You are on page 1of 34

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

KEMENTERIAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 1

KOD DAN NAMA


EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S
THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
EE-320-3:2012-C 03 THREE PHASE WIRING MAINTENANCE
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING MAINTENANCE


REQUIREMENT
NO. DAN PERNYATAAN 2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOL, EQUIPMENT AND
AKTIVITI KERJA / WORK MATERIAL
ACTIVITIES NO. AND 3. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING INSPECTION
STATEMENT 4. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING MAINTENANCE
5. INSPECT ELECTRICAL WIRING FUNCTIONALITY
6. RECORD WIRING SYSTEM MAINTENANCE ACTIVITIES

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C03/P(1/6)
Drp / of : 34

TAJUK/TITLE:
MENGENALPASTI KEPERLUAN PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN TIGA FASA

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar tentang
mengenalpasti Keperluan Penyelenggaraan Pendawaian Tiga Fasa
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 2 /34

PENERANGAN :

1.0 Pengenalan Kepada Penyelenggaraan Elektrik


Penyelenggaraan bolehlah ditakrifkan sebagai aktiviti yang dilaksanakan untuk
memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan,
kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi
piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat
digunakan.

Umumnya penyelenggaraan dilaksanakan bagi memastikan:-


i. Pepasangan selamat dan boleh guna (dari segi ketahanan dan kesihatan).
ii. Pepasangan mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory
requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447
Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan
Bomba Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya).
iii. Pepasangan mempunyai ketahanan maksima sejajar dengan
perbelanjaan.
iv. Pepasangan mampu mencapai tahap bolehguna yang diterima.
v. Pepasangan dapat mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar
diperbaiki (beyond economic repair) dimana ini dapat menjimatkan
perbelanjaan.
vi. Pepasangan mendapatkan nilai pasaran maksima semasa.
vii. Pepasangan dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan.

1.1 Jenis Penyelenggaraan Elektrik


i. Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance).
Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan
perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan,
tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala

ii. Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Corrective Maintenance).


Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan
pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau
dengan kata lain kerja penyelenggaraan selepasberlaku kerosakan.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 3 /34

1.2 Jenis Kerosakan Pendawaian Tiga Fasa


i. Litar Pintas
Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang
mengalirkan arus elektrik . Bagi pemasangan tiga fasa , litar pintas ialah
pencantuman di antara litar hidup (samada fasa merah , fasa kuning atau fasa
biru) dan juga di antara litar hidup dengan litar neutral. Bagi kerosakan jenis ini
dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pihak pengguna melalui MCB atau fius
yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan . Begitu juga
apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama ( PSU ) , maka fius utama
akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan .

Di antara penyebabanya ialah :-


i. Penebat kabel terkoyak
ii. Penebat kabel cair
iii. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang
menyentuh pengalir elektrik.
iv. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal
motor elektrik yang pecah pemisahnya , soket yang pecah menyebabkan
persentuhan antara pengalir elektrik dan sebagainya .

ii. Litar Buka

Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga


sampai kepada beban. Ini menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu
tidak dapat beroperasi kerana tidak mendapat bekalan elektrik. Kerosakan jenis ini
dapat dikenalpasti apabila dilapurkan oleh pengguna bahawa alat elektriknya tidak
dapat beroperasi walaupun telah di’ON’kan semua suis untuk alat tersebut
beroperasi.

Penyebab kerosakan adalah disebabkan seperti berikut :


i. Kabel putus.
ii. Sambungan pada terminal tertanggal.
iii. Litar pada motor elektrik atau mesin elektrik terputus.
iv. Kerosakan seperti suis,soket alir keluar,suis utama, PLBK, MCB,fius
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 4 /34

pengasing dan penghidup motor elektrik.


iii. Kerosakan Alat Perlindungan
Kerosakan alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti suis
utama, PLBK, fius dan MCB tidak dapat menjalankan fungsinya apabila berlaku arus
bocor ke bumi dan arus lebih dalam litar. Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti
apabila dilapurkan oleh pengguna seperti suis utama tidak boleh di’OFF’kan, PLBK
tidak terpelantik walaupun terdapat arus bocor ke bumi dan MCB tidak terpelantik
walaupun arus berlebihan melaluinya sehingga merosakkan kabel yang dikawal oleh
MCB tersebut.
i. Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.
ii. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.
iii. PLBK yang hilang kepekaan.
iv. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.

1.3 Jenis Gambar Rajah Skematik Untuk Pendawaian Tiga Fasa.


ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 5 /34
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 6 /34

1
1 2
3
4
5

6
2 7
8
9
10

1 2 3 4 5 6 7

Seseorang perlu kenalpasti fungsi peranti perlindungan litar. Secara umumnya fungsi peranti
adalah seperti berikut :
1. Cut out dan neutral link
 Saiz fius 60A dapat ditentukan. Pemasangan dibuat oleh pihak pembekal (TNB)
2. Meter Tenaga (Kwh meter)
 Meter tenaga dipasang oleh pihak pembekal (TNB).
3. Suis utama (Main switch)
 Kadaran saiz fius yang digunakan ditentukan dari beban yang tersambung.
4. ELCB@RCCB
 Fungsinya memberi perlindungan arus bocor ke bumi.
 ELCB@RCCB 1 : Melindungi litar kecil akhir bagi litar alat tetap. Penentuan saiz
ELCB@RCCB bergantung pada jumlah beban tersambung. Sensitiviti 100mA –
litar alat tetap.
 ELCB@RCCB 2 : Melindungi litar kecil akhir bagi litar kuasa. Sensitiviti 30mA –
Litar radas tangan.
5. MCB (Pemutus Litar Kenit)
 Fungsinya mengawal arus lebih. Ditentukan bergantung kepada jumlah beban
tersambung.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 7 /34

6. Saiz kabel bagi litar kecil akhir


 Ditentukan dari jumlah arus beban yang digunakan setelah faktor kepelbagaian.
7. Bilangan litar kecil akhir
 Rujukan bagi mengetahui berapa jumlah kuasa atau arus yang digunakan dalam
pepasangan.

