You are on page 1of 34

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2022

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK/ DVM

KOD / KURSUS DEA 1323 / AC AND DC MOTOR

01. PERFORM PRINCIPLES OPERATING OF ALTERNATING


KOMPETENSI
CURRENT MOTOR

1.1 Explain principles of AC motor


1.2 Usage of AC motor
1.3 Explain AC motor operating
KOMPETENSI
1.4 Demonstrate connection of AC motor and protection features
UNIT
1.5 Demonstrate AC Motor Maintenance

(SINGLE PHASE AC MOTOR)

Trainee must be able to:


 Explain type of AC and DC motor and generator according to specification. (C2,
HASIL
PLO1)
PEMBELAJARA
 Trace damage of AC and DC motor according to specification. (P3, PLO2)
N
 Describe connection of AC and DC motor and generator according to standard.
(A1, PLO5)

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

……………………………………….. HJ AZMI BIN


NURUL RAFIQ BT KHAIRUL HARDIAL SAPUAN
(PENTAKSIR) (KETUA PROGRAM)

TARIKH: 02/07/2022 TARIKH: 02/07/2022

1.0 PENGENALAN
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Apa itu motor elektrik?

Motor merupakan sebuah alat yang sangat penting di dalam kejuruteraan elektrik. Motor
adalah sebuah alat yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk
menghasilkan gerakan.

Rajah 1
 (Motor memerlukan tenaga elektrik untuk membolehkannya berkendali dalam
bentuk gerakkan berputar seperti kipas, roda tenaga dan sebagainya.

 Terdapat dua jenis utama motor elektrik iaitu motor Arus Ulang-alik dan juga Arus
Terus.

1.1 MOTOR ARUS ULANG-ALIK (AU) SATU FASA

Motor AU adalah jenis motor elektrik yang paling biasa digunakan. Seperti yang
ternyata pada namanya, motor AU dipacu oleh arus elektrik ulang alik. Motor AU boleh
berada dalam bentuk fasa tunggal (single phase) dan tiga fasa (three phase). Untuk
penukaran kuasa kecil, motor fasa tunggal biasa digunakan. Ianya mempunyai saiz yang
lebih kecil dan sesuai dalam aplikasi di dalam rumah seperti peti sejuk, kipas dan mesin
basuh. Manakala untuk penukaran kuasa mekanikal yang besar, motor tiga fasa digunakan
seperti aplikasi industri dan komersial. Terdapat dua jenis motor AU iaitu motor segerak
dan juga motor aruhan.

Motor satu fasa A.U merupakan sebahagian besar daripada hasil keluaran industri
pembuatan motor di negara ini. Motor ini merupakan motor berkuasa rendah lazimnnya
mempunyai kadar kuasa yang kurang daripada 600 Watt, walaupun boleh juga diperolehi
dengan kuasa berkadar tinggi sehingga 2 KW Motor satu fasa merupakan jenis motor yang
pertama dibina untuk kegunaan voltan dan arus ulang-alik (A.U) .

Motor ini boleh dikelaskan kepada tiga kategori umum:

a) Motor aruhan
b) Motor penukartertib
c) Motor segerak
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

MOTOR SATU
FASA A.U

Motor Aruhan Motor Motor Segerak


Penukartertib

Motor Aruhan Fasa Motor penolakan Motor yang berputar


Terbelah pada kelajuan
Motor sesiri
Motor Aruhan Penolakan segerak
Motor Aruhan Kutub
Terteduh

Dipanggil motor
penukartertib kerana
ia menggunakan
penukar tertib dan
pemasangan berus

1.2 STRUKTUR BINAAN DAN FUNGSI

Terdapat dua bahagian utama pada motor AU. Bahagian luar yang tidak berpusing
dipanggil stator (berfungsi untuk mebekalkan medan magnet yang berpusing) manakala
bahagian dalam yang berpusing dipanggil rotor. Terdapat perbezaan pada reka bentuk
rotor di dalam motor segerak dan motor aruhan yang akan dinyatakan pada bahagian
seterusnya.

2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Rajah 1: Gambarajah binaan motor AU

1.2.1 KOMPONEN-KOMPONEN MOTOR:

Pada asasnya, semua motor a.u. terdiri dari bahagian komponen-komponen


berikut:-

1) BADAN (frame):

 Motor jenis ini biasanya diperbuat dari keluli tuangan (cast steel) yang
berbentuk silinder.
 Motor jenis sederhana dan besar diperbuatkan dalam bentuk kotak.
 Bahagian dalam badan menempatkan teras stator dan lilitan stator.
 Teras stator terdiri dari lapisan-lapisan keluli yang bermutu tinggi. Lapisan-
lapisan ini bertebat diantaranya dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-
kesan arus pusar.
 Penutup motor yang berjaring berfungsi untuk menyekat kemasukan
bendasing ke dalam motor dan direka untuk mendapatkan ketegaran yang
maksima.

2) STATOR:

Pemegun motor aruhan A.U berfungsi untuk membekalkan medan magnet


yang berputar kepada pemutar. Medan magnet ini dihasilkan melalui dua
jenis belitan yang terdapat pada pemegun. Belitan ini ialah belitan pemula
dan belitan larian. Kedua-dua belitan disambung secara selari ke punca
bekalan serta bertindih pada pemegun dalam susunan tertentu.

Saiz dan belitan pemegun bergantung kepada pengguanaan motor. Belitan


pemula berfungsi untuk menentukan arah pusingan motor manakala belitan
larian berfungsi untuk menentukan kelajuan pusingan motor.

 Mempunyai alur-alur untuk menempatkan lilitan-lilitan gelung tembaga.


2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

 Lilitan-lilitan stator yang telah siap kemudiannya direndam ke dalam varnis


sintetik dan dipanaskan untuk membentuk lilitan yang kemas dan tidak telap
habuk serta kelembapan.

