You are on page 1of 24

KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI,

PETI SURAT 65,


81907 KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TA’ZIM

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION AND
PROGRAM’S CODE & MAINTENANCE
NAME

TAHAP/ LEVEL 2 (TWO)

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
EE-320-2:2012-C02 SINGLE PHASE WIRING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING SPECIFICATIONS
AND PROCEDURES
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS,
EQUIPMENT AND MATERIALS
3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
NO. DAN PENYATAAN 4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING SYSTEM
INSTALLATION
AKTIVITI KERJA / WORK
5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
ACTIVITIES NO. AND (METALLIC OR INSULATED) INSTALLATION
STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES
INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
1. 10. PREPARE SINGLE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 1


EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

TAJUK : PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang pengenalan sistem


pendawaian (jenis-jenis sistem pendawaian), Peralatan kuasa dan alatan
tangan, peralatan PPE, alatambah dan alat perlindungan (accessories and
protection device), kabel dan litar kecil akhir (final sub circuit).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

PENERANGAN :

1. Prinsip Asas Bekalan Elektrik


Sistem bekalan tenaga elektrik kepada pengguna melibatkan tiga proses iaitu:-
i. Proses penjanaan (generation)
ii. Proses penghantaran (transmission)
iii. Proses pengagihan (distribution)

1.1 Proses Penjanaan

Proses penjanaan adalah proses penghasilan tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini
diperolehi daripada mesin elektrik yang dinamakan generator. Generator ini
diletakkan ditempat yang dikhaskan, yang dinamakan Stesen Janakuasa Elektrik
(Electric Power Station). Stesen-stesen ini dikelaskan mengikut kaedah
menggerakkan generator ini samada bahanapi (minyak, arang batu, gas, nuklear)
atau sumber semula jadi (air,angin atau cahaya suria).Diantaranya adalah Stesen
Janakuasa Wap, Stesen Janakuasa Hidro, Stesen Janakuasa Diesel, Stesen
Janakuasa Gas, Stesen Janakuasa Nuklear dan sebagainya.Faktor utama
pemilihan kaedah operasi penjanaan adalah mengikut kesesuaian persekitaran
semula jadi sesuatu kawasan stesen dengan mengambil kira kos pengendalian
dan kesan terhadap alam sekitar.Dinegara ini, stesen janakuasa yang banyak
digunakan adalah Stesen Janakuasa Wap dan Stesen Janakuasa Hidro.

1.2 Proses Penghantaran

Tenaga elektrik yang dihasilkan dari stesen janakuasa akan melalui beberapa
peringkat proses penghantaran sebelum diagihkan kepada pengguna.Biasanya
tenaga elektrik yang dijanakan oleh generator berkadar 11 kV, 22 kV atau 33
kV.Voltan tinggi dengan arus rendah ini akan dialirkan ke alatubah peninggi (step-
up transformer) dipencawang utama dimana voltan ini akan dinaikkan kepada
kadaran 132 kV, 275 kV atau 440 kV. Tujuan menaikkan nilaian voltan distesen ini
adalah untuk mengurangkan saiz kabel dan saiz alat-alat kawalan (switchgear)
generator. Dengan ini penghantaran boleh dilakukan dengan lebih ekonomi dan
dalam kuantiti yang lebih besar.Voltan ini kemudiannya akan dialirkan
kepencawang melalui talian rentang atas. Pada pencawang ini, kadaran voltan
akan dikekalkan oleh alatubah. Seterusnya voltan ini akan melalui alatubah
penurun (step-down transformer) dan diturunkan nilaiannya kepada 11 kV, 22 kV
atau 33 kV. Dari pencawang penghantaran ini, tenaga elektrik akan dialirkan ke
pencawang pengagihan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

1.3 Proses Pengagihan

Dari pencawang pengagihan, pengguna akan menerima tenaga elektrik melalui


talian atas atau kabel bawah tanah.Bagi pengguna dikawasan bandar, pengagihan
bekalan elektrik dilakukan melalui kabel bawah tanah, manakala bagi pengguna
dikawasan luarbandar, pengagihan akan dilakukan melalui talian rentas atas.

