You are on page 1of 24

REKA BENTUK TEKNOLOGI ( RBT 3118 )

PEMBENTANG : Kumpulan 1 UNIT : PISMP BM (SJKC) Ambilan Jan 2012

i. Kemagnetan ii. Dinamo iii. Turbin

iv. Tindakan kimia


vi. Sel basah

vii. Cahaya

KEMAGNETAN
Dinamo dan turbin pada penjana di stesen

jana kuasa elektrik menggunakan prinsip tindakan kemagnetan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Prinsip ini berdasarkan pergerakan magnet melalui gegelung wayar yang dililit di sekeliling sebatang teras besi.

Apabila magnet digerakkan, jarum

penunjuk galvanometer akan bergerak. Keadaan ini menunjukkan terhasilnya arus elektrik.

DINAMO
Bahagian utama dinamo ialah gegelung

wayar, magnet, kekal, dan teras besi. Apabila andan mengayuh basikal, magnet dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar.

Teras besi digunakan.

untuk mengembangkan medan magnet. Arus elektrik yang lebih kuat akan terhasil apabila putaran magnet dilajukan atau bilangan lilitan gegelung wayar ditambah.

TURBIN
Turbin ialah sejenis alat yang mempunyai

rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim, atau angin. Turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal untuk menggerakkan pelbagai jenis mesin seperti pam air dan penjana elektrik. Rotor di dalam turbin terdiri daripada bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar.

Apabila bilah-bilah ini diputar oleh air

misalnya, maka gandar akan turut berputar oleh air misalnya, maka gandar akan turut berputar. Gandar ini dihubungkan kepada penjana yang akan berputar dan menghasilkan kuasa elektrik.

TINDAKAN KIMIA
Sel Kering
Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt. Sel ini digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio, lampu suluh, jam, dan alatan mainan. Batang karbon yang terdapat di tengahtengah sel bertindak sebagai punca positif. Di sekeliling batang karbon terdapat campuran ammonium klorida dan mangan dioksida yang bertindak sebagai elektrolit.

Bahan ini terkandung dalam bekas zink yang

bertindak sebagai punca negatif. Tindak balas kimia yang berlaku antara elektrolit dengan bekas zink akan menghasilkan arus elektrik. Kelemahan sel kering ialah sel ini tidak dapat digunakan lagi setelah casnya habis. Pelbagai jenis sel kering boleh didapati di pasaran, iaitu sel alkali, sel merkuri, sel lithium, dan sel nikel cadmium (Ni Cad).

i. Sel Alkali Sel alkali merupakan sejenis sel yang mampu membekalkan tenaga elektrik dalam jangka masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan sel biasa.

ii. Sel merkuri Sel merkuri merupakan sejenis sel bersaiz kecil yang hanya digunakan untuk peralatan peranti atau perkakas elektrik seperti alat yang hanya memerlukan seperti alat yang hanya memerlukan arus yang rendah.

iii. Sel lithium


Sel ini mampu membekalkan arus yang tinggi dan jangka hayat yang lama serta boleh dicas semula. Sel lithium biasanya digunakan pada peralatan yang kecil (mudah alih) seperti kamera, kalkulator, dan komputer (memori sokongan).

iv. Sel nikel cadmium (NiCad) Sel ini banyak digunakan pada peralatan pada peralatan tanpa wayar (cordless). Sel ini boleh dicas semula sehingga 1000 kali dengan menggunakan peralatan khas yang membekalkan arus yang stabil serta mengelakkan litar pintas.

SEL BASAH
Sel basah digunakan dalam kenderaan

seperti bas, kereta, lori, dan motosikal. Tenaga yang dihasilkan oleh sel basah lebih tinggi jika dibandingkan dengan sel kering. Sel ini boleh dicas semula apabila kuasanya berkurangan atau lemah. Sel ini menghasilkan voltan 2 volt. Bagi penggunaan biasa, sel ini dibuat dalam 6 volt dan 12 volt.

CAHAYA
Apabila cahaya dipancarkan ke permukaan

sesuatu bahan kimia seperti selenium, natrium, dan kalium, sedikit arus elektrik dihasilkan. Prinsip ini digunakan pada meter dedahan cahaya untuk kamera dan sel solar pada kalkulator.

KEGUNAAN ELEKTRIK
Elektrik ii. Elektrik iii. Elektrik iv. Elektrik
i.

untuk menghasilkan untuk menghasilkan untuk menghasilkan untuk menghasilkan

haba tenaga kinetik bunyi cahaya

Elektrik untuk menghasilkan haba Perkakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas seperti periuk nasi, pengering rambut dan seterika. Elemen pemanas biasanya diperbuat daripada nikrom.

Elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin, mesin pengisar, dan gerudi elektrik. Kesemua perkakas berkenaan berasaskan motor elektrik.

Elektrik untuk menghasilkan bunyi

Tenaga elektrik boleh ditukar kepada tenaga bunyi. Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga kepada tenaga bunyi adalah seperti radio, loceng, dan siren.

Elektrik untuk menghasilkan cahaya Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya adalah seperti lampu pijar dan lampu pendarfluor. Tiub lampu pendarfluor berisi gas argon dan merkuri. Arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri ini akan menghasilkan sinaran ultraungu. Sinaran ini akan bertukar menjadi cahaya putih apabila terkena lapisan fosfor.

You might also like