You are on page 1of 21

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 4
SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2017/2017
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / SVM
KOD / KURSUS ETE 1024 SINGLE PHASE WIRING
KOMPETENSI 04.CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING SYSTEM INSTALLATION
1. Identify single phase wiring specifications and procedures
2. Identify single phase wiring tools, equipment and materials
3. Carry out wiring activities
4. Carry out single phase earthing system installation
5. Carry out single phase distribution board (DB) (metallic or insulated) installation
KOMPETENSI UNIT
6. Carry out fitting and accessories installation
7. Carry out wiring system visual inspection
8. Carry out dead circuit test
9. Carry out live circuit test
10. Prepare single phase work activities report
Trainee must be able to:
 Identify single phase wiring specifications and procedures, tools, equipment and
materials.
HASIL  Carry out wiring activities.
PEMBELAJARAN  Carry out single phase earthing system installation, Distribution Board (DB)
(metallic or insulated) installation.
 Carry out fitting, accessories installation and system visual inspection.
 Carry out dead and live circuit test.
TARIKH
ETE 1024/NK 04/PP 01-
NO KOD 04 KOD JPK EE: 320:2:2012

MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
(KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
(PENTAKSIR) PENYELARAS KURSUS)
TARIKH:
TARIKH:
1. Pengenalan

Pembumian merupakan salah satu kaedah perlindungan. Ia merupakan sambungan


yang dibuat antara logam dan bumi. Pembumian dijadikan sebagai punca rujukan
yang keupayaannya dianggap sifar. Sebarang benda yang disambung ke bumi akan
mempunyai keupayaan sifar.
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 2 drp : 21

1.1 Jenis-jenis Sistem Pembumian

i. Sistem TN-S
ii. Sistem TN-C-S
iii. Sistem TT dan IT
iv. Sistem TN-C

Sistem TN-S
Suatu sistem dimana pangkalan pembumian utama seseorang pengguna haruslah
disambung pada titik bumi sumber tenaga.

Sistem TN-C-S
Suatu sistem dimana pembumian pelbagai pelindung disediakan oleh pembekal
dimana kaedah-kaedah yang sewajarnya hendaklah disediakan untuk
menyambungkan pangkalan pembumian utama pengguna pada dawai neutral
sumber tenaga.

Sistem TT DAN IT
Suatu sistem di mana pangkalan pembumian utama pengguna hendaklah
disambungkan melalui satu pengalir pembumian ke elektrod bumi dengan mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Penyusunan Pembumian Menggunakan TT Sistem


i- Huruf pertama menunjukkan susunan sistem pembumian dari pihak bekalan.
ii- Huruf kedua menunjukkan penyusunan pembumian dalam pemasangan
pengguna.
T- pertama : Menunjukkan sistem bekalan ini menyediakan bumi sendiri.
T- kedua: Menunjukkan semua bingkai logam alat elektrik dan lain-lain disambung terus
ke bumi.

2
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 3 drp : 21

Rajah 1: Sistem TT

1.2 Fungsi pembumian

i. Laluan balik arus atau untuk keselamatan kepada pengguna.


ii. Untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan
elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi yang berlaku itu mengalir ke
bahagian-bahagian logam yang boleh membawa arus dan menyebabkan
percikan bunga api.
iii. Menghadkan Voltan Berlebihan.
iv. Mengadakan Laluan Nyahcas.
v. Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

Cara-cara Pembumian
i. Pembumian ke paip air atau ke paip gas.
ii. Pembumian ke salutan logam kabel perkhidmatan dalam tanah.
iii. Pembumian ke dawai aerial (bumi) yang disediakan oleh pembekal elektrik.

3
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 4 drp : 21

i. Pembumian ke elektrod bumi dalam tanah yang rintangan elektrod buminya


cukup rendah.
ii. Pembumian ke sistem pembumian berbilang pelindung.
iii. Pembumian ke peranti perlindungan daripada arus bocor ke bumi automatik.

Benda-benda Yang Perlu Dibumikan


i. Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang buka membawa arus)
seperti salutan logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dan dawai katenari.
ii. Struktur logam yang terdedah bagi semua radas termasuk yang bukan
berkaitan dengan elektrik seperti paip air dan rangka rumah.
iii. Satu punca belitan sekunder bagi pengubah.

