You are on page 1of 309

MODUL

POLITEKNIK
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

E4140
ELEKTRONIK PERINDUSTRIAN

Tan Kheng Wee (PKS),


Mustafa Kamal B. Surif (PKS),
Khairul Hisham B. Shahari (PKS).

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140 Elektronik Perindustrian (i)

GRID KURIKULUM
Grid kurikulum ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang
digunakan di Politeknik Kementerian Malaysia.

TOPIK UNIT
Peranti-peranti Dalam Industri 1 2 3 4
Litar Penukaran 5 6 7
Bekalan Kuasa 8 9 10 11
Litar Kawalan dan Perlindungan 12 13 14 15 16
Penderia Industri 17 18 19 20

PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI (6 JAM)


Unit 1 Diod Kuasa
Unit 2 Transistor Kuasa
Unit 3 SCR dan GTO-SCR
Unit 4 Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara (PUT)

LITAR PENUKARAN (8 JAM)


Unit 5 Penukar AU-AT (Penerus)
Unit 6 Penukar AT-AT (Pemenggal)
Unit 7 Penukar AT-AU (Penyongsang)

BEKALAN KUASA (4 JAM)


Unit 8 Pengenalan kepada Bekalan Kuasa
Unit 9 Litar Bekalan Kuasa AT Menggunakan Litar Integrasi (IC)
Unit 10 Litar Bekalan Kuasa AT Menggunakan Litar Transistor
Unit 11 Bekalan Kuasa Mod Penyuisan (SMPU)

LITAR KAWALAN DAN PERLINDUNGAN (6 JAM)


Unit 12 Solenoid dan Fius
Unit 13 Litar Kawalan Crowbar
Unit 14 Penindas Fana
Unit 15 Suis Kawalan
Unit 16 Penapisan dan Penerimaan Isyarat

PENDERIA INDUSTRI (6 JAM)


Unit 17 Pengenalan Kepada Penderia
Unit 18 Penderia Kedudukan dan Pergerakan
Unit 19 Penderia Suhu, Tekanan dan Paras
Unit 20 Penderia Pandang (CCD, CID)

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140 Elektronik Perindustrian (ii)

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

1. Modul ini dibahagikan kepada 20 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid
yang sama.
2. Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan
halaman.

E4140 / UNIT 1 / 5

Subjek
Unit 1
Halaman 5

3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.


4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan symbol berikut:

OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran.

INPUT
Input mengandungi maklumat yang anda pelajari

AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk
menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan
melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan dalam penilaian kendiri.

5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.


6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit
sebelumbya dan yakin dengan pencapaian anda.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140 Elektronik Perindustrian (iii)

PERNYATAAN TUJUAN

Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar semester 4 yang mengikuti kursus
sijil / diploma di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Ianya bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau
dengan bimbingan daripada pensyarah.

PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN

Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah dalam elektronik asas di semester 1 dan 2.

OBJEKTIF AM

Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:-

‰ Mengenali dan memahami peranti elektronik kuasa aktif dan pasif dalam
industri dari segi struktur rajah binaan, simbol, ciri-ciri kendalian dan
kegunaan bagi diod kuasa, transistor kuasa, tiristor GTO, PUT dan Tiristor
(SCR).

‰ Mengenali dan memahami jenis-jenis litar penukaran – Penukar AU – AT


(Penerus), Penukar AT – AT (Pemenggal) dan Penukar AT – AU
(Penyongsang).

‰ Mengenali dan memahami Litar Bekalan Kuasa AT positif dan negatif yang
menggunakan Litar Bersepadu (IC) dan Transistor serta SMPS (Switching
Mode Power Supply).

‰ Mengenali dan memahami Litar Kawalan lebihan beban dan lebihan voltan
menggunakan solenoid, fius kendalian pantas, anti pusuan (antisurge), SCR,
sistem tuil besi, penindas fana RC, Diod dan Diod Zener serta memberikan
kebaikan dan kelemahan masing-masing.

‰ Mengenali dan memahami penderia dari segi kelas, kriteria pemilihan, ciri-
ciri dan kegunaan serta menerangkan kebaikan dan kelemahannya.

PERALATAN & SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA MODUL

1. Kalkulator
2. Lampiran data komponen/peranti berkenaan.

http://modul2poli.blogspot.com/
RUJUKAN

1. Boylestad, R. and Nashelsky, L., Electronic Devices and Circuit Theory,


Prentice-Hall, 1992.

2. Fleeman, S. R., Electronic Devices (Discrete and Integrated), Prentice-Hall,


1990.

3. Schilling, D. L. and Belove, C., Electronic Circuits (Discrete and Integrated),


McGraw-Hill, 1989.

4. Morris, Alan S., Principles of Measurement and Instrumentation (2nd Edition),


Prentice-Hall, 1993.

5. Humphries, J. T. And Sheets, L. P., Industrial Electronics (3rd Edition), Delmar,


1989.

6. Jacob, J. M., Industrial Control Electronics (Applications and design), Prentice-


Hall, 1989.

http://modul2poli.blogspot.com/
BIODATA PENULIS MODUL E4140
ELEKTRONIK PERINDUSTRIAN

NAMA : TAN KHENG WEE


ALAMAT : JABATAN KEJ. ELEKTRIK POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KM 22, BEG BERKUNCI 3094, JALAN MATANG,
93050 KUCHING, SARAWAK.
TELEFON : 082-428796– 210
E-MAIL : khengwee@razormail.com
KELULUSAN : IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (PERALATAN DAN
KAWALAN) - UTM
SIJIL KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA)
DIPLOMA PENDIDIKAN - UTM
JAWATAN : PENSYARAH JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK PKS

NAMA : MUSTAFA KAMAL BIN SURIF


ALAMAT : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK KUCHING SARAWAK.
KM 22, BEG BERKUNCI 3094, JALAN MATANG,
93050 KUCHING, SARAWAK.
TELEFON : 082-428796 – 210
E-MAIL : rengit2020@hotmail.com
KELULUSAN : IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (PERALATAN DAN KAWALAN)
UTM
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (PERHUBUNGAN) - UTM
SARJANA PENDIDIKAN - UTM
JAWATAN : PENSYARAH JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK PKS

NAMA : KHAIRUL HISHAM BIN SAHARI


ALAMAT : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK KUCHING
SARAWAK.
KM 22, BEG BERKUNCI 3094, JALAN MATANG,
93050 KUCHING, SARAWAK.
TELEFON : 082-428796 – 210
KELULUSAN : IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (TEKNOLOGI
KOMPUTER) – UTM
SARJANA PENDIDIKAN - UTM
JAWATAN : PENSYARAH JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK PKS

http://modul2poli.blogspot.com/
http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 1/1

UNIT 1
DIOD KUASA

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami peranti diod kuasa dan
kegunaannya di dalam industri.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-


‰ mengenalpasti struktur binaan, simbol dan pembungkusan diod
kuasa

‰ melukiskan lengkuk ciri I-V bagi diod kuasa

‰ menerangkan operasi diod kuasa pada pincang depan dan pincang


songsang

‰ menerangkan kesan suhu pengoperasian diod kuasa

‰ menerangkan perbezaan di antara diod kuasa dengan diod isyarat

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 1/2

INPUT

1.0 PENGENALAN

Di dalam industri terdapat pelbagai aplikasi yang memerlukan jenis diod


yang direka khas untuk menangani keperluan kuasa yang tinggi dan suhu yang
tinggi. Diod kuasa kebiasaannya digunakan dalam proses penerusan di mana satu
isyarat arus ulang-alik (yang mempunyai nilai purata sifar) ditukarkan kepada satu
isyarat yang mempunyai nilai purata atau nilai arus terus. Apabila satu diod kuasa
digunakan sedemikian, ia lebih dikenali sebagai penerus sahaja.

1.1 DIOD KUASA

Diod kuasa merupakan satu peranti searah, ini bermakna peranti ini
mampu mengkonduksikan arus dengan baik dalam satu arah berbanding arah
yang berlawanan. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan struktur binaan, symbol,
pembungkusan dan keadaan pincangan untuk diod kuasa.

Rajah 1.1 Diod kuasa (a) Struktur binaan; (b) Simbol; (c) Pembungkusan

Lengkuk cirri I-V untuk diod kuasa ditunjukkan dalam rajah 1.2. Pada keadaan
pincang depan, pada masa VD ialah 0.1V, satu arus yang sangat kecil mula
mengalir. Tidak ada sebarang petunjuk bahawa nilai arus yang besar akan
mengalir sehinggalah voltan pincang depan melebihi nilai sawar upaya (potential
barrier). Keadaan ini bermaksud 0.7V untuk diod jenis silicon dan 0.3V untuk
diod jenis germanium atau lebih dikenali sebagai voltan lutut (knee voltage) untuk
diod.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 1/3

Dalam keadaan pincang songsang, Cuma terdapat arus yang sangat kecil
akan mengalir. Dan arus ini akan kekal nilainya tidak kira apakah nilai voltan
pincang songsang yang diberikan. Sekiranya voltan pincang songsang dinaikkan
kepada nilai yang tinggi, diod akan mula mengalirkan arus dengan banyaknya.
Keadaan ini dikenali sebagai pecah-tebat dan akan berlaku pada nilai voltan
pincang songsang yang tertentu. Untuk diod kuasa, keadaan ini dikenali sebagai
voltan pecah-tebat songsang (reverse breakdown voltage).

Rajah 1.2 Lengkuk ciri I-V diod kuasa; (a) Silicon; (b) Germanium

Kebanyakan diod kuasa adalah diperbuat daripada bahan jenis silicon


kerana bahan ini tahan kepada arus, suhu dan kadaran PIV yang lebih tinggi.
Keperluan untuk mengalirkan nilai arus yang tinggi memerlukan kawasan
simpang PN lebih besar supaya rintangan diod pada pincang depan adalah sangat
kecil. Sekiranya rintangan diod pada pincang depan adalah besar maka kehilangan
kuasa (P=I2R) juga akan menjadi besar. Kebolehan untuk mengalirkan arus untuk
diod kuasa boleh ditambah dengan menambah dua atau lebih diod secara selari
dan kadaran PIV juag boleh ditambah dengan menambahkan bilangan diod secara
siri. Pelbagai jenis diod kuasa dan kadaran arusnya ditunjukkan dalam rajah
1.3(a).

Suhu yang tinggi disebabkan oleh keperluan untuk mengalirkan arus yang
tinggi menyebabkan penenggelam haba digunakan untuk menyingkirkan haba
berlebihan daripada diod kuasa. Pelbagai jenis penenggelam haba yang biasa
digunakan ditunjukkan dalam rajah 1.3(b). Sekiranya penenggelam haba tidak
digunakan, maka diod direka khas supaya ianya boleh dipasangkan terus kepada
bahan bekas sebagai pengganti kepada penenggelam haba.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 1/4

Rajah 1.3 (a) Jenis-jenis diod kuasa; (b) Jenis-jenis penenggelam haba

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 1/5

AKTIVITI 1

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

1.1 Lukiskan struktur binaan dan symbol diod kuasa.

1.2 Lukiskan lengkuk cirri I-V untuk diod kuasa jenis silicon dan germanium.

1.3 Berdasarkan kepada lengkuk cirri I-V pada soalan 1.2, terangkan operasi diod
kuasa pada keadaan pincang depan dan pincang songsang.

1.4 Kenapa pengoperasian diod kuasa memerlukan penggunaan penenggelam haba?

1.5 Apakah perbezaan di antara diod kuasa dengan diod isyarat?

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 1/6

MAKLUMBALAS 2a

1.1

(a) Struktur binaan (b) Simbol

1.2

Lengkuk ciri I-V diod kuasa; (a) Silicon; (b) Germanium

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 1/7

1.3 Pada keadaan pincang depan, pada masa VD ialah 0.1V, satu arus yang sangat
kecil mula mengalir. Tidak ada sebarang petunjuk bahawa nilai arus yang besar
akan mengalir sehinggalah voltan pincang depan melebihi nilai sawar upaya
(potential barrier). Keadaan ini bermaksud 0.7V untuk diod jenis silicon dan
0.3V untuk diod jenis germanium atau lebih dikenali sebagai voltan lutut (knee
voltage) untuk diod.

Dalam keadaan pincang songsang, Cuma terdapat arus yang sangat kecil akan
mengalir. Dan arus ini akan kekal nilainya tidak kira apakah nilai voltan pincang
songsang yang diberikan. Sekiranya voltan pincang songsang dinaikkan kepada
nilai yang tinggi, diod akan mula mengalirkan arus dengan banyaknya. Keadaan
ini dikenali sebagai pecah-tebat dan akan berlaku pada nilai voltan pincang
songsang yang tertentu. Untuk diod kuasa, keadaan ini dikenali sebagai voltan
pecah-tebat songsang (reverse breakdown voltage).

1.4 Pengoperasian diod kuasa melibatkan pengaliran arus yang tinggi dan ini akan
menyumbang kepada kehilangan kuasa yang tinggi menurut formula P = I2R
dalam bentuk haba. Maka penenggelam haba diperlukan untuk menyebarkan haba
dari peranti ke persekitaran supaya peranti tidak terlalu panas atau terbakar.

1.5 Diod kuasa berbeza daripada diod isyarat kerana ianya mampu membawa arus,
suhu dan kadaran PIV yang lebih tinggi.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 1/8

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

Soalan 1-1
Merujuk kepada buku data pengilang, buat perbandingan di antara ciri-ciri umum untuk
satu peranti berkuasa tinggi (>10A) dengan satu peranti berkuasa rendah (<100mA).
Adakah terdapat perubahan yang besar pada data dan cirri-ciri yang dibekalkan? Kenapa?

Soalan 1-2
Apakah kegunaan utama diod kuasa di dalam industri?

Soalan 1-3
Jelaskan kenapa kebanyakan diod kuasa diperbuat daripada bahan jenis silikon.

Soalan 1-4
Mengapa peranti elektronik kuasa memerlukan penggunaan penenggelam haba?

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 1/9

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 1-1

Ya. Ini adalah kerana peranti berkuasa tinggi sememangnya direka khas untuk menahan
pengaliran arus yang tinggi dan suhu yang tinggi berbanding dengan peranti berkuasa
rendah yang berlaku sebaliknya.

Jawapan 1-2

Di dalam industri, diod kuasa sering digunakan di dalam litar penerus (bekalan kuasa)
untuk menukarkan isyarat arus ulang-alik kepada isyarat arus-terus.

Jawapan 1-3

Bahan germanium mempunyai arus tepu songsang yang lebih besar berbanding dengan
bahan silicon. Bahan germanium adalah lebih peka kepada pengionan suhu (thermal
ionization) yang menghasilkan lebih banyak arus songsang. Keadaan ini menyebabkan
kebanyakan diod kuasa diperbuat daripada bahan jenis silicon.

Jawapan 1-4

Peranti elektronik kuasa adalah direka khas untuk membawa arus yang tinggi dan
mempunyai ketahanan arus yang tinggi serta kadaran PIV yang tinggi. Maka pengaliran
arus yang tinggi akan menyebabkan kehilangan kuasa yang tinggi dalam bentuk haba
yang memerlukan penggunaan penenggelam haba.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/1

UNIT 2
TRANSISTOR KUASA

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami peranti elektronik kuasa
dalam industri dari segi struktur rajah binaan,
simbol,ciri-ciri kendalian dan kegunaan bagi
Transistor Kuasa.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

‰ mengenalpasti struktur binaan, simbol dan pembungkusan


Transistor Kuasa.

‰ melukiskan lengkuk ciri I-V bagi Transistor Kuasa.

‰ menerangkan ciri-ciri bagi Transistor Kuasa.

‰ menerangkan kendalian bagi Transistor Kuasa.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/2

INPUT

2.0 PENGENALAN

Di dalam unit ini para pelajar akan diperkenalkan kepada satu lagi bentuk
peranti yang dikenali sebagai Transistor Kuasa yang pada dasarnya dari segi
struktur binaan nya yang terdiri daripada 3 lapisan bahan iaitu P –N – P ataupun
N-P-N dan ianya mempunyai dua simpang diantaranya. Jika dilihat ianya sama
seperti dengan Transistor Dua Simpang (Bipolar Junction Transistor).Bagi
struktur binaan dan juga simbol nya digambarkan pada rajah 2.0(a) Binaan dan
2.0(b) Simbol.

(a) Binaan (b)Simbol

Rajah 2.0

Merujuk kepada gambarajah 2.0(a) kita akan dapati struktur binaan bagi
Transistor Kuasa ini mempunyai tiga terminal iaitu pemunggut (C) , tapak (B) dan
pengeluar (E).Dimana terminal pemunggut dan pengeluar disambungkan kepada
litar kuasa utama , manakala terminal tapak disambungkan kepada isyarat
kawalan.

Sepertimana juga dengan Teristor , Transistor kuasa boleh digunakan bagi


operasi pensuisan ,jika arus tapak (IB) bagi transistor tersebut berada pada nilai
0A ianya akan menyebabkan transistor tersebut berada dalam keadaan litar buka
,jika sebaliknya iaitu IB yang dibekalkan mencukupi untuk membolehkan
transistor itu beroperasi ianya akan menjadi seperti satu litar pintas atau tutup dan
keadaan ini boleh digambarkan melalui rajah 2.0 (c) Operasi pensuisan Transistor.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/3

Rajah 2.0(c) Operasi Pensuisan Transistor.

Secara kesimpulannya Transistor merupakan satu bentuk peranti kawalan


Arus , kerana IB sebagai penentu kepada keadaan dimana Transistor tersebut
berada dalam keadaan beroperasi ataupun tidak.Oleh itu untuk memastikan
transistor tersebut senantiasa berada didalam keadaan beroperasi nilai arus tapak
yang dibekalkan mestilah mencukupi dalam kadaran yang bersesuaian.

Untuk menentukan Transistor tersebut sebagai Transistor kuasa atau


sebaliknya ianya merujuk kepada kadaran atau speksifikasi yang dimiliki oleh
transistor tersebut dimana jika kadaran Voltan dan Arus operasi bagi sesuatu
transistor itu adalah tinggi maka ianya dikenali sebagai Transistor kuasa. Selain
itu dari segi gandaan (IC / IB) bagi transistor kuasa ianya mempunyai nilai
serendah 10 dan ianya lebih tinggi berbanding dengan GTO –SCR . Sebagai
contoh jika IB bersamaan dengan 10A maka nilai IC sekurang-kurangnya 100A.
Bagi mendapatkan gandaan arus yang tinggi ini ianya boleh diperolehi dengan
menyambungkan transistor tersebut dalam bentuk litar Darlington yang mana
memerlukan dua transistor yang disambungkan diantara satu sama lain. Litar ini
dapat dilihat pada rajah 2.0(d) Darlington Transistor .

Rajah 2.0(d) Darlington Transistor.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/4

AKTIVITI 2a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

a) Namakan 3 terminal yang terdapat pada Transistor Kuasa……………. ,


…………….. dan ………..

b) Lukiskan gambarajah simbol dan struktur binaan asas Transistor Kuasa.

c) Terangkan apakah perbezaan diantara Transistor Kuasa berbanding


dengan Transistor yang digunakan pada isyarat kecil,dan nyatakan apakah
kegunaan utama Transistor Kuasa.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/5

INPUT

2.1 OPERASI TRANSISTOR KUASA.

Sepertimana yang telah diperjelaskan kepada para pelajar pada bahagian


pengenalan dimana fungsi dan operasi utama bagi Transistor Kuasa adalah bagi
tujuan pensuisan ,untuk itu ianya akan mengambil kira dari segi tempoh masa
pensuisan tersebut dan untuk itu bagi Transistor Kuasa ianya mempunyai masa
pensuisan yang pantas berbanding dengan Teristor iaitu bagi keadaan “ON” ianya
mengambil masa 1μs manakala bagi keadaan “OFF” ianya mengambil masa
kurang daripada 2μs.

Memandangkan masa pensuisan bagi Transistor Kuasa ini adalah pantas


ianya boleh digunakan didalam litar yang beroperasi pada frekuansi sehingga
50Khz. Namun begitu untuk memastikan Transistor ini beroperasi pada
kecekapan yang tinggi ,ianya perlu beroperasi pada had yang tertentu, dan
keadaan operasi ini dikenali sebagai Kawasan Operasi Selamat ( Safe Operating
Area) .

Kawasan Operasi Selamat ini dapat dibahagikan kepada empat bahagian


kawasan iaitu :-

a) Had Arus Puncak ( Peak Current Limit(ab))


b) Had Lesapan Kuasa (Power Dissipation Limit (bc))
c) Had Keruntuhan sekunder (Secondary Breakdown Limit (cd))
d) Had Voltan Puncak (Peak Voltage limit(de))

Pembahagian kawasan ini ditunjukkan dalam gambarajah 2.1(a) Kawasan


Operasi Selamat bagi Transistor Kuasa.

Rajah 2.1(a) Kawasan Operasi Selamat bagi Transistor Kuasa.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/6
Pada keadaan semasa Transistor Kuasa di “OFF” kan ,dimana voltan dan
arus yang tinggi berlaku secara serentak dan kesan haba panas wujud dan ini akan
mengakibatkan kegagalan pada Transistor tersebut beroperasi dengan baik dan
seterusnya mewujudkan fenomena yang dikenali sebagai Keruntuhan Sekunder
(Secondary Breakdown) . Bagi memastikan keadaan ini tidak berlaku maka pada
litar Transistor Kuasa tersebut di sambungkan dengan satu litar lain yang dikenali
sebagai Litar Snubber Terkutub (Polarized Snubber) ,sambungan litar ini
ditunjukkan dalam rajah 2.1(b) Litar Transistor Kuasa dengan Snubber Terkutub.
Disamping itu satu litar pemenggal juga digabungkan dengan bebanan aruhan.

Jika dikeluarkan litar Snubber daripada litar Transistor dan bekalan arus
tapak diputuskan bagi tujuan untuk meng “ OFF” kan Transistor tersebut ,voltan
VCE yang melintangi transistor tersebut akan mula meningkat dan apabila ianya
mencapai voltan bekalan a.t (Vd) arus pemunggut akan jatuh dan peningkatan
kuasa lesapan (P) berlaku pada jeda masa Transistor di “OFF”kan .Keadaan ini
ditunjukkan didalam rajah 2.1(c) Kesan kapasitor pada litar Snubber pada ciri-ciri
Transistor Kuasa di “OFF”kan.

Rajah 2.1(b) Litar Transistor Kuasa dengan Snubber Terkutub

Rajah 2.1(c) Kesan kapasitor pada litar Snubber pada ciri-ciri Transistor Kuasa di
“OFF”kan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/7

Berdasarkan kepada bentuk gelombang pada rajah 2.1(c) ianya merupakan


satu bentuk gelombang di dalam keadaan yang unggul dimana nilai puncak bagi
VCE dan juga IC berlaku secara serentak dan keadaan ini merupakan penyebab
kepada berlaku nya kegagalan bagi keruntuhan sekunder. Tetapi dengan adanya
litar Snubber dan arus tapak diputuskan bagi tujuan untuk meng “OFF”kan
transistor manakala arus pada pemunggut dilencongkan kepada kapasitor yang
terdapat pada litar snubber , dengan ini ianya dapat mengelakkan daripada
berlakunya voltan dan arus puncak secara serentak.Disamping itu juga didalam
rajah tersebut ada di tunjukkan kesan perubahan nilai kapasitor terhadap ciri-ciri
meng “OFF”kan transistor kuasa.

Selain itu Transistor tersebut tidak mempunyai kebolehan menghalang


kesan sonsangan dan bagi menghalang dari keadaan tersebut berlaku maka satu
diod disambungkan kepada terminal pemunggut, ini bertujuan jika ianya
digunakan didalam litar A.U.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/8

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

SOALAN 2-1

Senaraikan empat bahagian yang berada di dalam Kawasan Operasi


Selamat dan lukiskan gambarajah yang menunjukkan keadaan tersebut.

SOALAN 2-2

Lukiskan gambarajah litar yang perlu disambungkan pada Transistor


Kuasa bagi mengelak dari berlakunya Keruntuhan Sekunder dan nyatakan apakah
puncanya berlaku keadaan tersebut.

SOALAN 2-3

Lukiskan gambarajah yang menunjukkan kesan kapasitor pada litar


snubber terhadap ciri meng “OFF”kan Transistor Kuasa dan terangkan fungsi
kapasitor tersebut.

SOALAN 2-4

Bincangkan dengan pensyarah anda berkenaan perbezaan diantara


pensuisan biasa dengan pensuisan dengan menggunakan Transistor Kuasa dari
segi kelebihannya dan juga aplikasi.

SOALAN 2-5

Apakah yang membezakan diantara Transistor Kuasa dengan Transistor


yang digunakan pada isyarat kecil.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/9

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 2-1

Kawasan Operasi Selamat ini dapat dibahagikan kepada empat bahagian


kawasan iaitu :-

e) Had Arus Puncak ( Peak Current Limit(ab))


f) Had Lesapan Kuasa (Power Dissipation Limit (bc))
g) Had Keruntuhan sekunder (Secondary Breakdown Limit (cd))
h) Had Voltan Puncak (Peak Voltage limit(de))

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/10
Jawapan 2-2

Pada keadaan semasa Transistor Kuasa di “OFF” kan ,dimana voltan dan
arus yang tinggi berlaku secara serentak dan kesan haba panas wujud dan ini akan
mengakibatkan kegagalan pada Transistor tersebut beroperasi dengan baik dan
seterusnya mewujudkan fenomena yang dikenali sebagai Keruntuhan Sekunder
(Secondary Breakdown) .

Jawapan 2-3

Fungsi kapasitor adalah untuk melencongkan arus pemunggut , dengan ini


ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya voltan dan arus puncak secara
serentak.

Jawapan 2-4

Hasil perbincangan diantara Pelajar dan Pensyarah Matapelajaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/11
Jawapan 2-5

Perbezaan utama diantara Transistor Kuasa berbanding dengan Transistor


yang digunakan di dalam litar isyarat kecil adalah dari segi aplikasinya dimana
Transistor kuasa digunakan bagi tujuan pensuisan pada kadaran voltan dan arus
yang tinggi .

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/12

MAKLUMBALAS 2a

a) 3 terminal yang terdapat pada Transistor Kuasa iaitu Pemunggut , Tapak


dan Pengeluar.

b)

c) Perbezaan utama diantara Transistor Kuasa berbanding dengan Transistor


yang digunakan di dalam litar isyarat kecil adalah dari segi aplikasinya
dimana Transistor kuasa digunakan bagi tujuan pensuisan pada kadaran
voltan dan arus yang tinggi .

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 2/13

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/1

UNIT 3
SCR DAN GTO-SCR

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami peranti SCR dan GTO-
SCR serta kegunaannya di dalam industri.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-


‰ mengenalpasti struktur binaan, simbol dan pembungkusan SCR dan
GTO-SCR

‰ melukiskan lengkuk ciri I-V untuk SCR dan GTO-SCR

‰ menerangkan ciri-ciri get bagi SCR

‰ menerangkan operasi SCR dan GTO-SCR pada pincang depan dan


pincang songsang

‰ menerangkan perbezaan diantara SCR dan GTO-SCR

‰ menerangkan aplikasi GTO-SCR didalam litar penjana gelombang

gerigi.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/2

INPUT

3.0 Pengenalan

Para pelajar tentu pernah melihat suis yang digunakan untuk menghidupkan (ON)
atau mematikan (OFF) peralatan elektrik. Namun begitu suis tersebut tidak dapat
digunakan secara keseluruhannya didalam litar elektronik terutama yang melibatkan litar-
litar elektronik yang komplek. Untuk itu terdapat beberapa peranti yang direkabentuk
khas untuk melaksanakan operasi tersebut . Untuk itu didalam unit ini para pelajar akan
diberikan penjelasan berkenaan dengan beberapa jenis peranti tersebut seperti :-
• SCR (Silicon Controlled Rectifier) .
• GTO SCR(Gate Turn Off SCR).

3.1 Pengenalan SCR (Penerus Terkawal Silikon)

SCR atau Penerus Terkawal Silikon merupakan satu peranti yang di bina daripada 4
lapisan bahan separuh pengalir dari jenis P dan juga N selain itu ianya mempunyai 3
terminal iaitu Anod , Katod dan juga Get yang berfungsi sebagai elemen kawalan .
Gambarajah 3 (a) Simbol (b) struktur binaan asas SCR.
gate
anod katod
gate
anod p n p n katod

Rajah 3.1(a) Rajah 3.1(b)

Perbezaan SCR berbanding dengan diod ialah ianya hanya akan membenarkan
pengaliran arus melaluinya apabila di pincang hadapan sehingga voltan yang dibekalkan
pada anod mencapai nilai yang sama atau lebih daripada nilai voltan pecahlampau
hadapan(Forward Breakover Voltage(VBRF)).
Bila keadaan ini berlaku SCR akan “ON”, namun begitu nilai Voltan Pecahlampau
hadapan (VBRF) dapat dikawal dengan mengubah nilai arus yang melalui terminal get,
untuk itu terminal get yang terdapat pada SCR tersebut menjadikan peranti tersebut
sebagai penerus atau suis yang boleh dikawal.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/3

AKTIVITI 3a
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

a) Namakan 3 terminal yang terdapat pada SCR


……………. ,……………..dan ………..

b) Lukiskan gambarajah simbol dan struktur binaan asas SCR.

c) SCR merupakan singkatan untuk ……………………………..

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/4

INPUT

3.1.1 Konsep Penjanaan Semula (Regeneration Action).

Setelah anda menjawab segala soalan di atas dengan betul maka kita
teruskan dengan huraian berkenaan dengan konsep Penjanaan Semula, yang mana
digunakan di dalam memperjelaskan operasi SCR secara dalamannya. Untuk itu
model litar dua transistor digunakan didalam menjelaskan keadaan tersebut dan
digambarkan didalam rajah 3.1.1(a).

anod

gate

katod
Rajah 3.1.1(a) (Litar dua transistor)

Transistor yang digunakan ialah Q1(Transistor NPN ) manakala Transistor


Q2 (Transistor PNP ) dan bagi memperjelaskan operasinya anda di minta merujuk
kepada rajah 3.1.1(b)dan(c) .

Rajah 3.1.1 (b) Gelombang Denyut (c) Litar

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/5

Semasa perubahan masa dari 0 ke t1 ,Vget pada masa itu bersamaan


dengan 0V untuk itu Vb2 =Vgate =0V ,manakala arus tapak Ib2 =0 dan Ic2
hampir sama dengan Ic0 . Arus tapak bagi Q1 , Ib1=Ic2=Ic0 arus ini terlalu kecil
untuk menghidupkan Q1 . Untuk itu kedua-dua transistor berada dalam keadaan
“OFF” ,yang seterusnya mewujudkan galangan yang tinggi diantara pemungut
dan pemancar untuk setiap transistor dan menyebabkan berlakunya litar buka
terhadap litar tersebut.

Untuk penerangan ini sila rujuk rajah 3.1.1(d) .Pada masa t= t1, denyut
bagi Vg dibekalkan kepada terminal get SCR,dimana Vg yang dibekalkan
mempunyai nilai yang cukup untuk menghidupkan Q2(Vbe2=Vg).Manakala arus
pemungut Q2 akan meningkat mencapai nilai yang mencukupi untuk
menghidupkan Q1(Ib1=Ic2). Bila Q1 dihidupkan Ic1 akan meningkat dan
seterusnya meningkatkan Ib2 .Dengan meningkatnya Ib2 pada Q2 seterusnya
meningkatkan Ic2.Secara keseluruhan hasil daripada proses ini mewujudkan satu
keadaan “penjanaan semula”yang mana meningkatkan arus pemungut untuk
setiap transistor,dan keadaan ini juga mewujudkan suapbalik diantara transistor
tersebut.Pada masa tersebut juga rintangan diantara anod dan katod adalah kecil
dan untuk itu arus Anod (IA) adalah hampir sama dengan Arus yang wujud di
Katod (IK).Dalam keadaan ini bolehlah dikatakan SCR berada dalam keadaan
“ON”.

Rajah 3.1.1(d)

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/6

AKTIVITI 3b
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

a) Lukiskan gambarajah model litar yang menerangkan operasi “Penjanaan


Semula”.
b) Apakah yang dimaksudkan dengan “Penjanaan Semula” secara ringkas.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/7

INPUT

3.1.2 Ciri-ciri I-V bagi SCR

Rajah 3.1.2(a) Ciri I-V bagi SCR


Gambarajah 3.1.2(a) merupakan gambarajah yang menunjukkan ciri-ciri I-
V bagi SCR dimana terminal get berada dalam keadaan litar buka atau tanpa
penyambungan.Apabila Terminal Anod dan Terminal Katod berada di dalam
keadaan pincang terbalik ,arus yang mengalir adalah terlalu kecil dan boleh
diabaikan ,sehinggalah voltan yang melintanginya mencapai nilai Voltan Puncak
Sonsang(VROM)dan mengakibatkan wujudnya “Reverse Avalanche Region”dan
seterusnya mengakibatkan arus songsangan meningkat dengan drastik .

Manakala jika SCR berada dalam keadaan Pincang Hadapan hanya


terdapat sedikit arus bocor yang mengalir melaluinya sehinggalah voltan pada
Anod mencapai kadaran Voltan Pecahlampau hadapan (VBRF) dan keadaan ini
mewujudkan “Forward Avalanche Region”.Pada masa yang sama arus yang
melaluinya meningkat dengan drastik sehinggalah mencapai tahap
pengaliran.Keadaan ini mengakibatkan rintangan anod dan katod menjadi terlalu
kecil dan pada masa itu SCR boleh dianggapkan sebagai satu suis yang tertutup.

Selain itu Voltan yang melintangi SCR adalah rendah untuk itu seluruh
voltan bekalan bolehlah dikatakan susut pada punca keluaran yang disambungkan
kepada rintangan ataupun beban. Namun begitu arus yang dibekalkan perlulah
berdasarkan kepada kadaran arus yang telah di tetapkan untuk SCR tersebut.

Rumusan yang dapat kita buat di sini iaitu SCR mempunyai dua
kedudukan operasi iaitu “ON” dan juga “OFF” dan konsep ini samalah seperti
satu suis mekanikal .Selain itu apabila Voltan bekalan kurang daripada Voltan
pecahlampau hadapan(VBRF)SCR berada dalam keadaan “OFF”,manakala jika
Voltan bekalan lebih besar atau sama dengan Voltan pecahlampau hadapan
(VBRF) SCR berada dalam keadaan “ON” .Pada ketika SCR berada dalam

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/8
keadaan “ON”kadaran arus yang menentukan SCR senantiasa berada dalam
keadaan “ON” mestilah tidak kurang daripada kadaran arus pegangan(Holding
Current) yang telah ditetapkan untuk SCR tersebut.

3.1.3 Kesan Kawalan get untuk Voltan Pecahlampau hadapan (VBRF)

Sepertimana yang telah diperjelaskan kepada anda sebelum topik ini,iaitu


SCR berada dalam keadaan “ON” apabila anod dan katod berada dalam keadaan
pincang hadapan dan voltan yang melintanginya mencapai nilai voltan
pecahlampau hadapan dan terminal get berada dalam keadaan litar buka. Untuk
itu nilai Voltan Pecah Lampau hadapan ketika itu berada dalam keadaan
maksima.

Untuk memahami nya dengan mudah berdasarkan penerangan di atas


dapatlah ianya digambarkan dalam bentuk persamaam berikut :-

Bila SCR “ON”


VBRF = maksima manakala
Ig= 0A

Tetapi jika nilai Ig di tambah kesatu nilai yang tertentu ianya akan
mempengaruhi nilai VBRF yang mana nilainya tidak lagi berada pada kadaran
maksima. Keadaan ini juga dapat di gambarkan dalam bentuk rajah 3.1.3(a).

Rajah 3.1.3(a)

Selepas SCR di “ON”kan arus get tidak di perlukan lagi ,oleh itu sebarang
peningkatan atau pengurangan Ig tidak akan mempengaruhi operasi SCR
tersebut.Oleh itu SCR akan senantiasa berada dalam keadaan “ON” sehinggalah
voltan hadapan pada terminal anod diputuskan atau dikurangkan di bawah nilai
voltan yang di tentukan untuk menghasilkan arus pegangan .

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/9

AKTIVITI 3c
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

a) Lukiskan gambarajah lengkuk Ciri I-V bagi SCR serta labelkan pekara-pekara
penting berkenaan lengkuk tersebut.

b) Jika SCR telah di “ON” kan adakah ianya masih memerlukan Ig(arus get).

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/10

INPUT

3.1.4 Ciri –ciri get.

Untuk memahami ciri-ciri get SCR dengan lebih mendalam sila rujuk
gambarajah 3.1.4(a) .Di mana penerangan nya adalah berdasarkan kepada rajah
tersebut .Selain itu model SCR yang tertentu telah dipilih iaitu dari jenis (GE
series C38).

Rajah 3.1.4(a) Ciri-ciri get SCR (GE series C38)


Berdasarkan kepada rajah 3.6 tiga aspek penting yang akan dilihat iaitu
dari aspek PGFM,IGFM,dan VGFM ,dan selain nya adalah berdasarkan kepada
bahagian yang telah dihitamkan ,dimana pada bahagian tersebut sebarang nilai
arus get dan voltannya akan memicu SCR berdasarkan kepada model yang sama.
Selain itu aspek suhu juga dilihat sebagai sumber data didalam untuk menentukan
kadaran Ig yang bersesuaian.Di samping itu beberapa parameter yang diperlukan
untuk menentukan operasi SCR tersebut disertakan didalam helaian spesifikasi
SCR .

3.1.5 Kaedah menghidupkan SCR


Terdapat dua kaedah yang dapat digunakan didalam menghidupkan SCR :
• Dengan meningkatkan Voltan Pincang Hadapan Melebihi atau sama
dengan Voltan Pecahlampau Hadapan.
• Dengan Membekalkan Denyut atau picuan positif pada terminal get
apabila peranti tersebut berada dalam keadaan pincang hadapan
(Kaedah kawalan get).

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/11

Untuk kaedah Kawalan get terdapat 3 jenis picuan yang dapat digunakan :

• Picuan dengan isyarat DC.


• Picuan dengan isyarat AC.
• Picuan dengan isyarat Denyut.

3.1.6 Kaedah Mematikan SCR

Terdapat tiga kaedah yang dapat digunakan didalam mematikan SCR :

• Penukartertiban Tabii (natural Commutation) .


• Kaedah Pincang sonsang Turn Off (Reverse Bias Turn Off).
• Get turn Off.

3.1.7 Aplikasi SCR.

Berikut adalah senarai aplikasi SCR didalam Industri:

• Suis.
• Kawalan Kuasa.
• Litar Denyut
• Litar Lengah Masa
• Pelindung Voltan Lampau

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/12

AKTIVITI 3d
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

a) Senaraikan dua kaedah untuk menghidupkan dan mematikan SCR.

b) Berdasarkan kepada kaedah mematikan SCR pilih satu kaedah dan terangkan
berdasarkan kepada rujukan yang anda telah lakukan.(tugasan).

c) Senaraikan Tiga jenis isyarat picuan yang boleh digunakan untuk memicukan
get SCR.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/13

INPUT

3.2 GTO-SCR (Gate Turn-Off SCR)

GTO-SCR merupakan peranti yang dibina daripada bahan


separuh pengalir dari jenis P dan juga N dimana ianya digabungkan menjadi empat
lapisan,disamping itu ianya mempunyai tiga terminal sepertimana SCR iaitu Anod ,
Katod dan juga get. Untuk lebih jelas lagi pelajar boleh merujuk kepada rajah 3.7 yang
menunjukkan gambarajah struktur asas binaan dan juga simbol.

Rajah 3.2(a) Struktur Binaan Asas (b) Simbol

Terminal Anod disambungkan kepada sumber positif bekalan manakala terminal


katod disambung ke sumber negatif bekalan dan get disambungkan kepada sumber
denyut ataupun picuan.

