You are on page 1of 28

KOLEJ VOKASIONAL KULIM

09000 KULIM
KEDAH

KERTAS PENERANGAN

KURSUS

TEKNOLOGI ELEKTRIK

SEMESTER

1 DIPLOMA

KOD MODUL & TAJUK

ETE 502 ALTERNATING CURRENT MACHINES

K1 - PERFORM PRINCIPLES OPERATING OF


BIL KOMPETENSI

ALTERNATING CURRENT MOTOR


K2 PERFORM PRINCIPLES OPERATING OF
ALTERNATING CURRENT GENERATOR

NAMA PELAJAR /
KELAS

No. & TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

LE 1 SINGLE PHASE AC MOTOR

No. & TAJUK


TUGASAN

TASK 6A.01 PERFORM SINGLE PHASE AC MOTOR.

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

TAJUK :

Muka : 1 drp. : 27

PENGENALAN KEPADA PRINSIP , BINAAN , OPERASI DAN


PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS MOTOR A.U. FASA TUNGGAL

TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah untuk menerangkan kepada pelatih pengenalan
kepada prinsip , binaan , operasi dan penggunaan pelbagai jenis motor A.U. fasa
tunggal .
PENERANGAN :
Secara umumnya , motor arus ulangalik boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu motor satu fasa atau fasa
tunggal dan motor tiga fasa .
Motor Fasa Tunggal
Motor satu fasa ialah motor yang direka khas supaya dapat dikendalikan pada bekalan satu fasa sahaja. Saiz
motor ini dibuat kecil sebab kecekapannya rendah dan perbelanjaan pengurusannya lebih tinggi jika dibandingkan
dengan motor tiga fasa pada ukuran fizikal yang sama .Lazimnya motor ini digunakan di kilang-kilang perusahaan
dan kadar kuasanya dihadkan sehingga 8 kW sahaja .
Motor satu fasa dikelaskan mengikut binaan dan prinsip bagaimana ia dijalankan. Secara umumnya motor ini
terbahagi kepada dua jenis iaitu motor komutator dan motor aruhan .

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka:

2 Drpd: 27

1. Motor Berkomutator
Motor jenis ini biasanya menghasilkan daya kilas permulaan yang tinggi pada kelajuan yang rendah.
Sebaliknya , kelajuan motor ini akan bertambah bila bebannya kurang sehingga boleh mencapai kelajuan
yang merbahaya lalu menyebabkan belitan angker terbakar. Terdapat beberapa jenis motor berkomutator
di antaranya ialah :
a) Motor Tolakan
b) Motor Pemula Aruhan Tolakan
c) Motor Belitan Medan Siri Arus Ulang Alik ( Motor Universal )
a) Motor Tolakan
Motor ini biasanya dibina pada keupayaan yang kecil tidak melebihi 4 kW . Dimana stator dibelitkan
dengan belitan satu fasa yang disambungkan terus kepada bekalan satu fasa.Manakala rotor motor
seakan-akan sama dengan angker yang berserta dengan komutator tetapi kedua-dua punca berus
karbonnya sentiasa berlitar pintas .
Apabila belitan stator motor dibekalkan dengan bekalan satu fasa , ia akan menjadi seolah-olah belitan
primer transfomer kerana ia akan menghasilkan arus aruhan di rotor secara aruhan saling .Oleh kerana
litar angker berlitar pintas pada komutator , arus aruhan di rotor yang terhasil ini amat kuat sehingga
mampu menghasilkan uratdaya di rotor.Sekiranya berus motor ini berada pada sudut tegak atau
mengufuk dengan medan stator , pusingan rotor tidak akan terhasil kerana pada sudut ini tidak akan
berlaku pemotongan pengalir.Oleh itu , tidak ada arus dan uratdaya yang terhasil di rotor untuk
bertindakbalas dengan medan di stator.Pada masa kedudukan berus mengufuk dan menegak ini
uratdaya di rotor lain , tetapi motor tidak juga berputar ( berpusing ) .Oleh kerana itu berus hendaklah
diletakkan di antara kedua-dua kedudukan itu . Dengan ini , tolakan antara uratdaya rotor dengan
uratdaya stator akan terwujud .
Motor ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan motor belitan medan siri iaitu kelajuannya akan
bertambah apabila beban motor itu dikurangkan.Untuk menyongsangkan putaran motor ini , kedudukan
berus karbon perlu ditukarkan sama ada ke depan atau ke belakang daripada kedudukan
mengufuk.Putaran motor ini akan mengikut arah kedudukan berus karbon itu diletakkan.jika
menggunakan cara lain , motor ini boleh diubah arah putarannya dengan mengetap belitan pemula dan
mengubah arah putarannya. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan belitan penyongsang kepada
belitan utama dengan menggunakan suis pengubah arah putaran.