Benda-benda Yang Tidak Perlu Dibumikan


i. Logam pendek yang diasingkan sebagai perlindungan mekanik bagi kabel
yang mempunyai sarung bukan logam selain pembuluh yang dipasang sebagai
tempat laluan masuk antara bangunan dan pembuluh untuk melindungi kabel
lampu-lampu nyahcas.
ii. Klip logam untuk memasang kabel
iii. Penutup lampu yang diperbuat daripada logam.
iv. Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan
penebat.
v. Rantai logam untuk menggantung lampu dan peralatannya.
vi. Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air.

1.3 Tatacara pembumian dilaksanakan

4
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 5 drp : 21

1.

Penyediaan bahan dan peralatan (Elektrod bumi sekurang-kurangnya 5 kaki,


pengalir dawai pembumi, cable clamp, kotak pembumian, penukul besi).

Rajah 3 : Bahan dan peralatan


2. Memilih lokasi yang sesuai untuk menanam rod kuprum.
3. Korek lubang untuk memuatkan kotak sistem pembumian.
4. Tajamkan elektrod, kemudian tanamkan elektrod dengan memasukkan rod tadi ke
dalam tanah dengan menggunakan penukul.
5. Tinggalkan elektrod 2-4 inci untuk penyambungan rod dengan pengalir dawai
pembumi. Sambungkan elektrod dan dawai pembumi dengan menggunakan ‘cable
clamp’ dan ‘cable lug’ ataupun paterikan jika menggunakan pita kuprum.
6. Buat pendawaian dawai pembumi melalui bawah tanah atau bawah lantai dan
sambungkan ke pengkalan bumi di kotak pengguna.

5
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 6 drp : 21

7. Pasang kotak pembumian untuk perlindungan sambungan elektrod dan dawai


pembumi.

1.4 Pengenalan kepada pengujian pembumian

Pepasangan satu fasa mestilah diperiksa dan diuji bagi memastikan pemasangan
mematuhi piawaian keselamatan dan menggunakan bahan-bahan atau kelengkapan yang
ditetapkan seperti Akata Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, Panduan
Suruhanjaya Tenaga (ST), Panduan Jabatan Kerja Raya (JKR), Piawaian British (BS) dan
Piawaian (IEC) Piawaian Malaysia (MS).

Pengujian pembumian pemasangan elektrik dijalankan bagi memastikan pemasangan


pembumian telah dilakukan mengikut peraturan. dan pemasangan dapat berfungsi dengan
betul dan selamat digunakan.

Pengujian pembumian ini perlu dijalankan kepada pemasangan-pemasangan berikut.

i. Pemasangan baru.
ii. Pemasangan penambahan atau pengubahsuaian.
iii. Pemasangan sedia-ada.
iv. Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku
kerosakan terhadap pemasangan.
v. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB.

Ujian keberkesanan pembumian

Sistem bekalan elektrik pengguna diperolehi daripada system bekalan tiga fasa
dengan pengalir nuteralnya dibumikan dipencawang. Dengan ini bui disekeliling
pengguna boleh mengalirkan arus kembali kepencawang supaya pengguna dapat
dilindungi sepenohnya. Pergerakan arus kepencawang hanya boleh dicapai
sekiranya rintangan bumi rendah. Bagi menentukan keadaan bumi pengguna
sentiasa berada dalam keadaan baik atau rendah, ujian keberkesanan pembumian
dijalankan.

Terdapat empat jenis ujian yang biasa dilakukan iaitu :-

i. Ujian pengalir terusan bumi.


ii. Ujian galangan bumi.
iii. Ujian keberkesanan pemutus litar.
iv. Ujian rintangan elektrod bumi.

6
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 7 drp : 21

Ujian ini dilakukan bagi memastikan pengalir terusan bumi telah disambung dengan
baik dan berkesan pada litar pemasangan. Ujian ini boleh dilakukan dengan empat
kaedah iaitu Ujian AU, Ujian pengurangan AU, Ujian AT pada pemasangan AU dan
Ujian AT pada pemasangan AT.

