aspek keselamatan dan Isu Rasuah juga merupakan perkara yang signifikan
dalam kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam khasnya, hal ini demikian
kerana demi menjamin kawalan keselamatan berterusan serta menjaga rahsia
kerajaan agar tidak jatuh ketangan kuasa asing. Ancaman Keselamatan siber,
sabotaj, subversif, terrorisme and espionaj perlu diatasi dengan lebih efektif dan
rasional dalam organisasi itu sendiri. Menjaga Rahsia negara, juga merupakan
tanggungjawab paling penting bagi setiap pegawai bertepatan dengan akta rahsia
rasmi 1972 dalam Undang-undang Malaysia. Dalam masa yang sama, pegawai
bertanggungjawab Melaporkan kegiatan rasuah sekiranya berlaku penerimaan atau
pemberian suapan (rasuah) bertujuan supaya seseorang itu melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan tugas rasminya demi menjaga
kerahsiaan rahsia kerajaan.
Tuntasnya, seluruh warga Perkhidmatan Awam negara perlu
menambahbaikan prestasi perkhidmatan tanpa mengira pangkat dan jawatan
dengan mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993, Perintah-perintah Am, Pekeliling dan Surat Pekeliling (Peraturan) dan arahan-
arahan lain yang dikuatkuasakan kerajaan dari semasa ke semasa. Hanya melalui
kaedah dan pendekatan ini, pelaksanaan nilai dan profesionalisme boleh
direalisasikan dan menjadi benteng kepada cabaran-caran semasa seperti rasuah
dan penyalahgunaan kuasa. Maka, nyatalah penjawat awam tonggak utama dalam
penyempurnaan Wawasan 2020 melalui agenda pentadbiran licin dan telus tanah air
Rujukan

Ahmad Sarji Abdul Hamid (1999), The Public Service of Malaysia: Some Reflections
On
Quality Productivity And Discipline, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN), h.172

Abdul Karim M.R. (1999). The Challenging of Malaysia Public Service. Kuala
Lumpur:
| NIA AKRINA BINTI INDAL SAPRI
TUGASAN 3 ESEI RINGKAS
930422-12-6094

Pelanduk

Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 11 Februari 2022. Integriti Tadbir Urus
penjawat

awam menjadi isu hangat. Diakses pada 16 Mac 2023 daripada


https://www.sinarharian.com.my/article/187289/berita/nasional/integriti-tadbir-
urus-penjawat-awam-jadi-isu-hangat

Suzalina Halid. 20 Julai 2020. Amaran KP Perkhidmatan Awam. Diakses pada 16


Mac 2023.
Daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/712844/amaran-kp-
perkhidmatan-awam

You might also like