1.4 Prosedur Menjalankan Penyelenggaraan Pendawaian Tiga Fasa


1.4.1 Litar Pintas
a. Prosedur Mengesan Kerosakan
 Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk menggelakkan berlakunya
renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
 ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir
 Sekiranya suis utama , PBLK dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana
bekalan sedang digunakan , penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang
rosak sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan
kerosakan. Gunakan pakaian dan peralatan tangan keselamatan yang disyorkan
 Gunakan alat uji rintangan penebat ( Insulation Resistance Tester ) untuk
mengesan kerosakan litar pintas ini .
 Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , perkakas elektrik dari litar
sebelum diuji ( sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu
di’OFF’kan ). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat
keputusan ujian dan mungkin merosakan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari
alat uji tersebut.
 Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya
(fasa dengan fasa dan neutral)
 Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka
litar tersebut telah berlaku litar pintas ( lihat jadual 71A Peraturan IEE Edisi-16 )
 Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak
 Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang lebih dari satu litar yang rosak
sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.

JADUAL A

Nilai Minima Rintangan Penebat

Voltan Litar Terendah ( volt ) Voltan Ujian Rintangan


ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 8 /34

Penebat Minima
A.T. ( volt )
(Megaohm)
Litar bervoltan lebih rendah apabila litar dibekalkan dari suatu 250 0.25
transformer penebat keselamatan(Peraturan 411-02-04 item 500 0.5
(I) dan 1000 1.0
juga memenuhi kehendak Peraturan 411-02-04)
Hingga ke dan termasuk 500V dengan pengecualian kes-
kes di atas 5000 5.0
Melepasi 500 V hingga 1000 V Antara litar SELV dan litar
LV yang Berkaitan

Dengan tambahan tahan ujian di mana dikehendaki ;

Contoh : U 240V 3750 r.m.s. A.T. untuk 60s

b. Penyelesaian :
 Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau
tukar baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang
sesuai.
 Kerosakan seperti kabel terkoyak ( sedikit ) , benda asing seperti tikus , cicak , air
dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar
baru pemasangan pendawaian itu .
 Kabel yang terkoyak boleh diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut
dengan pita PVC , andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai
dengan dibalut sahaja . Benda asing seperti tikus , cicak , air dan kepingan logam
yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan
penyebab-penyebab tersebut .
 Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh
kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik
hanya boleh diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu
dengan yang baru .

1.4.2 Litar Terbuka


a. Kaedah Mengesan Kerosakan
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 9 /34

Ujian untuk kerosakan jenis ini lebih mudah dilakukan dalam litar hidup tetapi
sekiranya sangat merbahaya jika dilakukan dalam litar hidup, maka boleh juga
dilakukan dalam litar mati.
i. Kesan kerosakan dalam litar mati :
 Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.
 Matikan bekalan elektrik untuk seluruh pepasangan itu (‘OFF’kan
suis utama , PLBK dan semua MCB ) atau untuk litar yang hendak
dikesan sahaja.
 Gunakan ‘multi tester’ dengan bidang ohm untuk membuat ujian
ini.
 Pintaskan pada hujung litar kecil akhir umpama S.A.K. dan
pengasing pada bahagian pengalirnya (fasa-fasa dan neutral
sahaja ) pada litar yang hendak diuji. ’ON’kan semua suis yang
memgawal litar yang hendak diuji itu.
 Uji setiap fasa dan neutralnya pada papan suis utama, sekiranya
multi tester menunjukkan bacaan 0 ohm, maka litar tersebut tidak
buka dan sebaliknya jika tidak menunjukkan bacaan 0 ohm.
 Teruskan mengesan kerosakan sehingga dapat mengenalpasti
punca kerosakan.

ii. Kesan kerosakan dalam litar hidup :


 Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.
 ‘ON’kan semua suis untuk litar yang rosak tersebut sehingga
sepatutnya ia mendapat bekalan sama ada satu fasa atau tiga
fasa.
 Gunakan multi meter dengan bidang voltan( 1000V untuk tiga fasa
dan 240V untuk satu fasa )
 Uji voltan yang sampai pada setiap penghujung litar kecil akhir
( antara fasa 415V dan fasa dan neutral 240V ) untuk satu fasa
seperti pengasing, penghidup motor elektrik dan soket alirkeluar
sama ada voltan yang sampai mengikut kadaran yang sepatutnya.
Sekiranya tiada kerosakan litar buka voltan akan sampai mengikut
kadaran yang sepatutnya.
 Sekiranya tiada litar buka sehingga ke hujung litar kecil akhir ujian
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 10 /34

hendaklah seperti cerek elektrik , motor elektrik dan mesin elektrik.


 Jika didapati alat elektrik seperti cerek elektrik, motor elektrik dan
mesin elektrik tersebut yang rosak, maka perlulah dimatikan
bekalan kepadanya dan dibaiki alat itu

1.4.3 Kerosakan Alat Perlindungan


a. Kaedah Mengesan Kerosakan Dan Penyelesaiannya
 Sesentuh suis utama melekat
 Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
 Gunakan multimeter bidang voltan.
 Uji bahagian keluaran suis utama dan ‘OFF’kannya.Sekiranya suis
utama masih memberikan bacaan voltan ( 415V untuk tiga fasa
dan 240V untuk satu fasa ) maka itu menunjukkan sesentuhnya
telah rosak.
Sekiranya ini berlaku sepatutnya suis utama itu ditukarkan dengan
yang baru kerana mungkin sesentuhnya telah cair dan melekat.

 MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya


 Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna
 Gunakan ‘clamp tester’ laras pada arus.
 Uji bahagian keluaran MCB ( tiga kutub atau satu kutub ) dan
operasikan bebannya seperti mesin elektrik sekiranya arus yang
melalui MCB itu lebih daripada kadarannya dan MCB masih tidak
terpelantik , maka itu menunjukkan ianya telah rosak.
Sekiranya ini berlaku MCB itu perlu ditukar dengan yang baru kerana
kepekaannya telah hilang atau bahagian sesentuhnya telah melekat kerana
telah lama digunakan.

 PBLK hilang kepekaan


 Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna
 Gunakan ‘RCCB Tester’ atau lampu uji
 Uji kepekaan PLBK , sekiranya PLBK tidak terpelantik itu
menunjukkan ianya telah hilang kepekaan
 PLBK tersebut perlu digantikan dengan yang baru kerana ianya
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 11 /34

telah rosak dan boleh menyebabkan pengguna terkena renjatan


elektrik

 Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya


 Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna
 Sebenarnya masalah ini adalah disebabkan pemasangan atau
penukaran fius yang tidak mengikut kadaran yang betul
 Kaedah mengesannya ialah dengan menanggalkan fius tersebut
dari tempatnya dan melihat kadaran fius pada badannya ( fius
HRC) dan menyukat saiz dawai fius (fius dawai semula) untuk
menentukan sama ada kadarannya adalah betul.
 Sekiranya kadaran fius lebih besar daripada sepatutnya ianya
perlu ditukarkan dengan yang betul kadarannya kerana kadaran
yang tidak betul boleh merosakkan beban yang ditanggungnya
disamping merbahayakan pengguna.

1.5 Prosedur Untuk Menjalankan Lawatan Tapak


ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 12 /34

1.6 Akta & Peraturan Elektrik Dan Standard


1.6.1 Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
BAHAGIAN I
PERMULAAN
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 13 /34

Seksyen
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran

BAHAGIAN II
SURUHANJAYA TENAGA
3. Penubuhan Suruhanjaya
4. Meterai perbadanan
5. Keanggotaan Suruhanjaya
6. Kelulusan untuk memegang jawatan lain
7. Tempoh jawatan
8. Saraan dan elaun
9. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
10. Pengosongan jawatan
11. Akuan berkanun oleh anggota Suruhanjaya
12. Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa
13. Jadual

BAHAGIAN III
FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA
14. Fungsi dan kuasa Suruhanjaya
15. Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya
16. Arahan Menteri
17. Suruhanjaya hendaklah memberikan maklumat
17A. Sekatan ke atas penggunaan lambang atau representasi Suruhanjaya

BAHAGIAN IV
PEGAWAI SURUHANJAYA
18. Ketua Pegawai Eksekutif
18A. Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif
19. Pelantikan pegawai Suruhanjaya
20. Syarat perkhidmatan
21. Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan
22. Pembayaran faedah persaraan, dsb.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 14 /34

23. Suruhanjaya boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.

BAHAGIAN V
KEWANGAN
24. Kumpulan Wang
25. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
26. Pemeliharaan Kumpulan Wang
27. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
28. Akaun bank
29. Kuasa untuk meminjam
30. Pelaburan
30A. Had kontrak
31. Tatacara kewangan
32. Tahun kewangan
33. Akaun dan laporan
34. Dipotong

BAHAGIAN VI
AM
35. Pendakwaan
36. Pekhidmat awam
37. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
38. Kuasa untuk mengambil kerja
39. Kewajipan kerahsiaan
40. Pewakilan dalam prosiding sivil
41. Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

1.6.2 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)


 Perkara Yang Berkaitan Dengan Kerja-Kerja Pepasangan, Pengendalian, Dan
Penyeliaan Elektrik:
 Akta ini diwartakan pada 1990 sebagai satu panduan kepada perlaksanaan dan
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 15 /34

sebagai peruntukan kepada mengawal selia industri pembekalan elektrik dari segi
harga dan perlesenan kepada mana – mana pepasangan elektrik di samping kepada
operasi loji yang mengunapakai bekalan elektrik.
 Berikut disenaraikan Seksyen-Syeksen yang mana didalamnya terkandung
maklumat serta panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-
kerja PEPASANGAN, PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk
kepada buku Akta Bekalan Elektrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, baca
perkara dan keterangan tajuk utama pada bahagian yang berkaitan dan lihat pada
nombor seksyen dibahagian sebelah kirinya. Berpandukan nombor seksyen tersebut
cari dan baca secara terperinci huraian yang terkandung di dalam Seksyen tersebut.

BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
2. Tafsiran

BAHAGIAN II
PERJAWATAN
3. (Dipotong)

BAHAGIAN III
FUNGSI, TUGAS DAN KUASA SURUHANJAYA
4. Fungsi dan tugas
5. Kuasa memasuki dengan waran atau selainnya, memeriksa, memeriksa
teliti, menyita, dsb.
6. Kuasa menyiasat
7. Kebolehterimaan pernyataan
8. Halangan, dsb. suatu kesalahan

BAHAGIAN IV
PEPASANGAN BERLESAN DAN BERDAFTAR
Seksyen
9. Lesen dikehendaki bagi penggunaan pepasangan: terma, syarat dan
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 16 /34

kandungan lesen
10. Kuasa untuk memasuki dan memeriksa teliti tanah
11. Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud pembinaan
12. Talian bekalan dan kelengkapan lain di atas tanah Negeri
13. Penyenggaraan, pembaikan dan peningkatan pepasangan
14. Pengalihan atau pengubah pindaan talian bekalan, dsb.
15. Kecualian bagi perjanjian izin lalu
16. Pampasan
17. Pengurangan atau penghentian bekalan: liabiliti
18. Cagaran: penggantungan dan pembatalan lesen
19. Sekatan penggunaan untuk maksud yang dinyatakan
20. Pengecualian kelengkapan daripada distres dan penahanan
21. Pendaftaran pepasangan
22. Pemeriksaan berkala pepasangan

BAHAGIAN V
KAWALAN KOMPETEN
23. Orang yang menjaga

BAHAGIAN VA
PENGGUNAAN ELEKTRIK DENGAN CEKAP

23A. Menteri hendaklah menentukan standard, dll.


23B. Pepasangan hendaklah memenuhi kehendak
23C. Kelengkapan hendaklah memenuhi kehendak

BAHAGIAN VI
PEMBEKALAN OLEH PEMEGANG LESEN
Seksyen
24. Kewajipan membekal apabila diminta
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 17 /34

25. Kekecualian kepada kewajipan membekalkan elektrik


26. Kuasa menentukan tarif
26A. Pemegang lesen boleh mengenakan surcaj
27. Kuasa mendapatkan kembali perbelanjaan
28. Kuasa menghendaki cagaran
28A. Pemulangan cagaran dengan bunga
29. Perjanjian khas mengenai bekalan
30. Penentuan pertikaian
31. Pemastian harga maksimum bagi penjualan semula elektrik
32. Caj bagi bekalan elektrik hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai

BAHAGIAN VII
PEMBERITAHUAN KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN
33. Kemalangan serius hendaklah dilaporkan. Penyiasatan oleh Suruhanjaya

BAHAGIAN VIII
SIASATAN DAN TIMBANG TARA
34. Tatacara berhubungan dengan siasatan dan timbang tara
35. Kuasa mengadakan siasatan
36. Timbang tara
BAHAGIAN IX
KESALAHAN DAN PENALTI
37. Kesalahan
38. Pemotongan bekalan elektrik
39. Liabiliti tidak terjejas
40. Beban pembuktian
41. Pampasan kerana kerosakan
42. Pendakwaan
43. Pengkompaunan
44. Hadiah untuk maklumat
BAHAGIAN X
AM
45. Langkah awasan semasa melaksanakan kerja
46. Gangguan elektrik terhadap talian pengisyarat Kerajaan
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 18 /34

47. Langkah awasan terhadap elektrik atmosfera


48. Sekatan terhadap sambungan dengan bumi
49. Tatacara dalam hal kecacatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya
50. Larangan mengambil kanak-kanak bekerja
51. Kuasa khas darurat
52. Kuasa untuk mengisytiharkan sumber air

BAHAGIAN XI
KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN
53. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

BAHAGIAN XII
PELBAGAI
54. Pengecualian
55. Peruntukan peralihan dan sekatan yang dikenakan pada lesen yang
dikeluarkan sebelum Akta ini
56. Pemansuhan Akta Elektrik 1949 dan Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983
dan kecualian berkenaan dengannya

1.6.3 Peraturan Elektrik 1994


 Perkara Yang Berkaitan Dengan Kerja-Kerja Pepasangan, Pengendalian, Dan
Penyeliaan Elektrik:
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 19 /34

 Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik
1990, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
o Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik
1994 dan hendaklah, tertakluk kepada subperaturan (2), mula berkuatkuasa
pada 30hb Januari 1994.
o Tertakluk kepada subperaturan (1) peraturan-peraturan yang berikut
hendaklah mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996:
i. peraturan 13;
ii. subperaturan 23(2), 23(3) dan 23(4);
iii. perenggan 78(2)(c);
iv. perenggan 78(3)(c};
v. perenggan 78(4)(c);
vi. perenggan 78(5)(c);
vii. perenggan 81(c);
viii. perenggan 85(c);
ix. peraturan 88; dan
x. peraturan 57.

Berikut disenaraikan Peraturan-Peraturan yang mana didalamnya terkandung maklumat


serta panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja
PEPASANGAN, PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk kepada
buku Akta & Peraturan Elektrik, baca perkara dan keterangan tajuk utama pada bahagian
yang berkaitan dan lihat pada nombor Peraturan dibahagian sebelah kirinya. Berpandukan
nombor tersebut cari dan baca secara terperinci apa yang terkandung di dalam Peraturan
tersebut.

BAHAGIAN II

PEPASANGAN
Pendaftaran Pepasangan
Peraturan
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 20 /34

3. Permohonan bagi pendaftaran pepasangan


4. Fee bagi pendaftaran pepasangan
5. Pemeriksaan dan ujian pepasangan
6. Fee bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan
6A. Daftar
7. Pembatalan Perakuan Pendaftaran Pepasangan

Lesen bagi Pepasangan


8. Lesen bagi pepasangan awam
9. Lesen bagi pepasangan persendirian
10. Fi bagi pepasangan awam atau persendirian

Penyeliaan dan Ujian Pepasangan


11. Kelulusan bagi memulakan pendawaian
12. Penyeliaan dan penyiapan pepasangan
13. Ujian pepasangan
14. Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian

Bahan, Kelengkapan dan kaedah Pepasangan


15. Radas, konduktor, aksesori dsb.
16. Suis, fius suis, suis fius, pemutus litar, penyentuh, fius, dsb.
17. Janakuasa, motor, pengubah, dsb.
18. Cara pengasingan

Pepasangan Papan Suis


19. Susunan papan suis secara am
20. Mengendalikan papan suis
21. Papan suis dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 21 /34

Talian Bekalan Bawah Tanah


Peraturan
22. Sesalur dan sambungan bawah tanah
23. Cantuman, sambungan atau penamatan

Radas Mudah Alih


24. Radas mudah alih secara am.
25. Radas mudah alih di atas kapal korek atau struktur terapung.

Pemasangan Papan Tanda Elektrik


26. Papan tanda elektrik.
27. Suis bomba, notis dan pengubah.
28. Langkah-langkah yang hendaklah diambil oleh pemunya atau pengurusan.

