You are on page 1of 28

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(B01-01-10-LE1-IS1)

TAJUK KEMAHIRAN DAN


TAHAP

JURUELEKTRIK TAHAP 1 (SEMESTER 1)

No.DAN TAJUK MODUL

M10 DC MACHINES 1

No. DAN TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

LE1 INSTALL DC MOTORS

OBJEKTIF PRESTASI
AKHIRAN

INSTALL AND MAINTAIN DC MACHINES BY USING


ELECTRICAL TOOLS,EQUIPMENTS,TESTING
INSTRUMENTS,BLUE PRINT,SO THAT THE MACHINES IS
FUNCTIONING ACCORDING TO S.O.P AND
SPECIFICATION.

ISI KANDUNGAN
LE1 INSTALL DC MACHINES
TASK 03.01 Install DC Motors

10

No. & TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

LE1 INSTALL DC MACHINES

No. & TAJUK


TUGASAN

TASK 03.01 Install DC Motors

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

TAJUK

Muka: 1 Drpd: 26

MOTOR ARUS TERUS

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan
perbezaan dan persamaan antara motor AT dengan penjana ,mengitungkan dge lawan yang
dihasilkan dalam angker motor dan menerangkan cirri-ciri prestasi Motor Pirau AT, Siri AT
serta Motor Majmuk AT .
PENERANGAN:
MESIN AT MOTOR ATAU PENJANA
Semua mesin elektrik pada asasnya ialah penukar tenaga . Arah aliran tenaga melalui mesinlah
yang menentukan nama dan fungsinya . Rajah 1 mengambarkan idea ini

Rajah 1

Kedua-dua mesin kelihatan serupa dari segi angker , kutub medan , penukar tertib dan
sebagainya . Apa yang berbeza ialah kegunaan keelektromagnetan yang berbeza .Hakikat ini
diperkukuhkan oleh perbezaan antara petua tangan kiri Fleming bagi penjana berbanding
dengan petua tangan bagi motor . Idea yang sama ditunjukkan dalam rajah 2 .

Rajah 2

11

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 2

Drpd: 26

DGE LAWAN DALAM MOTOR


Apabila gegelung dawai dipusing dalam medan magnet ,ia menghasilkan d.g.e tanpa
mengira apa yang menyebabkan pergerakannya . Gegelung dawai itu tidak semestinya
menggunakan agen luaran untuk membekalkan tenaga otot untuk engkol pada aci
seperti yang digambarkan dalam rajah 1 . Tindakan motor electromagnet dapat
menspinangker dan menjana dge . Dengan kata lain setiap motor sebenarnya bertindak
seperti sebuah penjana dan menghasilkan voltan dengan sendirinya semasa ia
berfungsi . Voltan ini dikenali sebagai dge lawan kerana kekutuban menentang voltan
talian yang dikenakan pada rajah 3. Seperti voltan keluaran daripada sebuah penjana ,
jumlah dge bergantung pada dua factor

Rajah 3
1. Kekuatan medan magnet
2. Halaju putaran
CONTOH 1
Diberi : Angker empat gegelung yang serupayang mula-mula dibincangkan dalam
contoh 1 . Spesifikasi gegelung tersebut dinyatakan sekali lagi disini 200 lilitan , = 1
200 000 talian , I= 10 ampere , halaju = 1250 putaran per minit (ppm).
Spesifikasi tambahan :- E dikenakan = 120 volt , rintangan bagi angker = 2ohm .
Dapatkan dgel yang dihasilkan semasa motor tersebut berpusing pada hajaju terkadar .
PENYELESAIAN

Lilitan x 4 Fluks x ppm

Dgel = Laluan x 60 x 100 000 000

Dgel =

200 x 4 x 1200 000 x 1250


2 x 60 x 100 000 000

Dgel = 100 v

12

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka:

3 Drpd: 26

CONTOH 2
DIBERI Sebuah angker 5 ohm yang menggunakan 6 ampere daripada talian 115 volt
apabila dikendalikan pada kadar normalnya .
Dapatrkan
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Dge pembilang yang terhasil


