You are on page 1of 11

BAB 2 SKE2033 JENIS-JENIS MOTOR

ELEKTRIK 3 FASA
Pages:

 1 - 49
Melalui bab ini pelajar akan dapat mengenal dan membezakan jenis-jenis motor elektrik tiga fasa
termauk ciri-ciri setiap motor.
Keywords: #motorelektriktigafasa
MOTOR ELEKTRIK 3 FASA

TOPIK 2:

JENIS-JENIS MOTOR ELEKTRIK TIGA


FASA

PENTAKSIRAN

Pentaksiran Berterusan bagi Topik 2


Jenis – Jenis Motor Elektrik Tiga Fasa
 Tugasan
 Latihan Amali 1

2.1 Jenis-jenis Motor Elektrik


Tiga Fasa

 Motor Sangkar Tupai


 Motor Pemutar Berlilit
 Motor Segerak

2.2 Bahagian Utama Motor Elektrik Tiga


Fasa

2.2.1 Motor Sangkar Tupai


Motor ini mempunyai:
✓Stator (pemegun) berbelit dengan 3 belitan iaitu
satu belitan setiap fasa
✓ Rotor (pemutar) sangkar tupai.

✓Mempunyai kelajuan yang tunggal dan


kelajuan seakan-akan sama dengan ciri-ciri
kelajuan motor medan magnet.

✓Tork permulaan amat rendah dan power faktor


permulaan amat rendah.
✓Faktor kuasa ini akan bertambah sehingga
beban penuh/full load dan nilainya mencapai

Motor Sangkar Tupai

Pemegun

➢Bahagian yg pegun dalam motor


➢ Diperbuat drpd lapisan keluli
➢ Mempunyai lurah-lurah alur (lubang alur)
➢Stator disokong oleh rangka
➢Terdapat 3 belitan satu fasa di stator.
➢Di kotak pengkalan motor terdapat 6
terminal bagi maksud untuk sambungan
kebekalan.
➢ Tugas utama stator ialah sebagai teras
untuk menghasilkan medan magnet
berputar disamping sebagai pelengkap litar

Motor Sangkar Tupai

Pemegun

Motor Sangkar Tupai

❑Pemutar

-Rotor atau sekunder ialah bahagian berputar.


- Ia berbentuk selinder
- dibina daripada lapisan-lapisan keluli yg

bertebat.
- Teras rotor sangkar tupai adalah kukuh dan

tahan lasak,
- binaan teras adalah berlamina.
- Bar-bar sangkar tupai terletak dalam teras
- Tugas rotor ialah untuk memutar aci motor.

Gambar Pemutar

Motor Sangkar Tupai

Prinsip Kendalian
1. Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan pada belitan

pemegun, medan magnet akan terbentuk pada


setiap belitan dan membentuk satu medan magnet
yang sentiasa berputar pada pemegun.
2. Maka dengan sendirinya pemutar medan magnet
terbentuk pada pemegun itu.
3. Penghasilan medan magnet ini adalah disebabkan
turun naiknya arus di pemegun mengikut
gelombang frekuensi bekalan.
4. Seperti mana kita tahu belitan medan/belitan
pemegun pada motor aruhan 3 fasa terdiri daripada
3 belitan bagi setiap fasa yang mana terpisah
sebanyak 120°.
5. Laju putaran magnet yang terbentuk bergantung
pada frekuensi bekalan dan bilangan kutub.

Motor Sangkar Tupai

Kebaikan Motor 3 Fasa Sangkar Tupai

❖ Motor ini ringkas, tahan lasak dan tidak mudah


untuk dimusnahkan

❖ Terutamanya pada rotor sangkar tupai.


❖ Perbelanjaannya murah dan penjagaannya

mudah.
❖ Ia boleh digerakkan tanpa memerlukan belitan

tambahan.
❖ Ia tidak ada belitan dirotor, jadi ianya ringkas.
❖ Saiznya lebih kecil pada kuasa yg sama

dengan motor rotor berlilit jika dua sangkar


tupai digunakan.
❖ Pengaturan kelajuannya yg baik mengikut
perubahan beban.