Pepasangan Lain
29. Pepasangan yang tidak digunakan.
30. Kuasa Suruhanjaya membuat pelarasan atau pindaan kepada pepasangan.
31. Pepasangan bagi peleburan elektrik. X-ray, dsb.
32. Pepasangan di tempat-tempat hiburan awam.
33. Pepasangan di atas kapal korek atau struktur terapung.

Pembumian Pepasangan
34. Pembumian bahagian logam, poin neutral, dsb.
35. Kaedah pembumian.
36. Perlindungan terhadap arus kebocoran bumi.

Kehendak-Kehendak Am Pepasangan
37. Ruang bagi papan suis atau kelengkapan.
38. Notis.
39. Arahan bagi rawatan renjatan elektrik.
40. Alat pemadam api.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 22 /34

Pepasangan Talian Aerial


41. Syarat-syarat am talian aerial
42. Talian aerial dikendalikan pada voltan rendah
43. Talian aerial dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi

Pemeriksaan Tetap oleh Orang Kompeten


Peraturan
66. Pepasangan hendaklah dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten.
67. Orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan.
68. Kewajipan Jurutera atau Penyelia memeriksa dan melapor.
69. Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan.
70. Kewajipan memberitahu dan membaiki kecacatan.

1.6.4 Ms 1979: 2007 (Cop)


 Setelah 3 tahun dalam draf dan selepas 2 tahun diwartakan, pengumuman
awam oleh Suruhanjaya Tenaga boleh dilihat dalam satu surat pekeliling
bertarikh Julai 2008.
o MS 1979:2007 : Pemasangan Elektrik Bangunan – (Code of Practice)
COP.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 23 /34

o MS 1936:2006 : Pemasangan Elektrik Bangunan - Panduan MS IEC


60364.
 Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

 COP05 - Semua kandang logam peralatan elektrik mesti disambungkan kepada


pengalir perlindungan. Air, paip gas, bahagian logam struktur bangunan dan
ducting sistem penyaman udara juga perlu dihubungkan dengan ikatan
pembumian utama.
 COP06 - Pengasingan dari litar rosak. Perlindungan menggunakan RCD , fius ,
pemutus litar dan lain-lain mesti mematuhi Ra x la < 50V

Ra = Rintangan elektrod bumi & konduktor perlindungan;


Ia = Arus semasa pengendalian peranti perlindungan ( sensitivy RCD dan
perjalanan semasa 5s untuk inverse time relay ).
50V voltan kendalian selamat ditakrifkan oleh IEC60749 -1.

 COP07 - Rintangan pembumian mesti kurang daripada 10Ω untuk operasi RCD
tetapi rintangan kurang daripada 1Ω adalah lebih baik.
 COP08 - Peralatan elektrik hendaklah dipasang dalam bahan-bahan yang boleh
menahan suhu yang dihasilkan (oleh peralatan).
 COP10 - Pemanas air atau pemanas udara paksa atau penjana wap perlu
dilengkapi dengan lebih daripada alat-alat pemanasan dan pepotong (cut out).
 COP12 - In> Ib
 COP13 - Iz > In
 COP14 - I2 < 1.45 x Iz
In = arus nominal;
Ib = reka bentuk semasa (beban)
Iz = kapasiti membawa arus bagi kabel;
I2 = arus peranti perlindungan yang sesuai
 COP16 - Memerlukan penentuan semasa litar pintas dalam pemasangan. TNB
jurutera daerah perlu mengeluarkan maklumat mengenai litar point of common
coupling ( PCC) di kawasan pemasangan.
 COP19 - Surge Protector Device (SPD) adalah disyorkan untuk bekalan dari talian
atas.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 24 /34

 COP26 - Lenturan jejari hendaklah 12 kali diameter kabel. Ini memerlukan sesiku
dan simpang digunakan di mana kabel perubahan arah. Di Malaysia, kebanyakkan
pemasangan pendawaian GAGAL KRITERIA INI.
 COP27 - Faktor ruang untuk kondiut hendaklah 40% dan untuk trunking hendaklah
45%.
 COP28 - Kabel yang terpasang di belakang dinding (iaitu tertanam dalam konkrit)
hendaklah selari melintang atau menegak dengan bahagian tepi bilik dan dalam
150mm dari atas dan 150mm dari tepi dinding.
 COP30 - Pendawaian dalam ruang siling (di bawah bumbung) perlu disediakan
dengan perlindungan mekanikal (iaitu dipasang di dalam saluran yang
DILULUSKAN). Di samping itu kabel perlu dipasang sama ada selari atau
sepanjang bahagian tepi dinding.
 COP31 - Litar pemanas air hendaklah mempunyai suis 2 kutub (double pole) dan
dipasang pada tempat yang sesuai atau berdekatan dengan beban.
 COP32 - Litar AC hendaklah mempunyai soket (jenis unswitched adalah
accepable ) pada setiap unit.
 COP35 - Saiz pengalir neutral mesti saiz sama seperti fasa pengalir.
 COP36 - Saiz pengalir neutral boleh dikurangkan ( merujuk kepada COP35 )
mengikut budi bicara Jurutera Rekabentuk Profesional (iaitu hanya orang
berkelayakkan yang boleh membuat keputusan ).
 COP39 - Saiz kabel minimum hendaklah 1.5mm ≤ tembaga atau 2.5mm ≤
aluminium. Oleh itu amalan menggunakan 1.25mm ≤ kabel tembaga adalah
dilarang sama sekali!