7
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 8 drp : 21

Ujian Rintangan Elektrod Bumi.

Ujian rintangan elektrod bumi dijalankan bagi mengukur galangan elektrod yang
ditanam mempunyai nilai rintangan yang rendah dan mengetahui keberkesanan
pembumian sesuatu pemasangan serta menjamin keselamatan pengguna dan
peralatan elektrik. Ianya juga bagi mengetahui kedudukan elektrod yang ditanam itu
bersesuaian atau tidak. Terdapat tiga peringkat apabila melakukan pengujian ini. Alat
penguji yang digunakan ialah Penguji Bumi.

Langkah-langkah Pengujian.

Rajah 4 : Menunjukkan cara sambungan pacang elektrod

a. Pengujian Peringkat Pertama.

Sambung alat penguji dengan mengunakan kabel bumi pada elektrod bumi sebenar
yang hendak diuji (ditanda X), dua elektrod tambahan dimana kabel berwarna kuning
disambung pada elektrod tambahan 1 (ditanda Z) dan kabel berwarna merah,
padaelektrod tambahan 2 (ditanda Y).

1. Jarak di antara elektrod sebenar dengan elektrod tambahan 1 dan 2 adalah


mengikut alat penguji yang digunakan.

Periksa bateri alat penguji- Setkan suis pada kedudukan “B” , tekan butang uji.
Jarum penunjuk mestilah pada kedudukan garisan biru, jika tidak ia menandakan
bateri sudah lemah dan perlu diganti.

Periksa voltan pembumian- Setkan suis pada kedudukan “V” dan jarum
penunjuk mestilah menunjukkan nilai voltan kurang dari 10V (jangan tekan
butang uji). Pengukuran (Ω)- Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm
8
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 9 drp : 21

sehingga jangka menunjukkan bacaan “0”. Ambilkan (catitkan) bacaan rintangan


yang ditunjukkanoleh pelaras ohm.

2. Bagi memastikan bacaan rintangan pertama yang dilakukan tepat atau


memastikan tiada pertindihan rintangan pada X, Y dan Z, ujian peringkat kedua
dan ketiga hendaklah dilakukan.

Elektrod bumi
Elektrod tambahan
yang diuji

X Z Y
Alat Penguji Bumi

12 meter 12 meter

Rajah jarak elektrod tambahan


Rajah 5 : Menunjukkan jarak penambahan elektrod tambahan

b. Pengujian peringkat kedua

1. Ubah jarak pancang elektrod tambahan Z dari jarak asalnya ke elektrod bumi (X)
dan elektrod tambahan Z akan menjadi Z 1.

2. Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan
angka “0” dan ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan olleh pelaras ohm.

Ubah kedudukan
elektrod tambahan
E C P Z 1 kepada
kedudukan Z 2
berhampiran
X Z1 Z elektrod tambahan Z2 Y
Y
Alat Penguji Bumi

6 meter 6 meter 6 meter 6 meter

Rajah jarak elektrod tambahan Z 2 yang diubah

Rajah 6 : Menunjukkan jarak elektrod tambahan Z2 yang diubah

c. Pengujian peringkat ketiga.

1. Ubah jarak pancang Z1 dari jarak asalnya (Z) berhampiran ke elektrod tambahan
Y dan elektrod tambahan (Z1) akan menjadi Z2
9
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 10 drp : 21

2. Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan
angka “0”dan ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras ohm.

Bacaan peringkat kedua dan peringkat ketiga mestilah sama dengan bacaan
peringkat pertama. Sekiranya berbeza bacaannya, ujian perlu dilakukan semula
dimana jarak elektrod bumi X dan elektrod tambahan Y dijauhkan lagi.

