You are on page 1of 12

Isi Kandungan

BIL PERKARA ISI KANDUNGAN


1. Muka Depan 1
2. Isi Kandungan 2-3
3. AKTIVITI 1: SOALAN A
1. 1.0 Dokumentasi 4
Perancangan dan
Pelaksanaan Khidmat
Masyarakat dalam
ruangan tertutup.
2. 1.1 Tema 4
3. 1.2 Nama Aktiviti 4-5
4. 1.3 Tarikh 5
Pelaksanaan Projek
5. 1.4 Ahli Kumpulan 6
Projek
6. 1.5 Peserta Terlibat 6
7. 1.6 Matlamat dan 6
Objektif
8. 1.7 Pelaksanaan 7
Projek
9. 1.8 Perancangan dan 7
Pelaksanaan Aktiviti
10. 1.9 Penjelasan 8-9
Sebelum dan Selepas
Pelaksanaan Aktiviti
11. 1.10 Penghargaan 9
4. Aktiviti 2: Soalan B
1. 2.0 Rakaman Audio Visual 9
5. Aktiviti 3: Soalan C
1. 3.0 Menulis Jurnal 9-11
Reflektif

1
6. Aktiviti 4: Soalan D
1. 4.0 Menjawab Soalan Esei 11-12
7. Rujukan 13

2
Aktiviti 1: Soalan A

1.0 Dokumentasi perancangan dan pelaksanaan khidmat masyarakat dalam ruangan


tertutup.

Dalam E-buku Khidmat Masyarakat (MPU3412), Topik 1, khidmat masyarakat adalah


kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta
tujuan tertentu. Khidmat masyarakat ini harus dilaksanakan dengan sempurna bagi
menghasilkan suatu hasil ataupun output yang berguna. Aktiviti khidmat masyarakat ini amat
digalakkan dilakukan secara berkumpulan bagi memberikan hasil yang baik dan kesan yang
positif kepada komuniti setempat. Khidmat masyarakat ini juga adalah aktiviti yang amat
penting bagi memupuk semangat harmoni dan muhibbah sesama penduduk setempat bagi
mengelakkan sebarang masalah atau salah faham sesama sendiri.

1.1 Tema

Tema bagi program khidmat masyarakat kali ini ialah gotong-royong dengan tema,
“Rumah Bersih, Keluarga Sihat” iaitu dikawasan perumahan pengkaji di Taman Nuri,
Sandakan, Sabah. Objektif program ini adalah bagi melahirkan rasa bertanggungjawab dalam
menjaga kebersihan rumah sendiri dan mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga, kerana
sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan masa bersama keluarga amatlah
terhad kerana kesibukkan bekerja. Maka dengan wujudnya aktiviti seperti ini, masa bersama
keluarga dapat terluang dan dapat mengeratkan lagi silaturahim.

1.2 Nama Aktiviti

Nama aktiviti khidmat masyarakat yang dipilih ialah “Program Khidmat Masyarakat
di Kawasan Perumahan Taman Nuri, Sandakan, Sabah” yang dilaksanakan bersama ahli
keluarga. Aktiviti gotong-royong bersama ahli keluarga adalah hal yang terindah bagi semua
ahli keluarga kerana dapat meluangkan masa bersama-sama dan dapat saling bantu-
membantu.

Aktiviti khidmat masyarakat seperti ini dapat memastikan keadaan kawasan


perumahan bersih dan tidak lagi dipenuhi oleh sampah-sampah, semak-samun dan
membersihkan takungan air yang menjadi pembiakan nyamuk jika dibiarkan. Kebersihan

3
dikawasan rumah adalah sangat penting dan amat ditekankan kebersihannya oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bukan itu sahaja, ketika gotong-royong di rumah
dilakukan, bukan sahaja lantai yang perlu dibersihkan, namun, permukaan rumah juga perlu
dibersihkan dengan kerap. Mengikut penyelidikan, virus COVID-19 berupaya hidup pada
permukaan bukan hanya untuk tempoh 24 jam, bahkan sehinggan 2 ke 3 hari. Permukaan
yang dimaksudkan itu ialah, tombol pintu, permukaan meja, kaunter dapur, tandas duduk dan
alat kawalan barangan elekronik seperti televisyen atau penghawa dingin.