Rajah 1 : Sistem Pembekalan Tenaga Elektrik Pengguna

Rajah 2 : Gambarajah Blok Sistem Pembekalan Tenaga Elektrik Pengguna


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

2. Sistem pendawaian

Sistem pendawaian ialah suatu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi
pengalir, penebat, perlindungan mekanikal dan aksesori-aksesori elektrik. Sistem
pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis perlindungan
mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel boleh digunakan. Jenis
sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-
kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun
yang boleh dianggap sebagai unggul di bawah semua keadaan.

2.1 Jenis sistem pendawaian

Jenis-jenis sistem pendawaian adalah bergantung kepada jenis kabel atau kaedah
pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi. Berikut ialah senarai
jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan di negara kita.

i. Sistem pendawaian permukaan


ii. Sistem pendawaian tersembunyi
iii. Sistem pendawaian penyokong katenari
iv. Sistem pendawaian pembuluh
v. Sistem pendawaian sesalur
vi. Sistem salur
vii. Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
viii. Sistem kabel penebatan mineral pelapik plumbum

Rajah 3 : Sistem pendawaian permukaan

Rajah 4 :Sistem pendawaian penyokong katenari


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

3. Peralatan Kuasa Mudah Alih dan Alatan Tangan

Peralatan kuasa atau peralatan kuasa mudah alih (power tools) dan alatan tangan
(hand tools) merupakan medium perantaraan yang digunakan oleh seseorang pekerja
dalam membantu melaksanakan sesuatu kerja atau tugasannya. Ia dapat mempercepat
dan memudahkan urusan kerja tersebut.

Kemalangan yang melibatkan peralatan kuasa dan alatan tangan sering terjadi yang
mana melibatkan kecederaan yang berlaku selalunya melibatkan anggota tangan serta
anggota badan yang lain di sebabkan kepada pendedahan yang tidak betul. Peralatan
tangan yang di maksudkan merupakan alatan yang memerlukan tenaga manusia untuk
mengerakkan, mengubah bentuk atau menyelaraskan bahan. Alatan tangan ini terdiri
kepala dan pemegang (aci dan badan) sebagai contoh :-

i. Pisau
ii. Tukul
iii. Pahat
iv. Pemutar Skru
v. Gergaji
vi. Plier

Peralatan Kuasa atau peralatan kuasa mudah alih pula merupakan peralatan yang
memerlukan sumber kuasa luaran untuk mengerakkan, mengubah bentuk atau
menyelaraskan bahan. Kuasa ini boleh di kategorikan sebagai elektrik, hidraulik, minyak,
stim dan serbuk letupan.

Perundangan juga mengariskan kepada keperluan berkaitan bagi peralatan tangan dan
peralatan berkuasa mudah alih di nayatakan secara khusus di bawah Akta Kilang dan
Jentera 1967 (FMA 1967)

Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja Kejuruteraan Binaan)
(Keselamatan) 1986 Bahagian XVI – Peralatan tangan dan peralatan berkuasa mudah alih.

Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) penerangan
secara dasar diberikan pada sekseyen 15(2)(a) dan (b) untuk memastikan peralatan
tangan dan peralatan berkuasa mudah alih yang di gunakan adalah sesuai dan selamat.

Hazard yang berada di sekitar tempat kerja samaada secara manual atau peralatan
berkuasa mudah alih sebagai contoh terpotong, tersangkut, bahan atau peralatan
terpelanting, tersepit antara peralatan pendedahan kepada bunyi dan juga getaran
sedikit sebanyak akan menyumbang kepada kadar risiko jika kaedah yang betul tidak di
praktikkan. Selain iitu tiada kaedah penyimpanan tertib, kegagalan penyelengaraan
peralatan juga samaada peralatan yang di gunakan tidak sesuai dengan kerja yang di
lakukan. Sebagai memastikan kurangnya risiko dari hazard di atas maka langkah –
langkah keselamatan perlu di lakukan seperti :-

i. Pemilihan peralatan yang betul dengan kerja yang hendak di lakukan.


ii. Latihan pengunaan serta tunjuk ajar yang berkesan kepada peralatan yang di beri.
iii. Penyediaan Prosedur Standard Operasi (SOP) kepada pengunaan mesin atau
alatan yang di gunakan
iv. Penggunaan peralatan itu bersesuaian dengan pengguna.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Pemilihan kepada peralatan ini bergantung kepada beberapa kreteria seperti :-

i. Kualiti bahan pembinaan


ii. Ergronomik
iii. Pemegang dan badan peralatan dari bahan yang sesuai
iv. Peranti keselamatan peralatan tersebut.

