You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH1

17500 TANAH MERAH, KELANTAN


TelefonPejabat: 09-9556343/09-9502048 Faks : 09-9551663

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTM1 100 -9/04/Jld 2 (24)
Tarikh :19 Mei 2022
Kepada,
………………………………………………………………………,
Ahli Jawatankuasa,
Persatuan IbuBapa Dan Guru (PIBG),
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1,
17500 Tanah Merah, Kelantan.

Tuan,

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KE – 1 BAGI TAHUN 2022

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut ;

Tarikh : 28 Mei 2022 ( Sabtu )


Masa : 08.30 Pagi
Tempat: Bilik Wahana, SKTM1

3. Agenda mesyuarat ;

3.1 Ucapan Yang dipertua PIBG


3.2 Ucapan dan Pelaporan oleh Guru Besar SKTM1
3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat AJK PIBG SKTM1, Bil. 2/2021
3.4 Perbincangan penetapan tarikh dan masa Mesyuarat Agong PIBG(MAT)
Ke- 44
3.5 Perkara Berbangkit
3.6 Hal-Hal Lain

4. Kehadiran semua Ahli Jawatankuasa PIBG amatlah diharapkan. Kerjasama dan perhatian
tuan/puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HJH. RAMLAH BT. HJ MOHAMAD )


Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1

s.k : Fail
SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH1
17500 TANAH MERAH, KELANTAN
TelefonPejabat: 09-9556343/09-9502048 Faks : 09-9551663

Rujukan kami :SKTM1 800-1/1-1( )


Tarikh : 22.05.2022
Kepada
Ibu bapa/Penjaga
Murid Tahun 4,5 dan 6

Tuan/Puan

KEBENARAN MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan puan setiap murid Tahun 4, 5 dan 6 adalah diwajibkan untuk
menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah berdasarkan Perkara 5.1 Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS) 8591. Pihak sekolah telah menetapkan hari dan masa bagi aktiviti
mingguan kokurikulum sebagaimana ketetapan berikut :

Hari : SETIAP HARI RABU


Masa: 2.00 PETANG HINGGA 4.00 PETANG

3. Langkah-langkah keselamatan akan diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan anak-anak di
bawah jagaan tuan/puan terurus dengan sempurna. Oleh yang demikian ibu bapa dan penjaga diharap
memberikan kerjasama membenarkan anak-anak jagaan tuan/puan untuk menyertainya. Pihak
tuan/puan juga diminta mengambil anak-anak jagaan tuan/puan mengikut masa yang telah
ditetapkan.

4. Sekiranya tuan/puan tidak membenarkan anak tuan/puan menyertainya aktiviti kokurikulum,


harap dapat memberikan penjelasan bertulis dan memaklumkan kepada pihak sekolah.

Sekian, terima kasih

Saya yang menjalankan amanah,

_________________________
(AZLAN ABDUL WAHAB)
Guru Besar
SK Tanah Merah 1

*Sila lengkapkan borang yang disediakan di ruangan belakang surat*


SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH1
17500 TANAH MERAH, KELANTAN
TelefonPejabat: 09-9556343/09-9502048 Faks : 09-9551663

You might also like