Menjaga kebersihan bukan setakat ditempat awam sahaja yang penting. Menjaga
kebersihan dirumah juga amat penting lagi-lagi ketika wabak COVID-19 masih tular seperti
sekarang ini. Melalui laman web Hello Doktor, mencuci dan disinfeksi adalah perkara yang
amat penting dalam pencegahan penularan COVID-19. Pusat Kawalan dan Pencegahan
Penyakit (CDC) menyarankan orang ramai untuk membuat pembersihan rumah walaupun
tiada individu sakit atau mempunyai symptom jangkitan COVID-19 di rumah. Mencuci
adalah menyingkirkan bahan tercemar pada permukaan dan pembasmian adalah tentang
membunuh pathogen yang berbahaya.

Saya berharap aktiviti bersama ahli keluarga ini dapat diteruskan untuk hari-hari
seterusnya. Jarang sekali kita dapat lihat sebelum-sebelum ini ada ahli keluarga yang
bergotong-royong bagi membersihkan halaman rumah, saya berharap selepas ini walaupun
bukan disebabkan penularan penyakit, amalan mula bergotong-royong bersama ahli keluarga
dapat diteruskan. “Mencegah lebih baik daripada merawat” dan sama-sama menghentikan
penularan COVID-19 ini daripada merebak dengan cepat.

1.3 Tarikh perlaksanaan projek

Tarikh : 22 Ogos 2020

Masa : 8.30 pagi

Hari : Sabtu

Tempat : Kawasan Perumahan Taman Nuri, Sandakan, Sabah.

4
1.4 Ahli Kumpulan Projek

Ahli kumpulan projek ini terdiri saya, Cik Noremma Ardiatul binti Mohamad Arpah, selaku
pelajar Open Univerisiti Malaysia (OUM) Sandakan, Sabah, dengan dibantu oleh ahli
keluarga saya sendiri dalam menjayakan projek ini.

1.5 Peserta Terlibat

a). Ahli Keluarga

1.6 Matlamat dan Objektif

Matlamat:

 Menanam semangat melakukan kerja-kerja kebajikan bersama ahli keluarga.


 Menjadikan “Rumah Bersih, Keluarga Sihat” bukan sekadar kata-kata sahaja.
 Memupuk sikap sukakan kebersihan dihati bersama ahli keluarga.
 Melahirkan hubungan interaksi dan silaturahim sesama ahli keluarga.

Objektif:

 Mewujudkan kawasan perumahan yang bersih dan bebas daripada sebarang penyakit,
salah satunya pembiakan nyamuk aedes didalam takungan air.
 Mendedahkan kepada ahli keluarga dan seterusnya jiran-jiran bahawa program
khidmat masyarakat ini penting dalam menjaga keharmonian sesama sendiri.
 Memupuk sahsiah murni dalam ahli keluarga.
 Merapatkan hubungan silaturahim dalam ahli keluarga.

5
1.7 Pelaksanaan Projek

Setiap projek yang bakal dijalankan perlulah dirancang dengan baik dan teliti agar
projek dapat dilaksanakan berdasarkan matlamat dan objektif yang jelas. Sekiranya
perancangan itu teratur dan mempunyai jalan rancangan yang baik, maka, kelancaran sesuatu
majlis atau projek berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya, projek yang sudah
dirancang dari awal dapat membuahkan hasil yang maksimum.

a) Penaung : Mohamad Arpah bin Onarsah


b) Penasihat : Rohaidah binti Malik
c) Pengarah Projek : Noremma Ardiatul binti Mohamad Arpah
d) Setiausaha : Nor Enna Haidatul binti Mohamad Arpah
e) AJK Peralatan dan Teknikal : Nor Syahkirah binti Mohamad Arpah
f) AJK Keselataman : Mohamad Armizan Shah bin Mohamad Arpah
g) AJK Keceriaan : Nor Syahwaliana binti Mohamad Arpah
h) AJK Makan dan Minum : Mohamad Hafizzan Shah bin Mohamad Arpah

1.8 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti

MASA AKTIVITI
7:30 pagi Bersarapan bersama ahli keluarga.
8:15 pagi Melakukan aktiviti senaman bersama ahli
keluarga.
8:30 pagi Aktiviti bermula:
Program khidmat masyarakat bersama ahli
keluarga bermula.
a) Mencuci kereta.
b) Membersihkan halaman rumah.
c) Membersihkan sawang labah-labah.
d) Mengemas dan menyapu garaj rumah.
12:00 tengahari 1. Makan tengahari.
2. Solat Zohor.
3. Bersurai.

