You are on page 1of 28

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

KEMENTERIAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL,


PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 4
KOD DAN NAMA
PROGRAM / E-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION AND
PROGRAM’S CODE & MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / E-320-2:2012/C02-SINGLE PHASE WIRING INSTALLATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING SPECIFICATIONS
AND PROCEDURES
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS,
EQUIPMENT AND MATERIALS
3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING SYSTEM
NO. DAN PERNYATAAN INSTALLATION
AKTIVITI KERJA / WORK 5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
ACTIVITIES NO. AND (METALLIC OR INSULATED) INSTALLATION
STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES
INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(4/10)
Drp / of : 28

TAJUK : MENJALANKAN PEPASANGAN SISTEM PEMBUMIAN PENDAWAIAN SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai pepasangan sistem pembumian
bagi pendawaian satu fasa
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

PENERANGAN :
4.1 JENIS SISTEM PEMBUMIAN

Jenis-jenis sistem pembumian ada kaitan dengan punca bekalan pengguna yang
dibekalkan oleh pihak berkuasa bekalan. Di antaranya yang diluluskan oleh IEE ialah
seperti berikut :
i. Sistem TT.
ii. Sistem TN – S.
iii. Sistem TN – C – S.
iv. Sistem TN – C.
v. Sistem IT.

4.2 FUNGSI PEMBUMIAN


Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam
pemasangan elektrik dengan jisim bumi.
Kebaikan sistem pemasangan disambung ke bumi.
i. Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi.
ii. Semua logam yang telah dimasukkan, satu laluan yang disediakan bagi arus
bocor ke bumi dan memutus litar.
Kekurangannya.

i. Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap


adalah
mahal.
ii. Bagi sistem TT di mana punca bumi tidak disediakan oleh pembekal,
sekiranya salah
satu pengalir bumi sambungan putus atau tercabut maka tidak ada lagi laluan
arus bocor ke jisim bumi, ini akan membahayakan pengguna
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

4.3 PROSEDUR PEMBUMIAN


Langkah-langkah Pengujian

1. Sambungkan palam 3 pin alat penguji pada soket alir keluar dan sambungkan (ON)
suis soket tersebut.

2. Periksa sambungan pendawaian adalah betul dengan melihat lampu penunjuk neon.
Keterangan lampu penunjuk neon adalah seperti berikut:

Pendawaian betul Kekutuban terbalik Bumi tak bersambung

malap

Neutral tak bersambung Hidup tak bersambung Hidup dan Bumi terbalik

Lampu menyala Lampu tak menyala

Rajah 1: Menunjukkan keputusan lampu penunjuk neon

3. Setkan jarum penunjuk pada kedudukan infiniti (∞) dengan memusingkan nob di
belakang alat penguji.

4. Pastikan lampu penunjuk pada kedudukan L-E dan L-N menyala dimana ujian boleh
dijalankan. Tekan butang penguji dan ambilkan bacaannya.

5. Bacaan yang diambil tadi hendaklah dikira nilai galangan sebenar dengan
mengunakan formula yang telah dinyatakan diatas.

6. Sebelum menjalankan ujian, jika jarum penunjuk berada pada kedudukan angka “O”
kurang tepat, ianya boleh dilaraskan dengan memusingkan pelaras “O” dibelakang
alat penguji tersebut. Kedudukan jarum penunjuk pada angka “O” yang kurang tepat
akan memberikan nilai bacaan yang kurang tepat dan pengiraan nilai galangan juga
menjadi tidak tepat
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Kadaran Arus (ampere) Voltan litar (bekalan)

Pemutus Litar Fius 200V 220V 240V

30 15 4.4 4.9 5.3

60 30 2.2 2.5 2.6

120 60 1.1 1.2 1.3

Jadual 1 : Jadual nilai gelung fasa-bumi maksima yang dibenarkan

Ujian Rintangan Elektrod Bumi.