3) PETI PUNCA:

 Terdiri dari bingkah punca bertebat yang ditempatkan dalam peti logam.
 Ianya ditapakkan ke atas gasket, untuk menghalang penyerapan habuk dan
kelembapan.
 Bagi motor-motor besar, penyambung didudukkan di atas bar-bar penebat
dan dijarakkan diantaranya bagi memudahkan penempatan kabel-kabel
besar.
 Hablur silica-gel ditempatkan di dalam peti punca motor-motor voltan tinggi.
Hablur ini menyerap lembapan yang terdapat dalam peti punca.
 Hablur bertukar warna dari biru ke merah jambu.

4) ROTOR:
Terdapat 3 jenis rotor yang digunakan:-

 Rotor sangkar tupai - jenis rotor yang paling lazim digunakan. Ia terdiri
daripada beberapa batang aluminimum sama panjang serta selari yang
disusun membentuk satu silinder serta disambungkan oleh gelang,
menjadikannya berbentuk seperti "sangkar tupai". Batang-batang tersebut
disusun senget sedikit bagi mengurangkan bunyi bising serta harmonik.
 Rotor gelang gelincir - menggantikan "sangkar tupai" dengan lilitan yang
disambungkan pada gelang gelincir. Apabila gelang tersebut dipintaskan, ia
akan berperwatakan seperti motor sangkar tupai. Ia boleh juga disambung
dengan perintang untuk menghasilkan litar rotor berintangan tinggi, yang
boleh membantu menghidupkannya.
 Rotor teras pepejal - diperbuat daripada keluli lembut pejal. Arus yang
diaruhkan stator akan menghasilkan putaran.

 Berikut merupakan rajah bagi pemutar motor aruhan A.U sangkar tupai.

Pemutar motor ini tidak mempunyai sebarang belitan. Pemutar motor aruhan
A.U berbentuk seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di atas. Pemutar
dibina daripada bar-bar pengalir kuprum ataupun aluminium yang diisi ke
dalam lubang alur teras pemutar bagi membentuk sangkar tupai.

Kedua-dua bahagian hujung bar tersebut disambungkan kepada gelang


hujung. Bar pengalir menjadi laluan untuk arus teraruh pada pemutar yang
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

disebabkan oleh perubahan medan magnet di pemegun. Teras pemutar


dibina daripada keluli berlamina seperti pada rajah di atas.

 Rotor sangkar tupai dalam motor-motor kecil mengandungi pengalir tembaga


atau aluminium yang ditempatkan ke dalam teras rotor yang berlapisan.
 Biasanya alur-alur teras rotor berbentuk pencungan bagi mengurangkan
bunyi bising dan pusuan-pusuan magnetik.
 Rotor-rotor besar mempunyai pengalir-pengalir tembaga atau loyang melalui
alur-alur di dalam lapisannya, dengan hujungnya dipateri kegelang hujung.
 Ia juga membawa kipas yang dipasang berasingan, dan alur-alur ganti-
udaraan diadakan di dalam teras rotor.
 Kedua-dua permukaan rotor dan stator dimesin halus untuk memastikan
celahan udara antara rotor dan stator adalah tepat.

5) ACI (Shaft)

 Diperbuat dari keluli ketahanan tinggi dan mempunyai kekunci untuk


menempatkan rotor dan kipas.
 Saiznya bergantung kepada rotor yang dibawa.

6) ALAS BEBOLA (Bearing)

 Terdiri dari alas bebola (ball bearing) dan alas rola (sleeve bearing) di dalam
motor-motor kecil dan menggunakan geris sebangai pelincir.
 Tangkup alas dibuat dari besi tuangan memegang dan melindungi alas di
dalam kandungan alas dari habuk.
 Palam pelepas gris ditempatkan di bawah tangkup bearing untuk
membenarkan bekalan gris yang cukup.

7) GEAR:

 Tujuan untuk menghasilkan kelajuan yang rendah atau yang dikehendaki


dengan tidak berubahnya daya kilas bagi motor tersebut.
 Untuk menghasilkan kelajuan yang sangat rendah 2 atau lebih gear
diperlukan.

1.3 JENIS-JENIS MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

1.3.1 MOTOR ARUHAN FASA TUNGGAL

Motor aruhan mempunyai pemutar yang tidak disambungkan ke punca bekalan.


Motor ini menggunakan prinsip aruhan elektromagnet seperti di dalam pengubah. Dge
akan teraruh di dalam pengalir pada pemutar apabila fluks magnet pada kutub medan
memotong pengalir tersebut. Berikut merupakan contoh rupa sebenar bagi motor
aruhan A.U.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Rajah 2 : Contoh motor aruhan AU

KENDALIAN MOTOR ARUHAN FASA TUNGGAL

Asas kendalian motor aruhan fasa tunggal adalah untuk mengwujudkan medan
magnet yang berputar. Medan magnet ini diwujudkan dengan dengan menghasilkan dua
arus yang berbeza fasa sebanyak 90 o yang dialirkan di dalam dua belitan pada pemegun
seperti rajah berikut.

i. Penghasilan Putaran Medan Magnet

Untuk manghasilkan medan magnet yang berputar, andaikan belitan larian dan
belitan pemula dililit pada pemegun dua pasang kutub seperti di dalam rajah a. Daripada
rajah b, arus utama IT akan diagihkan kepada arus pemula I S dan arus larian IR. Perbezaan
saiz dawai dan bilangan belitan akan mengwujudkan perbezaan fasa di antara arus yang
terhasil di dalam kedua-dua belitan tersebut.

Penambahan pemuat yang sesuai pada belitan pemula akan menyebabkan arus
belitan pemula berbeza fasa sebanyak 90 o dengan arus belitan larian seperti yang
ditunjukkan pada rajah c. Kombinasi kedua-dua arus ini akan menyebabkan pemegun
menghasilkan medan magnet yang berputar. Saling tindak medan magnet yang berputar di
pemegun dengan medan magnet pemutar akan menyebabkan pemutar berputar. Keadaan
ini dijelaskan seperti rajah di bawah.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Ambil keadaan mula pada kedudukan satu ( 1 ) untuk arus pada pemegun.
Keadaan ini akan menyebabkan pemutar menjajar pada arah yang ditunjukkan. Tarikkan
dua medan magnet disebabkan oleh belitan pemula dan belitan larian pada pemegun akan
menyebabkan pemutar bergerak dari kedudukan satu ke kedudukan dua. Alunan
berterusan dua medan magnet membolehkan pergerakkan pemutar magnet diteruskan
hinggan ke kedudukkan sembilan untuk melengkapkan pusingan.