6
1.9 Penjelasan Sebelum dan Semasa Pelaksanaan Aktiviti

Aktiviti khidmat masyarakat iaitu bergotong-royong bersama ahli keluarga ini


merupakan satu langkah yang baik untuk meluangkan masa bersama-sama dan dapat
memupuk hubungan silaturahim yang erat serta mengelakkan daripada melakukan aktiviti
yang sia-sia. Gotong-royong merupakan daripada istilah Indonesia yang membawa maksud
bekerjsama untuk mencapai hasil yang diinginkan untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan
tertentu yang dianggap berguna untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama (Wikipedia,
(t.t)).

Namun, perbuatan gotong-royong ini semakin pudar dek peredaran zaman. Semakin ke
depan zaman, semakin dilupakan perbuatan gotong-royong ini juga mampu mengeratkan
silaturahim. Maka, dengan itu, saya dengan ahli keluarga saya melakukan gotong-royong di
rumah atau dalam ruangan tertutup ketika PKP ini. Seperti sedia maklum, perbuatan gotong-
royong ini adalah amalan mulia. Sebelum pandemik COVID-19 ini berlaku, jarang sekali
untuk membersihkan halaman rumah kerana kesibukkan kerja dan masa yang sentiasa terhad
untuk bersama keluarga. Selepas pandemik ini terjadi, masa amatlah banyak terluang, maka
dengan itu, saya dengan ahli mengambil keputusan untuk melakukan gotong-royong bersama.

Pandemik COVID-19 ini amat berbahaya dan membawa maut, sejak itu pihak kerajaan
menyarankan agar semua rakyat sentiasa mengamalkan kebersihan tidak kira dimana sahaja
berada. Salah satunya, menjaga kebersihan rumah dan ahli keluarga. Melakukan cucian dan
membasmi bakteria. Membersihkan permukaan seperti tombol pintu terlebih dahulu. Tombol
pintu adalah perkara pertama kita sentuh sebelum memasuki rumah. Mengelap tombol pintu
dengan menggunakan air sabun atau semburan pencuci. Ketika membuat semburan pastikan
menggunakan produk semburan yang betul dan bersesuaian. Dengan mengamalkan amalan
membersihkan halaman rumah ini, dapatlah membantu mencegah penularan COVID-19
kepada saya dan ahli keluarga.

Bukan itu sahaja, menguruskan sampah dengan baik juga adalah salah satu sebahagian
daripada membersihkan halaman rumah. Meskipun menguruskan sampah dengan baik
dianggap perkara kecil, namun besar kesannya jika dilakukan dengan berterusan dalam
kehidupan kita. Cuba bayangkan kita bersihkan setiap permukaan yang ada dirumah sebab
takutkan COVID-19, tetapi, menguruskan sampah pula tidak begitu diambil berat, maka
samalah juga pengakhiran ceritanya, kebersihan tetap tidak terjaga sepenuhnya. Setelah

7
aktiviti ini dijalankan, hubungan silaturahim bersama keluarga makin erat kerana lahirnya
sifat bantu-membantu dan dapat meluangkan masa bersama.

Akhirnya, mengamalkan kebersihan ini juga amat dituntut dalam Islam. Jelas dan
teranglah matlamat program ini dalam menjaga kebersihan selama pandemik COVID-19 ini
berlaku dan mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga. Sama-samalah memyahut saranan
kerajaan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan ahli keluarga. Amalan kebersihan ini dan
gotong-royong ini perlulah disemai sejak dari awal lagi supaya menjadi ikutan anak-anak
pada masa akan datang dan bukan hanya ketika pandemik COVID-19 ini sahaja.

1.10 Penghargaan

Setinggi penghargaan kepada ahli keluarga saya kerana dapat menjayakan program ini
dengan baik dan penuh dengan kerjasama daripada mereka semua. Semoga semangat seperti
ini dapat diteruskan pada generasi seterusnya agar sifat suka akan kebersihan terus
berlanjutan dan hubungan silaturahim dapat dijaga dengan baik.

Aktiviti 2: Soalan B

2.0 Rakaman Audio Visual

Sila rujuk pautan capaian rakaman di YouTube https://youtu.be/6pJsfpRG4pU untuk lanjutan


Aktiviti 2.