3.2.1 Operasi Asas GTO-SCR

Jika kita lihat dari aspek operasi ataupun kendaliannya ianya berfungsi
sama seperti SCR tetapi dari segi kaedah menghidupkan dan mematikan GTO
adalah lebih mudah berbanding dengan SCR , dengan syarat denyut yang tertentu
dibekalkan diantara get dan juga katod.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/14

Tambahan GTO-SCR tidak memerlukan litar picuan sepertimana


SCR.Namun begitu jika kita lihat dari segi Spesifikasi perbandingan diantara
GTO-SCR dan juga SCR didapati :
• Kadaran arus ppgd maksima adalah sama diantara GTO-SCR dan juga
SCR.
• Arus Picuan bagi GTO adalah lebih tinggi berbanding dengan SCR.
• Arus Turn Off bagi GTO adalah lebih besar dari arus picuan nya dan
juga SCR.

Selain daripada itu jika kita lihat dari segi masa pensuisan didapati GTO
mempunyai masa “ON” dan “OFF” yang lebih stabil (1μs) berbanding SCR yang
mana masa “ON” nya hampir sama tetapi masa “OFF” yang agak lama diantara
(5-30μs).

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/15

AKTIVITI 3e
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

a) Lukiskan gambarajah simbol dan struktur binaan asas GTO-SCR.

b) Nyatakan perbezaan diantara GTO-SCR berbanding dengan SCR.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/16

INPUT

3.2.2 Aplikasi GTO-SCR

Keupayaan GTO-SCR sebagai satu suis membolehkannya digunakan


didalam litar pembilang, penjana denyut,Bebilang Penggetar dan juga Pengatur
Voltan.Didalam rajah 3.2.2(a) menunjukkan satu contoh litar aplikasi peranti
GTO-SCR yang digunakan didalam menghasilkan denyut gelombang gerigi.

Rajah 3.2.2(a) Gambarajah Litar penjana Gel. Gerigi

Apabila Voltan bekalan di bekalkan GTO-SCR akan di “ON”kan ,yang


mana menghasilkan litar pintas diantara anod dan juga katod. Manakala pada
masa tersebut kapasitor C1 akan mula mengecas sehingga mencapai nilai cas
yang melebihi bezaupaya(Vz) yang wujud pada diod zener,kesan ini akan
mengakibatkan berlaku sonsangan voltan yang wujud diantara terminal get dan
juga katod,disamping itu wujud sonsangan arus di terminal get.

Apabila keadaan songsangan ini berlaku ianya akan mewujudkan arus


negatif mengalir melalui terminal get yang mana mencukupi untuk
mengakibatkan GTO-SCR “OFF”.Seterusnya menjadikan litar tersebut berada
dalam keadaan litar buka, dan kapasitor C1 akan menyahcas melalui rintangan R3
. Apabila bezaupaya Vo menurun di bawah nilai Vg ini akan menghidupkan
kembali GTO-SCR dan keadaan akan berterusan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/17
Untuk menentukan masa atau tempoh menyahcas bagi litar tersebut
,formula berikut boleh digunakan iaitu :

T=R3 C1

Oleh itu untuk menentukan bentuk


gelombang gerigi yang hendak dihasilkan maka perubahan dapat dilakukan
dengan mengubah nilai rintangan R3 dan C1 yang terdapat didalam litar tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/18

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

SOALAN 3-1
Berdasarkan kepada ciri – ciri I-V bagi peranti SCR ,terangkan bagaimana SCR
beroperasi .

SOALAN 3-2
Terangkan konsep Penjanaan Semula dan lukiskan model litar yang digunakan.

SOALAN 3-3
Terangkan secara ringkas bagaimana anda dapat menghidupkan SCR dengan
kaedah-kaedah yang telah diterangkan.

SOALAN 3-4
Sila merujuk dari sumber-sumber lain , yang dapat membantu anda untuk
menjelaskan tentang penggunaan SCR secara ringkas didalam Industri.

SOALAN 3-5
Terangkan bagaimana GTO-SCR beroperasi dan nyatakan kelebihan GTO-SCR
berbanding dengan SCR.

SOALAN3-6
Terangkan aplikasi GTO-SCR didalam litar penjana gelombang gerigi dan
lakarkan gelombang keluaran nya.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/19

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 3-1

Ciri I-V bagi SCR

Apabila Terminal Anod dan Terminal Katod berada di dalam keadaan pincang
terbalik ,arus yang mengalir adalah terlalu kecil dan boleh diabaikan ,sehinggalah voltan
yang melintanginya mencapai nilai Voltan Puncak Sonsang(VROM)dan mengakibatkan
wujudnya “Reverse Avalanche Region”dan seterusnya mengakibatkan arus songsangan
meningkat dengan drastik .

Manakala jika SCR berada dalam keadaan Pincang Hadapan hanya terdapat
sedikit arus bocor yang mengalir melaluinya sehinggalah voltan pada Anod mencapai
kadaran Voltan Pecahlampau hadapan (VBRF) dan keadaan ini mewujudkan “Forward
Avalanche Region”.Pada masa yang sama arus yang melaluinya meningkat dengan
drastik sehinggalah mencapai tahap pengaliran.Keadaan ini mengakibatkan rintangan
anod dan katod menjadi terlalu kecil dan pada masa itu SCR boleh dianggapkan sebagai
satu suis yang tertutup.

Selain itu Voltan yang melintangi SCR adalah rendah untuk itu seluruh voltan
bekalan bolehlah dikatakan susut pada punca keluaran yang disambungkan kepada
rintangan ataupun beban. Namun begitu arus yang dibekalkan perlulah berdasarkan
kepada kadaran arus yang telah di tetapkan untuk SCR tersebut.

Rumusan yang dapat kita buat di sini iaitu SCR mempunyai dua kedudukan
operasi iaitu “ON” dan juga “OFF” dan konsep ini samalah seperti satu suis mekanikal
.Selain itu apabila Voltan bekalan kurang daripada Voltan pecahlampau

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/20
hadapan(VBRF)SCR berada dalam keadaan “OFF”,manakala jika Voltan bekalan lebih
besar atau sama dengan Voltan pecahlampau hadapan (VBRF) SCR berada dalam
keadaan “ON” .Pada ketika SCR berada dalam keadaan “ON”kadaran arus yang
menentukan SCR senantiasa berada dalam keadaan “ON” mestilah tidak kurang daripada
kadaran arus pegangan(Holding Current) yang telah ditetapkan untuk SCR tersebut.

Jawapan 3-2

Transistor yang digunakan ialah Q1(Transistor NPN ) manakala Transistor Q2


(Transistor PNP ) .

(a) Gelombang Denyut (b) Litar


Semasa perubahan masa dari 0 ke t1 ,Vget pada masa itu bersamaan dengan 0V
untuk itu Vb2 =Vgate =0V ,manakala arus tapak Ib2 =0 dan Ic2 hampir sama dengan Ic0
. Arus tapak bagi Q1 , Ib1=Ic2=Ic0 arus ini terlalu kecil untuk menghidupkan Q1 . Untuk
itu kedua-dua transistor berada dalam keadaan “OFF” ,yang seterusnya mewujudkan
galangan yang tinggi diantara pemungut dan pemancar untuk setiap transistor dan
menyebabkan berlakunya litar buka terhadap litar tersebut.

Pada masa t= t1, denyut bagi Vg dibekalkan kepada terminal get SCR,dimana Vg
yang dibekalkan mempunyai nilai yang cukup untuk menghidupkan
Q2(Vbe2=Vg).Manakala arus pemungut Q2 akan meningkat mencapai nilai yang
mencukupi untuk menghidupkan Q1(Ib1=Ic2). Bila Q1 dihidupkan Ic1 akan meningkat
dan seterusnya meningkatkan Ib2 .Dengan meningkatnya Ib2 pada Q2 seterusnya
meningkatkan Ic2.Secara keseluruhan hasil daripada proses ini mewujudkan satu keadaan
“penjanaan semula”yang mana meningkatkan arus pemungut untuk setiap transistor,dan
keadaan ini juga mewujudkan suapbalik diantara transistor tersebut.Pada masa tersebut
juga rintangan diantara anod dan katod adalah kecil dan untuk itu arus Anod (IA) adalah
hampir sama dengan Arus yang wujud di Katod (IK).Dalam keadaan ini bolehlah
dikatakan SCR berada dalam keadaan “ON”.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/21
Jawapan 3-3
Kaedah menghidupkan SCR
Terdapat dua kaedah yang dapat digunakan didalam menghidupkan SCR :
• Dengan meningkatkan Voltan Pincang Hadapan Melebihi atau sama
dengan Voltan Pecahlampau Hadapan.
• Dengan Membekalkan Denyut atau picuan positif pada terminal get
apabila peranti tersebut berada dalam keadaan pincang hadapan
(Kaedah kawalan get).

Untuk kaedah Kawalan get terdapat 3 jenis picuan yang dapat digunakan :

• Picuan dengan isyarat DC.


• Picuan dengan isyarat AC.
• Picuan dengan isyarat Denyut.

Jawapan 3-4

Tugasan Pelajar.

Jawapan 3-5

Jika kita lihat dari aspek operasi ataupun kendaliannya ianya berfungsi sama
seperti SCR tetapi dari segi kaedah menghidupkan dan mematikan GTO adalah lebih
mudah berbanding dengan SCR , dengan syarat denyut yang tertentu dibekalkan diantara
get dan juga katod.

Tambahan GTO-SCR tidak memerlukan litar picuan sepertimana SCR.Namun


begitu jika kita lihat dari segi Spesifikasi perbandingan diantara GTO-SCR dan juga SCR
didapati :
• Kadaran arus ppgd maksima adalah sama diantara GTO-SCR dan juga
SCR.
• Arus Picuan bagi GTO adalah lebih tinggi berbanding dengan SCR.
• Arus Turn Off bagi GTO adalah lebih besar dari arus picuan nya dan
juga SCR.

Selain daripada itu jika kita lihat dari segi masa pensuisan didapati GTO
mempunyai masa “ON” dan “OFF” yang lebih stabil (1μs) berbanding SCR yang mana
masa “ON” nya hampir sama tetapi masa “OFF” yang agak lama diantara (5-30μs).

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/22
Jawapan 3-6

litar aplikasi peranti GTO-SCR yang digunakan didalam menghasilkan denyut


gelombang gerigi.

Rajah Gambarajah Litar penjana Gel. Gerigi

Apabila Voltan bekalan di bekalkan GTO-SCR akan di “ON”kan ,yang mana


menghasilkan litar pintas diantara anod dan juga katod. Manakala pada masa tersebut
kapasitor C1 akan mula mengecas sehingga mencapai nilai cas yang melebihi
bezaupaya(Vz) yang wujud pada diod zener,kesan ini akan mengakibatkan berlaku
sonsangan voltan yang wujud diantara terminal get dan juga katod,disamping itu wujud
sonsangan arus di terminal get.

Apabila keadaan songsangan ini berlaku ianya akan mewujudkan arus negatif
mengalir melalui terminal get yang mana mencukupi untuk mengakibatkan GTO-SCR
“OFF”.Seterusnya menjadikan litar tersebut berada dalam keadaan litar buka, dan
kapasitor C1 akan menyahcas melalui rintangan R3 . Apabila bezaupaya Vo menurun di
bawah nilai Vg ini akan menghidupkan kembali GTO-SCR dan keadaan akan berterusan.

Untuk menentukan masa atau tempoh menyahcas bagi litar tersebut ,formula
berikut boleh digunakan iaitu T = R3C1, Oleh itu untuk menentukan bentuk gelombang
gerigi yang hendak dihasilkan maka perubahan dapat dilakukan dengan mengubah nilai
rintangan R3 dan C1 yang terdapat didalam litar tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/23

MAKLUMBALAS 3a

a) Anod , Katod dan Get.

gate
anod katod
gate
anod p n p n katod
b)

c) SCR (Silicon Controlled Rectifier) atau Penerus Terkawal Silikon.

MAKLUMBALAS 3b

a)

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/24

b) Transistor yang digunakan ialah Q1(Transistor NPN ) manakala Transistor


Q2 (Transistor PNP ) .

(a) Gelombang Denyut (b) Litar


Semasa perubahan masa dari 0 ke t1 ,Vget pada masa itu bersamaan
dengan 0V untuk itu Vb2 =Vgate =0V ,manakala arus tapak Ib2 =0 dan Ic2
hampir sama dengan Ic0 . Arus tapak bagi Q1 , Ib1=Ic2=Ic0 arus ini terlalu kecil
untuk menghidupkan Q1 . Untuk itu kedua-dua transistor berada dalam keadaan
“OFF” ,yang seterusnya mewujudkan galangan yang tinggi diantara pemungut
dan pemancar untuk setiap transistor dan menyebabkan berlakunya litar buka
terhadap litar tersebut.

Pada masa t= t1, denyut bagi Vg dibekalkan kepada terminal get


SCR,dimana Vg yang dibekalkan mempunyai nilai yang cukup untuk
menghidupkan Q2(Vbe2=Vg).Manakala arus pemungut Q2 akan meningkat
mencapai nilai yang mencukupi untuk menghidupkan Q1(Ib1=Ic2). Bila Q1
dihidupkan Ic1 akan meningkat dan seterusnya meningkatkan Ib2 .Dengan
meningkatnya Ib2 pada Q2 seterusnya meningkatkan Ic2.Secara keseluruhan hasil
daripada proses ini mewujudkan satu keadaan “penjanaan semula”yang mana
meningkatkan arus pemungut untuk setiap transistor,dan keadaan ini juga
mewujudkan suapbalik diantara transistor tersebut.Pada masa tersebut juga
rintangan diantara anod dan katod adalah kecil dan untuk itu arus Anod (IA)
adalah hampir sama dengan Arus yang wujud di Katod (IK).Dalam keadaan ini
bolehlah dikatakan SCR berada dalam keadaan “ON”.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/25

MAKLUMBALAS 3c

a)

b) Apabila SCR telah di “ON”kan Ig yang dibekalkan kepada terminal get


boleh diputuskan ini kerana SCR akan senantiasa kesan daripada
Penjanaan semula yang berlaku didalamnya.

MAKLUMBALAS 3d

a) Kaedah menghidupkan SCR


o Dengan meningkatkan Voltan Pincang Hadapan Melebihi atau
sama dengan Voltan Pecahlampau Hadapan.
o Dengan Membekalkan Denyut atau picuan positif pada
terminal get apabila peranti tersebut berada dalam keadaan
pincang hadapan (Kaedah kawalan get).

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/26
Kaedah Mematikan SCR
o Penukartertiban Tabii (natural Commutation) .
o Kaedah Pincang sonsang Turn Off (Reverse Bias Turn Off).

b) Tugasan Pelajar.

c) Tiga jenis Picuan

o Picuan dengan isyarat DC.


o Picuan dengan isyarat AC.
o Picuan dengan isyarat Denyut.

MAKLUMBALAS 3e

a) a) Struktur binaan b)Simbol

b) Perbezaan utama diantara GTO – SCR dan juga SCR adalah dari aspek:
• Masa “ON” dan “OFF” dimana GTO-SCR adalah lebih stabil
berbanding dengan SCR.
• Arus Picuan bagi GTO adalah lebih tinggi berbanding dengan
SCR.
• Arus Turn Off bagi GTO adalah lebih besar dari arus picuan nya
dan juga SCR.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/1

UNIT 4
TRANSISTOR EKASIMPANG BOLEH
ATURCARA (T.E.B.A)

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami peranti elektronik kuasa
dalam industri dari segi struktur rajah binaan,
simbol,cirri-ciri kendalian dan kegunaan bagi
Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara(PUT).

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-


‰ mengenalpasti struktur binaan, simbol dan pembungkusan
Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara.

‰ melukiskan lengkuk ciri I-V bagi Transistor Ekasimpang Boleh


Aturcara.

‰ menerangkan ciri-ciri bagi Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara.

‰ menerangkan kendalian bagi Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/2

INPUT

4.0 PENGENALAN

Di dalam unit ini para pelajar akan diperkenalkan kepada satu lagi bentuk
peranti yang di bina daripada 4 lapisan bahan dari jenis P dan juga N, peranti
tersebut ialah Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara (Programmable Unijunction
Transistor) . Pada dasarnya peranti itu mempunyai rekabentuk struktur yang
tersendiri ini dapat di tunjukkan di dalam rajah 4.0 (a) Binaan dan (b) Simbol.

A
(a) Binaan (b)Simbol

Rajah 4.0

Merujuk kepada gambarajah 4.0(a) dan (b) kita akan dapati struktur
binaan bagi Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara adalah berbeza berbanding
dengan Transistor biasa ini jelas dari bilangan bahan jenis P dan N yang
digunakan dan juga bentuk terminal yang di gunakan , dimana pada Transistor
biasa terminal yang digunakan diwakili sebagai pemungut(c) , pemancar(e) dan
juga tapak(b) manakala bagi Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara terminalnya
diwakili dengan anod , katod dan juga get .

Selain itu kita dapati istilah Boleh Aturcara digunakan pada nama peranti
tersebut yang mana ianya membawa maksud kebolahan Transistor tersebut
dikawal dari segi nilai RBB , η(eta) , dan Vp melalui penyelarasan perintang RB1 ,
RB2 dan juga voltan VBB. Untuk memahami akan konsep ini para pelajar akan
diberikan penjelasan nya pada topik yang berikut nya.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/3

AKTIVITI 4a
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

a) Namakan 3 terminal yang terdapat pada Transistor Ekasimpang Boleh


Autrcara……………. , …………….. dan ………..

b) Lukiskan gambarajah simbol dan struktur binaan asas Transistor


Ekasimpang Boleh Aturcara.

c) Terangkan apa yang dimaksudkan dengan “Boleh Aturcara”pada peranti


tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/4

INPUT

4.1 KENDALIAN TRANSISTOR EKASIMPANG BOLEH ATURCARA.

Untuk memahami dengan jelas berkenaan dengan kendalian asas bagi


transistor tersebut , kita akan merujuk kepada litar asas kendalian Transistor
Ekasimpang Boleh Aturcara pada rajah 4.1(a)

Rajah 4.1(a) Litar kendalian asas Transistor Ekasimpang Boleh aturcara

Merujuk kepada litar pada rajah 4.1 apabila IG (Arus get) bersamaan
dengan 0A pada keadaan unggul maka ;

VG = RB1
------------------------ VBB = ηVBB
RB1 + RB2

Di mana η = RB1
-------------------------------------
RB1 + RB2

Berdasarkan kepada persamaan tersebut apabila Transistor Ekasimpang


Boleh Aturcara pada keadaan litar buka(ON) arus anod ( Ia ) berada pada nilai
terendah manakala voltan yang melintangi anod dan katod(Vak) berada diantara
0V hinggalah mencapai nilai VP (Voltan Puncak) , manakala ianya berada dalam
litar tutup(OFF) nilai arus anod adalah lebih besar atau sama dengan nilai arus
lurah ( Iv ) dan nilai voltan yang melintangi anod dan katod ( Vak ) adalah lebih

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/5
besar atau sama dengan nilai voltan lurah (Vv ) dan keadaan ini dapat diringkas
dengan persamaan berikut :-

T.E.B.A dalam keadaan litar buka (“OFF”) : ( Ia rendah , 0V <= Vak <= VP )

T.E.B.A dalam keadaan litar tutup(“ON”) : ( Ia >= IV , Vak >= Vv )

Apabila keadaan ini berlaku maka wujud satu kawasan diantaranya yang
dikenali sebagai kawasan tidak stabil .Ini akan menyebabkan peranti tersebut
tidak boleh beroperasi kerana ianya akan senantiasa berada dalam keadaan “ON”
dan “OFF” , bagi memudahkan kefahaman anda keadaan ini boleh ditunjukkan
melalui gambarajah ciri-ciri Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara pada rajah
4.1(b).

Rajah 4.1(b) Ciri-ciri Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara

4.1.1 Ciri-ciri Transistor Boleh Aturcara

Selain itu di dalam memastikan Transistor tersebut beroperasi


sepertimana yang dikehendaki kita memerlukan voltan Tembakan (VF)
dimana ianya mewakili voltan yang susut pada terminal anod dan katod
(Vak) dan seterusnya jika bahan yang digunakan adalah dari jenis silicon
maka nilai VD = 0.7V untuk itu bagi menentukan nilai VF ianya boleh
ditentukan melalui persamaan berikut :-

VAK = VAG + VGK

VF = VD + VG maka VF = ηVBB + 0.7V

Di samping itu merujuk kepada gambarajah 4.1(a) litar kendalian


asas Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara terdapat dua rintangan luaran

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/6
yang digunakan iaitu RB1 dan RB2 yang mana perintang tersebut boleh di
laraskan , ini bertujuan untuk memastikan penyelarasan terhadap nilai η
dan VG atau dengan lain perkataan ianya merupakan kawalan yang dapat
dilakukan terhadap nilai VF bagi tujuan untuk menghidupkan Transistor
tersebut.

Secara kesimpulan nya jika dilihat dari aspek ciri – ciri dan juga
operasi Transistor tersebut ianya hampir sama dengan Transistor
ekasimpang (UJT) Cuma dari segi nilai arus puncak dan arus lurah bagi
Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara adalah lebih rendah berbanding
dengan UJT pada keadaan yang sama.Selain itu voltan operasi bagi
T.E.B.A adalah lebih rendah berbanding dengan UJT.Secara ringkasnya
apabila peranti tersebut berada dalam keadaan “OFF” ianya tidak akan
berubah dari keadaan tersebut ,sehinggalah nilai voltan VP dicapai.
Manakala IP berada pada nilai yang paling rendah dan seterusnya
menghasilkan keadaan litar buka.

Apabila nilai voltan VP dicapai peranti tersebut akan berubah dari


pada keadaan “OFF” kepada keadaan “ON” pada kawasan yang tidak
stabil . dan seterusnya mewujudkan keadaan dimana voltan yang
melintangi anod dan katod menjadi rendah manakala arus anod akan terus
meningkat dan menghasilkan litar pintas pada transistor tersebut dan
seterusnya menjadikan T.E.B.A beroperasi.Oleh yang demikian perubahan
peranti tersebut daripada keadaan litar buka (OFF) kepada litar pintas
(ON) ditentukan dengan pemilihan atau penyelarasan yang dilakukan
terhadap nilai RB1 , RB2 dan nilai VBB . Selain itu apabila Voltan VG di
putuskan ianya tidak akan mempengaruhi operasi Transistor tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/7

AKTIVITI 4b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

a) Lukiskan gambarajah litar kendalian asas bagi Transistor Ekasimpang Boleh


Aturcara dan terangkan serba ringkas berkenaan dengan operasinya.

b) Lukiskan gambarajah yang menunjukkan ciri-ciri Transistor Ekasimpang


Boleh aturcara dan labelkan setiap keterangannya.

c) Berdasarkan kepada nilai yang diberikan tentukan nilai RB1 dan VBB jika nilai
η = 0.8 , VF = 10.3 V dan RB2 = 5 KΩ bagi Transistor Ekasimpang Boleh
Aturcara jenis Silikon.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/8

INPUT

4.2 APLIKASI TRANSISTOR EKASIMPANG BOLEH ATURCARA.

Salah satu kegunaan Transistor jenis ini adalah didalam litar pengayun
Santaian (Relaxation Oscillator) litar ini dapat dilihat di dalam rajah 4.2 (a) litar
pengayun santaian . Apabila bekalan VBB dibekalkan ,kapasitor akan mula
mengecas dan masa ini tiada arus yang melalui anod , rajah lengkuk mengecas
oleh kapasitor ditunjukkan didalam rajah 4.2 (b) dan berdasarkan kepada lengkuk
tersebut tempoh T yang diperlukan bagi mecapai nilai Voltan tembakan (VF)
dapat di rumuskan melalui persamaan berikut :-

T = RC log e VBB
-------------------
VBB - VF

Jika VF = ηVBB

Maka T = RC log e 1 + RB1


-----------
RB2

Rajah 4.2 (a) Litar Pengayun Santaian Rajah 4.2 (b) Lengkuk mengecas
Kapasitor

Apabila voltan yang melintangi kapasitor mencapai nilai voltan yang sama
dengan nilai Voltan tembakan (VF) ,transistor tersebut akan mula membenarkan
pengaliran arus melaluinya ,dimana pada ketika itu Ia sama dengan IF . Jika nilai

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/9
R terlalu tinggi nilai IF akan menjadi rendah dan tidak dapat menjanakan get dan
seterusnya akan menyebabkan Transistor tersebut tidak beroperasi. Pada keadaan
tersebut dapat dirumuskan satu persamaan dimana ;

IF R = VBB - VF

Dan

Rmax = VBB - VF
----------------
IF

Dari persamaan tersebut ianya juga dapat dijadikan sebagai penunjuk iaitu
apabila nilai R adalah lebih besar daripada nilai Rmax ianya akan menghasilkan
arus yang kurang daripada nilai arus IF ,disamping itu juga nilai R yang
diperlukan mestilah menghasilkan nilai arus yang lebih rendah daripada nilai IV
jika ianya beroperasi sebagai satu pengayun. Dengan lain perkataan kita hendak
memastikan Transistor tersebut berada dalam operasi dikawasan yang tidak
stabil.Untuk itu kita memastikan nilai R berada dalam julat yang bersesuaian.

Rmin = VBB - VV
-------------------
IV

Dirumuskan Rmin < R < Rmax

Bentuk gelombang bagi VA , VG dan VK ini ditunjukkan didalam rajah


4.2 (c) daripada gambarajah tersebut pada keadaan T merupakan tempoh masa
dimana voltan maksima pada VA , dan apabila tembakan diberikan pada get
transistor , cas pada kapasitor akan di nyahcaskan melalui Transistor ekasimpang
Boleh Aturcara dan juga perintang RK ,dan menghasilkan kejatuhan voltan pada
kapasitor dan VK pada masa yang sama akan mencapai kadaran yang maksima
tetapi dalam tempoh yang singkat dan pada ketika itu juga VG akan jatuh pada
nilai yang hampir dengan 0V . Apabila Voltan pada kapasitor jatuh kepada tahap
yang rendah ianya akan mengakibatkan Transistor tersebut berada dalam keadaan
“OFF” semula , dan pada ketika itu proses mengecas kapasitor akan berulang dan
kitaran akan senantiasa berterusan selagi bekalan VBB tidak diputuskan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/10

Rajah 4.2 ( c) Gelombang bagi Pengayun Santaian jenis


TransistorEkasimpang Boleh Aturcara.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/11

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

SOALAN 4-1

Kenapa Transistor ini diberi nama sebagai Transistor Ekasimpang Boleh


Aturcara dan nyatakan perbezaan nya berbanding dengan Transistor Ekasimpang
(UJT) .

SOALAN 4-2

Lukiskan gambarajah litar kendalian Asas bagi Transistor Ekasimpang


Boleh Aturcara dan terangkan fungsi perintang RB1 dan RB2 didalam litar
tersebut.

SOALAN 4-3

Lukiskan gambarajah yang menunjukkan ciri-ciri Transistor Ekasimpang


Boleh Aturcara dan terangkan berkenaan dengan ciri-ciri tersebut.

SOALAN 4-4

Berdasarkan kepada nilai yang diberikan tentukan nilai RB2 dan VBB jika
nilai η = 0.7 , VF = 12 V dan RB1 = 10 KΩ bagi Transistor Ekasimpang Boleh
Aturcara jenis Silikon.

SOALAN 4-5

Jika VBB = 12V , R= 20KΩ , C = 1μF , RK = 100Ω , RB1 = 10KΩ , RB2 =


5KΩ ,IF = 100μA , VV = 1V dan IV = 5.5 mA. Tentukan :-
a) VF
b) Rmax dan Rmin
c) T dan frekuansi pengayun
d) Dan Gambarajah gelombang VA , VG dan VK.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/12

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 4 -1

Istilah Boleh Aturcara digunakan pada nama peranti tersebut yang mana
ianya membawa maksud kebolahan Transistor tersebut dikawal dari segi nilai RBB
, η(eta) , dan Vp melalui penyelarasan perintang RB1 , RB2 dan juga voltan VBB.
Untuk memahami akan konsep ini para pelajar akan diberikan penjelasan nya
pada topik yang berikut nya.

Jika dilihat dari aspek ciri – ciri dan juga operasi Transistor tersebut ianya
hampir sama dengan Transistor ekasimpang (UJT) Cuma dari segi nilai arus
puncak dan arus lurah bagi Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara adalah lebih
rendah berbanding dengan UJT pada keadaan yang sama.Selain itu voltan operasi
bagi T.E.B.A adalah lebih rendah berbanding dengan UJT.

Jawapan 4-2

RB1 dan RB2 yang mana perintang tersebut boleh di laraskan , ini bertujuan
untuk memastikan penyelarasan terhadap nilai η dan VG atau dengan lain
perkataan ianya merupakan kawalan yang dapat dilakukan terhadap nilai VF bagi
tujuan untuk menghidupkan Transistor tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/13
Jawapan 4-3

Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara pada keadaan litar buka(ON) arus


anod ( Ia ) berada pada nilai terendah manakala voltan yang melintangi anod dan
katod(Vak) berada diantara 0V hinggalah mencapai nilai VP (Voltan Puncak) ,
manakala ianya berada dalam litar tutup(OFF) nilai arus anod adalah lebih besar
atau sama dengan nilai arus lurah ( Iv ) dan nilai voltan yang melintangi anod dan
katod ( Vak ) adalah lebih besar atau sama dengan nilai voltan lurah (Vv ) dan
keadaan ini dapat diringkas dengan persamaan berikut :-

T.E.B.A dalam keadaan litar buka (“OFF”) : ( Ia rendah , 0V <= Vak <= VP )

T.E.B.A dalam keadaan litar tutup(“ON”) : ( Ia >= IV , Vak >= Vv )

Apabila keadaan ini berlaku maka wujud satu kawasan diantaranya yang
dikenali sebagai kawasan tidak stabil .Ini akan menyebabkan peranti tersebut
tidak boleh beroperasi kerana ianya akan senantiasa berada dalam keadaan “ON”
dan “OFF” .

Jawapan 4-4

η = RB1 = 0.7
--------------------------
RB1 + RB2

10KΩ = 0.7 ( 10KΩ + RB2 )

3KΩ = 0.7RB2

RB2 = 4.3KΩ

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/14

VF = ηVBB + VD

12.0V = (0.7)(VBB) + 0.7V

11.3V = 0.7VBB

VBB = 16.14V

Jawapan 4-5

a) VF = ηVBB + VD

= RB1 VBB + 0.7V


------------------------
RB1 + RB2

= 10KΩ (12V) + 0.7V


-------------------------
10KΩ + 5KΩ

= (0.67)(12V) + 0.7V = 8.7V

b) Rmax = VBB – VF
--------------
IF

= 12V - 8.7V
----------------- = 33KΩ
100μA

Rmin = VBB - VV
---------------
IV

= 12V - 1V
--------------- = 2KΩ
5.5mA

R : 2KΩ < 20KΩ < 33KΩ

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/15

c) T = RC log e VBB
-------------
VBB – VF

= (20KΩ)(1μF) log e 12V


--------------------
12V - 8.7V

= 20 X 10-3 log e (3.64)

= 20 X 10-3 (1.29)

= 25.8ms

f =1/T= 1
--------------------- = 38.8 Hz
25.8

d)

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/16

MAKLUMBALAS 4a

a) Tiga terminal tersebut iaitu anod , katod dan get.

A
b)

c) Boleh Aturcara digunakan pada nama peranti tersebut yang mana ianya
membawa maksud kebolahan Transistor tersebut dikawal dari segi nilai RBB ,
η(eta) , dan Vp melalui penyelarasan perintang RB1 , RB2 dan juga voltan VBB.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/17

MAKLUMBALAS 4b

a)

Selain itu di dalam memastikan Transistor tersebut beroperasi sepertimana


yang dikehendaki kita memerlukan voltan Tembakan (VF) dimana ianya mewakili
voltan yang susut pada terminal anod dan katod (Vak) dan seterusnya jika bahan
yang digunakan adalah dari jenis silicon maka nilai VD = 0.7V untuk itu bagi
menentukan nilai VF ianya boleh ditentukan melalui persamaan berikut :-

VAK = VAG + VGK

VF = VD + VG maka VF = ηVBB + 0.7V

Di samping itu merujuk kepada gambarajah 4.1(a) litar kendalian asas


Transistor Ekasimpang Boleh Aturcara terdapat dua rintangan luaran yang
digunakan iaitu RB1 dan RB2 yang mana perintang tersebut boleh di laraskan , ini
bertujuan untuk memastikan penyelarasan terhadap nilai η dan VG atau dengan
lain perkataan ianya merupakan kawalan yang dapat dilakukan terhadap nilai VF
bagi tujuan untuk menghidupkan Transistor tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/18

b)

c) η = RB1 = 0.8
--------------------------
RB1 + RB2

RB1 = 0.8 ( RB1 + RB2 )

0.2RB1 = 0.8RB2

RB1 = 4 RB2

RB1 = 4( 5KΩ) = 20 KΩ

VF = ηVBB + VD

10.3V = (0.8)(VBB) + 0.7V

9.6V = 0.8VBB

VBB = 12V

http://modul2poli.blogspot.com/
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 4/19

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/1

UNIT 5
PENUKAR AU-AT (PENERUS)

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami jenis-jenis litar
penukaran–penukar AU-AT (Penerus)

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-


‰ Memahami konsep asas proses penukaran AU – AT di dalam litar
satu-fasa dan tiga-fasa.

‰ Menerangkan operasi litar penukar AU-AT jenis Tidak Terkawal,


Separuh Terkawal dan Terkawal.

‰ Melakarkan bentuk gelombang masukan dan keluaran bagi setiap


litar yang berkaitan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/2

INPUT

5.0 PENGENALAN

Satu litar penukar AU-AT menukarkan arus-ulangalik (AU) kepada arus-


terus (AT) atau lebih dikenali sebagai penerusan. Voltan dan kuasa keluaran
daripada litar penerus boleh dikawal dengan cara mengawal pensuisan peranti-
peranti separuh-pengalir di dalam litar tersebut. Litar penerus boleh dibahagikan
kepada 3 jenis iaitu; Penerus Tak Terkawal, Penerus Separuh Terkawal dan
Penerus Terkawal.

Di dalam unit ini, kita akan membincangkan ketiga-tiga jenis litar penerus
tersebut di dalam konteks litar satu fasa dan tiga fasa. Litar Penerus Tak Terkawal
hanya menggunakan diod sahaja manakala Penerus Terkawal menggunakan
tiristor sahaja. Perbezaan fungsinya ialah diod mengkonduksikan arus apabila
dipincang depan manakala tiristor yang dipincang depan boleh dikawal
pengkonduksiannya melalui picuan pada pintu. Penerus tak terkawal akan
membekalkan keluaran yang tetap untuk suatu masukan arus-ulangalik. Penerus
Separuh Terkawal menggunakan kombinasi diod dan tiristor. Kedua-dua Penerus
Terkawal dan Separuh Terkawal membenarkan pelarasan voltan keluaran dengan
pengawalan sudut picuan di mana tiristor tersebut akan dihidupkan.

5.1 LITAR SATU FASA

Di dalam litar penerus satu-fasa, masukannya ialah bekalan AU satu-fasa.


Litar yang menggunakan diod membekalkan voltan keluaran AT yang tetap
manakala litar yang menggunakan peranti pensuisan terkawal seperti tiristor
membekalkan voltan keluaran yang berubah.

5.1.1 Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang Dengan Beban


Rintangan Tulin

Satu litar penerus tak terkawal separuh gelombang dengan beban


rintangan tulin adalah ditunjukkan dalam rajah 5.1 di bawah.Voltan
masukan ialah gelombang sinus seperti yang ditunjukkan dalam rajah
5.1b. Semasa separuh kitar positif, iaitu 0<ω t<π, diod mengkonduksi dan
berkelakuan seperti satu suis tertutup (dengan beranggapan diod adalah
unggul) menyambungkan bekalan kepada beban (i.e. vo = v). Arus beban
ialah io = vo/R, dan disebabkan R adalah tetap, maka io dan vo mempunyai
gelombang yang sama (rujuk rajah 5.1b). Pada masa separuh kitar negatif,
diod berkelakuan seperti satu suis terbuka dan tidak mengkonduksikan
sebarang arus.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/3

Katakan v = √2 Vp sin ω t. Nilai purata voltan beban ialah


1 ⌠π
Vo = 2π vo d(ω t)
⌡0

1 ⌠π
= 2π √2 Vp sin ω t d(ω t)
⌡0
√2 Vp
= π Volt

Rajah 5.1 Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang


dengan beban tulin (a) Litar. (b) Gelombang.

5.1.2 Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang Dengan Beban


Berinduktif

Satu litar penerus tak terkawal separuh gelombang dengan beban


rintangan berinduktif adalah ditunjukkan dalam rajah 5.2a di bawah dan
gelombang yang berkenaan di tunjukkan dalan rajah 5.2b. Boleh
diperhatikan bahawa arus beban bukan sahaja mengalir semasa separuh
kitar positif voltan masukan tetapi juga mengalir pada sebahagian daripada

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/4
separuh kitar negatif voltan masukan. Ini adalah kerana beban beraruhan
menyimpan tenaga dan mengekalkan arus beban seterusnya berusaha
untuk mengatasi bekalan negatif dan mengekalkan diod dalam keadaan
pincang depan. Maka nilai purata arus dan voltan keluaran diberi oleh

1 ⌠β
Io = 2π i d(ω t)
⌡0

√2 Vp
= ( 1 – cos β )
2πR

√2 Vp
Vo = IoR = ( 1 – cos β )

Rajah 5.2 Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang


dengan beban berinduktif (a) Litar. (b) Gelombang.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/5
5.1.3 Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang Dengan Beban
Berinduktif dan Diod Beroda Bebas

Litar di dalam rajah 5.2 yang mengandungi beban berinduktif


dikatakan tidak mempunyai arus yang berterusan dan mengandungi riak
yang tinggi. Arus beban yang berterusan boleh dicapai dengan
menambahkan satu diod melintangi beban seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 5.3a. Diod ini menghalang penyongsangan voltan pada beban
semasa separuh kitar negatif bekalan masukan. Apabila diod D1 berhenti
berkendali pada sifar volt, diod Df membekalkan laluan alternatif seperti
yang ditunjukkan oleh gelombang pada rajah 5.3b. Nilai voltan keluaran
adalah separuh kitar positif daripada voltan masukan sinus. Nilai voltan
purata diberikan oleh
√2 Vp
Vo = π

Rajah 5.3 Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang dengan beban
berinduktif dan diod beroda bebas. (a) Litar. (b) Gelombang.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/6
5.1.4 Litar Penerus Tak Terkawal Gelombang Penuh

Satu litar penerus tak terkawal gelombang penuh adalah ditunjukkan


dalam rajah 5.4a dan 5.4b di bawah dan gelombang yang berkenaan di tunjukkan
dalan rajah 5.4c. Kedua-dua litar juga dikenali sebagai Litar Penerus Gelombang
Penuh jenis Tetimbang. Akan tetapi boleh dilihat bahawa penggunaan dua diod
hanya dibenarkan sekiranya satu pengubah sadap tengah digunakan. Untuk
mendapatkan voltan keluaran yang sama nilainya, setiap gegelung sekunder untuk
pengubah sadap tengah mesti memiliki kadaran voltan ppgd (voltan purata punca
ganda dua) sama seperti pada satu gegelung sekunder pada pengubah di dalam
rajah 5.4a. Nilai voltan purata yang dihasilkan ialah

2√2 Vp
Vo = π

Rajah 5.3 Litar Penerus Tak Terkawal Gelombang Penuh (a)Litar dengan empat
diod penerus (b) Litar dengan dua diod penerus (c) Gelombang

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/7

AKTIVITI 5a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

5.1 Litar penukar AU – AT juga dikenali sebagai __________________.

5.2 Apakah fungsi satu litar penukar AU – AT ?

5.3 Nyatakan TIGA jenis kawalan litar penerus.

5.4 Litar penukar AU – AT yang menggunakan kombinasi diod dan tiristor dikenali
sebagai _____________________.

5.5 Satu litar penerus tak terkawal separuh gelombang dibekalkan dengan voltan AU
yang mempunyai nilai voltan puncak 10V. Kirakan nilai purata voltan
keluarannya.