Kesan ini adalah contoh tindakkan daripada satu set gelung pemula dan larian
sahaja. Kombinasi belitanpemula dan belitan larian yang banyak pada pemegun
memberikan kesan anjakan magnet yang lebih lancar.

ii. Penghasilan Daya Kilas

Bekalan kuasa A.U akan membekalkan medan magnet pada pemegun.


Seterusnya, melalui belitan pemula dan belitan larian medan magnet yang berputar
dihasilkan pada pemegun. Merujuk kepada Hukum Faraday, apabila bar pengalir pemutar
berada di dalam medan magnet ulang-alik, maka akan wujud arus teraruh dan voltan
teraruh di dalam bar pengalir tersebut.

Apabila arus elektrik mengalir dalam bar pengalir pemutar, medan magnet akan
wujud pada pemutar. Saling bertindak di antara medan magnet pemegun dan medan
magnet pemutar akan menghasilkan daya kilas pada bar pengalir. Daya kilas ini akan
menghasilkan putaran motor.

1.3. 2 MOTOR FASA BELAH (SPLIT PHASE MOTOR)


2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Motor fasa belah merupakan motor A.U yang boleh berkendali dalam satu fasa ataupun
lebih. Motor Fasa Belah juga di kenali sebagai motor sangkar tupai. Motor ini boleh
berkendali secara self-starting dengan mengwujudkan lilitan stator tambahan.Disebabkan
arus rotor oleh stator melawan medan stator. Arus ini hanya boleh menggerakkan motor
berputar, tetapi arus tersebut tidak dapat menghidupkan motor. Untuk mengatasai masalah
ini, dua lilitan digunakan dalam motor fasa belah, lilitan itu adalah seperti berikut : -

 Lilitan menghidup (starting winding) - mempunyai rintangan yang tinggi dan lilitan
yang sedikit. Lilitan ini menggunakan dawai kupram yang kecil bagi mewujudkan
regangan yang rendah dan rintangan yang tinggi.

 Lilitan utama / pelari (running winding) - mempunyai rintangan yang rendah dan
lilitannya banyak. Lilitan ini menggunakan dawai kupram yang besar bagi
mewujudkan regangan yang tinggi dan rintangan yang rendah.

Cara kendalian Motor Fasa Belah

Untuk memperbaiki ciri-ciri menghidup motor fasa belah. satu kapasitor digunakan
sesiri dengan lilitan menghidup. Apabila kapasitor digunakan, ia menyebabkan arus
mendahului voltan di dalam litar menghidup. Oleh sebab ini, arus menghidup dapat
dikurangkan dan daya kilas bertambah, jadi keupayaan menghidup dapat diperbaiki.
Semasa menghidup suis, kapasitor sesiri dengan gelung tambahan. Kapasitor yang telah
disuaikan mempunyai nilai supaya lilitan tambahan berkesanan menampung litar rintangan
kapasitan dimana arus mendahului voltan lebih kurang 45°. Gelung stator mempunyai
aruhan yang menyebabkan arus menyusul di belakang voltan. Kedua-dua arus adalah 90°
daripada fasa dan begitu juga dengan medan magnet yang diperolehi dan ini akan
menghasilkan kesan putaran medan magnet.

Bekalan masuk

Arus yang
teraruh

Bekalan keluar
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Rajah 1 : Arus yang teraruh cuba menentang perubahan medan.

Apabila medan magnet berputar memotong batang-batang / bar pada rotor, arus
diaruh di dalamnya. Arus yang diaruh ini menghasilkan medan magnet di sekeliling pengalir
dan akan bergaris terus dengan medan magnet stator. Tindakbalas di antara kedua-dua
medan magnet akan membuatkan rotor berputar. Hukum Lenz menyatakan arus yang
diaruh cuba menentang perubahan medan yang mengaruhkannya. Pada motor aruhan,
perubahan tersebut adalah gerakan medan maka tekanan dipaksa di atas rotor disebabkan
tindakbalas antara medan rotor dan medan stator. Ini bermakna rotor akan bergerak sama
arah dengan arah medan stator. Dayakilas motor ini adalah di antara 180% hingga 200%
daripada dayakilas beban penuh dan arus permulaan adalah 6 hingga 8 kali arus beban
penuh. Penggunaan motor ini adalah seperti kipas angin, pam, peti sejuk dan sebagainya.
Saiz motor ini boleh didapati dari 1/20 hingga 1/3 kuasa kuda dengan kelajuan dari 865
p.s.m. hingga 3450 p.s.m.

Belitan utama biasanya bersaiz besar dengan bilangan belitan yang banyak.
Semasa kita mula memberikan bekalan kepada motor, regangan aruhan pada belitan
utama dalah tinggi dan rintangannya adalah rendah. Regangan aruhan ( Inductive
Reactance ) menentang arah aliran arus ulang alik di dalam litar kerana tindakkan
kearuhan. Manakala, belitan tambahan,starting windings adalah bersaiz kecil dengan
bilangan belitan yang sedikit berbanding belitan utama.

Apabila bekalan mula diberikan, kedua-dua belitan tersebut ditenagakan.


Disebabkan oleh perbezaan regangan aruhan di antara satu sama lain, arus belitan utama
mengekor,lags arus belitan tambahan. Oleh itu, tindakan ini menghasilkan beza fasa
diantara kedua-dua belitan tersebut sebanyak 90 o dan akan menghasilkan daya kilas
permulaan yang tinggi. Selagi kedua-dua belitan tersebut berada pada kedudukan
tersebut, medan magnet yang berputar akan terus terhasil.

