You are on page 1of 22

TEKNOLOGI

ELEKTRONIK INDUSTRI

ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM
(SENSOR)
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)

AIMS :-
1. DEFINASI SENSOR
2. KRITERIA
3. JENIS-JENIS SENSOR
4. JENIS KELUARAN :-
A. BINARY
B. ANALOG
C. SESIRI (DATA)
5. PENGESAN BERHAMPIRAN
6. ELEKTRO-MEKANIKAL SWITCH
7. PENGESAN BERHAMPIRAN DEDAUN
8. PENGESAN BERHAMPIRAN INDUCTIVE
9. PENGESAN BERHAMPIRAN CAPACITIVE
10. PENGESAN BERHAMPIRAN OPTIK
A. THROUGH BEAM SENSOR
B. RETRO-REFLECTIVE SENSOR
C. DIFFUSE SENSOR
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)

DEFINASI PENGESAN (SENSOR)

‘PERALATAN YANG DISAMBUNGKAN PADA


MASUKAN SESUATU SISTEM KAWALAN
SAMADA SEPARA ATAU SEPENUHNYA
AUTOMATIK’

IA MERUPAKAN SATU ALAT YANG TERDIRI


DARIPADA SATU / GABUNGAN TRANDUCER-
TRANDUCER YANG DIGUNAKAN UNTUK
TUJUAN PENGESANAN YANG LEBIH KOMPLEK
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)

KEGUNAAN PENGESAN DALAM KAWALAN:-

1. Sebagai “switching” dan akan di’ON’kan apabila sensor tersebut


menerima signal masukan sesuatu objek melepasi pada sensor
tersebut.

2. Sebagai penahan suis bagi menghantar isyarat untuk mendapatkan


tindakbalas sesuatu kekuatan dan tekanan samada tinggi atau rendah.

3. Sebagai operasi manual di mana pergerakkan sensor yang


digerakkan oleh manusia (operator).
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)

KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN PENGESAN :-


A. KETEPATAN
B. TAHAN LASAK DAN TAHAN LAMA
C. KECEPATAN BEREAKSI
D. BAHAN BINAAN
E. KOS
F. KESESUAIAN PEMASANGAN
G. KEPEKAAN YANG TINGGI
H. PENGUBAHAN
I. JANGKA MASA PENSUISAN DALAM SATU MASA
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)

JENIS-JENIS PENGESAN :-

A. SUIS PENGHAD MEKANIKAL


B. PENGESAN MAGNETIK
C. PENGESAN INDUCTIVE
D. PENGESAN CAPACITIVE
E. PENGESAN OPTIK
I. THROUGH BEAM SENSOR
II. RETRO-REFLECTIVE SENSOR
III. DIFFUSE SENSOR
F. PENGESAN ULTRASONIK
G. PENGESAN PNEUMATIC
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)

JENIS KELUARAN :-
A. KELUARAN DIGITAL (BINARY)
- Pengesan jenis ini menukarkan parameter fizik kepada
keluaran digital dimana ia mempunyai 2 keadaan pensuisan
isyarat elektrik iaitu ON atau OFF (HIGH atau LOW )

B. KELUARAN ANALOG
- Pengesan jenis ini menukarkan parameter fizik kepada isyarat
analog iaitu isyarat gelombang elektrik berterusan. Isyarat yang
biasa dihasilkan oleh isyarat elektrik ialah voltan dan arus.

C. KELUARAN SESIRI (DATA)


- Pengesan jenis ini menukarkan parameter fizik kepada
standard komunikasi atau keluaran sesiri.
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)

PENGESAN BERHAMPIRAN (PROXIMITY SENSOR)


Pengesan berhampiran adalah pengesan yang boleh mengesan atau tidak
sesuatu objek pada sesuatu tempat yang ditentukan. Pengesan jenis ini hanya
boleh menilai status “YES” atau “NO”, di mana ia akan memberi isyarat “ON”
atau “OFF” yang dikenali sebagai pengesan binary.