Faktor di atas perlu di ambil serius oleh majikan dan penguna itu sendiri dan dari mana
keperluan informasi ini adalah datangnya dari seminar, program keselamatan dan
latihan peralatan.

4. Peralatan Perlindungan (PPE)

Peralatan perlindungan personal (PPE) salah satu dari alat yang di guanakan secara
langsung atau tidak langsung dalam melindungi diri pekerja yang sedang bekerja dari
risiko kemalangan. Kemalangan yang terjadi kebiasaannya dari pendedahan pekerja itu

Bahagian tubuh
Bil Peralatan yang sesuai
yang dilindungi
1 Mata Safety glasses, gogle
2 Kepala Safety Helmet
3 Kaki Kasut Keselamatan
4 Tangan Sarung tangan (getah, kulit, kain)
5 Tubuh manusia Pakaian keselamatan (kalis bahan kimia,
overraoul)
sendiri dari keadaan sekeliling yang mungkin terdiri pelbagai jenis hazard. Peralatan ini
di gunakan mengikut keperluan dan kesesuaian si pemakai pada bahagian – bahagian
tertentu pada tubuh manusia.sebagai contoh di bawah :-

Namun demikian haruslah di ingatkan dalam menyelengarakan atau mengendalikan


sesuatu kerja atau risiko langkah pengunaan PPE ini sebagai langkah akhir dalam hiraki
kaedah kawalan risiko. Pastikan segala langkah telah di ambil dan dalam
mengurangkan risiko kepada pekerja pengunaan PPE adalah wajar di ambil sebagai
contoh gambaran di bawah :-

Mesin
Pemampat
Udara

Tirai / Blok Penghadang


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Rajah 5 : langkah awal dalam persediaan kawalan risiko


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Dari gambaran di muka surat sebelah, ia menunjukkan langkah awal yang harus di
lakukan adalah dengan hiraki kawalan risiko seperti :-

i. Penghapusan
ii. Pegantian
iii. Pengasingan

Dari itu secara tidak langsung pengunaan PPE sebagai tindakan kawalan langsung
yang di ambil dalam meningkatkan keselamatan pekerja semasa bekerja. Kepentingan
yang di titik beratkan dalam pengunaan PPE ini atas sebab-sebab berikut :-

i. Risiko kepada pekerja yang melibatkan kemalangan jika tiada perlindungan


kepada pekerja manakala kemalangan itu tidak dapat di kesan.
ii. Para pekerja tiada komitmen dalam melaksanakan pemakaian seterusnya
mendedahkan semaksima mungkin kepada risiko.
iii. Kebanyakkan dari kajian kemalangan menunjukkan pemakaian peralatan
pelindungan tidak di pakai atas alasan merimaskan serta membebankan semasa
melaksanakan pekerjaan.
iv. Selain itu dari pengaruh rakan sekerja dan tiada budaya kerja selamat.

Pelbagai risiko dari ̏Harzard” sekitar tempat kerja yang mampu untuk berlaku
kemalangan sebagai contoh mudah dari habuk yang di keluarkan dari mesin atau
jentera seperti mesin pemotong papan, secara ti dak langsung habuk akan terhasil dari
operasi mesin yang di jalankan dan jika tiada pengunaan perlindungan pernafasan akan
memberi kesan kepada pekerja dalam jangka masa panjang atau jangkamasa pendek
sebagai contoh batuk dan sebagainya. Banyak contoh lain yang boleh di ambil
sebagaimana jadual di bawah menunjukkan bahan yang di gunakan semasa bekerja
menghasilkan sisa yang merbahayakan samaada secara serta merta atau masa akan
datang atau kesan ini akan terdedah

Bil Tempat/Persekitaran Kerja Bahan sisa merbahaya

1 Tempat tinggi Objek yang jatuh


2 Kerja-kerja kimia Gas beracun, letupan
3 Radiasi Mandul, kanser
4 Kerja gerudi / mencanai Slip, gegaran
5 Kerja-kerja mengetuk Serpihan, Bunyi bising