Medan magnet yang berputar akan menyebabkan rotor berputar. Dengan


kedudukan belitan utama dan belitan tambahan yang tidak sefasa, arus akan berubah
magnitudnya dan arah sepertimana pergerakkan medan magnet mengeliling di dalam
stator. Pergerakkan ini akan memaksa rotor terus berputar bersama putaran medan
magnet.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Untuk mengurangkan kehilangan tenaga dan mengelakkan kepanasan pada belitan


tambahan semasa motor dihidupkan, suis empar, centrifugal switch digunakan untuk
mengeluarkan belitan tambahan daripada litar apabila motor mencapai had kelajuan yang
ditetapkan ( 60% - 80% kelajuan penuh ). Suis empar juga akan menyambungkan belitan
tambahan kembali sekiranya kelajuan motor berkurangan hingga dibawah kelajuan yang
telah ditentukan. Biasanya suis empar berada di dalam penutup pada aci,shaft motor.

Motor fasa belah merupakan motor tertua dan paling banyak digunakan. Ia
biasanya digunakan pada kipas, blower, pam dan sebagainya. Amnya, motor ini boleh
didapati pada saiz 1/3HP ataupun kurang.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

1.3.3 MOTOR PENGHIDUP KAPASITOR (CAPASITOR START MOTOR)

Pembinaan dalam dan cara kerja motor jenis ini adalah sama dengan motor jenis
fasa belah. Dalam motor jenis ini, perbezaan fasa antara ‘I s’ (Starting Current) dan ‘Im’ (Main
Current) diperbesarkan lagi oleh satu kapasitor bersiri dengan gelung penghidup.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Kapasitor tambahan ini akan membezakan lagi antara fasa ‘I s’ dan ‘Im’ bagi
membolehkan daya kilas yang tinggi iaitu 350% hingga 450% dari daya kilas beban penuh.
Motor ini disesuaikan untuk alat-alat yang memerlukan beban susah menghidup seperti
peti sejuk industri, elevator dan kompresor.

2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Jenis Motor Penghidup Kapasitor

Terdapat beberapa jenis motor penghidup kapasitor yang diubah-suai bagi kerja-
kerja tertentu, antaranya ialah:

1. Single voltage reversible type.


2. Single voltage non-reversible type.
3. Single voltage reversible with thermostat type.
4. Single voltage non-reversible with magnetic switch type.
5. Two voltage non-reversible type.
6. Two voltage reversible type.
7. Single voltage 3 lead reversible type.
8. Single voltage Instantly reversible type.
9. Two speed type.
10. Two speed with two capasitor type.

1. Single Voltage Externally Reversible Type

Dalam motor jenis ini terdapat 4 punca yang dikeluarkan, 2 dari gelung pelari dan 2
lagi dari gelung penghidup. Arah pusingan motor dapat ditukar dengan menukar punca-
punca gelung pelari atau punca-punca gelung penghidup.

2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

2. Single voltage non-reversible type

Dalam motor jenis ini punca gulung penghidup dan punca gelung pelari disambung
di sebelah dalam motor dengan hanya mengeluarkan 2 punca sahaja. Arah pusingan
motor ini tidak boleh ditukar kecuali motor ini di buka.

3. Single voltage reversible with thermostat type

Dalam beberapa jenis motor, sebuah suis ‘thermostat’ dipasang bagi mengawal
motor dari beban lampau, terlampau panas dan litar pintas. Suis ‘thermostat’ ini
mempunyai satu elemen ‘bimetalic’ yang disambung sesiri dengan motor dan lazimnya
dipasang di luar motor.
Apabila salah satu dari kerosakan seperti yang dinyatakan berlaku, haba akan
terhasil dan ini menyebabkan elemen ‘bimetalic’ membengkok dan memutuskan litar. Bila
elemen ini menjadi sejuk, ia akan kembali seperti asal dan menyambungkan litar semula.

SINGLE VOLTAGE REVERSIBLE


WITH THERMOSTAT TYPE
C
S

Rotor
Belitan
Pemula
Thermostat Belitan
Pelari

4. Single voltage non-reversible with magnetic switch 3svrt/ima

Motor jenis ini biasanya digunakan di dalam peti sejuk yang mana suis empar tidak
dapat digunakan. Sesentuh elektromagnetik dalam motor ini menggantikan suis empar
yang mana elektromagnet ini diaruh oleh arus pelari. Pada permulaan, apabila arus pelari
tinggi elektromagnet akan diaruh dan menutup sesentuh. Ini akan membolehkan arus
mengalir ke lilitan penghidup. Apabila motor mencapai kelajuan sehingga 75% daripada
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

halaju beban penuh, arus pelari akan menjadi rendah sehingga menyebabkan sesentuh
terbuka. Oleh kerana kegunaan motor jenis ini memerlukan satu arah pusingan sahaja,
maka sambungannya tidak perlu penukaran arah.

5. Two voltage non-reversible type

Motor jenis ini boleh digunakan dengan 2 voltan AU, sama ada 110 v, 220 v atau
440 v. Motor ini terdiri daripada 2 gelung pelari dan satu gelung penghidup.

2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Bila motor ini hendak dikendalikan dengan voltan rendah, kedua-dua gelung
disambung selari dan apabila hendak dikendali dengan voltan tinggi, kedua-dua gelung
disambung sesiri. Gelung penghidup disambung secara selari dengan satu sahaja gelung
pelari.

6. Two voltage reversible type

Penukaran arah pusingan motor boleh dilakukan dengan mengeluarkan 2 punca


tambahan dari gelung penghidup.

TWO VOLTAGE REVERSIBLE TYPE

c S
c S
c
R1 R2 R1 R2

Kendalian Rotor Kendalian Rotor


Voltan Voltan
Rendah Rendah

Rajah di atas menunjukkan sambungan ikut arah pusingan jam dan lawan arah
pusingan jam yang dikendalikan dengan voltan rendah.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

TWO VOLTAGE REVERSIBLE TYPE


c S
c S

R1 R2 R1 R2

Rotor
Rotor Kendalian
Kendalian Voltan
Voltan Tinggi
Tinggi

Rajah di atas menunjukkan sambungan dengan kendalian voltan tinggi.