11

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka: 3

Drpd: 27

Motor ini sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja menarik beban kerana ia memerlukan daya
kilas permulaan yang tinggi.namun begitu tugas motor ini sekarang telah di ambil alih oleh motor arus
ulang alik berkapasitor .Biasanya motor yang berukuran kecil boleh dihidupkan secara sambungan terus
ke bekalan.Untuk motor berukuran sederhana permulaannya disambung kepada talian yang digunakan
untuknya dan terdapat rintangan yang disambungkan sesiri dengan bekalan supaya arus permulaannya
dapat diturunkan .

BEKALAN
MASUK A.U.

BELITAN STATOR

ROTOR
BERUS KARBON

Rajah 1 . Litar mudah Motor Tolakan . Kedudukan berus karbon bersudut tepat dengan medan stator.

LITAR PINTAS

SUIS
PENUKAR
ARAH
SUIS
PENUKAR
ARAH

Rajah 2 . Kawalan arah pusingan Motor Tolakan .

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka: 4

Drpd: 27

b) Motor Pemula Aruhan Tolakan


Motor pemula ruhan tolakan mempunyai binaan asas yang serupa dengan motor tolakan . Bezanya
pada rotor motor ini dipasangkan dengan bar-bar pengalir yang berlitar pintas seperti rotor sangkar tupai
di samping belitan rotor yang berlitar pintas melalui berus karbon.
Tujuan memasangkan bar-bar pengalir yang berlitar pintas ini ialah untuk mendapatkan kelajuan malar
sama ada ketika motor itu berbeban atau sebaliknya.Pemasangn bar-bar penglir tersebut juga dapat
menjimatkan penggunaan berus karbon.Selepas daya kilas permulaan yang tinggi diperolehi iaitu apabila
motor itu sudah mencapai 70% kelajuan beban penuh berus karbon itu akan diangkat dari menyentuh
komutator . Ketika motor pemula aruhan tolakan mula-mula dihidupkan , ia berfungsi sebagai motor
tolakan. Tetapi apabila kelajuan mencapai kira-kira 70% kelajuan kesegerakan motor itu , berus-berus
karbon aan diangkat daripada menyentuhi segmen-segmen komutator dengan cara mekanisme
emparan.Ini bermakna litar pintas rotor itu telah dibukakan.Motor itu akan terus berputar disebabkan
terdapatnya pengalir ( rotor ) sangkar tupi pada rotor itu dan ia akan terus berfungsi sebagai motor aruhan
sangkar tupai .

Rajah 3 . Kawalan arah pusingan Motor Tolakan menggunakan belitan penyongsang


( tap )

13

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1.

Muka:

BELITAN
STATOR

5 Drpd: 27

BELITAN
STATOR

BEKALAN
MASUK A.U.

BEKALAN A.U.
BELITAN
PINTAS

SANGKAR
TUPAI

Rajah 4 . Motor Pemula Aruhan Tolakan semasa


mula-mula dihidupkan.

berus karbon
diangkatkan
setelah motor
berpusing
selaju 70%
kelajuan
kesegerakan

Rajah 5 . Motor Pemula Aruhan Tolakan


semasa sedang berputar

Motor ini dibina dalam ukuran yang kecil dan ia boleh dihidupkan secara sambungan terus kepada
bekalan atau dengan menggunakan pemula rintangan yang dipasang sesiri dengannya.Penyongsang
arah putaran motor ini boleh dibuat dengan cara yang sama dengan motor tolakan iaitu mengubah
kedudukan berus karbon atau menggunakan belitan stator ber tap .
c) Motor Aruhan Tolakan
Binaan motor ini serupa dengan motor pemula aruhan tolakan , bezanya berus-berus karbon pada
motor itu tidak akan diangkat daripada segmen-segmen komutator walaupun kelajuan kesegerakan .
Motor ini dapat berputar lebih baik sewaktu permulaan dengan kelujuan yang tetap , sama ada ia
berbeban atau tidak . Ini disebabkan motor iu mempunyai ciri-ciri motor tolakan semasa mula-mula
berputar .Faktor kuasa dan kecekapan motor ini dianggap baik kerana kelujuannya hampir mencapai kelajuan
kesegerakan.

14

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka: 6

Drpd: 27

Motor aruhan tolakan ini adalah pembaharuan kepada motor pemula aruhan tolakan.Untuk
menghidupkan motor ini kita boleh menyambungkan terus ke bekalan atau dengan menggunakan pemula
rintangan yang dipasang bersiri dengan motor itu.Bagi menyongsangkan putaran motor ini caranya
serupa juga dengan cara yang digunakan pada motor tolakan iaitu sama ada menukarkan arah berus
karbon atau menggunakan belitan penyongsang .

