You are on page 1of 2

Penyelenggaraan

Definasi Penyelenggaraan
Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga,
mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan
(services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa,
mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan.
Tujuan Penyelenggaraan

Selamat dan boleh guna (dari segi ketahanan dan kesihatan).


Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement)
yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik, Akta
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenaga
dan sebagainya).

Mendapatkan ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan.

Mencapai tahap bolehguna yang diterima.

Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond economic


repair) dan dengan ini menjimatkan perbelanjaan.

Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan


kelengkapan dan serbis.

Mengekalkan kecantikan dan keselesaan.


Jenis Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance): Kerja


penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan yang
ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan pemeriksaan
berkala.

Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance): Kerja


penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan atau
kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja
penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.
Kategori Kerosakan

Cemas (Emergency) - kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan


penting (terputus atau terganggu) yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang
boleh menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor,
paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak).

Segera (Urgent) - kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta


benda serta boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan
pengguna (misalnya kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip buangan
tersumbat).

Biasa (Normal) - kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau


menyebabkan ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.
Operasi Penyelenggaraan

Serbis (servicing)

Pembersihan / Pencucian Bangunan (rutin cleaning)

Pembaikan (rectification, repair)

Penggantian (replacement)

Penyambungan (extension)

Pengubahsuaian (renovation)

Naiktaraf (upgrading)

Bekalan, Perolehan dan Penyimpanan Barang-barang dan Alatganti


Unit-unit yang terlibat terdiri dari unit Awam, Landskap, Mekanikal dan Elektrikal.

You might also like