You are on page 1of 17

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

TAJUK: Penyelenggaraan Pendawaian Elektrik Satu Fasa

NAMA : IZZ’HAZIQ IQBAL BIN KDAYATTUL FAIDZAL

NO. K/P : 040629-10-0807

PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRIK (ETE) 1SVM

NAMA PENSYARAH : MOHD RIDZAUDDIN BIN MOHAMED SAID


SENARAI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT

1. Pendahuluan
2. Pengenalan : Definisi Penyelenggaraan
3. Tujuan Penyelenggaraan Pendawaian Elektrik
4. Jenis Penyelenggaraan Elektrik
5. Kerosakan pepasang elektrik satu fasa
6. Langkah mengesan kerosakan elektrik satu fasa
7. Kesimpulan
8. Jadual pemeriksaan
9. Rujukan
10. Lampiran
1. Pendahuluan
Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir
elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat.
Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan
di Malaysia.

Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada


peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana
yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of Building’,
MS 1936:2006 ‘Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC 60364’ dan
MS 1979:2007 ‘Electrical Intallation of Building – Code of Practice’. Sistem
pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan
piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi
dengan piawaian bagi wayar pengalir yang sudah berubah.

2. Pengenalan : Definisi Penyelenggaraan


Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara,
menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan,
perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi
piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta
selamat digunakan.

3. Tujuan Penyelenggaraan Pendawaian Elektrik

i. Selamat dan boleh digunakan. (dari segi ketahanan dan kesihatan.


ii. Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory
requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta
447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenagadan sebagainya)
iii. Mendapatkan ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan.
iv. Mencapai tahap bolehguna yang diterima.
v. Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond
economic repair) dan dengan ini menjimatkan perbelanjaan.
vi. Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan
kelengkapan dan servis.
vii. Mengekalkan kecantikan dan keselesaan.
4. Jenis Penyelenggaraan Elektrik

i. Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance).

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program


atau plan perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi
penyelenggaraan tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala

ii. Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown


Maintenance).

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan


laporan kerosakan pelanggan atau kerosakan yang ditemui
semasa pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja
penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.

5. Kerosakan pepasang elektrik satu fasa

Setiap pemasangan elektrik pasti akan mengalami kerosakan.


Diantaranya ialah pemasangan yang sudah lama, kesalahan
pemasangan, angkara makhluk perosak seperti gigitan tikus dan
mungkin disebabkan oleh terhimpit, terpotong dan sebagainya.

Kerosakan yang sering berlaku pada pendawaian elektrik boleh


dibahagikan kepada berikut :

i. Litar pintas
ii. Litar bocor ke bumi
iii. Litar buka
iv. Kerosakan alat-alat pelindung
5.1. Litar Pintas

Litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral.

Kerosakan litar pintas dapat dikenalpasti melalui MCB atau fius yang sering
terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan.

Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama ( PSU ),
maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan.

Di antara punca-punca berlakunya litar pintas adalah:

i. Penebat kabel terkoyak.


ii. Penebat kabel cair.
iii. Benda asing seperti cicak,tikus,air dan kepingan logam yang menyentuh
pengalir elektrik.
iv. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal
motor elektrik yang pecah pemisahnya,soket yang pecah menyebabkan
persentuhan antara pengalir elektrik dan sebagainya
Kaedah Mengesan Kerosakan

Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut:

i. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya


renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

ii. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

iii. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana
bekalan sedang digunakan,penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar
yang rosak sahaja.

iv. Gunakan alat uji Rintangan Penebat (Insulation Resistance Tester) untuk
mengesan kerosakan litar pintas ini.

v. Asingkan beban seperti lampu dan perkakas elektrik dari litar sebelum diuji
(sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’ OFF’
kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan
ujian dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik.

vi. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya
(fasa dengan fasa dan neutral)

vii. .

viii. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm,maka
litar tersebut telah berlaku litar pintas.

ix. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang
rosak.
x. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang lebih dari satu litar yang rosak
sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.

5.2. Litar Bocor ke Bumi

Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada
pemasangan pendawaian yang membawa arus elektrik (sama ada dari sebelah
fasa-fasa atau neutral) ke bumi.Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau
alat-alat elektrik yang membawa arus elektrik kepada bahagian logam berbumi
atau kabel bumi sendiri.

Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenalpasti apabila PLBK@ELCB


sering terpelantik terputus apabila di ‘ON’kan.

Diantara punca-punca berlakukan litar bocor kebumi adalah:-

i. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian


logam berbumi.
ii. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik cair dan bercantum dengan
kabel bumi atau bahagian logam berbumi.
iii. Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh
antara pengalir-pengalir arus elektrik dan bumi.
iv. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor,lampu,soket alur
keluar yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.
v. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang
berbumi atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi.

Kaedah Mengesan Kerosakan

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti
berikut :

i. Matikan bekalan elektrik pada suis utama (main switch) untuk menggelakkan
sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
ii. ‘OFF’kan PLBK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

iii. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana
bekalan elektrik sedang digunakan,penguji perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar
yang rosak sahaja.

iv. Gunakan alat penguji rintangan penebat (Insulation Resistance Tester) untuk
mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.

v. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu, motor elektrik dan alat-alat
elektrik dari litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban
tersebut suisnya perlu di’OFF’kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada
salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakan alat-alat elektrik
disebabkan voltan dari alat uji tersebut.

vi. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya
dengan bumi (fasa –fasa, neutral dan bumi)

vii. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka
litar tersebut telah dikatakan bocor ke bumi.

viii. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang
rosak

ix. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih
dari satu litar yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.
5.3. Litar Buka

Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga


sampai kepada beban.

Ini menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu tidak dapat
beroperasi kerana tidak mendapat bekalan elektrik.

Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila peralatanelektrik tidak


dapat beroperasi walaupun telah di’ON’kan semua suis untuk alat tersebut
beroperasi.

Diantara punca-punca berlakunya litar buka adalah:-

i. Kabel putus.
ii. Sambungan pada terminal tertanggal.
iii. Litar pada motor elektrik atau mesin elektrik terputus.
iv. Kerosakan seperti suis,soket alirkeluar,suis utama,PBLK,MCB,fius
pengasing dan penghidup motor elektrik.

Kaedah Mengesan Kerosakan

Ujian untuk kerosakan jenis ini lebih mudah dilakukan dalam litar
hidup tetapi sekiranya sangat merbahaya jika dilakukan dalam litar
hidup,maka boleh juga dilakukan dalam litar mati.

a. Kesan kerosakan dalam litar mati :

i. Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.Matikan


bekalan elektrik untuk seluruh pepasangan itu (‘OFF’kan suis
utama,PBLK dan semua MCB ) atau untuk litar yang hendak dikesan
sahaja.
ii. Gunakan ‘multitester’ dengan bidang ohm untuk membuat ujian ini.

iii. Pintaskan pada hujung litar kecil akhir umpama S.A.K. dan
pengasing pada bahagian pengalirnya (fasa-fasa dan neutral sahaja
) pada litar yang hendak diuji.’ON’kan semua suis yang memgawal
litar yang hendak diuji itu.

iv. Uji setiap fasa dan neutralnya pada papan suis utama,sekiranya
multitester menunjukkan bacaan 0 ohm,maka litar tersebut tidak
buka dan sebaliknya jika tidak menunjukkan bacaan 0 ohm.

v. Teruskan mengesan kerosakan sehingga dapat mengenalpasti


punca kerosakan.

b. Kesan kerosakan dalam litar hidup :

i. Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.

ii. ‘ON’kan semua suis untuk litar yang rosak tersebut sehingga
sepatutnya ia mendapat bekalan sama ada satu fasa atau tiga
fasa.

iii. Gunakan multimeter dengan bidang voltan(1000V untuk tiga fasa


dan 240V untuk satu fasa).
iv. Uji voltan yang sampai pada setiap penghujung litar kecil akhir (
antara fasa 415V dan fasa dan neutral 240V ) untuk satu fasa
seperti pengasing, penghidup motor elektrik dan soket alirkeluar
sama ada voltan yang sampai mengikut kadaran yang
sepatutnya. Sekiranya tiada kerosakan litar buka voltan akan
sampai mengikut kadaran yang sepatutnya.

v. Sekiranya tiada litar buka sehingga ke hujung litar kecil akhir ujian
peralatan seperti cerek elektrik ,motor elektrik dan mesin elektrik
hendaklah dibuat.