Motor Sangkar Tupai

Keburukan Motor 3 Fasa Sangkar Tupai

❑ Kelajuan motor ini tidak boleh diubah dan


pengubahan kelajuan hanya dibuat
dengan mengubah kecekapannya.

❑ Sebagaimana motor BMP, kelajuan motor


ini akan berkurang dengan penambahan
beban.

2.2.2 Motor Pemutar Berlilit

❖Motor ini juga dikenali sebagai motor gelang


gelincir atau Slip ring motor dan wound Rotor
Induction Motor.

❖Binaannya adalah sama dengan motor aruhan


3 fasa jenis sangkar tupai cuma bahagian
rotornya/pemutar disambungkan kepada 3
perintang luar menerusi gelang gelincir.

❖Daripada gelang gelincir/slip ring ini ia akan


disambungkan ke litar luar dengan
menggunakan 3 berus karbon sebagai
perantaraan.

Motor Pemutar Berlilit


Ciri-ciri Motor Rotor Berlilit
❑Kelajuan motor ini boleh dikawal kelajuannya
dengan menggunakan perintang boleh laras yang
disambung pada bahagian pemutar.

❑Kelajuan pemutar tinggi – Nilai rintangan rendah.

❑Kelajuan pemutar tinggi – Nilai rintangan tinggi.

❑Kawalan kelajuan dengan menggunakan


perintang boleh laras tidak berapa baik kerana
banyak kehilangan kuasa berlaku pada perintang
tersebut.

Motor Pemutar Berlilit

➢Kelajuan kawalannya hanya 50% daripada


kelajuan segerak motor.

➢Kilas/tork motor ini adalah agak baik.


➢Penyelenggaraan motor ini adalah agak
mahal.

➢Bagi menyongsangkan arah putaran motor,


ia hanya dilakukan dengan menukarkan
urutan fasa bekalan motor

Motor Pemutar Berlilit

Motor Pemutar Berlilit

Motor Pemutar Berlilit

Motor Pemutar Berlilit

Prinsip Kendalian
 Sepertimana yang berlaku pada motor aruhan 3

fasa sangkar tupai,apabila pemegun/stator


mendapat bekalan 3 fasa ia akan menghasilkan
medan magnet berputar di pemegun dengan
kelajuan Ns.

 Dengan berlakunya proses aruhan saling diantara


stator dan rotor, maka arus teraruh akan teraruh di
rotor berbelit dan menyebabkan rotor mula
berputar dengan kelajuan Nr.

 Sekiranya pada masa itu, perintang yang


disambungkan pada rotor pada tahap maksima ,
maka kadar putaran rotor adalah pada tahap
paling minima tetapi kilas motor adalah tinggi.

Motor Pemutar Berlilit


RY B Perintang Boleh
laras

Belitan Pemegun

Belitan Pemutar

2.2.3 Motor Segerak

•Motor segerak sebenarnya adalah pengulang-alik tetapi ia


dijalankan sebagai sebuah motor.
•Nama motor ini diperolehi daripada kelajuan segerak yang
dimiliki motor ini iaitu Ns = Nr.
•Oleh itu motor ini tidak mempunyai gelinciran.
•Kelajuan motor ini berubah mengikut frekuensi dan
bilangan kutub atau diringkaskan dalam formula berikut:

Motor ini mempunyai kelajuan yang malar dan ia tidak


boleh bergerak dengan sendiri kerana ia memerlukan
penggerak sama ada daripada luar atau dalam motor

Motor Segerak

Motor Segerak

Pemegun

➢Pemegun motor segerak boleh dibahagikan


kepada 2 jenis mengikut fungsi iaitu sebagai
teras magnet dan litar medan magnet serta
sebagai tempat belitan pemegun.

➢Teras pemegun diperbuat daripada besi nipis


yang berlapis-lapis serta bertebat bagi
mengurangkan arus pusar yang berlaku.

➢Pemegun juga mempunyai lubang-lubang


untuk pengalih udaraan yang berada pada
kedudukan melintang lubang alur tersebut.

➢Ia bertujuan untuk menyejukkan teras akibat


kehilangan besi / P iron core.