5.6 Apakah fungsi satu diod beroda bebas?

5.7 Apakah perbezaan di antara satu penerus separuh gelombang dengan penerus
gelombang penuh?

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/8

MAKLUMBALAS 5a

5.1 Litar penerus.

5.2 Untuk menukarkan voltan AU daripada bekalan kepada voltan AT yang akan
dibekalkan kepada beban.

5.3 i. Penerus Tak Terkawal


ii. Penerus Separuh Terkawal
iii. Penerus Terkawal

5.4 Litar penerus separuh terkawal.

5.5 4.5 Volt

5.6 Diod ini menghalang penyongsangan voltan pada beban semasa separuh kitar
negatif bekalan masukan.

5.7

Penerus
vs Separuh vo
Gelombang

Penerus
vs Gelombang vo
Penuh

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/9

INPUT

5.1.5 Litar Penerus Separuh Terkawal Gelombang Penuh

Satu litar penerus separuh terkawal boleh digunakan untuk


mengawal kelajuan untuk satu motor AT mengandungi kombinasi diod
dan tiristor. Satu litar penerus yang mengandungi kombinasi dua tiristor
dan tiga diod ditunjukkan dalam rajah 5.5a. Tiristor S1 dan S2 dipicu pada
α dan π + a, masing-masing, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.5b.
Beban motor adalah disambungkan kepada bekalan masukan pada selang
α < ω t < π menerusi S1 dan D2, dan voltan keluaran vo adalah sama
dengan bekalan masukan v. Selepas π, vo berkecenderungan untuk
menyongsang disebabkan pertukaran polariti bekalan. Apabila vo
berkecenderungan untuk menyongsang, diod DFW (diod beroda bebas)
menjadi pincang depan dan mengkonduksi. Arus keluaran io, yang
mengalir daripada bekalan menerusi S1 dipindahkan kepada DFW.
Terminal keluaran dilitar-pintaskan menerusi diod beroda bebas pada
selang π < ω t < (π + α), menyebabkan vo = 0.

Pada ω t = π + α, S2 dipicu dan ia mengambil alih arus beban Io


daripada DFW. Arus beban sekarang mengalir menerusi S2 dan D1,
menyebabkan vo = - v. Pada ω t = 2π, DFW menjadi pincang depan semula
dan mengambil alih arus beban daripada S2. Proses tersebut berulang-
ulang. Gelombang untuk voltan dan arus keluaran juga ditunjukkan dalam
rajah 5.5b.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/10

Rajah 5.5 Litar Penerus Separuh Terkawal Gelombang Penuh


dengan beban motor. (a) Litar. (b) Gelombang.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/11
5.1.6 Litar Penerus Terkawal Separuh Gelombang dengan beban
rintangan tulin

Satu litar penerus terkawal yang mengandungi hanya satu tiristor


dan satu beban rintangan tulin ditunjukkan dalam rajah 5.6a. Tiristor
dipincang depan semasa selang 0 < ω t < π, 2π < ω t < 3π, dan
seterusnya. Satu denyut picuan dibekalkan pada sudut α seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 5.6b. Sudut ini dikenali sebagai sudut picuan
untuk tiristor. Arus untuk tiristor menjadi sifar pada ω t = π, 3π, dan
seterusnya dan tiristor mengkonduksi daripada α sehingga π, 2π+α
sehingga 3π, dan seterusnya. Pada selang masa di mana tiristor
mengkonduksi, voltan beban adalah sama dengan voltan bekalan, vo = v.
Nilai purata voltan beban ialah
1 ⌠π
Vo = 2π √2 Vp sin ω t d(ω t)
⌡α

Vp
= ( 1 + cos α )
√2 π

Rajah 5.6 Litar Penerus Terkawal Separuh Gelombang dengan beban


rintangan tulin (a) Litar. (b) Gelombang.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/12

Sudut picuan α boleh diubah daripada sifar sehingga π, yang mana


ia akan mengubah voltan keluaran. Perhatikan bahawa pada masa α = 0,
Vo = √2 Vp/π, di mana ia adalah sama dengan voltan keluaran yang
diperolehi daripada litar penerus tak terkawal separuh gelombang yang
menggunakan satu diod sahaja. Ini bermakna sekiranya tiristor dipicu
pada α = 0, maka litar penerus ini berkelakuan seperti satu litar penerus
yang menggunakan diod sahaja. Maka ini menjadi satu rujukan kepada
sudut picuan untuk mendapatkan voltan keluaran yang paling tinggi.

5.1.7 Litar Penerus Terkawal Separuh Gelombang dengan beban


berinduktif

Kebanyakan beban yang praktikal mempunyai rintangan (R) dan


aruhan (L). Sebagai contoh satu angker untuk beban motor AT
mempunyai rintangan dan aruhan. Manakala litar medan untuk satu motor
AT mempunyai aruhan yang tinggi. Satu litar penerus terkawal
menggunakan tiristor dengan beban berinduktif ditunjukkan dalam rajah
5.7a. Tiristor dipicu pada sudut α, bermaksud ia mula berkendali pada ω t
= α. Aruhan yang terdapat pada beban memaksa arus untuk mengekor
voltan dan menyebabkan arus berkurangan kepada sifar pada ω t = β
berbanding dengan ω t = π yang sepatutnya apabila beban adalah
rintangan tulin. Gelombang arus dan voltan keluaran ditunjukkan dalam
rajah 5.7b. Pada selang masa pengkonduksian (α sehingga β), vo = v.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/13

Rajah 5.7 Litar Penerus Terkawal Separuh Gelombang dengan beban


berinduktif (a) Litar. (b) Gelombang.

5.1.8 Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh dengan beban rintangan


tulin

Gelombang untuk arus beban dan voltan beban di dalam litar


penerus terkawal yang menggunakan satu tiristor sahaja mengandungi
riak yang agak besar. Maka litar tersebut adalah tidak sesuai untuk tujuan
pengawalan kelajuan motor AT. Satu litar penerus terkawal gelombang
penuh seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.8a, yang mengandungi
empat tiristor (S1 hingga S4) biasanya digunakan untuk tujuan pengawalan
kelajuan motor AT.

Tiristor S1 dan S2 dipincang depan pada separuh kitar positif voltan


masukan, dan tiristor S3 dan S4 dipincang depan pada separuh kitar
negatif voltan masukan. Katakan S1 dan S2 dipicu pada sudut α. Pada

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/14
selang masa pengkonduksian S1 dan S2, voltan keluaran adalah sama
dengan voltan masukan, vo = v. Arus beban io = vo/R mempunyai
gelombang yang sama dengan voltan keluaran vo. Maka arus yang melalui
S1 dan S2 menjadi sifar pada ω t = π, dan ia dimatikan. Tiristor S3 dan S4
dipicu pada π + α. Pada selang masa pengkonduksian, bekalan masukan
disambungkan kepada beban dan vo = -v. Arus yang melalui S3 dan S4
menjadi sifar pada ω t = 2π dan ia dimatikan. Tiristor S1 dan S2 dipicu
lagi pada ω t = 2π + α dan S3 serta S4 dipicu lagi pada ω t = 3π + α, dan
proses ini berulang-ulang. Gelombang voltan keluaran yang terhasil
ditunjukkan dalam rajah 5.8b.

Rajah 5.8 Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh dengan beban


rintangan tulin. (a) Litar. (b) Gelombang.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/15

5.1.9 Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh dengan beban


berinduktif

Satu litar penerus terkawal gelombang penuh dengan beban motor


ditunjukkan dalam rajah 5.9a. Arus motor io mengalir daripada bekalan
melalui S1 dan S2 untuk separuh kitar dan melalui S3 dan S4 pada separuh
kitar yang seterusnya.

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.9b, tiristor S1 dan S2


mengalirkan arus pada selang masa α < ω t < (π + α) dan
menyambungkan bekalan kepada motor (vo = v). Pada π + a, tiristor S3
dan S4 dipicu. Voltan bekalan muncul segera pada tiristor S1 dan S2
sebagai voltan pincang songsang dan mematikannya. Arus motor
yangmengalir melalui S1 dan S2 dipindahkan kepada S3 dan S4. Tiristor S3
dan S4 mengalirkan arus motor pada selang masa π + α < ω t < 2π + α
dan menyambungkan motor kepada bekalan (vo = -v). Di dalam rajah
5.9c, gelombang voltan dan arus ditunjukkan pada α < 90°. Daripada
gelombang voltan keluaran, boleh dikira nilai purata voltan ialah

1 ⌠π + α
Vo = π ⌡α vo d(ω t)

1 ⌠π + α
= π ⌡α √2 Vp sin ω t d(ω t)

2√2
= π Vp cos α

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/16

Rajah 5.9 Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh dengan beban


berinduktif. (a) Litar. (b) Gelombang.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/17

5.2 LITAR TIGA FASA

Untuk aplikasi kuasa tinggi, beberapa kilawatt ke atas, adalah lebih sesuai
untuk menggunakan litar penerus tiga-fasa. Litar penerus tiga-fasa membekalkan
gelombang voltan keluaran yang lebih baik.

5.2.1 Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh Tiga-Fasa

Satu litar penerus terkawal gelombang penuh tiga-fasa


menggunakan enam tiristor, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.10a.
Litar ini merupakan litar penerus terkawal yang paling biasa digunakan.

Tiristor S1, S3 dan S5 dipicu pada separuh kitar positif voltan fasa
bekalan di mana ia disambungkan, dan tiristor S2, S4 dan S6 pula dipicu
pada separuh kitar negatif voltan fasa bekalan. Rujukan untuk sudut
picuan ialah titik persilangan di antara voltan-voltan fasa. Ketika mana
suatu tiristor dipicu ditandakan di dalam rajah 5.10b untuk α = 30°.
Dengan menggangap arus keluaran io adalah berterusan dan tidak
mengandungi riak seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.10b. Pada ω t =
π/6 + α, S1 dihidupkan. Sebelum itu S6 telah dihidupkan. Maka pada
selang masa (π/6 + α) < ω t < (π/6 + α + π/3), tiristor S1 dan S6
mengkonduksikan arus keluaran dan terminal motor disambungkan
kepada fasa A dan fasa B, menyebabkan voltan keluaran vo = vAB = vAN –
vBN. Voltan keluaran vo, ialah jarak diantara sampul voltan fasa vAN dan
vBN, seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam rajah 5.10b. Pada
ω t = π/6 + α + π/3, tiristor S2 dipicu dan dengan segera voltan vCB
muncul melintangi S6 menyebabkannya dipincang songsang dan
dimatikan. Arus pada S6 dipindahkan kepada S2. Terminal motor
disambungkan kepada fasa A melalui S1 dan fasa C melalui S2
menjadikan vo = vAC. Proses ini berulang setiap 60° di mana satu tiristor
dipicu. Perhatikan bahawa tiristor dinomborkan mengikut turutan di mana
ia dipicu. Setiap tiristor akan mengkonduksi untuk 120° dalam satu kitar.
Nilai purata untuk voltan keluaran ialah
1 ⌠π/6 + α + π/3
Vo = π/3 (vAN – vBN) d(ω t)
⌡π/6 + α
3√6
= π Vp cos α

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/18

Rajah 5.10 Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh Tiga-fasa


dengan beban berinduktif. (a) Litar. (b) Gelombang.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/19

AKTIVITI 5b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.

5.8 Lukiskan satu litar penerus separuh terkawal gelombang penuh dengan diod
beroda bebas dan beban motor. Seterusnya lukiskan gelombang voltan masukan
dan keluaran sekiranya sudut picuan ialah α = 60°.

5.9 Nyatakan satu kegunaan litar penerus separuh terkawal gelombang penuh?

5.10 Lukiskan satu litar penerus terkawal separuh gelombang dengan beban rintangan
tulin serta lukiskan gelombang voltan masukan dan keluaran sekiranya sudut
picuan ialah α = 60°.

5.11 Sekiranya litar di soalan 5.10 diberikan satu bekalan AU yang mempunyai nilai
voltan puncak 10V, kirakan nilai voltan purata keluaran yang akan dihasilkan.

5.12 Apakah perbezaan yang terdapat pada litar penerus separuh terkawal gelombang
penuh dengan litar penerus terkawal gelombang penuh?

5.13 Lukiskan satu litar penerus terkawal gelombang penuh tiga-fasa dengan beban
berinduktif ?

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/20

MAKLUMBALAS 5b

5.8 Sila rujuk rajah 5.5 di mukasurat 10.

5.9 Litar penerus separuh terkawal gelombang penuh biasanya digunakan dalam
pengawalan kelajuan motor AT.

5.10 Sila rujuk rajah 5.6 di mukasurat 11.

5.11
Vp
Vo = ( 1 + cos α )
√2 π
10
= ( 1 + cos 60° )
√2 π
= 3.38 volt

5.12 Litar penerus separuh terkawal gelombang penuh menggunakan kombinasi dua
diod dan dua tiristor manakala litar penerus terkawal gelombang penuh
menggunakan empat tiristor.

5.13 Sila rujuk rajah 5.10 di mukasurat 18.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/21

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

Soalan 5-1

Terangkan perbezaan di antara litar penerus tak terkawal, litar penerus separuh
terkawal dan litar penerus terkawal?

Soalan 5-2

Lukiskan satu litar penerus tak terkawal separuh gelombang dengan beban
rintangan tulin. Seterusnya, dengan bantuan gambarajah tersebut terangkan
kendaliannya serta lukiskan bentuk-bentuk gelombang voltan masukan dan
keluaran yang berkaitan.

Soalan 5-3

Lukiskan litar penerus tak terkawal gelombang penuh jenis tetimbang dan jenis
pengubah sadap tengah berserta dengan gelombang voltan masukan dan
keluarannya.

Soalan 5-4

Lukiskan satu litar penerus terkawal gelombang penuh dengan beban rintangan
tulin. Seterusnya lukiskan gelombang voltan masukan dan keluaran sekiranya
sudut picuan ialah α = 60°.

Soalan 5-5

Terangkan kendalian litar penerus di soalan 5-4.

Soalan 5-6

Lukiskan satu litar penerus terkawal gelombang penuh tiga-fasa dengan beban
berinduktif.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/22

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 5-1

Litar Penerus Tak Terkawal hanya menggunakan diod sahaja manakala


Penerus Terkawal menggunakan tiristor sahaja. Perbezaan fungsinya ialah diod
mengkonduksikan arus apabila dipincang depan manakala tiristor yang
dipincang depan boleh dikawal pengkonduksiannya melalui picuan pada pintu.
Penerus tak terkawal akan membekalkan keluaran yang tetap untuk suatu
masukan arus-ulangalik. Penerus Separuh Terkawal menggunakan kombinasi
diod dan tiristor. Kedua-dua Penerus Terkawal dan Separuh Terkawal
membenarkan pelarasan voltan keluaran dengan pengawalan sudut picuan di
mana tiristor tersebut akan dihidupkan.

Jawapan 5-2

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AU-AT (PENERUS) E4140/UNIT 5/23

Semasa separuh kitar positif, iaitu 0<ω t<π, diod mengkonduksi dan
berkelakuan seperti satu suis tertutup (dengan beranggapan diod adalah unggul)
menyambungkan bekalan kepada beban (i.e. vo = v). Arus beban ialah io = vo/R,
dan disebabkan R adalah tetap, maka io dan vo mempunyai gelombang yang
sama. Pada masa separuh kitar negatif, diod berkelakuan seperti satu suis
terbuka dan tidak mengkonduksikan sebarang arus.

Jawapan 5-3

Sila rujuka rajah 5.3 di mukasurat 6.

Jawapan 5-4

Sila rujuka rajah 5.8 di mukasurat 14.

Jawapan 5-5

Tiristor S1 dan S2 dipincang depan pada separuh kitar positif voltan


masukan, dan tiristor S3 dan S4 dipincang depan pada separuh kitar negatif
voltan masukan. Katakan S1 dan S2 dipicu pada sudut α. Pada selang masa
pengkonduksian S1 dan S2, voltan keluaran adalah sama dengan voltan
masukan, vo = v. Arus beban io = vo/R mempunyai gelombang yang sama
dengan voltan keluaran vo. Maka arus yang melalui S1 dan S2 menjadi sifar pada
ω t = π, dan ia dimatikan. Tiristor S3 dan S4 dipicu pada π + α. Pada selang masa
pengkonduksian, bekalan masukan disambungkan kepada beban dan vo = -v.
Arus yang melalui S3 dan S4 menjadi sifar pada ω t = 2π dan ia dimatikan. Tiristor
S1 dan S2 dipicu lagi pada ω t = 2π + α dan S3 serta S4 dipicu lagi pada ω t = 3π +
α, dan proses ini berulang-ulang.

Jawapan 5-6

Sila rujuka rajah 5.10 di mukasurat 18.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/1

UNIT 6
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL)

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami jenis-jenis litar
penukaran–penukar AT-AT (Pemenggal)

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-


‰ Memahami konsep asas proses penukaran AT - AT.

‰ Menerangkan operasi litar Pemenggal Langkah –Turun (Step-down


Chopper),Pemenggal Langkah – Naik (Step – up Chopper) dan
Pemenggal Langkah – Turun dan Naik (Step – down and Step – up
Chopper).

‰ Melakarkan bentuk gelombang masukan dan keluaran bagi setiap


litar yang berkaitan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/2

INPUT

6.0 PENGENALAN

Pemenggal (Chopper) merupakan satu litar yang berfungsi untuk


menukarkan sumber Voltan bekalan A.T tetap kepada Voltan bekalan A.T
bolehubah.Untuk itu ianya bersesuaian digunakan bagi mengawal kelajuan motor
A.T.
Terdapat beberapa jenis litar Pemenggal di antara nya:-
a) Pemenggal Langkah-Turun (Step-down Chopper/Buck Converter).
b) Pemenggal Langkah-Naik (Step-up Chopper/Boost Converter).
c) Pemenggal Langkah-Turun dan Naik (Step-down and Step-up
Chopper/Buck-Boost Converter).

6.1 PEMENGGAL LANGKAH-TURUN(BUCK CONVERTER)

Gambarajah 6.1(a) menunjukkan satu litar asas bagi Pemenggal Langkah-


Turun (Buck Converter) yang disambungkan kepada satu beban motor a.t.
Dimana suis S boleh diwakili dengan salah satu daripada komponen berikut
iaitu,SCR ,GTO Tiristor,Transistor Kuasa ataupun Mosfet .

Merujuk kepada rajah 6.1(a) apabila suis S di tutupkan pada masa t = 0


,bekalan disambungkan kepada beban manakala Vo (Voltan keluaran ) pada
ketika itu bersamaan dengan voltan bekalan (V) dan pada masa yang sama juga
arus keluaran mula meningkat.Apabila suis S dibuka iaitu pada masa t = ton , arus
beban disalurkan melalui diod meroda bebas dan menjadikan Vo = 0.

Manakala t = T , suis S di tutup semula maka kitaran yang sama berulang


ianya akan berterusan selagi bekalan kuasa tidak diputuskan.Untuk itu keadaan ini
dapat ditunjukkan melalui gambarajah 6.1(b) gelombang bagi Voltan dan Arus
beban dan anggap arus beban tersebut mengalir secara berterusan manakala voltan
beban merupakan voltan bekalan yang telah dipenggal.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/3

Rajah 6.1 Litar Pemenggal Langkah-Turun


(a) Litar. (b) Gelombang (c) Vo melawan α.

Disamping itu untuk menentukan nilai Voltan purata pada keluaran ianya
dapat digambarkan dengan persamaan berikut :-
ton
Vo = --------- V
T

= αV

Dimana :
Ton = merupakan masa ketika pemenggal di aktifkan.
T = merupakan tempoh bagi pemenggal.
α = merupakan nisbah kerja (duty ratio) bagi pemenggal

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/4
Jika berdasarkan kepada persamaan diatas Voltan keluaran berubah secara
linear terhadap nilai α bagi pemenggal, rujuk rajah 6.1(c). Oleh sebab itu voltan
keluaran dapat dikawal dalam julat diantara 0 < Vo < V.Memandangkan
pengawalan voltan keluaran adalah lebih rendah daripada voltan bekalan maka
Pemenggal ini dikenali sebagai Pemenggal langkah – Turun (Buck Converter).

Selain itu terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira berdasarkan
kepada jenis komponen pensuisan yang digunakan dimana, jika suis S
menggunakan Tiristor GTO ,denyut get positif diperlukan bagi memastikan suis
berada dalam keadaan tutup dan sebaliknya.Jika suis tersebut merupakan
Transistor ,arus tapak diperlukan bagi memastikan Transistor dapat di aktifkan
,manakala jika SCR digunakan maka satu litar penukartertiban(commutation)
diperlukan bagi tujuan membuka suis tersebut.

Berkenaan dengan litar penukartertiban ,ianya mempunyai beberapa


bentuk dalam menghasilkan penukartertiban paksa(force commutation) bagi
SCR.Satu contoh litar yang dapat dijelaskan iaitu litar penukartertiban HITACHI
ini ditunjukkan dirajah 6.1(d).

Rajah 6.1(d) Litar penukartertiban bagi tujuan untuk melitar buka SCR.

Apabila Tiristor utama S dilitar tutup, kapasitor akan mula mengecas dan
seterusnya mengekalkan cas tersebut. Manakala untuk melitar buka tiristor S
ianya memerlukan Tiristor tambahan (SA) yang mana ianya di picukan dan ini
akan menghasilkan arus ayunan , dimana pada ketika separuh kitar positif arus
ayunan ini melalui kapasitor (C ) , Tiristor tambahan (SA) , dan aruhan (L), dan
pada ketika separuh kitar negatif arus ayunan melalui aruhan (L),diod(D1),suis(S)
dan Kapasitor(C ) .

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/5

Apabila berlakunya proses penukartertiban pada ketika arus ayunan berada


pada kitar negatif ,dimana arus tersebut mengalir dalam arah yang berlawanan
dengan arus beban yang ketika itu mengalir melalui suis S, yang mana
menghasilkan keadaan dimana nilai ic = io , ini akan mengakibatkan arus yang
melalui suis S akan menjadi kosong dan seterusnya menyebabkan suis S di litar
buka.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/6

AKTIVITI 6a

UJILAH KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG SETERUSNYA.

a) Apakah fungsi utama Pemenggal(Chopper) ?

b) Senaraikan 3 jenis Pemenggal.

c) Senaraikan komponen-komponen yang dapat digunakan sebagai suis


dalam litar Pemenggal.

d) Lukiskan Litar asas bagi Pemenggal jenis langkah-turun.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/7

MAKLUMBALAS 6a

Jawapan :

a) Fungsi utama Pemenggal adalah untuk menukarkan isyarat voltan A.T


tetap kepada isyarat voltan keluaran A.T bolehubah atau dilaras.

b) 3 jenis Pemenggal ialah


1) Pemenggal langkah-turun (Buck Converter).
2) Pemenggal Langkah-naik (Boost Converter).
3) Pemenggal Langkah-turun dan langkah-naik(Buck-Boost Converter).

c) Komponen yang boleh digunakan sebagai suis :


- SCR
- Tiristor GTO
- Transistor Kuasa
- MOSFET

d) Gambarajah litar asasbagi pemenggal

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/8

INPUT

6.2 PEMENGGAL LANGKAH-NAIK(BOOST CONVERTER)

Gambarajah litar 6.2(a) merupakan satu bentuk litar asas bagi Pemenggal
langkah-Naik(Boost Converter) dimana ianya bertujuan untuk menghasilkan
voltan keluaran yang lebih tinggi dan seterusnya dapat menampung beban yang
lebih besar.

Apabila Pemenggal tersebut di aktifkan ,aruhan L disambungkan secara


siri dengan sumber bekalan Voltan (V) dan ini akan menghasilkan VL = V.Pada
masa yang sama arus aruhan meningkat secara linear.Manakala apabila
pemenggal di litar buka ,arus aruhan dipaksa mengalir melalui diod dan juga
beban dengan ini akan mengakibatkan arus aruhan menurun secara linear.
Keadaan ini dapat ditunjukkan dalam gambarajah gelombang vo , iL dan vL dalam
rajah 6.2(b).

Disamping itu ianya juga dapat ditunjukkan dalam bentuk persamaan


berikut :-

Semasa ton

di I 2 - I1 ΔI
VL = V = L ----- = L --------- = L ------
dt ton ton

dimana V ton
ΔI = ------------
L

Semasa toff
I1 - I 2 ΔI
VL = V - Vo = L ------------- = -L------
toff toff

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/9
Berdasarkan kepada persamaan di atas :
Maka Voltan Keluaran :
Vton = ( Vo - V ) toff

V(ton + toff)
Vo = --------------------
toff

T
Vo = --------------------- V
T - ton

1
= -------------------- V
1 - α

Bagi nilai perubahan α ianya diantara julat 0 < α < 1, manakala voltan
keluaran berubah di antara julat V < Vo < α . Perubahan Vo terhadap nilai α dapat
di tunjukkan dalam gambarajah 6.2 ( c ) . Prinsip operasi Pemenggal ini
digunakan dalam proses memberhentikan pergerakan motor A.T.

Merujuk kepada rajah 6.2 (b) jika V mewakili voltan armatur bagi mesin
A.T dan Vo mewakili bekalan A.T ,kuasa yang dihasilkan dapat di suapbalik dari
menurunkan voltan motor kepada mengekalkan voltan keluaran dengan membuat
penyelarasan terhadap kitar kerja (α) . Diatas keupayaan ini lah ianya dikenali
sebagai Pemenggal Langkah –naik.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/10

Rajah 6.2 (a) Litar asas (b) Gelombang (c) Vo melawan α

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/11

AKTIVITI 6b

UJILAH KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG SETERUSNYA.

a) Buktikan persamaan Berikut :-

1
Vo = -------------------- V
1 - α

b) Lukiskan gambarajah gelombang keluaran bagi VO , iL dan VL .

c) Apakah perbezaan diantara Pemenggal langkah-turun berbanding dengan


pemenggal langkah-naik.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/12

MAKLUMBALAS 6b

Jawapan :

a) Semasa ton

di I 2 - I1 ΔI
VL = V = L ----- = L --------- = L ------
dt ton ton

V ton
Dimana ΔI = ------------
L

Semasa toff
I1 - I 2 ΔI
VL = V - Vo = L ------------- = -L------
toff toff

Berdasarkan kepada persamaan di atas :


Maka Voltan Keluaran :
Vton = ( Vo - V ) toff

V(ton + toff)
Vo = --------------------
toff

T
Vo = --------------------- V
T - ton

1
= -------------------- V
1 - α

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/13
Jawapan :

b)

c) Perbezaan utama diantara Pemenggal Langkah-turun dengan langkah –


naik .
- Penyelarasan Voltan A.T keluaran bagi Pemenggal langkah-
turun tidak melebihi daripada Voltan bekalan A.T
masukannya berbanding dengan Pemenggal langkah- naik
dimana Voltan keluaran A.T boleh dilaras melebihi daripada
Voltan masukannya .

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/14

INPUT

6.3 PEMENGGAL LANGKAH-TURUN DAN LANGKAH NAIK (BUCK-


BOOST CONVERTER)

Bagi Pemenggal langkah-turun dan langkah-naik ini ianya mampu


menghasilkan voltan beban keluaran yang rendah dan juga tinggi berbanding
dengan voltan bekalan yang diberikan. Gambarajah litar asasnya boleh dirujuk
pada rajah 6.3(a).

Apabila Pemenggal di aktifkan ,aruhan disambungkan kepada voltan


bekalan (V) dimana VL = V, dan pada masa yang sama arus aruhan meningkat
secara linear . Apabila Pemenggal di litar buka arus aruhan mengalir melalui
beban dan diod, pada masa yang sama voltan aruhan VL = - Vo ,dan keadaan ini
mengakibatkan arus aruhan menurun secara linear . Ini dapat ditunjukkan dalam
gambarajah gelombang Vo , iL dan VL pada rajah 6.3(b) , pada ketika itu polariti
bagi voltan keluaran adalah berlawanan terhadap voltan bekalan.

Jika berdasarkan kepada kendalian pemenggal ini maka dapat di wujudkan


persamaan berikut :-

Semasa ton

I2 - I 1 ΔI
VL = V = L ----------------- = L --------
ton ton

V
dimana ΔI = ----------- ton
L

Semasa toff = T - ton

I1 - I 2 ΔI
VL = - Vo = L ----------------- = - L -------
toff toff

Vo
dimana ΔI = -------------- toff
L

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/15

Dari persamaan di halaman 14 :

ton
Vo = ---------------------- V
toff

ton
= --------------------- V
T - ton

α
= ----------------------- V
1 - α
Bagi nilai α julatnya adalah di antara 0 < α < 1, manakala voltan keluaran
berubah dalam julat 0 < Vo < α .

Rajah 6.3 (a) Litar asas (b) Gelombang

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/16

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

a) Buktikan persamaan berikut :

α
Vo = ----------------------- V
1 - α

b) Lukiskan gambarajah graf ciri bagi Voltan keluaran (Vo) terhadap


Kitar kerja (α ).

c) Lukiskan gambarajah litar asas bagi Pemenggal Buck-Boost dan


gelombang keluaran daripada litar tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/17

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

a) Semasa ton
I2 - I 1 ΔI
VL = V = L ----------------- = L --------
ton ton

V
dimana ΔI = ----------- ton
L

Semasa toff = T - ton

I1 - I 2 ΔI
VL = - Vo = L ----------------- = - L -------
toff toff

Vo
dimana ΔI = -------------- toff
L

Dari persamaan di atas:

ton
Vo = ---------------------- V
toff

ton
= --------------------- V
T - ton

α
= ----------------------- V
1 - α

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/18

b) Gambarajah graf ciri bagi Vo terhadap α

c) Litar asas Pemenggal Buck-Boost dan gelombang keluaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AT (PEMENGGAL) E4140/UNIT 6/19

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/1

UNIT 7
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG)

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami jenis litar penukaran
penukar AT-AU (Penyongsang)

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-


‰ Memahami konsep asas proses penukaran AT - AU.

‰ Menerangkan operasi litar Penyongsang Voltan(VSI) dan Litar


Penyongsang arus(CSI)

‰ Melakarkan bentuk gelombang masukan dan keluaran bagi setiap


litar yang berkaitan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/2

INPUT

7.0 PENGENALAN

Penyongsang merupakan satu litar static yang digunakan bagi tujuan


menukarkan kuasa dari sumber A.T kepada kuasa sumber A.U pada spesifik nilai
voltan keluaran dan frekuansi. Memandangkan keupayaan litar ini , ianya banyak
digunakan dalam aplikasi Industri , di antara aplikasi penting yang dapat
disenaraikan iaitu :-

a) Pengawal Kelajuan bagi motor A.U.


b) Alat Kawalan Pemanas.
c) Unit Bekalan Tidak Terganggu (UPS)
d) Bekalan Kuasa Kapal Terbang.

Secara umumnya terdapat dua jenis Penyongsang iaitu Penyonsang Voltan


(Voltage Source Inverter) dan Penyongsang Arus (Current Source Inverter).Bagi
Penyongsang Voltan ,Isyarat masukan merupakan Voltan A.T manakala Isyarat
keluaran merupakan Voltan A.U yang berbentuk segiempat.Ini ditunjukkan
didalam rajah 7.0(a) ,manakala bagi penyongsang Arus ,arus masukan merupakan
A.T dan arus keluarannya merupakan arus A.U yang berbentuk segiempat ,dan ini
ditunjukkan didalam rajah 7.0(b).

Rajah 7.0(a) Penyongsang Voltan (VSI) (b) Penyongsang Arus (CSI)

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/3
7.1 PENYONGSANG VOLTAN (VOLTAGE SOURCE INVERTER)

Isyarat masukan bagi Penyongsang voltan merupakan satu sumber bekalan


voltan A.T yang tetap dari sumbernya ianya boleh jadi dari sumber bekalan bateri
ataupun dari litar penerus yang terkawal.Di mana didalam topik ini akan
dibicarakan berkenaan dengan Penyongsang satu fasa (Penyongsang bekalan
sadap tengah) dan juga Penyongsang tiga fasa, yang banyak digunakan didalam
Industri.

Selain itu komponen yang dapat digunakan sebagai alat pensuisan iaitu
Tiristor yang memerlukan litar penukartertiban , Tiristor GTO ataupun Transistor
Kuasa.

7.1.1 Penyongsang Voltan Satu Fasa

Didalam rajah 7.1.1(a) menunjukkan litar asas bagi Penyongsang


Voltan . Di mana bekalan A.T diambil daripada satu pengubah yang
mempunyai sadap tengah.Suis S1 dan S2 yang digunakan boleh terdiri
daripada SCR,Tiristor GTO,BJT atau MOSFET .Manakala diod D1 dan
D2 digunakan bagi tujuan proses suapbalik,terhadap tenaga beban reaktif.

Rajah 7.1.1(a) Litar asas Penyongsang Voltan Satu Fasa (b) Hasil gelombang
keluaran serta ig1 dan ig2 (c) Gelombang keluaran io dan vo.

Semasa separuh kitar positif Voltan keluaran , suis S1 berada


dalam keadaan litar tutup yang mana menghasilkan Vo = + V/2. Semasa
separuh kitar negatif suis S2 berada dalam keadaan litar tutup yang mana

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/4
menghasilkan Vo = - V/2 .Gambarajah gelombang 7.1.1(b) menunjukkan
gelombang denyut bagi ig1 dan ig2 ,serta voltan keluaran (Vo). Disini perlu
di ingatkan iaitu sementara salah satu daripada S1 dan S2 dalam keadaan
litar tutup maka yang satu lagi akan berada dalam keadaan litar buka.

Sebagai menambahkan kefahaman anda , satu contoh jika beban


yang disambung terhadap litar adalah beban reaktif ,ianya akan
menghasilkan keadaan dimana faktor beban yang mengekor(lagging).dan
seterusnya memberi kesan terhadap arus keluaran (io) dimana ianya turut
mempunyai sifat mengekor Voltan keluaran (Vo),Ini ditunjukkan didalam
rajah 7.1.1( c ) .

Jika berdasarkan kepada rajah 7.1.1(c ) dapat dijelaskan disini iaitu


pada ketika t berada diantara 0 < t < T/2 , vo berada pada nilai positif ini
disebabkan samada S1 atau D1 aktif pada ketika anjakan masa yang
berlaku. Walaubagaimana pun io adalah berada pada kedudukkan nilai
negatif semasa t berada diantara 0< t< t1 , untuk itu D1 mesti aktif pada
ketika perubahan tersebut.

Ketika io berada nilai positif, masa t berada diantara t1 < t < T/2
dan ini memerlukan suis S1 berada dalam litar tutup.Proses ini akan
berlaku secara berterusan dan berulang-ulang. Disamping itu diod
digunakan bagi tujuan suapbalik pada ketika voltan dan arus berada pada
kutub yang berlawanan.

7.1.2 Penyongsang Voltan Tertimbang

Merujuk kepada gambarajah 7.1.2(a) merupa litar asas bagi


penyongsang jenis tertimbang,dimana S1 dan S2 dipicu semasa pertama
separuh kitar manakala S3 dan S4 dipicu semasa kedua separuh kitar
daripada voltan keluaran.

Hasil daripada operasi litar tersebut ianya menghasilkan satu


bentuk gelombang voltan segiempat yang mempunyai nilai amplitud V ,ini
ditunjukkan didalam rajah 7.1.2(b) .Disamping itu perlu di ingatkan
bahawa faktor yang mempengaruhi frekuansi keluaran adalah berdasarkan
kepada frekuansi yang digunakan untuk tujuan picuan bagi suis-suis yang
digunakan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/5

Rajah 7.1.2(a) Litar asas Penyongsang Voltan Jenis Tertimbang (b) Gelombang
keluaran.

Contoh Pengiraan :

Merujuk kepada litar Penyongsang tertimbang satu fasa dalam


rajah 7.1.2(a) ,katakana arus beban Io = 540 sin (ωt – 45 0) dan sumber
bekalan A.T iaitu V = 300v.

a) Lukiskan gambarajah gelombang bagi vo , io dan is .Tentukan


kedudukkan io dan is pada ketika perubahan masa berlaku.
b) Tentukan arus purata dan kuasa yang telah dibekalkan.
c) Tentukan kuasa yang dibekalkan kepada beban.

Jawapan (a)

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/6
Jawapan (b)

1 ⌠π
Arus Purata (is) = Is = --- ⎪ 540 sin (ωt – 45 0) d (ωt)
π ⌡0

= 243.1 A

Ps = 300 x 243.1 = 72.93 kW

Jawapan (c )

Berdasarkan kepada Fourier siri bagi gelombang segiempat , nilai ppgd


dapat dibuktikan dengan persamaan berikut ;

4Vs 4 X 300
V01 = ---------- = ------------- = 270.14V
π√ 2 π√ 2

Kuasa keluaran = V01Io cos θ

540
= 270.14 X ------ cos 450
√2

= 72.93 kW

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/7

AKTIVITI 7a

UJILAH KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG SETERUSNYA.

a) Apakah fungsi utama litar Penyongsang.

b) Senaraikan aplikasi litar penyongsang didalam industri.

c) Senaraikan dua jenis Penyongsang.

d) Lukiskan gambarajah litar Penyongsang satu fasa serta gelombang keluarannya.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/8

MAKLUMBALAS 7a

a) Fungsi utama litar Penyongsang adalah untuk menukarkan isyarat/voltan A.T


kepada isyarat/voltan A.U serta frekuansi yang tertentu.

b) Aplikasi litar Penyongsang dalam industri adalah seperti berikut :


1) Pengawal kelajuan motor a.u.
2) Bekalan kuasa Kapal Terbang.
3) Sistem UPS bagi Komputer.

c) Dua jenis Penyongsang :


1) Penyongsang Voltan.
2) Penyongsang Arus.

d) Gambarajah Litar Penyongsang satu fasa dan gelombang keluaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/9

INPUT

7.2 PENYONGSANG VOLTAN TIGA FASA

Merujuk kepada litar asas penyongsang satu fasa yang mana telah
digabungkan menjadi satu litar tertimbang penyongsang tiga fasa ,litar asas ini
dapat dilihat didalam rajah 7.2(a) . Disamping itu beban yang digunakan ,
disambung dalam bentuk bintang , manakala picuan pula diberikan berdasarkan
kepada anjakan sudut sebanyak 1200 .Selain itu Voltan bagi setiap fasa
diwakilkan dengan VAO , VBO dan VCO ini ditunjukkan didalam rajah 7.2(b).

Apabila suis S1 dipicukan pada masa ωt = 0 , fasa A disambungkan


kepada talian positif pada sumber bekalan A.T yang menghasilkan VAO =
V/2.Manakala S4 di picu pada ketika ωt = π , fasa A disambungkan kepada talian
negatif pada sumber bekalan A.T yang menjadikan VAO = - V/2. Gelombang dan
nilai bagi VBO dan VCO adalah sama seperti VAO Cuma ianya dipisahkan pada
diantara satu sama lain pada sudut 1200 .

Untuk itu bagi menentukan nilai voltan talian yang berkaitan dengan
voltan fasa,ianya dapat ditunjukkan dengan persamaan berikut :
VAB = VAO - VBO
VBC = VBO - VCO
VCA = VCO - VAO

Untuk memudahkan kefahaman anda sila rujuk gambarajah yang berkaitan


dengan gelombang talian pada rajah 7.2(b).dimana bentuk gelombang voltan yang
dihasilkan adalah dalam bentuk segiempat kuazi selain itu mempunyai ciri – ciri
gelombang enam langkah dan mempunyai lebar denyutnya 120 0 .

Bagi menentukan voltan fasa ianya boleh digambarkan dalam bentuk


persamaan berikut :
VAO = VAN + VNO
VBO = VBN + VNO
VCO = VCN + VNO
Bagi memastikan sistem ini beroperasi dalam keadaan seimbang ianya
perlu memastikan : VAN + VBN + VCN = 0.

Jika merujuk kepada persamaan di atas :


VAO + VBO + VCO
VNO = -------------------------------------------------
3

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/10

Rajah 7.2(a) Litar asas Penyongsang Tiga fasa (b) gelombang keluaran

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/11

Untuk itu gambarajah gelombang bagi voltan diantara beban dengan


neutral dan bekalan dengan neutral dapat di tunjukkan pada rajah 7.2(b) .Voltan
berubah sebanyak tiga kali bergantung kepada frekuansi yang digunakan .

Memandangkan perubahan voltan ini berlaku dalam tempoh tiga kali


perubahan maka voltan beban fasa dapat ditentukan melalui persamaan berikut.