SANGKAR TUPAI
ROTOR BERBELIT

BEKALAN MASUK A.U.


Rajah 6 . Binaan Motor Aruhan Tolakan

BELITAN STATOR
BEKALAN MASUK A.U.

ROTOR BERBELIT

SANGKAR TUPAI
Rajah 7 . Motor Aruhan Tolakan semasa mula-mula dihidupkan.

15

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 7

Drpd : 27

BELITAN STATOR

BEKALAN MASUK
A.U.
BERUS TIDAK AKAN
DIANGKAT
WALAUPUN
KELAJUANTELAH
MENCAPAI 70%
KELAJUAN
KESEGERAKAN

Rajah 8 . Motor Aruhan Tolakan setelah berputar


d) Motor Belitan Medan Siri Arus Ulang Alik
Motor belitan medan siri arus ulang alik ataau lebih dikenali dengn nama motor universal , sebenarnya
serupa dengan motor belitan medan siri arus terus . Jika motor ini dibekalkan dengan bekalan arus terus
songsang daripada bekalan asal motor itu arah putaran motor tersebut tidak berubah.Apabila bekalan
arus ulang alik pula yang dibekalkan , arah putaran motor itu tetap juga tidak akan terganggu .
Motor belitan medan siri arus ulang alik mempunyai ciri-ciri motor belitan medan siri arus ters kerana
kelajuannya akan bertambah apabila beban dikurangkan,Oleh kerana itu motor ini tidak boleh diputarkan
tanpa beban kerana belitan motor itu mungkin akan terbakar sebagaimana halnya dengan motor belitan
medan siri arus terus.Motor ini baisanya digunakan dalam peralatan perumahan seperti pembersih vakum
, kipas , mesin jahit , alat mudah alih , gramafon , pembancuh dan sebagainya .Bagi memperbaiki lagi
ketukartertiban motor ini , satu beltan medan dismbungkan ke litar motor itu dn belitn ini dikenali sebagai
belitan peneural.Motor-motor belitan medn siri berukuran besar lazimnya digunakan pada perusahaanperusahaan besar dan saiz biasa motor ini ialah dari 10 hingga 400 watt sahaja.

16

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 8

Drpd : 27

BELITAN MEDAN SIRI

BEKALAN MASUK A.U.

Rajah 9 . Motor Siri Arus Ulang Alik


BELITAN PENEUTRAL

BELITAN MEDAN SIRI

BEKALAN MASUK A.U.

Rajah 10 . Motor Siri dan Belitan Peneutral

BELITAN MEDAN
SIRI

BEKALAN
MASUK A.U.

Rajah 11 . Menukarkan arah putaran Motor Siri Arus Ulang Alik

17

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 9

Drpd : 27

2. Motor Aruhan
Motor aruhan terdiri daripada stator yang berbelit dengan belitan satu fasa dan rotornya mempunyai barbar sangkar tupai.Bar-bar pengalir yang terdapat pada rotor itu berlitar pintas secara pateri di kedua-dua
hujungnya dan rotor ini dikenali sebagai sangkar tupai .
Apabila belitan stator dibekalkan dengan bekalan A.U. satu fasa , ia akan menghasilkan medan yang
berulang alik tetapi medannya tidak berupaya menghasilkan magnet yang berputar.Oleh kerana itu daya
kilas tidak wujud untuk menggerakkan motor itu .Jika dipusingkan sedikit rotornya dengan tangan , motor
itu akan terus berputar akan terus berputar mengikut arah pusingan yang dibuat itu . Jadi , kesimpulannya
bagi membolehkan motor ini berputar sendiri tanpa bantuan dri luar seperti menggunakan tangan , motor
itu perlu dipasangkan dengan belitan tambahan.Dengan penambahan belitan ini akan wujud dua fasa yang
berlainan dan seterusnya menghasilkan medan magnet yang berputar di stator. Putaran medan magnet ini
akan memberikan daya kilas untuk membolehkan rotor itu berputar. Medan magnet rotor dan stator akan
bertindakbalas , menarik dan menolak dan seterusnya memusingkan motor.Cara untuk membolehkan
motor satu fasa berputar mengikut kaedah litar motor satu fasa itu dihidupkan. Tiga cara untuk
menghidupkan motor satu fasa ini ialah
a) Menggunakan Motor Aruhan Fasa Terbelah
b) Motor Aruhan Jenis Kapasitor
c) Motor Aruhan Kesegerakan Kutub Telau
a) Motor Aruhan Fasa Terbelah
Motor ini dinamakan juga motor aruhan fasa terbelah pergerkan aruhan.Ia diputarkan dengan bantuan
belitan tambahan atau lebih dikenali dengan nama belitan pemula.Belitan ini disambungkan secara
selari dengan belitan utama.Belitan ini biasanya mempunyai bilangan yang hampir-hampir sama
dengan belitan utama tetapi diameter pengalirnya lebih kecil.Kadang-kala litar belitan ini ditambahkan
dengan cok atau rintangan untuk menambahkan rintangan litar, jadi jumlah rintangan litar pemula itu
akan bertambah.Oleh kerana itu arus yang mengalir di dalamnya
( IP ) bolehlah dikatakan hampirhampir sefasa dengan voltan bekalan manakala arus dibelitan utama ( Iu ) jauh terpisah daripada voltan
fasa . Pada amnya perbezaan fasa kedua-dua arus ini kira-kir 30% pemecahan fasa. Dari sini nama
motor ini wujud kerana fasa arus telah terbelah dua ( Iu dan IP ) .