7. Single voltage 3 lead type

Dalam motor jenis ini, satu gelung pelari 2 bahagian digunakan iaitu R 1 dan R 2 yang
disambung sesiri dengan satu punca gelung penghidup di antara R 1 dan R2 seperti dalam
rajah.
SINGLE VOLTAGE 3 LEAD TYPE
C

C R1

Rotor
S

R2

7SV3L/IMA
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Bila punca luar gelung penghidup disambung kepada punca A, gelung penghidup selari
dengan R1 dan arah pusingan motor adalah ikut jam. Bila punca luar ditukar pada B, ianya
selari dengan R2 , maka arus kepada gelung ditukar dan motor berpusing arah lawan jam.

8. Single voltage instantly reversible

Motor jenis ini jarang digunakan dan penggunaannya terhad. Dalam motor jenis ini,
suis-suis tambahan digunakan untuk menukar arah pusingan motor dengan serta merta.

9. Two speed type

Kelajuan motor boleh ditukar dengan menukar bilangan kutub. Di dalam motor jenis
ini terdapat 2 gelung pelari, 6 kutub dan 8 kutub yang dimasukan di dalam lubang-lubang
alur stator. Hanya satu gelung penghidup sahaja digunakan. Satu suis empar dua tindakan
yang mengandungi 3 sesentuh digunakan.

TWO SPEED TYPE

Capacitor
Suis ampar dua tindakan
Selector
switch LOW

HIGH Low Run

Rotor
High
Start

High Run

Satu suis yang dipasang di luar motor digunakan untuk menukar kelajuan motor.
9ts/ima
Motor ini sentiasa menghidup dengan kelajuan yang tinggi tidak kira sama ada motor
disuiskan pada kelajuan tinggi atau rendah. Jika motor disuiskan pada kelajuan yang
rendah, maka apabila motor mencapai kelajuan yang membolehkan suis empar beroperasi,
ia akan membuka litar gelung penghidup dan gelung pelari kelajuan tinggi dan menutup
gelung pelari kelajuan rendah.

10. Two speed with 2 capasitor

Motor ini mempunyai dua gelung pelari, dua gelung penghidup dan dua kapasitor.
Satu kapasitor digunakan untuk operasi kelajuan tinggi dan satu lagi untuk operasi
kelajuan rendah. Satu suis empar dua hala digunakan untuk membuka litar gelung
penghidup setelah motor berpusing pada kelajuan yang disuiskan.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Two Speed With Two Capasitor


High Low
Capacitor Capacitor
Selector
switch LOW

HIGH
Low Start
Rotor

High Run

Low
Run High
Start
S

10ts/ima
1.3.5 MOTOR PELARI KAPASITOR (CAPACITOR RUN MOTOR)

Motor jenis ini adalah sama dengan motor jenis penghidup kapasitor, tetapi gelung
penghidup dan kapasitor dikekalkan dalam litar pada masa motor berpusing. Kebaikan
mengekalkan kapasitor dalam litar ialah:

i) Membaiki keupayaan beban lampau.


ii) Faktor kuasa yang tinggi.
iii) Kecekapan yang tinggi.
iv) Motor berpusing dengan senyap sangat diperlukan bagi motor kecil yang
digunakan di pejabat dan makmal.

Sesetengah daripada motor ini menghidup dan berputar dengan satu kapasitor yang mana
ianya dikenali sebagai motor pelari kapasitor satu nilai. Ada juga motor Jenis ini yang
menghidup dengan nilai kapasitor yang tinggi tetapi berputar dengan kapasitor yang
rendah dikenali sebagai motor pelari kapasitor dua nilai.

i) Motor pelari kapasitor satu nilai

Motor jenis ini mempunyai satu gelung pelari dan satu gelung penghidup bersiri dengan
sebuah kapasitor. Oleh kerana kapasitor sentiasa kekal dalam litar, motor ini diumpamakan
sebagai motor dua fasa yang tidak seimbang. Suis ampar tidak digunakan dalam litar
motor ini kerana kapasitor dan gelung penghidup dikekalkan dalam litar. Biasanya
kapasitor yang benilai 2 micro farad hingga 20 micro farad digunakan dan dipilih daripada
jenis yang baik dan mahal bagi menyesuaikan tugasnya yang berterusan. Nilai dayakilas
permulaannya adalah rendah dan motor ini adalah sesuai bagi kerja-kerja yang
memerlukan daya kilas permulaan yang rendah seperti kipas angin, blower dan pelaras
voltan.

Arah pusingan motor ini boleh diterbalikkan melalui satu suis luar dengan syarat gelung
penghidup dan pelari adalah sama. Satu gelung akan menjadi gelung penghidup bagi satu
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

arah pusingan bila kapasitor sesiri dengannya dan gelung ini pula akan menjadi gelung
pelari bagi arah pusingan yang bertentangan. Bila suis diletakkan pada 'forward', gelung A
menjadi gelung pelari manakala gelung B menjadi gelung penghidup. Apabila disuiskan
pada reverse. gelung B menjadi gelung pelari dan gelung A menjadi gelung penghidup.
Motor seperti ini selalu digunakan bagi penggunaan yang memerlukan pusingan dua arah.

Rajah 3: Penyambungan FWD Rajah 4 : Penyambungan REV

Rajah 5: Penukaran FWD REV menggunakan suis

ii) Motor pelari kapasitor dua nilai

Motor ini menghidup dengan kapasitor nilai tinggi yang bersiri dengan gelung penghidup
untuk memberi dayakilas permulaan yang tinggi. Apabila motor berputar. sebuah kapasitor
nilai rendah digantikan dengan menggunakan suis ampar. Kedua-dua gelung penghidup
dan gelung pelari dikekalkan dalam litar. Kapasitor untuk litar penghidup adalah sebuah
kapasitor elektrolitik nilai tinggi ( short duty ) dan kapasitor penghidup adalah kapasitor
minyak (continous duty). Biasanya nilai kapasitor penghidup adalah 10 hingga 15 kali nilai
kapasitor pelari.