VAN = VAO – VNO = 2/3(VAO) - 1/3 (VBO + VCO )


VBN = VBO – VNO = 2/3(VBO) - 1/3 (VAO + VCO )
VCN = VCO - VNO = 2/3(VCO) - 1/3 (VAO + VBO )

Untuk melihat gelombang voltan keluaran bagi voltan voltan beban fasa
,ianya ditunjukkan dalam rajah 7.2(b) , sebagai menambahkan kefahaman anda
,sebagai contoh jika di ambil nilai (VAN) bentuk gelombang terhasil daripada
pengoperasian litar adalah bentuk gelombang enam langkah,bagi voltan beban
fasa yang lain adalah sama juga Cuma ianya dibezakan berdasarkan kepada beza
fasa yang digunakan ,dalam contoh ini iaitu 1200 atau dengan lain perkataan
beban yang seimbang.Selain itu pada rajah yang sama juga ada ditunjukkan
bentuk gelombang arus yang telah dihasilkan.
Contoh Pengiraan
Satu bekalan A.T iaitu 600V dibekalkan kepada satu litar Penyonsang
tertimbang tiga fasa. Tentukan nilai ppgd bagi voltan talian dan voltan fasa pada
beban.

Penyelesaian

VL = √ 2/3 X 600 = 0.8165 X 600 = 489.9 V


VP=[ 1/π [ (V/3)2 x π /3 + (2/3 V )2 x π/3 + (V/3)2 x π/3 ] ] ½

= V/3 (1/3 + 4/3 + 1/3 )1/2

=V√2
-------
3
= 600√2
---------
3
= 282.84V

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/12

AKTIVITI 7b

UJILAH KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG SETERUSNYA.

a) Satu bekalan A.T iaitu 400V dibekalkan kepada satu litar Penyongsang
tertimbang tiga fasa . tentukan nilai ppgd bagi voltan talian dan voltan fasa pada
beban.

b) Lukiskan gambarajah litar Penyongsang tertimbang tiga fasa.

c) Lengkapkan persamaan berikut :

VAB = ……………………………….
VBC = ……………………………….
VCA = ……………………………….

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/13

MAKLUMBALAS 7b

a) VL = √ 2/3 X 400 = 0.8165 X 400 = 326.5V


VP=[ 1/π [ (V/3)2 x π /3 + (2/3 V )2 x π/3 + (V/3)2 x π/3 ] ] ½

= V/3 (1/3 + 4/3 + 1/3 )1/2

=V√2
-------
3
= 400√2
---------
3
= 188.56V

b)

c) VAB = VAO - VBO


VBC = VBO - VCO
VCA = VCO - VAO

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/14

INPUT

7.3 PENYONGSANG ARUS (CURRENT SOURCE INVERTER)

Bagi Penyongsang Arus ianya memerlukan sumber arus terus yang stabil
bagi tujuan isyarat masukan ,disamping untuk menghasilkan Arus keluaran A.U
yang stabil dan tetap . Bagi memastikan keadaan ini dapat dihasilkan aruhan
digunakan didalam litar nya. Dimana komponen aruhan tersebut disambungkan
secara siri pada punca masukan litar.

Pada rajah 7.3(a) berikut ditunjukkan litar asas bagi penyongsang arus tiga
fasa yang mana menggunakan tiristor sebagai komponen pensuisan.Selain itu juga
dipaparkan gambarajah gelombang bagi isyarat masukan dan juga isyarat
keluaran pada rajah 7.3(b) .

Merujuk kepada gambarajah litar 7.3(a) tiristor yang digunakan sebagai


suis dipicu pada sudut 1200,manakala kapasitor (C1 hingga C6) dan juga diod (D1
hingga D6) digunakan sebagai penukartertib . Dalam memahami akan kendalian
litar ini setiap tiristor diwakilkan dengan nombor-nombor yang tersendiri iaitu S1
hingga S6 dan ianya dipicu berdasarkan kepada turutan nombor tersebut.

Apabila tiristor dipicukan maka ianya di aktifkan mengikut kumpulan


dimana kumpulan pensuisan tersebut terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kumpulan
atas terdiri daripada S1,S3 dan S5 dan kumpulan bawah terdiri daripada S2,S4
dan S6.

Sebagai contoh jika S1 dan S2 diaktifkan arus masukan (I) akan mengalir
melalui S1,D1,beban fasa A ,beban fasa C, D2,S2 dan balik semula kepunca
bekalan. Pada masa yang sama kapasitor C1 akan dicaskan mengikut polariti. Jika
S3 dipicukan ,C1 disambungkan melintangi S1 dan seterusnya dipindahkan
kepada S3, kemudian arus tersebut akan mengalir melalui S3,D3,beban fasa B
,beban fasa C ,D2,S2 dan seterusnya balik semula kepunca masukan. Untuk itu
diod berperanan untuk mengekalkan cas didalam kapasitor,jika tiada diod ianya
akan mengakibatkan kapasitor membuang cas melalui dua beban fasa pada masa
yang sama.

Bagi penyongsang arus ini komponen yang sering digunakan bagi


melaksanakan operasi suis iaitu Tiristor GTO,IGBT ataupun MOSFET.
Gambarajah gelombang bagi arus iA , iB dan iC ditunjukkan didalam rajah 7.3
(b).Manakala operasi litar buka dan litar tutup bagi suis S1-S6 dikawal oleh
voltan get atau arus get yang dibekalkan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/15

Rajah 7.3(a) Litar asas Penyongsang Arus (b) Gelombang bagi setiap isyarat yang
digunakan.

Bank kapasitor yang disambungkan pada litar adalah berfungsi sebagai :


a) Untuk membantu proses penukartertiban pada ketika perubahan masa
pensuisan.
b) Sebagai penapis bagi arus yang berharmonik.
c) Untuk mengurangkan kesan voltan lebihan agar ianya menjadi lebih stabil.

Disamping itu bagi menghasilkan arus sumber yang boleh dilaraskan


ianya bergantung kepada sumber bekalan voltan yang boleh dilaras ataupun
melalui voltan keluaran daripada penerus yang terkawal dan seterusnya
menstabilkan arus pada nilai yang telah disetkan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/16

Kelebihan Penyongsang arus ialah pada ketika terminal keluaran berada


dalam keadaan terpintas ,arus tidak akan terus meningkat secara drastik ini adalah
disebabkan oleh kesan pengaturan arus pada terminal masukan.

Manakala kelemahannya jika beban yang digunkan adalah mesin A.U


,contohnya seperti motor aruhan, ianya akan mengakibatkan kesan dayakilas yang
terganggu dan tidak stabil pada kadar kelajuan rendah, untuk itu Unit lebar denyut
modulasi (PWM) dapat digunakan bagi mengurangkan kesan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/17

AKTIVITI 7c

UJILAH KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG SETERUSNYA.

a) Apakah fungsi litar Penyongsang Arus.

b) Lukiskan gambarajah litar Penyongsang Arus.

c) Terangkan fungsi bank kapasitor yang disambungkan kepada litar tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/18

MAKLUMBALAS 7c

a) Fungsi litar Penyongsang Arus adalah untuk menukar bekalan arus A.T kepada
arus A.U .

b)

c) Fungsi bank kapasitor yang disambungkan pada litar adalah :


1) Untuk membantu proses penukartertiban pada ketika perubahan masa
pensuisan.
2) Sebagai penapis bagi arus yang berharmonik.
3) Untuk mengurangkan kesan voltan lebihan agar ianya menjadi lebih stabil.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/19

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

a) Lukiskan gambarajah litar Penyongsang Voltan Tertimbang dan


gelombang keluaran.

b) Satu Litar Penyongsang Voltan tertimbang ,mempunyai arus beban

IO = 540 sin (ωt – 450 ) dan voltan bekalan A.T (V) = 200V.

1) Lukiskan gambarajah gelombang bagi VO , IO dan IS .


2) Tentukan arus purata bagi IS dan kuasa PS dari sumber bekalan
A.T.
3) Tentukan kuasa yang diterima oleh beban.

c) Lukiskan gambarajah gelombang setiap isyarat keluaran dari satu litar


Penyongsang Voltan tiga fasa.

d) Lukiskan gambarajah gelombang setiap isyarat keluaran dari satu litar


Penyongsang arus tiga fasa.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/20

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

a)

b) 1)

2) 1 ⌠π
Arus Purata (is) = Is = --- ⎪ 540 sin (ωt – 45 0) d (ωt)
π ⌡0

= 243.1 A

Ps = 200 x 243.1 = 48.6 kW

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/21

3) Berdasarkan kepada Fourier siri bagi gelombang segiempat , nilai ppgd


dapat dibuktikan dengan persamaan berikut ;

4Vs 4 X 200
V01 = ---------- = ------------- = 180.18V
π√ 2 π√ 2

Kuasa keluaran = V01Io cos θ

540
= 180.18 X ------ cos 450
√2

= 48.6 kW

c)

http://modul2poli.blogspot.com/
PENUKAR AT-AU (PENYONGSANG) E4140/UNIT 7/22

d)

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/1

UNIT 9
LITAR BEKALAN KUASA
MENGGUNAKAN LITAR INTEGRASI (IC)

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami kendalian litar bekalan
kuasa AT positif dan negatif yang menggunakan
litar bersepadu (IC).

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

‰ mengenalpasti sambungan asas dan menerangkan kendalian litar pengatur


voltan positif tetap dan negatif tetap.

‰ Membuat pengiraan yang berkaitan dengan litar pengatur voltan positif


tetap dan negatif tetap.

‰ mengenalpasti sambungan asas dan menerangkan kendalian litar pengatur


voltan boleh-ubah.

‰ Membuat pengiraan yang berkaitan dengan litar pengatur voltan boleh-


ubah.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/2

INPUT

9.0 PENGENALAN

Pengatur voltan merangkumi satu kelas litar bersepadu yang digunakan


secara meluas di dalam industri. Unit-unit pengatur voltan litar bersepadu
mengandungi litar-litar untuk bekalan rujukan, penguat pembanding, peranti
pengawal dan perlindungan beban lampau, semuanya di dalam satu litar
bersepadu. Unit-unit litar bersepadu ini memberikan pengaturan untuk voltan
positif tetap, voltan negatif tetap dan set voltan boleh-ubah.

Satu bekalan kuasa boleh dibina dengan menggunakan satu pengubah


yang disambungkan ke bekalan kuasa A.U. untuk menurunkan voltan kepada nilai
yang dikehendaki, kemudian penukaran dari A.U. ke A.T. dilakukan dengan
menggunakan litar penerus, seterusnya melakukan penapisan dengan
menggunakan pemuat atau penapis RC, dan akhirnya, pengaturan dilakukan ke
atas voltan A.T. tersebut dengan menggunakan pengatur voltan litar bersepadu.

Pengoperasian pengatur voltan boleh dipilih berdasarkan arus beban dari


julat beberapa ratus miliampiar (mA) ke puluhan ampiar (A), bersesuaian dengan
kadaran kuasa daripada miliWatt (mW) kepada puluhan Watt (W).

9.1 PENGATUR VOLTAN TIGA-TERMINAL

Rajah 9.1 menunjukkan sambungan asas untuk pengatur voltan tiga-


terminal kepada satu beban tetap.

Arus beban
IN OUT ID
+
Pengatur
Voltan Voltan Voltan +
masukan keluaran
tidak teratur GND teratur Beban
(unregulated), (regulated),
Vm Vo

Rajah 9.1 Perwakilan blok untuk pengatur voltan tiga-terminal.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/3

Pengatur tersebut mempunyai voltan masukan A.T., Vm, yang tidak teratur
(unregulated) disambungkan kepada terminal masukan, satu voltan keluaran A.T.,
Vo, yang teratur (regulated) daripada terminal keluaran dan terminal yang ketiga
dibumikan.

9.1.1 Pengatur Voltan Positif Tetap

1 2
+ IN OUT +
7812
Vm Vo
C1 GND C2
− −
3

Rajah 9.2 Sambungan untuk pengatur voltan 7812.

Pengatur siri 78 membekalkan voltan teratur daripada julat 5


hingga 24V. Rajah 9.2 menunjukkan bagaimana satu pengatur 7812
disambungkan untuk membekalkan voltan keluaran yang teratur bernilai
+12V A.T. Suatu voltan masukan, Vm, yang tidak teratur ditapis oleh
pemuat C1 dan disambungkan kepada terminal masukan litar bersepadu.
Terminal keluaran litar bersepadu membekalkan voltan +12V yang teratur
dan ditapis oleh pemuat C2 (untuk menapis sebarang hingar frekuensi
tinggi). Manakala terminal yang ketiga disambungkan ke bumi (GND).
Walaupun nilai voltan masukan boleh berubah dalam julat yang
dibenarkan, dan beban keluaran juga boleh berubah dalam julat yang
dibenarkan, nilai voltan keluaran kekal tetap di dalam julat variasi yang
telah dispesifikasikan. Julat-julat untuk pengatur voltan litar bersepadu
positif tetap boleh dilihat seperti dalam Jadual 9.1.

Output
Common
Input

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/4

Jadual 9.1 Pengatur Voltan Positif Siri 7800

Komponen Voltan Keluaran (V) Minimum Vi (V)


7805 +5 7.3
7806 +6 8.3
7808 +8 10.5
7810 +10 12.5
7812 +12 14.6
7815 +15 17.7
7818 +18 21.0
7824 +24 27.1

9.1.2 Pengatur Voltan Negatif Tetap

1 2
− IN OUT −
79XX
Vm Vo
C1 GND C2
+ +
3

Rajah 9.3 Sambungan untuk pengatur voltan 79XX.

Pengatur litar bersepadu siri 7900 membekalkan pengaturan voltan


negatif, sama seperti yang membekalkan voltan positif (sila rujuk rajah
9.3). Satu senarai litar bersepadu pengatur voltan negatif ditunjukkan di
dalam jadual 9.2. Seperti yang ditunjukkan, pengatur litar bersepadu
terdapat dalam beberapa julat voltan negatif. Litar bersepadu yang
berkenaan akan membekalkan voltan keluaran selagi voltan masukan
ditetapkan melebihi nilai voltan masukan minimum. Sebagai contoh,
pengatur 7912 akan membekalkan keluaran –12 V selagi masukan kepada
litar bersepadu pengatur adalah lebih negatif daripada –14.6 V.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/5

Jadual 9.2 Pengatur Voltan Negatif Siri 7900

Komponen Voltan Keluaran (V) Minimum Vi (V)


7905 −5 −7.3
7906 −6 −8.4
7908 −8 −10.5
7909 −9 −11.5
7912 −12 −14.6
7915 −15 −17.7
7918 −18 −20.8
7924 −24 −27.1

Contoh 1

Sambungan untuk satu pengatur voltan 7812 di dalam satu bekalan kuasa yang
lengkap adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 9.4 di bawah.

VIN VOUT
25.46 V
+12V

1 kitar

1 2
IN OUT +
7812

GND
Vo = +12V
470μF 3 0.01μF
120 Vrms

18 Vrms
(separuh kitar)

Rajah 9.4 Bekalan Kuasa +12V.

Voltan talian A.U. (120 Vrms) diturunkan kepada 18Vrms setiap


separuh kitar oleh pengubah sadap tengah (center-tapped). Seterusnya,
satu penerus gelombang penuh dan pemuat penapis akan menghasilkan
voltan A.T. tidak teratur (unregulated) bernilai anggaran 22 V, dengan
riak beberapa volt sebagai masukan kepada pengatur voltan. Litar
bersepadu 7812 kemudiannya akan menghasilkan voltan keluaran +12V
A.T. yang teratur (regulated).

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/6

Contoh 2

Untuk satu keluaran pengubah bernilai 15V dan satu pemuat penapis 250μF,
kirakan nilai voltan masukan minimum yang diperlukan untuk membekalkan arus
400mA kepada beban.

Penyelesaian

Nilai voltan melintangi pemuat penapis adalah


2.4 Idc 2.4(400)
Vr(peak) = √3 Vr(rms) = √3 C = √3 250 = 6.65V

Vdc = Vm – Vr(peak) = 15V – 6.65V = 8.35V

Memandangkan voltan masukan berubah sekitar nilai arus terus tersebut, maka
nilai voltan masukan boleh menjadi serendah

Vi(low)= Vdc – Vr(peak) = 15V – 6.65V = 8.35V

Memandangkan nilai voltan ini adalah lebih besar daripada yang diperlukan oleh
pengatur IC (Jadual 1 Vi = 7.3V), maka pengatur mampu voltan yang teratur
kepada beban tersebut.

Contoh 3

Kirakan nilai maksimum untuk arus beban yang dapat mengekalkan pengaturan
untuk litar dalam rajah 3.

Penyelesaian

Untuk mengekalkan Vi(min) > 14.6 V,

Vr(peak) < Vm – Vi(min) = 18 V – 14.6 V = 3.4 V


Vr(peak) 3.4 V
supaya Vr(rms) = = = 1.97 V
√3 1.73
Nilai untuk arus beban
Vr(rms)C (1.97 V)(470μ)
Idc = = = 385 μA
2.4 2.4
Sebarang arus yang melebihi nilai ini akan menyebabkan pengatur gagal
mengekalkan keluaran pada +12V.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/7

AKTIVITI 9a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

9.1 Sebutkan empat (4) litar asas yang terdapat di dalam satu litar integrasi pengatur
voltan.

9.2 Lukiskan gambarajah blok yang menunjukkan sambungan pengatur tiga-terminal.

9.3 Lukiskan satu bekalan kuasa menggunakan satu penerus tetimbang gelombang-
penuh, pemuat penapis, dan pengatur litar bersepadu (IC) untuk menghasilkan
keluaran +5V.

9.4 Kirakan nilai maksimum untuk arus beban yang dapat mengekalkan pengaturan
untuk litar dalam soalan 9.3.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/8

MAKLUMBALAS 9a

9.1.1 Empat (4) litar asas

i. sumber rujukan
ii. penguat pembanding
iii. peranti pengawal
iv. perlindungan beban lampau

9.2 Arus beban


IN OUT ID
+
Pengatur
Voltan Voltan Voltan +
masukan keluaran
tidak teratur GND teratur Beban
(unregulated), (regulated),
Vm Vo

9.3

Vm = 15V
1 2
IN OUT
7805
+

+ GND 0.01μF
120 Vrms C= Vo = 5V
3
250μF

9.4 IL = Idc = 458 mA

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/9

INPUT

9.1.3 Pengatur Voltan Boleh Laras

Pengatur voltan juga boleh didapati dalam litar konfigurasi yang


membenarkan pengguna menentukan nilai voltan keluaran yang
dikehendaki. Litar bersepadu LM317, sebagai contoh, boleh berkendali
dengan voltan keluaran teratur (regulated) pada sebarang julat voltan
daripada 1.2V hingga 37V. Rajah 9.5 menunjukkan bagaimana voltan
keluaran litar bersepadu LM317 boleh dilaraskan.

Perintang R1 dan R2 akan menentukan voltan keluaran pada


sebarang nilai di dalam julat yang boleh dilaraskan (1.2V hingga 37V).
Voltan keluaran boleh dikira menggunakan

R2
Vo = Vref ( 1 + ) + Iadj R2
R1

Dengan nilai-nilai tipikal litar bersepadu Vref = 1.25 V dan


Iadj = 100μA

+ VIN VOUT +
I1
LM 317
Vref R1
ADJ
VIN
VOUT
IADJ

R2

− −

Rajah 9.5 Sambungan untuk pengatur voltan boleh laras LM317.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/10

Contoh 4

Kirakan nilai voltan keluaran pada litar dalam rajah 4 dengan nilai R1 = 240Ω dan
R2 = 2.4kΩ.

Penyelesaian
2.4kΩ
Vo = 1.25V ( 1 + 240Ω ) + (100μA)(2.4kΩ)

= 13.75 V + 0.24 V

= 13.99V

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/11

AKTIVITI 9b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

9.5 Terangkan dengan ringkas apakah perbezaan di antara pengatur voltan tetap
dengan pengatur voltan boleh ubah?

9.6 Tentukan nilai voltan keluaran untuk litar di dalam rajah 9.6.

D1

1N4002
• • • IN OUT • • • ° Vo
LM317 R1
+ D2
120 Vrms ADJ 1N4002 240Ω C1
C=
470μF • • •
R2
+ C=
1.8kΩ
470μF

Rajah 9.6 pengatur voltan positif boleh-ubah

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/12

MAKLUMBALAS 9b

9.5 Pengatur voltan tetap menghasilkan voltan keluaran yang tetap di antara 5V ke
24V manakala pengatur voltan boleh-ubah menghasilkan voltan keluaran yang
boleh-ubah bergantung kepada perintang R1 dan R2 yang mampu memberikan
julat voltan dari 1.2V sehingga 37V.

9.6 1.8kΩ
Vo = 1.25V ( 1 + 240Ω ) + (100μA)(1.8kΩ)

≈ 10.8 V

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/13

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba
semoga berjaya!!!!

SOALAN 9-1

i. Lukiskan satu litar bekalan kuasa yang mengandungi bahagian pengubah, penerus
gelombang penuh jenis tetimbang, penapis pemuat dan pengatur voltan untuk
membekalkan +12V.

ii. Kirakan nilai voltan masukan minimum untuk satu penerus gelombang penuh dan
rangkaian penapis pemuat di dalam rajah 9.7 di bawah apabila arus beban adalah
250mA.

IL = 250 mA
20 Vrms
C
500μF

Rajah 9.7

iii. Kirakan nilai maksimum untuk arus beban yang dapat mengekalkan pengaturan
untuk litar dalam rajah 9.8.

Vm = 12V
1 2
IN OUT
7805
+

+ GND 0.01μF
C= Vo = 5V
3
200μF

Rajah 9.8

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/14
SOALAN 9-2

i. Kirakan nilai voltan keluaran pada litar dalam rajah 4 dengan nilai R1 = 240Ω dan
R2 = 1.8kΩ.

ii. Tentukan nilai voltan keluaran untuk litar di dalam rajah 9.9.

D1

15 Vrms 1N4002
• • • IN OUT • • • ° Vo
LM317 R1
+ D2
ADJ 1N4002 220Ω C1
C=
330μF • • •
R2
+ C=
1.5kΩ
20μF

Rajah 9.9 pengatur voltan positif boleh-ubah

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 9/15

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 9-1

i.

1 2
IN OUT
7812
+

+ GND C
C Vo = 12V
3

ii. Vi(low) = 17.92 V

iii. IL = Idc = 225.8 μA

Jawapan 9-2

i. Vo = 10.81 V

ii. Vo = 9.92 V

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/1

UNIT 10
LITAR BEKALAN KUASA
MENGGUNAKAN TRANSISTOR

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami kendalian litar bekalan
kuasa AT positif dan negatif yang menggunakan
transistor.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

‰ mengenalpasti sambungan asas dan menerangkan kendalian litar pengatur


voltan siri yang mudah

‰ membuat pengiraan yang berkaitan dengan litar pengatur voltan siri

‰ mengenalpasti sambungan asas dan menerangkan kendalian litar pengatur


voltan pirau/selari yang mudah

‰ membuat pengiraan yang berkaitan dengan litar pengatur voltan


pirau/selari

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/2

INPUT

10.0 PENGENALAN

Terdapat dua jenis Pengatur Voltan Transistor iaitu pengatur voltan siri
dan pengatur voltan selari. Setiap jenis litar mampu menghasilkan voltan keluaran
AT yang teratur (regulated) dan kekal pada satu nilai yang ditetapkan walaupun
nilai voltan masukan berubah atau nilai beban pada keluaran berubah.

10.1 PENGATUR VOLTAN SIRI

Sambungan asas untuk satu litar pengatur voltan siri adalah seperti yang
ditunjukkan oleh gambarajah blok dalam rajah 10.1.

Elemen
Vi VO
pengawal
(unregulated (regulated
input) output)
Litar
sampelan

Voltan Litar
rujukan pembanding

Rajah 10.1 Gambarajah blok untuk pengatur siri.

Element pengawal siri akan mengawal nilai voltan masukan yang


dibenarkan pada keluaran. Voltan keluaran akan disampelkan oleh satu litar yang
membekalkan voltan suapbalik yang akan dibandingkan dengan voltan rujukan.

1. Sekiranya voltan keluaran bertambah, litar pembanding akan


menghasilkan satu isyarat kawalan yang akan membolehkan elemen
pengawal siri bertindak untuk mengurangkan nilai voltan keluaran,
seterusnya mengekalkan nilai voltan keluaran.

2. Sekiranya voltan keluaran menyusut, litar pembanding akan menghasilkan


satu isyarat kawalan yang akan membolehkan elemen pengawal siri
bertindak untuk menaikan nilai voltan keluaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/3

10.1.1 Litar Pengatur Voltan Siri

Satu litar pengatur siri yang asas ditunjukkan dalam rajah 10.2.
Transistor Q1 adalah elemen pengawal siri dan diod Zener DZ
membekalkan voltan rujukan. Operasi pengaturan boleh dijelaskan seperti
berikut:

Q1
Vi VO
(unregulated (regulated
input) R output)

RL

VZ

Rajah 10.2 Litar pengatur voltan siri.

1. Sekiranya voltan keluaran menyusut, penambahan dalam voltan tapak-


pengeluar akan menyebabkan transistor Q1 untuk mengkonduksikan lebih
nilai arus yang akan menaikan nilai voltan keluaran dan seterusnya akan
mengekalkan voltan keluaran.

2. Sekiranya voltan keluaran bertambah, pengurangan dalam voltan tapak-


pengeluar akan menyebabkan transistor Q1 untuk mengkonduksikan
kurang nilai arus yang akan mengurangkan nilai voltan keluaran dan
seterusnya akan mengekalkan voltan keluaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/4

Contoh 1

Kirakan voltan keluaran dan arus pada diod zener untuk litar pengatur rajah 10.3
di bawah.
Q1 (β = 50)
Vi Vo
20V (regulated)
(unregulated) R
220Ω
RL
1kΩ
VZ
12V

Rajah 10.3 Litar pengatur voltan siri

Penyelesaian
Vo = VZ – VBE = 12 V – 0.7 V = 11.3 V
VCE = Vi – Vo = 20 V – 11.3 V = 8.7 V
20V – 12V
IR = = 36.4 mA
220Ω
RL = 1kΩ,
Vo 11.3 V
IL = = = 11.3 mA
RL 1 kΩ
IC 11.3 mA
IB = = = 226 μA
β 50
IZ = IR – IB = 36.4 mA – 226 μA ≈ 36 mA

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/5

AKTIVITI 10a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

10.1 Lukiskan gambarajah blok sambungan asas untuk satu pengatur voltan siri.

10.2 Berdasarkan gambarajah blok sambungan asas pada soalan 10.1, terangkan
bagaimana pengatur tersebut beroperasi dalam pengaturan voltan.

10.3 Kirakan voltan keluaran dan arus pada diod zener di dalam litar pengatur voltan
rajah 10.4 yang berikut:

Q1 (β = 100)
Vi Vo
15V (regulated)
(unregulated) R
1.8kΩ
RL
2kΩ
VZ
8.3V

Rajah 10.4 Litar pengatur voltan siri

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/6

MAKLUMBALAS 10a

10.1
Elemen
Vi VO
pengawal
(unregulated (regulated
input) output)
Litar
sampelan

Voltan Litar
rujukan pembanding

10.2 Sekiranya voltan keluaran bertambah, litar pembanding akan menghasilkan satu
isyarat kawalan yang akan membolehkan elemen pengawal siri bertindak untuk
mengurangkan nilai voltan keluaran, seterusnya mengekalkan nilai voltan
keluaran.

Sekiranya voltan keluaran menyusut, litar pembanding akan menghasilkan satu


isyarat kawalan yang akan membolehkan elemen pengawal siri bertindak untuk
menaikan nilai voltan keluaran.

10.3 Vo = 7.6 V
IZ ≈ 3.68 mA

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/7

INPUT

10.2 PENGATUR VOLTAN PIRAU / SELARI


(SHUNT VOLTAGE REGULATOR)

Pengatur voltan selari membekalkan pengaturan dengan memiraukan arus


daripada beban untuk mengawal voltan keluaran. Rajah 10.5 menunjukkan
gambarajah blok untuk suatu pengatur voltan selari.

ISH + IL
RS
Vi VO
ISH
Isyarat IL
Elemen kawalan
pengawal Litar RL
sampelan (beban)
Voltan Litar
rujukan pembanding Isyarat
suapbalik

Rajah 10.5 Gambarajah blok untuk pengatur voltan selari.

Voltan masukan Vi, yang tidak teratur (unregulated) membekalkan arus


kepada beban. Sebahagian daripada arus akan dikeluarkan oleh element pengawal
dalam usaha untuk mengekalkan voltan keluaran melintangi beban. Sekiranya
voltan beban berubah disebabkan oleh perubahan rintangan beban, litar sampelan
akan membekalkan isyarat suapbalik kepada pembanding yang seterusnya akan
membekalkan isyarat kawalan untuk mengawal kadar pengambilan arus oleh
beban. Sebagai contoh, sekiranya voltan keluaran bertambah, litar sampelan akan
membekalkan isyarat suapbalik kepada pembanding yang kemudiannya akan
membekalkan isyarat kawalan untuk mengurangkan pengambilan arus beban
supaya nilai voltan boleh dikekalkan.

10.2.1 Litar Pengatur Voltan Pirau / Selari

Satu litar pengatur voltan selari yang asas ditunjukkan dalam rajah
10.6. Perintang RS digunakan untuk mengurangkan voltan tidak teratur
(unregulated) yang disalurkan kepada beban bergantung kepada nilai arus
yang diperlukan oleh beban, RL. Voltan melintangi beban akan ditentukan
oleh voltan pada diod zener dan voltan pada tapak-pengeluar transistor.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/8
Sekiranya, rintangan beban menyusut, ia akan menyebabkan arus tapak
transistor Q1 turut menyusut, seterusnya menyebabkan arus pemungut
transistor turut berkurangan. Ini akan menyebabkan peningkatan nilai arus
beban yang akan mengekalkan nilai voltan melintangi beban. Maka voltan
keluaran pada beban diberi oleh

VL = VZ + VBE

+ RS + +

Vi VZ IC
IB
(unregulated VL
input) RL
+
VBE Q1
− −
Pengatur Selari

Rajah 10.6 Pengatur voltan selari transistor.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/9
Contoh 2

Kirakan voltan keluaran dan arus litar untuk litar pengatur selari rajah 10.7 yang berikut:
IS

+ RS = 120Ω + IC + IL
VZ
Vi
8.2V
(+22V) RL
VL 100Ω
+
VBE Q1

Rajah 10.7 Litar Pengatur Selari

Penyelesaian
VL = 8.2 V + 0.7 V = 8.9V
VL 8.9 V
RL = 100Ω, IL = = = 89 mA
RL 100Ω
V -V 22 V – 8.9 V
IS = i L = = 109 mA
RS 120Ω
IC = IS – IL = 109 mA – 89 mA = 20 mA

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/10

AKTIVITI 10b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

10.4 Lukiskan gambarajah blok sambungan asas untuk satu pengatur voltan
pirau/selari.

10.5 Berdasarkan gambarajah blok sambungan asas pada soalan 10.4, terangkan
bagaimana pengatur tersebut beroperasi dalam pengaturan voltan.

10.6 Kirakan voltan keluaran dan arus litar di dalam litar pengatur voltan rajah 10.8
yang berikut:

+ RS = 33Ω + +
VZ
Vi
10V
(+15V) RL
VL 100Ω
+
VBE Q1

Rajah 10.8 Litar Pengatur Selari

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/11

MAKLUMBALAS 10b

10.4 ISH + IL
RS
Vi VO
ISH
Isyarat IL
Elemen kawalan
pengawal Litar RL
sampelan (beban)

Voltan Litar
rujukan pembanding Isyarat
suapbalik

10.5 Sekiranya voltan beban berubah disebabkan oleh perubahan rintangan beban, litar
sampelan akan membekalkan isyarat suapbalik kepada pembanding yang
seterusnya akan membekalkan isyarat kawalan untuk mengawal kadar
pengambilan arus oleh beban. Sebagai contoh, sekiranya voltan keluaran
bertambah, litar sampelan akan membekalkan isyarat suapbalik kepada
pembanding yang kemudiannya akan membekalkan isyarat kawalan untuk
mengurangkan pengambilan arus beban supaya nilai voltan boleh dikekalkan.

10.6 VL = 10.7V
IC = 23 mA

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/12

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba
semoga berjaya!!!!

SOALAN 10-1

Apakah perbezaan dari segi teknik kawalan yang membezakan pengatur voltan siri dan
pengatur voltan selari?

SOALAN 10-2

i.) Lukiskan litar skematik pengatur voltan siri dan berdasarkan litar skematik
tersebut, terangkan bagaimana pengatur tersebut beroperasi dalam pengaturan
voltan.

ii.) Kirakan voltan keluaran dan arus pada diod zener di dalam litar pengatur voltan
rajah 10.9 yang berikut:

Q1 (β = 100)
Vi Vo
20V (regulated)
(unregulated) R
1.5kΩ
RL
1kΩ
VZ
10V

Rajah 10.9

SOALAN 10-3

i.) Lukiskan litar skematik pengatur voltan pirau/selari dan berdasarkan litar
skematik tersebut, terangkan bagaimana pengatur tersebut beroperasi dalam
pengaturan voltan.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/13

ii.) Kirakan voltan keluaran dan arus litar di dalam litar pengatur voltan rajah 10.10
yang berikut:

+ RS = 100Ω + +
VZ
Vi
9V
(+20V) RL
VL 100Ω
+
VBE Q1

Rajah 10.10

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/14

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 10-1

Elemen pengawal di dalam pengatur voltan siri akan mengawal nilai voltan masukan
yang akan disalurkan kepada bahagian keluaran. Manakala elemen pengawal di dalam
pengatur voltan pula, akan mengawal nilai arus yang akan dipiraukan daripada arus
beban.

Jawapan 10-2

i.)
Vi VO
(unregulated (regulated
input) R output)

RL

VZ

Sekiranya voltan keluaran menyusut, penambahan dalam voltan tapak-pengeluar akan


menyebabkan transistor Q1 untuk mengkonduksikan lebih nilai arus yang akan menaikan
nilai voltan keluaran dan seterusnya akan mengekalkan voltan keluaran.

Sekiranya voltan keluaran bertambah, pengurangan dalam voltan tapak-pengeluar akan


menyebabkan transistor Q1 untuk mengkonduksikan kurang nilai arus yang akan
mengurangkan nilai voltan keluaran dan seterusnya akan mengekalkan voltan keluaran.

ii.) VO = 9.3 V
Iz ≈ 6.6 mA

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 10/15
Jawapan 10-3

i.) Sekiranya, rintangan beban menyusut, ia akan menyebabkan arus tapak transistor
Q1 turut menyusut, seterusnya menyebabkan arus pemungut transistor turut
berkurangan. Ini akan menyebabkan peningkatan nilai arus beban yang akan
mengekalkan nilai voltan melintangi beban.

+ RS + +

Vi VZ IC
IB
(unregulated VL
input) RL
+
VBE Q1
− −
Pengatur Selari

ii.) VL = 9.7V
IC = 6 mA

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/1

UNIT 11
LITAR BEKALAN KUASA
MOD PENYUISAN

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami kendalian litar bekalan
kuasa mod penyuisan - SMPS (Switching Mode
Power Supply).

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

‰ Mengenalpasti sambungan asas litar bekalan kuasa mod penyuisan

‰ menerangkan kendalian litar bekalan kuasa mod penyuisan dengan bantuan


gambarajah blok

‰ Mengira kitar kerja dan voltan keluaran untuk litar bekalan kuasa mod
penyuisan

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/2

INPUT

11.0 PENGENALAN

Pengatur voltan jenis mod penyuisan dihasilkan untuk meningkatkan


kecekapan pengatur-pengatur voltan yang dipelajari sebelum ini. Ini adalah
kerana pengatur voltan litar transistor dan pengatur voltan litar integrasi tidak
begitu cekap kerana transistor digunakan sebagai penguat dan banyak kuasa yang
dilesapkan dalam bentuk haba.

Pengatur voltan mod penyuisan memerlukan transistor beroperasi sebagai


suis supaya kecekapan dapat dipertingkatkan. Apabila transitor berada dalam
takat tepu saturated), ia boleh diibaratkan sebagai suis tertutup. Manakala pada
takat potong (cutoff), transistor adalah seperti suis terbuka. Di dalam rajah 11.1,
dapat dilihat satu transistor yang dipacu oleh gelombang segiempat. Apabila
isyarat masukan adalah positif, transistor akan menjadi tepu. Manakala apabila
isyarat masukan adalah sifar, transistor akan berada dalam keadaan potong.

VCC VCC VCC


10V 10V 10V

RC RC RC
1 kΩ
RB
10kΩ
Keluaran ⇒
Masukan ° + ° +
cutoff VCC 0
10V R
° − ° −
10 kΩ 10V
0
0

saturation
Cutoff Saturation

Rajah 11.1 Transistor sebagai satu suis

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/3

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah apabila vin ialah 10V, arus
pemungut transistor adalah bersamaan dengan arus pemungut tepu, IC(TEPU), dan
vCE adalah menghampiri sifar. Maka transistor adalah berada dalam keadaan tepu.
Oleh yang demikian, satu peranti yang mengkonduksikan arus dan mempunyai
kejatuhan voltan sifar boleh diibaratkan sebagai satu suis tertutup.

Apabila vin ialah sifar, arus tapak dan arus pemungut turut akan menjadi
sifar. Oleh yang demikian, kejatuhan voltan pada perintang RC akan menjadi sifar
dan dengan menggunakan Hukum Kirchoff untuk voltan, vCE mestilah sama
dengan VCC atau 10V. Maka satu peranti yang tidak mengkonduksikan arus dan
menjatuhkan semua voltan yang dibekalkan boleh diibaratkan sebagai satu suis
terbuka.

11.1 LITAR PENGATUR VOLTAN MOD PENYUISAN

Gambarajah blok untuk litar pengatur penyuisan ditunjukkan dalam rajah


11.2 di bawah:

Bekalan kuasa Suis Penapis Bekalan kuasa


tidak teratur Transistor teratur

Penjana
denyut

Rajah 11.2 Bahagian-bahagian dalam litar pengatur penyuisan

Di mana,

Bekalan kuasa tidak teratur – merupakan voltan AT tidak teratur yang diterima
daripada bahagian penapis unit bekalan kuasa.

Suis Transistor – bertindak sebagai satu suis yang dibuka dan ditutup dengan
pantas untuk menghasilkan keluaran terpenggal AT.

Penapis – bertindak untuk melicinkan voltan AT pada keluaran.

Penjana denyut – membekalkan isyarat yang diperlukan untuk mengawal


pengoperasian transistor sebagai suis.

Bekalan kuasa teratur – merupakan voltan keluaran daripada litar pengatur


penyuisan yang teratur.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/4

Satu litar pengatur penyuisan yang mudah ditunjukkan dalam rajah 11.3.

Penapis Laluan Rendah VDC


Transistor
switch L 0
+VIN
+
C RL VL
Diod
beroda-bebas −

Penguat isyarat ralat,


rujukan dan
penjana denyut
Vm

Rajah 11.3 Pengatur Penyuisan yang asas

Pengatur penyuisan terdiri daripada satu transistor yang bertindak sebagai


satu suis, satu penapis laluan rendah (terdiri daripada pearuh dan pemuat), dan
satu penjana isyarat denyut (dengan penguat isyarat ralat dan rujukan) yang
digunakan untuk mengawal suis transistor. Diod dikenali sebagai diod beroda-
bebas (free-wheeling diod) yang digunakan untuk mengapit voltan pepaku negatif
(clamp negative voltage spike) yang dihasilkan oleh pearuh atau semasa transistor
dimatikan. Dalam erti kata lain diod ini berfungsi untuk melindungi transistor.

Pengaturan voltan dicapai dengan menggunakan teknik sistem termodulat


lebar denyut (pulse-width modulation system). Ini bermakna purata nilai voltan
AT untuk gelombang segiempat akan dihasilkan pada keluaran penapis laluan
rendah. Semakin lama nilai maksimumnya semakin besarlah purata nilai voltan
AT yang dihasilkan.

