You are on page 1of 28

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 4
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-3:2012
PROGRAM’S CODE & THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME

TAHAP / LEVEL L3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-3:2012-C02
COMPETENCY UNIT NO. THREE PHASE WIRING
AND TITLE

1. IDENTIFY THREE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND


PROSEDURES
2. IDENTIFY THREE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT AND
MATERIALS
NO. DAN PERNYATAAN 3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
AKTIVITI KERJA / WORK 4. CARRY OUT THREE PHASE EARTHING SYSTEM INSTALLATION
ACTIVITIES NO. AND 5. CARRY OUT THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE THREE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

Muka Surat/Page : 1
NO KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / of : 28

TAJUK/TITLE : SISTEM PEMBUMIAN TIGA FASA


TUJUAN :
Kertas penerangan ini ialah untuk menerangkan sistem pembumian tiga fasa dan langkah
menjalankan aktiviti pemasangan.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

PENERANGAN :
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan
pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan
atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan,
bagi menjamin keselamatan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi
arus bocor ke bumi. Secara amnya, sistem pepasangan elektrik dibumikan bagi tujuan berikut :-

i. Keselamatan .
ii. Sistem Perlindungan.
iii. Menghadkan Voltan Berlebihan.
iv. Mengadakan Laluan Nyahcas.
v. Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

Bumi boleh dianggap sebagai pengalir besar yang mempunyai keupayaan sifar. Tujuan pembumian
ialah untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dan
kebakaran apabila arus bocor ke bumi mengalir ke bahagian – bahagian logam yang boleh
membawa arus.

4.1 Jenis-jenis sistem pembumian.


Jenis-jenis sistem pembumian ada kaitan dengan punca bekalan pengguna yang
dibekalkan oleh pihak berkuasa bekalan. Di antaranya yang diluluskan oleh IEE ialah
seperti berikut :
i. Sistem TT.
ii. Sistem TN – S.
iii. Sistem TN – C – S.
iv. Sistem TN – C.
v. Sistem IT.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4.1.1 Pembentukan huruf-huruf bagi menunjukkan jenis sistem pembumian yang


dijalankan.

Pembentukan HURUF PERTAMA menunjukkan susunan pembumian dipunca


bekalan pengguna (pihak berkuasa bekalan).

T – menunjukkan bahawa satu atau lebih punca bekalan dibumikan. Ini disusun oleh
pihak berkuasa bekalan.
I – menunjukkan tiada punca bekalan pengguna dibumikan.

Pembentukan HURUF KEDUA menunjukkan susunan pembumiaN dipemasangan


pengguna.

T – menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke jisim


bumi.
N – menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke pengalir
bumi iaitu punca bekalan pengguna.

Pembentukan HURUF KETIGA dan KEEMPAT menunjukkan susunan pengalir bumi


punca pembekal.

S – menunjukkan pengasingan pengalir neutral dan bumi.


C – menunjukkan pengalir neutral dan bumi dicantum dalam satu pengalir.

1. Sistem TN

Sistem ini mempunyai satu atau lebih punca bekalan kuasa yang disambung ke bumi.
Bahagian pengalir yang terdedah dalam sistem pemasangan akan disambung ke punca bumi
menerusi pengalir perlindungan yang disediakan oleh pembekal.

Terdapat tiga jenis sistem TN iaitu :


i. Sistem TN – C.
ii. Sistem TN – S.
iii. Sistem TN – C – S.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

2. Sistem TN – C.

Sistem ini fungsi pengalir neutral dan pengalir perlindungan dicantum dalam satu
pengalir bagi keseluruhan sistem punca bekalan kuasa dan sistem pemasangan
pengguna.

Rajah 1: Sistem TN – C.

3. Sistem TT

Sistem ini mempunyai satu atau lebih punca bekalan kuasa yang disambung ke bumi.
Bahagian pengalir yang terdedah dalam pemasangan akan disambung ke elektrod bumi
pemasangan dan pengalir yang terdedah dalam pemasangan akan disambung ke elektrod
bumi pemasangan dan tidak bergantung kepada elektrod bumi punca bekalan. Buat masa
ini di negara kita sistem jenis ini dijalankan dikebanyakan tempat dan kawasan oleh pihak
pembekal berkuasa (TNB).

