Professional Documents
Culture Documents
Perjanjian London:
• Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British
• Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956
• Kedua2 pihak bersetuju tandatangani perjanjian
• Antara perkara yang dipersetujui;
i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957
ii. Suruhanjaya bebas dilantik untuk gubal Perlembagaan Merdeka
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan British di PTM
iv. Perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani bagi menjaga keselamatan & kepentingan
ekonomi British di PTM
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
vi. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri diteruskan
Suruhanjaya Reid:
• Dibentuk pada Mac 1956
• Tujuan menyusun perlembagaan PTM
• Dipengerusikan Lord William Reid
• Tugas Suruhanjaya Reid;
i. Merangka sebuah pelembagaan bagi PTM
ii. Membentuk & menentukan kuasa kerajaan pusat & negeri
iii. Menjamin kedudukan khas Raja2 Melayu
iv. Mewujudkan rupa bangsa PTM
• Suruhanjaya ini menerima sebanyak 131 memeorandum daripada pelbagai pihak termasuk Raja2
Melayu
• Februari 1957 Suruhanjaya Reid keluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan oleh penduduk & parti
politik tempatan
• Beberapa cadangan asal dipinda untuk memuaskan hati semua pihak
• Antaranya;
i. Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri
ii. Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu
iii. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain
iv. Institusi Raja2 Melayu & konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
v. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Cina & Tamil boleh dikembangkan &
menjadi bahasa pengantar di sekolah masing2
vi. Agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan
Perlembagaan Merdeka:
• Mempunyai beberapa fasal penting, antaranya;
i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
ii. Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong
iii. Pembentuk sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat & Dewan Negara
iv. Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran dibantu sebuah kabinet
v. Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
vi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
vii. Kerakyatan terbuka kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu & kerakyatan secara permohonan
dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan
viii. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara lain