Nota : Penggunaan kabel aluminium DALAM BANGUNAN adalah BAHAYA


dan harus dipertimbangkan dengan teliti oleh jurutera yang berkelayakan. Di India,
amalan ini paling lazim menggunakan kabel aluminium dan hanya kabel di atas 50mm
≤ mungkin aluminium sahaja boleh digunakan.
 COP41 - Dibenarkan kejatuhan voltan adalah 4%. Kejatuhan voltan untuk motor
permulaan boleh mencapai 10 %.
 COP42 - TIDAK DIBENARKAN menyambung kabel dengan pateri (lihat COP43 di
bawah).
 COP43 - Sambungan konduktor atau kabel hendaklah melalui soket dan Crimping
 COP44 - Kabel untuk sub litar TIDAK BOLEH DISAMBUNG .
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 25 /34

 COP51 - RCD (atau jenis ELCB semasa) untuk pemasangan fasa tunggal tidak
boleh melebihi 100mA ( sebelumnya disebut dalam peraturan-peraturan adalah
30mA ).
 COP52 - RCD untuk pemasangan 3 fasa tidak melebihi 100mA . Tiga unit tunggal
RCD jenis tiang dan bukannya RCD 3-fasa boleh digunakan DENGAN SYARAT
tiada beban 3 fasa digunakan.
 COP53 - Peralatan Tangan hendaklah mempunyai RCD tidak melebihi 30mA.
 COP54 - RCD tidak melebihi 10mA hendaklah dipasang untuk lokasi khas ( tempat-
tempat hiburan awam; tempat-tempat basah; perlindungan pemanas air elektrik ).
 COP56 - Memerlukan RCD yang hendak diuji secara tetap, sekurang-kurangnya
dua kali setahun.
 COP59 - Adalah disyorkan untuk meletakkan Surge Protection Device (SPD)
sebelum RCD ( jika ada permintaan )
 COP61 - Surge Protection Device (SPD) harus berkadar yang tidak kurang daripada
5kA .
 COP64 - Sambungan bumi minimum dari SPD ke terminal bumi utama hendaklah
tidak kurang daripada 10mm ≤ tembaga dan hendaklah sesingkat mungkin ( 0.5m ).
 COP65 - Setiap litar hendaklah disediakan dengan cara pengasingan.
 COP67 - Peranti semikonduktor tidak boleh digunakan untuk pengasingan . Oleh
itu soft stater mesti disokong dengan suis fizikal .
 COP70 - Elektrod bumi hendaklah rod tembaga bersarung keluli , pita tembaga
konduktor , rod atau paip atau bar keluli diperkukuhkan asas-asas konkrit
bangunan. Pilihan terakhir basbar menjadi pilihan kegemaran untuk ramai pereka
tetapi walau bagaimanapun perlu direka, yang dinyatakan dan dipasang oleh
pengamal berpengalaman.
 COP71 - Paip air atau gas TIDAK dibenarkan untuk digunakan sebagai satu-
satunya cara pembumian tetapi ikatanequipotential dibenarkan.
 COP72 - Memerlukan sistem pembumian diperiksa setiap tahun
 COP73 - Pembumian konduktor dikebumikan di tanah dan tanpa perlindungan
terhadap hakisan hendaklah 25mm minimum ≤ tembaga terdedah . Nilai ini boleh
dikurangkan kepada 16mm ≤ jika terdapat pada tembaga perlindungan.

Nota : Pita tembaga (cooper tape) standard di 25mmx3mm mematuhi keperluan ini.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 26 /34

 COP74 - Sambungan konduktor bumi dikebumikan di tanah menggunakan


kimpalan eksotermik atau cad well adalah disyorkan. Sambungan ke elektrod
bumi yang memerlukan pemeriksaan berkala di dan jenis pengapit.
 COP76 - Perlindungan konduktor adalah seperti berikut:
o saiz sama seperti talian konduktor jika kurang daripada 16mm ≤
o 16mm ≤ jika garis konduktor adalah lebih daripada 16mm ≤ dan sehingga
35mm ≤
o separuh saiz garis konduktor jika lebih daripada 35mm ≤.