Rajah 2: Sistem TT
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4. Sistem IT

Sistem ini tidak mempunyai sambungan terus di antara bahagian hidup (live) dan bumi.
Bahagian pengalir yang terdedah di dalam pemasangan akan dibumikan. Bagi punca
bekalan disambung ke bumi menerusi galangan bumi atau diasingkan terus dari bumi.
Sistem ini tidak sesuai digunakan untuk pembekalan umum.

Rajah 3: Sistem IT

4.2 Simbol, Fungsi Dan Prosedur Pembumian


Pemasangan Sistem Pembumian
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan
elektrik dengan jisim bumi.

4.2.1 Kebaikan sistem pemasangan disambung ke bumi.


i. Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi.
ii. Semua logam yang telah dimasukkan, satu laluan yang disediakan bagi arus bocor ke
bumi dan memutus litar.

4.2.2 Kekurangannya.
i. Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah
mahal.
ii. Bagi sistem TT di mana punca bumi tidak disediakan oleh pembekal, sekiranya
salah satu pengalir bumi sambungan putus atau tercabut maka tidak ada lagi laluan
arus bocor ke Jisim bumi, ini akan membahayakan pengguna.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

Pembumian merupakan pasangan yang perlu ada bersama dalam sistem pendawaian elektrik,
terutamanya dalam pemasangan di premis pengguna. Pembumian ini diwakili oleh kabel bumi
(earth). Kabel bumi ini dihubungkan kepada punca yang tertanam di bumi. Matlamat utama
pembumian adalah untuk memberi perlindungan keselamatan kepada pengguna daripada
sebarang bahaya renjatan elektrik dan kerosakkan arus.
Akibat kerosakkan tersebut akan memberi ruang yang membolehkan arus mengalir
kebahagian-bahagian yang berkaitan dengan sistem elektrik. Apabila ini berlaku maka segala
logam tersebut amat bahaya dan jika disentuh akan mengakibatkan kemalangan renjatan yang
boleh menyebabkan kematian atau berlakunya kepanasan pada kabel disebabkan arus
berlebihan yang memboleh kan kebakaran pada kabel.
Dalam persediaan pencegahan daripada berlakunya renjatan serta kebakaran kabel
disamping memberi perlindungan kepada pengguna, oleh itu segala bahagian logam pada
akseskori pendawaian dan sistem pendawaian perlu dibumikan. Ini bermaksud bahawa kabel
bumi hendaklah melalui tamatan di bahagian - bahagian yang dinyatakan. Kerana bumi dianggap
keupayaannya sifar (0).

4.2.3 Bahagian-bahagian pembumian.

Bahagian-bahagian logam yang dibumikan akan disambung kepada kabel pelindung


melalui punca tamatan bumi pengguna. Kabel bumi seterusnya disambung kepada elektrod bumi
yang tertanam di dalam tanah. Gambarajah dibawah menunjukkan bahagian pembumian litar
pengguna yang bermula dibahagian kotak agihan. Punca tamatan bumi dikotak agihan
pengguna disambungkan ke elektrod bumi melalui kabel pelindung berwarna hijau. Manakala
kabel-kabel pelindung yang seiring dengan penghalaan pendawaian juga ditamatkan diterminal
bumi.