Apabila suis transistor ditutup, Vm akan disalurkan kepada penapis laluan


rendah. Apabila suis transistor dibuka, tiada bekalan yang akan disalurkan kepada
penapis. Sekiranya voltan beban adalah terlalu rendah, suis transistor akan ditutup
lebih lama. Sekiranya voltan beban terlalu besar, suis transistor tidak akan ditutup
begitu lama. Gelombang yang terhasil pada bahagian pengeluar transistor boleh
terciri oleh kitar kerjanya (D).

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/5

Kitar kerja untuk satu gelombang segiempat ialah di antara nisbah masa ia
berada pada nilai maksimum dengan tempoh gelombang segiempat tersebut. Masa
nilai pada maksimum ialah tH dan tempohnya ialah T. Maka peratus kitar kerja
boleh dikira sebagai

tH
%D = × 100%
T

di mana %D = kitar kerja dalam peratus


tH = masa gelombang berada pada nilai maksimum
T = tempoh gelombang

Memandangkan purata nilai voltan AT untuk satu gelombang segiempat


adalah bersamaan dengan kawasan gelombang dibahagikan oleh tempohnya,
maka

Kawasan V t
VL = = m H = VmD
tenpoh T

Kesimpulannya, nilai voltan keluaran VL adalah berkadar terus dengan


kitar kerja. Ini bermakna semakin besar nilai kitar kerja, semakin besarlah nilai
keluaran AT dan sebaliknya. Oleh yang demikian, dengan menaikan atau
menurunkan kitar kerja, nilai voltan AT yang dibekalkan (rujuk rajah 11.4(a))
kepada penapis dapat dikawal. Di dalam rajah 11.4(b) dapat dilihat bahawa kitar
kerja 75% akan menghasilkan purata AT 7.5V dan rajah 11.4(c) menunjukkan
kitar kerja 25% menghasilkan purata AT sebanyak 2.5V.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/6

VmtH
tH VDC = = VmtH = VmD tH = 7.5μs
T
Vm D = 75%
Vm = 10V
0 t
T 0 t
10 μs VDC = 7.5V
(a)
tH = 2.5μs (b)
D = 25%
Vm =10V

0 t
10 μs VDC = 2.5V

(c)

Rajah 11.4 Keluaran pengatur penyuisan

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/7

AKTIVITI

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

11.1 Apakah kelebihan utama pengatur voltan mod penyuisan berbanding dengan
pengatur voltan transistor dan pengatur voltan litar integrasi?

11.2 Terangkan dengan ringkas bagaimana satu transistor dapat dioperasikan sebagai
satu suis.

11.3 Lukiskan gambarajah blok untuk satu pengatur voltan mod penyuisan dan berikan
keterangan ringkas mengenai setiap blok tersebut.

11.4 Satu pengatur voltan mod penyuisan mempunyai Vm bernilai 15V, manakala tH
dan T masing-masing ialah 7μs dan 10μs. Kirakan kitar kerja dan voltan keluaran
pengatur ini.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/8

MAKLUMBALAS

11.1 Pengatur voltan transistor dan pengatur voltan litar integrasi telah menggunakan
transistor sebagai penguat menyebabkan banyak kuasa yang dilesapkan dalam
bentuk haba (menyebabkan penenggelam haba diperlukan) manakala pengatur
voltan mod penyuisan menggunakan transistor sebagai suis maka kehilangan
kuasa dapat dikurangkan dan seterusnya meningkatkan kecekapan pengatur.

11.2 Apabila vin kepada satu transistor ialah contohnya 10V, arus pemungut transistor
adalah bersamaan dengan arus pemungut tepu, IC(TEPU), dan vCE adalah
menghampiri sifar. Maka transistor adalah berada dalam keadaan tepu. Oleh yang
demikian, satu peranti yang mengkonduksikan arus dan mempunyai kejatuhan
voltan sifar boleh diibaratkan sebagai satu suis tertutup.

Apabila vin ialah sifar, arus tapak dan arus pemungut turut akan menjadi sifar.
Oleh yang demikian, kejatuhan voltan pada perintang RC akan menjadi sifar dan
dengan menggunakan Hukum Kirchoff untuk voltan, vCE mestilah sama dengan
VCC atau 10V. Maka satu peranti yang tidak mengkonduksikan arus dan
menjatuhkan semua voltan yang dibekalkan boleh diibaratkan sebagai satu suis
terbuka.

11.3

Bekalan kuasa Suis Penapis Bekalan kuasa


tidak teratur Transistor teratur

Penjana
denyut

Bekalan kuasa tidak teratur – merupakan voltan AT tidak teratur yang diterima
daripada bahagian penapis unit bekalan kuasa.

Suis Transistor – bertindak sebagai satu suis yang dibuka dan ditutup dengan
pantas untuk menghasilkan keluaran terpenggal AT.

Penapis – bertindak untuk melicinkan voltan AT pada keluaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/9
Penjana denyut – membekalkan isyarat yang diperlukan untuk mengawal
pengoperasian transistor sebagai suis.

Bekalan kuasa teratur – merupakan voltan keluaran daripada litar pengatur


penyuisan yang teratur.

11.4
tH 7μs
%D = × 100% = × 100% = 70%
T 10μs

Kawasan V t
VL = = m H = VmD = (15V)(0.7) = 10.5 V
tenpoh T

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/10

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba
semoga berjaya!!!!

SOALAN 11-1

i. Terangkan kenapa satu suis transistor mempunyai kehilangan kuasa yang rendah.

ii. Apakah kegunaan diod beroda-bebas di dalam satu pengatur voltan mod
penyuisan?

iii. Terangkan penggunaan sistem termodulat lebar denyut di dalam satu pengatur
voltan mod penyuisan.

SOALAN 11-2

i. Satu gelombang 100-kHz dengan Vm sebanyak 15V mempunyai kitar kerja 30%.
Lakarkan gelombang tersebut dan tunjukkan nilai purata AT. Ulang soalan ini
untuk kitar kerja 80%.

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/11

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 11-1

i. Satu suis transistor mempunyai kehilangan kuasa yang rendah kerana pada
keadaan tepu transistor mengkonduksikan arus dan mempunyai kejatuhan voltan
sifar dan boleh diibaratkan sebagai satu suis tertutup manakala pada keadaan
potong, arus tapak dan arus pemungut transistor akan menjadi sifar seterusnya
kejatuhan voltan pada perintang RC akan menjadi sifar dan dengan menggunakan
Hukum Kirchoff untuk voltan, vCE mestilah sama dengan VCC. Maka satu peranti
yang tidak mengkonduksikan arus dan menjatuhkan semua voltan yang
dibekalkan boleh diibaratkan sebagai satu suis terbuka.

ii. Diod beroda-bebas (free-wheeling diod) yang digunakan untuk mengapit voltan
pepaku negatif (to clamp negative voltage spike) yang dihasilkan oleh pearuh atau
semasa transistor dimatikan. Dalam erti kata lain diod ini berfungsi untuk
melindungi transistor.

iii. Pengaturan voltan di dalam pengatur penyuisan dicapai dengan menggunakan


teknik sistem termodulat lebar denyut (pulse-width modulation system). Ini
bermakna purata nilai voltan AT untuk gelombang segiempat akan dihasilkan
pada keluaran penapis laluan rendah. Semakin lama nilai maksimumnya semakin
besarlah purata nilai voltan AT yang dihasilkan.

Apabila suis transistor ditutup, Vm akan disalurkan kepada penapis laluan rendah.
Apabila suis transistor dibuka, tiada bekalan yang akan disalurkan kepada
penapis. Sekiranya voltan beban adalah terlalu rendah, suis transistor akan ditutup
lebih lama. Sekiranya voltan beban terlalu besar, suis transistor tidak akan ditutup
begitu lama. Gelombang yang terhasil pada bahagian pengeluar transistor boleh
terciri oleh kitar kerjanya (D).
VmtH
tH VDC = = VmtH = VmD
T
Vm

0 t
T

http://modul2poli.blogspot.com/
BEKALAN KUASA E4140/UNIT 11/12
Jawapan 11-2

i.
1
Tempoh = = 10 μs
100kHz

%D 30%
tH = 100% × T = 100% × 10 μs = 3 μs

VL = VmD = (15V)(0.3) = 4.5V

tH = 3.0μs
D = 30%
Vm =15V

0 t
10 μs VDC = 4.5V

Tempoh = 10 μs

%D 80%
tH = 100% × T = 100% × 10 μs = 8 μs

VL = VmD = (15V)(0.8) = 12V

tH = 8.0μs
D = 80%
Vm = 15V

0 t
10 μs
VDC = 12V

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/1
SOLENOID DAN FIUS

UNIT 12
SOLENOID DAN FIUS

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami kendalian solenoid
dan fius

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

‰ menerangkan kegunaan fius

‰ menerangkan kegunaan solenoid

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/2
SOLENOID DAN FIUS

INPUT

9.0 Pengenalan

Di dalam industri elektronik keperluan terhadap penggunaan mesin yang


melibatkan injap dan silinder adalah berleluasa sekali.

Tahukah pelajar apakah prinsip solenoid yang perlu kita ketahui dalam subjek
elektronik perindustrian ini ?

Solenoid adalah digunakan dalam banyak aplikasi seperti motor brek, injap
buka dan injap tutup, anjakan posisi objek dan kekunci elektrik. Pergerakan mekanikal
disebabkan solenoid kebiasaannya diantara ½ dan 3 inci. Solenoid juga boleh digunakan
dalam litar DC dan AC.

Prinsip solenoid adalah salah satu prinsip penting dalam elektronik


perindustrian. Solenoid adalah peranti yang digunakan untuk menukarkan isyarat
elektrik atau arus elektrik kepada pergerakan mekanikal. Seperti yang ditunjukkan dalam
rajah di bawah, dimana solenoid terbina daripada gegelung dan teras besi bolehgerak.
Bila gegelung diujakan, teras atau “armature” ditarik ke dalam gegelung. Jumlah daya
tarikan atau tolakan yang terhasil oleh solenoid didapati dari jumlah lilitan wayar
kuprum dan jumlah arus yang mengalir melalui gegelung.

Salah satu faktor dalam rekabentuk solenoid adalah faktor kepanasan.


Kepanasan membuat gelung kurang berkesan di dalam penghasilan fluk dan daya tarikan
solenoid. Kepanasan boleh dikawal dengan menggunakan penenggelam haba juga
pembinaan solenoid yang lebih besar.

Jumlah kepanasan yang dihasilkan oleh solenoid adalah berkait dengan beban
kerjanya. Semakin banyak beban kerja semakin tinggi suhu solenoid.

Merujuk kepada litar yang di bawah usaha untuk mengurangkan arus pada
litar adalah bergantung kepada penggunaan solenoid yang di setkan penghubungnya
pada “normaly closed”. Penghubung ini diletakkan merintangi perintang R, seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah. Bila gegelung K solenoid K diujakan , arus mengalir
melalui suis penghubung “normaly closed”. Apabila kuasa dibekalkan, armature akan
mula bergerak. Apabila “armature” sampai ke penghujung anjakan, ianya akan
menyebabkan “normaly closed” berubah kepada “normaly open”.

Di dalam pemilihan solenoid, pertimbangan penting adalah panjang lejang


dan daya yang diperlukan, masa yang diambil semasa solenoid diujakan, kekerapan
peranti di On dan di OFF kan serta keadaan suhu ambien. Terlalu besar tarikan dalam
solenoid akan menyebabkan kerosakan pada “armature”.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/3
SOLENOID DAN FIUS
12.1 Kegunaan Solenoid dalam Injap Kawalan.

Rajah 1 : Keratan Solenoid

Dalam injap kawalan solenoid adalah peranti elektrik yang menerima isyarat
elektrik (kebiasaannya 4mA hingga 20 mA) dan ia menyalurkan bekalan udara terus
ke penggerak. Dua jenis solenoid, tiga-laluan dan empat-laluan biasanya digunakan
dalam penggerak (actuator) dan pemposisi (positioner). Solenoid tiga laluan kadang-
kadang digunakan untuk mengoperasikan penggerak (actuator) tindakan tunggal
(single-acting), seperti penggerak gegendang (diaphragm actuator), dimana ianya
direkabentuk untuk menghantar udara ke suatu kebuk udara (air-chamber) di dalam
penggerak (actuator).

Dengan penggerak dwi-tindakan (double-acting), solenoid tiga-laluan


digunakan untuk menyampaikan isyarat ke instrumen pneumatic. Solenoid empat-
laluan adalah digunakan dalam pemposisi untuk menyediakan operasi ON-OFF pada
penggerak dwi-tindakan dan menyediakan aksi dua-laluan positif.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah dibawah (seperti yang


ditunjukkan dalam keadaan tutup dan keadaan buka), solenoid empat-laluan
ditenagakan dengan menghantar bekalan udara secara penuh ke sebelah satu lagi
penggerak sementara sebelah lagi melepaskannya ke udara.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/4
SOLENOID DAN FIUS

12.2 Injap Ekzos Cepat

Rajah 2 : Litar gelung solenoid

Injap ekzos cepat peranti pembolong tekanan sensitive yang digunakan


dengan penggerak dwi-tindakan dalam aplikasi ON-OFF di mana pemposisi tidak
diperlukan. Bila dipicukan, injap ekzos serta merta melubangkan satu bahagian pada
penggerak dwi-tindakan ke atmosfera, dimana ia membenarkan injap untuk bergerak
ke posisi tutup penuh atau posisi buka penuh Injap ekzos cepat adalah dipasang
diantara bekalan udara untuk bergerak ke posisi tutup penuh atau posisi buka-penuh.
Injap ekzos cepat adalah dipasang diantara bekalan udara dan penggerak. Asalkan
sahaja punca udara disediakan ke penggerak, operasi normal akan berjalan.

Bagaimanapun bila tekanan udara gagal atau terganggu, injap ekzos cepat
bertindakbalas kepada perbezaan tekanan yang terhasil. Kebuk dalaman mengubah
aliran ekzos yang dating dari penggerak melalui orifis yang dibesarkan,
membenarkan tekanan dalaman pada penggerak untuk membuat lubang dengan lebih
cepat. Jarum penggerak mesti dipasang selari dengan ekzos injap cepat, oleh itu titik
pergerakan pada injap ekzos cepat boleh dianjak dan ia membenarkannya untuk
bertindakbalas hanya dengan isyarat yang dikehendaki.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/5
SOLENOID DAN FIUS

AKTIVITI

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

15.1 Berikan definasi solenoid ?

15.2 Terangkan prinsip kerja solenoid ?

15.3 Di manakah prinsip kerja solenoid banyak digunakan ?

15.4 Apakah kesan suhu terhadap keupayaan solenoid ?

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/6
SOLENOID DAN FIUS

MAKLUMBALAS

15.1 Solenoid adalah peranti yang digunakan untuk menukarkan isyarat elektrik
atau arus elektrik kepada pergerakan mekanikal.

15.2 Solenoid terbina dari gegelung dan teras besi boleh gerak. Bila gegelung
diujakan, teras atau “armature” ditarik ke dalam geglung. Jumlah daya tarikan
atau tolakan yang terhasil oleh solenoid didapati dari jumlah lilitan wayar
kuprum dan jumlah arus yang mengalir melalui gegelung.

15.3 Solenoid digunakan di dalam banyak aplikasi seperti motor brek, injap buka
dan injap tutup, anjakan posisi objek dan kekunci elektrik.

15.4 Kepanasan membuat gegelung kurang berkesan di dalam penghasilan fluk,


mengurangkan keamatan fluk dan daya tarikan solenoid.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/7
SOLENOID DAN FIUS

INPUT

Fius.

Pengenalan.

Untuk keselamatan fius digunakan untuk memutuskan litar secara automatik bila
arus berlebihan disalurkan terus dari talian kuasa.

Terdapat pelbagai jenis fius dimana ia terbahagi dua kategori iaitu palam dan kartrij.
Piawai “Underwaters Laboratory” adalah fius yang mensyaratkan semua fius untuk
putus dengan serta-merta apabila beban lebih, sementara secara fizikal pula ia
berupaya menampung arus litar pintas yang tinggi tanpa mengeluarkan api atau
meletup.
Sesetengah fius memberi masa lengah yang pendek untuk mencegah kebakaran fius
apabila berlaku arus pusuan. Arus permulaan dalam litar yang mempunyai beban
seperti lampu, motor dan pemanas adalah tinggi semasa litar tersebut dihidupkan.
Selepas suatu tempoh yang pendek, arus keadaan yang mantap yang lebih rendah
tercapai. Fius yang diguna dalam litar jenis inimemberi masa lengah yang pendek
sebelum terbakar dan ia dikenal sebagai fius terbakar perlahan.

Fius palam mempunyai ulin timbul pada tapaknya, seperti dalam rajah di bawah.
Sentuhan terhasil apabila fius diskrukan ke dalam pemegangnya. Fius ini diperbuat
daripada sekeping aloi boleh lebur apabila arus berlebihan mengalir melaluinya. Fius
palam mempunyai masa lengah yang amat pendek dan kegunaan utamanya adalah
dalam litar am berkuasa rendah yang kebiasaannya digunakan di dalam rumah, di
mana arus pusuannya adalah minimum. Fius ini boleh didapati dalam pelbagai saiz
sehingga boleh menampung arus 30 Ampere.

Rajah 3 : Fius jenis palam

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/8
SOLENOID DAN FIUS
Terdapat dua jenis fius kartrij. Guna sekali dan yang boleh diperbaharui. Fius guna
sekali ialah jenis yang biasa digunakan dalam rajah di bawah. Bahan fius diperbuat
daripada seutas dawai atau sekeping aloi logam nipis yang dilekapkan di dalam
silinder kertas tervulkan atau silinder gentian. Silinder tersebut diisi dengan serbuk
tak beraliran yang boleh mematikan arka yang biasa terjadi apabila fius terbaka.
Fius kartrij boleh didapati dalam kadar voltan piawai sehingga 600 Ampere.

Rajah 4 : Fius jenis kartrij

Fius elemen tunggal

Fius elemen tunggal secara asasnya memberi perlindungan sekiranya terjadi lebihan
Arus. Rajah di bawah menunjukkan potongan gambar pada fius elemen-tunggal. Dari
gambar berikut boleh dilihat yang fius elemen tunggal adalah dibuat dimana elemen
dikendalikan secara tunggal dengan beberapa bahagian yang menirus. Bahagian
yang menirus ini membolehkan litar pintas akan difokuskan ke satu titik dan
menyebabkan logamnya cair. Bila elemen diperbuat daripada bahan yang nipis, arus
litar pintas yang lebih besar terjadi dan menyebabkan elemen mencair dengan lebih
cepat.

Rajah 5 : Fius elemen tunggal

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/9
SOLENOID DAN FIUS
Fius Dwi-Elemen.

Fius dwi-tunggal boleh memberi perlindungan dari arus litar pintas seperti
fius elemen tunggal seiring dengan perlindungan lengah-masa jika berlaku lebihan
arus. Rajah dibawah menunjukkan keratan gambar pada fius dwi-elemen yang
menyediakan elemen lebihan voltan. Elemen litar pintas adalah terletak pada
penghujung setiap fius, sementara elemen lebihan arus adalah terletak pada
keduanya.

Perubahan ini akan menyebabkan lebihan arus berubah dengan lebih cepat,
sementara ia akan menyebabkan kepanasan bertambah yang seterusnya akan
merosakkan motor. Rekabentuk ini membenarkan motor untuk arus rempuh tinggi
meningkat sehingga 500 peratus sementara arus beban penuh dalam masa 10 saat di
mana ia cukup untuk menghidupkan motor.

Ia juga membenarkan motor untuk mendapatkan tambahan kuasa kuda untuk tempoh
beberapa minit.

Rajah 6 : Fius dwi-elemen

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/10
SOLENOID DAN FIUS

AKTIVITI

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

12.1 Apakah fungsi fius ?

12.2 Fius boleh dibahagikan kepada berapa bahagian serta nyatakan jenis-jenis
fius tersebut ?

12.3 Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh piawaian “underwaters


laboratory”untuk ciri-ciri keselamatan bagi fius ?

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/11
SOLENOID DAN FIUS

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?


Jika “Ya” , sila semak jawapan anda.

12.1 Fius digunakan untuk memutuskan litar secara automatik bila arus
berlebihan disalurkan terus dari talian kuasa.

12.2 Ada terbahagi kepada dua kategori iaitu fius jenis palam dan fius jenis
kartrij.

12.3 Piawai “ ünderwaters laboratory” adalah piawaian yang mensyaratkan


semua fius putus serta-merta apabila beban lebih, sementara secara fizikal
pula ia berupaya menampung arus litar pintas yang tinggi tanpa
mengeluarkan api atau meletup.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/12
SOLENOID DAN FIUS

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!!!

12.1 Lukiskan fius palam dan juga fius kartrij serta berikan perbezaan antara
kedua jenis fius ini ?

12.2 Dengan bantuan gambarajah jelaskan perbezaan antara fius elemen tunggal
dan fius dwi-elemen ?

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/13
SOLENOID DAN FIUS

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 12.1

Fius palam mempunyai ulin timbul pada tapaknya, seperti dalam rajah di
bawah. Sentuhan terhasil apabila fius diskrukan ke dalam pemegangnya. Fius ini
diperbuat daripada sekeping aloi boleh lebur apabila arus berlebihan mengalir
melaluinya. Fius palam mempunyai masa lengah yang amat pendek dan kegunaan
utamanya adalah dalam litar am berkuasa rendah yang kebiasaannya digunakan di
dalam rumah, di mana arus pusuannya adalah minimum. Fius ini boleh didapati
dalam pelbagai saiz sehingga boleh menampung arus 30 Ampere.

Fius jenis palam

Terdapat dua jenis fius kartrij. Guna sekali dan yang boleh diperbaharui. Fius guna
sekali ialah jenis yang biasa digunakan dalam rajah di bawah. Bahan fius diperbuat
daripada seutas dawai atau sekeping aloi logam nipis yang dilekapkan di dalam
silinder kertas tervulkan atau silinder gentian. Silinder tersebut diisi dengan serbuk
tak beraliran yang boleh mematikan arka yang biasa terjadi apabila fius terbaka.
Fius kartrij boleh didapati dalam kadar voltan piawai sehingga 600 Ampere.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/14
SOLENOID DAN FIUS

Fius jenis kartrij

Jawapan 12.2

Fius elemen tunggal

Fius elemen tunggal secara asasnya memberi perlindungan sekiranya terjadi lebihan
Arus. Rajah di bawah menunjukkan potongan gambar pada fius elemen-tunggal. Dari
gambar berikut boleh dilihat yang fius elemen tunggal adalah dibuat dimana elemen
dikendalikan secara tunggal dengan beberapa bahagian yang menirus. Bahagian
yang menirus ini membolehkan litar pintas akan difokuskan ke satu titik dan
menyebabkan logamnya cair. Bila elemen diperbuat daripada bahan yang nipis, arus
litar pintas yang lebih besar terjadi dan menyebabkan elemen mencair dengan lebih
cepat.

Fius elemen tunggal


Fius Dwi-Elemen.

Fius dwi-elemen boleh memberi perlindungan dari arus litar pintas seperti
fius elemen tunggal seiring dengan perlindungan lengah-masa jika berlaku lebihan
arus. Rajah dibawah menunjukkan keratan gambar pada fius dwi-elemen yang
menyediakan elemen lebihan voltan. Elemen litar pintas adalah terletak pada
penghujung setiap fius, sementara elemen lebihan arus adalah terletak pada
keduanya.

Perubahan ini akan menyebabkan lebihan arus berubah dengan lebih cepat,
sementara ia akan menyebabkan kepanasan bertambah yang seterusnya akan
merosakkan motor. Rekabentuk ini membenarkan motor untuk arus rempuh tinggi

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 12/15
SOLENOID DAN FIUS
meningkat sehingga 500 peratus sementara arus beban penuh dalam masa 10 saat di
mana ia cukup untuk menghidupkan motor.

Ia juga membenarkan motor untuk mendapatkan tambahan kuasa kuda untuk tempoh
beberapa minit.

Fius dwi-elemen

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/1

UNIT 13

LITAR KAWALAN CROWBAR

OBJEKTIF
Objektif am : Memahami kendalian SCR dalam litar kawalan
tuilbesi (crow-bar)

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

‰ Melukiskan simbol SCR.

‰ Menerangkan kendalian SCR dalam litar kawalan tuil besi (crow-bar)

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/2

INPUT

13.0 Pengenalan

SCR adalah semikonduktor yang terdiri daripada empat lapisan peranti


semikonduktor PNPN dengan tiga simpang. Ia mempunyai tiga terminal anod , katod
dan gate.

SCR boleh mengawal arus sebesar 1500 Ampier dan voltan 2000 Volt dan juga
boleh mengawal arus dan voltan yang jauh lebih kecil daripada nilai yang dinyatakan.

SCR menggunakan suapbalik dalaman untuk aksi menyelak. Ia hanya beroperasi


sebagai suatu suis dan tidak dalam litar-ltar penguat. Ia banyak digunakan untuk
mengawal alat-alat yang berarus tinggi seperti motor, alat-alat pemanas dan sistem-sistem
lampu.

13.1 Binaan Asas SCR

Rajah 13.1

13.2 Litar Setara


A

Q1

Rajah 13.2 K

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/3

Merujuk kepada litar di atas, didapati tiristor mempunyai suapbalik juga dipanggil
penjanaan semula. Perubahan dalam arus pada mana-mana titik dalam gelung dikuatkan
dan dikembalikan kepada titik permulaan berserta dengan fasa yang sama. Jika ib2 Q2
naik, maka ic2 Q2 juga naik. Ini menyebabkan arus tapak (ib1) Q1 juga naik berserta
dengan arus pemungut Q1. Arus tapak Q2 kemudian akan disuapbalik semula dengan
nilai yang lebih tinggi. Keadaan pusingan ini akan membawa hingga satu tahap tepuan
dimana SCR akan selak (menjadi suis tutup) dan terus beroperasi. Arus dari anod ke
katod akan terus mengalir sehinggalah isyarat denyut pada get dihentikan.

13.3 Aplikasi SCR dalam litar kawalan beban lebihan.

Rajah 13.3

Litar aplikasi bagi SCR yang popular adalah pengatur pengecasan bateri.
Komponen asas pada litar ditunjukkan dalam rajah di atas.

Dalam rajah di atas D1 dan D2 menghasilkan gelombang penh penerus merintangi


isyarat SCR1 dan bekalan kuasa 12 V. dengan SCR 2 terbuka, SCR1 akan mengawal litar
menyerupai suis kawalan statik siri. Bila input gelombang penuh pengatur menyebabkan
arus pintu (get) ON dimana ia dikawal oleh R1, SCR1 akan ON dan bateri akan
beroperasi.

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/4

Pada awal pengecasan, voltan bateri yang rendah akan menyebabkan voltan rendah
VR pada litar mudah pembahagi voltan. Voltan VR dijanakan pada nilai yang kecil bagi
menyebabkan diod zener 11.0 V berkonduksi.

Pada keadaan OFF, zener diod akan menjadi litar buka yang mana akan
mengekalkan SCR2 dalam keadaan OFF bila arus pintu (get) adalah sifar. Pemuat C1
adalah termasuk kepada komponen yang mencegah sebarang voltan fana dalam litar dari
operasi SCR2. Dengan kata lain C1 akan mencegah kesan fana dari SCR.

Bila pengecasan berterusan voltan bateri meningkat ke suatu nilai yang mencukupi
untuk menjanakan zener diod dan SCR2. Bila SCR2 telah dipicu, litar pintas pada SCR2
akan menyebabkan litar pembahagi voltan dikesan oleh R1 dan R2 yang akan
mengekalkan V2 pada tahap yang terlalu kecil untuk menjanakan SCR1. Apabila ini
berlaku bateri kan tercas secara penuh dan keadaan litar buka pada SCR1 akan
memotong arus pengecasan. Oleh itu pengatur akan mengecas kembali bateri bilamana
terjadi susutan voltan dan akan mencegah perubahan lampau bila dicas secara sempurna.

Rajah 13.4 Litar perlindungan Crowbar

Analisis berkenaan litar perlindungan crowbar.

Voltan rujukan (Vref) bagi pembanding LM324 adalah dijanakan dengan diod
zener D6. Arus pincang terbina dengan perintang R1. Voltan rujukan boleh dikawal
kepada satu nilai yang dikehendaki dengan menjanakan rotor pada perintang R2. Dalam
kes 1ini, bila rotor dipusing dengan arah jam secara penuh,

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/5

VREF = V D6 = 12 V

Manakala bila rotor dipusing arah lawan jam, voltan yang merintangi perintang R5 dan
R6 adalah,

VREF = R2 x VD6
R1 + R2

= 10kΩ x 12V
10k Ω + 10kΩ

= 6V

Oleh itu voltan rujukan pembanding boleh dilaras dari 6V ke 12V. Voltan input
pembanding boleh didapati dengan mengesanvoltan beban VL. Voltan masukan sebenar
dihasilkan dengan pembahagi voltan antara R4 dan R5.

Di mana,
VIN = R5 x VL
R4 + R5

= 20 kΩ x VL
20kΩ + 20kΩ

= 0.5 VL

Pembanding akan memicu bila voltan masukan VIN adalah menyamai voltan rujukan.

Dimana,

VIN = VREF

0.5 VL = VREF

Kesimpulannya, kita boleh menyatakan keluaran pembanding akan menuju ke bekalan


positif bilamana voltan bebanmenyamai 2 kali ganda voltan rujukan.

Bila voltan rujukan berubah dari 6 V ke 12 V, pembanding akan belantik (trip) pada
keadaan julat voltan beban 12V ke 24V. Nilai sebenar boleh didapati secara praktikal
dengan melaras perintang R2.

Bila keluaran pembanding adalah rendah SCR tidak akan dipincang hadapan. Bagi
memastikan keluaran rendah dari pembanding tidak cukup besar untuk memicu SCR,
diod perlu ditambahkan secara siri pada terminal keluaran penguat. Pertambahan voltan

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/6
ambang untuk memicu SCR kepada dua diod. Perintang R7 digunakan untuk menarik get
pada SCR ke bumi bila diod adalah OFF.

Apabila voltan beban menjadi terlalu besar keluaran pembanding adalah sekitar 28.4V
dan pincang depan akan melelui diod dan perintang R6. Jika kita ingat semula simpang
pemancar-get antara get dan terminal katod pada SCR, ia menjadi lebih mudah untuk
mengenalpasti arus get IG.

Bila SCR dipicu voltan anod-katod akan menghampiri sifar. Bila SCR merentasi beban,
voltan beban akan menetap pada nilai sifar. SCR akan bertindak jika crowbar merintangi
keluaran pengatur yang dipintaskan ke bumi.

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/7

AKTIVITI

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

14.1 Namakan tiga terminal bagi simpang SCR ?

14.2 Lukiskan binaan asas bagi SCR?

14.3 Lukiskan litar setara bagi SCR ?

14.4 Jelaskan kendalian SCR dalam litar kawalan lebihan beban ?

14.5 Jelaskan kendalian SCR dalam litar kawalan crowbar ?

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/8

MAKLUMBALAS

13.1 SCR adalah semikonduktor yang terdiri daripada empat lapisan peranti
semikonduktor PNPN dengan tiga simpang. Ia mempunyai tiga terminal, anod,
katod dan gate.

13.2 Binaan Asas SCR

13.3 Litar Setara A

Q1

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/9

13.4

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/10

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

13.1 Terangkan fungsi SCR dalam litar kawalan crowbar di atas.

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/11

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

13.1 Voltan rujukan (Vref) bagi pembanding LM324 adalah dijanakan dengan diod
zener D6. Arus pincang terbina dengan perintang R1. Voltan rujukan boleh
dikawal kepada satu nilai yang dikehendaki dengan menjanakan rotor pada
perintang R2. Dalam kes 1ini, bila rotor dipusing dengan arah jam secara penuh,

VREF = V D6 = 12 V

Manakala bila rotor dipusing arah lawan jam, voltan yang merintangi perintang
R5 dan R6 adalah,

VREF = R2 x VD6
R1 + R2

= 10kΩ x 12V
10k Ω + 10kΩ

= 6V

Oleh itu voltan rujukan pembanding boleh dilaras dari 6V ke 12V. Voltan input
pembanding boleh didapati dengan mengesanvoltan beban VL. Voltan masukan
sebenar dihasilkan dengan pembahagi voltan antara R4 dan R5.

Di mana,
VIN = R5 x VL
R4 + R5

= 20 kΩ x VL
20kΩ + 20kΩ

= 0.5 VL

Pembanding akan memicu bila voltan masukan VIN adalah menyamai voltan
rujukan.

http://modul2poli.blogspot.com/
LITAR KAWALAN CROWBAR E4140/UNIT 13/12
Dimana,

VIN = VREF

0.5 VL = VREF

Kesimpulannya, kita boleh menyatakan keluaran pembanding akan menuju ke


bekalan positif bilamana voltan bebanmenyamai 2 kali ganda voltan rujukan.

Bila voltan rujukan berubah dari 6 V ke 12 V, pembanding akan belantik (trip)


pada keadaan julat voltan beban 12V ke 24V. Nilai sebenar boleh didapati secara
praktikal dengan melaras perintang R2.

Bila keluaran pembanding adalah rendah SCR tidak akan dipincang hadapan.
Bagi memastikan keluaran rendah dari pembanding tidak cukup besar untuk
memicu SCR, diod perlu ditambahkan secara siri pada terminal keluaran penguat.
Pertambahan voltan ambang untuk memicu SCR kepada dua diod. Perintang R7
digunakan untuk menarik get pada SCR ke bumi bila diod adalah OFF.

Apabila voltan beban menjadi terlalu besar keluaran pembanding adalah sekitar
28.4V dan pincang depan akan melelui diod dan perintang R6. Jika kita ingat
semula simpang pemancar-get antara get dan terminal katod pada SCR, ia
menjadi lebih mudah untuk mengenalpasti arus get IG.

Bila SCR dipicu voltan anod-katod akan menghampiri sifar. Bila SCR merentasi
beban, voltan beban akan menetap pada nilai sifar. SCR akan bertindak jika
crowbar merintangi keluaran pengatur yang dipintaskan ke bumi.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/1
SUIS KAWALAN

UNIT 15
SUIS KAWALAN

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenalpasti dan memahami suis kawalan.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

‰ Menerangkan kegunaan suis kawalan buka-tutup.

‰ Menerangkan kegunaan kawalan paras dalam tangki air.

Menerangkan kegunaan rumah pam.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/2
SUIS KAWALAN

INPUT

15.0 Pengenalan

Didalam bidang elektronik proses kawalan moden telah menjadi satu bidang teknologi
yang berasingan apabila diketahui bahawa prinsip-prinsip dan teknik-teknik kawalan
boleh digunakan dalam banyak proses-proses pengilangan. Di dalam bidang elektronik
suis kawalan memainkan peranan penting terutama di dalam suis kawalan buka-tutup,
kawalan paras dalam tangki air dan rumah pam.

Gambarajah di atas menunjukkan seorang operator mengawal kadar aliran cecair


keluaran dengan membuka atau menutup injap pada ketika yang sama memerhatikan
paras cecair di dalam tangki melalui kaca penglihatan. Di dalam gambarajah di atas
cecair di dalam tangki tersebut masuk melalui paip masukan. Di dalam sistem kawalan
ini :
1. Proses ialah kombinasi cecair, tangki, cecair masukan dan cecair keluaran.
2. Pembolehubah dinamik ialah paras di dalam tangki.
3. Penyuaitepatan ialah penentuan paras cecair pada satu nilai yang
dikehendaki.
Jika pada satu ketinggian, T, injap keluaran dilaraskan supaya kadar aliran masukan dan
keadaan ini berterusan, ketinggian paras, T tidak berubah. Apabila gangguan berlaku
kepada aliran keluaran, paras cecair akan meningkat. Sekiranya tidak ada operator untuk
mengawal injap supaya paras dikembalikan ke nilai T, air akan terus melimpah keluar.
Gelung ini dinamakan sistem gelung terbuka.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/3
SUIS KAWALAN
Jika ada operator untuk mengawal injap keluaran supaya ketinggian paras dikembalikan
pada nilai T, maka keadaan adalah terkawal. Ini kerana operator menyuapbalik maklumat
paras melalui pemerhatian dan kemudian mengambil kira bezaan paras untuk
bertindak(mengawal). Sistem ini dipanggil sistem gelung tertutup.

15.2 Penunjuk aras cecair reostat kendalian pelampung.

Ini merupakan suatu kaedah mudah yang diguna untuk mengawasi aras cecair dan
teknik ini juga diguna untuk mengukur kuantiti bahan api di dalam tangki minyak kereta.
Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah, sebiji bola pelampung dipasangkan pada
suatu reostat. Semasa pelampung naik dan menurun mengikut perubahan aras cecair,
rintangan reostat menurun dan meningkat. Meter miliampere yang ditentukur dalam unit
aras tangki atau unit isipadu digunakan sebagai penunjuk. Walaupun penunjuk jenis ini
mudah dibina , tetapi kejituannya tidak begitu baik dan ia mudah rosak kerana terdapat
bahagian bergerak.

15.3 Penunjuk aras cecair tranduser kebezaan tekanan.

Transduser tekanan boleh diguna untuk menentukan aras cecair, seperti dalam
rajah di bawah. Teknik pengukuran ini berdasarkan prinsip bahawa berat sesuatu
cecair berkadar dengan tekanan yang dikenakan ke atas penderia.
Satu teknik yang serupa tetapi lebih jitu ialah sistem tolok tangki hidrostatik
(HTG). Sistem ini menggunakan beberapa penderia dan bukannya satu penderia,
yang dipasang berdekatan dengan bahagian bawah, bahagian tengah dan bahagian
teratas tangki.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/4
SUIS KAWALAN

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/5
SUIS KAWALAN

AKTIVITI

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

15.1 Nyatakan tiga ciri utama dalam rekabentuk suis kawalan yang melibatkan
kawalan paras dalam tangki air ?

15.2 Terangkan operasi operator dalam pengawalan paras cecair?

15.3 Apakah fungsi pelampung dalam penunjuk aras cecair reostat kendalian
pelampung ?

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/6
SUIS KAWALAN

MAKLUMBALAS

15.1 Di dalam sistem kawalan ini:

Proses ialah kombinasi cecair, tangki, cecair masukan dan cecair keluaran.
Pembolehubah dinamik ialah paras di dalam tangki. Penyuaitepatan ialah
penentuan paras cecair pada suatu nilai yang dikehendaki.

15.2 Jika pada suatu ketinggian, T, injap keluaran dilaraskan supaya kadar aliran
masukan dan keadaan ini berterusan, ketinggian paras, T tidak berubah. Apabila
gangguan berlaku kepada aliran keluaran, paras cecair akan meningkat. Sekiranya
tidak ada operator untuk mengawal injap supaya paras dikembalikan ke nilai, air
akan terus melimpah keluar. Jika ada operator untuk mengawal injap keluaran
supaya ketinggian paras dikembalikan pada nilai, T, maka keadaan akan adalah
terkawal. Ini kerana operator menyuapbalik maklumat paras melalui pemerhatian
dan kemudian mengambil kira bezaan paras untuk bertindak (mengawal).

15.3 Semasa pelampung naik dan menurun mengikut perubahan aras cecair, rintangan
reostat menurun dan meningkat dengan kadar yang sepadan, dengan seterusnya
menyebabkan arus meningkat dan menurun.

15.4

15.5 Teknik pengukuran ini beroperasi berdasarkan prinsip yang sama seperti radar.

15.6 Frekuensi pengayun yang diguna dalam pengukuran aras cecair sonik mempunyai
julat daripada lebih kurang 6 Khz hingga 600 Khz.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/7
SUIS KAWALAN

INPUT

15.3 Penunjuk aras cecair berkemuatan.

Ini merupakan kaedah yang paling kerap digunakan untuk mengukur aras cecair.
Bergantung pada jenis cecair dan jenis tangki yang menyimpan cecair berkenaan,
beberapa teknik berlainan boleh diguna dalam pengukuran aras cecair
berkemuatan. Jika cecair daripada jenis tak beraliran dan tangkinya diperbuat
daripada logam, sebatang elektrod bertebat dilekapkan selari dengan dinding
logam, seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah. Satu pemuat terbentuk dengan
elektrod dan dinding tangki membentuk dielektriknya. Kemuatan elektrik pemuat
berkadar dengan ketinggian cecair. Aras cecair dapat dinyatakan kuantitinya
dengan menyambungkan isyarat AC ke dinding tangki dan elektrod. Regangan
yang dihasilkan menentukan keamatan arus seperti yang diukur dengan
menggunakan meter ampere yang ditentukur dalam unit aras tangki atau unit
isipadu.

