You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

HUBUNGAN ETNIK

MPU3122

PENULISAN ILMIAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2018

SEMESTER DUA TAHUN DUA

NAMA PELAJAR JENIFFER

ANGKA GILIRAN 2018192340006

NOMBOR KAD PENGENALAN 991129-08-6790

KUMPULAN PISMP D1

MPU3122
KOD DAN NAMA KURSUS
HUBUNGAN ETNIK

NAMA PENSYARAH

TARIKH HANTAR 21 OCTOBER 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM


BALAS

PENGHARGAAN

1
Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil daripada berkat-Nya, saya
dapat menyiapkan tugasan kursus Hubungan Etnik (MPU3122) ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya
juga sangat berterima kasih kepada Puan Ramlah Binti Ghani yang telah menjadi tulang
belakang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan saya agar dapat memberi
manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja
dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

Sekian, Terima Kasih.

ISI KANDUNGAN

Muka surat

2
Penghargaan 2

Isi Kandungan 3

1.0 Pengenalan 4

2.0 Kepentingan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan 5-8

2.1 Bahasa Melayu


2.2 Agama Islam
2.3 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja
2.4 Hak Istimewa Orang Melayu

3.0 Kesimpulan 9

Rujukan 10 - 11

1.0 PENGENALAN

3
Malaysia didasari oleh penduduk yang berbilang bangsa. Masyarakat pluraliti ini
membawa bersama perbezaan kehendak dan kemahuan sekaligus mahu menjaga
kepentingan kaum mereka sendiri. Bagi sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat
berbilang kaum, agama dan budaya, perpaduan adalah sangat penting bagi menjamin
keharmonian negara. Perpaduan merupakan intipati yang sering dilaungkan oleh pemimpin
dalam menjamin kelangsungan keamanan negara. Oleh itu banyak medium yang digunakan
bagi mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Antara medium yang
digunakan ialah unsur-unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Dalam perlembagaan
ini, terdapat 4 unsur tradisi penting yang menjadi dasar dalam pembentukan perlembagaan.
Unsur tradisi ini juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa
menggubal Perlembagaan. Menurut[ CITATION Moh85 \l 17417 ], unsur-unsur tersebut ialah
Bahasa Melayu, Kesultanan atau Pemerintahan Beraja, Agama Islam, dan Kedudukan
Istimewa Orang Melayu.

2.0 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

4
Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang. Ia
terdiri daripada adunan unsur-unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama
dan juga penjajah Inggeris. Inggeris yang pernah memerintah lebih satu abad di Tanah
Melayu telah meninggalkan banyak kesan ke atas Tanah Melayu, antaranya ialah
perlembagaan. Beberapa unsur pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap
masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan.
Unsur-unsur baru bagi orang Melayu ini dikenali sebagai unsur-unsur moden dalam
perlembagaan. Sementara beberapa unsur lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak
istimewa, dan agama Islam dikekalkan. Unsur-unsur lama yang dikekalkan di dalam
perlembagaan ini digolongkan sebagai “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra-British. Unsur-
unsur tradisi di dalam perlembagaan ini sangat perlu dipelihara bagi mewujudkan perpaduan
kaum dan kestabilan politik sebagai syarat memajukan negara. Empat unsur lama yang
pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di
dalam perlembagaan negara kita.