Pada permulaan iaitu bila suis ampar tertutup. kedua-dua kapasitor adalah selari dan nilai
jumlah kapasitor adalah hasil campur kedua-dua nilai kapasitor tersebut. Bila motor
mencapai 75% kelajuan beban penuh, suis ampar akan terbuka dan hanya meninggalkan
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

kapasitor nilai tinggi di dalam litar penghidup. Menggunakan cara ini penghidup (starting)
yang baik dan pelarian (running) yang lancar akan didapati pada motor ini. Motor seperti ini
disesuaikan untuk penggunaan yang memerlukan beban berat seperti dalam kompresor
( pemampat ).

Ciri-ciri motor ini ialah

 Keupayaan menghidup pada beban yang berat.


 Pelarian yang senyap.
 Kecekapan dan faktor kuasa yang tinggi.
 Berkemampuan menampung 25% beban lampau.

Belitan pemula dan kapasitor berada pada litar motor sepanjang masa. Kapasitor
tidak akan diputuskan walaupun motor mencapai tahap kelajuan yang ditetapkan. Ini
adalah kerana tiada suis empar pada motor jenis ini.

Capacitor run motor mempunyai kelajuan beban penuh yang rendah berbanding
dengan motor jenis capacitor star. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kapasitor sentia
berada di dalam litar. Kebiasaannya, jangkahayat kapasitor adalah pendek dan perlu
digantikan semasa melakukan rutin senggaraan

Kebaikan membiarkan kapasitor sentiasa berada di dalam litar adalah, ia akan


menghasilkan daya kilas kendalian yang tinggi berbanding motor capacitor start ataupun
motor fasa belah. Keadaan ini membenarkan motor ini digunakan untuk aplikasi yang
memerlukan daya kilas kendalian yang tinggi.

Arah putaran bagi motor ini boleh diterbalikkan dengan menterbalikkan samada
penyambungan pada belitan pemula ataupun belitan larian. Piawai industri untuk
mengubah arah putaran adalah dengan mengubah penyambungan belitan pemula.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

1.3.6 CAPACITOR START AND RUN MOTOR

Bagi motor jenis ini, ia menggunakan dua kapasitor di mana ia akan mula dengan
kapasitor pemula dan kemudiannya berkendali dengan menggunakan kapasitor larian.
Kapasitor pemula disambungkan secara siri dengan belitan pemuala manakala kapasitor
larian pula disambungkan secara siri dengan belitan larian.

Ia mempunyai kadaran daya kilas permulaan yang sama dengan motor jenis
pemula kapasitor. Kapasitor pemula digunakan untuk menghidupkan motor manakala
kapasitor larian akan ditinggalkan di dalam litar semasa motor berkendali. Kebiasaannya,
nilai kapasitor yang besar digunakan untuk pemuala manakala kapsitor yang kecil nilainya
digunakan untuk kendalian motor.

Biasanya motor jenis ini digunakan pada, peti sejuk, pemampat udara dan
sebagainya. Kedua-dua kapasitor perlu digantikan setiap kali apabila berlaku kerosakkan
pada motor tersebut.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

1.3.7 MOTOR KUTUB TERTEDUH


( SHADED POLE MOTOR )

Dalam motor jenis ini pembahagian fasa dilakukan oleh aruhan (induction).
Bahagian utama motor ini terdiri daripada stator jenis ‘salient pole’ dan sebuah rotor jenis
sangkar tupai.

Kutub berlapis pada stator mempunyai satu alur pada satu penghujung dan satu
bahagian daripadanya dililit dengan satu gelung tembaga yang dipintas sendiri. Gelung
inilah yang dipanggil ‘gelung telau’ (shaded coil) dan bahagian ini adalah bahagian bertelau
manakala bahagian yang satu lagi tidak bertelau.

Apabila arus mengalir melalui gelung medan yang dikelilingi satu kutub penuh,
paksi kutub magnet akan berpindah dari bahagian tidak bertelau kebahagian bertelau.
Pemindahan ini akan menyebabkan motor mengikut paksi tersebut. Oleh sebab
pemindahan medan ini berlaku pada setiap setengah kitar maka rotor akan terus berputar
mengikut pemindahan paksi medan magnet.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Motor kutub telau ini dibina dalam saiz kecil iaitu dari 1/250 KK sehingga 1/6 KK.
Walaupun pembinaannya mudah dan harganya murah, terdapat keburukan-keburukan
seperti:
1. Dayakilas menghidup adalah rendah.
2. Keupayaan beban lampaunya rendah.
3. Kecekapannya rendah - berubah dari 5% (motor kecil) hingga 35% (motor
besar).

Disebabkan daya kilas menghidupnya rendah, biasanya motor jenis ini digunakan
pada kipas angin kecil, alat-alat permainan, alat-alat jangka, pengering rambut dan jam
elektrik.

Pemindahan Paksi Kutub Magnet

Adalah harus diingat bahawa gelung bertelau mempunyai sifat induktan yang tinggi.
Apabila arus ulang-alik yang melalui gelung medan atau gelung pengujaan cuba
meningkat, ia akan mengaruhkan suatu arus di dalam gelung telau dengan berasaskan
tindakbalas alatubah.

Oleh sebab itu, ketumpatan fluks akan berkurangan pada bahagian bertelau
apabila arus ujaan atau arus medan bertambah.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Walau bagaimana pun, ketumpatan fluks pada bahagian bertelau bertambah apabila arus
ujaan atau arus medan mula menurun.

1.3.8 MOTOR TOLAKAN

Motor jenis ini boleh dibahagi kepada 4 kategori :

1. Motor tolakan (repulsion motor).


2. Compensated repulsion motor.
3. Repulsion start induction run motor.
4. Repulsion induction motor.

Dari segi binaannya, motor jenis ini terdiri daripada:


i. Gelung stator - adalah dari jenis ‘distributed non-salient pole’ dan ia biasanya
dililit dalam 4, 6 atau 8 kutub.
ii. Rotor - adalah dari jenis ‘slatted core’ yang mempunyai ‘distributed winding’
(sama ada dari jenis ‘lap @ move’) yang mana disambungkan kepada
komutator. Biasanya sama dengan angkir bagi motor AT.
iii. Satu komutator.
iv. Beberus karbon yang dilitar-pintaskan.