Kepentingan terhadap pengunaan PPE adalah mengikut kesesuaian situasi


persekitaran, penilaian yang praktik dan kesesuaian kepada penguna seperti mudah
untuk di pakai dan perlu ada maklum balas yang di lakukan kepada penguna agar tidak
membebankan kepada si pemakai. Latihan yang perlu di adakan juga keatas PPE yang
di bekalkan supaya pengunaan peralatan tersebut tidak di persiakan. Latihan ini
merangkumi tujuan pemakaian kepada apa yang dapat di lindungi serta resiko yang
bakal di tanggung jika tidak di pakai. Selain itu pihak majikan juga perlu ada sesi
praktikal serta demotrasi yang berpatutan sebagai contoh boleh di jalankan dalam
setiapkali sesi sebelum memulakan kerja atau operasi di tempat kerja.
Walaubagaimanapun sistem penjagaan juga perlu di titik beratkan agar peralatan yang
di bekalkan tidak mudah rosak sekaligus mengurangkan kos pengantian dan tambahan
pada masa akan datang.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Perundangan yang mengariskan kepada keperluan ini di nyatakan di dalam Peraturan


Kilang dan Jentera (Keselamatan, kesihatan dan kebajikan 1970) peraturan 32 yang
mengariskan pengunaan PPE berkaitan pakaian, topi keselamatan, sarung tangan dan
pelindung mata. Manakala di dalam Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 (USECHH 2000) Bahagian IV tindakan pengawalan bahan mudah meletup
peraturan 16 (1) penguatkuasaan peralatan perlindungan diri di wajibkan sebagai
langkah tambahan keselamatan pekerja.

4.1 Perlindungan Muka dan Mata.

Pelbagai jenis dan bentuk yang boleh di gunakan mengikut kesesuaian pemakai
yang memberi perlindungan dari kemalangan. Selain itu pengunaan perlindungan
ini untuk mengelakkan kejadian serpihan ketika kerja-kerja besi seperti mencanai,
memotong dan semburan yang kadangkala bendasing terbang hasil dari proses
kerja yang di lakukan. Pengunaan jenis cermin juga di titik beratkan dari segi
samaada dalam keadaan jernih ataupun lutsinar yang biasa di gunakan ketika
kerja-kerja mematri. Kelainan jenis peralatan juga jika kerja-kerja bahan kimia
sedang di lakukan sebagaimana penutupan penuh seluruh muka pemakai di
perlukan. Ketidak sesuaian jika si pemakai mempunyai jambang di muka kerana di
kuartiri akan membenarkan kemasukan secara ruang udara. Selain itu kegunaan
ketika rekreasi juga di guna pakai seperti di waktu menyelam dalam jangka masa
lama kerana jika pendedahan yang berlanjutan akan memedihkan mata penyelam
tersebut.

4.2 Perlindungan Kepala.

Perlindungan yang di galakkan dengan memakai topi keselamatan yang di


luluskan oleh pihak kualiti yang di iktiraf seperti SIRIM, CIDB dan sebagainya.
Pengunaan ini sangat di praktikkan di kawasan pembinaan kerana pendedahan
kepada bahan yang jatuh dari tempat tinggi . Perlindungan yang mampu di beri
juga dari segi tekanan, hentakkan dan selain itu jika di gunakan di kilang
permesinan dapat melindungi rambut kepada mesin yang melilit. Keseluruhan dari
reka bentuk pelbagai guna di reka sebagai perlindungan sebagai mana dengan
merujuk bahagian lampiran B.

Harus di ingatkan jangan sekali-kali mengunakan larutan tertentu untuk tujuan


pembersihan topi keselamatan seperti solven ia akan memudahkan topi
keselamatan mudah pecah, sekadar dengan membasuhkan dengan air sahaja.

4.3 Perlindungan Tangan dan Lengan

Setiap pergerakkan akan memerlukan pengunaan kedua-dua tangan pekerja


tersebut tetapi perlu di ingat kecederaan mudah berlaku kepada pekerja tersebut
samaada jangka panjang atau dalam masa yang singkat. Hazard ini kebiasaannya
dari suhu tempat kerja(yang memerlukan untuk di pegang) , kerja-kerja
memotong, kerja-kerja kimia (jika bahan tersebut bersifat mengkakis) , kerja-kerja
elektrik ( jika berlaku sentuhan dengan pengalir hidup ). Di sini keperluan bahan
kepada sarung tangan yang di gunakan perlu di titik beratkan oleh majikan agar
bersesuaian dengan kerja yang di lakukan. Di bawah gambaran asas bahan yang
biasa di gunakan sebagai dalam pembuatan sarung tangan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Bil Bahan Perlindungan

