You are on page 1of 17

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

KEMENTERIAN VOKASIONAL,
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 2 SVM SESI 2022

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / SVM

KOD / KURSUS ETE 2022 SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE

KOMPETENSI SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE

1. IDENTIFY ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE REQUIREMENT


SPECIFICATIONS AND MANUALS.
2. PREPARE SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE
KOMPETENSI UNIT
TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS.
3. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES INSPECTION.
4. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES MAINTENANCE

Trainee must be able to:


1. Identify electrical appliances maintenance requirement specifications and
manuals.
HASIL 2. Prepare single phase electrical appliances maintenance tools, equipment and
PEMBELAJARAN
materials.
3. Carry out electrical appliances inspection.
4. Carry out electrical appliances maintenance.

NO KOD ETE202/K01/NK02-04
EDISI JUN/2017
MUKA : 01 DARIPADA 17
KOD JPK

TAJUK : PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai jenis-jenis


penyelenggaraan dan kerosakan pepasangan elektrik satu fasa serta
kaedah mengesan dan membaikinya mengikut prosedur serta cara-cara
untuk menguji dan mengesahkannya.

PENERANGAN :

PENGENALAN KEPADA PENGUJIAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai peralatan pengukuran dan
pengujian, langkah keselamatan penggunaannya dan kepentingan pemeriksaan dan
pengujian pada pepasangan elektrik satu fasa mengikut kehendak Peraturan IEE,
Peraturan Suruhanjaya Tenaga, Peraturan Kerajaan Tempatan, Peraturan Jabatan
Kerja Raya, Piawaian British (BS) dan Piawaian Malaysia (MS).

1. Alat Pengukuran dan Pengujian Elektrik


Alat-alat pengukuran dan pengujian ini boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu:-
1.1. Jenis analog.
1.2. Jenis digital.

Jangka jenis analog mempunyai jarum penunjuk yang bergerak diatas paparan berskala.
manakala jangka jenis digital mempunyai paparan berdigit.

Rajah 1 : Jangka Jenis Analog dan Jenis Digital

2. Jenis Alat Pengukuran dan Pengujian Elektrik

Diantara jenis-jenis alat pengukuran dan pengujian pepasangan elektrik yang selalu
digunakan dalam adalah:-

2.1. Jangka Ohm (Ohmeter)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

Jangka Ohm digunakan untuk mengukur nilai rintangan sesuatu bahan elektrik. Ia juga
digunakan untuk menguji keterusan (continuity) sesuatu litar atau komponen elektrik.

Rajah 2 : Jangka Ohm

2.2. Jangka Ampiar (Ammeter)

Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus yang mengalir didalam sesuatu litar
elektrik.

Rajah 3 : Jangka Ampiar

2.3. Jangka Voltan (Voltmeter)

Jangka Voltan digunakan untuk mengukur nilai beza-upaya atau daya-gerak-elektrik


sesuatu litar elektrik.

Rajah 4 : Jangka Voltan

2.4. Jangka Watt (Wattmeter)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

Jangka Watt digunakan untuk mengukur nilai kuasa dalam litar elektrik

Rajah 5 : Jangka Watt

2.5. Jangka Watt-jam (Watt-hour meter)

Jangka Watt-jam digunakan untuk mengukur nilai tenaga yang dihasilkan dalam litar
elektrik.

Rajah 6: Jangka Watt-jam

2.6. Jangka Ligat (Tachometer)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

Jangka Ligat digunakanuntuk mengukur nilai kelajuan putaran sesuatu mesin elektrik.

Rajah 7 : Jangka Ligat

2.7. Jangka Lux (Lux meter)

Jangka Lux digunakan untuk mengukur nilai pencahayaan sesuatu sumber cahaya.

Rajah 8 : Jangka Lux

2.8. Jangka Frekuensi (Frequency Meter)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

Jangka Frekuensi digunakan untuk mengukur frekuensi sesuatu bekalan elektrik.

Rajah 9 : Jangka Frekuensi

2.9. Jangka Faktor Kuasa (Power Factor Meter)

Jangka Faktor Kuasa digunakan untuk mengukur factor kuasa sesuatu litar elektrik.

Rajah 10 : Jangka Faktor Kuasa

2.10. Jangka Galvano (Galvanometer)

Jangka Galvano digunakan untuk menentukan adanya pengaliran arus elektrik didalam
sesuatu litar.

Rajah 11 : Jangka Galvano


2.11. Jangka Turutan Fasa (Phase Sequence meter)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

Jangka Turutan fasa digunakan untuk menentukan turutan fasa sesuatu bekalan elektrik.