Terminal bumi

Soket Alir Keluar

Pengalir
Perlindungan

Elektrod Bumi

Rajah 4 : Elektrod Bumi


Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

ELCB Kendalian Voltan

N L

F
L

N
N E
Kabel Bumi
Kotak Agihan
Pengguna
Elektrod Bumi

Rajah 5 : Tamatan Bumi Pengguna

i. Pembumian adalah penyambungan satu poin di pengubah bekalan dan bahagian logam
satu pemasangan yang terdedah untuk disentuh kepada bumi.
ii. Sambungan ini bagi menghalang pada kabel hidup daripada meningkat nilainya melebihi
satu nilai yang dimaktubkan dan untuk memotong bekalan secara automatik apabila
terdapat arus bocor mengalir disebabkan oleh penebat yang rosak.
iii. Menghalang bahaya daripada renjatan elektrik kerana mungkin logam menjadi punca
hidup dan terdedah kepada awam. Juga bahaya kebakaran oleh arus melebihi kapasiti
kabel hasil kerosakan arus seperti arus bocor.
iv. Semua bekalan elektrik awam melebihi 30 V a.u atau 50 V a.t hendaklah terdapat
pembumian bagi pematuhan peraturan sistem bekalan dan peraturan I.E.E
v. Sistem pembumian bermula pada pengubah bekalan pengguna dengan
menyambungkan poin bintang belitan sekunder tiga fasa ke bumi dan sambungan ini juga
membentuk pengalir neutral pada bekalan pengguna. Apabila kesemua bentuk logam
yang terdedah pada alat pemasangan disambung balik ke poin bumi utama,satu litar
elektrik telah terbentuk.
vi. Jika terdapat keupayaan atau voltan disebabkan oleh kerosakan arus, maka kabel bumi
harus boleh menampung aliran arus ini bagi membolehkan peranti perlindungan arus
lebihan berkendali atau memotong bekalan tenaga.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan pembumian, di antaranya adalah seperti
berikut:
i. Bumi. Jisim berpengalir bumi yang keupayaannya
dianggap sifar
ii. Elektrod Bumi. Bahan pengalir seperti paip kuprum,tembaga
atau paip logam yang ditanam dalam bumi
untuk memberi sambungan yang berkesan
dengan bumi dan ianya boleh bersentuh
dengan jisim tanah.Paip logam kegunaan
bekalan air tidak boleh digunakan sebagai
elektrod bumi tunggal
iii. Rintangan Rintangan elektrod bumi kepada jisim bumi
Elektrod Bumi.
iv. Tamatan Bumi Adalah punca tamatan yang lazimnya terdapat
Utama. dimasukan bekalan pengguna
v. Plumbum Bumi Pengalir yang menghubungkan tamatan bumi
utama dengan elektrod bumi.
Pengalir Pelindung Litar (c.p.c). Ini menyambungkan semua bahagian logam yang
terdedah seperti peralatan elektrik serta bahagian logam di pepasangan dengan kabel bumi balik
semula ke punca bumi utama.

4.2.4 Jenis Pengalir Pelindung Litar (c.p.c)

Mengikut peraturan 543-02 para 543-02-02 menyatakan pengalir pelindung mungkin terdiri daripada
satu atau lebih dalam sesuatu pemasangan menggunakan bahan sepertti yang disenaraikan.

1. Kabel teras tunggal bersalut pvk berwarna hijau.


2. Kabel teras tunggal bersalut pvk berwarna hijau kuning.
3. Kabel bersarung pvk membawa pengalir terdedah hendaklah disarung dengan
penutup hijau kuning.
4. Kondiut logam.
5. Sesalur dan salur logam.
6. Kabel berperisai dawai dan bertutup plumbum.
7. Pengalir berpenebat atau terdedah secara pemasangan tetap.
8. Pengalir berpenebat atau tidak di dalam satu bekas pemasangan bersama dengan
kabel hidup berpenebat.
9. Pelindung logam pada kabel seperti sarung,screen dan berperisian (armouring).
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

a. Kebaikan sistem pemasangan disambung kebumi

i. Keseluruhan sistem terikat dengan daya jisim umum bumi.

ii. Semua logam yang telah dimasukkan, satu laluan yang disediakan bagi arus bocor ke
bumi dan memutus litar.

b. Kekurangannya

i. Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu system pembumian yang lengkap adalah
mahal.

ii. Bagi sistem TT di mana punca bumi tidak disediakan oleh pembekal,sekiranya salah satu
sambungan pengalir bumi putus atau tercabut maka tidak ada lagi laluan arus bocor ke
jisim bumi, ini akan membahayakan pengguna.

4.2.5 PROSEDUR PEMBUMIAN


Langkah-langkah Pengujian
i. Sambungkan palam 3 pin alat penguji pada soket alir keluar dan sambungkan (ON) suis
soket tersebut.
ii. Periksa sambungan pendawaian adalah betul dengan melihat lampu penunjuk neon.
Keterangan lampu penunjuk neon adalah seperti berikut:

Pendawaian betul Kekutuban terbalik Bumi tak bersambung

malap

Neutral tak bersambung Hidup tak bersambung Hidup dan Bumi terbalik

Lampu menyala Lampu tak menyala

Rajah 6: Menunjukkan keputusan lampu penunjuk neon


Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

1. Setkan jarum penunjuk pada kedudukan infiniti (∞) dengan memusingkan nob di belakang
alat penguji.
2. Pastikan lampu penunjuk pada kedudukan L-E dan L-N menyala dimana ujian boleh
dijalankan. Tekan butang penguji dan ambilkan bacaannya.
3. Bacaan yang diambil tadi hendaklah dikira nilai galangan sebenar dengan mengunakan
formula yang telah dinyatakan diatas.
4. Sebelum menjalankan ujian, jika jarum penunjuk berada pada kedudukan angka “O”
kurang tepat, ianya boleh dilaraskan dengan memusingkan pelaras “O” dibelakang alat
penguji tersebut. Kedudukan jarum penunjuk pada angka “O” yang kurang tepat akan
memberikan nilai bacaan yang kurang tepat dan pengiraan nilai galangan juga menjadi
tidak tepat

Kadaran Arus (ampere) Voltan litar (bekalan)

Pemutus Litar Fius 200V 220V 240V

30 15 4.4 4.9 5.3

60 30 2.2 2.5 2.6

120 60 1.1 1.2 1.3

Jadual 1 : Jadual nilai gelung fasa-bumi maksima yang dibenarkan

4.2.6 Ujian Rintangan Elektrod Bumi.

Ujian rintangan elektrod bumi dijalankan bagi mengukur galangan elektrod yang ditanam
mempunyai nilai rintangan yang rendah dan mengetahui keberkesanan pembumian sesuatu
pemasangan serta menjamin keselamatan pengguna dan peralatan elektrik. Ianya juga bagi
mengetahui kedudukan elektrod yang ditanam itu bersesuaian atau tidak. Terdapat tiga
peringkat apabila melakukan pengujian ini. Alat penguji yang digunakan ialah Penguji Bumi.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

Langkah-langkah Pengujian.

Rajah 7 : Menunjukkan cara sambungan pacang elektrod

a. Pengujian Peringkat Pertama.


Sambung alat penguji dengan mengunakan kabel bumi pada elektrod bumi sebenar yang
hendak diuji (ditanda X), dua elektrod tambahan dimana kabel berwarna kuning disambung
pada elektrod tambahan 1 (ditanda Z) dan kabel berwarna merah, padaelektrod tambahan 2
(ditanda Y).

1. Jarak di antara elektrod sebenar dengan elektrod tambahan 1 dan 2 adalah mengikut alat
penguji yang digunakan.
a. Periksa bateri alat penguji- Setkan suis pada kedudukan “B” , tekan butang uji. Jarum
penunjuk mestilah pada kedudukan garisan biru, jika tidak ia menandakan bateri
sudah lemah dan perlu diganti.
b. Periksa voltan pembumian- Setkan suis pada kedudukan “V” dan jarum penunjuk
mestilah menunjukkan nilai voltan kurang dari 10V (jangan tekan butang uji).
c. Pengukuran (Ω)- Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka
menunjukkan bacaan “0”. Ambilkan (catitkan) bacaan rintangan yang ditunjukkanoleh
pelaras ohm.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

2. Bagi memastikan bacaan rintangan pertama yang dilakukan tepat atau memastikan tiada
pertindihan rintangan pada X, Y dan Z, ujian peringkat kedua dan ketiga hendaklah
dilakukan.

Elektrod bumi
Elektrod tambahan
yang diuji

X Z Y
Alat Penguji Bumi

12 meter 12 meter

Rajah jarak elektrod tambahan


Rajah 8 : Menunjukkan jarak penambahan elektrod tambahan

b. Pengujian peringkat kedua


1. Ubah jarak pancang elektrod tambahan Z dari jarak asalnya ke elektrod bumi (X) dan
elektrod tambahan Z akan menjadi Z 1.
2. Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan angka “0” dan
ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan olleh pelaras ohm.

Ubah kedudukan
elektrod tambahan
EC P Z 1 kepada
kedudukan Z 2
berhampiran
X Z1 Z elektrod tambahan Z2 Y
Y
Alat Penguji Bumi

6 meter 6 meter 6 meter 6 meter

Rajah jarak elektrod tambahan Z 2 yang diubah

Rajah 9 : Menunjukkan jarak elektrod tambahan Z2 yang diubah


Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

c. Pengujian peringkat ketiga.


i. Ubah jarak pancang Z1 dari jarak asalnya (Z) berhampiran ke elektrod tambahan Y
dan elektrod tambahan (Z1) akan menjadi Z2
ii. Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan angka
“0”dan ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras ohm.