Kelebihan tanpa sentuh mempunyai kelebihan tersebut :-


a) Tepat dan mengesan secara automatik pada posisi geometri.
b) Mengesan tanpa sentuh pada benda; tiada sentuhan diantara pengesan dan
benda kerja.
c) Tahap pensuisan yang tepat; kerana isyarat keluaran yang terhasil adalah
isyarat elektronik, tiada gangguan denyutan yang terhasil dan mengesan tanpa
pantulan.
d) Fungsi anti-haus; pengesan elektronik tidak diletakkan pada benda bergerak.
e) Jangka masa pensuisan yang tidak terhad.
f) Sesuai digunakan pada keadaan berbahaya, contohnya kawasan yang
mempunyai bahan letupan berbahaya.
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
ELEKTRO-MEKANIKAL SUIS
Suis penghad digunakan untuk mengesan atau menunjukkan kedudukan terakhir
bagi pergerakan objek, selinder atau bahagian-bahagian mesin. Perkara penting
yang perlu difikirkan semasa memilih elemen isyarat masukan ialah tekanan
mekanikal, bahagian yang bersentuh dan ketepatan pada titik suis. Pemilihannya
juga bergantung kepada jenis voltan yang digunakan (12V, 24V atau 240V). Ianya
senang digunakan dan murah.
1 Compression spring
2 Housing
3 Detent lever
4 Normally open contacts
5 Normally closed contacts
6 Arched spring
7 Contact pressure spring
8 Contact blade
9 Guide bolt
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
ELEKTRO-MEKANIKAL SUIS
Keburukan suis penghad mekanikal ialah pergerakan yang memerlukan sentuhan
dan takat sentuhan. Apabila pensuisan induktif dilakukan, percikan voltan tinggi
akan terhasil pada masa “cutt – off”. Dengan ini litar pelindung amat penting pada
suis. Litar pelindung boleh digunakan antara menggunakan litar RC atau
menggunakan diode atau varistor. Pemilihan komponen pada litar ini bergantung
kepada kuasa komponen.

Kedudukan litar pelindung bagi RL = Perintang beban


pengesan elektro – mekanikal L = bebanan induktor
R = perintang pelindung
C = kapasitor pelindung
D = diode atau varistor
pelindung
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN DEDAUN (REED PROXIMITY SENSOR)
Pengesan Berhampiran Dedaun (Pengesan berhampiran bermagnet) akan aktif
apabila wujudnya medan magnet pada sesuatu magnet tetap atau terhasilnya
elektro – magnet. Di dalam pengesan berhampiran dedaun, sesuatu dedaun
sesentuh terbina daripada bahan ferromagnet (Fe-Ni alloy, Fe=iron, Ni=nickel)
yang disalut di dalam tiub kaca yang kecil. Tiub ini terbina daripada gas inert
contohnya nitrogen (gas inert bermaksud gas yang tak aktif dan gas tidak mudah
terbakar).
Kebaikkannya ialah ia boleh beroperasi dengan frekuensi yang tinggi. Ia juga
sesuai digunakan di tempat-tempat yang sempit, berhabuk, berdebu atau lembab.

Simbol
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN INDUKTIF (INDUCTIVE PROXIMITY SENSOR)
Komponen penting di dalam pengesan berhampiran induktif ialah pengayun (litar
saling LC), penerus “demodulator”, penguat “bistable” dan bahagian keluaran.
Medan magnet yang terhasil akan melalui separuh terbuka kelompang teras ferrite
pada gelung pengayun dan penapis tambahan. Ini menyebabkan pengwujudan
permukaan terhad pada permukaan aktif pada pengesan berhampiran induktif
yang dikenali sebagai zon aktif pensuisan.
Pengesan jenis ini terdiri daripada gabungan litar elektronik dan penjana medan
inductor (oscillator – yang menghasilkan medan elektronik pada permukaan aktif).
Pengesan inductor ini sesuai untuk mengesan objek dibuat daripada keluli /
logam. Ianya tahan lama dan tidak mempunyai kesan gegaran dan kotoran.
1. Pengayun (oscillator)
2. Demodulator
3. Bahagian pemacu (trigger)
4. Paparan status pensuisan
5. Keluaran dengan litar pelindung
6. Voltan luaran
7. Voltan dalaman tetap
8. Zon aktif (gelung)
9. Keluaran pengesan

Rajah blok litar bagi pengesan induktif


ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN INDUKTIF (INDUCTIVE PROXIMITY SENSOR)