Rajah 12 : Jangka Turutan Fasa

2.12. Penguji Pembumian Megger (Earth Megger Tester)

Penguji Pembumian Megger digunakan untuk menentukan nilai galangan bumi.

Rajah 13 : Jangka Pembumian Megger

2.13. Penguji Penebatan Megger (Insulation Megger Tester)

Penguji Penebatan Megger digunakan untuk menentukan nilai penebatan sesuatu


pengalir elektrik.

Rajah 14 : Jangka Penebatan Megger


2.14. Jangka Pelbagai (Multimeter / AVO meter)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

Jangka Pelbagai digunakan untuk mengukur nilai arus, beza-upaya, daya gerak-elektrik.
rintangan dan keterusan litar elektrik.

Rajah 15 : Jangka Pelbagai

2.15. Jangka RCL (RCL meter)

Jangka RCL digunakan untuk mengukur nilai rintangan (R), kapasitar (C) dan inductor
(L).

Rajah 16 : Jangka RCL

2.16. Jangka Clip On (Clip-On Meter)/Clamp Meter

Jangka ‘clip-on’ digunakan untuk mengukur nilai arus sesuatu talian elektrik.

Rajah 17 : Jangka Clip-on


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

2.17. Penguji ‘Cable Locator ‘ (Cable Locator Tester)

Penguji Cable Locator digunakan untuk menentukan kedudukan kabel yang tersembunyi
atau mengesan kerosakan kabel yang tersembunyi.

Rajah 18 : Jangka ‘Cable Locator’

2.18. Penguji RCD (Residual Current Device Tester)

Penguji RCD digunakan untuk menguji pemutus litar arus baki (PLAB)

Rajah 19 : Jangka RCD

3. Langkah-Langkah Keselamatan Penggunaan Jangka Elektrik

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan jangka adalah seperti
berikut:-

3. 1. Baca dan fahami simbol-simbol jangka.

Sebelum menggunakan jangka elektrik, pastikan cara penggunaan jangka ini bersesuaian
dengan binaan dan cara penggunaannya. Ini boleh diketahui dengan membaca simbol-
simbol yang terdapat pada permukaan sesuatu jangka elektrik.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

3.1.1. Simbol prinsip gerakerja jangka.

Rajah 20 : Simbol prinsip gerakerja jangka

3.1.2. Simbol kedudukan penggunaan jangka

Simbol ini menentukan kedudukan jangka ketika penggunaannya.

Rajah 21 : Simbol Kedudukan penggunaan jangka

3.1.3. Simbol nilai maksima voltan ujian.

Simbol ini menunjukkan nilai maksima voltan ujian yang telah dilakukan pada sesuatu
jangka. Ini adalah untuk menentukan tahap ketahanan gelong dan komponen-
komponen binaan jangka.

Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian
maksima 500V maksima 1000V maksima 2000V maksima 3000V maksima
5000V

Rajah 22 : Simbol Nilai maksima voltan ujian


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

3.1.4 Simbol jenis bekalan.

Simbol ini menentukan jenis bekalan yang boleh digunakan pada jangka.

Rajah 23 : Simbol jenis bekalan

3.1.5 Simbol pengkelasan dan ketepatan

Simbol ini menentukan kelas dan pengaruh (dalam peratus %) yang dibenarkan pada
sesuatu jangka. Simbol ini ditunjukkan dalam nilaian angka samada 0.1, 0.2, 0.5, 1.0,
1.5, 2.5 dan 5.0. Jangka yang mempunyai nilaian angka yang rendah mempunyai
ketepatan yang lebih baik berbanding dengan jangka yang mempunyai angka yang
lebih tinggi.

Jadual 1 : Pengkelasan dan ketepatan jangka

Jenis Kelas ‘Error’ dan ‘Error’ dan pengaroh


pengaroh dibenarkan (%)
dibenarkan berpandukan kepada
(± %)
Alat jenis ketepatan tinggi 0.1 0.1 Nilai skala penoh
(precision type) 0.2 0.2

0.5 0.5 Jumlah bacaan


maksima
Alat industry 1.0 1.0 Panjang skala / lebar
1.5 1.5 rekod
2.5 2.5

5.0 5.0 Nilai sebenar

3.2 Kaedah sambungan jangka dalam litar

Setiap jangka perlu disambungkan dengan cara yang betul dan sesuai didalam sesuatu
litar elektrik samada secara sesiri, selari atau siri selari. Umpamanya Jangka Ampiar
perlulah disambungkan secara siri dengan bekalan atau beban; Jangka Voltan
disambungkan secara selari dengan bekalan atau beban dan jangka Watt disambungkan
secara siri-selari dengan bekalan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

Rajah 24 : Kaedah sambungan jangka

3. 3. Memahami penggunaan pirauan (shunt) dan pengganda (multiplier)

Bagi menyukat arus yang rendah, Jangka Ampiar boleh disambungkan terus kedalam litar
secara siri dengan bekalan atau beban. Tetapi bagi menyukat arus yang tinggi, satu
pirauan perlu disambungkan secara selari dengan jangka.