Ujian rintangan elektrod bumi dijalankan bagi mengukur galangan elektrod yang ditanam
mempunyai nilai rintangan yang rendah dan mengetahui keberkesanan pembumian
sesuatu pemasangan serta menjamin keselamatan pengguna dan peralatan elektrik.
Ianya juga bagi mengetahui kedudukan elektrod yang ditanam itu bersesuaian atau
tidak. Terdapat tiga peringkat apabila melakukan pengujian ini. Alat penguji yang
digunakan ialah Penguji Bumi.

Langkah-langkah Pengujian.

Rajah 2 : Menunjukkan cara sambungan pacang elektrod


Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

a. Pengujian Peringkat Pertama.

Sambung alat penguji dengan mengunakan kabel bumi pada elektrod bumi sebenar
yang hendak diuji (ditanda X), dua elektrod tambahan dimana kabel berwarna kuning
disambung pada elektrod tambahan 1 (ditanda Z) dan kabel berwarna merah,
padaelektrod tambahan 2 (ditanda Y).

1. Jarak di antara elektrod sebenar dengan elektrod tambahan 1 dan 2 adalah


mengikut alat penguji yang digunakan.

Periksa bateri alat penguji- Setkan suis pada kedudukan “B” , tekan butang uji.
Jarum penunjuk mestilah pada kedudukan garisan biru, jika tidak ia menandakan
bateri sudah lemah dan perlu diganti.

Periksa voltan pembumian- Setkan suis pada kedudukan “V” dan jarum penunjuk
mestilah menunjukkan nilai voltan kurang dari 10V (jangan tekan butang uji).

Pengukuran (Ω)- Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka
menunjukkan bacaan “0”. Ambilkan (catitkan) bacaan rintangan yang
ditunjukkanoleh pelaras ohm.

2. Bagi memastikan bacaan rintangan pertama yang dilakukan tepat atau memastikan
tiada pertindihan rintangan pada X, Y dan Z, ujian peringkat kedua dan ketiga
hendaklah dilakukan.

Elektr od bumi
Elektrod tambahan
yang diuji

X Z Y
Alat Penguji Bumi

12 meter 12 meter

Rajah jarak elektrod tambahan

Rajah 3 : Menunjukkan jarak penambahan elektrod tambahan


Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

b. Pengujian peringkat kedua

1. Ubah jarak pancang elektrod tambahan Z dari jarak asalnya ke elektrod bumi (X)
dan elektrod tambahan Z akan menjadi Z 1.

2. Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan angka
“0” dan ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan olleh pelaras ohm.

Ubah kedudukan
elektrod tambahan
EC P Z 1 kepada
kedudukan Z 2
berhampiran
X Z1 Z elektrod tambahan Z2 Y
Y
Alat Penguji Bumi

6 meter 6 meter 6 meter 6 meter

Rajah jarak elektrod tambahan Z 2 yang diubah

Rajah 4: Menunjukkan jarak elektrod tambahan Z2 yang diubah

c. Pengujian peringkat ketiga.

1. Ubah jarak pancang Z1 dari jarak asalnya (Z) berhampiran ke elektrod tambahan Y
dan elektrod tambahan (Z1) akan menjadi Z2

2. Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan angka
“0”dan ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras ohm.

Bacaan peringkat kedua dan peringkat ketiga mestilah sama dengan bacaan peringkat
pertama. Sekiranya berbeza bacaannya, ujian perlu dilakukan semula dimana jarak
elektrod bumi X dan elektrod tambahan Y dijauhkan lagi.

Nilai rintangan elektrod bumi

Catitkan bacaan peringkat pertama, kedua dan ketiga


Campurkan semua nilai bacaan tersebut dan bahagikan dengan tiga.
Nilai yang didapati adalah nilai rintangan yang sebenar.
Nilai rintangan yang didapati mestilah tidak melebihi 10Ω