Input kuasa
Output kuasa berguna
Kadar pemanasan
Kecekapan
Kadar pemanasan dan arus jika motor diteguhkan

PENYELESAIAN
A. 6A x 5 ohm = 30 volt yang digunakan pada rintangan
115 30 = 85v = dgel
B. In[put kuasa = 115 x 6 =690 w
C. Output kuasa = 85 x 6 = 510 w

510 w
= 0.68 kk
746 w /kk
D. Kdar pemanasan = 30 v x 6 A = 180 w
E. Kecekapan angker = Output kuasa =510

Input kuasa

690

= 0.74

= 74 %

Kecekapan angker dapat juga diperolehi daripada

Dge lawan
Volt talian

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

85

= 115 =

0.74

Muka:

4 Drpd: 26

13

MOTOR PIRAU
Seperti penjana AT , motor AT dikelaskan mengikut cara gegelung medannya
disambungkan oleh itu , kita memperoleh motor pirau , motor siri dan motor majmuk .
Sebagaimana namanya , motor pirau mempunyai gegelung medan yang disambungkan
secara selari dengan angker dan bekalan kuasanya rajah 4 . Oleh yang demikan ,
medan pirau mengandungi bebrapa banyak lilitan dawai halus dan mengekalkan medan
magnet selagi voltan taliantetap . Oleh itu kilas motor hanya bergantung pada arus
angker .
Kita akan mengandaikan bahawa beban sesebuah motor meningkat . Akibatnya motor
menjadi perlahan , lalu dgel juga berkurang , arus angker meningkat dan motor
meningkatkan kilasnya untuk memenuhi permintaan baru beban .
Tindakan ini dapat diringkakkan dengansuatu bentuk tatanda ringkas , anak panah yang
mengarah ke atas menunjukkan pertambahan kuantiti dan sebaliknya seperti yang
berikut
Beban

ppm

dgel

I angker

kilas

ppm

Rajah 4 Skema motor pirau

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka 5

Drpd: 26

14

MOTOR SIRI
Tidak seperti medan motor oirau yang kemagnetannya dikekalkan oleh arus kecil dalam
lilitan yang banyak , medan motor siri membawa seluruh arus dalam gegelung rintangan
rendah yang cuma mempunyai beberapa lilitan lihat rajah 5 . Pemagnetan medan pirau
kekal malar sama ada arus angker berubah atau tidak , pemagnetan medan siri berubah
apabila motor berubah akibat beban yang berbeza .
Tidak seperti motor pirau , motor siri tidak mempunyai ciri halaju malar . Dengan setiap
perubahan beban , arus melalui gegelung medan juga berubah secara sepadan , yang
menyebabkan perbezaan halaju yang besar .
Tidak seperti motor pirau kilas dan halaju motor siri berkadaran songsang . Dalam
tatatanda ringkas kita , ini boleh dinyatakan sebagai kilas halaju

Rajah 5 Motor siri


Dengan kata lain , apabila beban pada motor siri dikurangkan , motor itu semakin laju . Malah ,
jika beban dikeluarkan sepenuhnya , motor siri mungkin di luar kawal dan musnah dengan
sendirinya . Seseorang mungkin berpendapat bahawa pecutan yang cepat akan menyebabkan
dgel meningkat dengan cukup pantas untuk menutup arus yang menghasilkan kilas.
Walau bagaimanapun , ini tidak mungkin berlaku disebabkan oleh pengurangan fluks magnet
yang mendadak . Oleh yang demikian , kilas semakin mempercepat motor , tanpa had dari segi
teori . Apabila beban dikeluarkan , halaju dengan mudah boleh meningkat sehingga 10 000 ppm
dan jika geseran dalam motor kurang daripada nilai kilas yang terhasil , maka halaju akan
semakin meningkat .

