You are on page 1of 1

FAEDAH MELANCONG DALAM NEGARA

Generasi kini menghadapi pelbagai dugaan hidup lantaran bebanan kerja sehingga mereka
kurang meluangkan masa bersama orang tersayang. Rakyat Malaysia sentiasa menanti
perkhabaran gembira daripada kerajaan agar mereka dapat bebas bergerak untuk melancong
ke pelbagai destinasi pelancongan tempatan selaras ikutan dengan isu pandemik COVID-19.
Sesungguhnya, aktiviti melancong dalam negara merupakan salah satu terapi terbaik untuk
masyarakat bebas daripada tekanan.

Tanpa kita sedari, aktiviti pelancongan dalam negara dapat memberi peluang kepada kita
untuk mengenali budaya dan warisan negara. Kepelbagaian suku kaum telah menjadikan
Malaysia sebuah negara yang memiliki keunikan dari segi budaya, kesenian, makanan, dan
perayaan. Dengan melancong ke destinasi tempatan, kita dapat mengenali, mengetahui dan
memahami budaya bangsa, suku kaum yang terdapat di negara kita. Oleh itu, kita tidak
seharusnya melepaskan peluang keemasan jika berpeluang melancong dalam negara.

Selain itu, aktiviti melancong ke destinasi tempatan mampu menjana pertumbuhan


ekonomi negara. Hal ini demikian kerana industri pelancongan negara telah membuka
peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakayat Malaysia. Kepesatan perkembangan
industri pelancongan tempatan negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan apabila
industri perhotelan, inap desa, taman tema, restoran dan pengangkutan telah bertapak di
destinasio pelancongan tempatan. Dengan ini, penduduk tempatan berpeluang mengisi
kekosongan pekerjaan dan membuka perniagaan kecil-keciolan seperti gerai buahan, gerai
cenderamata dan lain-lain.

Tambahan itu, aktiviti pelancongan dalam negara tidak memerlukan perbelanjaan yang
besar dan kos tinggi berbanding aktiviti pelancongan ke luar negara kerana melibatkan kadar
pertukaran mata wang asing. Kos penginapan, sewa kenderaan, perbelanjaan makan dan
minum di destinasi pelancongan tempatan sangat murah. Aktiviti pelancongan dalam negara
dapat menjimatkan wang untuk kegunaan lain sekaligus meningkatkan pendapatan penduduk
tempatan.

Seterusnya, Aktiviti pelancongan dalam negara mampu menjadi wahana untuk


merapatkan hubungan kekeluargaan terutamanya bagi ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja
mencari rezeki sehingga mengorbankan masa bersama keluarga. Pelancongan ke destinasi
tempatan menyebabkan ibu bapa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar malah
anak-anak dapat merasai keseronokkan apabila melakukan aktiviti yang dirancang dalam
pakej pelancongan seperti aktiviti menyelam, menaiki bot, bermain payung terjun dan lain
lain.Tegasnya, aktiviti pelancongan ini bagai serampang dua mata kerana ibu bapa dapat
membawa seluruh keluarga melancong di samping merapatkan hubungan kekeluargaan.

Sesungguhnya, banyak manfaat jika rakyat melancong di dalam negara. Oleh itu, semua
pihak sewajarnya mengunjungi destinasi pelancongan tempatan agar dapat memupuk rasa
cinta akan negara serta bertanggungjawab untuk memastikan destinasi pelancongan
tempatan tidak sekadar menjadi gajah putih yang akan terbiar lalu usang ditelan zaman.

You might also like