Nilai rintangan elektrod bumi = B1 + B2 + B3 = <10 ohm


-----------------
3
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

B1- Bacaan peringkat pertama


B2- Bacaan peringkat kedua
B3- Bacaan peringkat ketiga

Cara-cara mengelakkan kebocoran ke bumi

i. Bertebat sepenuhnya.
ii. Bertebat dua lapis
iii. Memasukkan semua logam yang terdedah.
iv. Mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian alat yang
membawa arus.
Perkara-perkara yang perlu dibumikan
i. Semua struktur logam dalam sistem pendawaian yang bukan membawa
arus seperti pelapik logam, konduit, salur, sesalur dan lain-lain.
ii. Semua struktur logam yang terdedah bagi semua radas termasuk yang
bukan berkaitan dengan elektrik seperti paip air, rangka rumah dan lain-
lain.
Perkara-pekara yang tidak perlu dibumikan
i. Klip logam apabila memasang kabel.
ii. Penutup logam lampu.
iii. Rantai logam untuk gantungan lampu atau peralatan.
iv. Peralatan lampu antik yang diperbuat daripada logam.
v. Logam kecil seperti skru, pelit nama dan lain-lain.

4.2.10 Istilah-istilah pembumian


i. Pengalir perlindungan (pengalir keterusan bumi).
ii. Pengalir bumi.
iii. Terminal pembumian utama pengguna.
iv. Elektrod bumi.
v. Pengalir ikatan.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Rajah 5: Pengalir perlindungan.

i. Pengalir perlindungan yang dulunya dikenali sebagai pengalir keterusan bumi. Ia adalah
suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir (logam) dalam
pemasangan ke terminal utama pembumian. Dan ini termasuklah pengalir pembumian dan
pengalir ikatan.
ii. Terdapat dua cara menentukan saiz luas keratan rentas pengalir perlindungan litar
dalam sesuatu pemasangan pengguna.
Konduit boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan. Pengalir
perlindungan berasingan perlu diadakan. Rintangan pengalir perlindungan adalah seperti
berikut :
a. Bagi pengalir jenis kuprum dan aluminium mestilah tidak melebihi 1 ohm.
b. Bagi pengalir jenis seperti paip konduit, kotak sesalur atau salur mestilah tidak
melebihi 0.5 ohm.
Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir perlindungan menjadi
tinggi adalah seperti berikut :

i. Punca “earth lug” berkarat.


ii. Sambungan dawai longgar.
iii. Lapisan cat pada alat-alat elektrik.
iv. Sambungan kabel bumi pada palam dan soket kaluaran longgar.
v. Sambungan di antara konduit dan kotak terminal longgar.

Pengalir bumi
a. Pengalir bumi ialah pengalir akhir di antara punca bumi pengguna dan
elektrod bumi
b. Pengalir bumi mesti dipastikan selalu supaya tidak putus atau terkeluar
sambungannya.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28
c. Pengalir aluminium atau aluminium pelapik kumprum (copper clad
aluminium) tidak boleh digunakan sebagai pengalir bumi.
d. Punca sambungan pengalir bumi ke elektrod bumi mestilah diletakkan
tanda amaran yang jelas dan tetap supaya tidak diputuskan atau
dikeluarkan sambungannya,

Terminal pembumian utama.

1. Terminal utama pembumian ialah tempat di mana semua pengalir perlindungan


disambungkan. Biasanya ia terdapat di dalam papan agihan.
2. Dalam setiap pemasangan terminal utama pembumian atau bar mestilah mampu
menyambung pengalir-pengalir berikut :
iii. Pengalir perlindungan litar.
iv. Pengalir ikatan utama.
v. Pengalir pembumian berkendali (functional) – jika perlu.
3. Sambungan yang dibuat di terminal utama pembumian hendaklah kemas, kuat
dan sentiasa mempunyai keterusan.

Elektrod bumi
1. Elektrod bumi ialah batang (rod), pelit atau jalur yang ditanam di dalam
bumi untuk memberi sambungan yang berkesan ke jisim bumi.
2. Jenis elektrod bumi yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a. Paip galvani - 2” x 8’.

b. Batang (rod) kuprum - 5/8” x 6’.

c. Tiub tembaga - 2” x 4’.

d. Pelit besi tuangan

e. Jalur kuprum (strip)

f. Struktur keluli bangunan

g. Pelapik plumbum dan bahan logam yang menutup kabel.

