You are on page 1of 5

Mata pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 1

Tarikh 30 Jun 2021 Masa 11.30-12.30 tghr


Tajuk Bab 6 : Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom
Standard kandungan 4.2 Peningkatan tamadun dan sumbangannya

4.2.2 Membincangkan peningkatan tamadun Yunani dalam


aspek pemerintahan dan pentadbiran (Nota :
Standard
Lampiran 1)
pembelajaran
K4.2.7 Menghuraikan kepentingan menghargai asas-asas
amalan demokrasi. (Latihan : Lampiran 3)

Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:


a) Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga fungsi Dewan
Objektif pembelajaran Perhimpunan dalam demokrasi di Athens.
b) Menerangkan sekurang-kurangnya dua kepentingan
amalan sistem demokrasi dalam sesebuah negara.

Tempoh masa 1 jam nota dan latihan


Nota Rujuk lampiran 1

1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang diberikan


dalam Lampiran 1 (anda digalakkan untuk membina peta
minda/i-Think berdasarkan nota)
Aktiviti
2. Jawab soalan pada lampiran 2 hingga 3 dengan merujuk
nota atau bahan lain seperti buku rujukan, laman sesawang
dan bahan bacaan lain.

Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada


Pentaksiran
Lampiran 2 hingga 3

STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1 Mengetahui peningkatan tamadun
2 Memahami peningkatan tamadun
3 Menerangkan dengan contoh peningkatan tamadun
4 Menganalisis maklumat yang berkaitan dengan peningkatan tamadun
5 Membuat penilaian peningkatan tamadun
6 Melahirkan idea yang berasas mengenai peningkatan tamadun

⚫ Nota perlu dibaca dan difahami

⚫ Pentaksiran perlu diselesaikan


NOTA

Lampiran 1 Tarikh :

Ciri – ciri Demokrasi di Athens


➢ Fungsi Dewan Perhimpunan
• Melantik Ahli Majlis
• Menggubal undang-undang
• Membuat deklarasi peperangan
• Mengadakan perjanjian dengan negara lain
• Membincangkan hal kewangan dan percukaian
• Menerima duta dari negara asing
➢ Fungsi Majlis
• Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan
• Ahli bertanggungjawab mengendalikan jabatan kerajaan
• Kuasa Majlis tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan
➢ Fungsi Majistret
• Merupakan kakitangan kerajaan
• Melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis
• Menguruskan hal-ehwal pendidikan, percukaian dan sebagainya
➢ Fungsi Juri
• Menjadi pemutus kepada sesuatu kes
• Pesalah akan merayu terus kepada warganegara
• Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara

Perkembangan Sistem Demokrasi di Sparta


➢ Sistem pemerintahan dan pentadbiran bersifat monarki
➢ .Dua orang raja memerintah Sparta bersama-sama bagi mengelakkan seseorang
daripada raja bertindak kejam ( keluarga Eurypontids dan Agiads )
➢ Dewan Perhimpunan dan Majlis membantu urusan pentadbiran raja
➢ Lima orang ephors berfungsi memastikan raja tidak memerintah secara mutlak
➢ Penekanan diberikan kepada displin ketenteraan ( kerajaan ketenteraan )
➢ Kanak-kanak seawal tujuh tahun dan kaum wanita akan dilatih menjadi anggota
tentera
➢ Kaum wanita turut menjalani latihan fizikal dan tidak terkecuali daripada tugas
mempertahankan negara
➢ Penekanan terhadap aspek disiplin dan taat setia kepada negara kota menjadi
asas perkembangan Sparta,
LATIHAN OBJEKTIF

Tarikh :
Lampiran
2
1. Di Athens, ahli-ahli Majlis dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
Apakah tanggungjawab mereka?
A Mengendalikan keadilan
B Menggubal undang-undang
C Melaksanakan dasar kerajaan
D Menguruskan jabatan kerajaan

2. Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan.
Siapakah yang berkuasa dalam bidang pengadilan ?
A Raja C Pengerusi
B Hakim D Warganegara

3. Negara berikut telah mewarisi sistem pemerintahan demokrasi yang diperkenalkan oleh
Tamadun Yunani
• Indonesia
• Malaysia
• Britain

Apakah ciri demokrasi yang diamalkan oleh negara tersebut?


A Rakyat memilih pemimpin
B Raja menggubal undang-undang
C Negara diketuai oleh Perdana Menteri
D Anggota Dewan Rakyat dilantik oleh ketua negara

4. Di Sparta, lima orang pegawai dilantik sebagai ephors.


Apakah peranan ephors?

A Mengetuai pentadbiran
B Menggubal undang-undang
C Memajukan ekonomi negara
D Mengawal kuasa mutlak raja

5. Kaum wanita di Sparta menjalani latihan fizikal dan diajar berlari serta bertinju.
Mengapakah mereka perlu berbuat demikian?

A Membina jati diri


B Mempertahankan negara
C Menjaga maruah negara
D Menggelakkan ancaman kaum lelaki
LATIHAN STRUKTUR

Tarikh :
Lampiran 3
1. Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Sparta adalah bersifat monarki.
(Buku teks m.s 125)

a Nyatakan ciri-ciri pemerintahan dan pentadbiran di Sparta?

Konstruk: .………………………………………………………………………………
Mengingat
Aras: .………………………………………………………………………………
Rendah ( 2 markah )

b Siapakah yang membantu raja dalam urusan pentadbiran di Sparta?

i. ………………………………………………………………………
Konstruk:
Mengingat
Aras: ii. ………………………………………………………………………
Rendah ( 2 markah )

c Pada pendapat anda, mengapakah kanak-kanak seawal usia tujuh tahun


dilatih menjadi anggota tentera?

………………………………………………………………………………
Konstruk:
K ………………………………………………………………………………
Menilai
B Aras:
A Tinggi ………………………………………………………………………………
T
( 2 markah )

d Apakah iktibar yang diperoleh daripada sikap masyarakat negara kota


Sparta?

………………………………………………………………………………

Konstruk: ………………………………………………………………………………
Menilai
K Aras:
B Tinggi ………………………………………………………………………………
A
T ………………………………………………………………………………
( 4 markah )

You might also like