You are on page 1of 2

13 November 2018

Menguji Kemahiran Pelajar KV Dalam Program Gotong-royong di Masjid Kampung Salang, Kuala
Lipis
Gotong-royong bersama pelajar Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Kuala
Lipis dengan AJK Masjid Kampung Salang, Kuala Lipis

Kuala Lipis 13 Nov – Khidmat komuniti adalah suatu aktiviti


yang perlu dipupuk dan diasuh untuk setiap generasi. Ini
kerana ia mampu mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan
sesama manusia dengan lebih murni. Selain itu, khidmat
komuniti ini dilaksanakan bagi mencungkil kemahiran pelajar
kepada masyarakat dalam aktiviti gotong-royong.

Ketua kursus khidmat komuniti, Mohamad Fahmie Ismail


berkata, program gotong-royong bukan sahaja menabur bakti
kepada masyarakat. Malah, ia juga mampu mengasah
kemahiran pelajar kolej vokasional serta mampu membaik
pulih fasiliti dan kemudahan di masjid ini.

Seramai 34 pelajar dan 4 pensyarah pengiring Kolej


Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Kuala
Lipis dengan jayanya melaksanakan akiviti gotong-royong
bersama AJK masjid.

Program yang dijalankan adalah sebahagian mata pelajaran


khidmat komuniti di kolej vokasional. Tambahan pula, mata
pelajaran khidmat komuniti dilaksanakan bagi melatih soft skill
dan kemahiran teknikal pelajar dengan masyarakat di luar
kolej vokasional. Kemahiran pelajar yang terlibat dalam
program gotong-royong ini adalah bidang Pemesinan Industri,
Automotif, Kimpalan, Binaan Bangunan, Elektrik dan
Elektronik.

You might also like