1 Kulit Penebat haba, perlindungan bahan kimia


Bahan penebat elektrik, tidak telap larutan (air) dan
2 PVC
perlindungan dari bahan kimia
3 Latex Perlindungan kerja-kerja elektrik

4.4 Perlindungan Bahagian Kaki

Kaki sering terdedah kepada bahaya samaada ketika bekerja atau berjalan lebih-
lebih lagi di ruang yang yang bersepah atau melalui lopak air yang dalam dan
sebagainya. Kebiasaannya kasut keselamatan di reka bentuk mengikut
kesesuaian tempat kerja. Biasa di gunakan di kilang yang mana mempunyai
pelindungan di bahagian hujung kasut di selaputi dengan kepingan logam yang
mampu menanggung sekurang-kurangnya kapisiti berat kadar 2 ton. Manakala
pengunaan di kawasan berair biasa di reka dari pahan PVC tinggi hingga ke
bahagian lutut pemakai. Selain itu kasut keselamatan juga terdiri dari jenis anti
statik yang tapaknya mengunakan bahan getah atau PVC sering di gunakan di
kilang-kilang elektronik.

4.5 Perlindungan Bunyi Bising.

Pendedahan kepada pencemaran bunyi yang terlalu lama atau pada kadaran
tertentu akan menyebabkan kesan kepada sistem pendengaran pekerja. Takat
mampu terima kebiasaanya jangan melebihi dari 80 dB dam jangka masa juga
perlu di beri perhatian (lihat jadual Lampiran C). Pelbagai rekabentuk terdapat di
pasaran mengikut kesesuaian sekitar sepertimana pengunaan ‘ears plug’ dan
‘ears mouth’ . Pemilihan peralatan ini bergantung kepada :-

i. Tahap kebisingan sekitar


ii. Ulangan pendedahan
iii. Kesesuaian kepada penguna
iv. Keperluan komunikasi
v. Keperluan kesihatan

4.6 Perlindungan Pernafasan.

Pernafasan perlu di lindungi kepada kerja-kerja yang terdedah kepada habuk


ataupun bahan kimia . Kadangkala bahan kimia ini tidak berbau sebagaimana
kesan pengudaraan penyelengaraan tangki najis Kebiasaan di rekabentuk dengan
tujuan kepada pekerja dari kejadian pemeluapan, pengudaraan kawasan kurang
sesuai. Jenis-jenis biasa di gunakan samaada dengan bekalan udara atau
pelindungan manual. Jenis perlindungan juga di lindungi dari samaada gas
beracun, habuk, pemeluawapan dan sebagainya.

Penyediaan bergantung kepada pihak majikan dari segi pemilihan yang


bersesuaian dari bahaya risiko kepada pekerja, jenis kerja yang di lakukan dan
pekerja itu sendiri.Tahap perlindungan samada perbezaan filter serta pengujian
yang telah di lakukan perlu ada sebagai jaminan kepada penguna. Kerja biasa
yang terlibat seperti kawasan kuari, kilang simen, kerja di ruang terkurung, kilang
perabut/perkayuan dan sebagainya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

4,7 Perlindungan Tubuh Badan.

Pemilihan pemakaian juga bergantung jenis kerja yang di lakukan , kadang kala
kerja yang melibatkan bahan kimia perlu mengunakan pakaian yang sesuai, juga
di gunakan sebagai pelindung kepada kepanasan sepertimana pakaian yang di
gunakan oleh anggota keselamatan dan pelbagai yang terdapat di pasaran.

Rajah 6 : Kesan akibat abai dan kurang pengetahuan tentang PPE


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

5. Alatambah dan Alat Perlindungan


Alatambah (aksesori) ialah alat-alat yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian yang
tidak menggunakan tenaga elektrik seperti :

1. Pemegang lampu
2. Soket keluaran
3. Suis
4. Palam
5. Siling ros
6. Fius
7. Pemutus litar
8. Pemutus litar bocor ke bumi
9. Papan agihan

Selain itu alatambah juga terdiri daripada alatambah pemasangan dari sistem
pendawaian pembuluh (pvc/logam), sistem pendawaian sesalur (logam) dan
sebagainya. Antara contoh alatambah bagi pemasangan sistem pendawaian pembuluh
adalah seperti berikut :