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka 6

Drpd: 26

15

MOTOR MAJMUK
Dengan menggabungkan dua medan dalam satu motor , terhasilinya mesin yang
mengekalkan kilas permulaan yang sangat baik motor siri tanpa menjadi terlalu laju
apabila beban dikeluarkan . Ciri-ciri berguna ini hanya diperolehi apabila dua gegelung
medan , iaitu gegelung siri dan gegelung pirau , menghasilkan medan magnet yang
tersusun pada arah yang sama rajah 6 . Dengan belitan cara ini , belitan tersebut
membantu antara satu dengan lain menghasilkan fluks dan motor ini dinamakan motor
majmuk bertokok . Kebanyakan motor majmuk dibelit dengan cara ini , dengan itu
perkataan motor majmuk bermakna bahawa majmuk secara bertokok .

Rajah 6 Membantu medan


Kadang kala sebuah motor disambung dengan medan siri yang menentang medan pirau
dengan kata lain medan magnetnya menentang antara satu dengan lain . Ini dapat dibuat sama
ada dengan membelit kedua-dua gegelung pada arah yang berlainan pada kutub medan rajah 7
atau cuma dengan membalikkan arus yang melalui gegelung , yang tersusun seperti dalam
rajah 7 . Motor jenis ini dikatakan sebagai majmuk secara kebezaan .

Rajah 7 Sambungan medan majmuk bertokok

16

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka

Drpd: 26

Rajah 8 Sambungan medan majmuk bertokok


Graf dalam rajah 8 membandingkan ciri-ciri tiga jenis motor ini : Motor siri , pirau dan
majmuk bertokok . Motor majmuk dapat dibina dengan ciri-ciri yang menghampiri ciri
pirau atau siri bergantung pada pembahagian relatif lilitan ampere antara gegelung siri
dengan gegelung pirau .

Rajah 9 Motor majmuk siri, pirau dan bertokok

17

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka

Drpd: 26

KAWALAN HALAJU BAGI MOTOR AT


Tidak semua motor elektrik mempunyai halaju yang dapat dikawal oleh pecutan atau
nyah pecutan yang licin . Motor AT mempunyai kebolehan ini . Halaju motor pirau mudah
dikawal dengan meletakkan reostat secara siri dengan medan pirau dengan itu
mengubah arus dan seterusnya fluks pada rajah 10 .

Rajah 10 Kawalan medan pirau


Tatatanda ringkas kita akan menerangkan rangkaian kejadian ini seperti yang berikut :R medan

medan

dgel

I angker

Kilas

halaju

Di sini jelaslah bahawa tid\ndakan yang berlawanan berlaku rintangan medan berkurang
.
Halaju motor dapat juga diubah dengan meletakkan reostat ke dalam litar angker .
Walau bagaimanapun , tindakan ini bukanlah satu amalan yang baik kerana litar
angkerbiasanya menggunakan arus yang banyak dan kehilangan I R yang berlaku
sudah tentu sangat besar . Ini juga mengakibatkan pengawalaturan halaju yang lebih
lemah

18

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka 9

Drpd: 26

PEMBALIKAN PUTARAN

Rajah 11
Sebaliknya , semua motor dengan medan elektromagnet dapat dibalikan dengancuma
mengubah sambungan dawai di kotak terminal pada motor . Dwai angker biasanya
dilabelkan A1 dan A2 dan belitan medan pirau ditandai F 1 dan F2 . Kita akan
mengandaikan bahawa sebuah motor berpusing ikut arah jam apabila terminal A1
disambung pada F1 dan A2 disambung pada F2 rajah 21 . Jika arah putaran perlu
diubah maka apa yang perlu dibuat ialah menyambung semula dawai A1 kepada F2 dan
A2 kepada F1 lihat rajah 11 b
Apabila motor majmuk hendak dibalikkan , sebaik-baiknya cuma ubah sambungan
kepada angjker . Jika reka bentuk mesin menjadikan gegelung mudah ditukar medan ,
perlu diingat untuk menukar kedua-dua medan pirau dan siri . (Terminal bagi medan siri
dilabel S1 dan S2).