Bacaan peringkat kedua dan peringkat ketiga mestilah sama dengan bacaan peringkat pertama.
Sekiranya berbeza bacaannya, ujian perlu dilakukan semula dimana jarak elektrod bumi X dan
elektrod tambahan Y dijauhkan lagi.

Nilai rintangan elektrod bumi

i. Catitkan bacaan peringkat pertama, kedua dan ketiga


ii. Campurkan semua nilai bacaan tersebut dan bahagikan dengan tiga.
iii. Nilai yang didapati adalah nilai rintangan yang sebenar.
iv. Nilai rintangan yang didapati mestilah tidak melebihi 10Ω

Nilai rintangan elektrod bumi = B1 + B2 + B3 = <10 ohm


-----------------
3

B1- Bacaan peringkat pertama


B2- Bacaan peringkat kedua
B3- Bacaan peringkat ketiga

4.2.7 Cara-cara mengelakkan kebocoran ke bumi

i. Bertebat sepenuhnya.
ii. Bertebat dua lapis
iii. Memasukkan semua logam yang terdedah.
iv. Mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian alat yang membawa
arus.

4.2.8 Perkara-perkara yang perlu dibumikan


i. Semua struktur logam dalam sistem pendawaian yang bukan membawa arus
seperti pelapik logam, konduit, salur, sesalur dan lain-lain.
ii. Semua struktur logam yang terdedah bagi semua radas termasuk yang bukan
berkaitan dengan elektrik seperti paip air, rangka rumah dan lain-lain.
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4.2.9 Perkara-pekara yang tidak perlu dibumikan


i. Klip logam apabila memasang kabel.
ii. Penutup logam lampu.
iii. Rantai logam untuk gantungan lampu atau peralatan.
iv. Peralatan lampu antik yang diperbuat daripada logam.
v. Logam kecil seperti skru, pelit nama dan lain-lain.

4.2.10 Istilah-istilah pembumian


i. Pengalir perlindungan (pengalir keterusan bumi).
ii. Pengalir bumi.
iii. Terminal pembumian utama pengguna.
iv. Elektrod bumi.
v. Pengalir ikatan.

Rajah 10: Pengalir perlindungan.

i. Pengalir perlindungan yang dulunya dikenali sebagai pengalir keterusan bumi. Ia adalah suatu
pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir (logam) dalam pemasangan ke terminal
utama pembumian. Dan ini termasuklah pengalir pembumian dan pengalir ikatan.
ii. Terdapat dua cara menentukan saiz luas keratan rentas pengalir perlindungan litar dalam
sesuatu pemasangan pengguna.

Konduit boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan. Pengalir perlindungan
berasingan perlu diadakan. Rintangan pengalir perlindungan adalah seperti berikut :

a. Bagi pengalir jenis kuprum dan aluminium mestilah tidak melebihi 1 ohm.
b. Bagi pengalir jenis seperti paip konduit, kotak sesalur atau salur mestilah tidak
melebihi 0.5 ohm.
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4.2.11 Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir perlindungan menjadi


tinggi adalah seperti berikut :
i. Punca “earth lug” berkarat.
ii. Sambungan dawai longgar.
iii. Lapisan cat pada alat-alat elektrik.
iv. Sambungan kabel bumi pada palam dan soket kaluaran longgar.
v. Sambungan di antara konduit dan kotak terminal longgar.

4.2.12 Pengalir bumi


a. Pengalir bumi ialah pengalir akhir di antara punca bumi pengguna dan elektrod
bumi
b. Pengalir bumi mesti dipastikan selalu supaya tidak putus atau terkeluar
sambungannya.
c. Pengalir aluminium atau aluminium pelapik kumprum (copper clad aluminium)
tidak boleh digunakan sebagai pengalir bumi.
d. Punca sambungan pengalir bumi ke elektrod bumi mestilah diletakkan tanda
amaran yang jelas dan tetap supaya tidak diputuskan atau dikeluarkan
sambungannya,

4.2.13 Terminal pembumian utama.


1. Terminal utama pembumian ialah tempat di mana semua pengalir perlindungan
disambungkan. Biasanya ia terdapat di dalam papan agihan.
2. Dalam setiap pemasangan terminal utama pembumian atau bar mestilah mampu
menyambung pengalir-pengalir berikut :
iii. Pengalir perlindungan litar.
iv. Pengalir ikatan utama.
v. Pengalir pembumian berkendali (functional) – jika perlu.
3. Sambungan yang dibuat di terminal utama pembumian hendaklah kemas, kuat dan
sentiasa mempunyai keterusan.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4.2.14 Elektrod bumi