1. Sesiku pejal
2. Kotal laluan
3. Tee boleh periksa
4. Kotak tee tangen
5. Kotak empat laluan
6. Sesiku boleh diperiksa
7. Kotak penghujung
8. Kotak tangen sudut tepat permukaan
9. Kotak penghujung kiri
10. Kotak penghujung kanan
11. Kotak laluan tangent
12. Kotak kembar masukan
13. Kotak masukan belakang ( besta )
14. Selekoh bengkokan
15. Kotak tambahan
16. Kotak laluan keluar
17. Tee pejal

5.1 Pemegang lampu

Pemegang lampu BS 5042 ialah alat yang digunakan untuk memegang lampu dan
memudahkan untuk menukar lampu. Antara contoh pemegang lampu adalah
seperti :

i. Pangkal Kilas (Bayonet Cap) - hingga 150 watt.


ii. Skru Edison Pertengahan - hingga 200 watt.
iii. Skru Goliath - hingga 200 watt.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Pande Batten
nt
Rajah 7 : Menunjukkan contoh pemegang lampu

5.2 Soket Keluaran

Soket alur keluar ialah alat yang mempunyai beberapa sesentuh pembawa arus
yang tetap dan disambung kepada pemasangan pendawaian tetap.Kegunaannya
adalah untuk membolehkan alat elektrik mudah-alih disambung ke litar akhir
dengan menggunakan palam yang sesuai. Contoh soket keluaran adalah seperti :

i) Soket keluaran 3 pin 13A (suis soket outlet - S/S/O 13A)


ii) Soket keluaran 3 pin 15A (suis soket outlet - S/S/O 15A)
iii) Soket keluaran 3 pin 15A (soket outlet - S/O 15A) tanpa suis

S/S/O Jenis 3 pin 13A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 5A BS


196

S/S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363
Rajah 8 : Menunjukkan contoh soket keluaran S/S/O dan S/O
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

5.3 Suis

Suis ialah satu alat mekanikal yang boleh memutus dan menyambungkan arus
litar secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawai yang digunakan
dipemasangan domestik mengikut piawai BS 3676. Suis yang terdapat dalam
sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal. Terdapat berbagai-
bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan pada masa ini berbeza-beza dari
segi bentuk, kawalan dan sebagainya. Diantaranya adalah seperti berikut :

i) Suis satu hala.


ii) Suis dua hala
iii) Suis perantaraan

Rajah 9 : Menunjukkan contoh suis

5.4 Palam

Palam ialah suatu alat yang mempunyai beberapa pin sesentuh yang akan
disambung ke kord boleh lentur dan boleh dihubungkan ke soket alur keluar.
Kegunaannya ialah sebagai sebahagian boleh bergerak yang bersambung kepada
alat elektrik mudah-alih dengan kord atau kabel boleh lentur. Saiz piawai bagi
palam mengikut BS adalah sama dengan saiz piawai soket alur keluar. Contoh
palam adalah seperti :

i) Palam keluaran 3 pin 13A (plug top)


ii) Palam keluaran 3 pin 15A (plug top)

Palam 3 pin 13A BS 1363 Palam 3 pin 15A BS 1963

Rajah 10 : Menunjukkan contoh palam keluaran 3 pin 13A dan 15A


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

5.5 Siling Ros

Siling ros ialah tempat sambungan penamat pendawaian tetap dan dari sana ia
disambungkan ke kord boleh lentur untuk sambungan ke beban seperti lampu
kipas siling dan sebagainya. Saiz piawai siling ros adalah merujuk BS 67.

Rajah 9 : Menunjukkan contoh siling ros

5.6 Fius

Fius ialah nama peranti yang menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur
apabila arus yang melebihi had kadarannya mengalir ke dalam fius itu dan
seterusnya litar akan terputus (mematikan bekalan elektrik). Kadaran fius ini
bergantung kepada jenis bahan unsur yang digunakan, luas keratan rentas dan
panjang sesuatu bahan.

5.6.1 Jenis fius

i) Fius Dawai Semula [ BS 3036 ]


ii) Fius Katrij [ BS 1362 ]
iii) Fius Kapasiti Pemutus Tinggi [ BS 88 / BS 1362 ]

Rajah 10: Menunjukkan contoh fius dawai semula


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

6. Perlindungan
6.1 Perlindungan arus lebihan

Peraturan IEE 473 menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan pelindung


lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan secara
sendiri (automatik) apabila berlaku lebihan arus pada sesuatu litar itu. Oleh kerana
itu alat ini mestilah dipasang pada dawai permulaan iaitu pada dawai hidup secara
siri dengan litar itu.

