You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


TAMAN SIJANGKANG INDAH 3
TAHUN 2018

CADANGAN TARIKH

MINGGU KETIGA BULAN SYAWAL TAHUN 2018

TEMPAT

KAWASAN TAMAN PERMAINAN TAMAN SIJANGKANG INDAH 3

MASA

2.30 PETANG HINGGA 6.30 PETANG


1.0 MAKLUMAT PERTUBUHAN

1.1 Nama Pertubuhan : Persatuan Penduduk Taman Sijangkang Indah 3


1.2 Alamat : No 10 Jalan Sijangkang 3/8
Taman Sijangkang Indah 3
42500 Telok Panglima Garang
Selangor Darul Ehsan.
1.3 No PPM : PPM-012-10-25082017

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon peruntukan geran persatuan penduduk
2017 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi cadangan program
kejiranan “MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2018” anjuran
Persatuan Penduduk Taman Sijangkang Indah 3. Program ini akan diadakan secara
berterusan untuk tahun akan datang.

3.0 BUTIRAN PROGRAM


3.1 Jenis Program : Program Kemasyarakatan
3.2 Kaedah Pelaksanaan : Jamuan makan dan aktiviti berkumpulan
3.3 Jadual Pelaksanaan : Minggu ketiga bulan Syawal tahun 2018
dari 2.30 petang hingga 6.30 petang
3.4 Outcome :
i. Memberi peluang merasai suasana hari raya kepada penduduk TSI3 beraya di
kawasan perumahan yang baru dan memahami adat dan cara masyarakat
setempat merayakan hari raya.
ii. Mengeratkan ikatan ukhuwah/silaturahim dikalangan ahli-ahli penduduk TSI3
iii. Menggalakkan ahli-ahli TSI3 untuk menyertai program-program yang dianjurkan
oleh TSI3.
iv. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak/remaja tentang kebudayaan dan
adat Melayu melalui pertandingan dan permainan yang dijalankan seperti
menganyam ketupat, memasak dodol, pertandingan baju melayu tercantik dan
lain-lain.
3.5 Anggaran Kos :

BIL BUTIRAN CATATAN JUMLAH

Jamuan makan:
i. Sate Ayam / Daging
65 Buah Rumah x
ii. Nasi Himpit
1. 4 Isi Rumah x RM 3900.00
iii. Kuah Kacang
RM 15.00
iv. Rendang Ayam / Daging
v. Air Panas dan Sejuk

Hadiah dan Cenderamata :


Senarai Aktiviti / Pertandingan :
5 aktiviti x 10
i. Menganyam ketupat
2. Pemenang x RM 1500.00
ii. Pertandingan Karaoke
RM 30.00
iii. Pakaian Tercantik
iv. Sukaneka 1
v. Sukaneka 2

PA Sistem Termasuk :
1 Hari x
3. i. Seorang Pengacara RM 1000.00
RM 1000.00
ii. Sistem Karaoke

Khemah termasuk :
i. 20 kaki x 20 kaki
5 buah x RM
4. ii. Langsir RM 1500.00
300.00
iii. Meja Bulat dan kerusi
iv. Kerusi Extra

5. Banner 1unit x RM 200.00 RM 200.00

JUMLAH BESAR RM 8100.00

4.0 RASIONAL PROGRAM


i. Dapat menghayati bulan – bulan kebesaran Islam
ii. Menanamkan sifat pemaaf dan pemurah di antara masyarakat Islam
iii. Memberi peluang kepada semua Warga Penduduk TSI3 berkongsi
kegembiraan bersama
5.0 SASARAN PROGRAM
Program ini akan melibatkan semua penduduk Sijangkang Indah 3 pemilik atau
penyewa untuk bersama merasai suasana sambutan hari raya.

6.0 SYOR
Program amat sesuai dijalankan kerana ia dapat memberi manfaat di dalam
mengeratkan silaturahim di antara penduduk kediaman. Ia juga dapat membudayakan
sifat-sifat terpuji seperti menghormati antara jiran tetangga dan mengamalkan sifat
ambil peduli yang semakin lama semakin terhakis di antara masyarakat akibat dari
arus kemodenan. Oleh itu program ini amatlah dan wajar diberikan keutamaan untuk
merealisasikan program kemasyarakatan yang menjurus ke arah komuniti yang
sejahtera dan persekitaran kejiranan yang selamat.

Disediakan Oleh:

(AMIRRUL ASHRAF BIN HAJI MOHD MISLAN)


Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Sijangkang Indah 3
Tarikh :

Disemak dan Disahkan Oleh:

(MOHD TAQIYUDDIN BIN HASSAN)


Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Sijangkang Indah 3
Tarikh :

You might also like