Apabila arus mengalir melalui gelung stator, magnet yang dihasilkan oleh gelung
stator akan memotong gelung pada rotor yang menyebabkan gelung rotor teraruh dan
menghasilkan magnetnya sendiri.

Kutub bagi magnet di rotor adalah ditetapkan supaya kutubnya sama dengan kutub
magnet di stator. Dengan ini satu penolakan akan menyebabkan terhasilnya dayakilas.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Kedudukan beberus karbon adalah bagi menentukan arah pusingan rotor.


Dayakilas permulaan bagi motor ini adalah 350% dan arus permulaannya adalah 2 hingga
3 kali arus semasa motor ‘berlari’.

Keburukan pada motor ini adalah:

i. Kelajuannya akan berubah-ubah dengan perubahan beban yang mara. Ia


mungkin menjadi merbahaya pada ketika tidak berbeban.
ii. Faktor kuasanya adalah rendah kecuali pada kelajuan yang tinggi.
iii. Berlaku arka atau percikan bunga api pada beberusnya.

Prinsip Motor Tolakan


Anggapkan arah pengaliran arus pada gelung ujaan (stator) adalah dalam arah
yang menyebabkan kutub Utara adalah di atas dan bahagian bawah kutub stator adalah
kutub Selatan.

Fluks yang dihasilkan oleh gelung stator akan menguja DGE pada pengalir angkir
(rotor) dengan tindakbalas alatubah. Arah arus ujaan dalam pengalir angkir (rotor) adalah
ditentukan oleh kedudukan beberus karbon yang dilitarpintaskan.

Jika beberus karbon adalah dalam kedudukan yang selari (kedudukan 1) dengan
paksi medan kutub utama, arah pengaliran arus ujaan adalah seperti yang ditunjukkan.

Hasilnya angkir akan menjadi satu elektromagnet dengan kutub Utaranya di bawah
kutub Utara medan utama dan kutub Selatan pada kutub Selatan medan utama. Oleh
kerana keadaan yang sedemikian, tidak terdapat sebarang dayakilas yang terhasil.

Jika beberus karbon itu diletakan 90 o daripada paksi magnet kutub utama, arah
arus ujaan masih lagi sama dengan arah ujaan pada kedudukan 1. Pada kedudukan ini
juga didapati tiada dayakilas yang terhasil kerana DGE yang teraruh dalam pengalir angkir
akan bertindakbalas sesama sendiri dan tiada DGE yang terhasil bagi menguja arus pada
beberus karbon.

PRINSIP MOTOR TOLAKAN

-
1
S N
2

pmt/ima
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

COMPENSATED REPULSION MOTOR

Motor ini adalah sama seperti motor tolakan dengan sedikit perubahan dilakukan
pada binaan stator. Motor ini mempunyai satu gelung tambahan yang dipanggil gelung
‘compensating’.

Gelung ini disambung sesiri dengan gelung rotor melalui satu set beberus karbon
tambahan yang kedudukannya di antara set beberus karbon yang asal. Tujuan
ditambahkan gelung ’compensating’ ini adalah:
i. Untuk membaiki faktor kuasa.
ii. Untuk memberi penyelarasan kelajuan yang baik.

Gelung ini biasanya lebih kecil daripada gelung stator dan biasanya dililit pada
bahagian dalam lubang alur bagi setiap kutub utama.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Motor Penghidup Tolakan Pelari Aruhan.


(Repulsion Start Induction Run Motor)

Motor menghidup seperti motor tolakan biasa tetapi apabila mencapai 75%
kelajuan, sejenis suis ampar akan memintaskan komutator. Selepas ini motor akan berlari
seperti sebuah motor aruhan dengan rotor sangkar tupai terpintas.

Selepas dipintas, beberus tidak lagi membawa arus dan beberus boleh diangkat
dari komutator untuk mengurangkan kehausan dan kehilangan geseran.

Motor penghidup tolakan seperti ini terdiri 2 binaan yang berbeza:


i. Beberus boleh diangkat secara automatik daripada komutator apabila komutator
dipintaskan. Ianya digunakan pada motor saiz kecil dan besar.
ii. Beberus akan terus dalam ‘contact’ dengan komutator pada setiap masa bila ianya
dibina dalam motor saiz kecil.

Daya kilas permulaan motor jenis ini adalah dalam sekitaran 350% dengan arus
permulaan yang sederhana. Ianya digunakan pada alat-alat kerja, peti sejuk perniagaan ,
kompresor pam dam mesin canai.

Motor Tolakan Aruhan (Repulsion Induction Motor)

Motor ini adalah rangkuman di antara motor tolakan dan motor aruhan. Ia juga
dikenali sebagai motor tolakan sangkar tupai.

Gelung stator motor ini adalah sama seperti motor tolakan lain tetapi rotornya tersiri
dari dua gelung bebas iaitu:
i. Gelung sangkar tupai.
ii. Gelung angkir berkomutator (yang sama dengan angkir motor AT/DC).

Kedua-dua gelung ini berfungsi sepanjang masa motor itu beroperasi. Gelung
angkir berkomutator terletak di bahagian dalam lubang alur, maka lubang angkir
berkomutator mempunyai regangan yang rendah manakala gelung sangkar tupai
mempunyai regangan yang tinggi.
Pada permulaan menghidup, kebanyakan dayakilas adalah dihasilkan oleh gelung
angkir berkomutator kerana gelung sangkar tupai pada waktu ini tidak aktif disebabkan
regangannya yang tinggi.

Apabila rotor mula meningkat halajunya, gelung sangkar tupai akan mengambil-alih
sebahagian besar daripada beban. Beberus karbon adalah dipintaskan dan sentiasa
bersentuhan dengan komutator.

Salah satu daripada kebaikan motor jenis ini ialah ia tidak memerlukan suis ampar
sebagai alat bagi litar pintas. Kadangkala motor jenis ini juga ditambah dengan lilitan
‘compensating’ bagi membaiki faktor kuasanya.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Antara kegunaan motor ini adalah pada peti sejuk rumah, kompresor, lift, pam
minyak dan mesin penggaul. Motor ini boleh ditukar putarannya dengan mengubah
kedudukan beberus karbon.

