You are on page 1of 5

NOTA KIMPALAN ARKA II

9.0 KIMPALAN ARKA 9.1 Mesin Kimpalan Arka Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mngubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja. 9.2 Fungsi Alat Pengubah Alat pengubah adalah komponen yang terdapat pada sebuah mesin kimpalan arka yang berfungsi untuk mengurangkan voltan dan meninggikan arus bagi menerbitkan arka untuk tujuan kerja mengimpal. Alat ubah ini dikenali sebagai alatubah perendah. 9.3 Komponen-komponen asas dalam sesebuah mesin kimpalan arka adalah terdiri daripada: - Alatubah - Kebel bumi - Kebel elektrod - Pemegang Elektrod - Bekalan kuasa

9.4 Jenis-jenis mesin kimpalan arka Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka. Iaitu: - Jenis rectifier (DC) - Jenis alatubah (AC) - Jenis kombinasi AC/DC - Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel) - Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa) 9.4.1 Jenis rectifier(DC) Mesin kimpalan arka jenis rectifier (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus. Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerja mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.

Kelemahan: - Menghasilkan semburan arka (arc blow) - Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa - Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka. 9.4.2 Jenis arus ulangalik. Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka yang lebih stabil dan tiada berlaku semburan arka (arc blow) dengan penembusan yang sederhana dan senyap. Kelemahan: - Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad. - Tidak semua elektrod boleh digunakan. - Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi. 9.4.3 Jenis gabungan/kombinasi AC/DC. Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila mengimpal logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang meluas. Boleh digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal. Kelemahan: - Kos yang agak tinggi - Berlaku semburan arka pada sesetengah sambungan Contoh 9.1 Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin kimpalan arus terus? Penyelesaian: Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah rectifier atau alat penerus. 9.4.4 Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik). Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh membekalkan sama ada arus ulangalik atau arus terus. Kelemahan: - Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi - Bising - Modal tinggi - Kos penyelenggaraan tinggi

- Semburan arka (arc blow) - Memerlukan bahanapi. 9.4.5 Jenis Pacuan motor. Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus. Menghasilkan dua pilihan arus terus. Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik. Kelemahan: - Terdapat arc blow . - Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon dan perlu ditukar pada tempoh tertentu.

9.5 Kekutuban Mesin Kimpalan Arka 9.5.1 Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka . Iaitu: - Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif) - Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negatif) 9.5.2 Ciri-ciri Kekutuban: Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah: - Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat. - Ketelusan yang cetek - Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan. Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah: - Kadar kecairan letrod yang lambat - Ketelusan yang dalam - Kelajuan yang sederhana 9.6 Kaedah Mengimpal Menggunakan Elektrod Bersalut Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung. Iaitu: Teknik Seret. Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis hujung cawan(deep cup) dimana hujung logam tidak bersentuh dengan bendakerja kerana hujung bahan lakur membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang sama dan mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas.

Teknik Angkat Menggunakan teknik ini letrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari permukaan bendakerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini hendaklah digunakan apa mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis deep cup. Contoh 9.3 Bilakah teknik seret digunakan dan apakah kelebihan menggunakan teknik ini? Penyelesaian: - Teknik seret boleh digunakan apabila mengimpal dengan menggunakan elektrod jenis hujung dalam (deep cup). Kelebihannya jarak arka dapat diseragamkan dan juga rupa kumai akan lebih seragam dan kemas. Amat baik untuk mengimpal kembi kerana mudah dikendalikan dan kumai kelihatan lebih halus dan cantik. 9.6.2 Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan. Jarak Arka Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod dengan permukaan bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak arka yang terlalu tinggi akan menyebabkan kumai tidak cantik dan juga ketelusan yang kurang. Jarak arka ialah antara 5.0mm hingga 6.0mm. Sudut Arka Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan permukaan bendakerja pada arah gerakan elektrod. Sudut arka yang tidak betul akan menyebabkan riak kumai jadi memanjang atau bujur dan menjadikan rupa kumai tidak cantik. Kelajuan Arka Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung penamat kimpalan. Kelajuan ini biasanya bergantung kepada kadar kecairan elektrod. Mengimpal terlalu laju akan menjadikan kumai terlalu halus dan tinggi serta kurang ketelusan. CONTOH SOALAN :

9.1 Apakah yang dimaksudkan dengan arka?. Huraikan dengan lebih terperinci bagaimana arka boleh terjadi. Arka adalah satu fenomena satu pancaran cahaya yang kuat lagi terang terbit diantara hujung elektrod dengan permukaan bendakerja. Ketika ini elektron mengalir melintasi satu ruang udara yang telah terion maka ruang udara itu

menjadi panas sehinggalah berlakunya arka. Haba yang terhasil dari udara terion itu adalah lebih kurang 3300C (6000C).

9.2 Nyatakan tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka?. Terangkan lebih lanjut mengenai jenis-jenis arus yang anda nyatakan. Tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka adalah seperti berikut: - Arus ulangalik - Arus terus kekutuban berbalik - Arus terus kekutuban luruS Arus ulangalik mempunyai frekuensi dan bergerak dari titik sifar hingga ke titik maksimum positif dan jatuh ketitik sifar semula kemudian bergerak ke titik maksimum negatif dan begitulah seterusnya berulang-ulang. Manakala Arus terus kekutuban berbalik pula dimana punca positif pada mesin disambungkan kepada kebel elektrod. Bagi arus kekutuban lurus pula punca negatif pada mesin disambung kepada kebel elektrod.

You might also like