Aktiviti 3: Soalan C

3.0 Menulis jurnal reflektif

Mengikut Kamus Dewan, kebersihan bermaksud keadaan bersih dan silaturahim pula
ialah tali atau perhubungan secara bersaudara atau persahabatan. Gotong-royong pula adalah
sama-sama mengerjakan sesuatu, saling membantu ketika membuat sesuatu atau bekerjasama
menyiapkan sesuatu tugasan bersama. Amalan kebersihan dan gotong royong ini sudah lama
dipraktikkan sejak dari dulu lagi, namun, oleh kekangan masa dan peredaran zaman ia

8
menjadi program bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga atau pun
persahabatan. Maka, apakah kebaikan yang kita perolehi daripada aktiviti ini ketika
pandemik COVID-19?

Matlamat projek ini adalah untuk menanam semangat melakukan kerja-kerja kebajikan
bersama ahli keluarga. Kerja-kerja kebaikan seperti bergotong-royong bersama mampu
membawa kepada aktiviti kemasyarakatan yang lain, contohnya, majlis sambutan perayaan
atau perjumpaan bulanan komuniti. Manfaat amalan ini mewujudkan semangat positif dalam
kalangan keluarga dan masyarakat untuk memastikan sesuatu tugasan itu dapat diselesaikan
dengan jayanya dan berkesan.

“Rumah Bersih, Keluarga Sihat” adalah tema untuk projek saya pada kali ini. Saya ingin
membuktikan bahawa tema tersebut bukan sekadar ayat atau kata-kata sahaja. Melakukan
pembersihan dirumah bersama ahli keluarga merupakan perkara yang terbaik sebelum
mempraktikkannya diluar rumah bersama orang lain, kerana semuanya bermula dari rumah.
Memupuk kebersihan dari rumah adalah penting. Pandemik COVID-19 pada tahun 2020 ini
sangat mengejutkan ramai orang dan boleh dikatakan seluruh negara. Pihak kerajaan
menyarankan semua rakyat Malaysia supaya menjaga kebersihan setiap masa, sama ada
dirumah atau diluar rumah.

Menjaga kebersihan sewaktu pandemik ini adalah suatu kewajiban bagi membendung
penularan wabaknya daripada terus merebak. Jika ibu bapa menerapkan sikap sukakan
kebersihan dari awal, maka anak-anak pun akan terikut. Menjadi seorang yang pembersih
bukanlah susah tetapi melatih diri itu yang susah. Semoga dengan program gotong-royong
ini, dapatlah membuka mata ahli keluarga yang lain bahawa kebersihan ruang rumah sama
ada dalam atau luar adalah penting, dan dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit-
penyakit yang tidak diingini.

Selain itu, hubungan silaturahim juga dapat dieratkan. Mengamalkan amalan gotong-
royong sesama ahli keluarga dapat melihat bagaimana kita berinteraksi sesama kita, sama ada
tua dengan muda, tua dengan tua atau pun muda dengan muda. Hubungan keluarga menjadi
lebih mesra, saling bantu membantu bagai aur dengan tebing dan dapat membentuk ukhuwah
yang kukuh dan ampuh.

Kesimpulannya, amalan yang murni ini harus digalakkan terutama dalam kalangan ahli
keluarga yang sentiasa mempunyai masa yang terhad bersama keluarga. Dengan aktiviti

9
seperti ini mungkin mereka boleh meluangkan masa sedikit bersama ahli keluarga mereka
yang lain. Hidup berkeluarga amat penting agar tiada yang boleh pisahkan dan kehidupan
sentiasa harmoni dan bahagia.

Aktiviti 4: Soalan D

4.0 Menjawab soalan esei

Dari petikan artikel Kementerian Kesihatan Malaysia, Orang Kurang Upaya (OKU)
adalah mereka yang tidak dapat menguruskan kehiudpan sehariannya dengan sempurna
akibat daripada masalah mental dan fizikal. Antara contoh OKU adalah, kecacatan
penglihatan, kecacatan pendengaran, dan kecacatan fizikal seperti cerebral palsy, stroke dan
muscular dystrophy. Kekurangan ini mampu menjejaskan mereka pada masa-masa tertentu
dalam hidupnya tanpa dia sedari.

Saya telah ditugaskan oleh pihak atasan untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat
yang menyasarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan saya berhasrat ingin membawa
rakan saya bersama untuk melakukan kerja amal tersebut. Saya meyakinkan beliau dengan
cara yang senang beliau fahami dan boleh membuka mata beliau tentang OKU.