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka 10

Drpd: 26

19

Rajah 12
Jika hanya salah satu daripada dua belitan medan ditukar , motor akan berubah cirinya
daripada motor majmuk bertokok menjadi mesin majmuk kebezaan atau sebaliknya .
Apabila pembalikan motor yang kerap diperlukan , pemasangan suis dua lontar , dua
kutub (DPDT) akan memudahkan tugas tersebut . Rajah 13 menunjukkan cara suis
mengubah arah arus melalui medan pirau dan seterusnya mengubah arah motor .

Rajah 13

20

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka

11

Drpd: 26

KEHILANGAN KUASA
Kehilangan kuasa dalam motor elektrik dikelaskan , sperti juga bagi penjana , sebagai
kehilangan IR dan kehilangan kuasa sesat .
Lukisan yang digunakan bersama-sama dengan penerangan tersebut sama dengan
rajah 23 yang menggambarkan hubungan antara tenaga berguna dengan tenaga tak
berguna dalam sebuah motor .
Lukisan tersebut menunjukkan persamaan antara mesin dengan pembuluh . Keduaduanya mempunyai input pada satu sisi dan output pada sisi yang satu lagi . pembuluh
mempunyai beberapa lubang yang melaluinya pelbagai kehilangan berlaku , dengan itu
menyebabkan output kurang daripada input . Nisbah output berbanding dengan input
dikenali sebagai kecekapan .
CONTOH 4
Diberi :- Sebuah motor pirau dengan medan 200 ohm dan 0.4 ohm . Semasa tiada
beban , motor ini menggunakan 3 ampere pada talian 220 volt .
Dapatkan :- kehilangan kuasa sesat .
PENYELESAIAN :Arus medan : 220/200 = 1.1 A

Arus angker : 3.0 1.1 = 1.


3 . PENGIRAAN UNTUK MOTOR ARUS TERUS.
3.1 MOTOR PIRAU
Rajah 14.(a) di bawah menunjukkan litar rajah skematik elektrik untuk motor arus terus
sambungan pirau.

21

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 12

Drpd: 26

Merujuk kepada rajah litar 1d.(a) di atas didapati bahawa:V

Voltan bekalan

Eb

Daya gerak elektrik(D.g.e) balikan

Ra

Rintangan angker

Rsh

Rintangan pirau

Ia

arus angker

Ish

arus medan pirau

Il

arus masukan

Vsh

Voltan pada belitan medan pirau

a.

V // Vsh,

b.

c.

Eb =

oleh sebab itu

V = Vsh

IaRa + Eb
V - IaRa

jika ada kejatuhan pada berus


Eb = V - IaRa - kejatuhan voltan pada berus
d.

Ia =

Il - Ish

atau

V - Eb
Ia = --------------Ra

e.

Vsh
Ish = --------------Rsh

22

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 13 Drpd: 26

CONTOH
1) Sebuah motor pirau AT 120V mempunyai rintangan angker sebanyak 0.25 ohm dan
mengalami kejatuhan berus sebanyak 3 V. Kirakan
(a) arus angker apabila Eb berjumlah 110V.
(b) arus angker apabila Eb jatuh kepada 105V.
(c). Peratusan pertukaran dalam arus angker dan daya gerak elektrik balikan.
JAWABAN
(a) Berpandukan persamaan untuk voltan angker ialah:V = Eb + IaRa + kejatuhan berus
V - Eb - kejatuhan berus
120 - 110 - 3
7
Oleh itu, arus angker Ia = -------------------------------------- = ---------------------Ra
0.25

= 28A

(b) Apabila Eb berubah,


120 - 105 - 3
Ia = ---------------------- = 48A
0.25
(c) Peratusan perubahan,
48 - 28
Ia = ---------------- = 71.5 %
28
110 - 105
Ia = ---------------- = 4.5 %
110
Daripada contoh di atas dapat diperhatikan bahawa perubahan kecil dalam d.g.e balikan
(disebabkan oleh perubahan halaju putaran) menghasilkan perubahan yang besar dalam
magnitud arus angker.