18

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka :

10

Drpd : 27

Belitan tambahan ini hanya digunakan untuk kegunaan sementara waktu sahaja kerana ia akan
terbakar jika dibiarkan terus menerus dalam litar. Sebab itu belitan ini akan diputuskan daripada litarny
dengan suis mekanisme emparan. Apabila kelajuan motor itu mencapai kira-kira 75% - 80% kelajuan
kesegerakannya , ia aan terus berputar hanya dengan belitan utama .
Motor aruhan fasa terbelah ini mempunyai ciri-ciri motor belitan medan pirau kerana ia berputar pada
kelajuan yang agak tetap pada semua tahap beban. Oleh kerana itu motor ini amat sesuai untuk
melakukan kerja-kerja yang memerluan kelajuan yang tetap. Contohnya : Alat-alat memesin seperti
gergaji bulat , penyembur udara , mesin pengilat logam , pencanai dan sebagainya. Bagaimana pun
kawalan kelajuan motor ini tidak dapat dibuat.
Untuk menyongsangkan arah putaran motor aruhan fasa terbelag ini salah satu sambungan belitan
medan utama atau belitan tambahan itu hendaklah disongsangkan ( tidak kedua-duanya sekali ) . Motor
ini boleh dihidupkan dengan cara memberikan bekalan terus kepadanya. Bagi menghidupkan motor yang
berukuran besar , pemula rintangan berubah yang disambungkan sesiri dengan belitan utama digunakan
dan apabila motor ini mencapai kelajuan beban penuhnya rintangaan itu akan diputuskan daripada
sambungannya .

BELITAN UTAMA

BELITAN
TAMBAHAN

SANGKAR TUPAI

Rajah 12 . Binaan Motor Aruhan Fasa Terbelah

19

Muka : 11

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1


BELITAN
TAMBAHAN

BELITAN UTAMA

IU

Drpd : 27

IP
ROTOR

BEKALAN
MASUK A.U.

SUIS EMPAR

Rajah 13 . Litar Motor Aruhan

BELITAN
TAMBAHAN

BEKALAN
MASUK A.U.

IU

IP

BELITAN
UTAMA

ROTOR

R
SUIS EMPAR

Rajah 14 . Motor Aruhan dengan rintangan

Rajah 15 . Vektor Motor Aruhan Fasa Terbelah

20

Muka : 12

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Drpd : 27

V
IP

IU

Rajah 16 . Gelombang Arus Ip dan Iu bagi Motor Aruhan Fasa Terbelah.


Motor aruhan fasa terbelah ini boleh memberikan daya kilas permulaan dari
kilas penuh motor itu .

175% - 200% daya

b) Motor Aruhan Jenis Kapasitor


Motor aruhan jenis kapasitor ini termasuk juga dalam kelas motor fasa terbelah. Bezanya
pembelahan fasa dibuat secara kapasitor. Oleh yang demikian sudut fasa menjadi semakin besar sebab
pemasangan kapasitor ini bersiri dengan belitan tambahan. Dengan pemasangan kapasitor , daya kilas
permulaan motor akan bertambah baik. Motor jenis ini bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
a) Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Aruhan
b) Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Kapasitor
c) Motor Pemula Dua Kapasitor ( satu menjadi penggerak dan satu lagi menjadi pemula )
a) Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Aruhan
Daya kilas permulaan motor ini sangat tinggi kerana sudut pisahan antara arus di belitan utama
dan belitan tambahan berada pada kira-kira 80 . Sudut pisahan ini wujud disebabkan oleh sifat
kapasitor iaitu menyebabkan arus mendahului voltan. Bila sudut pisahan ini semakin besar , pusingan
medan magnet di stator semakin kuat dan seterusnya daya kilas pada rotor akan bertambah.
Apabila motor ini diberikan bekalan , ia akan digerakkan oleh medan magnet yang dihasilkan oleh
belitan utama dan belitan tambahan berkapasitor yang dipasang sesiri dengannya. Apabila kelajuan
motor ini mencapai 70 80% kelajuan kesegerakannya (kelajuan putaran medan) , suis empar akan
terbuka oleh proses mekanisme emparan.Dengan ini juga litar tambahan akan terbuka.Jika suis adalah
sebaliknya , belitan tambahan mungkin terbakar disebabkan arus masukan yang tinggi.