Simbol Pengesan Berhampiran Induktif

Pengesan berhampiran induktif dalam rekaan bebenang


ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN KAPASITIF (CAPACITIVE PROXIMITY SENSOR)
Pengesan berhampiran kapasitif mempunyai persamaan dengan pengesan berhampiran
induktif dari segi alat pengayun (oscillator). Walau bagaimana pun ayunan pada pengesan
berhampiran kapasitif tidak kekal. Jika bahan logam atau bahan bukan logam dimasukkan
ke bahagian permukaan aktif pengesan berhampiran kapasitif, muatan elektrik antara bumi
(ground) dan permukaan aktif pengesan bertambah. Bila nilai ini bertambah, alat pengayun
akan mengaktifkan isyarat. Getaran alat pengayun dikuatkan oleh litar penguat (amplifier).
Isyarat dari penguat dihantar bahagian seterusnya yang mana bahagian – bahagian ini
seperti bahagian yang terdapat dalam pengesan berhampiran induktif. Keluaran dari
pengesan berhampiran kapasitif dihantar ke suis keadaan terbuka (normally open) atau
keadaan tertutup (normally closed). Untuk menghasilkan tindak balas dari alat pengesan,
memadailah dengan membuat perantaraan di antara bahan yang hendak dikesan
berhampiran dengan permukaan pengesan. Ia tidak perlu disentuh. Lebih kecil dielektriknya
maka lebih kecil perantaraan harus dibuat.

1. Pengayun (oscillator)
2. Demodulator
3. Bahagian pemacu (trigger)
4. Paparan status pensuisan
5. Keluaran dengan litar pelindung
6. Voltan luaran
7. Voltan dalaman tetap
8. Zon aktif (gelung)
9. Keluaran pensuisan
Rajah blok litar bagi pengesan kapasitif
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN KAPASITIF (CAPACITIVE PROXIMITY SENSOR)

Simbol Pengesan Berhampiran Kapasitif

Pengesan berhampiran kapasitif


yang diletakkan dalam balang
Mengesan tahap plastik atau batu kaca
kepenuhan cecair
di dalam sebuah
balang besi
Mengesan takat cecair menerusi
plastik atau tiub kaca
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN OPTIK (OPTICAL PROXIMITY SENSOR)
Pengesan berhampiran optik menghasilkan isyarat optik dan elektronik bermaksud
mengesan sesuatu bahan / benda dan ia menggunakan cahaya infrared. Diode pemancar
cahaya adalah bahan separa pengalir yang biasa digunakan pada cahaya infrared.
Komponen ini kecil dan kuat, mempunyai jangka hayat yang lama dan mudah untuk
disuaitala.

Komponen yang biasa digunakan pada elemen penerima ialah “phototransistors” dan
elemen pemancar ialah “photodiodes”. Cahaya merah merupakan kelebihan apabila
pengesan berhampiran optik diubah di mana perbezaan yang nyata pada cahaya infrared.
Oleh itu, kabel polimer optik adalah paling mudah digunakan dalam menentukan jarak
gelombang merah di mana ia dapat mengurangkan kemerosotan cahaya.
Cahaya infrared (tidak nyata) adalah contoh digunakan, di mana peningkatan cahaya yang
baik dalam menentukan jarak. Dengan ini cahaya infrared kurang mudah terpengaruh
kepada gangguan (cahaya persekitaran).

Dengan penyuaitalaan isyarat optik pada kedua-dua jenis pengesan berhampiran optik,
penekanan tambahan pada pengaruh cahaya luaran meningkat. Penerima / receiver
(dengan pengecualian pada pengesan sinar – terus) akan ditala ke denyut pada pemancar /
emitter. Bagi pengesan sinar – terus, ruang ulangan elektrik (electrical band – pass)
digunakan pada penerima / receiver. Dalam konteks cahaya infrared penggunaan penapis
cahaya terang (daylight) hendaklah dipertingkatkan sensitifnya pada cahaya persekitaran.
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN OPTIK (OPTICAL PROXIMITY SENSOR)

Rajah blok litar bagi pengesan berhampiran optik

1. Pengayun (oscillator) 7. Paparan status pensuisan


2. Pemancar photoelektrik 8. Keluaran dengan litar pelindung
3. Penerima photoelektrik 9. Voltan luaran
4. Separa penguat 10. Voltan tetap dalaman
5. Operasi Logik 11. Jarak pensuisan optik
6. Penukar denyut / aras 12. Keluaran suis
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN OPTIK (OPTICAL PROXIMITY SENSOR)
Dengan pengesan sinar-terus (through beam sensor) dan pengesan unjuran pembalikan
(retro-reflective sensor), fungsi pensuisan dapat dibezakan seperti di bawah :-

Teknik pensuisan cahaya (terang)


Keluaran akan terus disuiskan apabila sinar cahaya tidak diganggu oleh sebarang objek,
(Normally Open Contacts). Pada pensuisan cahaya pengesan sinar – terus, keluaran
penerima (receiver) akan terus disuiskan jika sinar cahaya tidak menerusi sebarang objek.