Rajah 25 : Penyambungan pirauan dalam litar jangka

Bagi menyukat voltan yang rendah, Jangka Voltan boleh disambungkan terus kedalam litar
secara selari dengan bekalan atau beban. Tetapi bagi menyukat voltan yang tinggi, satu
pengganda perlu disambungkan secara siri dengan jangka.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

Rajah 26 : Penyambungan pengganda dalam litar jangka

3. 4. Pemilihan bidang jangka.

Pemilihan bidang jangka yang sesuai adalah sangat penting kerana bacaan jangka yang
tepat bergantung kepada bidang bacaan ini. Pilihlah bidang jangka yang tinggi dahulu,
kemudian dikurangkan kepada bidang yang lebih rendah supaya bersesuaian dengan
kuantiti yang hendak diukur. Ini dapat mengelakkan jangka daripada kerosakan akibat
menerima arus yang besar.

Jika memilih bidang bacaan jangka yang terlalu rendah berbanding dengan nilaian yang
hendak disukatnya tinggi, umpamanya 15 A disukat pada bidang 1 mA, kuantiti sebenar
tidak dapat disukat dengan tepat. Selalunya dalam keadaan begini, penunjuk jangka akan
terpesong jauh kehujung skala jangka dimana bahagian ini tidak mempunyai skala
bacaan. Keadaan ini boleh juga merosakkan komponen-komponen binaan jangka.

Jika memilih bidang bacaan jangka yang terlalu tinggi berbanding dengan nilaian yang
hendak disukatnya rendah, umpamanya 1 mA disukat pada bidang 15 A, penunjuk jangka
tidak akan terpesong daripada kedudukan zero. Dengan ini nilaian bacaan yang disukat
tidak dapat direkodkan.

Arus besar dengan bidang jangka rendah Arus kecil dengan bidang jangka tinggi

Rajah 27 : Kedudukan jarum penunjuk jangka pada pemilihan bidang pengukuran yang salah

Sebaik-baiknya setiap sukatan yang dibuat hendaklah ada pemesongan penunjuk jangka
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

sehingga kebahagian tengah skala jangka.

3.5. Larasan penunjuk jangka kepada zero.

Setiap jangka mempunyai pelaras zero. Skru pelaras ini digunakan untuk melaraskan
penunjuk jangka kepada kedudukan ‘zero’ sebelum sesuatu kuantiti disukat. Pelarasan ini
mestilah dilakukan setiap kali sebelum sukatan bacaan dilakukan.

Rajah 28 : Pelarasan penunjuk jangka kepada zero

3. 6. Cara mengambil bacaan jangka

Bacaan jangka hendaklah diambil dari kedudukan tepat dihadapan skala jangka. Ini
adalah kerana senggatan skala dibuat sebegitu kecil supaya bacaan yang tepat dapat
diperolehi.

Sekiranya bacaan jangka direkodkan dari bahagian tepi, nilaian yang salah mungkin
direkodkan. Kesilapan bacaan cara ini dinamakan ‘parallex error’.

Jika penunjuk jangka menunjukkan bacaan diantara dua bahagian senggatan, bacaan
secara agakkan (estimate) dengan mata hendaklah dibuat. Mendapatkan bacaan secara
agakkan ini dinamakan ‘interpolation’.

Rajah 29 : Kedudukan penunjuk jangka untuk ‘interpolation’


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

4. Penjagaan Dan Penyenggaraan Jangka Elektrik

Setiap jangka elektrik mempunyai ketepatan yang tersendiri. Untuk menjaga ketepatannya,
ia mestilah dijauhkan daripada faktor-faktor yang boleh mempengaruhi ketepatannya.
Diantara langkah-langkah penjagaan dan penyenggaraan yang perlu dilakukan adalah:-
4.1 Jangan gunakan jangka pada keadaan yang melebihi daripada kadaran yang
dibenarkan. Umpamanya Jangka Voltan 240 V digunakan untuk pengukuran 500 V; atau
Jangka Ampiar 1.0 A digunakan untuk pengukuran arus 5.0 A. Ini boleh menyebabkan
kerosakan pada komponen binaannya.