Nilai rintangan elektrod bumi

Catitkan bacaan peringkat pertama, kedua dan ketiga


Campurkan semua nilai bacaan tersebut dan bahagikan dengan tiga.
Nilai yang didapati adalah nilai rintangan yang sebenar.
Nilai rintangan yang didapati mestilah tidak melebihi 10Ω

Nilai rintangan elektrod bumi = B1 + B2 + B3 = <10 ohm


-----------------

B1- Bacaan peringkat pertama


B2- Bacaan peringkat kedua
B3- Bacaan peringkat ketiga

Nilai rintangan elektrod bumi yang tinggi boleh dikurangkan dengan menggunakan
kaedah berikut:-

1. Dibubuh garam disekeliling elektrod.

2. Ditanam elektrod ditempat yang lembap.

3. Ditabur serbuk besi disekeliling elektrod.

4. Ditabur arang batu disekeliling elektrod.

5. Dibubuh larutan sulfat.

6. Ditanam dua / lebih elektrod secara selari.

1.5
Mengenal istilah
pembumian

10
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 11 drp : 21

Rajah 7: Cara sambungan pengalir bumi


1- Pengalir bumi
Antara punca bumi pengguna dengan elektrod bumi

2- Pengalir Ikatan
Sambungan bumi kepada peralatan bukan elektrik

3- Rintangan bumi
Rintangan bumi tempat elektrod ditanam

4- Impedan litar rosak ke bumi


Jumlah rintangan yang dilalui oleh aru bocor ke bumi dari punca hidup bekalan
ke elektrod bumi

5- Kawsan rintangan bumi


Jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang berada dalam kawalannya
(minima 6m)

6- Rintangan gelung bumi


Rintangan litar yang dilalui oleh arus bocor ke bumi bermula dari punca akhir
pengalir perlindungan bumi hingga ke elektrod

7- Punca bumi pengguna


Punca tempat penyambungan semua pengalir pelindung

8- Kawasan rintangan bumi bertindih


Kawasan penanaman elektrod bumi kedua yang berada dalam lingkaran 6 meter
dari elektrod bumi pertama

1.6 Kaedah pembumian pada bangunan

Alat perangkap kilat  (lightning arrestor) adalah peranti perlindungan kilat yang biasa
dipasang pada struktur bangunan yang tinggi. Alat ini menyediakan titik rintangan bumi
yang paling rendah dan akan menarik cas negatif  daripada awan Colomonimbus untuk
11
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 12 drp : 21

membentuk laluan ion. Kilat akan menyambar pada terminal alat penangkap kilat dan
terus dialirkan ke bumi. Dengan adanya alat ini, kilat tidak akan menyambar ke tempat
yang tidak diingini dan seterusnya mengelakkan kerosakan harta benda. Secara
asasnya, alat perangkap kilat ini terdiri daripada 3 komponen utama: terminal, konduktor
dan rod pembumian. Terminal biasanya dipasang pada bahagian paling atas stuktur
bangunan, konduktor adalah untuk mengalirkan arus elektrik daripada kilat ke bumi,
manakala rod pembumian adalah untuk menyambungkan konduktor ke bumi. Rod
pembumian ini hendaklah ditanam sehingga mendapat nilai rintangan bumi yang
rendah. Mengikut dokumen Malaysia Standard MS IEC 61024-1-1:2001, nilai rintangan
bumi untuk alat perangkap kilat hendaklah di bawah 10 Ω. Oleh itu, rod pembumian
hendaklah ditanam sehingga nilai rintangan bumi bawah 10 Ω diperolehi. 

Skop kerja-kerja Sistem Perlindungan Kilat Dan Sistem Pembumian tersebut


merangkumi:
1. Sistem Rangkaian Grid (Air Termination Network)
2. Penangkap Kilat ESE (Lightning Arrestor ESE)
3. Penurunan Konduktor (Down Conductor )
4. Joints And Bond
5. Main Earth Bar
6. Sistem Pembumian (Earth Termination)
7. Lain-Lain Keperluan.

12
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 13 drp : 21

Rajah 8 : Sistem pembumian pada bangunan

13
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 14 drp : 21

1.7 Pemasangan alat tambah pembumian elektrik

Copper Butter Connector 

        Alat ini digunakan untuk menyambung kabel, dan biasanya kabel yang disambung
pada instalasi penangkal petir Flash Vectron adalah kabel grounding sistem, karena kabel
penyalur pada penangkal petir Flash Vectron tidak boleh terputus atau tidak boleh ada
sambungan. 
       