1.3.9 MOTOR UNIVERSAL

Motor universal ditakrifkan sebagai motor yang mana boleh digunakan pada AT &
AU untuk halaju dan keluaran yang sama. Biasanya motor jenis ini dibuat dalam saiz yang
kecil, dari 1/200 KK hingga 1/3 KK. Disebabkan motor ini adalah dari jenis lilitan siri, maka
ia mempunyai dayakilas yang tinggi serta halaju yang berubah-ubah.

Pada keadaan tanpa beban, motor ini ‘berlari’ pada kelajuan yang tinggi dan
merbahaya. Oleh kerana itu, biasanya motor ini sentiasa dijalankan dengan berbeban.
Motor universal ini dibuat dalam dua jenis iaitu:
i. Concentrated-pole non-compensated.
ii. Distributed field compensated.

Jenis ‘concentrated-pole’ biasanya mempunyai dua ‘salient-pole’ sebagaimana pada motor


AT kecuali semua laluan magnetnya (magnetic path) dibuat dalam keping-keping besi
(laminated).

Stator yang berlamina adalah perlu kerana fluks akan berulang-alik apabila motor
digunakan pada AU. Rotor/angkernya adalah sama dengan motor AT.

Jenis ‘distributed field’ pula mempunyai stator yang sama dengan stator fasa belah
dan rotor yang sama dengan motor AT. Satu gelung ‘compensating’ digunakan bagi
mengurangkan voltan regangan terdapat pada angkir apabila motor beroperasi dengan
AU. Voltan ini disebabkan oleh fluks ulang-alik (alternating fluxs) melalui tindakbalas
alatubah.

Dalam motor ‘two pole non-compensated’, voltan yang diaruh oleh tindakbalas
alatubah di dalam gelung rotor semasa ‘komutasi’ adalah tidak mencukupi untuk
menghasilkan gangguan komutasi. Beberus karbon rintangan tinggi digunakan bagi
membantu komutasi.

OPERASI MOTOR UNIVERSAL

Motor ini biasanya menghasilkan dayakilas berbagai-arah (unidirectional torque)


tanpa mengira sama ada ia digunakan pada AT atau AU. Penghasilan dayakilas berbagai-
arah adalah seperti yang ditunjukan dalam rajah.
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Motor ini bekerja mengikut prinsip yang sama dengan motor AT iaitu daya di antara
fluks medan dan arus dalam pengalir angkir.

Ciri-ciri Halaju / Beban

Halaju motor universal berubah-ubah sama seperti motor siri AT iaitu pada beban
penuh halajunya adalah rendah dan pada tanpa beban, halajunya tinggi. Pada keadaan
tanpa beban halajunya hanya dihadkan oleh geseran (friction) dan beban gelung (windage
load). Biasanya susunan gear digunakan bagi mengurangkan halaju sebenar pada suatu
nilai yang sesuai.

Penggunaan Motor Universal

Motor ini digunakan pada ‘vacum cleanner’ di mana kelajuan sebenar adalah halaju
beban. Penggunaan lain di mana halaju dikawal oleh susunan gear adalah sama seperti
pada mesin pembancuh makanan (food mix), alat gerudi, mesin jahit dan sebagainya.

Menukar Arah Pusingan 2


AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

Motor universal jenis ‘concentrated-pole’ atau ‘salient pole’ boleh ditukar arah
pusingannya dengan menukar punca beberus karbon seperti dalam rajah. Bagi jenis
‘distributed field compensated’ arahnya boleh ditukar dengan mengubah punca sama ada
pada angkir atau punca medan dan juga mengubah kedudukan beberus karbon dalam
arah yang berlawanan dengan kedudukan asal. Biasanya beberus diubah selang beberapa
bahagian komutator.

Pengawalan Halaju Motor ‘Universal’

Terdapat beberapa cara yang digunakan bagi tujuan pengawalan halaju motor ini,
antaranya:

1) Resistant Method (Cara rintangan)

Pengawalan halaju dilakukan dengan menyambungkan perintang boleh laras sesiri


dengan motor. Cara ini biasanya digunakan pada mesin jahit. Jumlah rintangan diubah-
ubah dengan menggunakan pedal kaki (foot pedal).

2) Tapped Field Method

Dengan cara ini kutub medan di’tap’ pada beberapa titik dan halaju dikawal dengan
mengawal kekuatan medan. Bagi tujuan ini terdapat berbagai cara yang di buat:
2
AC DAN DC MOTOR | DEA 1323

i. Kutub medan dililit dalam beberapa bahagian dengan saiz dawai yang berlainan.
ii. Satu dawai nikrom dililit pada kutub medan dan beberapa punca dikeluarkan.

3) Centrifugal Switch Method (Cara Suis Ampar)

Motor universal terutamanya yang digunakan pada pembancuh makanan/minuman


mempunyai beberapa kelajuan. Kelajuan ini dibuat oleh satu suis ampar yang diletakan di
dalam motor dan disambungkan seperti dalam rajah.

MOTOR
R

Centrifugal Switch Method

phmu/ima
Suisnya adalah dari jenis boleh laras dengan bantuan satu ‘lever’ luar (pelaras).
Jika kelajuan motor meningkat melebihi yang ditetapkan oleh pelaras, suis ampar akan
membuka sesentuh dan membenarkan arus mengalir melalui perintang ‘R’ yang mana
menyebabkan kelajuan motor berkurangan.

Apabila motor bergerak perlahan, sesentuh akan tertutup dan rintangan akan dilitar-
pintaskan supaya kelajuan motor meningkat. Proses ini diulangi dengan pantas
menyebabkan perubahan dalam kelajuan tidak begitu ketara.

Satu kapasitor ‘C’ digunakan merintangi sesentuh bertujuan untuk mengurangkan


bunga-api yang disebabkan oleh proses membuka dan menutup sesentuh. Ia juga dapat
menghindarkan sesentuh dari terhakis.
2

You might also like