Rajah 3

Dua elektrod bertebat digunakan jika tangki bukan logam digunakan untuk
menyimpan cecair tak beraliran, seperti rajah di bawah. Di sini kedua-dua elektrod
membentuk plat pemuat, sementara cecair dan penebat elektrod membantu
dielektriknya. Jika cecair jenis beraliran, teknik yang sama seperti di atas boleh
digunakan, kecuali elektrod dan cecair membentuk plat kapasitor, manakala
penebat elektrod bertindak sebagai dielektrik . Selain dilekapkan pada tepi tangki,
elektrod boleh juga dibentuk sebagai kuar dan disisip ke dalam tangki. Kuar jenis
ini biasanya mempunyai kemuatan 10pF apabila didedahkan kepada udara kering
dan bergantung pada jenis cecair, mempunyai kemuatan lebih kurang 200pF
apabila direndam sepenuhnya. Isyarat AC berfrekuensi dalam julat 29KHz hingga
1 MHz diguna untuk menguja kuar.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/8
SUIS KAWALAN

Rajah 4

15.4 Pengukuran aras cecair sonik

Kaedah ini dikenali juga sebagai pengukuran aras cecair ultrasonik. Teknik
pengukuran ini beroperasi berdasarkan prinsip yang sama seperti radar, kecuali
frekuensi lebih rendah digunakan. Unit penderia mempunyai sebuah pemancar dan
sebuah penerima. Pemancar terdiri daripada rangkaian pembentuk denyut dan
pengayun. Pengayun yang dipasang untuk suatu tempoh yang pendek dengan suatu
denyut, akan menghasilkan satu letusan tenaga yang dihala ke bawah arah cecair
di dalam takungan. Tenaga yang dipancar akan mengenai permukaan cecair dan
dipantul balik ke penerima dan di penerima tenaga pantulan itu dikesan. Aras atau
isipadu cecair itu ditentukan dengan mengukur masa antara denyut itu dipancakan
dari pemancar hingga pantulan diterima di penerima. Semakin pendek masa
tersebut, semakin banyak cecair yang ada di dalam tangki. Frekuensi pengayun
yang diguna dalam pengukuran aras cecair sonik mempunyai julat daripada lebih
kurang 6 KHz hingga 600 KHz.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/9
SUIS KAWALAN

AKTIVITI

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA.

15.1 Apakah teknik pengukuran bagi pengukuran aras cecair jenis sonic ?

15.2 Apakah julat frekuensi bagi pengukuran aras cecair jenis sonic ?

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/10
SUIS KAWALAN

MAKLUMBALAS

15.1 Teknik pengukuran ini beroperasi berdasarkan prinsip yang sama seperti radar.

15.2 Frekuensi pengayun yang diguna dalam pengukuran aras cecair sonik
mempunyaijulat dari 6 khz hingga 600khz.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/11
SUIS KAWALAN

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

15.1 Lukiskan gambarajah bagi penunjuk aras cecair berkemuatan untuk tangki logam,
cecair tak beraliran dan tangki bukan logam, cecair tak beraliran ?

15.2 Terangkan perbezaan operasi kerja kedua-dua penunjuk aras cecair berkemuatan
tersebut ?

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/12
SUIS KAWALAN

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

15.1

Ini merupakan kaedah yang paling kerap digunakan untuk mengukur aras cecair.
Bergantung pada jenis cecair dan jenis tangki yang menyimpan cecair berkenaan,
beberapa teknik berlainan boleh diguna dalam pengukuran aras cecair
berkemuatan. Jika cecair daripada jenis tak beraliran dan tangkinya diperbuat
daripada logam, sebatang elektrod bertebat dilekapkan selari dengan dinding
logam, seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah. Satu pemuat terbentuk dengan
elektrod dan dinding tangki membentuk dielektriknya. Kemuatan elektrik pemuat
berkadar dengan ketinggian cecair. Aras cecair dapat dinyatakan kuantitinya
dengan menyambungkan isyarat AC ke dinding tangki dan elektrod. Regangan
yang dihasilkan menentukan keamatan arus seperti yang diukur dengan
menggunakan meter ampere yang ditentukur dalam unit aras tangki atau unit
isipadu.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 15/13
SUIS KAWALAN

15.1 Dua elektrod bertebat digunakan jika tangki bukan logam digunakan untuk
menyimpan cecaie tak beraliran, seperti dalam rajah di bawah. Di sini kedua-dua
elektrod membentuk plat sementara cecair dan penebat elektrod membantu
dielektriknya.
Jika cecair jenis beraliran, teknik yang sama seperti di atas boleh digunakan,
kecuali elektrod dan cecair membentuk plat kapasitor, manakala penebat elektrod
bertindak sebagai dielektrik.
Selain dilekapkan pada tepi tangki, elektrod boleh juga dibentuk sebagai kuar dan
disisip ke dalam tangki. Kuar jenis ini biasanya mempunyai kemuatan 10pF
apabila didedahkan kepada udara kering dan bergantung pada jenis cecair,
mempunyai kemuatan lebih kurang 200pF apabila direndam sepenuhnya. Isyarat
AC berfrekuensi dalam julat 29KHz hingga 1 MHz diguna untuk menguja kuar.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/1
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

UNIT 16

LITAR PENAPIS DAN PENERIMA


ISYARAT

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami kendalian penapis
dan penerimaan isyarat

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

‰ menerangkan komponen-komponen litar penapis

‰ menerangkan komponen-komponen litar penerima

‰ menerangkan kegunaan litar penapis

‰ menerangkan kegunaan litar penerima

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/2
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

INPUT

16.0 Pengenalan

Pernahkah pelajar mengalami masalah ketidakjelasan suara ketika


berkomunikasi menggunakan telefon mudah alih? Apakah punca kepada keadaan yang
sedemikian? Ini adalah kerana masalah yang terdapat pada system penerimaan isyarat
kita. Masalah ini mungkin dari segi kebisingan, masalah elektrostatik dan mungkin juga
elektromagnetik.

Hingar.

Secara praktikalnya, hingar terdapat di dalam system fizikal. Ia mungkin terjana


secara dalaman pada isyarat talian bekalan kuasa atau melalui radiasi dari isyarat
yang berdekatan atau juga dari lampu floresen dan sebagainya. Secara logiknya jika
terjadi denyut hingar yang mengurangkan amplitude pada terminal masukan get, ia
akan memberi implikasi pada tahap yang berikutnya iaitu boleh menyebabkan
kesalahan isyarat logic pada keluaran.

VI
Vo

Rajah 16.1

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/3
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

Vo VI

5v

VOH =3.5v

NMH VIH = 2.4v

NML VIL = 0.8v

VOL=0.4v 0

Output pada Output pada


tahap pertama tahap kedua

Rajah 16.2

Dalam Rajah 16.2 menunjukkan julat margin pada litar yang mengandungi
dua get identical. Bagi pacuan pada voltan get, Vo adalah logic 0 dimana Vol < VIL , di
mana tahap LOW julat margin NML adalah didefinasikan sebagai perbezaan tahap
masukan LOW VIL dan tahap voltan keluaran LOW VOL pada get yang berkenaan.

Oleh itu, NML = VIL – VOL

Bagi keadaan tinggi (HIGH) iaitu pada pacuan get V0 pada pemacu get adalah logic
1 bila berkeadaan TINGGI, syaratnya adalah VOH ≥ VIH .

Tahap TINGGI julat hingar adalah,

NMH = VOH - VIH

Tahap LOW julat margin mewakili amplitude voltan hingar di mana bila
ditambahkan ke keluaran VO get pemacu, akan menyebabkan voltan masukan Vi
pada tahap berikutnya sampai ke tahap voltan ambang (threshold) VIL dan
menyebabkan salah pemicuan.
Sama juga dengan tahap TINGGI julat hingar yang mewakili amplitude voltan
hangar negative yang mana bila penambahan ke voltan keluaran Vo akan
menyebabkan voltan masukan VI pada tahap berikutnya menuju voltan ambang VIH
dan menyebabkan terjadi salah pemicuan.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/4
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT
Contoh.

Penyongsang TTL mempunyai parameter VIL = 0.8V, VIH = 2.4V , VOL = 0.4v dan
VOH =3.5V. Penyongsang CMOS mempunyai parameter VIL = 1.5V, VIH =3.5V, VOL
= 0.01V, and VOH =4.99V. Kirakan julat hingar bila dua penyongsang TTL
dikaskadkan dan bila dua penyongsang CMOS dikaskadkan. Bandingkan
keputusannya.

Penyelesaian.

Daripada formula, untuk TTL

NML = VIL – VOL = 0.8 – 0.4 = 0.4 V

Dan,

NMH = VOH - VIH = 3.5 -2.4 = 1.1 V

Untuk CMOS,

NML = VIL – VOL = 1.5 -0.01 = 1.49 V

NMH = VOH - VIH = 4.99 – 3.5 = 1.49V

Oleh itu, get CMOS mempunyai julat hingar yang lebih tinggi berbanding dengan
get TTL.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/5
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

AKTIVITI

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

16.1 Berikan definasi hingar ?

16.2 Bagaimana hingar boleh mempengaruhi penerimaan isyarat sesuatu


litar ?

16.3 Sebutkan 2 jenis hingar yang biasa terjadi dalam sesuatu isyarat?

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/6
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

MAKLUMBALAS

16.1 Hingar adalah gangguan yang menyebabkan kebisingan dimana ia akan


melemahkan isyarat keluaran jika dibandingkan dengan isyarat masukan.

16.2 Hingar mempengaruhi sesuatu isyarat dengan mengurangkan amplitude


sesuatu isyarat masukan.

16.3 Gangguan elektrostatik dan elektromagnetik.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/7
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

INPUT

Pengkabelan.

Pengkabelan yang betul boleh mencegah berlakunya interferen dari magnetic yang
besar dan medan elektrik yang dihasilkan terutamanya dalam bidang pembuatan.
Pembumian yang betul pada litar dan bekalan kuasa akan meminimakan kesan
perbezaan bezaupaya bumi dan litar pintar dalam litar.
Tanpa teknik pembalutan dan pembumian yang baik, meskipun system “data
acquisition” yang mahal akan menghasilkan keputusan yang kurang baik.
Pengkabelan yang baik akan memaksimakan system itu.

Pembalutan/pngkabelan dari Magnetik dan Elektrostatik.

Bila arus mengalir ia akan menghasilkan medan magnetic. Lebih besar arus itu,
semakin besar medan magnet yang terhasil. Dalam fasiliti perindustrian, sebuah
mesin mungkin menggunakan ratusan ampere atau lebih. Ia akan menghasilkan
medan megnet yang banyak kepada kawasan sekitar.

Bilamana medan magnet memotong pengalir, arus diaruhkan dalam pengalir.


Magnitud arus yang diaruhkan bergantung pada kekerapan medan magnet berubah.
Kebiasaannya arus yang besar akan menghasilkan medan magnet pada frekuensi 60
Hz , medan magnet terbina dan hilang pada 60 Hz , memotong pengalir dan
mengaruh hingar pada 60 Hz pada isyarat yang dibawa oleh pengalir ini. Medan
megnet yang dihasilkan tidak semestinya berkembang dengan secara malar. Oleh itu
ia tidak secara berterusan mengaruh arus pada isyarat pengalir.

Bagaimanapun suis, alat geganti, elektronik adalah satu alat pensuisan yang
membolehkan ia mensuis arus secara tiba-tiba. Medan magnet yang teraruh pada
denyut yang signifikan kepada pengalir yang merentasinya.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah medan magnet adalah laluan kabel dan
kedudukannya dalam litar. Iaitu dengan menjauhkannnya dari komponen yang
sensitive , penyesuai isyarat masukan dari komponen lain dalam litar tersebut.
Frekuensi radio isyarat digital pada pemproses isyarat arus tinggi pada keluaran
kuasa akan menghasilkan medan magnet di litar elektronik tersebut. Menempatkan
lkad berasingan dari litar isyarat analog pada computer dan bekalan kuasa elektronik.
Asingkan juga kad ini dari komponen litar dengan balutan supaya mencegah dari
berlakunya kesan medan magnet.

Cara kedua untuk mengelakkan kesas medan magnet adalah dengan mengelakkan
kabel bekalan kuasa dan kabel yang lain seperti kabel analog tahap rendah iaitu kabel
yang membawa isyarat selari dan berada dalam conduit yang sama. Ini adalah kerana
conduit plastic tidak boleh mencegah kesan medan magnet.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/8
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT
Dalam material feromagnetik untuk kondiut kuasa akan menyimpan isyarat magnetic
dengan baik. Elakkan dari menggabungkan kabel isyarat analog tahap rendah dengan
CATV, lebar jalur dan juga kabel data komunikasi jalur asas. Frekuensi radio, isyarat
digital menghasilkan frekuensi hingar yang sangat tinggi ianya sukar untuk
membawa keluar isyarat analog dari kabel yang berdekatan.

Tujuan penyalutan ini adalah untuk mengelakkan dari berlakunya kesan medan
magnet. Begitupun keefektfannya bergantung kepada penyusutannya dalam bentuk
decibel atau dB. Semakin besar factor kuasa semakin baik. Unit dB adalah dalam
hubungan logaritmik. Perubahan 20dB adalah bersamaan dengan 10.

Penyerapan kehilangan adalah bergantung kepada jenis material penyalut yang


digunakan, frekuensi dan juga frekuensi kesan medan magnet.

Frekuensi Ketebalan (in) Aluminium Kuprum Besi


Audio 0.020 2 3 10
0.125 10 40
100Khz 0.020 25 35 >150
0.125 130 >150

Jadual 16.1
Jadual 16.1 menunjukkan keberkesanan penyalutan dari kesan magnetic iaitu
hubungan antara ketebalan, frekuensi dan juga material penyalut.

Besi adalah pilihan yang senang didapati serta murah. Tetapi dalam radio-frekuensi
aluminium dan kuprum adalah lebih baik. Walaubagaimanapun ketiga-tiga bahan dia
atas sering digunakan untuk menghalang dari berlakunya kesan medan magnet
terutama pada frekuensi yang tinggi.

Sebarang perubahan bezaupaya adalah berkadar terus dengan medan elektrik.


Semakin besar bezaupaya, semakin besar medan elektrik yang terhasil dan semakin
banyak electron pembawa yang bertindakbalas. Pergerakan electron dalam pembawa
adalah arus yang diaruhkan dalam pengalir melalui voltan keluaran.

Jika kita menempatkan pengalir yang sensitive ke dalam pengalir lain ia dipanggil
penyalut (shield), electron pada penyalut perlu melaluinya dimana akan
menghasilkan kesan medan elektrik. Setiap garis medan elektrik akan menarik dari
bawah pada penyalut.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/9
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

+ + + + + + + + + +
Penyalut
elektrostatik
Medan elektrik
teraruh dalaman
Pengalir
Medan sensitif
elektrik
terarus luaran
- - - - - - - - -

Rajah 16.3

Rajah 16.3 menunjukkan bahagian atas kabel adalah cas negative dan bahagian
bawah kabel adalah cas positive. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan cas dan
medan megnet yang berbeza antara kabel. Fenomena ini adalah tidak elok dan
perlukan kepada penyalut.
Oleh itu perlunya pembumian dimana dengan kaedah pembumian ini akan
mengalirkan electron itu ke bumi.

Bagi tujuan mengatasi masalah gangguan medan elektrostatik letakkan penyalut


antara saluran ke data acquisition. Ini termasuk transduser, kabel, bekalan kuasa,
pengawal, hubungan dengan computer dan juga paparan.

Pembumian

Satu lagi cara untuk mengatasi masalah elektrostatik adalah dengan pembumian.
Tetapi ia hendaklah dibumikan semua bahagian atau semua komponen pada satu titik
atau point.

Apakah masalah yang timbul jika tidak dibumikan semua komponen pada satu titik.
Jika ianya di bumikan berlainan titik akan berlaku beza upaya antara kedua titik
tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/10
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

transduser Penyesuai Pemapar


isyarat isyarat

hingar

Rajah 16.3

Rajah 16.3 diatas mengilustrasikan bagaimana jika terdapat dua pembumian dalam
satu litar. Iaitu bila arus dari transduser akan mengalir ke pemapar isyarat maka akan
wujud dua beza upaya di situ. Seperti yang di tunjukkan dalam Rajah 16.3 akan
terdapat hingar kecil disebabkan rintangan yang rendah pada penyalut iaitu sekitar
0.5Ω atau kurang. Oleh itu kesan aliran arus di dalam penyalut itu ialah, biasanya
diterjemahkan dalam persamaan;

Ishield = V noise / R=Shield

= 2v/ 0.5Ω

=4A

Disebabkan penyalut itu tidak direkabentuk untuk menahan arus yang besar ia akan
merosakkan penyalut itu seperti terbakar atau sebagainya. Kedua, arus akan
mengaruhkan medan magnetic yang sangat sensitive pada isyarat yang dihantar.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/11
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

transduser Penyesuai Pemapar


isyarat isyarat

hingar
Rajah 16.4

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/12
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

AKTIVITI

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

16.1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan gangguan elektrostatik?

16.2 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan gangguan elektromagnetik?

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/13
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?


Jika “Ya” , sila semak jawapan anda.

16.1 Elektrostatik terbina kesan daripada ketidakseimbangan cas antara cas positif
dan cas negative dalam sesebuah pengalir atau sesuatu kabel.

16.2 Elektromagnetik adalah kesan medan elektrik yang terhasil bila arus melalui
sesuatu kabel.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/14
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri
ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!

16.1 Penyongsang TTL mempunyai parameter VIL = 0.8V, VIH = 2.4V , VOL = 0.4v
dan VOH =3.5V. Penyongsang CMOS mempunyai parameter VIL = 1.5V, VIH
=3.5V, VOL = 0.01V, dan VOH = 4.99V. Kirakan julat hingar bila dua
penyongsang TTL dikaskadkan dan bila dua penyongsang CMOS
dikaskadkan. Bandingkan keputusannya.

16.2 Dengan bantuan gambarajah terangkan bagaimana gangguan elektrostatik


boleh berlaku dan cadangkan cara-cara untuk mengatasinya.

16.3 Terangkan bagaimana gangguan kesan medan magnet terjadi dan cara untuk
mengatasinya.

16.4 Dengan bantuan gambarajah terangkan jenis-jenis pembumian, kelemahan


dan cara mengatasinya?

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/15
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.
16.1

Penyelesaian.

Daripada formula, untuk TTL

NML = VIL – VOL = 0.8 – 0.4 = 0.4 V

Dan,

NMH = VOH - VIH = 3.5 -2.4 = 1.1 V

Untuk CMOS,

NML = VIL – VOL = 1.5 - 0.01 = 1.49 V

NMH = VOH - VIH = 4.99 – 3.5 = 1.49V

Oleh itu, get CMOS mempunyai julat hingar yang lebih tinggi berbanding dengan
get TTL.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/16
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT
16.2

+ + + + + + + + + +
Penyalut
elektrostatik
Medan elektrik
teraruh dalaman
Pengalir
Medan sensitif
elektrik
terarus luaran
- - - - - - - - -

Rajah 16.3

Rajah 16.3 menunjukkan bahagian atas kabel adalah cas negative dan bahagian
bawah kabel adalah cas positive. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan cas dan
medan megnet yang berbeza antara kabel. Fenomena ini adalah tidak elok dan
perlukan kepada penyalut.
Oleh itu perlunya pembumian dimana dengan kaedah pembumian ini akan
mengalirkan electron itu ke bumi.

Bagi tujuan mengatasi masalah gangguan medan elektrostatik letakkan penyalut


antara saluran ke data acquisition. Ini termasuk transduser, kabel, bekalan kuasa,
pengawal, hubungan dengan computer dan juga paparan.

16.2 Bila arus mengalir ia akan menghasilkan medan magnetic. Lebih besar arus
itu, semakin besar medan magnet yang terhasil. Dalam fasiliti perindustrian, sebuah
mesin mungkin menggunakan ratusan ampere atau lebih. Ia akan menghasilkan
medan magnet yang banyak kepada kawasan sekitar.

Bilamana medan magnet memotong pengalir, arus diaruhkan dalam pengalir.


Magnitud arus yang diaruhkan bergantung pada kekerapan medan magnet berubah.
Kebiasaannya arus yang besar akan menghasilkan medan magnet pada frekuensi 60
Hz , medan magnet terbina dan hilang pada 60 Hz , memotong pengalir dan
mengaruh hingar pada 60 Hz pada isyarat yang dibawa oleh pengalir ini. Medan
megnet yang dihasilkan tidak semestinya berkembang dengan secara malar. Oleh itu
ia tidak secara berterusan mengaruh arus pada isyarat pengalir.

Bagaimanapun suis, alat geganti, elektronik adalah satu alat pensuisan yang
membolehkan ia mensuis arus secara tiba-tiba. Medan magnet yang teraruh pada
denyut yang signifikan kepada pengalir yang merentasinya.

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/17
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

Salah satu cara untuk mengatasi masalah medan magnet adalah laluan kabel dan
kedudukannya dalam litar. Iaitu dengan menjauhkannnya dari komponen yang
sensitive , penyesuai isyarat masukan dari komponen lain dalam litar tersebut.
Frekuensi radio isyarat digital pada pemproses isyarat arus tinggi pada keluaran
kuasa akan menghasilkan medan magnet di litar elektronik tersebut. Menempatkan
lkad berasingan dari litar isyarat analog pada computer dan bekalan kuasa elektronik.
Asingkan juga kad ini dari komponen litar dengan balutan supaya mencegah dari
berlakunya kesan medan magnet.

Cara kedua untuk mengelakkan kesas medan magnet adalah dengan mengelakkan
kabel bekalan kuasa dan kabel yang lain seperti kabel analog tahap rendah iaitu kabel
yang membawa isyarat selari dan berada dalam conduit yang sama. Ini adalah kerana
conduit plastic tidak boleh mencegah kesan medan magnet.

16.4

Tetapi ia hendaklah dibumikan semua bahagian atau semua komponen pada satu
titik atau point.

Apakah masalah yang timbul jika tidak dibumikan semua komponen pada satu titik.
Jika ianya di bumikan berlainan titik akan berlaku beza upaya antara kedua titik
tersebut.

transduser Penyesuai Pemapar


isyarat isyarat

hingar

Rajah 16.3

Rajah 16.3 diatas mengilustrasikan bagaimana jika terdapat dua pembumian dalam
satu litar. Iaitu bila arus dari transduser akan mengalir ke pemapar isyarat maka akan
wujud dua beza upaya di situ. Seperti yang di tunjukkan dalam Rajah 16.3 akan
terdapat hingar kecil disebabkan rintangan yang rendah pada penyalut iaitu sekitar
0.5Ω atau kurang. Oleh itu kesan aliran arus di dalam penyalut itu ialah, biasanya
diterjemahkan dalam persamaan;

Ishield = V noise / R=Shield

http://modul2poli.blogspot.com/
E4140/UNIT 16/18
LITAR PENAPIS DAN PENERIMA ISYARAT

= 2v/ 0.5Ω

=4A

Disebabkan penyalut itu tidak direkabentuk untuk menahan arus yang besar ia akan
merosakkan penyalut itu seperti terbakar atau sebagainya. Kedua, arus akan
mengaruhkan medan magnetic yang sangat sensitive pada isyarat yang dihantar.

transduser Penyesuai Pemapar


isyarat isyarat

hingar
Rajah 16.4

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/1

UNIT 17
PENGENALAN KEPADA
PENDERIA INDUSTRI

OBJEKTIF

Objektif am : Mengenali dan memahami penderia dari segi kelas,


kriteria pemilihan, ciri-ciri dan kegunaan.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

‰ Mentakrifkan penderia dan pemindaharuh

‰ Menyenaraikan kelas-kelas penderia berdasarkan kegunaannya

‰ Menyenaraikan kriteria pemilihan penderia berdasarkan


kegunaan dan ciri-ciri penderia

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/2

INPUT

17.0 PENGENALAN

Penderia (sensor) dan pemindaharuh (transducer) adalah merupakan


bahagian yang paling penting di dalam sistem-sistem kawalan di industri. Ianya
digunakan di dalam sistem-sistem kawalan seperti kawalan pemprosessan,
kawalan motor dan kawalan pergerakan. Kita akan berjumpa dengan alat-alat ini
di dalam hampir kesemua sistem yang ada kerana ianya membekalkan maklumat
penting mengenai kelancaran operasi sesuatu sistem.

Penderia ditakrifkan sebagai satu alat yang sensitif kepada pergerakan,


haba, cahaya, tekanan, elektrik, magnetik dan pelbagai jenis tenaga yang lain.
Pemindaharuh pula ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh menerima satu bentuk
tenaga dan menukarkannya kepada bentuk tenaga yang lain.

Pembolehubah keluaran (atau sambutan) yang diukur dikenali sebagai


bahan ukur (measurand). Sebagai contoh, pecutan dan halaju sesebuah kenderaan,
suhu dan tekanan untuk satu loji pemprosessan, dan arus melalui satu litar
elektrik. Satu alat pengukuran akan melalui dua peringkat apabila melakukan
pengukuran isyarat. Pertama, pengesanan isyarat yang sesuai untuk tujuan
penghantaran (signal transmission), penyesuaian isyarat (signal conditioning),
pemprosesan (signal processing) atau untuk menggerakan pengawal (controller)
atau penggerak (actuator). Oleh yang demikian, keluaran daripada peringkat
pemindaharuh kebiasaannya adalah isyarat elektrikal. Peringkat penyusunan
penderia dan pemindaharuh di dalam alat pengukuran boleh ditunjukkan oleh
perwakilan skimatik di dalam rajah 17.1 di bawah.

Alat Pengukuran
Pembolehubah
Bahan Ukur
Pengesan untuk
(Kebiasaannya Pemindaharuh
Isyarat Penghantaran
Isyarat Analog)
(Isyarat
Elektrikal)
Rajah 17.1 Perwakilan skimatik untuk satu alat pengukuran

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/3

17.1 KELAS-KELAS PENDERIA

Adalah sangat penting untuk kita mengetahui bahawa semua jenis


penderia dan pemindaharuh akan dikategorikan dalam satu kumpulan yang besar
dinamakan peralatan. Bilangan penderia dan pemindaharuh yang boleh didapati
untuk kegunaan dalam sistem-sistem perindustrian yang moden adalah hampir
tidak terhad. Maka adalah prnting untuk mengklasifikasikan mereka ke dalam
kumpulan-kumpulan yang mewakili jenis penukaran tenaga yang digunakan
seperti suhu, pergerakan, cahaya dan sebagainya.

Senarai kelas-kelas penderia mengikut kegunaannya adalah seperti berikut:

i. Pengukuran Suhu
ii. Pengukuran Tekanan
iii. Pengukuran Pengaliran
iv. Pengukuran Paras
v. Pengukuran Dimensi
vi. Pengukuran Kedudukan dan Pergerakan
vii. Pengukuran Pecutan dan Halaju
viii. Pengukuran Jisim, Daya dan Dayakilas
ix. Pengukuran Kelembapan
x. Pengukuran Bunyi
xi. Pengukuran Gas
xii. Pengukuran pH, dll.

Daripada senarai di atas kita boleh dapati bahawa terdapat banyak sekali
kelas-kelas penderia berserta dengan kegunaannya yang boleh didapati pada masa
sekarang. Di dalam unit-unit yang akan datang kita akan membincangkan
beberapa kelas penderia yang ada dalam senarai berserta dengan kaedah-kaedah
pengukuran yang digunakan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/4

AKTIVITI 17a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

17.1 Berikan takrifan untuk penderia dan pemindaharuh.

17.2 Lukiskan gambarajah perwakilan skimatik untuk susunan penderia dan


pemindaharuh di dalam satu alat pengukuran.

17.3 Senaraikan ENAM (6) kelas penderia yang anda ketahui.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/5

MAKLUMBALAS 17a

17.1 Penderia ditakrifkan sebagai satu alat yang sensitif kepada pergerakan, haba,
cahaya, tekanan, elektrik, magnetik dan pelbagai jenis tenaga yang lain.

Pemindaharuh pula ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh menerima satu bentuk
tenaga dan menukarkannya kepada bentuk tenaga yang lain.

17.2

Alat Pengukuran
Pembolehubah
Bahan Ukur
Pengesan untuk
(Kebiasaannya Pemindaharuh
Isyarat Penghantaran
Isyarat Analog)
(Isyarat
Elektrikal)

Perwakilan skimatik untuk satu alat pengukuran

17.3 Senaraikan mana-mana ENAM (6) yang berikut:


i. Pengukuran Suhu
ii. Pengukuran Tekanan
iii. Pengukuran Pengaliran
iv. Pengukuran Paras
v. Pengukuran Dimensi
vi. Pengukuran Kedudukan dan Pergerakan
vii. Pengukuran Pecutan dan Halaju
viii. Pengukuran Jisim, Daya dan Dayakilas
ix. Pengukuran Kelembapan
x. Pengukuran Bunyi
xi. Pengukuran Gas
xii. Pengukuran pH, dll.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/6

INPUT

17.2 PEMILIHAN PERALATAN

Titik permulaan dalam pemilihan peralatan yang paling sesuai untuk


pengukuran kuantiti tertentu di dalam loji pemprosesan atau sistem yang lain ialah
merujuk kepada spesifikasi untuk ciri-ciri peralatan yang diperlukan. Senarai ciri-
ciri yang perlu diberikan pertimbangan adalah seperti berikut.

17.2.1 Klasifikasi Peralatan

17.2.1.1 Peralatan Aktif / Pasif

Peralatan dikatakan aktif atau pasif bergantung kepada


samada keluaran alat tersebut adalah dihasilkan sepenuhnya oleh
kuantiti yang diukur atau kuantiti yang diukur cuma digunakan
untuk memodulet suatu sumber bekalan luaran.

Penderia Pasif
Penderia tekanan yang ditunjukkan di dalam rajah 17.2(a) adalah
merupakan contoh peralatan pasif yang baik. Di mana tekanan
daripada cecair adalah diterjemahkan ke dalam pergerakan jarum
penunjuk pada suatu skala. Ini bermakna tenaga yang dihasilkan
untuk menggerakan jarum penunjuk adalah daripada perubahan
tekanan itu sendiri dan bukannya daripada sumber tenaga luar.

Penderia Aktif
Penunjuk paras tangki minyak jenis apungan (float) yang
ditunjukkan di dalam rajah 17.2(b) adalah merupakan contoh
peralatan aktif yang baik. Di sini, perubahan paras minyak akan
menggerakan lengan meter beza-upaya dan isyarat keluaran yang
dihasilkan adalah merupakan sebahagian daripada sumber bekalan
kuasa luaran yang dibekalkan kepada meter beza-upaya. Ini
bermakna isyarat keluaran adalah terhasil daripada sumber bekalan

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/7

kuasa luaran; dan penderia cuma memoduletkan nilai voltan


daripada sumber bekalan kuasa luaran tersebut.

Rajah 17.2(a) Penderia Tekanan Pasif

Rajah 17.2(b) Penunjuk Paras Tangki Minyak

Satu Perbezaan yang ketara di antara penderia aktif dan


penderia pasif ialah dari segi ketepatan pengukuran yang boleh
dicapai. Penderia pasif adalah terhad dari segi ketepatan
pengukuran yang boleh dicapai. Sebagai contoh, penderia tekanan
pada rajah 17.2(a), ketepatan pengukuran boleh ditambah dengan
menambahkan panjang jarum penunjuk yang digunakan akan
tetapi ia bergantung kepada panjang jarum yang praktikal yang
boleh digunakan. Manakala untuk penderia aktif, penukaran
magnitud sumber tenaga luaran dapat memberikan kawalan yang
lebih dalam mencapai ketepatan pengukuran yang lebih tinggi.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/8

Dari segi kos, penderia pasif adalah lebih mudah dibina dan
lebih murah. Pemilihan di antara penderia aktif dan pasif untuk
sesuatu kegunaan adalah bergantung kepada perimbangan di antara
keperluan untuk ketepatan pengukurang berbanding kos penderia
tersebut.

17.2.1.2 Peralatan Jenis Pesongan (Deflection) / Nol (Null)

Penderia tekanan dalam rajah 17.2(a) adalah contoh


peralatan pesongan di mana nilai kuantiti yang diukur adalah
ditunjukkan dalam pergerakan jarum penunjuk. Satu jenis penderia
tekanan lain yang ditunjukkan di dalam rajah 17.3 yang dikenali
sebagai penderia jenis nol. Di dalam penderia ini, pemberat
diletakkan di atas omboh sehingga daya ke bawah diimbangi oleh
tekanan cecair. Pemberat ditambahkan sehingga omboh mencapai
tahap datum yang dikenali sebagai titik nol (Null Point). Tekanan
adalah diukur dari segi nilai pemberat yang diperlukan untuk
mencapai titik nol.

Penderia jenis nol adalah lebih tepat kerana penentukuran


pemberat adalah lebih mudah dan tepat daripada penentukuran
pegas (spring) dengan ciri-ciri lelurus (linear). Dari segi
penggunaan, jelas bahawa penderia pesongan adalah lebih senang
untuk digunakan tanpa perlu mengira (mencampur dan menolak)
nilai pemberat yang digunakan.

Rajah 17.3 Penderia Tekanan “Dead Weight ”

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/9

17.2.1.3 Peralatan Pengawasan (Monitor) / Pengawalan (Control)

Satu perbezaan yang penting di antara kedua-kedua alat ini


ialah samada ianya sesuai untuk fungsi pengawasan sahaja atau
samada keluarannya adalah dalam bentuk yang boleh dimasukkan
terus ke dalam satu sistem kawalan automatik.

Penderia yang hanya membekalkan penunjuk bunyi atau


pandang (audio or visual) untuk magnitud kuantiti fizikal yang
diukur seperti meter suhu jenis cecair dalam gelas, hanya sesuai
untuk tujuan pengawasan sahaja. Kelas ini kebiasaannya
merangkumi alat jenis nol dan kebanyakan penderia pasif. Untuk
suatu alat menjadi sesuai untuk dimasukkan terus ke dalam
kawalan automatik, keluarannya mestilah dalam bentuk yang
sesuai sebagai masukan terus kepada pengawal (controller).
Kebiasaannya, ini melibatkan alat yang mempunyai keluaran
dalam bentuk isyarat elektrik.

17.2.1.4 Peralatan Analog / Digital

Satu alat analog membekalkan keluaran yang sentiasa


berubah bergantung kepada perubahan kuantiti yang diukur. Ia
boleh mempunyai bilangan nilai keluaran yang tidak terhingga di
dalam julat pengukuran yang ditentukan. Alat penderia pesongan
untuk mengukur tekanan adalah contoh peralatan analog yang
baik.

Satu alat digital akan mempunyai keluaran yang berubah


dalam langkah diskret maka ia hanya boleh mempunyai bilangan
keluaran tertentu sahaja. Rajah 17.4 menunjukkan satu pembilang
putaran (revolution counter). Sesondol (cam) akan membuka dan
menutup suis pada setiap pusingan dan operasi suis akan dikira
oleh satu pembilang elektronik. Sistem ini hanya boleh membilang
satu pusingan lengkap dan tidak dapat mengesan pusingan yang
tidak lengkap.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/10

Perbezaan di antara peralatan analog dan digital menjadi


semakin ketara dengan perkembangan pesat dalam aplikasi
mikrokomputer di dalam sistem kawalan automatik. Peralatan
analog perlu disambungkan kepada penukar analog ke digital yang
akan menukarkan isyarat analog kepada isyarat digital yang boleh
diterima oleh komputer.

Rajah 17.4 Pembilang Putaran

17.2.2 Piawaian (Standards)

Unit piawaian untuk pengukuran kuantiti fizikal telah lama


diwujudkan dan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Kita mempunyai
pilihan untuk merujuk kepada Unit Piawaian (Standard Units) atau kepada
yang telah diiktiraf iaitu Unit Ukuran SI (Systèmes Internationales
d’Unitès).

17.2.3 Ciri-Ciri Statik Peralatan

17.2.3.1 Ketepatan (Accuracy)

Sekiranya kita mempunyai satu meter suhu di dalam bilik


dan bacaannya menunjukkan 20ºC, kita tidak begitu ambil kisah
samada suhu sebenarnya ialah 19.5ºC ataupun 20.5ºC. Ini adalah
kerana perubahan suhu sekecil itu tidak memberikan sebarang
kesan kepada kita. Oleh yang demikian, ketepatan ukuran meter
suhu pada ±0.5ºC adalah memadai bagi kita.

Walaubagaimanapun, sekiranya kita mengukur suhu untuk


satu proses kimia, perubahan suhu sebanyak 0.5ºC mungkin akan
memberikan kesan yang agak besar kepada kadar reaksi atau hasil

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/11

daripada proses kimia tersebut. Maka jelas bahawa ukuran yang


lebih baik daripada ±0.5ºC adalah diperlukan.

17.2.3.2 Kepersisan (Precision) / Kebolehulangan (Repeatability) /


Kebolehkeluaran Semula (Reproducibility)

Kepersisan merujuk kepada kadar kebebasan sautu alat


daripada ralat rawak. Sekiranya sejumlah besar bacaan diambil
untuk kuantiti yang sama dengan alat yang mempunyai kepersisan
yang tinggi maka nilai-nilai bacaan akan mempunyai perbezaan
yang kecil. Perbezaan di antara ketepatan dan kepersisan
ditunjukkan dalam rajah 17.5.

Rajah 17.5 Perbandingan di antara ketepatan dan kepersisan

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/12

Kebolehulangan merujuk kepada kerapatan bacaan


keluaran apabila masukan yang sama dikenakan berulang-ulang
dalam suatu tempoh masa yang singkat, dengan keadaan
pengukuran, peralatan, lokasi dan sebagainya yang sama.

Kebolehkeluaran semula merujuk kepada kerapatan bacaan


keluaran untuk masukan yang sama dikenakan apabila terdapat
penukaran pada kaedah, pemerhati, peralatan, loksai, keadaan dan
masa pengukuran.

17.2.3.3 Toleransi (Tolerance)

Toleransi adalah istilah yang sangat rapat dengan ketepatan


dan merujuk kepada ralat maksimum yang dijangkakan. Ia
menunjukkan sisihan maksimum untuk sautu komponen daripada
suatu nilai yang telah dispesifikasikan. Sebagai contoh, perintang
1000Ω ± 5% toleransi akan mempunyai nilai sebenar di antara
950Ω dan 1050Ω.

17.2.3.4 Julat Rentang (Range of Span)

Julat rentang untuk suatu alat menunjukkan nilai minimum


dan maksimum untuk kuantiti yang mana alat tersebut direka untuk
ukur.

17.2.3.5 Pincang (Bias)

Pincang merujuk kepada ralat yang sentiasa ada di dalam


pengukuran skala penuh untuk suatu alat. Ralat ini boleh
dihapuskan memalui penentukuran alat tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/13

17.2.3.6 Kelelurusan (Linearity)

Pada kebiasaannya keluaran daripada suatu alat adalah


dikehendaki berkadaran lelurus (lineary proportional) dengan
kuantiti yang hendak diukur. Rajah 17.6 menunjukkan ciri-ciri
keluaran satu alat yang lelurus.
Output
reading

Gradient=Sensitivity of
Measurement

Measured
quantity

Rajah 17.6 Ciri-ciri keluaran satu alat yang lelurus.

17.2.3.7 Kepekaan (Sensitivity)

Kepekaan adalah merujuk kepada pengukuran perubahan


yang berlaku pada bacaan keluaran suatu alat apabila kuantiti yang
diukur berubah untuk suatu nilai tertentu. Sebagai contoh,
sekiranya tekanan 2 bar menghasilkan pesongan 10º dalam
penderia tekanan maka kepekaan untuk alat tersebut ialah 5º/bar.

