You are on page 1of 4

1.

0 Tema
Kebersihan Masjid Amanah Setiap Muslim

2.0 Nama Projek


Gotong-Royong Masjid Kampung Padang Nenas

3.0 tarikh / tempoh pelaksanaan projek

4.0 Sumber personel yang terlibat

5.0 Matlamat
Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberikan kesedaran terhadap masyarakat sekeliling
mengenai kepentingan menjaga kebersihan terutama di masjid yang merupakan rumah ibadat
bagi penganut Islam.
Melalui gotong royong ini juga, diharapkan pihak masjid akan lebih berusaha dalam
meningkatkan kebersihan kawasan sekitar masjid.
6.0 Objektif
Objektif program ini ialah :
i.

Membersihkan kawasan sekitar masjid

ii.

Mengemas peralatan yang terdapat di dalam masjid

7.0 Pelaksanaan Projek


Projek Khidmat Masyarakat ini telah dijalankan secara berseorangan. Oleh itu, tiada
jawatankuasa dibina. Saya memulakan pelaksanaan projek ini dengan memilih tema bagi projek
khidmat masyrakat ini. Setelah mengambil kira beberapa aspek, saya telah memilih tema yang
berkaitan dengan kebersihan masjid. Setelah mempunyai tema bagi projek ini, saya telah
meninjau beberapa masjid yang sering dilewati untuk memilih tempat dijalankan projek khidmat
masyarakat ini. Setelah menimbangkan beberapa aspek, saya telah memilih Masjid Kampung
Padang Nenas sebagai lokasi projek khidmat masyarakat ini.
Setelah selesai memilih lokasi, saya menyediakan satu kertas kerja yang akan
ditunjukkan kepada jawatankuasa Masjid Kampung Padang Nenas. Kertas kerja ini adalah
penting untuk memaklumkan kepada mereka mengenai projek ini serta meminta kebenaran
daripada pihak mereka untuk melaksanakannya.
Setelah pihak masjid tersebut meluluskan kertas kerja tersebut, saya menyenaraikan
kesemua barang keperluan yang diperlukan semasa menjalankan projek khidmat masyarakat ini.
Walaupun pihak masjid telah bersetuju untuk menyediakan segala kelengkapan, saya tetap
menyediakan kelengkapan saya sendiri sebagai persediaan sekiranya kelengkapan yang
disediakan tidak mengcukupi.
8.0 Perancangan
Sebelum memulakan projek khidmat masyarakat ini, saya telah merancang beberapa
aktiviti yang akan dijalankan semasa projek ini berjalan. Berikut merupakan antara sub-sub
aktiviti yang akan dijalankan
Bil.

Perkara

1.

Membersihkan perkarangan lantai masjid

2.

Membersihkan tempat mengambil wudhuk

3.

Menyusun dan mengemas peralatan dan al-Quran yang terdapat di dalam masjid

4.

Membersih perkarangan tandas masjid

5.

Membersihkan kawasan sekitar luar masjid

9.0 Pelaksanaan Aktiviti


Berikut merupakan jadual pelaksanaan aktiviti bagi projek khidmat masyarakat
Masa

Perkara

Catatan

8.00 a.m

Membersihkan perkarangan lantai masjid

Terdapat pasir dan habuk di sekeliling


kawasan kaki lima dan lantai masjid.
Saya telah menyapu pasir dan habuk
tersebut dan memastikan keadan lantai
bersih.

8.45 a.m

Membersihkan tempat mengambil wudhuk

Sebahagian kawasan mengambil wudhuk


telah ditumbuhi lumut dan terdapat
sedikit sampah yang menyebabkan
saluran air tersumbat. Saya
membersihkannya menggunakan mop
dan membuang sampah yang berada di
dalam saluran air.

9.30 a.m

Menyusun dan mengemas peralatan dan al-

Sebahagian daripada peralatan di dalam

Quran yang terdapat di dalam masjid

masjid seperti tikar, penyapu dan sejadah


berada dalam keadaan yang tidak
tersusun. Saya telah mengemaskannya
dan menyusunnya ke dalam almari yang
telah disediakan. Saya juga telah
mengemas kedudukan al-Quran supaya
kelihatan teratur.

10.00 a.m
10.15

Rehat
Membersih perkarangan tandas masjid

Keadaan tandas masjid agak bersih dan


terjaga rapi. Namun, saya tetap
membersihkan sebahagian kawsan
seperti kawasan lubang tandas dan
dinding yang diselaputi lumut.

11.00 a.m

Membersihkan kawasan sekitar luar masjid

beberapa ranting kayu dan daun-daun


kering kelihatan di atas tanah di
perkarangan masjid. Saya telah
mengumpulkannya di satu tempat bagi
memudahkan pihak masjid
membunagnya atau membakarnya.

10.0 Refleksi

11.0 Cadangan/Komen
12.0 Penghargaan

You might also like