You are on page 1of 14

Soalan 1 (Rabiah Wong) Harga bagi 6 biji epal dan 10 biji oren ialah RM 13.

Jika harga bagi setiap 2 biji epal ialah RM 1.50, berapakah harga bagi 3 biji oren itu? Cara Penyelesaian STRATEGI PERTAMA a. Memahami Masalah

Mencari berapakah harga bagi 3 biji oren jika jumlah harga epal dan oren ialah RM 13

b.

Merancang Strategi Menggunakan strategi melukis gambar rajah

c.

Melaksanakan Strategi

RM 13

Epal

Oren

= RM1.50

Jumlah = 3 X RM 1.50 = RM 4.50 Atau harga sebiji = RM 1.50 2 = RM 0.75

Jumlah harga 10 oren = RM 13 RM 4.50 = RM 8.50 Harga sebiji oren = RM 8.50 10 = RM 0.85 Harga 3 biji oren = 3 X RM 0.85 = RM 2.55

d.

Menyemak semula

Jumlah harga 6 biji epal dan 10 biji oren = (6 X RM 0.75) + (10 X RM 0.85) = RM 4.50 + RM 8.50

= RM 13

STRATEGI KEDUA a. Memahami Masalah

Mencari berapakah harga bagi 3 biji oren jika jumlah harga epal dan oren ialah RM 13

b. c.

Merancang Strategi Menggunakan strategi membina jadual

Melaksanakan Strategi

Epal Harga 2 biji epal

Harga sebiji epal

RM 1.50 RM 1.50 2 = RM 0.75

RM 1.50 RM 1.50 2 = RM 0.75

RM 1.50 RM 1.50 2 = RM 0.75

Jumlah harga 6 biji oren = 6 X RM 0.75 = RM 4.50 Jumlah harga 10 oren = RM 13 RM 4.50 = RM 8.50 Harga sebiji oren = RM 8.50 10 = RM 0.85 Harga 3 biji oren = 3 X RM 0.85 = RM 2.55

d.

Menyemak semula

Jumlah harga 6 biji epal dan 10 biji oren = (6 X RM 0.75) + (10 X RM 0.85)

= RM 4.50 + RM 8.50 = RM 13

Soalan 2 (Mohd Hafiz b. Mohd Hanapiah) Cikgu Kassim ada 100 batang pensel. Dia memberi 40 batang pensel kepada Muthu. Baki pensel itu dibahagikan secara sama banyak kepada Siti, Kim Seng, dan Shanti. Tentukan bilangan pensel yang diterima oleh Siti, Kim Seng dan Shanti.

STRATEGI PERTAMA 1) i. ii. Memahami masalah Cikgu Kassim ada 100 pensel 40 batang pensel diberi kepada Muthu

iii. Baki pensel dibahagikan sama banyak antara Siti, Kim Seng dan Shanti iv. Berapakah bilangan pensel yang diterima oleh Siti, Kim Seng dan Shanti?

2) i. ii.

Merancang strategi Tolakan 40 batang pensel daripada 100 batang pensel. Bahagikan baki pensel yang tinggal kepada 3 pecahan sama rata.

iii. Setiap pecahan sama rata tersebut merupakan bilangan pensel yang diterima oleh Siti, Kim Seng dan Shanti.

3)

Melaksanakan strategi (kaedah jadual)

Nama Bilangan pensel Cikgu Kassim //////////

Muthu / / / / X X X X X X Siti //XXXXXXXX //XXXXXXXX

Kim Seng

Shanti / / X X X X X X X X / mewakili 10 batang pensel

Pengiraan 100 40 = 60 60 3 = 20

Semak semula 20 3 = 60 60 + 40 (Muthu) = 100 (bilangan asal)

STRATEGI KEDUA

1) v. vi.

Memahami masalah Cikgu Kassim ada 100 pensel 40 batang pensel diberi kepada Muthu

vii. Baki pensel dibahagikan sama banyak antara Siti, Kim Seng dan Shanti viii. Berapakah bilangan pensel yang diterima oleh Siti, Kim Seng dan Shanti?

2) iv. v.

Merancang strategi Tolakan 40 batang pensel daripada 100 batang pensel. Bahagikan baki pensel yang tinggal kepada 3 pecahan sama rata.

vi. Setiap pecahan sama rata tersebut merupakan bilangan pensel yang diterima oleh Siti, Kim Seng dan Shanti.

3)

Melaksanakan strategi

100 Baki Muthu

100 40 = 60 Siti Kim Seng Shanti

40

60 3 = 20

4)

Semak semula

20 3 = 60 60 + 40 (Muthu) = 100 (bilangan asal)

Soalan 3 (Sathyan A/L Ilangovan) Seorang pekedai mempunyai segulung tali yang panjangnya 42 m.Dia memotong tali itu kepada 12 bahagian yang sama panjangnya.Panjang setiap potongan tali ialah 3.3 m.Berapakah panjang dalam cm, baki tali yang tinggal? Memahami soalan

Soalan hendak panjang baki tali yang tinggal selepas dipotong.Saya telah menyediakan gambar rajah bagi memudahkan saya mentafsir masalah tersebut dengan meletakkan kesemua panjang tali yang dipotong dalam rajah ini. 3.3 3.3 3.3 3.3 3.3 3.3 3.3 3.3 3.3 3.3 3.3 3.3

Merancang strategi Baki = Panjang keseluruhan tali Jumlah panjang tali yang dipotong Ini merupakan strategi yang saya dapat hasilkan untuk menyelesaikan masalah rutin tersebut.

