You are on page 1of 2

NAMA: MUHAMAD KHAIRUDIN BIN MAHMUDIN

NO. MATRIK: D20162074842

LAPORAN AKTIVITI KOMUNIKASI BERKESAN

KELEBIHAN

Pada 17 Oktober 2019 yang lalu, saya telah menyertai aktiviti yang dikendalikan oleh
kumpulan 1 dalam Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (CPR 2011) yang diadakan di sekitar
DKP, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aktiviti tersebut disertai oleh semua pelajar yang
menyertai Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ini dimana aktiviti yang dikendalikan oleh
kumpulan 1 yang bertajuk “Komunikasi Berkesan”.

Antara kelebihan aktiviti yang dikendalikan oleh kumpulan 6 ini ialah sebelum
memulakan aktiviti, kumpulan ini mengadakan sedikit energizer yag sangat energetik dan
menarik. Saya berasa bersemangat kembali walaupun sudah letih dengan aktiviti daripada
kumpulan sebelumnya dengan gerakan-gerakan yang menarik membangkitkan adrenalin untuk
meneruskan aktiviti. Selain itu, melalui energizer tersebut juga dapat mendatangkan mood yang
baik dan keseronokan untuk mengikuti aktiviti yang mereka jalankan.

Selanjutnya, wakil kumpulan 1 menjelaskan serba sedikit berkenaan tajuk mereka iaitu
fasilitator. Saya memberi tumpuan sepenuhnya kerana saya merasakan tajuk ini boleh
dimanfaatkan pada masa akan datang jika saya berpeluang menjadi fasilitator. Penerangan
yang sangat jelas disamping slide powerpoint yang menarik dengan gambar dapat meransang
saya untuk memahami apa yang kumpulan tersebut ingin sampaikan. Dari segi bentuk
sehinggalah keberkesanan komunikasi “7K’ yang diterangkan oleh kumpulan 1 dapat saya
fahami dan teladani dengan baik.

Kemudian, berlangsung aktiviti “Copy paste my style” yang mana saya bersama
kumpulan diberi tugasan untuk menirukan gaya pergerakan yang diberikan oleh fasilitator
untuk disampaikan dalam kumpulan yang beratur sejajar. Orang yang paling hadapan
menerima maklumat berbentuk gerakan dan perlu disampaikan ke rakan di belakang dan
diulang sehingga sampai ke orang paling belakang. Aktiviti ini mengajarkan saya cara untuk
menerima dan menyampaikan komunikasi secara bukan lisan dimana saya perlu
menyampaikan maklumat tanpa mengeluarkan suara.
KELEMAHAN

Kelemahan yang saya kenalpasti daripada aktiviti “Copy paste my style” ini ialah saya
terlepas cakap ataupun mengeluarkan suara ketika saya menyampaikan aklumat kepada rakan.
Saya tidak fokus dengan arahan yang diberikan oleh fasilitator berkaitan perjalanan aktiviti.
Saya kurang memberi tumpuan ketika arahan disampaikan kerana terlalu teruja untuk
memulakan aktiviti tersebut. Perkara itu disedari oleh fasilitator dan saya diberi amaran agar
tidak mengulanginya lagi.

APA YANG DAPAT DARIPADA AKTIVITI

Setelah mengikuti aktiviti yang dijalankan, saya dapat mengetahui asas untuk
berkomunikasi dengan baik kerana kumpulan tersebut banyak mendedahkan bentuk-bentuk
komunikasi yang berkesan. Kemudian, saya juga dapat mengasah ingatan saya apabila dalam
aktiviti “Copy paste my style” saya perlu menyampaikan maklumat yang cukup sukar keran
memerlukan gerakan dan ingatan tentang gerakan tersebut. Saya melihat dengan teliti ketika
rakan di depan saya menyampaikan maklumat lalu saya mengingatnya satu persatu agar dapat
disampaikan dengan kepada rakan di belakang.

PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang mungkin dapat saya lakukan pada masa hadapan mungkin saya
akan lebih menumpukan perhatian ketika orang memeberikan arahan kepada saya agar tidak
berlaku silap komunikasi ketika melakuakn sesuatu yang diarahkan.

You might also like