Teknik pensuisan tanpa cahaya (gelap)


Keluaran akan terbuka (tiada pensuisan) apabila sinar cahaya tidak diganggu oleh sebarang
objek, (Normally Closed Contacts). Pada pensuisan tanpa cahaya pengesan sinar terus,
keluaran penerima (receiver) akan terus disuiskan jika sinar cahaya melalui sebarang objek.

Fungsi pensuisan pada pengesan penyebaran optik (diffuse sensor) adalah seperti di
bawah:-

Teknik pensuisan cahaya (terang)


Keluaran tertutup, objek akan dikesan jika melalui sinar cahaya (keluaran keadaan terbuka)

Teknik pensuisan tanpa cahaya (gelap)


Keluaran terbuka, objek akan dikesan jika melalui sinar cahaya (keluaran keadaan tertutup)
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN OPTIK (OPTICAL PROXIMITY SENSOR)
PENGESAN SINAR-TERUS (THROUGH BEAM SENSORS)

Prinsip pengesanan dalam Jarak tindak balas pada


pengesan sinar – terus pengesan sinar – terus

Pengesan sinar – terus terdiri daripada susunan komponen pemancar (emitter)


yang berasingan di mana ia mempunyai jarak pengesanan yang luas. Bagi
mengelakkan gangguan pada sinar cahaya, sinar aktif pada kawasan
pengesanan hendaklah dilindungi. Objek yang akan melalui kawasan
pengesanan mestilah objek yang mempunyai kadar penembusan cahaya yang
minimum, tetapi boleh membalikkan semula cahaya.
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN OPTIK (OPTICAL PROXIMITY SENSOR)
PENGESAN UNJURAN PEMBALIKAN (RETRO-REFLECTIVE SENSORS)

Prinsip dalam pengesan Jarak tindak balas pada


unjuran pembalikan pengesan unjuran pembalikan

Cahaya pemancar dan cahaya penerima diletakkan dalam bekas yang


berasingan. Dan bahan yang boleh membalikkan sinar cahaya adalah
diperlukan. Gangguan pada sinar cahaya tidak semestinya diganti terus atau
resapan pantulan sesuatu benda. Benda / bahan tembus cahaya, cerah atau
bersinar mungkin tidak dapat dikesan. Objek cermin mestilah diletakkan pada
kedudukan yang tidak memberi kesan kepada penerima semasa pembalikan
cahaya dilakukan. Pengesan pembalikan mempunyai jarak yang baik jika
dibandingkan dengan pengesan resapan.
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN OPTIK (OPTICAL PROXIMITY SENSOR)
PENGESAN RESAPAN / PENYEBARAN OPTIK (DIFFUSE SENSORS)

Prinsip dalam pengesan Jarak tindak balas pada pengesan


resapan resapan atau penyebaran optic

Pemancar dan penerima ditetapkan / diletakkan pada bekas yang sama, objek yang
dikesan akan meresap dan memantulkan cahaya yang dipancar kemudian mengaktifkan
penerima. Keluaran akan disuiskan terus (fungsi keadaan terbuka) atau tidak disuiskan
(fungsi keadaan tertutup) adalah bergantung kepada bagaimana penerima dibina.
Keluasan jarak pensuisan adalah bergantung kepada pembalikan daripada objek. Saiz,
permukaan, bentuk, kepadatan dan warna sesuatu objek dan juga sudut pengesanan
akan menentukan kekuatan acahaya yang diresap. Latarbelakang cermin mestilah
mempunyai keupayaan menyerap, membiaskan atau memantulkan pancaran cahaya.
Contohnya, apabila objek tidak ada, sinar cahaya yang dipantulkan mestilah tidak
berkesan pada permukaan litar penerima.
ELECTRO-PNEUMATIC SYSTEM (SENSOR)
PENGESAN BERHAMPIRAN OPTIK (OPTICAL PROXIMITY SENSOR)

SIMBOL

Through-beam optical Optical Optical


sensor, Emitter and proximity proximity
receiver in separate sensor, sensor,
housing, Receiver with 2 Emitter and Receiver and
switching outputs receiver in one emitter in one
housing, 2 housing, 1
switching switching
outputs outputs

You might also like