vi. Jika didapati alat elektrik seperti cerek elektrik,motor elektrik dan
mesin elektrik tersebut yang rosak,maka perlulah dimatikan
bekalan kepadanya dan baiki alat itu

5.4. Kerosakan Alat Perlindungan

Kerosakan alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti


suis utama, PBLK, fius dan MCB tidak dapat menjalankan fungsinya apabila
berlaku arus bocor ke bumi dan arus lebih dalam litar.utama tidak boleh
di’OFF’kan, PBLK tidak terpelantik walaupun terdapat arus bocor ke bumi dan
MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya sehingga
merosakkan kabel yang dikawal oleh MCB tersebut.

Diantara punca-punca yang menyebabkan MCB tidak berfungsi adalah:-

i. Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.


ii. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.
iii. PBLK yang hilang kepekaan.
iv. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.

Kaedah mengesan kerosakan dan penyelesaiannya iaitu;


a. Sesentuh suis utama melekat

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

ii. Gunakan multimeter bidang voltan.

iii. Uji bahagian keluaran suis utama dan ‘OFF’kannya.Sekiranya suis


utama masih memberikan bacaan voltan (415V untuk tiga fasa dan
240V untuk satu fasa) maka itu menunjukkan sesentuhnya telah
rosak.

Sekiranya ini berlaku sepatutnya suis utama itu ditukarkan dengan


yang baru kerana mungkin sesentuhnya telah cair dan melekat.

b. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

ii. Gunakan ‘clamp tester’ bidang arus.

iii. Uji bahagian keluaran MCB (tiga kutub atau satu kutub) dan
operasikan bebannya seperti mesin elektrik sekiranya arus yang
melalui MCB itu lebih daripada kadarannya dan MCB masih tidak
terpelantik,maka itu menunjukkan ianya telah rosak.

iv. Sekiranya ini berlaku MCB itu perlu ditukar dengan yang baru
kerana kepekaannya telah hilang atau bahagian sesentuhnya telah
melekat kerana telah lama digunakan.

v. PBLK hilang kepekaan

vi. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.

vii. Gunakan ‘RCCB Tester’ atau lampu uji.


viii. Uji kepekaan PBLK,sekiranya PBLK tidak terpelantik itu
menunjukkan ianya telah hilang kepekaan.

ix. PBLK tersebut perlu digantikan dengan yang baru kerana ianya
telah rosak dan boleh menyebabkan pengguna terkena renjatan
elektrik.

6. Kesimpulan

Terdapat tiga bentuk perlindungan yang disediakan pada unit pengguna


dalam sistem pendawaian elektrik daripada bahaya yang disebabkan oleh arus
elektrik seperti litar pintas, kilat, arus berlebihan ataupun kebocoran arus
elektrik, iaitu:-

 Suis utama - Pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan

 Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) - Memutuskan litar jika berlaku


kebocoran arus elektrik ke bumi

 Pemutus Litar Miniatur / pemutus litar kecil (MCB) - Memutuskan litar


sekiranya berlaku lebihan arus elektrik.
7. Jadual pemeriksaan

Pemeriksaan dan

Perkara Penyelenggaraan Harian Bulanan Tahunan

BUTIRAN 1. Voltan O

2. Arus dan komponen O

3. Suhu bilik/sekeliling O

4. Suhu lilitan stator O

5. Getaran O

6. Suhu alas O

7. Bunyi luarbiasa O

8. Kerosakan lain-lain O

9. Masukkan gris jika O

perlu
10.Rintangan penebatan O

11.Penjajaran penjodoh O

8. Rujukan

1. ABD SAMAD HANIF(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,


Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2.

2. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK


DOMESTIK I.E.E EDISI 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI KEDUA, IBS
BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7
3. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI
BANGUNAN KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU
SDN. BHD., ISBN 978-967-950-307-4
4. https://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.com/2018/03/penyelenggaraan-dan-
pembaikan-peralatan.html

5. https://www.scribd.com/document/352857440/Is-1-Penyelenggaraan-
Pepasangan-Elektrik-Satu-Fasa

6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendawaian_elektrik
9. Lampiran

Peyelenggaraan pendawaian elektrik di pejabat


KPDNHEP negeri Selangor

Peyelenggaraan pendawaian elektrik di pejabat


KPDNHEP negeri Selangor

You might also like