Melaksanakan strategi =42 m (3.3m 12) =42m 39.6m =2.4m Cm =24cm

6.0 Rumusan Masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Masalah-masalah bukan rutin pula memerlukan prosesproses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalahmasalah rutin. Beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985). Model Polya digunakan di sekolah dalam kurikulum matematik bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR). Tidak dinafikan bahawa teknik menghafal prosedur dan operasi dapat menghasilkan penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin. Dalam penyelesaian masalah matematik, murid tidak harus dikongkong oleh satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja. Teknik lain yang sesuai perlu digalakkan, lebih-lebih lagi yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif murid, pengalaman dan persekitaran pembelajaran yang dilalui oleh murid.

Refleksi (Rabiah Wong) Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Pertama sekali, saya Rabiah Wong berasa bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya dapat saya menyiapkan kerja kursus pendek Matematik Asas ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Matematik Asas saya iaitu Encik Mohd Khiril Anuar bin Zulkarnain. Beliau telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini. Tugasan ini memerlukan pengetahuan mengenai Model Polya iaitu model penyelesaian masalah yang digunakan bagi menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin. Model Polya mempunyai empat langkah iaitu memahami masalah, merancang strategi, pelaksanaan strategi penyelesaian, menyemak semula. menggunakan 4 langkah ini,masalah dapat diselesaikan. Sepanjang tugasan matematik, kami telah mengumpulkan banyak maklumatmengenai penyelesaian masalah dengan menggunakan model Polya. Sebahagian besar masa kami pergi ke perpustakaan dalam IPG Kampus Ipoh untuk mendapatkan semua maklumat yang kita perlukan. Kami juga menggunakan World Wide Web untuk mencari maklumat tambahan dan tidak lupa pensyarah matematik kami yang memberikan sumbangansebahagian besar idea bagi kita yang akan digunakan untuk menyelesaikan setiap masalah. Saya berharap banyak lagi ilmu Matematik yang akan saya kumpulkan sepanjang berada di IPG Kampus Ipoh ini. Sekian, terima kasih.

Refleksi (Mohd Hafiz bin Mohd Hanapiah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya telah ditugaskan membuat kerja kursus pendek Matematik. Sebelum memulakan kerja kursus

pendek ini, saya dan rakan-rakan telah mendapat taklimat daripada pensyarah. Menjadi masalah kepada saya kerana saya lemah dalam matematik. Kami ditugaskan untuk mencari soalan matematik yang diaplikasi menggunakan strategi Polya. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan. Setiap seorang perlu menbentuk satu soalan dan dua cara melaksanakan starategi menggunakan konsep polya. Pada permulaannya saya mendapat kesulitan untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini kerana kurang bahan rujukan. Saya juga sukar untuk membahagikan masa saya dalam membuat kerja kursus ini kerana kerja kursus terlalu banyak. Saya terpaksa memohon pertolongan daripada rakan yang lebih arif dalam matematik untuk menyiapkan tugasan pendek ini. Saya juga mengalami kesulitan kerana tempoh yang diberikan tidak berapa cukup untuk menyiapkan tugasan pendek ini kerana pada masa yang sama tugasan yang lain juga perlu dihantar pada tarikh yang sama. Saya terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan ini kerana takut tugasan ini tidak dapat disiapkan dan dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan pendek ini atas bimbingan dan sokongan daripada rakan sekelas serta pensyarah matematik. Saya telah berusaha sebaik mungkin dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih.

Refleksi (Sathyan A/L Ilangovan)

Dalam penghasilan tugasan projek Matematik Asas ini, pelbagai ilmu dan pengalaman dapat saya timba bermula daripada permulaan proses mencari maklumat hinggalah kepada proses akhir menyemak setiap helaian sebelum tugasan ini dihantar . Sebarang maklumat berkenaan tajuk tugasan dapat diperolehi daripada pelbagai sumber sama ada daripada perpustakaan dan juga internet. Dalam proses memilih rutin, saya menjadikan perpustakaan sebagai tempat rujukan kerana lambakan koleksi buku latihan dan contoh rutin mudah didapati di sana.

Tugasan projek ini telah menyedarkan saya tentang peripentingnya unsur kemahiran menyelesaikan masalah dalam Matematik. Ilmu dalam bidang ini memberi kefahaman kepada saya bagaimana untuk menentukan penyelesaian untuk sesuatu masalah rutin dengan lebih teratur. Saya juga telah didedahkan dengan ilmu yang lebih mendalam tentang kemahiran menganalisis masalah. Kekangan masa dan kekurangan kemudahan infrastuktur menjadi halangan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Namun, saya cuba mengatasinya dengan sabar, tenang dan mencari jalan keluar kepada setiap permasalahan. Segala ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi dalam meyiapkan tugasan ini, akan saya amalkan dalam kehidupan khususnya, yang melibatkan penyelesaian masalah. Hal ini, secara tidak langsung meningkatkan tahap sensitiviti saya dalam menggunakan kaedah Matematik denagan betul. Diharapkan tugasan ini, memberi manfaat kepada saya untuk melangkah maju dalam bidang Matematik.

Bibliografi http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/02/apa-bezanya-masalahrutin-dan-masalah.html http://www.scribd.com/doc/52157135/1 http://www.oocities.org/gardner02_6/p.ilmiah.htm http://azifauzi.blogspot.com/2010/04/penyelesaian-masalah-dalammatematik.html

You might also like