Motor Segerak

Motor Segerak

Pemutar

➢Bagi motor segerak yang kecil, pemutarnya


diperbuat daripada magnet kekal dan motor ini
lazimnya memerlukan tambahan penghidup dari
luar.
➢Ia akan berputar apabila bekalan diberikan.
➢Lazimnya pemutar motor segerak ini terdiri
daripada 3 bentuk kutub iaitu kutub tertonjol, kutub
turbin dan jenis aruhan segerak.
➢Pada bahagian pemutar ini ditempatkan 2
gelang gelincir dan berus karbon sebagai
perantaraan ke bekalan a.t bertujuan untuk
mendapatkan arus ujaan di pemutar.
➢Bagi pemutar yang mempunyai sangkar tupai, ia
biasanya dipasangkan berhampiran dengan
permukaan pemutar dan ia diperbuat daripada

Motor Segerak

Prinsip Kendalian
1. Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan pada pemegun

motor, medan magnet berputar akan terhasil pada


pemegun tersebut dengan kelajuan Ns putaran per-
minit

2. Putaran medan magnet ini tidak berguna bagi


menghasilkan arus aruhan di pemutar kerana pemutar
akan digerakkan oleh satu penggerak daripada luar
yang berputar mengikut arah putaran medan magnet.

3. Kelajuan putaran pemutar (Nr) itu mestilah sama


dengan kelajuan medan magnet / kelajuan segerak
(Ns).

Motor Segerak

Prinsip Kendalian
4. Setelah kelajuan pemutar dan segerak hampir

sama, bekalan a.t akan diberikan ke pemutar


melalui gelang gelincir.
5. Fluks magnet yang terhasil di pemutar akan
bertindakbalas dengan medan magnet
berputar.
6. Seterusnya akan berputar selaju putaran
segerak ( kelajuan medan magnet berputar )
iaitu Ns = Nr.

Motor Segerak

Prinsip Kendalian
7. Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan, motor

masih berputar kerana ini disebabkan oleh tindakan


saling kunci di antara medan magnet berputar dengan
medan magnet di pemutar.
8. Daya yang menguncikan pemutar dengan pemegun
diistilahkan sebagai daya kilas tarik ke dalam (perapat )
9. Bagi motor segerak, pemutarnya mempunyai batang
pengalir sangkar tupai dan motor segerak ini dijalankan
mengikut kendalian motor aruhan sangkar tupai
sebelum bekalan a.t dibekalkan pada pemutar apabila
pemutar hampir menyamai kelajuan segerak.
10. Tetapi cara ini terbatas pada motor yang berukuran
sederhana sahaja.

2.3 Jenis-jenis sambungan


motor

 2.3.1 Sambungan Bintang (Star Connection)


 2.3.2 Sambungan delta (Delta Connection

2.3.1 Sambungan Bintang


(Star Connection)

BY

Sambungan Bintang (Star)

U1 V1 W1

U2 V2 W2

Sambungan bintang di motor

2.3.2 Sambungan delta


(Delta Connection

BY

Sambungan Delta

U1 V1 W1 AB C

U2 V2 W2 C' A' B'

Sambungan Delta

2.4 DATA YANG TERDAPAT


PADA PLAT MOTOR

1. Arus
2. Voltan
3. Frekuensi
4. Kelajuan
5. Faktor Kuasa
6. Jenis Kerangka
7. Kelas Penebatan
8. Jenis –jenis sambungan motor

DATA PADA PLAT MOTOR

1. Arus - Kadaran arus adalah jumlah arus beban


penuh ketika motor mempunyai beban. Kadaran
ini membantu dalam mengira saiz kabel yang
sesuai, saiz fius dan saiz heater dalam pemula
motor. Pemasangan kabel untuk litar motor
hendaklah lebih besar daripada kadaran arus
motor.

2. Voltan bekalan – samada bekalan AT, AU; 1 fasa


atau 3 fasa

DATA PADA PLAT MOTOR

3. Frekuensi - Frekuensi motor di AS adalah


60 Hz manakala frekuensi motor yang
digunakan di Eropah dan Asia adalah 50
Hz. Frekuensi motor hendaklah dipastikan
sepadan dengan frekuensi bekalan kuasa
motor.

4. Kelajuan yang diperlukan – iaitu sekiranya


motor itu hendak digunakan sebagai
motor kawalan kelajuan, maka faktor ini
perlu diambil kira.