1. Elektrod bumi ialah batang (rod), pelit atau jalur yang ditanam di dalam bumi
untuk memberi sambungan yang berkesan ke jisim bumi.
2. Jenis elektrod bumi yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a. Paip galvani - 2” x 8’.

b. Batang (rod) kuprum - 5/8” x 6’.

c. Tiub tembaga - 2” x 4’.

d. Pelit besi tuangan

e. Jalur kuprum (strip)

f. Struktur keluli bangunan

g. Pelapik plumbum dan bahan logam yang menutup kabel.

3. Keberkesanan bagi sesuatu elektrod bumi membuat sambungan dengan jisim bumi boleh
berubah, tetapi bergantung pada jenis tanah dan kandungan moisture. Sekiranya
keadaan tanah basah, ia akan memberi satu keberkesanan yang baik ke atas sambungan
di antara elektrod bumi dan jisim bumi.
4. Rintangan elektrod bumi mestilah tidak terlalu tinggi kerana ia boleh mempengaruhi
keberkesanan pemutusan pada pemutus litar bocor ke bumi kendalian voltan.

4.2.15 Cara-cara mengurangkan atau merendahkan rintangan elektrod bumi.

a. Bubuh garam disekeliling elektrod.


b. Tanam pada tempat yang lembap.
c. Tabur serbuk besi di sekeliling elektrod.
d. Tabur arang batu di sekeliling elektrod.
e. Bubuh larutan sulfat.
f. Tanam dua batang elektrod secara selari.
g. Dalamkan atau panjangkan elektrod.
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4.3 STRUKTUR PEMBUMIAN BANGUNAN

Elektrod bumi
Bagi pemasangan pada bangunan yang kecil/sedarhana elektrod bumi biasanya digunakan,
tetapi bagi bangunan-bangunan yang besar dan tinggi, elektrod buminya terdapat didalam
cerucuk bangunan dan ditanam bersama-sama cerucuk bangunan kedalam tanah.

Rod penangkap

kilat Pita
tembaga

DB

Earth
chamber

Elektrod
bumi

Rajah 11 : contoh pemasangan penangkap kilat


Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4.4 Bahan, Alat Tangan Dan Peralatan Elektrik

4.4.1 Ujian Rintangan Elektrod Bumi

i. Menguji rintangan elektrod bumi


ii. Mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang ditanam
iii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan rintangan
bertindih dengan elektrod lain

4.4.2 Alat uji - Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester).

4.4.3 Auxilary spike


Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4.4.4 Earth Resistance Test Leads

4.4.5 Batang Rod

4.5 Assesories Pembumian Elektrik


1. Down conductor network

Rajah 12 : Sistem konduktor turun adalah perjalanan laluan


arus semasa kilat dengan selamat kepada rangkaian penamatan bumi.
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

2. Conductor fixings

Rajah 13 : Pemakuan pengalir

3. Air Terminals

Rajah 14 : Penggunaan terminal udara dalam bentuk rod


udara menegak untuk melindungi ciri-ciri utama bumbung.

4. Air terminal bases

Rajah 15 : Pilih asas terminal udara yang betul. Ini akan memastikan bahawa
rod udara menegak kedua-duanya tetap teguh kepada struktur tapak
dan mempunyai sambungan rintangan rendah ke rangkaian konduktor
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

5. Conductor jointing clamps

Rajah 16 : Pilih komponen bagi sambungan berbilang konduktor atau


untuk perubahan arah. Penyambungan pengapit akan memastikan
rintangan yang rendah, tahan kakisan sambungan.

6. Test clamps

Rajah 17 : Untuk membolehkan pemotongan dan


pengujian rangkaian penamatan bumi berkala, pilih pengapit ujian diletakkan di dalam
jangka masa bagi setiap konduktor ke bawah.

7. Earth electrodes

Rajah 18 : Pilih elektrod bumi untuk disesuaikan dengan


keadaan tanah di kawasan struktur. Elektrod boleh didapati
dalam bentuk rod dan plat.
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

8. Earth rod clamps

Rajah 19 : Pilih kandungan aloi tembaga yang tinggi bagi rod


bumi pengapit bagi penyambungan konduktor pembumian untuk rod bumi.

