You are on page 1of 1

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SIJANGKANG INDAH 3

(PPM-012-10-25082017)
NO 10, JALAN SIJANGKANG 3/8
TAMAN SIJANGKANG INDAH 3
42500 TELOK PANGLIMA GARANG NO TEL : 014 338 9767 (PENGERUSI)
NO TEL : 010 225 2757 (TIMB. PENGERUSI)
SELANGOR DARUL EHSAN

Ruj. Kami : TSI3/002


Ruj. Tuan :
Tarikh : 04/10/2017

Penduduk
Taman Sijangkang Indah 3
Kampung Sijangkang
42500 TELOK PANGLIMA GARANG
SELANGOR DARUL EHSAN.

Tuan,

MAKLUMAN KELULUSAN PERSATUAN PENDUDUK DAN HEBAHAN


PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan persatuan telah berjaya mendaftarkan


persatuan ini di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM) di atas nama ‘Persatuan
Penduduk Taman Sijangkang Indah 3’ dengan no pendaftaran PPM-012-10-25082017.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk memaklumkan perkara yang
tersebut kepada semua ahli :

i. Penyerahan Perlembagaan Persatuan – Perlembagaan hanya boleh dipinda


melalui mesyuarat agung pada setiap tahun
ii. Membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM10.00 dan Yuran Bulanan RM10.00
bagi bulan Oktober. Bagi bulan November dan seterusnya, yuran bulanan boleh
dijelaskan kepada Ketua Blok masing – masing sebanyak RM10.00 selewatnya
5hb setiap bulan.
iii. Sekiranya terdapat sebarang aduan, laporan atau cadangan, ahli boleh berjumpa
dengan ketua blok masing – masing untuk mengisi borang yang telah disediakan.

4. Kerjasama ahli berhubung perkara ini sangat dihargai. Bersama – sama ini
disertakan juga Salinan Perlembagaan dan senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan bagi tahun
2017 hingga tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(MOHD TAQIYUDDIN BIN HASSAN)


Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Sijangkang Indah 3

You might also like