2.1 BAHASA MELAYU

Unsur tradisi yang pertama dalam perlembagaan adalah Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Pada pendapat saya, Bahasa Melayu merupakan elemen yang
penting dan sangat relevan dalam prasyarat permuafakatan dan persefahaman. Hal ini
kerana, jika dilihat dari sudut sejarah, Bahasa Melayu telah lama digunakan sebagai lingua
franca, iaitu sejak lebih daripada 600 tahun dahulu dengan wujudnya Kesultanan Melayu
Melaka. Pada masa itu, Bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang digunakan oleh
pedagang-pedagang yang datang dari pelbagai negara. Secara tidak langsung, Bahasa
Melayu telah menjadi bahasa perpaduan kerana semua masyarakat pada masa itu
memahami dan meggunakannya dalam kehidupan mereka. Selain itu, perlunya penggunaan
satu jenis bahasa yang dapat difahami oleh semua masyarakat yang menjadi medium untuk
berkomunikasi khususnya buat negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Bahasa
Melayu merupakan bahasa yang paling tepat dan relevan kerana Bahasa Melayu adalah
bahasa yang paling banyak dituturkan di Malaysia serta majority rakyat Malaysia memahami
bahasa Melayu. Hal ini dibuktikan dengan kebanyakan masyarakat Melayu tidak pandai
berbahasa Tamil dan berbahasa Cina, tetapi kebanyakan masyarakat India dan Cina pandai
menuturkan bahasa Melayu. Pemahaman terhadap sesuatu bahasa pertuturan adalah
sangat penting bagi menjamin intipati perbualan supaya dapat difahami dengan jelas. Di
samping itu, Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang mudah untuk difahami kerana
statusnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan serta merupakan bahasa
pengantar di sekolah. Penggunaan Bahasa Melayu di sekolah amat penting bagi memupuk

5
perpaduan kerana menggunakan satu jenis bahasa sahaja sebagai bahasa pertuturan.
Tunku Abdul Rahman menyatakan memang wajar bagi sebuah negara membangun
berhasrat mempunyai bahasa sendiri. Menurut beliau, sekiranya bahasa kebangsaan tidak
diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai keperibadian dan boleh dikatakan sebagai
negara yang tidak berjiwa dan tidak bernyawa. Bahasa kebangsaan merupakan asas yang
membentuk jati diri bangsa, malah bahasa kebangsaan merupakan alat perlambangan
semangat kebangsaan yang paling berkesan. [ CITATION Jen12 \l 17417 ] Justeru, Bahasa
Melayu sebenarnya sangat relevan dalam mencapai prasyarat permuafakataan dan
persefahaman dan mestilah dikekalkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.

2.2 AGAMA ISLAM

Unsur kedua yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia pula ialah
Agama Islam. Agama merupakan satu elemen yang berpengaruh bagi mengeratkan
perpaduan ummah dalam proses sosialisasi rakyat. Agama Islam ini penting bagi
mempertahankan prasyarat permuafakatan dan persefahaman keranan, menurut [ CITATION
Ahm13 \l 17417 ], perlu disedari bahawa, kepelbagaian budaya di Malaysia adalah
bersesuaian dengan prinsip Islam dalam isu etnisiti. Dalam hal ini, Islam mengiktiraf
kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Dalam erti kata mudah, kewujudan pelbagai
bangsa, agama, kelompok dan budaya merupakan fitrah yang telah dijadikan oleh Allah.
Oleh itu, dalam Islam, semua masyarakat tidak kira bangsa dan agama mesti menerima dan
menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang
akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah
dan bermusuhan sebaliknya semua masyarakat digalakkan untuk saling memahami, kenal-
mengenali, bertolak ansur dan saling membantu antara satu sama lain. Jika semua
masyarakat tidak kira bangsa, agama dan kaum mengamallkan prinsip Islam ini, maka dapat
memupuk perpaduan dalam masyarakat Malaysia. Agama Islam yang kita kenal hari ini
telah berjaya mengintegrasikan dan menyatupadukan masyarakat. Selain itu, nilai-nilai Islam
juga mencakupi dalam semua hal politik, ekonomi dan sosial. Sepatutnya nilai Islam ini
bukan sahaja digunakan dalam ibadah sahaja malahan Islam ini merupakan satu cara
hidup. Contohnya, jika semua masyarakat Malaysia menggunakan sistem perbankan secara
Islam, pastinya pemerintahan akan lebih adil dan semua masyarakat akan dapat hidup
dalam keadaan yang harmoni kerana tiada unsur penindasan atau riba berlaku. Nilai-nilai
dalam Islam inilah yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia walaupun berbeza agama,
bangsa dan budaya. Selain itu, agama Islam juga menganjurkan masyarakat supaya
menghormati peribadi orang lain dan melarang perbuatan mencemuh, mengutuk atau
memanggil dengan panggilan yang tidak disukai ke atas orang lain. Justeru, setiap orang

