You are on page 1of 9

1.

SEJARAH PERKEMBANGAN

Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan atau bahagian tumbuhan yan dimakan secara mentah atau setelah dimasak, sebagai ulam, salad atau lauk, bukan pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek. Sayursayuran merupakan kumpulan tumbuhan yang penting dalam pemakanan manusia kerana membekalkan serat (fiber), pelbagai nutrien seperti vitamin, garam mineral, protein dan karbohidrat kepada manusia. Ini dibuktikan dengan piramid makanan yang meletakkan sayur-sayuran pada tahap yang wajar kerap diambil oleh manusia. Sejak sekitar tahun 1820-an, Semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu bidang penanaman/pertanian dan kelautan. Dalam bahagian pertanian, yang terdiri daripada negeri Kedah, Perak, Patani dan Terengganu, terdapat penduduk yang bergantung tetap pada pertanian. Di samping pertanian, mereka turut terlibat di dalam bidang perikanan dan perdagangan. Kedatangan Inggeris telah mewujudkan ekonomi penjajahan di Tanah Melayu. Pada abad ke-19, kegiatan utama masyarakat Melayu ialah pertanian yang diusahakan dalam dua bentuk tanaman iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua musim tanaman; kemudiannya ditinggalkan menjadi hutan semula. Tanaman sawah atau bendang pula melibatkan tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawasan tanah yang berhampiran. Tanaman huma dan sawah di negara kita terus berkembang dengan pesat sehingga pertengahan adab ke-19, Selangor mempunyai bekalan beras yang banyak dan tidak perlu mengimportnya. Pencapaian ini adalah usaha pemerintah Sultan Muhammad (1826-1857) yang mewajibkan rakyatnya menanam padi. Banyak jenis tanaman sayur-sayuran turut diusahakan untuk memenuhi keperluan masyarakat tempatan. Lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Kebanyakan sayur di Malaysia ditanam secara kecil-kecilan dengan keluasan di antara 0.2-1.2 ha.

Dalam tahun 1985, luas kawasan yang ditanam dengan sayur-sayuran ialah 14,447 ha Kawasan utama ialah Cameron Highlands (Pahang), Tangkak dan Kulai (Johor), Banting dan Tanjong Karang (Selangor), Lembah Kinta dan Taiping (Perak) serta Cabang Empat dan Wakaf Stan (Kelantan). Melihat kepada sejarah awal transformasi pertanian di negara kita maka dapatlah difahami bahawa sektor ini merupakan sumber ekonomi utama masyarakat dahulu dan sekarang. Pertanian akan kekal menjadi nadi penggerak kepada negara dan usaha kerajaan untuk menjadikan sektor ini sebagai perniagaan yang amat menguntungkan perlu mendapat kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak.

2. KEPENTINGAN 2.1 KEPENTINGAN EKONOMI Kemajuan bidang penanaman dapat dilihat melalui peruntukan

pembangunan yang sangat banyak untuk memajukan bidang ini kita saksikan dalam belanjawan tahun 2005. Langkah ini amat tepat

memandangkan negara kita mengimport bahan makanan yang terlalui banyak seperti gula, beras, buah-buahan dan sebagainya sedangkan kita mampu menghasilkan sendiri bahan makanan tersebut. Oleh itu, tumpuan terhadap bidang pertanian mampu mengurangkan pengaliran wang ke luar negara dan sekali gus mengelakkan defisit pada imbangan

perdagangan luar negara. Bagi tanaman komersial pula, negara akan menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengeskportan tanaman seperti kelapa sawit dan lada hitam. Secara tidak langsung, pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan, di samping menimbangi imbangan

pembayaran negara melalui hasil eskport yang semakin bertambah.

2.2 PELUANG PEKERJAAN Industri penanaman sayur-sayuran dan tanaman hiasan menyediakan peluang pekerjaan pada banyak peringkat pengeluaran hasil pertanian, dari penanaman, pembajakan ke pemprosesan, pengangkutan dan perkilangan. Sumber tenaga manusia merupakan sumber yang penting dalam sektor ini kerana mewujudkan lebih daripada 50% peluang pekerjaan kepada. penduduk tempatan. Kawasan ladang penanaman yang begitu luas itu pastinya memerlukan sumber manusia yang banyak untuk menguruskannya dengan efektif. Kewujudan peluang kerja yang luas turut menjamin masa depan pekerja terjamin kerana bukan sahaja gaji yang tinggi diberikan tetapi rakyat berpeluang untuk bertukar-tukar kerja dengan mudah. Ringkasnya, pertanian akan memastikan rakyat negara ini tidak menganggur pula. Kepentingan dari segi mewujudkan peluang pekerjaan dibuktikan dalam khabar YADIM ( Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) yang menyatakan

bahawa sektor pertanian dan penanaman sayur-sayuran menjelang 2020 mensasarkan untuk mewujudkan sebanyak 74,600 peluang pekerjaan baru, dengan sebahagian besar peluang itu diwujudkan di kawasan luar bandar manakala pendapatan para petani meningkat sebanyak dua hingga empat kali ganda.