 COP77 - Perlindungan ikatan kepada terminal bumi utama hendaklah ≤ 6mm untuk
tembaga atau 16mm ≤ untuk aluminium.
 COP78 - Pengalir neutral hendaklah berasingan apabila digunakan.
 COP79 - Perlindungan untuk fire fighting adalah penting (contohnya pumpsets
melawan kebakaran ) boleh diketepikan. Peranti perlindungan arus lebih jika
disediakan , boleh mengadakan peruntukan penggera sahaja.
 COP82 - Penyeliaan kerja-kerja pemasangan fasa LV hendaklah di bawah
tanggungjawab langsung Pendawai (fasa tunggal atau sekatan 3- fasa). Borang
perakuan penyiapan kerja di bawah Borang G.
 COP83 - Penyeliaan kerja-kerja LV pemasangan 3 fasa hendaklah di bawah
tanggungjawab langsung Pendawai ( sekatan 3- fasa). Yang Pendawai dikehendaki
mengesahkan siap di bawah Borang G.
 COP 84 - Ujian untuk pemasangan fasa hendaklah melalui Pendawai ( fasa tunggal
atau sekatan 3- fasa) di bawah Borang H.
 COP 85 - Ujian untuk pemasangan 3 fasa hendaklah melalui Pendawai ( sekatan 3-
fasa) di bawah Borang H.
 COP86 - Pemasangan di lebih tinggi daripada voltan rendah hendaklah diuji oleh
Jurutera Perkhidmatan Elektrik di bawah Borang H.
 COP87 - Elektrik TIDAK AKAN DISAMBUNG sehingga Borang G & H dikemukakan
oleh pemilik atau pengendali bangunan.
 COP88 - Ukuran Penebat hendaklah dijalankan pada pemasangan LV
menggunakan voltan AT. Di mana 500Vdc digunakan , rintangan penebatan itu
hendaklah lebih daripada 1Mega Ohm
 COP91 - Setelah selesai pemasangan hendaklah disediakan rajah skematik dan
dipamirkan. Rajah hendaklah diendorskan oleh pereka bentuk jurutera elektrik
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 27 /34

profesional.

Nota: Borang G dan H di bawah COP 82-85 dan elektrik sambungan di bawah
COP87 hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa bekalan untuk
penyambungan bekalan.

1.6.5 Electrical Installation Of Buildings – Code Of Practice (Cop)


1.6.6 Berdasarkan Arahan Terbaru Oleh Badan Pengawalseliaan
ALAT TAMBAH STANDARD
Ros Siling BS 476
Pemegang Lampu BS 5042
Soket Alur Keluar BS 1363
Palam berfius dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi (a.u) BS 1363 & BS 1362
Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar 2 kutub dan
BS 546 & BS 646
berbumi (a.u)
Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar berpelindung 2 ku-
BS 196
tub dengan sentuhan bumi

Palam dan soket alur keluar jenis yang terdapat di panggung way-
BS 5550
ang
Palam dan soket alur keluar jenis perusahaan BS 4343
Penyambung dan pengganding kabel BS 196, BS 1778 &
BS 4343

1.7 Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994


1.7.1 Mempunyai limabelas (15) bahagian
1. Permulaan (preliminary);
2. Perlantikan pegawai (appointment of officers);
3. Majlis negara bagi keselamatan &kesihatan (national council for osh);
4. Kewajipan am majikan & orang yang bekerja sendiri (general duties of
employers and self-employed persons
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 28 /34

5. Kewajipan am perekabentuk, pengilang & pembekal (general duties of


designers, manufacturers and suppliers);
6. Kewajipan am pekerja (general duties of employees);
7. Organisasi keselamatan & kesihatan (safety and health organizations)
8. Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian; berbahaya, keracunan
pekerjaan & penyakit pekerjaan & siasatan (notification of accidents, dangerous
occurrence, occupational poisoning and occupational diseases and inquiry);
9. Larangan terhadap penggunaan loji atau bahan (prohibition against use of plant
or substance);
10. Tataamalan industri (industry codes of practice);
11. Penguatkuasaan & penyiasatan (enforcement and investigation);
12. Liabiliti bagi kesalahan (liability for offences);
13. Rayuan (appeals);
14. Peraturan-peraturan (regulations);
15. Pelbagai (miscellaneous).

1.8 Keperluan Kebenaran Untuk Mengakses Tapak


1.8.1 Green card

i. Apakah yang dimaksudkan dengan program kad hijau?

Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan
menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama
sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 29 /34

Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta
perlindungan Takaful secara percuma.

ii. Apakah Kad Hijau?

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja
yang terlibat di tapak binaan. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak
binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta
tahap kemahiran yang dimilikinya.

iii. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon Kad Hijau?

1. Terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan


2. Mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
3. Berumur tidak kurang dari 16 tahun

iv. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Kad Hijau?

 Pemohon mestilah mengisi ’Borang UPP1’ dengan lengkap dan lampirkan


dokumen sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui
laman web CIDB Malaysia. Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat.
 Pihak CIDB seterusnya akan mengatur ’Kursus Induksi Keselamatan dan
Kesihatan bagi Personel Binaan’ selama satu hari untuk setiap pemohon. Kad
Hijau akan diserahkan selepas pemohon menghadiri kursus ini.

v. Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Kad Hijau?

 Pembaharuan kad hijau boleh dibuat secara datang sendiri ke pejabat CIDB
terdekat atau melalui pos. Pemohon perlu mengisi Borang UPP1 dan lampirkan
gambar, salinan kad pengenalan/pasport dan permit serta bayaran yang
diperlukan.
 Bagi permohon yang berurusan di kaunter, kad baru akan diproses terus semasa
pemohon berurusan dikaunter. Permohonan yang dibuat oleh wakil akan diproses
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 30 /34

terus hanya jika jumlah permohonan yang dikemukakan kurang dari lima.
 Jika pemohon memilih untuk berurusan melalui pos, bayaran hendaklah dibuat
melalui wang pos/bank draf/cek bank atas nama ’Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia’. CIDB akan menghantar kad baru melalui pos.

vi. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Kad Hijau baru bagi menggantikan kad
yang telah hilang?

* Jika Kad Hijau yang hilang masih sah laku, anda boleh mendapatkan kad
gantian dengan mengemukakan kepada CIDB perkara-perkara berikut:

 Gambar berwarna terbaru berukuran gambar kad pengenalan


 Salinan kad pengenalan/salinan paspot dan permit kerja
 Bayaran denda RM 20.00

* Jika Kad Hijau yang hilang telah tamat tempoh sahlaku, prosedur untuk
mendapatkan kad adalah sama seperti prosedur membuat pembaharuan.