23

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 14

Drpd: 26

2. MOTOR SIRI
Rajah 15.(a) di bawah menunjukkan litar elektrik motor siri

Rajah 15.(a) : Litar motor siri


Merujuk kepada rajah litar 1d.(c) di atas didapati bahawa:V

Voltan bekalan

Eb

Daya gerak elektrik(D.g.e) balikan

Ra

Rintangan angker

Rs

Rintangan siri

Ia

arus angker

arus medan siri

Is

24

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 15 Drpd: 26

Il

arus masukan

Vs

Voltan pada belitan medan siri

Va

voltan angker

Pin

Kuasa masukan

a.

V # Vs

b.

c.

Eb =

IsRs + IaRa + Eb
V - IsRs - IaRa @ V - (IsRs + IaRa)
jika disertakan kejatuhan voltan pada berus

Eb =

V - IsRs - IaRa -

d.

Ia =

Il = Is @ Il

e.

Pin = Il x Vin

kejatuhan pada berus

= Pin / Vin , Il = Iin

CONTOH
1) Sebuah motor siri arus terus, mengambil arus sebanyak 40A pada voltan bekalan 220 V
dan berpusing 800 rpm. Jika Ra adalah 0.2 ohm, Rs adalah 0.1 ohm dan kehilangan besi
dan geseran adalah 0.5 kW. Kirakan dayakilas angker dan kuasa keluaran motor tersebut.
JAWABAN
Merujuk kepada litar 15.(b) di bawah,

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka:

16 Drpd: 26

25

Merujuk kepada rajah litar 15.(b) di atas,


Eb = V - IaRa + IsRs
Eb = 220 - (40 x 0.2 + 40 x 0.1)
= 208 V.
Dayakilas angker,
EbIa x 60
Ta = ------------------2N
208 x 40 x 60
Ta = ------------------------2 x 3.14 x 800
= 99.36 N-m.
Kuasa keluaran = EbIa - kehilangan besi dan geseran
Kuasa keluaran = (208 x 40 ) - 500 = 7820watt.
3. MOTOR MAJMUK
Rajah litar 15 (c) di bawah menunjukkan litar motor majmuk.

Rajah 1d(f): Rajah litar untuk motor majmuk


V
=
Voltan bekalan
Eb
=
Daya gerak elektrik(D.g.e) balikan
Ra
=
Rintangan angker
Rs
=
Rintangan siri
Rsh
=
Rintangan pirau
Ia
=
arus angker

26

Code No. B01-01-10-LE1-IS1


Is
Ish
Il
Vsh
Vs
Va
Pin

=
=
=
=
=
=
=

Muka: 17

Drpd: 26

arus medan siri


arus medan pirau
arus masukan
Voltan pada belitan medan pirau
Voltan pada belitan medan siri
Voltan pada angker
Kuasa masukan

Rajah litar 15(d) : litar motor majmuk bezaan.


a.

V + Vs // Vsh,

b.

c.

Eb =

IsRs

oleh sebab itu

V # Vsh , V # Vs

Vsh, Va = IaRa

V - IsRs - IaRa @ V - (IsRs + IaRa)

jika ada kejatuhan pada berus


Eb = V - IsRs - IaRa - kejatuhan voltan pada berus
d.

Ia =

e.

Pin = Il x Vin
Vsh
Ish = --------------Rsh

d.

Il @ Is - Ish

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka:

18 Drpd: 26

27

3.(b) UNTUK MOTOR MAJMUK BERTOKOK(pirau panjang)


Litar 15 (e) di bawah menunjukkan litar motor majmuk bertokok.

Rajah litar 15(e) : Litar motor majmuk bertokok.


a.

V // Vsh,

b.

c.

Eb =

oleh sebab itu

IsRs +

V = Vsh , V # Vs, V # Va

IaRa + Eb

V - IsRs - IaRa @ V - (IsRs + IaRa)

jika ada kejatuhan pada berus


Eb = V - IsRs - IaRa - kejatuhan voltan pada berus
d.