2.3 PENDAPATAN Industri ini penting kerana mampu menjana pendapatan yang besar kepada negara kita dan kepada petani. Seperti yang kita sedia maklum, iklim dan tanih yang sesuai mampu memberikan pulangan yang lumayan. Hasil tani yang dituai oleh petani kecil-kecilan dapatlah dijual kepada pemborong dengan harga yang berpatutan untuk dijadikan penyambung rezeki.

2.4 PEMAKANAN DAN NILAI ESTETIKA Penanaman sayur-sayuran penting kerana membekalkan sumber

makanan kepada manusia. Contohnya, kubis, sayur sawi, kailan, kekacang, ubi kentang, jagung, daun saderi, asparagus, kucai, tomato, terung, petola dan sebagainya. Semua sayur-sayuran ini merupakan sumber makanan yang membekalkan serat, nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh manusia. Penanaman sayur-sayuran juga menambahkan nilai estetika alam sekeliling dengan daun-daunnya yang hijau berseri. Tanaman hiasan seperti bunga ros, bunga kertas, pokok angsana, pokok kenangan dan pokok cempaka yang menghiasi persekitaran dapat memberikan suasana ketenangan dan keselesaan kepada penghuni.

3. JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN DAN SAYURAN JENIS TANAMAN HIASAN Tanaman Hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

(a) Pokok Naungan Pokok Beringin (Ficus benjamina) Pokok Tembusu (Fragrea fragrans) ditanam untuk mendapat teduhan sesuatu tempat tumbuh merendang melebihi ketinggian 5 meter mempunyai kanopi yang padat mempunyai ciri-ciri seperti batang utama yang lurus dan tegak serta tidak mempunyai akar yang boleh merosakkan jalan / struktur sekeliling

(b) Pokok Yang Memanjat/Menjalar Pokok Bunga Kembang Pagi (Gloriosa superba) Bunga Ros Jepun (Portulaca grandiflora)

TUMBUHAN MEMANJAT mempunyai organ khas seperti sulur paut untuk memanjat dan menjalar boleh memanjat dinding dan pagar TUMBUHAN MENJALAR tidak mempunyai organ khas untuk memanjat tumbuh melata dan sesuai sebagai tanaman hiasan penutup bumi.

(c) Pokok Lendair Lidah Buaya (Aloe Vera) tidak mempunyai tisu-tisu kayu dibahagian-bahagian penyokongnya seperti batang / ranting lebih sensitif dan manja kepada alam sekitar

tidak tahan kepada pancaran matahari terik - lebih sesuai ditanam di dalam bangunan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan biasanya ditanam di dalam bekas / pasu

(d) Pokok Renek Puding (Codiaeum variegatum) Bunga raya (Hibiscus rosa sinensis) mempunyai banyak batang dan cabang batangnya muncul dari pangkal pokok ketinggian kurang dari 5 meter

(e) Pokok Palma Pokok Pinang Raja (Crytostachys lakka) Pinang Kuning (Chrysalidocarpus lutescens) Pokok Rafis (Rhapis excelsa) mempunyai satu batang dan diakhiri oleh sejambak daun terdapat juga yang tumbuh secara berumpun - sesuai untuk tanaman hiasan di dalam pasu dan di atas tanah secara kumpulan

(f) Penutup Bumi - Rumput Tikar (Axonopus compressus) - Rumput Mondo (Ophiopogon sp.) - Rumput st. Augustine "variegated" ditanam untuk mengawal rumpai tumbuhan rendah yang tumbuh menjalar di atas permukaan

(g) Pokok Kaktus Espostoa lanata Cereus peruvianus sesuai untuk hidup di gurun pasir yang bersuhu tinggi dan kekurangan air sejenis tumbuh-tumbuhan dari famili Cacteceae

(h) Pokok Bunga Semusim Keembong (Imaptients spp.) Balun Ayam (Celosia spp.) Marigold (Tagetes erecta) *tumbuh dengan cepat *mengeluarkan bunga *tempoh jangka hayat yang pendek *berbunga sekali sahaja sepanjang hayat dan akan mati selepas berbunga *mudah ditanam *dibiakkan melalui biji benih

JENIS TANAMAN SAYUR-SAYURAN

Sayuran Berdaun

Asparagus Bayam Cekur manis Kangkung Kubis Kubis bunga

Sayuran Kekacang

Kacang Botor Kacang Buncis Kacang Pea Kacang Panjang Kacang Tanah

Sayuran Berbuah

Labu air Labu manis Peria Terung Timun Tomato

Sayuran Akar/Umbisi

Lobak Putih Lobak Merah Ubi Keledek Ubi Keladi Halia Ubi Sengkuang

You might also like