1.8.3 Safety Passport


Keanggotaan NIOSH bertujuan untuk membangunkan sekelompok Ahli yang
komited, profesional, berpengetahuan dan mahir dalam bidang Keselamatan,
Kesihatan dan Alam Sekitar Pekerjaan.
Ini termasuk :
i. Profesional yang terlibat dalam reka bentuk, pengurusan dan pembuatan
peralatan OSH.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 31 /34

ii. Pengamal OSH.


iii. Badan-badan korporat termasuk industri kecil dan sederhana.
iv. Ahli akademik yang terlibat dalam bidang keselamatan, kesihatan dan alam
sekitar.
Keahlian Individu Individu persendirian yang merupakan warganegara Malaysia dan
terlibat dalam persekitaran kerja keselamatan dan kesihatan. Keanggotaan
Perbadanan Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau
organisasi yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimana?
i. Anda perlu mengenal pasti nama dan tarikh kursus yang anda ingin ambil.
Anda boleh merujuk kepada Kalendar Kursus kami.
ii. Bagi syarikat yang menyumbang kepada HRDF, kalendar itu akan memberi-
tahu anda skim untuk kursus yang berkaitan.
iii. Muat turun, cetak dan lengkapkan Borang Pendaftaran Kursus. Sila ambil
perhatian bahawa anda dikehendaki menyatakan pengaturan pembayaran
anda. Iaitu Syarikat-Tuntutan, Tuntutan Sendiri dan / atau tuntutan HRDF
(jika berkaitan).
iv. Faks permohonan anda ke +603 8926 3900 atau e-mel kepada Jabatan Lati-
han kami.
v. Pemohon hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya SATU (1) BULAN
sebelum tarikh kursus yang berkaitan. Surat tawaran akan dikeluarkan ke-
pada anda / syarikat anda dua (2) minggu sebelum tarikh kursus jadual dan
pengesahan anda diperlukan satu minggu sebelum permulaannya.
vi. Bayaran hendaklah dibuat semasa pengesahan kursus. Tindakan akan diam-
bil jika pembayaran penuh tidak diterima pada akhir kursus.
vii. Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh e-mel: latihan [niosh.com.my]
Apakah Keperluan Yang Diperlukan Untuk Mengikuti Kursus Latihan
NIOSH
1. Program Kesedaran OSH
Kursus ini terbuka kepada semua dan tiada keperluan atau kelayakan
diperlukan. Anda hanya perlu melengkapkan borang permohonan latihan
kami dan ikuti prosedur.
2. Program Kecekapan / Cetificate
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 32 /34

Program Sijil Pegawai Keselamatan dan Kesihatan:


 Lulus minimum SPM (Gred 3).
Program Sijil Doktor Kesihatan Pekerjaan:
 Pemohon perlu menjadi pengamal perubatan yang berdaftar dengan Ma-
jlis Perubatan Malaysia. Sila lampirkan surat pendaftaran MMC dengan
borang permohonan latihan.
  Program Sijil Jururawat Kesihatan Pekerjaan:
 Pemohon perlu menjadi jururawat berdaftar dengan Lembaga Jururawat
Malaysia. Sila lampirkan Surat Pendaftaran Lembaga Kejururawatan
dengan borang permohonan latihan.
Juruteknik Kebersihan 1 & 2 Program Sijil:
 SPM minimum dengan kredit Matematik dan Sains.
 Keperluan lain boleh didapati dalam Garis Panduan atau Pendaftaran
Penilai, Juruteknik Kebersihan dan Dokter Helath Pekerjaan atau anda
boleh merujuk terus kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP).
Program Sijil Penaksiran Risiko Kesihatan Kimia:
 Pass STPM, dengan kredit dalam Kimia di peringkat SPM.
 Keperluan lain boleh didapati dalam Garis Panduan atau Pendaftaran
Penilai, Juruteknik Kebersihan dan Dokter Helath Pekerjaan atau anda
boleh merujuk terus kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP).
  Kursus Perancah Asas (Frame / Tubular):
 Minimum enam (6) tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
Boleh membaca dan menulis.
3. Program Pengajar
 Keperluan ini berbeza mengikut kursus.
Adakah Saya Layak Menjadi Fasilitator / Jurulatih NIOSH.
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
dan minimum 5 (lima) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan, atau
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan, Kimia, Perubatan, Kesihatan
atau Alam Sekitar dan sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja
dalam bidang berkaitan, atau
- Memiliki sekurang-kurangnya (10) tahun pengalaman bekerja dalam Keselamatan
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 33 /34

dan Kesihatan Pekerjaan atau kawasan berkaitan. dan / atau


- Mempunyai sebarang Sijil Kecekapan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

SOALAN/QUESTION :

1. Nyatakan empat kerosakan yang sering berlaku di dalam pemasangan domestik tiga fasa

2. Nyatakan maksud ‘litar pintas’ dan terang sebab kerosakan , kaedah mengesan serta
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(1/6) Muka 34 /34

penyelesaiannya.

3. Nyatakan maksud ‘litar bocor ke bumi ’ dan terang sebab kerosakan , kaedah mengesan serta
penyelesaiannya

4. Nyatakan maksud ‘litar buka’ dan terang sebab kerosakan , kaedah mengesan serta
penyelesaiannya

5. Nyatakan maksud ‘kerosakan alat perlindungan’ dan terang sebab kerosakan , kaedah
mengesan serta penyelesaiannya

RUJUKAN/REFERENCE :

1. PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK


ISRIHERWAN SENAIN
TAHUN 2012

You might also like