21

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 13 Drpd : 27

SANGKAR TUPAI
SUIS EMPAR
BEKALAN
MASUK A..U

BELITAN
UTAMA

BELITAN
TAMBAHAN

KAPASITOR

ROTOR
Rajah 17 . Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Aruhan

Rajah 18 . Vektor Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Aruhan

BELITAN UTAMA

ROTOR

BEKALAN
MASUK A.U.

SUIS EMPAR

BELITAN
TAMBAHAN

KAPASITOR

Rajah 19 . Litar motor pemula kapasitor pergerakan aruhan yang ber tap tengah pada belitan utama ( untuk
mengurangkan voltan ke kapasitor )

22

Muka : 14

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Drpd : 27

KAPASITOR

BEKALAN MASUK
A.U.

SUIS
EMPAR

BELITAN
TAMBAHAN

BELITAN
UTAMA

Rajah 20 . Binaan dan litar motor pemula kapasitor pergerakan aruhan


Kapasitor yang dipasang bersiri dengan belitan tambahan itu adalah dari jenis yang kering ; contohnya
kapasitor kertas kerana ia mempunyai nilai kapasitor yang tinggi pada ukuran yang kecil dan harganya pula
murah. Kapasitor ini tahan untuk jangka masa yang pendek dan hanya untuk kendalian bekalan A.U. sahaja.
Sebab itu kapasitor tersebut sesuai untuk pemula motor ini .
Oleh kerana voltan yang merintangi kapasitor lebih tinggi daripada voltan bekalan , jadi kapasitor yang
dipasang itu hendaklah sesuai dengan voltan bekalan . Contohnya kapasitor 275 V dipasang dalam bekalan
200 250 V . Motor ini biasanya digunakan untuk kerja-kerja yangmemerlukan daya kilas permulaan yang
tinggi iaitu kira-kira 300% daripada daya kilas motor itu . Motor in biasa digunakn pad sistem penyejukan ,
kegunaan-kegunaan biasa dan perdagangan , motor kipas bertali sawat dan sebagainya .
b) Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Kapasitor
Pada amnya motor ini serupa dengan motor dengan motor pemula kapasitor pergerakan aruhan ,
bezanya kapasitor dalam motor ini disambung kekal ke litar belitan dan ia tidak mempunyai suis empar.
Dengan perkataan lain , kapasitor itu sentiasa berada dalam litar sama ada semasa motor itu mulamula dihidupkan atau semasa motor itu berputar.

23

Muka : 15

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Drpd : 27

Tujuan membiarkan kapasitor berada dalam litar itu ialah untuk memperbaiki keupayaan beban
lampau motor , memeperbaiki faktor kuasa yang diwujudkan oleh motor , meninggikan kecekapan motor dan
mempercepatkan putaran motor .
Motor pemula kapasitor pergerakan kapasitor ini mempunyai daya kilas permulaan yang rendah
iaitu di antara 50% hingga 100% daripada daya kilas yang tercatat pada badan motor itu . Motor ini juga biasa
disebut sebagai motor pergerkan kapasitor satu nilai dan kerap kali digunakan sebagai penyembur udara , pam
dan sebagainya. Untuk menyongsangkan arah putaran motor ini , hendaklah diubah sama ada sambungan litar
belitan utama atau belitan tambahannya . Motor ini dapat dihidupkan dengan menggunakan pemula terus pada
talian atau menggunakan pemula intangan jika saiz motor itu agak besar .
KAPASITOR

BELITAN
TAMBAHAN

BEKALAN
MASUKAN A.U.

BELITAN UTAMA

Rajah 21 . Bnaan dan litar motor pemula kapasitor pergerakan kapasitor

SUIS
PENYONGSANG

BEKALAN MASUK
A.U.

KAPASITOR
BELITAN
TAMBAHAN

ROTOR
BELITAN UTAMA

Rajah 22 . Litar penyonsang arah putaran motor pemula kapasitor pergerakan kapasitor

24

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 16

SUIS PENYONGSANG

Drpd : 27

KAPASITOR

BAKALAN MASUK A.U.