Ia @Is =

Il - Ish

e.

Pin = Il x Vin

Vsh
Ish = --------------Rsh
CONTOH
f.

1) Sebuah motor majmuk 250kW , dengan voltan bekalan 250 V. rintangan belitan angker,
medan siri dan medan pirau masing berjumlah 0.05 ohm, 0.025 ohm dan 100 ohm.kiraka d.g.e
balikan sekiranya motor tersebut disambung dalam tatarajah motor majmuk pirau pendek.

28

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka:

19 Drpd: 26

JAWAPAN

Rajah 15(f).: litar motor majmuk pirau pendek


Merujuk kepada rajah litar 1d (I) di atas,
Arus masukan adalah
Il =

Pin
250Kw
-------- = ----------- = 1000 A
Vin
250

Kejatuhan voltan pada medan siri,


Vs = Il x Rs

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

1000 x 0.025 = 25 V.

Muka: 20

Drpd: 26

29

Arus medan pirau,


Vf = Vs + V = 250 + 25
If =
Arus angker,

= 275 V.

Vf / Rf = 275 / 100 = 2.75 A.

Ia = I1 - If = 1000 - 2.75

= 997.25 A.

Kejatuhan voltan pada angker,


Va

Ia x Ra

997.25 x 0.05 = 49.86 V.

Jumlah d.g.e balikan,


Eb
=

Vs

Va

250 - 25 - 49.86

= 175.14 V
Arus medan pirau,
Vf = Vs + V = 250 + 25
If =

= 275 V.

Vf / Rf = 275 / 100 = 2.75 A.

Arus angker,
Ia = I1 - If = 1000 - 2.75

= 997.25 A.

Kejatuhan voltan pada angker,


Va

Ia x Ra

Jumlah d.g.e balikan,


Eb = V - Vs
=

997.25 x 0.05 = 49.86 V.

Va

250 - 25 - 49.86

= 175.14 V

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 21

Drpd: 26

30

Merujuk kepada litar 15 (g) di atas,


Arus masukan,
I1

Pin
--------- =
Vin

25kW
-----------500

= 50A.

Arus medan pirau,


Vin

= Vsh olehb sebab itu,

Ish =

Vsh
--------- =
Rsh

Arus angker,

500
------------ = 2.5 A.
200

Ia =

I1 -

If

50 - 2.5

Kejatuhan voltan medan siri, Vs = Is x


Kejatuhan voltan angker , Va

Ia x

Rs

47.5 A

= 47.5

Ra = 47.5

0.04 = 1.9 V

0.03 = 1.425 V

Kejatuhan voltan pada berus = 2 x 1 = 2 V.


Jumlah daya gerak elektrik balikan, Eb = V - Va - Vs - kejatuhan pada berus
Eb = 500 - 1.425 - 1.9 - 2.
= 494.675 V.

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 22 Drpd: 26

31

4PENGHIDUP MOTOR ARUS TERUS


Fungsi alat-alat ini ialah:(1) Menyambung semula secara automatik rintangan penghidup ke dalam litar apabila motor
itu diberhentikan, biasanya menggunakan pegas.
Mengelakkan motor itu daripada hidup sendiri setelah gangguan elektrik (bekalan terputus)
dipulihkan. Alat (komponen) ini lebih dikenali sebagai gegelung belantik tanpa voltan (btv).
PENGHIDUP MOTOR ARUS TERUS TIGA PUNCA
KENDALIAN PENGHIDUP TIGA PUNCA JENIS A
Penghidup jenis ini boleh digunakan untuk motor belitan majmuk, motor belitan pirau dan
motor belitan siri. Oleh sebab itu ia sangat banyak digunakan. Walaupun penghidup ini
boleh dipasang bersama-sama dengan alat kawalan kelajuan iaitu reostat (rintangan
pengatur voltan ) m, ada kemungkinan penambahan reostat ke dalam litar medan itu akan
melemahkan tenaga elektromagnet gegelung btv
Tangkai B akan ditarik oleh Pegas ke kedudukan asalnya. Jika kekuatan pegas ini melebihi
cengkaman tangkai B yang dipegang oleh gegelung btv, motor akan berhenti.