9. Earth inspection chambers

Rajah 20 : Untuk membolehkan pemotongan dan


pengujian bagi rangkaian penamatan bumi berkala, pilih pengapit ujian diletakkan
di dalam jangka masa bagi setiap konduktor turun.

9. Bonding

Rajah 21 : Ikatan adalah kaedah yang paling biasa digunakan bagi mengelakkan kesan kerosakan
berkelip sampingan. Semua Logam berterusan perlu dipertimbangkan untuk ikatan. Semua
perkhidmatan logam, contohnya kabel armoring, gas, air atau paip stim, memasuki bangunan juga
perlu terikat secara langsung yang mungkin kepada rangkaian penamatan bumi.
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4.6 Pelan Bentangan Pembumian

4.6.1 Pengalir ikatan.


1. Pengalir ikatan ialah pengalir yang menghubungkan terminal punca bumi alat-alat elektrik
kepada bahagian-bahagian logam seperti paip air, paip gas dan sebagainya.
2. Terdapat dua jenis pengalir ikatan iaitu pengalir ikatan utama dan tambahan.
3. Pengalir aluminium atau aluminium pelapik kuprum tidak di gunakan sebagai ikatan ke paip
air.
4. Pengalir ikatan utama mestilah mempunyai luas keratan rentas tidak kurang daripada
separuh luas keratan rentas pengalir bumi dalam pemasangan. Saiz minimumnya ialah
6mm2 .
5. Pengalir ikatan utama ke paip air mestilah di buat seberapa dekat dengan terminal
pembumian utama.
6. Pengalir ikatan tambahan yang di sambung ke bahagian pengalir logam yang terdedah
mestilah mempunyai luas keratan rentas tidak kurang daripada 2.5mm2 sekiranya
mempunyai perlindungan mekanikal atau 4.0mm2 bagi pengalir yang tidak mempunyai
perlindungan mekanikal

Rajah 22 : Kompenan pembumian.


Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

Rajah 23 : Kompenan pembumian.

Rajah 24 : Kompenan pembumian.


Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

4.6.2 Aksesori Pemasangan Perangkap Kilat serta binaannya

 Digunakan di bahagian atas bangunan dan


juga perumahan. Di gunakan didalam system
perangkap kilat di Negara kita.

Lightning Arrestor System

 Di perbuat daripada logam tembaga. Ia juga


ditugaskan sebagai perangkap kilat. Dimana
arus letrik yang dibekalkan dari petir di terima
oleh Rod Arrestor dan kemudian di bawa ke
bahagian Pembumian.

Rod Arrestor

 Digunakan sebagai tapak untuk mengikat Rod


Arrestor di atas bangunan. Biasanya
digunakan bersama sama Rod Arrestor.

Base Rod Arrestor

 Copper Strip di tugaskan sebagai penghantar


arus yang berlebihan akibat dari panahan
petir. Biasanya di perbuat dari tembaga
keping yang digunakan

Copper Strip

 Di gunakan untuk menyambung copper strip


dari bahagian atas dan juga copper strip dari
bahagian bawah ( elektrod bumi ).

Test Joint
Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

 brass clip digunakan untuk mengikat copper


strip di dinding bangunan. Ia kelihatan lebih
Brass Clip kemas apabila digunakan.

 Earth Chamber adalah sebagai pelindung


diantara copper strip dan juga copper Rod. Ia
biasanya digunakan didalam sistem
Pembumian

Earth Chamber

Rajah 25: Aksesori Pemasangan Perangkap Kilat serta binaannya

Rajah 26: Sambungan Pembumian


Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

Rajah 27: Tempat Pemasangan aksesori Perangkap Kit

Rajah 28: Ilustrasi ini direka untuk menjelaskan aspek utama dan komponen individu struktur sistem
perlindungan kilat di bangunan
Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(4/10)
Drp / Of : 28

SOALAN / QUESTION :-

1. Berikan kepentingan sistem pembumian

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………….………………………………………………..

2. Berikan 2 kebaikan sistem pembumian

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………….………………………………………………..

3. Apakah perkara-perkara yang menyebabkan rintangan tinggi.

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………..

RUJUKAN / REFERENCES :
1. Asas pendawaian oleh Mohd. Isa Idris dan Ramli Harun.
2. Pemasangan dan penyelenggaran elektrik edisi kedua. Oleh Abd. Samad Hanif

You might also like