17.2.3.8 Kepekaan Kepada Gangguan (Sensitivity to Disturbance)

Kepekaan kepada gangguan untuk suatu alat merujuk


kepada perubahan yang disebabkan oleh perubahan keadaan alam
sekeliling. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Hanyut Sifar (Zero
Drift) dan Hanyut Kepekaan (Sensitivity Drift). Kedua-dua
keadaan ini boleh dilihat di dalam rajah 17.7(a), (b) dan (c).

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/14

Rajah 17.7 (a) Hanyut Sifar, (b) Hanyut Kepekaan


(c) Gabungan Hanyut Sifar dan Hanyut Kepekaan

17.2.3.9 Histerisis (Hysteresis)

Rajah 17.8(a) menunjukkan ciri-ciri keluaran untuk suatu


alat yang mempunyai histerisis. Sekiranya kuantiti yang diukur
dinaikan secara perlahan-lahan daripada nilai negatif, bacaan
keluaran akan berubah seperti ditunjukkan oleh lengkuk A.
Sekiranya kuantiti yang diukur dikurangkan secara perlahan-lahan
pula, nilai bacaan keluaran akan berubah mengikut lengkuk B.
Ketidaktepatan di antara lengkuk penambahan beban dan
pengurangan beban dinamakan histerisis.

17.2.3.10 Ruang Mati (Dead Space)

Ruang mati merujuk kepada julat nilai masukan yang


berlainan yang tidak menghasilkan sebarang perubahan pada

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/15

bacaan keluaran sesuatu alat. Keadaan ini ditunjukkan di dalam


rajah 17.8(b).

17.2.3.11 Ambang (Threshold)

Merujuk kepada nilai masukan minimum yang perlu diatasi


sebelum perubahan pada bacaan keluaran peralatan adalah cukup
besar untuk dikesan.

Rajah 17.8(a) Ciri-ciri peralatan dengan histerisis

Rajah 17.8(b) Ciri-ciri peralatan dengan ruang mati

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/16

17.2.4 Ciri-Ciri Dinamik Peralatan

Ciri-ciri statik untuk suatu peralatan hanya menumpu kepada


bacaan pada keadaan mantap (steady state) yang dicapai oleh sesuatu
peralatan. Manakala ciri-ciri dinamik peralatan pula menerangkan
kelakuan pada masa kuantiti yang diukur berubah nilai dan pada masa
apabila peralatan memberikan sambutan yang mantap pada nilai ukuran.
Seperti juga dengan ciri-ciri statik untuk sesuatu peralatan, ciri-ciri
dinamik juga dipengaruhi oleh perubahan keadaan alam sekeliling.

17.2.5 Penentukuran (Calibration)

Apabila sesuatu peralatan telah lama digunakan, spesifikasi alat


akan berubah disebabkan oleh banyak faktor seperti kehausan, habuk,
bahan kimia dan sebagainya. Sekiranya berlaku perubahan spesifikasi
adalah pada tahap yang tidak boleh diterima maka penentukuran perlulah
dilakukan supaya peralatan dapat mencapai spesifikasi yang asal.

Selain daripada mempertimbangkan ciri-ciri peralatan di atas, kita


juga perlu mengetahui keadaan sekeliling atau tempat di mana peralatan
itu akan digunakan, memandangkan keadaan-keadaan tertentu akan secara
langsung mengagalkan usaha kita dalam penggunaan alatan yang tertentu
yang tidak sesuai. Selain daripada itu jurutera peralatan yang mempunyai
banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang peralatan juga dapat
membantu menilai keadaan dan kuantiti yang hendak diukur serta
menyenaraikan peralatan-peralatan yang dijangkakan sesuai dari ketepatan
ukuran, kos dan kesesuaian untuk digunakan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/17

AKTIVITI 17b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

17.4 Senaraikan LIMA (5) ciri-ciri pemilihan untuk peralatan?

17.5 Senaraikan EMPAT (4) kelas peralatan yang ada.

17.6 Senaraikan ENAM (6) ciri-ciri statik untuk suatu peralatan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/18

MAKLUMBALAS 17b

17.4 i. Klasifikasi Peralatan


ii. Piawaian
iii. Ciri-Ciri Statik Peralatan
iv. Ciri-Ciri Dinamik Peralatan
v. Penentukuran

17.5 i. Peralatan jenis Aktif / Pasif


ii. Peralatan jenis Pesongan / Nol
iii. Peralatan jenis Pengawasan / Pengawalan
iv. Peralatan jenis Analog / Digital

17.6 Senaraikan mana-mana ENAM (6) yang berikut:

i. Ketepatan (Accuracy)
ii. Kepersisan (Precision) / Kebolehulangan (Repeatability) /
Kebolehkeluaran Semula (Reproducibility)
iii. Toleransi (Tolerance)
iv. Julat Rentang (Range of Span)
v. Pincang (Bias)
vi. Kelelurusan (Linearity)
vii. Kepekaan (Sensitivity)
viii. Kepekaan Kepada Gangguan (Sensitivity to Disturbance)
ix. Histerisis (Hysteresis)
x. Ruang Mati (Dead Space)
xi. Ambang (Threshold)

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/19

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba
semoga berjaya!!!!

Soalan 17-1
Terangkan perbezaan di antara peralatan aktif dan peralatan pasif dengan memberikan
contoh yang sesuai.

Soalan 17-2
Bincangkan kebaikan dan keburukan peralatan jenis nol dan pesongan. Apakah kegunaan
utama peralatan jenis nol dan kenapa?

Soalan 17-3
Terangkan secara ringkas semua ciri-ciri statik untuk sesuatu peralatan.

Soalan 17-4
Terangkan perbezaan di antara ketepatan dan kepersisan untuk suatu peralatan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/20

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 17-1

Peralatan dikatakan aktif atau pasif bergantung kepada samada keluaran alat
tersebut adalah dihasilkan sepenuhnya oleh kuantiti yang diukur atau kuantiti yang diukur
cuma digunakan untuk memodulet suatu sumber bekalan luaran.

Penderia tekanan merupakan contoh peralatan pasif yang baik. Di mana tekanan
daripada cecair adalah diterjemahkan ke dalam pergerakan jarum penunjuk pada suatu
skala. Ini bermakna tenaga yang dihasilkan untuk menggerakan jarum penunjuk adalah
daripada perubahan tekanan itu sendiri dan bukannya daripada sumber tenaga luar.

Penunjuk paras tangki minyak jenis apungan (float) merupakan contoh peralatan
aktif yang baik. Di sini, perubahan paras minyak akan menggerakan lengan meter beza-
upaya dan isyarat keluaran yang dihasilkan adalah merupakan sebahagian daripada
sumber bekalan kuasa luaran yang dibekalkan kepada meter beza-upaya. Ini bermakna
isyarat keluaran adalah terhasil daripada sumber bekalan kuasa luaran; dan penderia
cuma memoduletkan nilai voltan daripada sumber bekalan kuasa luaran tersebut.

Satu Perbezaan yang ketara di antara penderia aktif dan penderia pasif ialah dari
segi ketepatan pengukuran yang boleh dicapai. Penderia pasif adalah terhad dari segi
ketepatan pengukuran yang boleh dicapai. Manakala untuk penderia aktif, penukaran
magnitud sumber tenaga luaran dapat memberikan kawalan yang lebih dalam mencapai
ketepatan pengukuran yang lebih tinggi.

Dari segi kos, penderia pasif adalah lebih mudah dibina dan lebih murah.
Pemilihan di antara penderia aktif dan pasif untuk sesuatu kegunaan adalah bergantung
kepada perimbangan di antara keperluan untuk ketepatan pengukurang berbanding kos
penderia tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/21

Jawapan 17-2

Penderia jenis nol adalah lebih tepat kerana penentukuran pemberat adalah lebih
mudah dan tepat daripada penentukuran pegas (spring) dengan ciri-ciri lelurus (linear).
Dari segi penggunaan, jelas bahawa penderia pesongan adalah lebih senang untuk
digunakan tanpa perlu mengira (mencampur dan menolak) nilai pemberat yang
digunakan. Peralatan jenis nol kebiasaannya digunakan dalam penentukuran kerana
ketepatannya yang tinggi.

Jawapan 17-3

Ciri-Ciri Statik Peralatan:

a. Ketepatan (Accuracy)
Sekiranya kita mempunyai satu meter suhu di dalam bilik dan bacaannya
menunjukkan 20ºC, kita tidak begitu ambil kisah samada suhu sebenarnya ialah
19.5ºC ataupun 20.5ºC. Ini adalah kerana perubahan suhu sekecil itu tidak
memberikan sebarang kesan kepada kita. Oleh yang demikian, ketepatan ukuran
meter suhu pada ±0.5ºC adalah memadai bagi kita.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita mengukur suhu untuk satu proses kimia,
perubahan suhu sebanyak 0.5ºC mungkin akan memberikan kesan yang agak
besar kepada kadar reaksi atau hasil daripada proses kimia tersebut. Maka jelas
bahawa ukuran yang lebih baik daripada ±0.5ºC adalah diperlukan.

b. Kepersisan (Precision) / Kebolehulangan (Repeatability) /


Kebolehkeluaran Semula (Reproducibility)
Kepersisan merujuk kepada kadar kebebasan sautu alat daripada ralat rawak.
Sekiranya sejumlah besar bacaan diambil untuk kuantiti yang sama dengan alat
yang mempunyai kepersisan yang tinggi maka nilai-nilai bacaan akan mempunyai
perbezaan yang kecil. Perbezaan di antara ketepatan dan kepersisan ditunjukkan
dalam rajah 17.5.
Kebolehulangan merujuk kepada kerapatan bacaan keluaran apabila masukan
yang sama dikenakan berulang-ulang dalam suatu tempoh masa yang singkat,
dengan keadaan pengukuran, peralatan, lokasi dan sebagainya yang sama.
Kebolehkeluaran semula merujuk kepada kerapatan bacaan keluaran untuk
masukan yang sama dikenakan apabila terdapat penukaran pada kaedah,
pemerhati, peralatan, loksai, keadaan dan masa pengukuran.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/22

c. Toleransi (Tolerance)
Toleransi adalah istilah yang sangat rapat dengan ketepatan dan merujuk kepada
ralat maksimum yang dijangkakan. Ia menunjukkan sisihan maksimum untuk
sautu komponen daripada suatu nilai yang telah dispesifikasikan. Sebagai contoh,
perintang 1000Ω ± 5% toleransi akan mempunyai nilai sebenar di antara 950Ω
dan 1050Ω.

d. Julat Rentang (Range of Span)


Julat rentang untuk suatu alat menunjukkan nilai minimum dan maksimum untuk
kuantiti yang mana alat tersebut direka untuk ukur.

e. Pincang (Bias)
Pincang merujuk kepada ralat yang sentiasa ada di dalam pengukuran skala penuh
untuk suatu alat. Ralat ini boleh dihapuskan memalui penentukuran alat tersebut.

f. Kelelurusan (Linearity)
Pada kebiasaannya keluaran daripada suatu alat adalah dikehendaki berkadaran
lelurus (lineary proportional) dengan kuantiti yang hendak diukur. Rajah 17.6
menunjukkan ciri-ciri keluaran satu alat yang lelurus.

g. Kepekaan (Sensitivity)
Kepekaan adalah merujuk kepada pengukuran perubahan yang berlaku pada
bacaan keluaran suatu alat apabila kuantiti yang diukur berubah untuk suatu nilai
tertentu. Sebagai contoh, sekiranya tekanan 2 bar menghasilkan pesongan 10º
dalam penderia tekanan maka kepekaan untuk alat tersebut ialah 5º/bar.

h. Kepekaan Kepada Gangguan (Sensitivity to Disturbance)


Kepekaan kepada gangguan untuk suatu alat merujuk kepada perubahan yang
disebabkan oleh perubahan keadaan alam sekeliling. Ianya terbahagi kepada dua
iaitu Hanyut Sifar (Zero Drift) dan Hanyut Kepekaan (Sensitivity Drift). Kedua-
dua keadaan ini boleh dilihat di dalam rajah 17.7(a), (b) dan (c).

i. Histerisis (Hysteresis)
Rajah 17.8(a) menunjukkan ciri-ciri keluaran untuk suatu alat yang mempunyai
histerisis. Sekiranya kuantiti yang diukur dinaikan secara perlahan-lahan daripada
nilai negatif, bacaan keluaran akan berubah seperti ditunjukkan oleh lengkuk A.
Sekiranya kuantiti yang diukur dikurangkan secara perlahan-lahan pula, nilai

http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN KEPADA PENDERIA INDUSTRI E4140/UNIT 17/23

bacaan keluaran akan berubah mengikut lengkuk B. Ketidaktepatan di antara


lengkuk penambahan beban dan pengurangan beban dinamakan histerisis.

j. Ruang Mati (Dead Space)


Ruang mati merujuk kepada julat nilai masukan yang berlainan yang tidak
menghasilkan sebarang perubahan pada bacaan keluaran sesuatu alat. Keadaan ini
ditunjukkan di dalam rajah 17.8(b).

k. Ambang (Threshold)
Merujuk kepada nilai masukan minimum yang perlu diatasi sebelum perubahan
pada bacaan keluaran peralatan adalah cukup besar untuk dikesan.

Jawapan 17-4

Kepersisan merujuk kepada kadar kebebasan sautu alat daripada ralat rawak.
Sekiranya sejumlah besar bacaan diambil untuk kuantiti yang sama dengan alat yang
mempunyai kepersisan yang tinggi maka nilai-nilai bacaan akan mempunyai perbezaan
yang kecil. Perbezaan di antara ketepatan dan kepersisan ditunjukkan dalam rajah 17.5.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/1

UNIT 19
PENDERIA SUHU,
TEKANAN DAN PARAS

OBJEKTIF

Objektif am : Mengenali dan memahami penderia dari segi kelas,


kriteria pemilihan, ciri-ciri dan kegunaan serta
menerangkan kebaikan dan keburukannya.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

‰ Menerangkan kegunaan penderia suhu, tekanan dan paras

‰ Menerangkan kendalian tiga jenis penderia suhu (mekanikal) :


Glass-stem Thermometer, Filled-System Thermometers dan
Bimetallic Thermometers.

‰ Menerangkan kendalian tiga jenis penderia suhu (elektrikal) :


Thermocouple Thermometer, Thermistor dan RTD (Resistance
Temperature Detector)

‰ Menerangkan kendalian tiga jenis penderia tekanan :


Manometers, Elastic Deformation Transducers dan Piezoresistive
Transducers.

‰ Menerangkan kendalian lima jenis penderia paras cecair : Sight


Sensors, Force Sensors, Pressure Sensors, Electric Sensors dan
Radiation Sensors.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/2

INPUT

19.0 PENGENALAN KEPADA PENDERIA SUHU

Tidak dapat dinafikan bahawa suhu adalah merupakan pembolehubah


dinamik yang paling kerap disukat di dalam industri hari ini. Terdapat banyak
proses industri yang memerlukan pengukuran suhu yang tepat kerana suhu tidak
akan dapat dikawal dengan berkesan kalau ianya tidak dapat diukur dengan tepat.

Sebelum kita membincangkan mengenai penderia suhu, kita mesti


terdahulu mendefinisikan suhu. Secara mudah, suhu adalah merupakan kebolehan
sesuatu jasad untuk memindahkan tenaga haba. Ataupun kita boleh
mendefinisikan suhu sebagai satu potensi untuk pengaliran haba. Memandangkan
haba akan mengalir daripada satu jasad yang lebih panas kepada yang lebih sejuk.

Suhu pada asasnya diukur dalam tiga skala utama: Fahrenheit, Celsius dan
Kelvin. Skala Fahrenheit mempunyai takat air mendidih pada 212ºF dan takat air
beku pada 32ºF. Skala Celsius mempunyai takat air mendidih pada 100ºC dan
takat air beku pada 0ºC. Manakala untuk menukarkan skala Celsius kepada skala
Kelvin, kita cuma menambahkan 273º. Sebagai contoh, 0ºC adalah bersamaan
dengan 273ºK.

Suhu boleh diukur dengan pelbagai cara. Untuk tujuan kemudahan, kita
akan membahagikan pengesanan suhu kepada dua bidang : mekanikal dan
elektrikal.

19.1 PENGESANAN SUHU SECARA MEKANIKAL

Pengesanan suhu secara mekanikal adalah berdasarkan kepada prinsip


fizikal gas, cecair dan pepejal yang berubah isipadunya kalau dipanaskan.
Tambahan lagi, bahan yang berlainan mempunyai perubahan isipadu yang
berlainan. Sebagai contoh, cecair merkuri mengembang sebanyak 0.01% untuk
setiap darjah Fahrenheit. Methyl Alcohol pula, akan mengembang sebanyak
0.07% untuk setiap darjah Fahrenheit (0.1% untuk setiap darjah Celsius). Di
dalam bahagian ini, kita akan membincangkan penderia suhu mekanikal – peranti
yang menukarkan suhu kepada kedudukan atau pergerakan.

19.1.1 Meter Suhu Kaca (Glass-Stem Thermometer)

Meter suhu kaca ini merupakan salah satu jenis meter suhu yang
paling tua. Ia direka-cipta oleh Galileo dalam tahun 1590. Seperti yang

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/3

ditunjukkan di dalam rajah 19.1, ia adalah terdiri daripada satu bebawang


(bulb) yang dipenuhi cecair, satu tiub rerambut (capillary tube) dan
disokong oleh satu glass-stem. Tiub rerambut yang digunakan agak nipis,
maka ia dapat membantu meningkatkan kepekaan peranti tersebut. Sejenis
kanta pembesar dimasukkan ke dalam glass-stem untuk memudahkan
pembacaan suhu. Kelelurusan peranti ini dapat ditambah dengan
mengeluarkan udara selebihnya daripada tiub.

Rajah 19.1
Glass-Stem Thermometer

Penderia jenis ini mempunyai pelbagai kelebihan. Di antaranya


ialah kos pembuatan yang murah dengan ciri-ciri kelelurusan dan
ketepatan yang baik. Di samping itu, ia juga mempunyai pelbagai
kelemahan seperti mudah pecah, susah untuk dibaca, agak susah untuk
digunakan pada pengukuran atau kawalan jauh dan ia membenarkan
sedikit time lag pada pengukuran suhu.

19.1.2 Filled-System Thermometer

Meter suhu jenis ini mempunyai prinsip kendalian yang sama


seperti Glass-Stem Thermometer. Bebawang (bulb) yang ditunjukkan di
dalam rajah 19.2 adalah diisikan dengan sejenis gas ataupun cecair.
Semasa bebawang dipanaskan, gas atau cecair akan mengembang, dan
seterusnya mengenakan tekanan yang kuat pada tiub Bourdon melalui tiub
rerambut (capillary tube). Tiub Bourdon yang dikenakan tekanan akan
cuba untuk mejadi lurus dan pada masa yang sama menggerakkan jarum
penunjuk.

Walaupun sistem ini berbentuk mekanikal, ia boleh ditukarkan


kepada bentuk pemindaharuh elektrik dengan menggunakan satu meter
upaya (potentiometer) seperti yang ditunjukkan dalam rajah 19.3, atau satu
LVDT (Linear Variable Differential Transformer). Meter upaya atau
LVDT akan menukarkan kedudukan jarum penunjuk kepada parameter
elektrikal.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/4

Rajah 19.2 Filled-System Thermometer

Rajah 19.3 Filled System Connected to Potentiometer

Kebaikan meter suhu jenis ini ialah ianya


bertindakbalas dengan sangat cepat kepada perubahan suhu, boleh
mencapai ketepatan 0.5%, dan boleh digunakan untuk kawalan jauh
(remote control) sehingga jarak 100 m. Manakala kelemahan utama meter
jenis ini ialah ia memerlukan pampasan suhu (temperature compensation).
Walaupun elemen pengesan di dalam meter ini adalah bebawang, akan
tetapi tiub Bourdon dan tiub rerambut juga adalah sensitif kepada
perubahan suhu. Perubahan suhu ambien (ambient) di keliling tiub
Bourdon dan tiub rerambut mampu memberikan bacaan yang tidak betul.
Pemampasan suhu pada meter jenis ini dapat dilakukan dengan
menggunakan jalur dwilogam (bimetal strip).

19.1.3 Meter Suhu Dwilogam (Bimetallic Thermometer)

Meter suhu dwilogam ini bekerja atas prinsip perbezaan


pengembangan logam; iaitu logam akan menambahkan isipadunya apabila
dipanaskan dan logam yang berlainan akan menghasilkan takat
pengembangan yang berlainan. Berapa banyakkah pengembangan untuk

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/5

satu logam apabila dipanaskan bergantung kepada satu parameter yang


dipanggil linear expansion coefficient. Parameter ini menunjukkan
pengembangan isipadu pada bahagian sejuta per darjah Celsius
(millionth/ºC). Satu senarai parameter untuk pelbagai jenis logam
ditunjukkan dalam Jadual 19.1.

Apabila dua logam dicantumkan dan dipanaskan akan terhasil


anjakan fizikal (physical displacement). Pada kebiasaannya satu logam
dengan pekali (coefficient) yang rendah akan dicantumkan dengan satu
logam yang mempunyai pekali yang besar untuk memaksimumkan
pergerakan bagi sesuatu perubahan suhu tertentu. Satu kombinasi yang
popular ialah di antara tembaga dan invar seperti yang ditunjukkan di
dalam jadual 19.1.

Linear Expansion Coefficient


Substance
(Millionth/ºC)
Aluminium 23.5
Brass 20.3
Copper 16.5
Invar (copper-nikel alloy) 1.2
Kovar (copper-nikel cobalt 5.9
alloy)

Jadual 19.1 Linear Expansion Coefficient of Various Metals

Satu meter suhu dwilogam ditunjukkan seperti di dalam rajah 19.4.


Jalur dwilogam pada kebiasaannya dililitkan dalam bentuk pilin (spiral)
atau heliks (helix). Bentuk heliks adalah lebih sensitif.

Rajah 19.4 Bimetallic Thermometer

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/6

Meter suhu dwilogam adalah salah satu di antara meter suhu yang
terkenal di industri. Ia adalah murah dan mempunyai julat yang besar
(800ºF atau 400ºC), tahan lasak serta mudah dipasang dan dibaca.
Kelemahannya yang utama ialah ianya tidak dapat digunakan dalam
kawalan jauh. Penderia dwilogam biasanya digunakan dalam sistem ON-
OFF yang mudah.

Satu pengiraan yang penting apabila menggunakan penderia ini


adalah berkenaan dengan pergerakan dwilogam untuk sesuatu perubahan
suhu. Kadar pemesongan untuk satu jalur dwilogam lurus diberi oleh

3(cA – cB)(T2 – T1)l2


y= 4d

di mana y = nilai pesongan


cA = linear expansion coefficient of metal A
cB = linear expansion coefficient of metal B
T1 = suhu rendah
T2 = suhu tinggi
l = panjang jalur
d = ketebalan jalur

Persamaan untuk mendapatkan kadar pesongan bagi satu jalur pilin


adalah hampir sama dengan persamaan untuk jalur yang lurus.

9(cA – cB)(T2 – T1)rl


y= 4d

di mana r = jejari pilin


l = panjang jalur apabila diluruskan

Contoh 19.1

Diberi satu jalur brass-invar dengan 20 cm panjang dan 0.05 cm tebal yang lurus
pada suhu bilik (25ºC). Dapatkan nilai pesongan sekiranya suhu berubah
sebanyak 5ºC.

Penyelesaian (dengan merujuk pada jadual 19.1)

3[(20.3 × 10-6) – (1.2 × 10-6)](5ºC)(20cm)2


y= = 0.573 cm
4(0.05cm)

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/7

Contoh 19.2

Dengan menggunakan jalur yang sama seperti di dalam contoh 19.1 tetapi di
lilitkan menjadi pilin dengan jejari 4 cm. Kirakan nilai pesongan yang dihasilkan.

Penyelesaian

9[(20.3 × 10-6) – (1.2 × 10-6)](5ºC)(4)(20)


y= 4(0.05cm) = 0.340 cm

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/8

AKTIVITI 19a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

19.1 Definisikan suhu.

19.2 Pengesanan suhu secara mekanikal berkendali atas prinsip bahawa gas atau cecair
akan berubah ___________ apabila dipanaskan.

19.3 Namakan bahagian-bahagian yang terdapat di dalam satu Filled-System


Thermometer.

19.4 Terangkan prinsip kendalian untuk jalur dwilogam yang digunakan di dalam
Bimetallic Thermometer.

19.5 Diberi satu jalur dwilogam lurus copper-invar sepanjang 15 cm dan 0.25 cm tebal
yang lurus pada suhu 30ºC, dapatkan pesongan jalur sekiranya suhu bertambah
kepada 80ºC.

19.6 Diberi satu jalur dwilogam pilin copper-invar sepanjang 40 cm dan setebal 0.25
cm dengan jejari 5 cm pada suhu 30ºC, dapatkan pesongan jalur sekiranya suhu
meningkat kepada 80ºC.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/9

MAKLUMBALAS 19a

19.1 Secara mudah, suhu adalah merupakan kebolehan sesuatu jasad untuk
memindahkan tenaga haba. Ataupun kita boleh mendefinisikan suhu sebagai satu
potensi untuk pengaliran haba. Memandangkan haba akan mengalir daripada satu
jasad yang lebih panas kepada yang lebih sejuk.

19.2 Isipadu.

19.3 i. Tiub Bourdon


ii. Jarum penunjuk
iii. Skala
iv. Tiub rerambut
v. Bebawang

19.4 Meter suhu dwilogam ini bekerja atas prinsip perbezaan pengembangan logam;
iaitu logam akan menambahkan isipadunya apabila dipanaskan dan logam yang
berlainan akan menghasilkan takat pengembangan yang berlainan. Berapa
banyakkah pengembangan untuk satu logam apabila dipanaskan bergantung
kepada satu parameter yang dipanggil linear expansion coefficient.

Apabila dua logam dicantumkan dan dipanaskan akan terhasil anjakan fizikal
(physical displacement). Pada kebiasaannya satu logam dengan pekali
(coefficient) yang rendah akan dicantumkan dengan satu logam yang mempunyai
pekali yang besar untuk memaksimumkan pergerakan bagi sesuatu perubahan
suhu tertentu.

19.5 0.516 cm

19.6 1.38 cm

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/10

INPUT

19.2 PENGESANAN SUHU SECARA ELEKTRIKAL

Kita telah mengkaji beberapa kaedah pengesanan secara mekanikal yang


ada dan mendapati di antara kelemahan utamanya ialah tidak sesuai digunakan
dalam sistem kawalan proses analog. Di dalam bahagian ini kita akan
membincangkan tiga jenis penderia elektrikal yang biasa digunakan iaitu meter
suhu pengganding suhu (thermocouple thermometer), termistor (Thermistor) dan
RTD (Resistance Temperature Detector).

19.2.1 Meter Suhu Pengganding Suhu (Thermocouple Thermometer)

Daripada kebanyakan penderia suhu elektrikal yang ada di dalam


industri, meter suhu pengganding suhu merupakan yang paling banyak
digunakan. Penemuan pengganding suhu ditemui pada 1821 apabila
Thomas Seebeck, seorang ahli fizik German, mencantumkan dua dawai
yang diperbuat daripada logam yang berlainan. Beliau mendapati
sekiranya satu penghujung dawai tersebut dipanaskan, arus elektrik akan
mengalir di dalam gelung yang dibentuk oleh dawai-dawai tersebut. Kesan
ini dinamakan kesan Seebeck dan ditunjukkan dalam rajah 19.5.

Rajah 19.5 Kesan Seebeck

Apabila litar diputuskan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 19.6,


Seebeck mendapati wujud suatu bezaupaya di antara kedua-dua terminal
tersebut. Beliau mendapati nilai bezaupaya yang dihasilkan berubah
mengikut haba. Penambahan haba akan menyebabkan kenaikan nilai
bezaupaya. Beliau juga mendapati gabungan logam yang berlainan akan
menghasilkan bezaupaya yang berlainan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/11

Rajah 19.6 Bezaupaya melintangi simpang

Meter suhu pengganding suhu boleh didapati dalam pelbagai


bentuk seperti yang ditunjukkan dalam rajah 19.7 dengan kaedah-kaedah
pembuatan simpang pengganding suhu yang berlainan. Di mana setiap
kaedah mempunyai kelebihannya tersendiri.

Secara umumnya, pengganding suhu adalah ringkas, tahan lasak,


murah dan mampu memiliki julat pengukuran yang paling besar (anggaran
4500ºF atau 2500ºC) berbanding dengan penderia suhu elektrikal yang
lain. Walaubagaimanapun, ia adalah kurang sensitif dan stabil berbanding
dengan penderia yang lain. Kelemahannya yang utama ialah ianya
memerlukan satu simpang rujukan (reference junction) untuk
mendapatkan bacaan yang bebas daripada ralat.

Rajah 19.7
Pengganding suhu

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/12

19.2.2 Termistor (Thermistor)

Termistor adalah satu jenis perintang yang peka kepada suhu, yang
kebiasaannya mempunyai pekali suhu negatif (negative temperature
coefficient). Apabila suhu meningkat, rintangan termistor akan meningkat
dan sebaliknya.

Termistor diperbuat daripada pelbagai logam seperti oxides of


nickel, manganese, cobalt dan copper. Rajah 19.8 menunjukkan pelbagai
jenis rekabentuk termistor yang digunakan dalam industri. Kelebihan
termistor yang direka masa kini ialah ianya mempunyai kepekaan yang
amat baik, julat galangan yang besar, saiz yang berlainan, kepersisan yang
tinggi dan kestabilan dalam tempoh yang lebih lama.

Termistor adalah merupakan penderia duhu yang paling sensitif.


Sesetengah termistor mampu mengandakan nilai rintangannya walau
dengan kenaikan 1ºC. Termistor adalah murah, bertindakbalas kepada
perubahan suhu dengan cepat dan memerlukan litar yang mudah.
Rintangannya berubah dari 0.5 Ω to 80 MΩ. Kelemahannya yang utama
ialah ianya mempunyai ketaklurusan (nonlinearity) yang tinggi, tak tahan
lasak dan mempunyai julat suhu yang terhad.

Rajah 19.8 Termistor

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/13

19.2.3 RTD (Resistance Temperature Detector)

Rintangan pada semua jenis logam akan berubah apabila terdedah


kepada perubahan suhu. Logam tulen, seperti platinum, nickel, tungsten
dan copper, mempunyai pekali suhu positif (positive temperature
coefficient). Suhu dan rintangan adalah berkadar terus di dalam satu logam
tulen maka kenaikan suhu akan menyebabkan rintangan logam tulen turut
bertambah. Keputusan inilah yang menjadi idea kepada RTD.

Rintangan untuk RTD pada suhu di atas 0ºC boleh dikira dengan
menggunakan formula berikut:

RT = R0 (1 + αT)

di mana RT = rintangan pada suhu T


R0 = rintangan pada 0ºC
α = pekali suhu untuk perintang

Contoh 19.3

Diberi satu RTD dengan rintangan 100Ω pada 0ºC dan pekali suhu perintang
0.00392. Kirakan rintangan untuk RTD pada 50ºC.

Penyelesaian RT = R0 (1 + αT)
= (100Ω)[1 + (0.00392Ω/Ω/ºC)(50ºC)]
= 119.6Ω

RTD terdapat dalam pelbagai bentuk yang berlainan, bentuk yang


paling popular ditunjukkan dalam rajah 19.9. RTD bentuk helical (rajah
19.9(a)) mengandungi dawai platinum yang dililitkan dalam bentuk heliks
(helix) dan dimuatkan ke dalam seramik berbentuk silinder. Manakala satu
teknik pembuatan ditemui dalam RTD jenis saput logam (metal film) yang
ditunjukkan dalam rajah 19.9(b). Di mana RTD jenis ini mampu
mengurangkan kos pembuatan dan bertindakbalas dengan lebih cepat
kepada perubahan suhu.

Pada kebiasaannya nilai rintangan RTD bermula dari 10Ω (jenis


platinum) sehingga beberapa ribu ohm. Nilai yang paling biasa digunakan
ialah 100Ω. Disebabkan rintangannya yang rendah, penggunaan dawai
penyambung yang panjang boleh menghasilkan bacaan suhu yang tidak
tepat. Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan konfigurasi
tetimbang tiga dawai seperti yang ditunjukkan dalam rajah 19.10.
Sekiranya dawai A dan B mempunyai nilai rintangan yang sama, kesan

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/14

rintangannya akan dibatalkan kerana setiap satu terletak pada lengan


tetimbang yang berlawanan. Dawai yang ketiga (C) tidak membawa
sebarang arus maka ia bertindak sebagai dawai pengesan.

Daripada kebanyakan penderia suhu yang telah dibincangkan,


RTD adalah penderia yang paling tepat dan stabil. Kelemahannya
merangkumi tindakbalas yang agak perlahan, perubahan suhu yang kecil
(memerlukan penguatan) dan kos yang tinggi.

Helical RTD

Rajah 19.9 Dua jenis RTD yang terkenal

Rajah 19.10 Konfigurasi tetimbang tiga dawai

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/15

AKTIVITI 19b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

19.7 Bezaupaya yang dihasilkan pada simpang dua logam yang berlainan digunakan
dalam penderia suhu jenis _____________.

19.8 Terangkan kelakuan satu termistor apabila dipanaskan. Apakah jenis pekali suhu
yang dimilikinya? Adakah sambutannya lelurus?

19.9 Daripada semua penderia suhu yang dibincangkan, mana satu yang paling
sensitif?

19.10 Terangkan bagaimana satu pengganding suhu digunakan dalam pengukuran suhu.

19.11 Diberi satu RTD platinum dengan rintangan 150Ω pada 0ºC dan pekali suhu
perintang 0.00392. Kirakan rintangan untuk RTD pada 75ºC.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/16

MAKLUMBALAS 19b

19.7 Meter Suhu Pengganding Suhu.

19.8 Termistor akan mengandakan rintangannya apabila dipanaskan. Ia mempunyai


pekali suhu negatif. Sambutannya berbentuk eksponen menjadikannya lebih
sensitif berbanding dengan jenis pengganding suhu.

19.9 Termistor.

19.10 Penemuan pengganding suhu ditemui pada 1821 apabila Thomas Seebeck,
seorang ahli fizik German, mencantumkan dua dawai yang diperbuat daripada
logam yang berlainan. Beliau mendapati sekiranya satu penghujung dawai
tersebut dipanaskan, arus elektrik akan mengalir di dalam gelung yang dibentuk
oleh dawai-dawai tersebut.

Apabila litar diputuskan, Seebeck mendapati wujud suatu bezaupaya di antara


kedua-dua terminal tersebut. Beliau mendapati nilai bezaupaya yang dihasilkan
berubah mengikut haba. Penambahan haba akan menyebabkan kenaikan nilai
bezaupaya. Beliau juga mendapati gabungan logam yang berlainan akan
menghasilkan bezaupaya yang berlainan.

19.11
RT = R0 (1 + αT)
= (150Ω)[1 + (0.00392Ω/Ω/ºC)(75ºC)]
= 194.1Ω

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/17

INPUT

19.3 PENGENALAN KEPADA PENDERIA TEKANAN

Penderia tekanan sering digunakan untuk mengukur tekanan yang


dihasilkan oleh sistem Pneumatik dan hidrolik. Tekanan didefinisikan sebagai
tindakan satu daya untuk menentang daya yang berlawanan. Tekanan biasanya
diukur sebagai daya per unit kawasan seperti pounds per square inch (ataupun
biasa dikenali sebagai psi berbanding lb/in2 di dalam industri).

Sekiranya pengukuran tekanan dirujuk kepada tekanan ambien maka


pengukuran tekanan dinamakan tekanan tolok (gauge pressure) dan mempunyai
simbol psig. Sekiranya pengukuran tekanan dirujuk kepada vakum (vacuum),
maka pengukuran tekanan dinamakan tekanan mutlak (absolute pressure) dan
mempunyai simbol psia. Unit sistem Metrik untuk tekanan mutlak ialah Pascal
(Pa) dan adalah bersamaan dengan 1N/m2 dan 1 Pa = 1.45 × 10-4 psi. Disebabkan
unit Pascal adalah terlalu kecil, maka kiloPascal (kPa) sering digunakan.

Penderia tekanan diklasifikasikan kepada dua jenis yang asas: penderia


tekanan tolok dan mutlak. Penderia tolok mengukur tekanan merujuk kepada
tekanan atmosfera (14.7 psi atau 75 cm merkuri). Ini bermaksud, apabila bahagian
pengukuran didedahkan kepada atmosfera, tolok akan menunjukkan bacaan 0
psig. Manakala untuk penderia tekanan mutlak pula, pengukuran adalah dirujuk
kepada satu serongan dalaman (internal chamber) yang dikeluarkan semua
udaranya (telah divakumkan). Apabila bahagian pengukuran didedahkan kepada
atmosfera, ia akan menunjukkan tekanan sebanyak 14.7 psia. Satu lagi jenis
penderia tekanan yang akan kita lihat dinamakan penderia tekanan kebezaan
(differential pressure transducer). Peranti ini mempunyai dua bahagian masukan
dan mengukur perbezaan tekanan (psid) yang dihasilkan oleh dua masukan
tersebut.

Peranti pengukuran tekanan boleh dibahagikan kepada dua kelas: penderia


tekanan kepada kedudukan (pressure-to-position) seperti manometer, Bourdon
tube, (bellows) dan diaphragm; dan penderia tekanan kepada elektrikal (pressure-
to-electrical) seperti penderia piezoresistive.

19.3.1 Manometer

Manometer tiub U yang ditunjukkan dalam rajah 19.11 adalah satu


peranti pengukur tekanan kebezaan yang dibuat menggunakan tiub kaca
atau plastik yang dibentukkan ke dalam bentuk U. Di dalam tiub

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/18

terkandung cecair yang bersesuaian dengan kegunaannya. Perhatikan


bahawa tekanan p1 adalah lebih besar daripada p2 seperti yang ditunjukkan
dalam rajah. Perbezaan tekanan menyebabkan cecair bergerak ke arah
lengan sebelah kanan sehinggalah tekanan mencapai keseimbangan.
Perbezaan ketinggian cecair (Δh) adalah berkadar terus dengan perbezaan
tekanan yang dihasilkan.

Apabila tiada tekanan dikenakan, Δh = 0. Perbezaan ketinggian


cecair adalah bersamaan dengan perbezaan tekanan (p1 – p2) dibahagikan
dengan ketumpatan berat (weight density)(wm) cecair di dalam manometer:

p1 – p2
Δh = wm
di mana
Δh = perbezaan ketinggian cecair
p1 = tekanan di sebelah lengan kiri manometer
p2 = tekanan di sebelah lengan kanan
wm = ketumpatan berat cecair

Rajah 19.11 U tube Manometer

Contoh 19.4

Diberi tekanan p1 ialah 8 psi, p2 ialah 6 psi, dan wm = 0.488 lb/in3. Kirakan Δh.

Penyelesaian
p1 – p2 8 psi – 6 psi
Δh = wm = 0.488lb/in3 = 4.1 in

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/19

Kelemahan utaman manometer ialah ianya adalah peranti


mekanikal sahaja. Walaubagaimanapun, ia boleh ditukarkan kepada
peranti sistem elektrikal dengan menggunakan satu pelampung yang
disambungkan kepada satu LVDT.

19.3.2 Elastic Deformation Transducers

Peranti jenis ini menggunakan prinsip pemindaharuhan yang sama


seperti penderia jalur dwilogam. Tekanan menyebabkan satu lenturan
(bending) atau ubah bentuk (deformation), untuk satu bahan penderia
seperti logam. Perubahan bentuk akan menyebabkan satu anjakan atau
pesongan. Kita bolehlah katakan penderia ini jenis menukarkan tekanan
kepada kedudukan. Kita akan membincangkan tiga jenis penderia ini, di
mana semuanya mempunyai prinsip kendalian yang sama tetapi
mempunyai saiz dan bentuk fizikal yang berlainan. Penderia yang akan
dibincangkan ialah Bourdon tube, bellows dan diaphragm.