6
dapat memelihara dan menghormati peribadi dan kehormatan antara warga masyarakat
tanpa mengira agama [ CITATION Moh16 \l 17417 ]. Justeru, terbuktilah bahawa agama Islam
perlu dipertahankan sebagai prasyarat permuafakatan dan persefahaman masyarakat
Malaysia.

2.3 KESULTANAN ATAU PEMERINTAHAN BERAJA.

Unsur ketiga di dalam Perlembagaan Malaysia adalah kesultanan atau pemerintahan


beraja. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu sudahpun menjadi amalan sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Oleh itu, institusi beraja di negara mestilah
dikekalkan kerana menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan
kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Selain itu,
institusi beraja ini masih relevan kerana Raja Melayu merupakan simbol perpaduan dan
keharmonian negara. Sistem pemerintahan beraja akan dapat menigkatkan taat setia
kepada raja dan negara ini. Hal ini turut disentuh dalam prinsip Rukun Negara yang kedua
iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat
memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Dalam membentuk sebuah negara bangsa,
rakyat berbilang kaum mestilah menghormati sistem ini. Namun begitu, yang
membimbangkan pada hari ini ialah apabila masyarakat Melayu sendiri yang mempersoal
ketuanan raja dan rasionalnya sistem itu masih dipertahankan. Hakikatnya melalui
pemerintahan beraja inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling
beradab dalam kalangan negara Islam apabila berjaya membanteras sikap pelampau yang
boleh mencetuskan masalah negara. Di samping itu, raja juga menjadi pengimbang kuasa
kerana raja memain peranan tidak menyebelahi mana-mana bahagian tertentu, tetapi
menjamin kecekapan serta kestabilan antara kehakiman, perundangan dan eksekutif di
negara ini. Malah, keseimbangan kuasa berlaku apabila raja berperanan bagi memastikan
tidak wujud campur tangan di antara tiga badan itu. Justeru, institusi beraja di negara ini
sangat penting dikekalkan dan menjadi aset untuk perpaduan.

7
2.4 HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Unsur yang terakhir dalam perlembagaan pula adalah hak istimewa orang Melayu,
Sabah dan Sarawak. Rasionalnya kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak di beri keistimewaan dan dipelihara oleh Yang di-Pertuan Agong ialah kerana
mereka merupakan penduduk peribumi negara ini. Walaupun dari satu sudut peruntukan
khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas
semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf
kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin
dan mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan
kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang
kemerdekaan. Keistimewaan kuota Melayu ini juga adalah bagi membantu masyarakat
Melayu dan bumiputera untuk membaiki taraf hidup mereka yang telah jauh ketinggalan
daripada kaum lain. Hal ini kerana, kita dapat lihat dengan jelas sekarang walau
bagaimanapun, atas sebab apa pun, masyarakat Melayu masih lagi di belakang kaum
bukan Melayu terutamanya dalam aspek kedudukan ekonomi. Dalam bidang pendidikan
pula, walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera
diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan dengan tidak
menghapuskan sekolah Cina dan Tamil. Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan tinggi
mereka contohnya, Melayu – UiTM, Cina - KTAR, India – Kolej Tafe. Toleransi kaum juga
menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi
PTPTN untuk membiayai kos pendidikan mereka. Selain itu, keistimewaan ini adalah bagi
menyeimbangkan peratusan golongan profesional bumiputera dan bukan bumiputera.
Justeru, Perkara 153 ini memang wajar dipertahankan bagi prasyarat permuafakataan
masyarakat dan kaum Bukan Melayu tidak seharusnya berasa bimbang kerana kebajikan
mereka masih tetap dijaga.