DATA PADA PLAT MOTOR

Faktor kuasa - Menentukan sejauh


mana motor boleh selamat sekiranya
beban lampau (overload). Contohnya,
motor dengan SF = 1.15 boleh
dilampau beban sebanyak 15%.

KERANGKA MOTOR

•Kerangka motor adalah jenis-jenis penutupan yang


digunakan untuk melindungi motor dari keadaan-keadaan
persekitaran tertentu

•Kerangka motor biasanya dikelaskan kepada dua jenis


iaitu:
a. jenis terbuka
– apabila udara diambil daripada atmosfera sekeliling dan
diedarkan dalam motor.

b. jenis tertutup sepenuhnya


– apabila tidak ada pertukaran udara antara dalam motor
dan atmosfera sekeliling.

KERANGKA MOTOR

• Kerangka motor dinamakan mengikut keadaan


persekitarannya. Antaranya ialah:

i. tutupan kalis air


ii. tutupan kalis titisan
iii. tutupan kalis percikan
iv. tutupan tahan letupan
v. tutupan tahan haba
• Bahagian yang membentuk kerangka motor adalah:
i. Perisai hujung
ii. Kuk (badan motor)

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

Kerangka Tutupan terbuka tanpa perlindungan mekanik

Tutupan perlindungan jenis jaring

Tutupan terbuka jenis kalis titisan Tutupan tertutup sepenuhnya jenis kalis air

Tutupan tertutup sepenuhnya jenis kalis nyala Tutupan tertutup sepenuhnya kalis kotoran, kelembapan
dan
pengaratan

Kelas Penebatan

➢ Kelas Penebatan – Penebatan lilitan motor adalah


penting kerana ia merupakan bahagian utama yang
akan mengalami kesan suhu yang tinggi pada
motor. terdapat 5 kelas penebatan yang biasanya
didapati iaitu:

i. Penebatan kelas A ( suhu maksima 105°C ) jarang


digunakan.

ii. Penebatan kelas E (suhu maksima 120°C


iii. Penebatan kelas B (suhu maksima 130°C )
iv. Penebatan kelas F (suhu maksima 155°C )
v. Penebatan kelas H (suhu maksima 180°C )
vi. Penebatan kelas C (suhu maksima ialah lebih

daripada180°C )
vii.Penebatan kelas Y(suhu maksima ialah sampai 90°C)

2.5 Fungsi Alat Pengujian


2.6 Jenis-Jenis Alat Pengujian serta fungsinya

2.6 Jenis-Jenis Alat Pengujian serta


fungsinya

2.61 Meter Pelbagai (multimeter)

• Menguji keterusan.
- Julat ohm.

• Mengukur arus.
- Julat ampere.

• Mengukur nilai voltan.


- Julat Volt.

Meter Pelbagai
Kaedah pengujian keterusan menggunakan buzzer meter pelbagai

2.6.2 Meter Pengujian


Penebatan (Insulation Tester)

• Juga dikenali sebagai Megger Ohm Tester


• untuk menguji penebatan di antara:

✓Fasa bekalan masukan


✓Belitan fasa
✓Belitan fasa dengan perisai

2.6.3 Takometer ( RPM Meter)

• Untuk mengukur kelajuan


motor

• Kelajuan motor diukur dalam


unit pusingan per minit
(ppm)

• Kerosakan pada mekanikal


motor akan mempengaruhi
kelajuan motor

2.6.4 Meter Pengapit


(Clamp Meter)

• Juga dikenali sebagai Tong Tester.


• untuk mengukur arus yg mengalir

dalam setiap fasa.

2.6.5 Meter Ampere

Mengukur arus

Mengesan
kehadiran arus
dalam talian

2.6.6 Meter Volt

 Mengukur voltan
 Mengesan kehadiran voltan

Kesimpulan

Terdapat 3 jenis motor yang dipelajari


-Motor Sangkar Tupai
- Motor Pemutar Berlilit
- Motor Segerak

Jenis-jenis sambungan motor


-Sambungan bintang
- Sambungan delta
Data-data pada plat motor
-Arus
-Voltan
- Frekuensi
- Kelajuan
- Faktor Kuasa
- Jenis Kerangka

You might also like