You are on page 1of 3

Lampiran BK 10-04

MINIT MESYUARAT UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI BIL 1/2019

Tarikh : 10 April 2019 (Rabu)


Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Perdana
Pengerusi : Pn Lailah bt Mat Nor
Kehadiran : Seperti Lampiran

1. Ucapan pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat dan memulakan
majlis dengan Al Fatihah.
1.2 Pengerusi menyampaikan amanat Tuan Pengarah :
i. Gunakan borang maklumbalas mesyuarat bagi membincangkan perkara
berbangkit
ii. Pelajar perlu hantar permohonan OJT ke syarikat swasta sahaja.
(Tindakan : Makluman)

2. Pembentangan Buku Pengurusan UPLI dan Tugas AJK

2.1 Perubahan JK yang terdapat dalam buku Unit Pengurusan.


1. AJK SE bagi Program MPP : Mohd Aif Aizuddin b Awang
2. AJK SE bagi Program MTK : Mohamad Zulhaidi b Mat Noh

2.2 Rujuk Lampiran Buku Pengurusan Unit Perhubungan dan Latihan Industri
(Tindakan : Makluman)

3. Pelaksanaan Pengurusan UPLI Tahun 2019

3.1 Rekod pemantauan penyeliaan OJT akan bermula tahun hadapan bagi memastikan
penyelia mematuhi tempoh penyeliaan.

3.2 Ingatkan pelajar yang sedang OJT bagi menyiapkan Laporan OJT dan Buku Log OJT.
Maklumkan kepada pelajar dan industri jika ingin mengadakan pemantauan supaya
pelajar dan industri bersedia.

3.3 Sediakan rekod Program Hubungan Industri sehingga suku tahun pertama untuk
dibentangkan pada mesyuarat tenaga pengajar.
3.4 Dokumentasikan setiap program yang dijalankan bagi Tahun 2019 bagi tujuan Laporan
Tahunan dan Laporan Program.
(Tindakan : Makluman)

4. Hal-hal Lain

4.1 Penyelaras Unit Hubungan Industri mencadangkan penyeliaan kedua atau terakhir OJT
2018 adalah pada 2 minggu sebelum OJT berakhir dan cenderahati kepada syarikat akan
diedarkan kepada penyelia bermula penghujung April.
(Tindakan : Makluman)

4.2 Status Jalinan Industri terkini (Rujuk Lampiran) :


i. MoU bersama 8 industri
ii. Technical Advisory Committee (TAC) seramai 10 orang
(Tindakan : Makluman)

4.3 Unit OJT akan edarkan Borang Permohonan Syarikat OJT dan mengadakan taklimat
berkaitan Cara Memohon Tempat OJT setelah mendapat tarikh OJT 2019. Namun,
sehingga April masih tarikh OJT 2019 masih belum diketahui dan akan melambatkan
proses permohonan pelajar.
(Tindakan : Makluman)

4.4 Pengerusi memaklumkan Pengarah meminta untuk menyediakan rekod dan


mengenalpasti penyelia yang telah membuat penyeliaan OJT 2018.
(Tindakan : Penyelaras Unit Hubungan Industri)

4.5 Terdapat beberapa pelajar yang bermasalah bagi OJT 2018 :


i. Muhammad Luqman b Mat Noor (MTA) – menghadapi masalah pengangkutan.
Telah diberikan surat amaran pertama (25 Feb 2019) dan surat amaran kedua
(18 Mac 2019).
ii. Ahmad Adha b Mohammad Tahar (MTA) – menghadapi masalah kesihatan dan
bertukar tempat OJT dari Automotif Corporation Malaysia ke Perodua Raub.
iii. Zarifah Syazliana bt Mohamad Sabri (MPPU) – ponteng kerana syarikat tidak
memberikan latihan dalam bidang sepatutnya. Telah diberikan surat amaran
pada 4 Mac 2019 dan telah bertukar tempat OJT pada 11 Mac 2019.
(Tindakan : Makluman)

4.6 Ketua Unit mencadangkan untuk menyambung semula MoU bersama Penjom Gold
Mines, Kuala Lipis bagi memudahkan sebarang urusan berkaitan Jalinan Industri seperti
OJT dan Lawatan Industri bagi beberapa program, serta membuat latikan TAC baru bagi
Program Teknologi Automotif kepada :
i. En Mohamad Arif b Abdul Rani
ii. En Mohd Ramli Jelani
(Tindakan : Penyelaras Unit Hubungan Industri)

4.7 Isu MoU dan TAC yang sering timbul adalah berkaitan tiada jawapan secara rasmi dari
pihak industri atau personel tersebut. Menyukarkan pihak Unit Hubungan Industri untuk
mendapatkan persetujuan dari pihak industri atau personel.
(Tindakan : Makluman)

4.8 Cadangan untuk menjalankan perniagaan berupa perkhidmatan bagi mengaktifkan SE di


KVSHAS.
(Tindakan : Penyelaras Unit SE/PTA/Pameran)

5. Ucapan Penangguhan

Pengerusi meminta setiap individu untuk menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan.
Mesyuarat disudahi dengan bacaan doa dan ditangguhkan pada jam 4.05 petang.

Disediakan oleh, Di semak oleh,

…………………………….. ………………………………………….

(SITI HAJAR NUR ATIESA BT MOHD SAUPI)


Setiausaha
Unit Perhubungan dan Latihan Industri
Kolej Vokasional SHAS

You might also like