You are on page 1of 2

Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun ini,saya pasti setiap sekolah

menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid.Antara


kemudahannya ialah sebuah koperasi.Koperasi yang dianggap tidak mempunyai faedah ini
sebenarnya mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-murid di sekolah.Tahukah anda apakah
maksud koperasi yang sebenar? Koperasi merupakan sebuah organisasi yang menjalankan urusan
perniagaan barangan dan perkhidmatan.Koperasi ditubuhkan megikut Akta Koperasi.Kopersi
ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung.Semua ahli koperasi
merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Setiap sekolah mesti mengadakan mesyuarat agung
koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya.Jelaslah di sini bahawa koperasi sekolah merupakan
sesuatu yang penting seiring dengan perkara-perkara lain.

        Kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat berniaga dalam kalangan murid.Hal
ini kerana apabila mereka berniaga di koperasi dan melayan murid lain membeli,mereka akan berasa
gembira dan akan melahirkan semangat suka untuk berniaga.Melalui koperasi,para murid
berpeluang mengetahui asas selok-belok dalam mengendalikan urusan perniagaan.Selain itu,ahli
koperasi iaitu murid-murid ini terlibat dalam aktiviti  jual beli,membuat akaun,pemasaran dan
pembekalan.Semangat berniaga tidak datang secara paksaan tetapi dengan sukarela kerana mereka
mengadakan aktiviti jual beli hampir setiap hari.Di samping itu,penguasaan matematik mereka juga
akan bertambah cekap kerana mereka sering mengira setiap kali pembelian dibuat.Jelaslah di sini
bahawa,koperasi sekolah mampu memupuk semangat untuk berniaga dalam diri murid-murid.

         Seterusnya,kebaikan koperasi sekolah ialah mengenakan harga yang murah pada setiap
barangan contohnya buku tulis,pen,pensil,kertas kajang dan sebagainya.Alatan-alatan pelajaran ini
merupakan satu keperluan rasmi bagi seorang murid untuk memulakan pembelajaran.Para murid
tidak akan mampu untuk belajar dengan baik jika kelengkapan mereka tidak cukup.Justeru
itu,mereka harus menyediakannya terlebih dahulu.Dengan adanya koperasi sekolah,sudah tentu hal
ini akan memudahkan mereka membeli barangan keperluan sekolah mereka.Harga yang murah juga
dapat membantu murid yang dari keluarga yang kurang senang untuk belajar.Hal ini kerana mereka
mampu untuk membeli peralatan tersebut.Sudah terang lagi bersuluh bahawa meletakkan harga
yang murah merupakan salah satu daripada kebaikan koperasi.

        Selain itu,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid.Hal ini kerana mereka tidak
perlu pergi ke kedai-kedai yang jauh daripada rumah mereka kerana hanya ingin memfotostat hanya
sehelai kertas.Sudah tentu perkara ini akan menjadi suatu beban buat mereka terutama mereka
yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan tersebut.Hal ini akan
memaksa mereka untuk mereka keluar ke bandar.Bagi murid yang keluarganya berpendapatan
rendah dan tiada pengangkutan seperti motorsikal atau kereta,mereka mungkin tidak akan
membuat kerja yang diberikan oleh guru mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain dan 
menginginkan kehidupan yang lebih selesa dan keluar dari belenggu kemiskinan tersebut.Dengan
adanya perkhidmatan fotostat di koperasi sekolah,perkara ini dapat membantu murid-
murid.Kesimpulannya,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid dengan perkhidmatan
yang disediakan.

       Di samping itu,koperasi sekolah dapat mengajar para murid untuk berjimat cermat.Hal ini kerana
apabila mereka membeli di koperasi,mereka tidak perlu menggunakan semua dari duit belanja yang
diberikan oleh ibu bapa mereka.Duit lebihan itu dapat mereka simpan dan duit tersebut boleh
digunakan  jika ada kecemasan contohnya berlaku kebakaran,ingin melakukan pembedahan dan
sebagainya.Amalan berjimat cermat ini juga harus diterapkan dalam kalangan murid sejak mereka
kecil lagi.kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Para murid harus menyimpan atau
menanbung kerana menabung merupakan satu amalan yang mulia.Mereka tidak perlu menyimpan
dalam kuantiti yangbanyak setiap hari.Kuantiti yang sedikit sepert 10 sen atan 50 sen sudah
memadai kerana sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap
berjimat cermat dapat dipupuk melalui koperasi sekolah.

        Kesimpulannya,koperasi sekolah bukan sekadar menjual dan membeli barang,malah memberi
banyak lagi faedah kepada kita.Dengan adanya koperasi,kita dapat melahirkanmurid yang lebih yakin
ketika berkomunikasi,pintar bergaul dan matang dalam membuat keputusan,murid-murid yang
selama ini kurang bercakap akan berani untuk menyuarakan pendapatnya.Selain itu,koperasi
sekolah juga dapat dijadikan sebagai orang tengah kepada guru dan murid ketika mahu berurusan
membuat tempahan buku dengan pembekal di luar,'Usaha tangga kejayaan,itulah gambaran bagi
sebuah koperasi kerana sudah berusha untuk menyediakan satu perkhidmatan yang dapat
memnudahkan murid dan guru.Marilah sama-sama kita renungkan tentang kebaikan koperasi di
sekolah.

You might also like