6.2 Pemutus litar

Berfungsi untuk memutuskan litar dari litar lengkap ke litar terbuka menyebabkan
pengaliran arus terhenti. Selain itu pemutus litar ini juga bertindak sebagai
perlindungan jika berlaku sebarang litar pintas atau lebihan arus. Mempunyai
mekanisma menendang suis dari posisi tertutup kepada terbuka

Rajah 11 : Menunjukkan contoh pemutus litar MCB

6.3 Pemutus litar bocor ke bumi (PLBK)

Berfungsi sebagai perlindungan kepada kebocoran arus ke bumi dan pengasing


litar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk jenis kendalian di antaranya ialah
jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan angina, jenis vakum dan
jenis miniatur. PLBK yang lazim digunakan sekarang ialah jenis miniatur.

Rajah 12 : Menunjukkan contoh peranti perlindungan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

7. Kabel

Pada umumnya kabel adalah suatu bahan yang membentuk sesuatu litar pada beban
dalam sistem pemasangan elektrik. Dengan ini kabel yang di gunakan mestilah mampu
mengalirkan arus, menghalang dari berlaku denyutan daya gerak elektrik apabila
tersentuh padanya dan mempunyai tempoh hayat yang lama. Bagi membentuk suatu
binaan kabel 3 bahagian utama perlu ada, iatu pengalir, penebat dan pelindung
mekanikal.

7.1 Pengalir

ialah suatu bahan yang membenarkan pengaliran elektron bebas atau arus secara
bebas. (pengalir merupakan satu bahan yang membenarkan pengaliran arus
elektrik melaluinya) Jenis jenis bahan pengalir yang biasa digunakan dalam
pepasangan penguna ialah:

i) Emas
ii) Perak
iii) Kuprum
iv) Aluminium
v) Timah
vi) Plumbum

7.2 Emas dan Perak

adalah merupakan pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir
biasa.oleh itu ia digunakan untuk menyalut sesentuh pada suis dan pengalir pada
dalam komponen komponen elektronik.

7.3 Kuprum

adalah tersenarai pengalir yang baik dan mudah lentur sesuai digunakan dalam
pepasangan

7.4 Aluminium

adalah suatu pengalir yang ringan jika dibandingkan pengalir pengalir lain. Oleh
kerana ia ringan dan kerintangannya juga rendah sesuai digunakan sebagai kabel
talian atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan rendah

7.5 Timah

adalah adalah suatu pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur untuk
cantuman pengalir kabel semasa pematerian. Pengalir timah mudah cair apabila
dipanaskan.

7.6 Plumbum
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

adalah suatu pengalir dari jenis yang keras dan digunakan sebagai pengalir bumi
dan pelapik/pesalut untuk kabel bawah tanah

7.7 Penebat

ialah suatu bahan yang tidak membenarkan pengaliran elektron bebas atau arus
secara bebas. Jenis bahan penebat yang biasa digunakan dalam pepasangan
penguna ialah:

i) Getah
ii) Polivinil klorid
iii) Kertas terisitepu
iv) Penebatan miniral
v) Bakelit
vi) Mika
vii) Porslin

7.8 Getah

adalah suatu bahan penebat yang mempunyai rintangan tinggi, oleh itu
kegunaannya sebagai bahan dalam sistem pemasangan adalah menyeluruh.
Sebagai contoh ia biasa digunakan untuk menyaluti pengalir kabel

7.9 Polivinil Klorid

adalah suatu jenis bahan penebat campuran di antara plastik dan getah. Penebat
pvk biasanya digunakan sebagai penebat kabel bagi negara yang mempunyai
suhu ambien normal dan biasa sepanjang tahun. Suhu pengendalian pengalir
ialah 700C

7.10 Kertas terisi tepu

adalah suatu bahan yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia biasa digunakan
sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan lembab contohnya sebagai
kabel pengalir bawah tanah

7.11 Penebat mineral

adalah suatu bahan penebat daripada jenis mineral di mana ia tahan suhu panas,
minyak dan sebagainya. Bahan mineral jenis magnesium oksid biasanya
digunakan sebagai penebat kabel.

7.12 Bakelit

adalah suatu bahan penebat yang digunakan bagi membentuk aksesori aksesori
elektrik didalam sistem pemasangan. Rintangan penebatnya adalah tinggi dan
mampu menghalang arus mengalir melaluinya.