3. Keberkesanan bagi sesuatu elektrod bumi membuat sambungan dengan jisim


bumi boleh berubah, tetapi bergantung pada jenis tanah dan kandungan moisture.
Sekiranya keadaan tanah basah, ia akan memberi satu keberkesanan yang baik
ke atas sambungan di antara elektrod bumi dan jisim bumi.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28
4. Rintangan elektrod bumi mestilah tidak terlalu tinggi kerana ia boleh
mempengaruhi keberkesanan pemutusan pada pemutus litar bocor ke bumi
kendalian voltan.
Cara-cara mengurangkan atau merendahkan rintangan elektrod bumi.

a. Bubuh garam disekeliling elektrod.


b. Tanam pada tempat yang lembap.
c. Tabur serbuk besi di sekeliling elektrod.
d. Tabur arang batu di sekeliling elektrod.
e. Bubuh larutan sulfat.
f. Tanam dua batang elektrod secara selari.
g. Dalamkan atau panjangkan elektrod.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

4.4 SIMBOL ELEKTRIK


Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Simbol Piawai Elektrik (Lagenda)

Alat tambah dan alat kelengkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat dlam
pelbagai jenis dan saiz,serta mempunyai fungsi yang berlainan.Dalam lukisan elektrik, setiap
alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan simbol piawai. Simbol piawai elektrik
biasanya dilukis berpandukan piawaian ANSI dan BS.

Rajah 6: Simbol elektrik


Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

4.5 STRUKTUR PEMBUMIAN BANGUNAN


Elektrod bumi
Bagi pemasangan pada bangunan yang kecil/sedarhana elektrod bumi biasanya
digunakan, tetapi bagi bangunan-bangunan yang besar dan tinggi, elektrod buminya
terdapat didalam cerucuk bangunan dan ditanam bersama-sama cerucuk bangunan
kedalam tanah.

Rod penangkap
Pita
kilat
tembaga

DB

Earth
chamber

Elektrod
bumi

Rajah 7 : contoh pemasangan penangkap kilat

Bahan, Alat Tangan Dan Peralatan Elektrik

Ujian Rintangan Elektrod Bumi

i. Menguji rintangan elektrod bumi


ii. Mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang ditanam
iii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan rintangan
bertindih dengan elektrod lain
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Alat uji - Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester).

Auxilary spike

Earth Resistance Test Leads


Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Batang Rod

4.8 AKSESORI PEMBUMIAN ELEKTRIK


1. Down conductor network

Rajah 8 : Sistem konduktor turun adalah perjalanan laluan

arus semasa kilat dengan selamat kepada rangkaian penamatan bumi.

2. Conductor fixings

Rajah 9 : Pemakuan pengalir


Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28
3. Air Terminals

Rajah 10 : Penggunaan terminal udara dalam bentuk rod

udara menegak untuk melindungi ciri-ciri utama bumbung.

4. Air terminal bases

Rajah 11 : Pilih asas terminal udara yang betul. Ini akan memastikan bahawa

rod udara menegak kedua-duanya tetap teguh kepada struktur tapak

dan mempunyai sambungan rintangan rendah ke rangkaian konduktor

5. Conductor jointing clamps

Rajah 12 : Pilih komponen bagi sambungan berbilang konduktor atau

untuk perubahan arah. Penyambungan pengapit akan memastikan

rintangan yang rendah, tahan kakisan sambungan.


Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

6. Test clamps

Rajah 13 : Untuk membolehkan pemotongan dan

pengujian rangkaian penamatan bumi berkala, pilih pengapit ujian diletakkan di dalam

jangka masa bagi setiap konduktor ke bawah.

7. Earth electrodes

Rajah 14 : Pilih elektrod bumi untuk disesuaikan dengan

keadaan tanah di kawasan struktur. Elektrod boleh didapati

dalam bentuk rod dan plat.

8. Earth rod clamps

Rajah 15 : Pilih kandungan aloi tembaga yang tinggi bagi rod

bumi pengapit bagi penyambungan konduktor pembumian untuk rod bumi.


Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

9. Earth inspection chambers

Rajah 16 : Untuk membolehkan pemotongan dan

pengujian bagi rangkaian penamatan bumi berkala, pilih pengapit ujian diletakkan

di dalam jangka masa bagi setiap konduktor turun.