Perkara pertama ialah, saya akan mengalakkan beliau untuk mendaftar sebagai ahli kelab
atau program-program yang disahkan oleh kerajaan. Program swasta dan kerajaan yang
diiktraf seperti 1M4U, Duta Belia, Rakan Muda, PROSTAR, Doktor Muda, dan PROSIS.
Dengan penglibatan beliau secara langsung ke dalam salah satu program atau menjadi ahli
kelab, adalah menjadi satu titik tolak bermulanya sumbangan beliau kepada masyarakat
dengan melibatkan diri dalam program tersebut dan memperkenalkan kepada orang ramai
mengenai golongan OKU yang mana masih ramai lagi tidak tahu. Program-program ini
diwujudkan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan adalah sebagai sebab agar orang muda
tidak melakukan perkara yang sia-sia (Dr. Nik Rubiah N.AR, 5 Jun 2015)

Seterusnya, kita sebagai individu yang normal harus menunjukkan nilai-nilai murni
kepada golongan OKU. Setiap individu mempunyai tanggunjawab membantu OKU tidak
bangsa, warna kulit dan warna rambut. Nilai-nilai murni yang boleh dilakukan adalah
mengajar golongan OKU melintas jalan, mengajar mereka menaiki bas atau teksi. Tambahan
pula, sekarang teknologi makin maju, seseorang individu juga boleh mengajar mereka

10
bagaimana hendak membuat tempahan Grab Car melalui Aplikasi Grab. Mungkin akan
wujud permasalahan ketika mengajar mereka membuat tempahan atas talian seperti Grab Car,
kerana ada sesetengah golongan OKU tidak pandai membaca dan lamabat membaca.

Hal seperti ini amat membantu mereka agar mereka tidak mudah ditipu oleh orang yang
berniat jahat. Seperti yang kita ketahui dan sedari, berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul. Peluang yang luas itu perlulah diberikan sama rata kepada mereka dan janganlah
kita sisihkan mereka. Mereka juga ada keinginan berjaya seperti kita yang normal ini.

Seterusnya, membawa rakan saya menghadiri ceramah mengenai golongan OKU seperti
melihat tayangan visual dan kaedah penceritaan yang boleh digunapakai bagi meningkatkan
keyakinan dan keinginan tahu mengenai golongan istimewa ini. Maka, dengan adanya
ceramah atau kempen kesedaran golongan OKU ini, hak golongan OKU ini lebih terjaga dan
dihormati. Mereka akan rasa lebih dihargai dan dihormati oleh orang sekeliling.

Kesimpulannya, pendidikan mengenai golong OKU ini perlu diperkenalkan dari awal
lagi bagi pengetahuan umum agar masyarakat sentiasa berwaspada dan hak-hak golongan
istimewa ini dapat terjaga dengan lebih baik lagi. Bukan itu sahaja, semua pihak perlu
berganding bahu agar nasib golongan istimewa ini terbela dan terjaga. Mereka juga ingin rasa
diterima sama seperti kita, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakat diluar
sana.

11
RUJUKAN

1. Oo Cheng Keat. Edisi Pertama 2017 dan Edisi Kedua April 2018. (t.t). Khidmat
Masyarakat. MPU3412. Open Universiti Malaysia. Topik 1. Sub-topik 1.1
“Konsep Projek Khidmat Masyarakat”. Muka Surat 10. Dicapai daripada
https://drive.google.com/file/d/1xsBrUD_whsnsm-
FGVCUOMaQzsNNdnwqY/view
2. Asyikin Md Isa. 30 Jun 2020. Hello Doctor. “Takut bawa pulang COVID-19 ke
rumah dari tempat kerja? Ini cara pastikan ia tak terjadi!” Dicapai daripada
https://hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/penjagaan-kebersihan-rumah-
diri-covid/#gref
3. Wikipedia. (t.t). “Kerjasama bersama”. Dicapai daripada
https://id.wikipedia.org/wiki/Gotong_royong
4. Dr. Aminah Bee binti Mohd Kassim. 10 Mei 2012. Kementerian Kesihatan
Malaysia. “Kurang Upaya Secara AM” Dicapai daripada
http://www.myhealth.gov.my/kurang-upaya-secara-am/
5. Dr. Nik Rubiah bte Nik Abdul Rashid. 5 Jun 2015. Kementerian Kesihatan
Malaysia. “Peranan Remaja Dalam Masyarakat” Dicapai daripada
http://www.myhealth.gov.my/teens-role-in-community/

12

You might also like