        Setelah kabel tersambung oleh alat ini tentunya harus diperkuat dengan isolasi
sehingga daya rekat dan kualitas sambungannya dapat terjaga dengan baik.
Penyambungan kabel instalasi penyalur petir konvensional umumnya menggunakan alat ini,
karena pada penangkal petir konvensional jalur kabel terbuka hanya di lindungi oleh
conduite dari PVC.

Ground Rod Drilling Head

             Alat ini berfungsi untuk membantu mempercepat pembuatan grounding penangkal


petir, dengan cara memasang di bagian bawah Copper Rod atau Ground Rod yang akan di
masukkan ke dalam tanah, sehingga Copper Rod atau Ground Rod tersebut ketika didorong
kedalam tanah akan cepat masuk karena bagian ujung alat ini runcing. 
            
              Selain itu, alat ini juga dapat menghindari kerusakan Copper Rod ketika di pukul
kedalam tanah

Ground Rod Driver Head

14
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 15 drp : 21

          Alat ini dipasang dibagian atas Copper Rod atau Ground Rod dan berfungsi untuk
menghindari kerusakan Copper Rod atau Ground Rod bagian atas yang akan di masukkan
ke dalam tanah, karena disaat Copper Rod didorong ke dalam tanah dengan cara di pukul,
alat pemukul tersebut tidak mengenai Copper Rod akan tetapi mengenai alat ini.

Ground Rod Coupler

         Alat  ini digunakan ketika kita akan menyambung beberapa segmen copper rod atau
ground rod yang dimasukkan kedalam tanah sehingga copper rod atau ground rod yang
masuk kedalam tanah akan lebih panjang,
           misalnya ketika kita akan membuat grounding penangkal petir sedalam 12 meter
dengan menggunakan copper rod, maka alat ini sangat diperlukan karena copper rod yang
umumnya ada dipasaran paling panjang hanya 4 meter.

Bentonit

15
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 16 drp : 21

   Dalam aplikasi grounding system atau pembumian, bentonit dipergunakan untuk


membantu menurunkan nilai resistansi atau tahanan tanah. Bentonit digunakan saat
pembuatan grounding jika sudah tidak ada cara lain untuk menurunkan nilai resistansi. 

Bus Bar Grounding 

         Alat ini digunakan sebagai titik temu antara kabel penyalur petir dengan kabel
grounding. Biasanya terbuat dari plat tembaga atau logam yang berfungsi sebagai
konduktor, sehingga kualitas dan fungsi instalasi penangkal petir yang terpasang
dapat terjamin.

Alat ukur pembumian

Alat Utama
16
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 17 drp : 21

-    Megger Earth Tester Digital

-    Megger Earth Tester Analog

1.8 Susun atur pembumian

17
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 18 drp : 21

Gambar diatas merupakan gambar 18eratin rentas dari pemasangan pembumian dengan
menggunakan 1 batang tembaga / elektrod.

Cara memasangan elektrod / batang tembaga diterangkan dengan lebih teperinci dalam
jadual 1.

Gambarajah Keterangan
1)

18
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 19 drp : 21

 Gali lubang untuk menempatkan chamber


50cm x 50cm.

2)

 Ketuk elektrod bumi sedalam 2 meter.

3)

 Sambung pengalir pelindung pada clamp


elektrod bumi.

4)

19
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 20 drp : 21

 Masukkan blok konkrit/pvk (chamber).

5)

 Tutup blok konkrit/pvk.

SOALAN :
1. Apakah tujuan utama ujian pembumian pepasangan pendawaian satu fasa perlu
dilakukan.
2. Nyataka 3 jenis ujian pembumian yang perlu dilakukan pada pepasangan pendawaian
satu fasa.
3. Apakah tujuan Ujian Kendalian Peranti Bocor ke Bumi pepasangan pendawaian satu
fasa dilakukan?

4. Apakah tujuan Ujian Rintangan Elektrod Bumi pepasangan pendawaian satu fasa
dilakukan?

20
NO. KOD ETE 1024/NK 04/PP 01-04 Muka : 21 drp : 21

21

You might also like