9. Bonding

Rajah 17 : Ikatan adalah kaedah yang paling biasa digunakan bagi mengelakkan kesan
kerosakan berkelip sampingan. Semua Logam berterusan perlu dipertimbangkan untuk
ikatan. Semua perkhidmatan logam, contohnya kabel armoring, gas, air atau paip stim,
memasuki bangunan juga perlu terikat secara langsung yang mungkin kepada rangkaian
penamatan bumi.

4.9 PELAN BENTANGAN PEMBUMIAN

Pengalir ikatan.

1. Pengalir ikatan ialah pengalir yang menghubungkan terminal punca bumi alat-alat
elektrik kepada bahagian-bahagian logam seperti paip air, paip gas dan
sebagainya.
2. Terdapat dua jenis pengalir ikatan iaitu pengalir ikatan utama dan tambahan.
3. Pengalir aluminium atau aluminium pelapik kuprum tidak di gunakan sebagai ikatan
ke paip air.
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28
4. Pengalir ikatan utama mestilah mempunyai luas keratan rentas tidak kurang
daripada separuh luas keratan rentas pengalir bumi dalam pemasangan. Saiz
minimumnya ialah 6mm2 .
5. Pengalir ikatan utama ke paip air mestilah di buat seberapa dekat dengan terminal
pembumian utama.
6. Pengalir ikatan tambahan yang di sambung ke bahagian pengalir logam yang
terdedah mestilah mempunyai luas keratan rentas tidak kurang daripada 2.5mm2
sekiranya mempunyai perlindungan mekanikal atau 4.0mm2 bagi pengalir yang
tidak mempunyai perlindungan mekanikal

Rajah 18 : Kompenan pembumian.

Rajah 19 : Kompenan pembumian.


Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Rajah 20 : Kompenan pembumian.


Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Aksesori Pemasangan Perangkap Kilat serta binaannya

 Digunakan di bahagian atas bangunan dan


juga perumahan. Di gunakan didalam system
perangkap kilat di Negara kita.

Lightning Arrestor System

 Di perbuat daripada logam tembaga. Ia juga


ditugaskan sebagai perangkap kilat. Dimana
arus letrik yang dibekalkan dari petir di terima
oleh Rod Arrestor dan kemudian di bawa ke
bahagian Pembumian.

Rod Arrestor

 Digunakan sebagai tapak untuk mengikat


Rod Arrestor di atas bangunan. Biasanya
digunakan bersama sama Rod Arrestor.

Base Rod Arrestor

 Copper Strip di tugaskan sebagai penghantar


arus yang berlebihan akibat dari panahan
petir. Biasanya di perbuat dari tembaga
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28
keping yang digunakan

Copper Strip

 Di gunakan untuk menyambung copper strip


dari bahagian atas dan juga copper strip dari
bahagian bawah ( elektrod bumi ).

Test Joint

 brass clip digunakan untuk mengikat copper


strip di dinding bangunan. Ia kelihatan lebih
kemas apabila digunakan.

Brass Clip

 Earth Chamber adalah sebagai pelindung


diantara copper strip dan juga copper Rod. Ia
biasanya digunakan didalam sistem
Pembumian

Earth Chamber

Rajah 21: Aksesori Pemasangan Perangkap Kilat serta binaannya


Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Rajah 22: Sambungan Pembumian


Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Rajah 23: Tempat Pemasangan aksesori Perangkap Kit


Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

Rajah 24: Ilustrasi ini direka untuk menjelaskan aspek utama dan komponen individu struktur
sistem perlindungan kilat di bangunan
Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/P(1/24)
Drp / of : 28

SOALAN / QUESTION :-

1. Berikan kepentingan sistem pembumian

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………...

2. Berikan 2 kebaikan sistem pembumian

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………...

3. Apakah perkara-perkara yang menyebabkan rintangan tinggi.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

Rujukan :
Asas pendawaian oleh Mohd. Isa Idris dan Ramli Harun.
Pemasangan dan penyelenggaran elektrik edisi kedua. Oleh Abd. Samad Hanif

You might also like