4.2. Jangan jatuhkan jangka kerana ia boleh menyebabkan gegaran.

4.3. Jangka hendaklah disimpan ditempat yang bersih dan kering, atau didalam bekas
penyimpanannya.

4.4. Jangka yang disimpan didalam bekas kulit atau plastic hendaklah disimpan berasingan
dengan jangka-jangka lain. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan medan magnet
dan medan elektrik jangka-jangka yang lain.

4.5. Jangka hendaklah disimpan jauh daripada alatubah, pengaruh dan alat-alat yang
menghasilkan medan magnet yang kuat.

4.6. Jangan gunakan sebarang bahan pelincinpada bahagian-bahagian yang bergerak atau
berputar. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pengumpulan habuk-habuk dan
kotoran.

5. Pengenalan Kepada Pemeriksaan dan Pengujian Pepasangan Elektrik Satu Fasa

Pemeriksaan dan pengujian pepasangan elektrik dijalankan bagi memastikan


pepasangan telah dilakukan mengikut peraturan dan pepasangan dapat berfungsi dengan betul
dan selamat digunakan.

Pemeriksaan dan pengujian ini perlu dijalankan kepada pepasangan baru, pepasangan
penambahan atau pengubahsuaian dan pepasangan sedia-ada.

Pemeriksaan dan pengujian yang dilakukan tidak menjamin pepasangan dapat digunakan
dengan selamat sepanjang hayat. Oleh itu, ia perlu diuji dari masa kesemasa mengikut tempoh
yang ditetapkan. Sekiranya keputusan ujian tidak mencapai atau memenuhi syarat-syarat yang
dikehendaki, kerja penyenggaraan atau penggantian perlu dilakukan.

Tempoh pengujian sesuatu pepasangan bergantung kepada jenis pendawaian, tempat


pendawaian dan pembekal tenaga elektrik. Secara umumnya, tempoh pemeriksaan sesuatu
pepasangan elektrik pengguna adalah seperti berikut:-
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

Jadual 2 : Jenis pepasangan dan tempoh pengujian pepasangan elektrik

Jenis Pepasangan Tempoh Pemeriksaan


Pepasangan domestic 5 tahun
Pepasangan pertanian 3 tahun
Pepasangan sementara 3 bulan
Pepasangan penggera kebakaran 1 tahun
Pepasangan penggera kecemasan Tidak ditetapkan
Pepasangan panggung 1 tahun
Pepasangan stesyen minyak 1 tahun
Pepasangan masjid / gereja Setiap 2 tahun pertama
Setiap tahun jika melebihi 5 tahun
Pepasangan kedai dobi 1 tahun
Pepasangan industri Kerap-kali

Pemeriksaan dan pengujian yang perlu dilakukan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:-
5.1. Pemeriksaan penglihatan.(visual test)
5.2. Ujian menggunakan peralatan pengujian.

Pemeriksaan penglihatan dilakukan bagi mempastikan bahan-bahan dan kelengkapan


pepasangan dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan, pepasangan dijalankan mengikut
peraturan dan tiada kerosakan nyata pada pepasangan atau kelengkapan elektrik. Manakala
ujian menggunakan peralatan pengujian dilakukan berpandukan kepada kehendak Peraturan
IEE iaitu semua pepasangan elektrik perlulah dilakukan ujian-ujian berikut:-
1. Ujian Kekutupan (Polarity Test).
2. Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test).
3. Ujian Keberkesanan Pembumian (Test of Effectiveness of Earthing).
4. Ujian Keterusan Litar Gelang (Continuity of Ring Circuit).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
COMPETENCY UNIT ID ETE2022/K01/NK02-04
Drpd/of : 17

SOALAN :

1. Namakan lima (5) alat pengujian pepasangan elektrik satu fasa.

2. Mengapakan proses pelarasan zero perlu dilakukan sebelum proses pengukuran atau
pengujian dilakukan pada pepasangan elektrik satu fasa.

3. Berikan lima (5) langkah penjagaan yang perlu dilakukan pada alatan menguji bagi mempastikan
ketepatan pengukurannya.

4. Mengapakan pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan pada sesuatu pepasangan elektrik
satu fasa.

5. Namakan jenis-jenis pengujian yang perlu dijalankan pada pepasangan elektrik fasa tunggal
mengikut kehendak Peraturan IEE.
.

RUJUKAN:
1. ABD. SAMAD HANIF (2000), Pemasangan dan Penyenggaraan ELEKTRIK Edisi Kedua,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN 983-62-4063-2

You might also like