BELITAN UTAMA

BELITAN
TAMBAHAN

ROTOR

Rajah 23 . Penyongsanga arah putaran motor pemula kapasitor pergerakan kapasitor

IP
V
I
IU
Rajah 24 . Vektor motor pemula kapasitor pergerakan kapasitor

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka :

17 Drpd : 27

c) Motor Pemula Dua Kapasitor ( Pemula dan Penggerak )


Binaan motor ini serupa dengan motor pemula kapasitor pergerakan kapasitor , tetapi yang berbeza
hanya pada penggunaan kapasitor itu . Sebagaimana namanya , motor ini memang mempunyai dua
kapasitor . Satu kapasitor dipasang bersiri dengan suis empar kerana ia akan terbuka daripada litar itu
apabila motor ini berputar pada kelajuan 70% - 80% daripada kelajuan kesegerakannya . Kapasitor
yang satu lagi disambungkan secara selari dengan kapasitor yang pertama dab bersiri dengan belitan
tambahan . Kedua-dua kapasitor ini adalah jenis elektrolit dan satu disambungkan pada permulaan litar
bagi memperoleh faktor kuasa yang tinggi sewaktu motor itu dibebankan dengan beban yang tidak
tetap . Kapasitor yang dipasang untuk litar permulaan itu mempunyai nilai yang tinggi iaitu 80F 300F pada kendalian 110V , sementara kapasitor untuk litar yang melakukan pergerakan terus
menerus mempunyai nilai di antara 3F - 6F pada kendalian 330V .

BELITAN UTAMA

I
BELITAN
TAMBAHAN

BEKALAN MASUK
A.U.

IP

KAPASITOR 80
30.0 F

KAPASITOR 3 6 F
SUIS EMPAR

Rajah 25 . Motor Pemula Dua Kapasitor Pemula dan Penggerak

26

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 18

Drpd : 27

IP

IP2

KOS
IP1
V
I

IU Dua Kapasitor Pemula dan Penggerak


Rajah 26 . Vektor Motor Pemula
Untuk menyongsangkan putaran motor ini sambungkan belitan utama atau belitan tambahan perlu
diubah . Motor ini biasanya dihidupkan dengan menggunakan pemula terus pada talian atau menggunakan
pemula rintangan bagi motor yang berukuran besar . Motor ini biasanya digunakan untuk memampatkan udara ,
alat tengkarang atau lejang bagi penyembur di dalam sistem saluran pembakaran .
c) Motor Satu Fasa Kesegerakan
Motor ini mempunyai kutub tertonjol pada statornya dan terdapat dua jenis belitan di situ iaitu gelang
telau dan belitan utama . Gelang telau mempunyai rintangan rendah dan diselitkan pada setiap hujung kutub
stator itu bagi membantu menghasilkan daya kilas permulaan . Belitan utama pula dipasangkan pada setiap
pasang kutub motor tersebut .
Apabila belitan utama diberikan bekalan , aruhan akan wujud pada belitan telau yang disebabkan oleh
proses aruhan saling dan menghasilkan medan magnet yang menentang arah magnet utama . Bila bekalan
pada belitan utama ini berkurangan arus yang teraruh pada kutub telau juga ikut berkurangan sehingga tidak
ada medan yang wujud di situ . Tetapi pada waktu arus di belitan utama berkurang , arus aruhan di gelung
telau menyongsang arahnya dan berkeupayaan mengekalkan urat daya di dalam bahagian-bahagian kutub ini
. Di dapati medn magnet pada motor ini seolah-olah berpindah daripada kutub utama ke kutub telau dan
seterusnya berlaku perubahan medan . Ini memberikan satu daya kilas permulaan untuk rotor itu berpusing
dan motor akan terus berputar .
Motor ini digunakan untuk membuat kerja-kerja ringan iaitu yang memerlukan kuasa 25W ke bawah .
Motor ini digunakan pada kipas kecil , alat-alat perakam , jam dinding elektrik , meter , barang permainan
kanak-kanak dan sebagainya .

27

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 19

Drpd : 27

GELANG TELAU

BELITAN
UTAMA

BEKALAN
MASUK A.U.
Rajah 27 . Binaan Motor Telau

GELANG
TELAU
BELITAN
UTAMA

ROTOR
SANGKAR
TUPAI

BEKALAN
MASUK A.U.

KUTUB UTAMA
Rajah 28 . Litar Motor Telau

28

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka :

20 Drpd : 27

BELITAN TELAU

BELITAN
UTAMA

BEKALAN MASUK A.U.

Rajah 29 . Binaan Motor Telau yang mempunyai belitan


Secara praktis , motor jenis ini tidak disongsangkan arah putarannya kerana ia berkait dengan putaran
dan pemasangan dalaman mesin ini . Sejenis mesin khas telah direka bagi menukarkan arah putaran motor
ini kerana ia mempunyai dua motor dua rotor pada satu aci. Setiap satu motor mempunyai statornya sendiri
untuk pemusingan arah yang bertentangan .
Sungguhpun motor ini ringkas , murah dan tahan lasak tetapi ia mempunyai kekurangan iaitu :
1. Daya kilas permulaan yang rendah
2. Keupayaan untuk menampung lebihan bebannya rendah
3. Kecekapannya juga rendah iaitu kira-kira 5% - 35% daya kilas .