19.3.2.1 Bourdon tube

Bourdon tube adalah merupakan satu daripada penderia


tekanan yang paling tua dan paling popular. Ia telah direka oleh
Eugene Bourdon pada tahun 1851 dan telah digunakan dalam
industri semenjak dari itu. Bourdon tube terdapat dalam tiga
bentuk yang asas: tiub bentuk C, tiub bentuk pilin (spiral tube) dan
tiub bentuk heliks (hecical tube) seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 19.12(a), (b) dan (c).

Ketiga-tiga peranti ini berkendali dengan cara yang hampir


sama. Kesemuanya terdiri daripada tiub logam yang dipepatkan
(flattened), kebiasaannya diperbuat daripada loyang (brass),
phosphor, gangsa (bronze) atau keluli (steel) seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 19.12(d). Tekanan akan dibekalkan
kepada bahagian dalaman peranti ini. Memandangkan terdapat
lebih banyak ruang di luar bebanding dengan di dalam, tiub akan
cuba untuk menjadi lurus (unwinds). Keadaan ini berlaku dalam
keadaan yang tidak lelurus (non-linear), maka jarum penunjuk
mekanikal yang dipasangkan pada penghujung yang bergerak akan
menunjukkan bacaan anjakan melalui satu sistem gear. Sistem gear
ini akan memampas pergerakan yang tidak lelurus.

Bourdon tube adalah senang untuk dibuat, murah, dan tepat


serta ia mampu mengukur tekanan sehingga 100,000 psi (700,000
kPa).Tiub C adalah yang paling tidak sensitif manakala tiub bentuk
heliks adalah yang paling sensitif. Walaubagaimanapun, peranti ini
tidak dapat berfungsi dengan baik di bawah tekanan 50 psi (750

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/20

kPa). Bourdon tube dapat ditukarkan kepada penderia elektrikal


dengan senang menggunakan penderia kedudukan atau LVDT.

Rajah 19.12 Bourdon tube

19.3.2.2 Bellows

Bellows ialah satu peranti yang berbentuk silinder dan


mempunyai alun (corrugation) di bahagian tepi seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 19.13(a). Apabila tekanan dinaikkan,
bellows akan mengembang dan menggerakkan aci ke atas. Aci
tersebut boleh disambungkan kepada satu jarum penunjuk atau
penderia LVDT.

Di dalam rajah 19.13(b), bellows disambungkan dengan


tujuan untuk menunjukkan perbezaan tekanan. Sekiranya p1 adalah
lebih besar daripada p2 , jarum penunjuk akan bergerak ke atas. Di
mana kadar anjakan adalah berkadar terus dengan perbezaan
tekanan yang dihasilkan.

Bellows adalah lebih sensitive kepada tekanan dalam julat 0


– 30 psi (0 – 210 kPa) berbanding dengan bourdon tube. Maka ia
adalah lebih sesuai digunakan pada pengukuran tekanan rendah.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/21

Rajah 19.13 Pressure Bellows

19.3.2.3 Diaphragm

Diaphragm adalah merupakan satu plat boleh lentur


(flexible plate), seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 19.14.
Pada kebiasaannya plat-plat adalah diperbuat daripada logam atau
getah. Plat logam yang berbentuk rata atau lengkung kebiasaannya
adalah kurang anjal dan kurang sensitive berbanding dengan plat
jenis beralun (corrugated). Kenaikkan tekanan akan menyebabkan
aci bergerak ke atas. Diaphragm kebiasaannya digunakan pada
julat tekanan 0 – 15 psi (0 – 105 kPa).

Rajah 19.14 Pressure Diaphragms

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/22

19.3.2 Penderia Tekanan Piezoresistive

Penderia ini menggunakan kesan rintangan piezo (piezoresistive)


dan mempunyai penguat dalaman berserta dengan rangkaian pemampasan
suhu. Penderia yang dihasilkan oleh syarikat National Semiconductor
mampu mengesan tekanan pada julat 10 – 5000 psi (70 – 35,000 kPa)
dengan kelelurusan kurang daripada 1%. Rajah 19.15 menunjukkan satu
contoh penderia jenis ini yang dihasilkan oleh National Semiconductor.

Rajah 19.15 Penderia tekanan Piezoresistive

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/23

AKTIVITI 19c

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

19.12 Definisikan tekanan dan berikan satu unit ukuran tekanan yang biasa digunakan.

19.13 Terangkan maksud tekanan tolok dan tekanan mutlak.

19.14 Diberi satu manometer dengan tekanan p1 = 10 psi, p2 = 5 psi, dan wm = 0.036
lb/in3. Kirakan nilai Δh.

19.15 Penderia tekanan jenis ____________ adalah lebih sesuai untuk pengukuran
tekanan tinggi. Bellows menukarkan tekanan kepada __________.

19.16 Bandingkan operasi untuk satu Bourdon tube dengan Bellows.

19.17 Senaraikan julat maksimum ukuran untuk Bellows, Diaphragm dan Bourdon tube.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/24

MAKLUMBALAS 19c

19.12 Tekanan didefinisikan sebagai tindakan satu daya untuk menentang daya yang
berlawanan. Tekanan biasanya diukur sebagai daya per unit kawasan seperti
pounds per square inch (ataupun biasa dikenali sebagai psi berbanding lb/in2 di
dalam industri).

19.13 Sekiranya pengukuran tekanan dirujuk kepada tekanan ambien maka pengukuran
tekanan dinamakan tekanan tolok (gauge pressure) dan mempunyai simbol psig.
Sekiranya pengukuran tekanan dirujuk kepada vakum (vacuum), maka
pengukuran tekanan dinamakan tekanan mutlak (absolute pressure) dan
mempunyai simbol psia.

19.14 138 in.

19.15 Bourdon tube. Kedudukan (position).

19.16
Bourdon tube terdapat dalam tiga bentuk yang asas: tiub bentuk C, tiub
bentuk pilin (spiral tube) dan tiub bentuk heliks (hecical tube).Ketiga-tiga peranti
ini berkendali dengan cara yang hampir sama. Kesemuanya terdiri daripada tiub
logam yang dipepatkan (flattened), kebiasaannya diperbuat daripada loyang
(brass), phosphor, gangsa (bronze) atau keluli (steel).

Tekanan akan dibekalkan kepada bahagian dalaman peranti ini.


Memandangkan terdapat lebih banyak ruang di luar bebanding dengan di dalam,
tiub akan cuba untuk menjadi lurus (unwinds). Keadaan ini berlaku dalam
keadaan yang tidak lelurus (non-linear), maka jarum penunjuk mekanikal yang
dipasangkan pada penghujung yang bergerak akan menunjukkan bacaan anjakan
melalui satu sistem gear. Sistem gear ini akan memampas pergerakan yang tidak
lelurus.

Bourdon tube adalah senang untuk dibuat, murah, dan tepat serta ia
mampu mengukur tekanan sehingga 100,000 psi (700,000 kPa).Tiub C adalah
yang paling tidak sensitif manakala tiub bentuk heliks adalah yang paling sensitif.
Walaubagaimanapun, peranti ini tidak dapat berfungsi dengan baik di bawah
tekanan 50 psi (750 kPa). Bourdon tube dapat ditukarkan kepada penderia
elektrikal dengan senang menggunakan penderia kedudukan atau LVDT.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/25

Bellows ialah satu peranti yang berbentuk silinder dan mempunyai alun
(corrugation) di bahagian tepi. Apabila tekanan dinaikkan, bellows akan
mengembang dan menggerakkan aci ke atas. Aci tersebut boleh disambungkan
kepada satu jarum penunjuk atau penderia LVDT. Bellows adalah lebih sensitive
kepada tekanan dalam julat 0 – 30 psi (0 – 210 kPa) berbanding dengan bourdon
tube. Maka ia adalah lebih sesuai digunakan pada pengukuran tekanan rendah.

19.17
Bellows : julat maksimum – 30 psi (210 kPa)
Diaphragm : julat maksimum – 15 psi (105 kPa)
Bourdon tube : julat maksimum – 100,000 psi (700,000 kPa)

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/26

INPUT

19.4 PENGENALAN KEPADA PENDERIA PARAS

Paras cecair adalah merupakan bahagian yang penting di dalam kawalan


proses. Pengukuran paras cecair boleh dibahagikan kepada dua jenis yang asas:
titik (point) dan berterusan (continuous). Paras titik (point level) bermaksud
pengukuran sesuatu paras pada titik yang tertentu. Manakala paras berterusan
(continuous level), keluaran penderia adalah berkadar terus dengan paras cecair
yang diukur. Di dalam perbincangan seterusnya kita akan mengklasifikasikan
penderia paras kepada penderia penglihatan (sight), daya (force), tekanan
(pressure), elektrik (electric) dan radiasi (radiation).

19.4.1 Penderia Paras Kaedah Penglihatan

Penderia paras penglihatan adalah di antara penderia paras yang


tertua dan termudah. Batang celup (dipstick) adalah yang tertua dan ia
masih lagi digunakan di sebahagian kecil industri. Untuk melakukan
pengukuran, kita akan memasukan satu batang celup ke dalam bekas
seperti pengukuran minyak hitam kereta. Kita kemudiannya keluarkan
batang celup tersebut dalam melihat paras cecair yang ditunjukkan pada
batang celup.

Satu lagi kaedah yang hampir sama dengan kaedah batang celup
ialah kaca penglihatan (sight glass) dan kaca tolok (gauge glass). Kaca
penglihatan membenarkan anda untuk melihat paras cecair di dalam satu
tiub seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 19.16(a). Manakala satu kaca
tolok adalah hampir sama dan ditunjukkan dalam rajah 19.16(b). Ia
mempunyai bukaan tertentu pada bahagian tepinya untuk membenarkan
anda membaca paras cecair.

Rajah 19.16 Pengukuran paras cecair kaedah penglihatan

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/27

19.4.2 Penderia Paras Kaedah Daya

Berat untuk sesuatu bekas sering digunakan untuk menunjukkan


paras sesuatu secair. Apabila lebih banyak cecair / pepejal dimuatkan ke
dalam sesuatu bekas, ia akan menjadi lebih berat. Berat tersebut akan
dikesan oleh penderia daya (force) atau terikan (strain), seperti di dalam
kes satu sel beban (load cell) yang ditunjukkan dalam rajah 19.17(a).
Ataupun daya ketimbulan (buoyant force) untuk satu pelampung boleh
digunakan untuk menggerakkan satu jarum penunjuk seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 19.17 (b) dan (c).

Kesemua kaedah tersebut adalah sesuai untuk pengukuran paras


cecair secara berterusan. Kaedah pelampung yang ditunjukkan boleh
diubahsuai kepada jenis keluaran elektrikal dengan menggunakan satu
meter beza-upaya. Meter beza-upaya akan menukarkan anjakan sudut
jarum penunjuk kepada perubahan rintangan elektrik.

Rajah 19.17 Pengukuran paras cecair kaedah daya

19.4.3 Penderia Paras Kaedah Tekanan

Tekanan adalah merupakan satu lagi pembolehubah yang


dipengaruhi oleh paras cecair. Kita imbas kembali daripada fizik di mana
tekanan cecair akan meningkat dengan kedalaman cecair. Sebagai contoh,
sekiranya lebih banyak cecair dituangkan ke dalam satu tangki, maka akan
terdapat lebih banyak cecair di atas titik di mana tekanan tersebut diukur.
Dengan peningkatan berat cecair maka ia juga akan menaikkan tekanan.

Tekanan pada dasar sesuatu tangki adalah dikaitkan dengan


ketinggian dan ketumpatan berat (weight density) cecair melalui
persamaan berikut:

Pb = hw

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/28

Di mana
Pb = tekanan di dasar tangki
h = ketinggian cecair
w = ketumpatan berat cecair

Contoh 19.5

Diberi satu tangki penuh dengan minyak dan mempunyai tekanan 4 psi pada dasar
tangki. Dapatkan ketinggian minyak dalam tangki sekiranya diberikan graviti
tentu (specific gravity) untuk minyak ialah 0.9 dan ketumpatan berat untuk air
ialah 62.4 lb/ft3.

Penyelesaian

Graviti tentu adalah merupakan satu nisbah di antara jisim / ketumpatan berat
untuk sesuatu cecair dengan dengan satu cecair rujukan, contohnya air. Di dalam
contoh ini diberitahu bahawa minyak tersebut mempunyai ketumpatan berat 0.9
kali daripada air. Maka

wminyak = (spg)(wair)
= (0.9)(62.4 lb/ft3)
= 56.16 lb/ft3

Memandangkan ketumpatan berat mempunyai unit ukuran dalam lb/ft3 maka kita
patut tukarkan tekanan 4 psi kepada unit ukuran lb/ft2.

Pb = (4 lb/in2)(144 in2/ft2) = 576 lb/ft2

Selesaikan,
Pb 576 lb/ft2
h = = = 10.26 ft
w 56.16 lb/ft3

Tekanan yang dihasilkan pada dasar tangki adalah dikenali sebagai


hydrostatic head. Maka peranti yang digunakan untuk mengukur paras
cecair dikenali sebagai peranti hydrostatic head. Contoh peranti jenis ini
ditunjukkan dalam rajah 19.18. Rajah 19.18(a) menunjukkan peranti jenis
diaphragm. Tekanan yang dikenakan pada diaphragm akan bertambah
dengan peningkatan paras cecair dan bacaan tekanan ditunjukkan pada
meter. Rajah 19.18(b) menunjukkan jenis peranti yang sama yang
dipasangkan pada dasar tangki tersebut. Jenis peranti yang lain
menggunakan kaedah pengukuran perbezaan tekanan seperti dalam rajah
19.18(c). Manakala rajah 19.18(d) menunjukkan peranti sistem
gelembung, di mana tekanan yang diperlukan untuk menghasilkan
gelembung adalah berkadar terus dengan paras cecair tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/29

Rajah 19.18 Pengukuran paras cecair kaedah tekanan

19.4.4 Penderia Paras Kaedah Elektrik

Sesetengah penderia memberikan keluaran dalam bentuk isyarat


elektrikal untuk menunjukkan perubahan paras cecair. Contoh peranti
tersebut yang dihasilkan oleh syarikat Metritape ditunjukkan dalam rajah
19.19, di mana ia mampu menukarkan rintangannya dengan perubahan
tekanan yang dikenakan dan sesuai untuk pengukuran secara berterusan.

Elektrod juga digunakan untuk mengesan perubahan elektrikal. Di


dalam rajah 19.20(a) dan (b), nilai kemuatan (Capacitance) akan berubah
apabila paras cecair menurun. Perubahan kemuatan berlaku disebabkan
oleh perubahan pemalar dielektrik (dielectric constant) di antara cecair
dan udara. Perubahan kemuatan biasanya dikesan dengan pengayun atau
tetimbang AU. Manakala untuk cecair beraliran (conductive liquid),
elektrod jenis rintangan digunakan supaya arus dapat mengalir di dalam
litar tersebut. Peranti ini adalah sesuai untuk aplikasi pengukuran titik
(point-sensing).

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/30

Rajah 19.19 Rintangan berubah dengan perubahan paras cecair

Rajah 19.20 Pengukuran paras cecair dengan kaedah elektrikal

19.4.5 Penderia Paras Kaedah Radiasi

Kebanyakan penderia yang dibincangkan setakat ini mempunyai


elemen-elemen yang bersentuhan dengan cecair. Akan tetapi, di dalam
sesetengah pengukuran di industri peranti pengukuran paras mesti
digunakan bersama cecair menghakis (corrosive) atau cecair di bawah
tekanan tinggi. Maka, sentuhan dengan cecair mungkin akan merosakan
peranti tersebut. Di dalam bahagian ini, kita akan membincangkan satu
kelas penderia yang tidak mempunyai sentuhan fizikal dengan cecair iaitu
penderia radiasi. Penderia ini dibahagikan kepada 2 kelas: Penderia bunyi
(sonic) / ultrabunyi (ultrasound) dan nuklear (nuclear).

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/31

19.4.5.1 Penderia radiasi bunyi

Alur bunyi dan ultrabunyi (7.5 – 600 kHz) menggunakan


prinsip gema (echo) untuk mengukur paras cecair. Di dalam rajah
19.21(a), alur bunyi dipancarkan daripada penderia kepada
permukaan cecair. Ia kemudiannya melantun balik kepada penderia
daripada permukaan cecair. Masa yang diambil untuk alur bunyi
bergerak kepada permukaan cecair dan balik kepada penderia
bergantung kepada paras cecair. Lagi rendah paras cecair lagi lama
masa diperlukan untuk alur bergerak. Jeda masa (time interval)
tersebut adalah berkadar songsang dengan paras cecair.

19.4.5.2 Penderia radiasi nuklear

Radiasi nuklear kadang-kala digunakan untuk mengukur


paras cecair secara pengukuran titik (point-sensing). Di dalam
rajah 19.21(b), radiasi dipancarkan dalam bentuk sinaran gama
(gamma rays). Penerima sinaran kebiasaannya ialah tiub Geiger-
Müller. Radiasi yang dipancarkan akan diserap oleh cecair atau
pepejal yang hendak diukur. Maka keluaran daripada penerima
akan bergantung kepada samada terdapat cecair di antara pemancar
dan penerima. Penderia nuklear adalah sangat mahal kalau
dibandingkan dengan kaedah pengukuran yang lain dan ianya
memerlukan banyak langkah-langkah keselamatan.

Rajah 19.21 Pengukuran paras cecair kaedah radiasi

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/32

AKTIVITI 19d

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

19.18 Terangkan maksud pengukuran paras jenis titik dan jenis berterusan.

19.19 Pengukuran paras menggunakan elektrod adalah lebih sesuai untuk pengukuran
______________.

19.20 Diberi satu bellows yang terletak di dasar satu tangki minyak menunjukkan
tekanan 9 psi dan graviti tentu 0.7. Dapatkan ketinggian minyak (dalam kaki).

19.21 Senaraikan LIMA kaedah pengukuran paras cecair.

19.22 Terangkan prinsip kendalian pengukuran paras cecair kaedah radiasi bunyi.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/33

MAKLUMBALAS 19d

19.18 Pengukuran paras cecair boleh dibahagikan kepada dua jenis yang asas: titik
(point) dan berterusan (continuous). Paras titik (point level) bermaksud
pengukuran sesuatu paras pada titik yang tertentu. Manakala paras berterusan
(continuous level), keluaran penderia adalah berkadar terus dengan paras cecair
yang diukur.

19.19 Cecair beraliran.

19.20
wminyak = (spg)(wair)
= (0.7)(62.4 lb/ft3)
= 43.68 lb/ft3

Pb = (9 lb/in2)(144 in2/ft2) = 1296 lb/ft2

Pb 1296 lb/ft2
h = = = 29.67 ft
w 43.68 lb/ft3

19.21 i.) Pengukuran paras cecair kaedah penglihatan


ii.) Pengukuran paras cecair kaedah daya
iii.) Pengukuran paras cecair kaedah tekanan
iv.) Pengukuran paras cecair kaedah elektrikal
v.) Pengukuran paras cecair kaedah radiasi

19.22 Penderia radiasi bunyi

Alur bunyi dan ultrabunyi (7.5 – 600 kHz) menggunakan prinsip gema
(echo) untuk mengukur paras cecair. Alur bunyi dipancarkan daripada penderia
kepada permukaan cecair. Ia kemudiannya melantun balik kepada penderia
daripada permukaan cecair. Masa yang diambil untuk alur bunyi bergerak kepada
permukaan cecair dan balik kepada penderia bergantung kepada paras cecair. Lagi
rendah paras cecair lagi lama masa diperlukan untuk alur bergerak. Jeda masa
(time interval) tersebut adalah berkadar songsang dengan paras cecair.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/34

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba
semoga berjaya!!!!

Soalan 19-1
Satu jalur dwilogam sepanjang 20 cm mempunyai ketebalan 0.1 cm diapitkan pada satu
penghujungnya. Kirakan pergerakan yang akan dihasilkan sekiranya ia diperbuat
daripada brass-invar dan dipanaskan kepada 15ºC. (Linear Expansion Coefficient for
brass = 20.3 millionths/ºC and invar = 1.2 millionths/ºC)

Soalan 19-2
Satu jalur dwilogam jenis pilin mempunyai jejari 10 cm dan ketebalan 0.2 cm. Ia
diperbuat daripada logam yang mempunyai pekali 17 millionths/ºC dan 5 millionths/ºC.
Panjang pilin ialah 50 cm dan ia memesong sebanyak 1 cm. Berapakah nilai perubahan
suhu yang diperlukan untuk menghasilkan pesongan ini?

Soalan 19-3
Diberi satu RTD dengan rintangan 150Ω pada 0ºC. Sekiranya RTD mempunyai pekali
suhu perintang 0.00412. Kirakan rintangan untuk RTD pada (a) 25ºC dan (b) 50ºC.

Soalan 19-4
Diberi satu RTD platinum dengan pekali suhu perintang 0.00392 dan rintangan asal
125Ω pada 0ºC. Kirakan rintangan untuk RTD pada 85ºC.

Soalan 19-5
Sebutkan TIGA jenis penderia suhu secara mekanikal dan TIGA jenis penderia suhu
secara elektrikal.

Soalan 19-6
Terangkan prinsip kendalian satu Bourdon tube.

Soalan 19-7
Terangkan prinsip kendalian pengukuran paras cecair kaedah tekanan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/35

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 19-1
3[(20.3 × 10-6) – (1.2 × 10-6)](15ºC)(20cm)2
y= 4(0.1cm) = 0.8595 cm

Jawapan 19-2
9[(17 × 10-6) – (5 × 10-6)](T)(10)(50)
y= 4(0.2cm) = 1 cm

T = 14.81 ºC

Jawapan 19-3
(a) RT = R0 (1 + αT)
= (150Ω)[1 + (0.00412Ω/Ω/ºC)(25ºC)]
= 165.45Ω

(b) RT = R0 (1 + αT)
= (150Ω)[1 + (0.00412Ω/Ω/ºC)(50ºC)]
= 180.9Ω

Jawapan 19-4
RT = R0 (1 + αT)
= (125Ω)[1 + (0.00392Ω/Ω/ºC)(85ºC)]
= 166.65Ω

Jawapan 19-5

(a) Penderia suhu secara mekanikal - Meter suhu kaca


- Filled-System Thermometer
- Meter suhu dwilogam

(b) Penderia suhu secara elektrikal - Meter suhu pengganding suhu


- Termistor
- RTD

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA SUHU, TEKANAN DAN PARAS E4140/UNIT 19/36

Jawapan 19-6

Bourdon tube terdapat dalam tiga bentuk yang asas: tiub bentuk C, tiub bentuk
pilin (spiral tube) dan tiub bentuk heliks (hecical tube).Ketiga-tiga peranti ini berkendali
dengan cara yang hampir sama. Kesemuanya terdiri daripada tiub logam yang dipepatkan
(flattened), kebiasaannya diperbuat daripada loyang (brass), phosphor, gangsa (bronze)
atau keluli (steel). Tekanan akan dibekalkan kepada bahagian dalaman peranti ini.
Memandangkan terdapat lebih banyak ruang di luar bebanding dengan di dalam, tiub
akan cuba untuk menjadi lurus (unwinds). Keadaan ini berlaku dalam keadaan yang tidak
lelurus (non-linear), maka jarum penunjuk mekanikal yang dipasangkan pada
penghujung yang bergerak akan menunjukkan bacaan anjakan melalui satu sistem gear.
Sistem gear ini akan memampas pergerakan yang tidak lelurus.

Jawapan 19-7

Tekanan adalah merupakan satu lagi pembolehubah yang dipengaruhi oleh paras
cecair. Kita imbas kembali daripada fizik di mana tekanan cecair akan meningkat dengan
kedalaman cecair. Sebagai contoh, sekiranya lebih banyak cecair dituangkan ke dalam
satu tangki, maka akan terdapat lebih banyak cecair di atas titik di mana tekanan tersebut
diukur. Dengan peningkatan berat cecair maka ia juga akan menaikkan tekanan.

Tekanan pada dasar sesuatu tangki adalah dikaitkan dengan ketinggian dan
ketumpatan berat (weight density) cecair melalui persamaan berikut:

Pb = hw

Di mana
Pb = tekanan di dasar tangki
h = ketinggian cecair

w = ketumpatan berat cecair

Tekanan yang dihasilkan pada dasar tangki adalah dikenali sebagai hydrostatic
head. Maka peranti yang digunakan untuk mengukur paras cecair dikenali sebagai peranti
hydrostatic head. Contoh peranti jenis ini ialah peranti jenis diaphragm. Tekanan yang
dikenakan pada diaphragm akan bertambah dengan peningkatan paras cecair dan bacaan
tekanan ditunjukkan pada meter. Jenis peranti yang lain menggunakan kaedah
pengukuran perbezaan tekanan manakala di dalam peranti sistem gelembung, di mana
tekanan yang diperlukan untuk menghasilkan gelembung adalah berkadar terus dengan
paras cecair tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/1

UNIT 20
PENDERIA PANDANG

OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami kendalian serta
kegunaan penderia pandang.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-


‰ Mendefinisikan vision system dan machine vision

‰ Menerangkan kegunaan dua kelas penderia pandang - vidikon dan keadaan


pepejal (solid-state)

‰ Menerangkan kendalian penderia pandang jenis vidikon, CCD dan CID

‰ Menyatakan kebaikan dan keburukan dua kelas penderia tersebut

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/2

INPUT

20.0 PENGENALAN

Pengesanan secara visual (machine vision or computer vision) adalah satu


kebolehan untuk “melihat” yang dihadiahkan kepada sesuatu robot oleh satu
sistem penglihatan (vision system). Sistem penglihatan merupakan satu peranti
yang boleh memungut data dan membentuk satu imej yang boleh ditafsir oleh satu
komputer robot untuk menentukan samada kedudukan yang sesuai ataupun untuk
“melihat”sesuatu objek.

Oleh yang demikian, penglihatan mesin (machine vision) boleh


didefinisikan sebagai perolehan data imej, diikuti oleh pemprosesan, analisis dan
pentafsiran data-data tersebut oleh mesin atau komputer untuk aplikasi yang
berguna. Penglihatan mesin merupakan teknologi yang cepat berkembang, dengan
kegunaannya yang utama di dalam bidang penjagaan kesihatan (mengesan
penyakit), industri, pertanian, dan bidang-bidang lain.

Terdapat dua sistem asas penglihatan mesin: tatasusunan lelurus (linear


array) dan tatasusunan matriks (matrix array).

Tatasusunan lelurus hanya mengesan pada satu dimensi sahaja seperti


kehadiran sesuatu objek.

Tatasusunan matriks dikelaskan kepada dua dimensi dan tiga dimensi.


Sistem dua dimensi melihat imej dalam dua dimensi, di mana ia adalah sesuai
untuk aplikasi melibatkan objek yang terdapat di dalam suatu satah. Sebagai
contoh, pengukuran dimensi dan penyekatan (gaging), menentukan kehadiran
komponen dan memeriksa sifat sesuatu permukaan yang rata.

Sistem tiga dimensi digunakan untuk aplikasi yang memerlukan analisis


tiga dimensi, di mana ia melibatkan bentuk atau kontur (contours). Sebagai
contoh, menentukan kesesuaian apabila memasukan papan litar bercetak atau
kekemasan sambungan pateri (solder joint).

Walaubagaimanapun, kebanyakan aplikasi di industri menggunakan


sistem dua dimensi. Beberapa contoh kegunaan penglihatan mesin ditunjukkan
dalam rajah 20.1.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/3

Rajah 20.1 Contoh kegunaan penglihatan mesin di industri:


(a) pengesanan komponen dalam talian;
(b) mengenalpasti komponen pelbagai bentuk;
(c) penggunaan kamera untuk menentukan masukan
kedudukan (positional input) yang sesuai kepada robot
relatif kepada bahan kerja;
(d) dengan bantuan masukan daripada kamera untuk
membekalkan pencetakan kepada objek pelbagai bentuk.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/4

Operasi untuk satu sistem penglihatan mesin boleh dibahagikan kepada


lima langkah berikut:

1. Perolehan imej (image acquisition)


2. Pendigitan imej (image digitization)
3. Pemprosesan imej (image processing)
4. Penganalisaan imej (image analysis)
5. Pentafsiran imej (image interpretation)

Fungsi kelima-lima langkah tersebut dan perkaitan di antara satu sama lain
ditunjukkan dalam rajah 20.2.

Rajah 20.2 Lima fungsi asas untuk satu sistem penglihatan mesin

20.1 PENDERIA PANDANG (VISION SENSORS)

Kebanyakan sistem penglihatan mesin menggunakan jenis kamera


televisyen sebagai penderia pandang. Ia boleh merupakan kamera standard hitam-
putih atau berwarna, dan mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan tiub
vakum atau teknologi keadaan pepejal (solid-state technology).

20.1.1 Kamera tiub vakum

Jenis tiub vakum yang paling biasa digunakan untuk kamera


televisyen ialah tiub vidikon (vidicon tube). Satu kamera hitam dan putih
hanya memerlukan satu tiub vidikon. Satu kamera berwarna memerlukan
tiga tiub vidikon – satu dengan penapis merah, satu dengan penapis hijau
dan satu dengan penapis biru. Keluaran daripada setiap vidikon kamera
berwarna mesti dilaraskan untuk menyamai kepekaan mata manusia. Iaitu,
apabila kamera merakamkan satu gambar putih, 30 peratus daripada

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/5
isyarat ialah warna merah, 59 peratus warna hijau dan biru sebanyak 11
peratus.

Kamera vidikon berkendali dengan memfokuskan imej kepada satu


permukaan fotoberaliran (photoconductive surface) dan mengimbas
permukaan tersebut dengan satu alur elektron (electron beam) untuk
mendapatkan nilai-nilai relatif untuk pixel. Kawasan yang berlainan di atas
permukaan fotoberaliran akan mempunyai nilai voltan yang berlainan
bergantung kepada keamatan cahaya yang mengenainya. Alur
pengimbasan akan mengikut satu corak yang telah ditentukan, iaitu secara
garis mengufuk dari atas ke bawah. Setiap garis kemudiannya dibahagikan
kepada siri titik berlainan. Bilangan titik pada setiap garis didarabkan
dengan bilangan garis akan memberikan dimensi matrix pixel berkenaan
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 20.3.

Rajah 20.3 Illustrasi menunjukkan imej yang dibahagikan ke dalam


elemen gambar berbentuk matriks; (a) objek; (b) elemen gambar
berbentuk matriks ditindihkan ke atas objek; (c) nilai keamatan objek pada
elemen gambar.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/6

20.2.2 Kamera keadaan pepejal

Jenis kamera televisyen keadaan pepejal (solid-state television


camera) yang paling biasa digunakan ialah charge-coupled devices (CCD)
dan charge-injection devices (CID). Kamera jenis keadaan pepejal
kebiasaannya lebih kecil dan penggunaan kuasa yang kurang berbanding
dengan kamera tiub vakum. Kamera jenis ini berkendali dengan
memfokuskan imej kepada satu tatasusunan dua dimensi yang kecil yang
terdiri daripada elemen fotopeka (photosensitive element) seperti dalam
rajah 20.4.

Rajah 20.4 Proses perolehan imej oleh penderia CCD

20.2.2.1 Charge-coupled devives (CCD)

Peranti CCD boleh didapati dalam bentuk tatasusunan


lelurus (linear arrays) dari 256 kepada 2048 sel atau vision pixels
untuk penglihatan sebaris pada satu-satu masa. Ia juga boleh
didapati dalam bentuk tatasusunan kawasan (area arrays) 190 x
244 sel atau 380 x 488 sel. Sel CCD menghasilkan cas elektrik
berkadaran dengan keamatan cahaya yang mengenainya. Cas ini
kemudiannya digandingkan daripada sel ke sel di dalam
tatasusunan melalui aplikasi denyut jam (clock pulse) yang
dibekalkan kepada tatasusunan yang membuatkan setiap jalur atau
lajur tatasusunan CCD berfungsi seperti daftar anjakan (shift
register). Satu kamera CCD juga kadang-kala dikenali sebagai
kamera RAM memandangkan ia berfungsi seperti satu ingatan
RAM dinamik (dynamic RAM memory).

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/7

20.2.2.2 Charge-injection devices (CID)

Satu peranti CID berkendali dengan cara yang hampir sama


dengan CCD dan boleh mengandungi tatasusunan lelurus atau
tatasusunan kawasan. Peranti CID mempunyai nilai voltan tertentu
yang disuntikkan (injected voltage) ke dalam setiap sel berkadaran
dengan keamatan cahaya yang mengenai setiap sel. Tetapi CID
bertindak seperti satu ingatan komputer dan menyimpan informasi
untuk suatu tempoh yang cukup lama sehingga ia dibaca oleh
program yang mengimbas tatasusunan CID. Oleh yang demikian,
satu kamera CID bertindak seperti satu ingatan RAM static (static
RAM memory).

Penglihatan dalam tiga dimensi boleh dicapai dengan


menggunakan dua kamera, satu untuk penglihatan pergerakan (moving
vision) dan satu untuk penglihatan sambutan-cepat (fast-response vision).
Satu sahaja kamera juga mampu menghasilkan kesan tiga dimensi
sekiranya ia dianjakkan pada selang masa pengamilan gambar.
Memandangkan kamera mesti digerakan, walaubagaimanapun kaedah ini
adalah lebih lambat dalam pencapaian penglihatan tiga dimensi.

Kamera vidikon menghasilkan herotan pada imej yang melibatkan


objek bergerak pantas disebabkan oleh kehabisan masa (time lapse) yang
dikaitkan dengan pegimbasan alur elektron yang memakan masa pada
permukaan fotoberaliran. Keadaan ini telah dapat diatasi oleh kamera
keadaan pepejal yang menyebabkan ianya berjaya mendominasi sistem-
sistem penglihatan mesin di insustri.

Tidak kira jenis penderia pandang mana yang digunakan pada


mesin, kebezajelasan (resolution) adalah masih bergantung kepada
bilangan elemen pengambaran yang digunakan. Lagi banyak pixel yang
direkacipta pada penglihatan mesin, lagi tinggilah kebezajelasannya.
Walaubagaimanapun, kos kamera akan melambung naik sekiranya
bilangan pixel ditambahkan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/8

AKTIVITI 20

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA


MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

20.1 Apakah maksud vision system?

20.2 Bagaimanakah vision system diklasifikasikan? Terangkan kategorinya.

20.3 Apakah dua jenis penderia yang digunakan dalam vision system?

20.4 Apakah LIMA fungsi yang terdapat dalam machine vision system?

20.5 Bagaimanakah penglihatan tiga dimensi boleh dicapai?

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/9

MAKLUMBALAS 20

20.1 Sistem penglihatan (vision system) merupakan satu peranti yang boleh memungut
data dan membentuk satu imej yang boleh ditafsir oleh satu komputer robot untuk
menentukan samada kedudukan yang sesuai ataupun untuk “melihat”sesuatu
objek.

20.2 Terdapat dua sistem asas vision system: tatasusunan lelurus (linear array) dan
tatasusunan matriks (matrix array).

Tatasusunan lelurus hanya mengesan pada satu dimensi sahaja seperti kehadiran
sesuatu objek.

Tatasusunan matriks dikelaskan kepada dua dimensi dan tiga dimensi. Sistem dua
dimensi melihat imej dalam dua dimensi, di mana ia adalah sesuai untuk aplikasi
melibatkan objek yang terdapat di dalam suatu satah. Sebagai contoh, pengukuran
dimensi dan penyekatan (gaging), menentukan kehadiran komponen dan
memeriksa sifat sesuatu permukaan yang rata.

20.3 i.) kamera tiub vakum / vidikon


ii.) kamera keadaan pepejal (solid-state camera).

20.4 1. Perolehan imej (image acquisition)


2. Pendigitan imej (image digitization)
3. Pemprosesan imej (image processing)
4. Penganalisaan imej (image analysis)
5. Pentafsiran imej (image interpretation)

20.5 Penglihatan dalam tiga dimensi boleh dicapai dengan menggunakan dua kamera,
satu untuk penglihatan pergerakan (moving vision) dan satu untuk penglihatan
sambutan-cepat (fast-response vision). Satu sahaja kamera juga mampu
menghasilkan kesan tiga dimensi sekiranya ia dianjakkan pada selang masa
pengamilan gambar. Memandangkan kamera mesti digerakan,
walaubagaimanapun kaedah ini adalah lebih lambat dalam pencapaian
penglihatan tiga dimensi.

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/10

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba
semoga berjaya!!!!

Soalan 20-1

Terangkan kendalian kamera vidikon (vidicon camera) dan kamera keadaan pepejal
(solid-state camera)? Nyatakan perbezaan di antara dua jenis kamera ini.

Soalan 20-2

Nyatakan perbezaan di antara kamera CCD dan kamera CID.

Soalan 20-3

Bincangkan kebaikan dan keburukan kamera vidikon (vidicon camera) dan kamera
keadaan pepejal (solid-state camera).

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/11

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 20-1

Kamera tiub vakum

Kamera vidikon berkendali dengan memfokuskan imej kepada satu permukaan


fotoberaliran (photoconductive surface) dan mengimbas permukaan tersebut dengan satu
alur elektron (electron beam) untuk mendapatkan nilai-nilai relatif untuk pixel. Kawasan
yang berlainan di atas permukaan fotoberaliran akan mempunyai nilai voltan yang
berlainan bergantung kepada keamatan cahaya yang mengenainya. Alur pengimbasan
akan mengikut satu corak yang telah ditentukan, iaitu secara garis mengufuk dari atas ke
bawah. Setiap garis kemudiannya dibahagikan kepada siri titik berlainan. Bilangan titik
pada setiap garis didarabkan dengan bilangan garis akan memberikan dimensi matrix
pixel berkenaan.

Kamera keadaan pepejal

Kamera jenis ini berkendali dengan memfokuskan imej kepada satu tatasusunan dua
dimensi yang kecil yang terdiri daripada elemen fotopeka (photosensitive element).

Peranti CCD boleh didapati dalam bentuk tatasusunan lelurus (linear arrays) dari 256
kepada 2048 sel atau vision pixels untuk penglihatan sebaris pada satu-satu masa. Ia juga
boleh didapati dalam bentuk tatasusunan kawasan (area arrays) 190 x 244 sel atau 380 x
488 sel. Sel CCD menghasilkan cas elektrik berkadaran dengan keamatan cahaya yang
mengenainya. Cas ini kemudiannya digandingkan daripada sel ke sel di dalam
tatasusunan melalui aplikasi denyut jam (clock pulse) yang dibekalkan kepada
tatasusunan yang membuatkan setiap jalur atau lajur tatasusunan CCD berfungsi seperti
daftar anjakan (shift register). Satu kamera CCD juga kadang-kala dikenali sebagai
kamera RAM memandangkan ia berfungsi seperti satu ingatan RAM dinamik (dynamic
RAM memory).

Satu peranti CID berkendali dengan cara yang hampir sama dengan CCD dan boleh
mengandungi tatasusunan lelurus atau tatasusunan kawasan. Peranti CID mempunyai
nilai voltan tertentu yang disuntikkan (injected voltage) ke dalam setiap sel berkadaran
dengan keamatan cahaya yang mengenai setiap sel. Tetapi CID bertindak seperti satu
ingatan komputer dan menyimpan informasi untuk suatu tempoh yang cukup lama
sehingga ia dibaca oleh program yang mengimbas tatasusunan CID. Oleh yang demikian,
satu kamera CID bertindak seperti satu ingatan RAM static (static RAM memory).

http://modul2poli.blogspot.com/
PENDERIA PANDANG E4140/UNIT 20/12

Jawapan 20-2

Kamera jenis keadaan pepejal kebiasaannya lebih kecil dan penggunaan kuasa yang
kurang berbanding dengan kamera tiub vakum.

Jawapan 20-3

Kamera vidikon menghasilkan herotan pada imej yang melibatkan objek bergerak pantas
disebabkan oleh kehabisan masa (time lapse) yang dikaitkan dengan pegimbasan alur
elektron yang memakan masa pada permukaan fotoberaliran. Keadaan ini telah dapat
diatasi oleh kamera keadaan pepejal dengan menggunakan dua kamera, satu untuk
penglihatan pergerakan (moving vision) dan satu untuk penglihatan sambutan-cepat (fast-
response vision).

http://modul2poli.blogspot.com/

You might also like