7.13 Mika
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 19
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

adalah suatu bahan yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia biasa digunakan
sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan lembab contohnya sebagai
kabel pengalir bawah tanah

7.14 Porslin

adalah suatu bahan yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia biasa digunakan
sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan lembab contohnya sebagai
kabel pengalir bawah tanah

8. Perlindungan mekanikal

Perlindungan mekanikal adalah suatu bahan yang disalutkan atau dilapikkan sekeliling
penebat kabel untuk mengelak berlaku kerosakan keatas kabel semasa pemasangan
atau di sepanjang perkhidmatannya. Contoh adalah seperti berikut :

i) Salutan polivinil klorid


ii) Salutan getah
iii) Dawai atau pita keluli dalam bentuk perisai
iv) Salutan plumbum
v) Salutan kuprum
vi) Konduit atau sesalur atau sulur.

penebat

pengalir

Perlindungan mekanikal

Rajah 13 : Menunjukkan contoh bahagian kabel


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 20
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

9. Litar Kecil Akhir (Final sub circuit)

Papan agihan adalah satu tempat pengagihan pengalir kabel litar akhir. Ini
termasuklah pengalir fasa, neutral dan bumi. Ia juga mempunyai penempatan
perlindungan arus lebihan.

Rajah 14 : Menunjukkan papan agihan (versi lama kotak kayu dan versi terkini MCB)

Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan. Papan
pengagihan hendaklah dipasang di dalam kotak bertutup di tempat yang mudah
diperiksa dan berlabel dengan:

a) Kadar fius dan pemutus litar


b) Saiz kabel
c) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan fius utama tempat bacaan kabel
diambil dari pelindung lebihan arus kelas halus dan hendaklah dipastikan faktor
fiusnya tidak melebihi 1.5

Papan agihan yang tidak bertutup di belakangnya hendaklah dipasang dipermukaan


yang tahan kebakaran atau lain-lain agar ia tertutup rapi.
Biasanya papan agihan diperbuat dari papan atau logam yang disertakan untuk terminal
bumi. Papan agihan ada bermacam-macam jenis dan saiz samada fasa tunggal atau 3
fasa. Dalam papan agihan, fius-fius dipasang kepada satu bas-bar dan disambung
kepada fius, untuk punca hidup, satu bas-bar untuk punca Neutral dan satu untuk Bumi.
Papan agihan boleh dipasang dengan fius-fius dari jenis dawai semula, katrij dan
kapasiti pemutus tinggi.

Peraturan IEE menyatakan sambunngan pengalir Neutral dan Bumi yang berlainan litar
disambung dalam keadaan yang sama sebagaimana pengalir hidup disambung kepada
fius-fius supaya tidak berlaku kesilapan semasa mengubah atau memotong sambungan
litar-litar dalam papan agihan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 21
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Rajah 15 : Menunjukkansudut salur 90°


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 22
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Rajah 16 : Menunjukkansudut salur 90°


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 23
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

SOALAN :

1. Sistem bekalan tenaga elektrik kepada pengguna melibatkan tiga proses, sila nyatakan
penerangan tentang proses tersebut.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

2. Senaraikan jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan di negara kita


………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

3. Terangkan Jenis-jenis bahan pengalir yang biasa digunakan dalam pepasangan penguna
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

4. Terangkan Jenis-jenis bahan penebat yang biasa digunakan dalam pepasangan penguna
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

5. Nyatakan fungsi pelindung mekanikal dan terangkan dengan jelas kepenggunaan


mengikut jenisnya.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 24
EE-320-2:2012-C02/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Rujukan .

1. Factories And Machinery Act & regulation ( 139 ) – MDC Publisher Sdn. Bhd.
2. Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik – Abd. Samad Hanif.

Rujukan

1. Law of Safety and Health at Work . Norman Selwyn.


2. National Program for Occupational Safety and Health in Construction. C. Ray
Asfahl
3. Akta Bekalan Elektrik 1994 . ILBS Malaysia
4. Undang – Undang Malaysia. Akta Kilang dan Jentera 1967 ( FMA 1967 ). ILBS

1. MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN


KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, Edisi Pertama , IBS BUKU SDN.
BHD., ISBN 978-967-950-307-4

2. ABD. SAMAD HANIF (2000), Pemasangan dan Penyenggaraan ELEKTRIK Edisi Kedua,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 983-62-4063-2

You might also like