29

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 21

Drpd : 27

SOALAN
1. Sebutkan dua bahagian jenis motor satu fasa dan berikan keterangan ringkas kedua-dua bahagian
tersebut
2. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Tolakan
3. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Pemula Aruhan Tolakan .
4. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Belitan Medan Siri Arus
Ulang Alik .
5. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Aruhan Fasa Terbelah .
6. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Aruhan Jenis Kapasitor .
7. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Pemula Kapasitor
Pergerakan Aruhan.
8. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Pemula Kapasitor
Pergerakan Kapasitor.
9. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Pemula Dua Kapasitor
( Pemula dan Pergerak ) .

RUJUKAN :
1. PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABDUL SAMAD BIN HANIF
PENJANAAN VOLTAN DAN ARUS ULANG ALIK ; m/s: 276-285.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ,
KUALA LUMPUR . 1988 .

30

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1


TAJUK :

Muka : 22

Drpd : 27

PENGIRAAN KELAJUAN , ARUS , KUASA DAN FAKTOR MOTOR


A.U. FASA TUNGGAL.

TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah untuk menerangkan kepada pelatih mengenai
pengiraan kelajuan , arus , kuasa dan faktor motor A.U. fasa tunggal.
PENERANGAN :
Pengiraan kelajuan , arus , kuasa dan faktor motor sesebuah motor A.U. fasa
tunggal bergantung kepada beberapa kriteria berikut iaitu :1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

kehilangan kuasa
kuasa keluaran ( Po )
kuasa masukkan ( Pi )
faktor kuasa ( cos )
kelajuan segerak ( Ns )
kelajuan pemutar ( Nr )
peratus gelinciran ( S )
1. Kehilangan Kuasa
Sesebuah motor yang benar-benar unggul ( kecekapan 100% ) tidak ujud kerana pemindahan
kuasa dari gegelung medan utama dan gegelung bantuan melibatkan rintangan belitan dan fluks
magnet .Kehilangan yang disebabkan oleh pengalir belitan utama dan tambahan tetap berlaku
dalam semua alat-alat elektrik.
Kehilangan ini dikenali sebagai kehilangan kuprum atau lebih mudah dipanggil kehilangan
kuasa ( I2R ) . Kehilangan ini dalam bentuk haba dan di mana pengaliran arus dalam belitan
pengalir dihalang oleh rintangan pengalir itu . Akibatnya d.g.e. balikan yang dihasilkan akan
berkurangan jika dibandingkan dengan voltan bekalan yang akan mempengaruhi kelajuan motor .
Apabila fluks magnet bertukar padaetiap kali perubahan frenkuensi arus bekalan , ia bukan
sahaja memoong belitan pengalir starting dan running tetapi juga teras rotor motor berkenaan .
Olehkerana teras-teras rotor diperbuat daripada besi atau keluli yang berlapis-lapis , satu bentuk
arus lain akan terhasil dalam teras itu. Arus ini dipanggil arus pusar dan ini akan mempengaruhi
kecekapan motor berkenaan .
Kesimpulannya kehilangan-kehilangan yang berlaku dalam motor dapat dibahagikan kepada
dua iaitu :a) kehilangan kuprum ( I2R ) dan
b) kehilangan besi/magnet dalam bentuk arus pusar

31

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 23

Drpd : 27

2. Kuasa Keluaran
Kuasa kuda ( k.k. ) = Kuasa keluaran
746 watt
= 2 x T1 x N
33000
= 2 x T2 x N

1
60

di mana ;

T1
T2
N
hp/kk

176

= Daya kilas dalam 1b daya baki


= Daya kilas dalam Nm
= Kelajuan dalam p.s.m.
= 746 watt

3. Kuasa Masukkan
Kuasa masukkan = VL x IL x Cos ( watt )
4. Faktor Kuasa
Faktor kuasa / angkadar kuasa (Cos ) = Nisbah antara kuasa sebenar dengan
kuasa ketara
=

W
VA

5. Kelajuan Segerak ( Ns )
Ns = 120 f/P

; di mana F = frekuensi
P = Pole ( bilangan kutub )

32

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 24 Drpd : 27

6. Peratusan Gelinciran ( S )
S = Ns - Nr
Ns

100 %

, dimana ; Ns = Kelajuan Segerak


Nr = Kelajuan pemutar

7. Frekuensi Rotor ( Fr )
Fr = S x F

dimana ;