8
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kempat-empat unsur tradisi ini sebenarnya masih relevan dan perlu
dikukuhkan lagi bagi menjamin perpaduan dalam masyarakat Malaysia. Formula yang
dipakai sejak 58 tahun yang lalu telah berjaya membentuk satu negara bangsa yang bersatu
padu tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kerajaan harus mengambil langkah yang
lebih agresif dalam memberi pendidikan berkaitan Perlembagaan negara kepada semua
lapisan masyarakat. Dengan cara ini dapat membentuk masyarakat yang mengetahui hak
dan keperluan sebagai warganegara dan juga hak negara terhadap individu yang menjadi
warganegaranya. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami supaya
perpaduan dapat dicapai.

9
RUJUKAN

Mohd Salleh Abas. (1985) Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysian.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ali Seman, & Warti Binti Kimi. (2013) Hubungan Etnik di Malaysia. Freemind
Horizons Sdn.Bhd.XJeniri Amir. (2012). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan. Utusan
Malaysia Sdn. Bhd.
Mohd Roslan Bin Mohd Saludin. (2016, 3 15). Pembinaan Bangsa dan Negara Malaysia
Yang Berdaulat. Retrieved from Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk
harmoni: https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-
yang-berdaulat/nilai-islam-asas-bentuk-masyarakat-majmuk-harmoni/

Abd Muis, Mujibu, Zaliha Hussin & Badrul Azmier Mohamed. 2011. “Perubahan Generasi
dan Perkembangan Demokrasi di Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum ke-12” dalam
Mohd Azizuddin Sani & Abdul Rahman Abdul Aziz [eds]. Agenda Ketahanan
Nasional Malaysia.Sintok: IPDM [Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir] dan UUM
[Universiti Utara Malaysia], ms.31-58.

Abdul Rahman Ismail. 2017. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Lee Lam Thye. 2017. Uniting Anak-anak Malaysia. Yayasan1Malaysia Official Website.
http://yayasan1malaysia.org/2017/01/01/uniting-anak-anak-msia/#.WM9EoNKGNdg.
[16 Disember 2016].

Mohamad Rodzi Abd Razak. 2019. Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan
Pendidikan Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jurnal Jebat. Vol. 36: 90-
106.

Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz. 2017.Kontrak sosial: Perlembagaan


Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka.
Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail, Zaini Othman. 2015. Kenegaraan Malaysia.
Fajar Bakti.

Shamsul Amri Baharudin & Anis Yusal Yusoff. 2014. Perpaduan, Kesepaduan,
Penyatupaduan. Kuala Lumpur: Intitut Terjemahan Buku Negara dan Insitut Kajian
Etnik.

Shamsul Amri Baharudin (penyt). 2016. Edisi Kedua. Modul Hubungan Etnik.
Institut Kajian Etnik UKM.

Zurina Mahadi & Hukil Sino. 2016. Hubungan nilai masyarakat dan pembangunan: satu

10
analisa. Jurnal Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, bil. 8, pp. 77-94.

Mardiana Nordin & Hasnah (2014), Pengajian Malaysia Edisi Kelima. Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

Abdul Aziz Bari (2016), Perlembagaan Malaysia. Satu Pengenalan. Ilham Book Sdn.Bhd.

Mohammad Suffian Hashim (1987), Mengenal Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan. Penerbit Fajar
Bakti.

Amat Juhari Moin. (2010). Pemerintahan Beraja di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman. (2000). Sejarah Tanah Melayu. Seri Kembangan: Penerbit Weng Seng
Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim.(2013). Sepintas lalu perkamusan Melayu. Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya.

Nor Hashimah Jalaluddin & Rusmadi Baharuddin. (1995). Berbilang Kaum. Dewan dan
Pustaka.

11

You might also like