Rajah 16 di atas nmenunjukkan Penghidup Tiga Punca jenis A

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 23 Drpd: 26

32

Rajah 17 di atas menunjukkan Penghidup Tiga Punca jenis A yang dipermudahkan.

PENGHIDUP TIGA PUNCA JENIS B


KENDALIAN PENGHIDUP TIGA PUNCA JENIS B
Kendalian Penghidup Tiga Punca yang akan diterangkan berikut merujuk kepada
Penghidup Tiga Punca Jenis B. Apabila tangkai B digerakkan dari S ke R, motor akan
mula berputar. Apabila sampai kepada R, gegelung btv akan memegang tangkai daripada
terlepas, disebabkan tarikan tangkai pengas itu.
Apabila berlaku beban lebih, bermakna arus yang lebih besar akan masuk ke litar itu dan
seterusnya akan menyebabkan gegelung btb akan bertenaga untuk menarik sesentuhnya
lalu menyebabkan litar pintas berlaku pada gegelung btv.
Tenaga elektromagnet pada gegelung ini akan hilang dan seterusnya tangkai B akan
dilepaskan. Dengan tarikan pegas (yang telah sedia ada), tangkai akan kembali ke
kedudukan asal dan motor akan terus berhenti.
Penghidup jenis ini sesuai untuk kegunaan motor belitan medan pirau tetapi tidak
begitu sesuai jika alat kawalan kelajuan (reostat) hendak digunakan bersama dengan
penghidup ini.

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 24 Drpd: 26

33

Gambarajah 18 di atas menunjukkan Penghidup tiga punca jenis B

Rajah 19 di atas menunjukkan Penghidup tiga punca jenis B dipermudahkan

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 25

Drpd: 26

34

SOALAN:
1. Sebuah motor pirau 246 v berputar pada kelajuan 800 psm dengan jumlah arus angker
18 A. Rintangan litar angker berjumlah 0.1 ohm . Seandainya dayakilas digandak
manakala fluksnya dikurangkan sebanyak 10% , kirakan:i. Nilai baru arus angker (40A)
ii.Nilai kelajuan putaran (880 psm)

2. Sebuah motor pirau 240V berputar pada kelajuan 1000 psm dan mengambil arus
sebanyak 10A pada keadaan tanpa beban. Jumlah rintangan angker dan medan
masing-masing 0.2 ohm dan 120 ohm. Kirakan kelajuan ketika berbeban dan
mengambil arus sebanyak 42A. Anggapkan fluks keadaan malar.

3. Rintangan litar angker sebuah motor siri 25 hp (kuasa kuda) 250V berjumlah 0.1 ohm.
Rintangan medannya pula berjumlah 0.05 ohm dan ia mengalami kejatuhan berus
sebanyak 3V. Apabila mengambil arus sebanyak 85A kelajuan putarannya ialah
600psm. Kirakan
(a) Kelajuan putaran ketika ia mengambil arus sebanyak 100A
(b) Kelajuan putaran ketika ia mengambil arus sebanyak 40A
( c) Kelajuan putaran (a) dan (b) sekiranya pelencong (diverter) 0.05 ohm digunakan.

Code No. B01-01-10-LE1-IS1

Muka: 26

Drpd: 26

35

4.Terangkan kendalian Penghidup tiga punca jenis B


5.Terangkan kendalian Penghidup tiga punca jenis A
6.Namakan bahagian-bahagian yang terdapat di dalam gambarajah di bawah.

7. Terangkan peraturan IEE yang berkaitan dengan Setiap motor elektrik yang mempunyai
kadar melebihi 0.37 kW

RUJUKAN:
DC Motor ,16th Edition of the IEE Regulations for Electrical Installations.
Peraturan Peraturan Elektrik 1994

36

You might also like