S = Peratusan ( % )
F = Frekuensi

Bagi memahami hubungkait nisbah dan faktor kuasa adalah perlu bagi
segitiga kuasa yang berikut :

Cos ( faktor kuasa ) = KW / KVAR


Sin
= KVA / KVAR
Tan
= KVA / KW

KVAR
Kecekapan bagi motor A.U. dapat dinyatakan dengan formula yang berikut :
Kecekapan ( )

= Kuasa Keluaran
Kuasa Masukkan

100 %

= Kuasa Masukkan - ( Jumlah Kehilangan ) x


Kuasa Masukkan

100 %

33

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 25

Drpd : 27

Contoh 1 :
Sebuah motor satu fasa 240 V , 4 kk , 50 Hz , 4 kutub mengambil arus sebanyak
24 Amp pada faktor kuasa 0.8 . Jika kelajuan motor pada beban penuh ialah 1410 psm .
Kirakan :
1. Peratus kegelinciran
2. Peratus kecekapan motor
Jawapan :
1. Kelajuan sikronous = 120 f
P
= 120 ( 50 )
4
= 1500
Peratus % kegelinciran , S = ( Ns-Nr ) x 100%
Ns
= 1500 1410 x 100%
1500
= 6 %
2. Peratus % kecekapan

= Kuasa keluaran x 100 %


Kuasa masukkan
= 4 kk x 746
240 x 24 x 0.8
= 65 %

Contoh 2 :
Sebuah motor satu fasa , 240V , 2.5 kk , 50 Hz , 2 kutub dan kehilangan yang
berlaku pada teras adalah 150 watt pada faktor kuasa 0.8 . Kirakan kecekapan bagi
motor berkenaan .
Jawapan :

Kecekapan ( ) = Kuasa keluaran x 100 %


Kuasa masukkan
= Kuasa Masukkan - ( Jumlah Kehilangan ) x
Kuasa Masukkan
= ( 2.5 x 746 ) 150 watt
( 2.5 x 746 )
= 92 %

100 %

34

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 26

Drpd : 27

Contoh 3 :
Sebuah motor satu fasa 240 V , 2.5 k.k. , 50 Hz pada faktor kuasa 0.85 jika kelajuan beban
penuh adalah 1500 rpm . Kecekapan motor adalah 95 % . Kirakan :
1. Arus yang mengalir sewaktu beban penuh
2. Kuasa keluaran
3. Kuasa ketara
Jawapan :
1. Kuasa masukkan = VL x IL x Cos ( watt )
2.5 x 746 = 240 x IL x 0.85
IL = 240 x 0.85
1865
= 0.1 A
3. Kuasa keluaran
Kecekapan
0.95
Kuasa keluaran

= Kuasa keluaran x 100 %


Kuasa masukkan
= kuasa keluaran
2.5 x 746
= 0.95 ( 1865 )
= 1772 watt

3. Kuasa ketara
Cos ( faktor kuasa ) = KW / KVAR
KVAR
= 2.4 ( 746 )
0.85
= 2194 Var

35

Code No. : B01-02-06-LE1-IS1

Muka : 27 Drpd : 27

SOALAN
1. Sebuah motor satu fasa 240V , 50 Hz , 4 kutub menggunakan arus talian 8A
( mengikut kadaran beban yang tercacat pada plet nama ) . Faktor kuasa motor ini
ialah 0.85 mengekor dengan kecekapan 80 % dan gelinciran 4 % . Kirakan :
a) kelajuan beban penuh motor ini
b) kuasa kuda motor ini
c) nilai KVA dan KVAR motor ini
2. Sebuah motor satu fasa 240V , 50 Hz , 2 kutub mempunyai kelajuan segerak 1440 rpm dan kuasa
keluaran adalah 940 watt . Manakala sudut fasa di antara voltan dan arus adalah 42 darjah mengekor .
Kirakan :
a) kelajuan pemutar
b) kuasa masukkan
c) arus di ambil oleh motor
d) kegelinciran
e) faktor kuasa
f) kecekapan motor dalam peratus
3. Dalam sebuah bengkel kraftangan sebuah motor satu fasa dengan frekuensi 50 Hz , 4 kutub
berpusing dengan kelajuan 1500 rpm berkuasa 1.5 k.k. , menggunakan arus talian sebanyak 3.2 Amp
dan faktor kuasa 0.95 dengan kecekapan 98 % . Kirakan :
a) kuasa keluaran
b) kelajuan segerak
c) kegelinciran
d) frekuensi rotor ( Fr )

RUJUKAN :
1. PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
BAB 15 .PERATURAN IEE BAGI MOTOR. ( m/s : 305 307 ) ,
ABDUL SAMAD BIN HANIF,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA , KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , KUALA
LUMPUR . 1988

36

You might also like